BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Thursday, December 4, 2014

MaLAM MESRA KCS 2014

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 27 Januari 2014
Tempat : Dewan Seri Negeri, IDA

Assalaamualaimualaikum WRT.. buat sahabat-sahabat yang disukai Allah SWT sekalian.. dan selamat pagi buat semua sahabat bukan Islam.. moga anda semua baik-baik belaka..
Mau cerita apa ya hari ini... Apa-apapun ianya mesti berkaitan dengan KCS juga..

Tanggal 28 November 2014 adalah merupakan Hari Ulangtahun Sebenar Keputeraan KBDYMM Tuanku Sultan Kedah /SPB Yang di Pertuan Agong. Sudah menjadi tradisi, tarikh ini telah ditempah khas oleh Pegawai Tadbir Negeri untuk mengadakan Majlis Malam Mesra KCS 2014. Ini merupakan satu penghormatan tertinggi KBDYMM Tuanku Sultan Kedah kepada KCS kerana berkenan untuk  bersama KCS dalam meraikan Hari Ulangtahun Keputeraan Baginda yang ke 87 Tahun.

Malam Mesra KCS melibatkan semua Pegawai Tadbir Negeri Kedah dan ia merupakan satu wadah bagi merapatkan lagi hubungan sesama pegawai KCS serta merapatkan  lagi perhubungan dengan KCS yang telah bersara.  Sebab itu segala program baik dari segi penyusunan, pengurusan dan juga persembahan hanya melibatkan anggota KCS sahaja. Saya amat senang sekali dengan penglibatan semua kawan-kawan KCS dalam aktiviti seperti ini.

Sewajarnya semua anggota KCS memberi kerjasama dan melibatkan diri dalam program ini. Kalau tidak mahu ambil bahagian pun sekurang-kurangnya hadhirlah dalam setiap program yang melibatkan KCS ini.. bukan setakat Program Malam Mesra KCS ini sahaja , banyak lagi program-program yang diaturkan oleh SUK atau Persatuan PTN.

Saya terasa sedih sekali jika masih ada rasa2 tidak kisah dengan aktiviti seperti ini. Saya sendiri tidak terlibat secara langsung dalam program ini tapi kalau kita tidak terlibat sekurang-kurangnya benarkan isteri atau anak buah jika ketua jabatan ambil bahagian dan memastikan pada waktu tersebut kita tidak atur apa-apa program kemana-mana, kerana ini program organisasi saya iaitu KCS. Kecuali kalau terpaksa sangat tak apalah. Kalau duduk kat rumah saja bukan ada apa urusan apapun masih tidak mahu hadir.. tak taulah apa masalah mereka saya tak tahu la... eloklah disingkirkan segala perkara-perkara negatif yang menghantui fikiran.. Lapangkan fikiran dan berfikir secara positif . Makanya keakraban KCS semakin tererat rapi dan semangat berpasukan itu akan terjelma. Barulah KCS itu menjadi kuat dalam segala aspek dan tidak mudah dilaga-lagakan oleh sesiapa dan dilemahkan secara tidak kita sedari...

Semua Pegawai KCS sepatutnya rasa amat bahagia dengan jawatan yang disandang itu dan sepatutnya tidak berbelah bahagi memberikan khidmat yang terbaik dan semampu mungkin.. Terlalu banyak nikmat yang KCS dapat.

Jangan kerana  rasa terkilan bila sebelum ini dietakkan di tempat ada elaun banyak dan ada kuasa tapi bila ditukarkan ke jawatan yang tidak ada apa-apa elaun tambahan, terus rasa tak puas hati dan mula la buat kelaku.  Kalau nak ikut macam tu saya juga boleh buat kelaku, duduk ditempat yang banyak elaun juga sebelum ini tapi tukar kat tempat yang tak ada elaun apa-apa sekadar elaun yang standard kita dapat, nak harap elaun sarjana tak pandai mengaji , boleh terkejut juga tu dibuatnya .. Ribu RM juga tu hilang dan kemudahan2 lain, begitu juga  dok biasa ada kuasa dan boleh buat keputusan sendiri sebagai ketua jabatan sebelum ini ... lagi la rasa tak puas hati.. tapi saya redha sahaja. Elok la namapun Redha..  Nak kata apa... Dah ketua letak disitu terima seadanya ... Allah SWT yang letakkan saya disitu.. saya sendiri mengakui  tahap kemampuan saya yang serba kekurangan ini. Macam yang saya pernah tulis sebelum ini, kita kena berfikir secara positif dan buangkan segala prasangka buruk terhadap mana-mana individu... Ini semua hanya dunia yang sementara sahaja.. Tak kuasa lagi nak ambil kisah dan memikirkan hal-hal yang beri tekanan perasaan yang tidak berkesudahan itu. Tapi saya masih bersama KCS.. Insya Allah.. saya akan sentiasa memberi kerjasama pada setiap aktiviti KCS selagi termampu.

Begitu juga kalau kita tidak berpuashati atau tidak suka atau marah dengan pegawai-pegawai atasan kita janganlah pula kerja asas kitapun buat lebih kurang sahaja... Kalau kerjapun buat lebih kurang aje, apatah lagi nak sertai program-program rasmi yang kerajaan negeri aturkan atau KCS aturkan lagi la malas nak pi.. Sedih sekali bila tengok program-program yang diaturkan oleh rakan-rakan KCS kita juga , ada juga rakan-rakan yang tidak turun memberi sokongan pada mereka. Tahniah tidak terhingga pada yang selalu mengikuti setiap acara atau majlis-majlis yang diaturkan oleh kerajaan atau persatuan. Kalau tak ada tu tau lah mesti ada sebab yang tidak dapat dielakkan.  Anak-anak buah kita kat ofis pun tak tau nak refer sapa untuk buat keputusan kalau bos buat tak kisah kat jabatan. Tak baik begitu kan... gaji kita nanti jadi tak halal pula.. takut tu... dunia hanya sementara sahaja, akhirat juga yang kekal....

Apa-apapun SPB Yang DiPertuan Agong amat gembira dengan program anjuran KCS  ini seperti mana titah Baginda dalam majlis ini. Jadi marilah kita pakat-pakat memberikan taat setia yang sewajarnya kepada baginda. Kerana adanya  sokongan bagindalah KCS masih lagi ujud hingga ke hari ini dan selama-lamanya... Insya Allah.

Oklah.. melalut-lalut pula celoteh saya ni... orang yang baca pun rasanya dah kui meluat.. memang ada yang meluat dah pun...  Elok saya berhenti sahaja kat ni dulu...

Malam sebelum itu Majlis Bandaraya Alor Setar dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah telah sama-sama bergabung tenaga dan kewangan untuk mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda dimana KDYMM Tuanku Sultan Kedah/SPB Yang DiPertuan Agong telah berangkat sama-sama rakyat jelata dalam majlis tersebut..

DAULAT TUANKU....
















Wednesday, November 19, 2014

Santapan DiRaja 2014

catatan.. mohd asri redha
tarikh.... 18 Nov.2014
Tempat. Dewan Banquet Royal Kedah Club..

Salam sejahtera
buat sahabat 2 semua yang dirahmati Allah sekalian..
Catatan kali ini sekadar memori ingatan program KCS. Sejak dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Dato Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 21.05.2014, belum lagi program rasmi YTM Tunku bersama KCS diadakan.

Maka pada 18 November 2014, barulah ada kesempatan YB Dato' Paduka SUK mengadakan Majlis Santapan DiRaja. Majlis ini diadakan di Dewan Banquet Royal Kedah Kelab. Program ini turut disertai dengan keberangkatan lain-lain  Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah serta YAB Menteri Besar Kedah.

YB Dato' Paduka Hj. Mohd Puat Mohd Ali , Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menyampaikan ucapan menjunjung kasih dan meyembah tahniah diatas pelantikan YTM Tunku sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Beliau juga telah mengikrarkan taat setia yang tidak berbelah bagi pihak semua Pegawai Tadbir Negeri Kedah kepada YTM Tunku .

Dalam majlis tersebut telah disampaikan Anugerah Kecemerlangan dalam pelbagai kategori dan bidang seperti Kewangan dan Pengurusan serta lain-lain pengikhtirafan yang diterima dari dalam dan luar negara kepada Jabatan-Jabatan yang terlibat yang mana semua Ketua Jabatannya adalah terdiri dari Pegawai Tadbir Negeri Kedah. Ini membuktikan bahawa Pegawai Tadbir Negeri mampu membawa kejayaan kepada organisasinya,  memberi imej yang baik kepada jabatan , negeri dan diperingkat nasional.

Tahniah saya ucapkan kepada semua sahabat-sahabat KCS yang telah menunjukkan kehebatan mereka dalam memimpin jabatan masing-masing hingga mampu memperolehi pelbagai anugerah. Yang tidak dapat apa-apa tu bukan penamat segalanya. Masih ada masa dan kesempatan untuk membuktikan kehebatan dan kebolehan .  Ada setengah Ketua Jabatan yang baru saja pegang Jawatan tersebut dah terima anugerah kecemerlangan. Fahamlah yang itu bukan hasil tindakan pegawai baru Ini adalah hasil tinggalan pegawai-pegawau terdahulu yang telah meletakkan tapak yang kukuh dalam organisasinya itu sebelum beliau bertukar. Menjadi tanggungjawab boss yang baru pula untuk memastikan kecemerlangan yang diterima itu dipertahankan malahan ditambahbaik lagi. Namun begitu begitu walau apa anugerah yang diterima , ianya perlu diterjemahkan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Tidak ada gunanya dapat pelbagai anugerah tapi perkhidmatannya terok dan lembab. Orang kata kita syok sendiri sahaja...

Ok .. saya berhenti disini dulu... Nanti akan celoteh lagi.. Minggu depan ada Majlis Majlis Mesra KCS.. kita tengok lah pula apa cerita boleh buat...

Jumpa lagi..

























Tuesday, September 9, 2014

State sec cleared of wrongdoing, insists Kedah PSC Copy from: The Malay Mail OnlineThe Malay Mail Online – 11 hours ago


ALOR STAR, Sept 9 — The Kedah Public Service Commission (PSC) insists that State Secretary Datuk Wira Mohd Puat Mohd Ali had been cleared of any wrongdoing, dismissing a report by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) of alleged irregularities.
Kedah PSC chairman Datuk Wira Ismail Hamid had carried out a five-month investigation into the allegations against Mohd Puat.
“We found him clear of any wrongdoing. We had informed the State Secretariat of our detailed findings last November,” he said.
MACC had investigated Mohd Puat, who was then the state financial officer, and found several irregularities including awarding three road maintenance contracts worth RM980,000 each to three contractors without referring them to the state secretary or state council meetings.
The anti-corruption body also noted that one of the contractors awarded the job renovated the house of  Mohd Puat’s brother-in-law which he later moved in to.
MACC advised disciplinary action to be taken against Mohd Puat under the Kedah Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 2007.
The letter and report were sent to the State Secretariat on May 13, 2013.
Malay Mail carried a report headlined “Probed by MACC, made state secretary” on August 13.
Mohd Puat was named the state secretary on June 5 last year, replacing Datuk Wira Rasli Basir.
Ismail said claims of Mohd Puat giving away projects were untrue.
“The contracts were awarded by the state government after the green light from its executive councillors during a meeting. Mohd Puat was only overseeing all state-related contracts as the state financial officer,” he said.
Ismail also said the contractor who renovated the house of Mohd Puat’s relation had a “good track record” and “won the tender based on his merits”.
“Based on our investigations, there was no conflict of interest as Mohd Puat had no influence over the outcome of which contractor would be given the tender,” he said
Mohd Puat claimed there was a concerted move to get rid of him as he was cleared by the state PSC of any wrongdoing. He is due for retirement on November 4.


sumber  dari : https://sg.news.yahoo.com/state-sec-cleared-wrongdoing-insists-kedah-psc-231200709.html

Monday, December 16, 2013

KESEDARAN EMOSI DAN SPRITIUAL MELALUI MODEL 'THE ESQ WAY 165' - KE ARAH KEDAH AMAN MAKMUR

Assalamualaikum WRT..  Al Fatihah
Saudara-saudara ku  insan-insan mulia di sisi Allah



Hari ini saya nak bercerita fasal kursus yang saya hadiri bermula dari 12 - 14 Disember 2013. bertempat di Mentaloon , Alor Setar. Sebenarnya kursus ini agak berat utk diikuti.. apatah lagi buat sambung pada hari Jumaat dan Sabtu pula tu. .. penoh dengan jadual khenduri.. Terlepaslah sudah khenduri sahabat2 hari ni... satu cabaran besar kepada peserta kursus yang terpaksa berkorban 2 hari cuti hujung minggu. Sebab itu dari 180 orang yang mendaftr pada hari pertama pada akhirnya lebih kurang 130 orang sahaja yang layak diberi Sijil Alumni ESQ. Ini juga menguji ketabahan dan ketahanan diri kita bila berada dalam situasi seperti ini..  keputusan perlu dibuat.. mana lebih penting... Rugilah kepada sesiapa yang melepaskan peluang yang ada ini dan beruntunglah kepada sesiapa yang mensucikannya..

Sebenarnya sayapun banyak juga komitmen yang terpaksa dibuat , tapi atas dasar untuk meningkatkan kefahaman diri yang terlalu amat kurang ilmu ini apatah lagi ilmu-ilmu yang boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa..  Saya baru sahaja tamat menghadiri satu konferens di Marriot Hotel dan balik terus sahaja mendaftar untuk kursus ini pula.. tak gamak rasanya nak tolak tawaran kursus yang diberi kepada saya oleh kerajaan negeri. Tiga hari lagi saya dikehendaki pula untuk mengikuti satu Program Pengukuhan Pasukan Kerja Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah yang akan diadakan di Belum Rainforest, Gerik, Perak Darul Ridzuan.  Inipun kena pergi juga. Orang dah atur , pi sahajalah.. apa yang susahnya. Kerja pejabat pun berlambak-lambak . semua kena segera sebab dah masuk hujung tahun...  waktu inilah segala macam kerja dia datang .. Jadi kenalah pandai mengatur masa nak bagi kerja tidak tergendala.. Mau tidak mahu waktu malam terpaksa lah pergi ke pejabat juga... Tak ada masalah sangat nak ke ofis.. Hanya 08 minit perjalanan sahaja dari rumah saya...

Seperti yg saya kata tadi.. kursus ini bukan setakat kursus biasa tp ia amat bermakna kearah peningkatan kefahaman yg lbh tinggi lagi terhadap Islam yang syumul ini...  Saya amat tertarik dengan kaedah persembahan kursus ini... memang menarik dan tidak membosankan hingga terasa tidak mahu ketinggalanpun satu modiul yang di ajarkan. Ini adalah kerana setiap susunan set modiul dibuat sebegitu rupa dan saling ada berkaitan. Sebab itu sesiapa yang tidak  hadhir kursus  hari sebelumnya maka tidak dibenarkan masuk kerana, ianya dikhuatiri akan memberi kefahaman yang tidak betul..


Dr Ari Ginanjar Agustian......

Inilah pengasas ESQ yg

datang sendiri memberi 
ceramah yang menarik ini.
Bukan senang dapat ber
gambar dengannya....

Semasa dpt jemputan mengikuti kursus ni saya tak pasti apa kandungan isi kursus itu. Nama kursus tersebut  "Personal Transformation Program For Leaders" Bila daftar saya dapat sebuah buku 'ESQ..Emotional Spiritual Quatient, The ESQ Way 165'  Karya Ary Ginanjar Agustian... edisi Bahasa Malaysia...  Jadi saya rasa mungkin ini akan menjadi asas kepada kursus saya sepanjang 3 hari ini.  Saya rasa bertuah kerana hari ini saya berpeluang  mengikuti kursus berkenaan ESQ apatah lagi dapat dengar sendiri dari orang pakar dalam bidang ESQ. Selama ini hanya dengar dan baca berkenaan ESQ secara umum sahaja, terutama sewaktu isu dan polemik program ini yg dikatakan bercanggah dengan Islam dan macam-macam persepsi yang saya dapat dari perbincangan-perbincangan tersebut. Tak sangka pula sepanjang 3 hari ini saya mengikuti kursus ESO ini


Ini adalah latih amal yg dibuat dalam kursus ini. MB dan
SUK begitu semangat mengambil bahagian. nampak ni..
depa dok bertukar kasut untuk dicuci.. YAB Mukhriz
saya lihat cuci kasut Dato' Puat sampai berkilat...... 
waduh itu yang buat Dato' SUK rasa terharu tu...... 
Yang terkejutnya semasa tiba kat dewan kursus ini., MB Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, sambut peserta kursus dan beliau juga mengikuti kursus ini tanpa ketinggalan satu modiulpun.. malahan pada malam Sabtu beliau ada program di Kuala Lumpur, tapi pada besok pagi tepat jam 8.30 pagi beliau sudah ada terpacak kat Dewan Mentaloon.  Setahu saya pagi-pagi yang ada cuma flight Air Asia sahaja ke Alor Setar.. Rasanya mungkin beliau naik Air Asia kut.. sayapun tak tanya habis bab ni.. tapi begitulah kira-kiranya. Bayangkanlah kalau naik Air Asia kat LCCT... seorang MB berjalan kaki dari terminal ke flight.. hilang segala protocol dan terpaksa bertolak awal -awal pagi untuk pulang. Sedangkan beliau boleh naik flight tengahari balik... Siapa boleh kata apa. Jadi dalam bab ini saya amat menghargai komitmen beliau terhadap kursus ini dan  menunjukkan komitmen kerajaan negeri amat tinggi terhadap program  ini.  Nanti  ada banyak benda lagi saya boleh cerita sepanjang 3 hari kursus padat dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 petang.


Dimulakan dgn tazkirah oleh Ybhg. Dato' Mufti Negeri Kedah..Sahibul Samahah Dato' Paduka Sheikh Badaruddin  berkenaan "hati" dan hal2 berkaitan tanggungjawab seorang Muslim dan pemimpin. Manusia kena sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan sehingga mati.. 
Cuba tengok tu...... kursus kali ini depa pekena sungguh 
MB kita ni... yang syoknya MB kita ni memang sporting
habis.. habaq pi la apa pun.. dia tak ada masalah 
untuk ambil bahagian..
Sebenarnya dalam buku yang diberikan itu, maka itulah yang diajarkan dalam ESQ.. saya telah baca sepintas lalu dan bandingkan apa yang diajarkan sepanjang 3 hari memang ada persamaan. Namun membaca tidak semudah itu untuk difahami jika tidak diberi petua dan tunjuk ajar melalui latihan. Saya dan para peserta amat beruntung kerana  pengasasnya sendiri Dr Ari GinanjarAgustian. (Penulis buku ESQ ini) yang turun memberi ceramah dan panduan yang amat berguna. Anak didiknya juga memang berwibawa untuk memberi latihan yang hebat sebegini walaupun  masih muda, tapi saya rasa ilmu ugama mereka memang tinggi dan tahap kefahaman mereka terhadap isi kandungan Al Quran dan Hadith memang tidak dapat dinafikan.


Saya tidaklah mahu mengambil tahu sangat akan kata-kata sinis berkenaan program ini terutama yang kata program ini terlalu memuja Dr Ari, ada unsur-unsur menari yang bercanggah dan pelbagai lagi hal yang kurang enak didengar. Sebagai seorang yang kurang ilmu  saya ambil peluang untuk belajar program ini kerana telah ada panel syariah yang mengawasi akan modiul ini agar tidak terkeluar dari landasan Islam. Kalaulah pakar-pakar agama yang pernah menjadi mufti pun kita tidak percaya.. pada siapa lagi...   tidak perlulah berlebih-lebihan dalam hal ini...  

Salam Semut mesti kena pelok .....  
 
Ilmu mereka memang tinggi , sebab itulah mereka boleh mengaitkan setiap patah ayat Al Quran  dengan tanda-tanda dan bukti-bukti kebesaran Allah SWT . Selama ini kita hanya mendengar ceramah agama secara biasa sahaja.... namun sejauh mana ianya memberi kesedaran mendalam kepada diri kita.  Kursus ini menggunakan sepenuhnya multimedia moden dan elektronik, dengan teknik audio visual dan audio video  yang luar biasa dengan diiringi muzik-muzik yang disesuaikan dengan setiap patah perkataan para fasilitatornya. Kadang-kadang bunyi lembut, kadang-kadang bunyi kuat dan terlalu kuat. Kadang dengar ceramah dalam gelap, ditunjukkan video dan sebagainya. Ada pula ketika duduk dikerusi dan ada ketikanya duduk atas lantai sepanjang hari. Diikuti pula dengan latihamal yang menarik , mencuit hati , tapi penuh makna dan pengajaran.

Kadang-kadang tengah dok ceramah...  diberhentikan baca Bismillah. dan kadang- kadang baca Al Fatihah. Rasanya 3 hari kursus ini ratusan juga baca Al fatihah dan Basmallah.. lama-lama dah jadi kebiasaan dan jadi syok pula. Ada pula kena senaman. Lagu Hijau Kuning sentiasa dimainkan .. menimbulkan semangat dan macam-macam pendekatan dibuat. Tak ada masa nak terlena..

Tengah-tengah ceramah disuruh Salam Semut.. Salam Semut ini kalau yang tidak biasa .. dia pasti rasa kekok... kalau nak kena buat selalu.. tu yang hari kedua  dah cerah sikit. Kerana Salam Semut nilah .. seingat saya lebih 9 kali boleh pelok YAB MB kita ni, selain lain-lain sahabat insan mulia disisi Allah SWT. Pakat-pakat pelok .. lama-lama dah jadi kebiasaan. Syok juga. Tak taulah lepas habis kursus ini boleh Salam Semut lagi tak tau la.. Tapi bila kita tengok orang-orang Arab buat nampak macam biasa saja..  Harap-harap lepas ni kalau kita bagitau nak Salam Semut.. faham-faham lah... Cuma persepsi orang pula pelbagai anggapan akan timbul .. kalau tiba-tiba pi pelok dalam majlis yang ramai orang.. Apatah lagi pi pelok MB atau SUK.  Bila dah dok buat selalu dah jadi tak kekok lagi...  

Model ESQ Way 165 yang menjadi frame
pembelajaran ESQ sepanjang 3 hari penuh.
Kalau Dato' Wira Hj Mohd Puat Ali SUK Kedah amat terharu kerana kasut beliau yang tidak berapa bersih tu dicuci kilat sebersihnya oleh YAB Dato' Paduka Mukhriz, saya lagilah lebih teruja. Fasalnya kerana saya boleh urut kepala, tengkok dan belakang beliau dan ketuk-ketuk lagi. Dia pula urut kepala saya yang yang dah beruban dan botak juga sepertinya.... Kalaulah Dato' Paduka baca blog saya ni saya harap beliau tidak marah .. Ada makna disebalik apa yang saya cerita ini..  nanti saya cerita kalau ada kesempatan. Sebenarnya latihamal atau permainan yang di buat itu ada banyak pengajaran-pengajaran disebaliknya. 

Saya amat hargai akan komitmen YAB Dato' Paduka Mukhriz kerana mengikuti setiap modul sepanjang 3 hari tanpa ketinggalan satupun, timbul kemesraan yang jelas antara beliau dengan lain-lain peserta kursus ini. Kesanggupan beliau itu bersama-sama kami sambil makan bersama, sembahyang jemaah bersama dan ada ketika beliau menjadi imam sembahyang waktu benar-benar mencabar kami peserta yang setia menunggu hingga tamat kursus ini.  Tahniah Dato' Paduka..  . 

..Saya tidaklah mahu menceritakan dan mengajarkan apa yang diperolehi sepanjang 3 hari berkursus ini , cukuplah sedikit penjelasan berkenaan modiul kursus ini. Di atas ini adalah model ESQ yang menjadi asas kepada latihan ini.



Untuk memahami model ini tentunya kena pergi kursus ESQ dari mereka yang bertauliah untuk menyampaikannya.. Model inilah yang menjadi rahsia kejayaan membangunkan kecerdasan emosi dan spiritual berdasarkan ESQ Way 165.. Satu (1) itu bermaksud HATI atau nilai berdasarkan konsep Ihsan pada KESEDARAN FITRAH. Enam (6) pula PRINSIP MORAL berdasarkan RUKUN IMAN. Lima (5) pula LANGKAH MENUJU KEJAYAAN.. berdasarkan RUKUN ISLAM. Semua bahagian-bahagian ini diberikan contoh-contoh sebenar, pengalaman, teori-teori ilmiah. Disampaikan  Namun begitu Al Quran dan Sunnah Rasullullah tetap menjadi sumber dasar yang sebenarnya.  Matlamat akhir kursus ini adalah untuk melahirkan manusia yang unggul melalui kecerdasan emosi dan spiritual.. 

Bagi saya kalau tak boleh banyak, dapat sedikitpun amat besar manafaatnya.  Yang menghalang pemahaman yang mendalam dalam latihan ini  adalah faktor BELENGGU yang melingkari hidup seseorang. Walaupun seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi, pengalaman yang luas, dan pangkat yang besar, tetapi apabila seseorang itu telah melalui latihan  'Zero Mind (menacle)Process' maka barulah dapat menjawab segala persoalan yang selama ini tidak mampu menjawabnya.

Harapan saya ianya akan membina karakter diri saya yang lebih baik.. Mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan menebalkan kecintaan diri saya terhadap Rasulullah SAW.. Insya Allah.

 Ok.. rasanya terlalu berat juga cerita kali ini..nanti yang membacanya kui meluat pula.. .. Jadi cukuplah sekadar ini sahaja apa yang saya mampu cerita.. Saya pada akhirnya diberikan Sijil Kehadiran Kursus.. Ikut penceramah ESQ Pak Andy,  kursus 3 hari penuh ini akan melayakkan menjadi Alumni ESQ . Ini bermakna jika ahli alumni ESQ ingin mengulangi lagi kursus seperti ini ditempat lain seluruh dunia dimana dianjurkan kursus basic ini maka boleh masuk kursus itu dengan percuma...  Kalau 'advance' kena lah bayar...

Saya amat menghargai akan usaha-usaha kerajaan negeri mengadakan kursus seperti ini walaupun saya tahu memang tinggi kos untuk membawa program ini, namun dari segi pembinaan insan penjawat awam seperti saya ianya amat berguna.... Insan yang telah lama melaksanakan segala ibadat-ibadat yang disuruh tapi tidak terasa apa-apa... Hanya sekadar mengerjakan ibadat wajib dan sunat dan berulang-ulang tanpa jemu tapi tapi kurang panduan yang betul dan jelas akan tujuan hidup didunia yang hanya sementara ini. 


Alhamdulillah,  ini yang saya dapat dalam kursus ini, walaupun tidak sepenuhnya tapi cara dan kaedah yang dibuat dalam kursus ini ternyata amat berkesan. Kefahaman yang lebih lanjut boleh dirujuk lagi kepada buku ESQ yang dibekalkan itu. Selama ini belajar agama hanya dengar dan lihat penceramah.. tapi kali ini belajar agama secara lebih saintifik.  

Untuk menjadi Kedah sebuah negeri 'Aman Makmur' ianya perlu bermula dari individu itu sendiri. Inilah pendekatan kreatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri hasil cetusan idea YAB Menteri BEsar Kedah DA...  Kejayaan Kedah Aman Makmur hanya boleh tercapai jika semua penjawat awam, para pemimpin, dan rakyat secara sepadu bergerak melakukan transformasi secara besar besaran..   Kursus ini di 'design' khusus oleh Dr Ari untuk disesuaikan  dengan Program Transformasi Kedah Aman Makmur.      Ok .. jumpa lagi..

Bacalah dengan nama Tuhan Mu.. Al Fatihah.. Amiin.


Sunday, October 6, 2013

Percaturan Penuh Strategik di PRK DUN Sg Limau.. Masa Depan Datuk Shuhaimi dan Muzaini..

Catatan : Mohd Asri Redha
06 Oktober 2013...

Assalaamualaikum WRT.... Ketemu lagi sahabat-sahabat maya sekalian. Sudah seminggu saya tidak menulis... banyak juga bahan-bahan berita  itu ini, rencana sana sini dan segala macam maklumat saya baca dan dapat. Caca merba jadinya. Malangnya saya bukannya yang insan penghafal dan pengingat yang mahir seperti setengah-setengah tokoh hebat berpidato dan tokoh seni. Jadi baca, tengok, ingat sat dan lepas tu hilang begitu sahaja maklumat itu. Alangkah bagusnya kalau ada kemahiran mengingat apa yang dibaca itu.. tentu hebat saya sekarang... 

Ok,  saya tidak akan membosankan saudara pembaca blog saya dengan cerita-cerita dan berita-berita serta maklumat sana sini yang saya ada  ini. Saya tidak akan menceritakannya kerana ada sebahagiannya saya dah lupa.. Otak lama kut... Kadang-kadang tu pelik pula rasanya.. baru tak sat tanya nama... dapat tahu nama... tak sampai 5 minit bila orang itu berlalu terus terlupa balik nama tu... sampailah ada ketika ia timbul balik tanpa disedari.... Begitu juga kadang-kadang sembahyang waktu.... dah mula rasa-rasa kelupaan itu semakin menghampiri kita..  Tengah dok sembahyanag dan memang bagi tahu pada hati ini, jangan lupa bilangan rakaat... bangkit sahaja selepas rakaat ke 3 ..... mulalah timbul was-was... 3 ka 4 rakaat ni..... akhirnya ambil keputusan buat Sujud Shahwi juga... sekali sekali tak apalah juga , tapi kalau selalu nak kata lagu mana... kadang-kadang dalam dok niat nak buat sujud shahwi tu pun, .. lepas baca Tahiyat Akhir.. terus bagi salam terlupa juga nak buat Sujud Shahwi.....  apalah nak jadi diriku ini....

Ya Allah Ya Tuhan Ku.... bantulah hambamu ini untuk terus mengingati MU....  Janganlah diberi kelupaan untuk mengingati MU Ya Allah walau seketika.... Petua yang diberi oleh para orang agama ialah kena selalu baca Al Quran walaupun sepotong ayat.. Jadi saya kena amalkan ini berterusan setiap hari..... sepotong ayat sikit sangat kut.. elok baca satu muka surat setiap hari.. bila saya menulis  macam ni maka orang tulis tu kenalah buat dulu... ok  

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini  saya menyajikan pandangan saya berkenaan dengan PRK DUN Sg Limau yang akan berlangsung pada 4 November 2013 nanti. Yang menarik minat semua ialah pada 23 Oktober 2013 ini dimana Penamaan Calon akan bermula... Siapa calonnya...  ini yang menjadi perhatian sekarang ini. Di kawasan DUN Sg Limau ini, faktor calon itu penting kerana tersilap memilih calon akan memberi keputusan yang mungkin berbeda dari apa yang diharapkan.

Saya bercakap begitu kerana faktor kekeluargaan memainkan peranan penting juga dalam menentukan calun. Sebab itu walapun Parlimen Jerai dikuasai oleh BN tapi di DUN Sg Limau ia tetap milik PAS sebab calunnya adalah Ustaz Azizan.. orang tempatan yang mempunyai kaum keluarganya di DUN Sungai Limau ini. Begitu juga sebelum ini BN pernah miliki kawasan ini dengan ketokohan Allahyarham Pak Teh Mat Penghulu sebagai calunnya. Pak Teh Mat Penghulu ini adalah bapa saudara kepada Allahyarham Ustaz Azizan, tapi dia orang UMNO, Ustaz Azizan orang PAS... Untuk pilihanraya berikutnya Pak Teh Mat tidak dicalunkan semula sebagai calun YB di situ. KEsannya BN kehilangan kerusi disitu. Walau bagaimanapun 5 tahun kemudian , Pak Teh Mat dicalunkan semula  sebagai calun BN disitu walaupun beliau agak berumur beliau pada waktu itu, tapi kerusi DUN Sg Limau kembali kepada BN... Begitulah keadaannya... jadi pengundi DUN Sg Limau pilih calun yang lagu mana ... sat PAS dan sat UMNO... mungkin sifat kepenghuluan Pak Teh Mat membuat beliau amat disengani dan senangi oleh orang Sg Limau disamping berkhidmat untuk rakyat tanpa ada apa-apa kepentingan diri. Sampai ke sudah Pak Teh Mat hanya menggunakan kenderaan biasa sahaja kalau tak silap Toyota Corona... tanpa nampak kemewahan berlebihan seperti mana yang ditonjol-tonjolkan oleh YB-YB  baru sekarang ini... Sebab itu bila PAS meletakkan Ustaz untuk menentang calun UMNO waktu itu, ianya memihak kepada PAS. Kemungkinan kalau Pak Teh Mat dicalonkan selepas tu, kemungkinan besar Ustaz Azizan tidak masuk untuk melawan bapa saudaranya. Ustaz Azizan juga mempunyai watak-watak yang lebih kurang sama dengan bapa saudaranya , cuma kelebihan lagi Ustaz mempunyai kelayakan ugama yang tinggi.

Ok lah sekarang kerusi DUN Sg Limau sudah kosong, tarikh penamaan calon pun dah diketahui, tarikh mengundipun sudah diberitahu. Pas atau UMNO pastinya mahu mengenengahkan calon yang terbaik masing-masing bagi menarik minat pengundi DUN Sg Limau mengundi calun muda tersebut. Siapa calon popular tersebut... Yang saya tahu  popular sekarang ini ialah Pengerusi SPR dan kawan saya Tn Hj Abdul Rashid Othman.. DO Yan yang dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya ADUN Sg Limau. Lepas ni keraplah gambar depa ada kat TV dan kat Akhbar. Tahniah Tn Hj Abdul Rashid.. satu cabaran besar pada beliau, kerana dalam PRK seperti ini  ianya menjadi tumpuan nasional dan international.. Setiap kerja beliau akan diteliti, dan dinilai... beliau membawa misi yang besar sebagai Pegawai KCS.

Satu pertembongan yang hebat antara PAS dan UMNO.. Walaupun keputusan pilihanraya ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pentadbiran negeri dan kerajaan persekutuan, tapi ianya berkaitan tentang soal maruah, imej parti itu sendiri. Setengah orang sanggup membunuh diri jika maruahnya dicemari... tapi kita sebagai umat Nabi Muhd  tak kan nak buat macam tu kut... ini soal politik sahaja, janganlah kita berlebih-lebihan sangat sehingga lupa kepada qada dan qadar Allah.

Saya tidak mengenali sangat akan calun-calun PAS sebelah Yan ini, kerana memang pun jarang berurusan dengan mereka, walaupun hampir 5 tahun  duduk bertugas dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Namun begitu selama 5 tahun tersebut saya telah bekerja di 4 tempat yang berbeda, iaitu di Pejabat Daerah Langkawi sebagai KPPD(P)  , Pejabat Tanah Kuala Muda sebagai Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Kota Setar sebagai Pentadbir Tanah dan di Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Setiausaha. Di kesemua tempat ini saya banyak bergaul dengan ramai orang PAS tempatan tersebut. Antaranya semasa jadi Ahli Majlis MPSPK Sg Petani saya berkenalan dan mengenali ramai Ahli Majlis bawah Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Ada seorang calon PAS yang disebut-sebut untuk mengisi calon PAS di Sg Limau  iaitu en Muzaini Azizan... bukan anak Ustaz Azizan. Bila sebut nama ini, saya baru teringat yang beliau ini adalah bekas Ahli Majlis MPSPK bertugas bersama sama saya sebagai Ahli Majlis di MPSPK juga... Jadi memang saya kenal sangatlah en Muzaini kerana beliau memang sentiasa berurusan dengan saya di MPSPK dan di jabatan saya di Pejabat Tanah Kuala Muda... Memang sesuai sangatlah beliau dicalonkan di Sg Limau kerana beliau seorang yang rajin turun naik ke jabatan-jabatan membawa isu dan masalah rakyat untuk diselesaikan... atas kapasiti sebagai Ahli Majlis. Beliau juga adalah Setiausaha PAS Bahagian Jerai dan pernah menjadi Pegawai Khas YAB Menteri Kedah waktu itu. Jadi sesuai sangatlah. Di samping itu semasa Aruah Ustaz Azizan sakit dulu, Muzaini inilah yang sering menggantikannya dan menjadi tempat rakyat tempatan mendapatkan apa-apa perkhidmatan dan bantuan. Pendek kata dia dah pun menjalankan tanggungjawabnya sebagai seolah-olah wakil rakyat.

Yang lain-lain timbul juga nama seperti en Musoddak ... juga orang kuat PAS Jerai, dan saya kenalipun ketika beliau menjadi Pegawai Khas Pejabat YAB Menteri Besar Kedah .. Taklah kenai sangat... 

Di pihak UMNO, saya tak nampak orang lain lagi yang lebih layak menjadi calon ADUN Sg Limau, selain Ketua Bahagian Jerai itu sendiri, iaitu Datuk Shuhaimi Abdullah. Calun sebelum ini iaitu Mohd Fadzillah Mohd Ali yang pernah menentang Ustaz Azizan dalam PRU yang lalu, rasanya tak sesuai lagi untuk diberi peluang kali kedua.. Sayapun hairan juga sebagai seorang Ketua Bahagian kenapa tidak diberi peluang untuk menjadi calun dalam PRU yang lepas. Mungkin ada apa-apa persetujuan bersama yang dibuat diantara calon atau dikalangan pemimpin tertinggi UMNO... tak taulah saya.

Sejak beliau menjadi Ketua Bahagian pada tahun 2008, saya telah mengikuti akan perkembangan aktiviti politik dan kemasyarakatan beliau di kawasan Parlimen Jerai ini, dan memang beliau seorang yang merendah diri dan sentiasa turun ke padang membantu rakyat yang memerlukan walaupun tidak memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat. Saya boleh mengikuti perkembangan aktiviti beliau setiap hari melalui Facebooknya dimana saya menjadi rakannya.. cumanya selepas habis PRU yang baru lalu, berita-berita aktiviti beliau dalam kawasan Parlimen Jerai ini tidak lagi ada... terhenti begitu sahaja... Tak taulah kenapa.

Walaupun saya kenali rapat beliau tapi saya jarang sekali bersembang-sembang dengannya. Tapi saya ketahui semua adik beradik beliau kerana beliau adalah adik ipar kepada abang sulung saya yang tinggal di Kg Kabu 10, Sg Limau Dalam, iaitu tempat kelahiran saya juga.  

Sapa tidak kenal Tok Imam Lah Sg Daun bapa Datuk Shuhaimi.. orang kuat di Sungai Daun... dan boleh dikatakan orang berada juga. Datuk Shuhaimi belajar di Australia dengan perbelanjaan sendiri, balik dari AUstralia beliau bekerja sendiri dan berniaga dalam pelbagai sektor perniagaan dari restoran, stesen minyak, kontrak malahan barangan kosmetik 'Syurah' pun beliau ada syer terbesar.. Saya tak tahu sangat akan perniagaanya tapi saya yakin beliau memang berjaya dalam perniagaanya. Sebab itu dalam melaksanakan program-program politik dan kemasyarakatannya di Parlimen Jerai beliau banyak menggunakan duitnya sendiri. Keadaan ini amat berbeda dengan sebahagian besar wakil rakyat yang masih lagi mengharapkan kepada kuasa  politik untuk menaikkan taraf sosial dan kehidupan mereka. Jadi pada saya kalau beliau jadi seorang wakil rakyat pun rasanya tidak memberi kesan kewangan yang besar kepadanya kerana selama inipun beliau sudah berjaya dalam bidang perniagaannya dan duit bukan lagi matlamatnya... 

Cumanya dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku.. dalam politik seseorang itu boleh dibunuh berkali-kali... sampai hilang segala pengaruh yang ada... itulah politik. Kalau tak mahu dibunuh berkali-kali dalam politik jangan bermain  dengan politik. Elok jadi macam saya saja, buat kerja juga boleh bantu rakyat juga cara saya tanpa kacau sesiapa.

Secara kebetulan sekarang ini tengah hangat pemilihan barisan pemimpin UMNO baik peringkat nasional maupun diperingkat bahagian. Datuk Shuhaimi juga tidak terkecuali dicabar dalam  pemilihan di peringkat bahagian sebagai Ketua Bahagian. Pencabarnya ialah orang yang telah diberi peluang oleh kepimpinan tertinggi sebagai Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan telah berjayapun sampai dilantik sebagai Menteri. Satu pencapaian yang amat membanggakan saya sebagai orang Sungai Limau. Ada anak Yan menjadi Menteri .. Kalau tanya  saya apa lagi yang saya hendak.. saya kata saya tak hendak apa-apa dah... dah jadi Menteri .. nak apa lagi . atas daripada Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sahaja lah.. Rupanya menjadi menjadi Menteri dengan gaji berpuluh ribu Ringgit Malaysia ianya masih tidak dapat memuaskan hati manusia. Dalam politik jasa tidak boleh dijadikan ukuran yang pasti untuk dibantu. Kata orang memegang jawatan pentadbiran samada menteri dan timbalan menteri  tidak lagi benar-benar berkuasa, tapi memegang jawatan politik itu lebih berkuasa. Sebab itu tidak hairanlah ada setengah calun berbelanja begitu besar dan berusaha begitu hebat untuk berkempen samada sebagai Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, malahan diperingkat Bahagianpun tidak kurang hebatnya mereka pulun. 

Datuk Shuhaimi telah diketepikan begitu sahaja sebagai calun wakil rakyat untuk memberi laluan kepada calon-calon lain yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi... Siapa membuat keputusan tidaklah diketahui. Mungkin ada apa2 perjanjian antara mereka tidak tahulah saya. Semuanya itu memang tertanya-tanya kepada saya. ..  Jawatan Ketua Bahagian memang kuat untuk menyerahkan begitu sahaja kerusi yang ada kepada orang lain. Sedikit sabotaj yang dibuat oleh Ketua Bahagian boleh menjahanamkan pengaruh yang ada dan tidak mungkin Parlimen Jerai akan jatuh ke tangan BN... Tapi ini tidak berlaku. Datuk Shuhaimi tetap dengan lagak dan kepimpinannya seolah-olah tidak ada apa berlaku dan tetap turun berkempen bagi kemenangan BN walaupun sebahagian besar penyokongnya sudah mula rasa tawar hati untuk meneruskan kempen-kempen secara lebih hebat... Namun begitu atas dasar persaudaraan dan demi kepentingan UMNO, maka segalanya diketepikan dan akhirnya ia membuahkan kejayaan BN.. Tahniah....

Namun sepertimana yang saya cakapkan tadi, dalam politik macam-macam boleh berlaku ....  apa sudah jadi sekarang ini..  Ketua Bahagian yang dipimpin oleh Datuk Shuhaimi dicabar oleh rakan yang pernah dibantunya... Kita tunggu dan lihatlah nanti..   Saya cerita isu ini adalah kerana ia ada kaitan dengan PRK yang akan diadakan pada awal bulan November nanti. Pertembungan antara kedua-duanya itu boleh memberi kesan kepada keputusan dalam PRK DUN Sungai Limau itu. Kalau kedua-dua belah pihak iaitu penyokong kuat YB Ahli Parlimen Jerai dan penyokong Datuk Shuhaimi tidak bersatu dalam kempen-kempen pilihanraya nanti... macam mana.. Katalah Datuk Shuhaimi dipilih sebagai calon DUN Sg Limau nanti , adakah pihak penyokong Dato Seri Jamil Khir akan pulun sungguh-sungguh berkempen bagi pihak BN/UMNO. Kalau faktor itu diketepikan, Insya Allah rasanya DUN Sg Limau akan dapat dirampas balik. Kepimpinan tertinggi perlu turun padang untuk melihat perkara sebegini dan perlu diselesaikan secepat mungkin agar ianya tidak menjadi semakin parah.. Bagi saya Datuk Shuhaimi adalah calon yang sesuai untuk PRK ADUN Sg Limau ini. Sekurang-kurangnya ianya meredakan ketidakpuasan hati para penyokong Datuk Shuhaimi yang mahu melihat peningkatan kerjaya politik Datuk Shuhaimi ini . Tapi dalam konteks PRK ini, kalau Datuk Shuhaimi menang pun ianya tidak membawa ke mana.. nak lantik timbalan menteri atau menteri, dah jadi calun ADUN sahaja, nak lantik EXCO dan cukup quota... tapi tak apalah seperti yang saya katakan tadi.. duit bukan ukurannya.. Datuk Shuhaimi sudah ada segala-galanya..

Ok.. itu sahaja ulasan saya .. nanti kita sembang-sembang lagi... 4 November 2013 saya akan balik mengundi.... undi tetap rahsia..... 











Saturday, October 5, 2013

Takziah... Buat Keluarga Aruah Ustaz Azizan... Kehilangan Yang Sukar Di Cari Ganti...

Catatan: Mohd Asri Redha
05 Oktober 2013

Salam Sejahtera Semua...

pagi ni redup saja... sat hujan sat tak hujan... cadang utk mesin rumput kat halaman rumah, tak jadilah pagi ni... mengemas-ngemas dlm rumah saja... Lama tak beri perhatian kat bilik studi saya ni....

Entah kenapa pagi-pagi  ni teringat pula pada orang2 yg telah meninggal dunia...  Kadang terfikir   bagus juga kalau selalu teringat akan kematian, teringat juga pada kita semua bila saatnya kita akan meninggal dunia, dimana, macammana , kena apa dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan mengingati mati akan memberi kesedaran yang mendalam kepada saya dan kita semua tentang hakikat kematian itu. Semua orang akan mati.. sebab itu kita disuruh iring jenazah sampai ke liang lahad.   Tetapi cukupkah bekalan yang ada untuk dibawa mengadap Allah SWT nanti... Ini yang menggerunkan saya. Rasanya macam dosa banyak daripada pahala..... Sebab itu  kelmarin semasa saya beri ucapan aluan kepada anak-anak buah dalam program forum anjuran MBAS bersama YPEIM, bertajuk .'Profesion, Integriti dan Rezeki Yang Baraqah'  saya ada menyentuh fasal kematian. Kalau kita melihat kematian orang atau kalau kita melihat mayat diturunkan ke liang lahad dan dan ditimbus tanah dan selepas itu  imam membacakan talqin lagi, sekiranya masih tidak ada apa-apa kesedaran lagi atau kata orang tak rasa apa-apa , tak taulah lagi macam mana nak bagi kesedaran untuk kembali kepada melaksanakan apa yang diperintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang ditegah Allah SWT.

Beberapa minggu  yang lalu, rakyat negeri Kedah dikejutkan dengan kematian  aruah Ustaz Azizan.. Bekas Menteri Besar Kedah DA..... dah lebih seminggu aruah Ustaz telah pergi meninggalkan kita di dunia yang hanya sementara ini. Semoga Allah SWT memberi perlindungan kepada aruah dihindari dari siksaan dialam kubur serta diberi kerahmatan Nya.

Saya amat terasa terkilan kerana sepanjang aruah Ustaz ditempatkan di hospital d Alor Setar ini , dua kali saya pergi untuk melawat tetapi tidak kesampaian juga kerana waris aruah tidak ada kat hospital untuk membenarkan pelawat masuk.. Tak apalah niat dah ada...

Melalui ruang yang saya ada ini.. saya melahirkan UCAPAN TAKZIAH KEPADA PUAN SRI DAN SEMUA KAUM KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ diatas perginya Ustaz meninggalkan kita semua untuk mengadap Allah SWT ... sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Itu adalah kepastian yang sesiapapun tidak boleh lari dari menghadapinya.. cuma bila dan dimana kita tidak pasti. Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Lima tahun dibawah pentadbiran Ustaz , saya rasa tidak banyak masalah yang berbangkit berhubung pentadbiran negeri. Saya tidak pastilah bagi kawan-kawan yang lain yang mungkin berlainan pula dengan pandangan saya. Saya hanya sekadar sekali sekala sahaja berurusan dengan aruah Ustaz, diperingkat bawahan sahaja. Mungkin diperingkat atasan ada banyak isu dan masalah dibawah pentadbiran Ustaz.. Itu saya tak tahulah pula. Namun dalam sekali sekali berurusan itu banyak juga kenangan manis saya bersama aruah ustaz, terutama semasa saya di Pulau Langkawi.. tapi entah macam mana dok cari gambar saya bersama aruah Ustaz kat Langkawi.. tak ada.. hilang entah ke mana..

Cuma apa yang saya terlihat ialah sifat peribadi beliau itu yang membuatkan saya amat menghormati dan kagum kepada beliau .. Seorang yang  mesra, cepat kenal orang yang berurusan dengan beliau, boleh memberi kuliah-kuliah agama, tidak mengutuk sebarangan kepada musuh politiknya, sederhana sahaja kehidupannya .. berbual dengan beliau seolah-olah seperti berbual dengan seorang sahabat atau seorang bapa... Itulah kelebihan Ustaz walaupun ada orang kata beliau 'cenge'.  Biasalah tu , sekali sekala kena 'cenge' juga. Mungkin dah tak tahan sangat kut serangan demi serangan yang diterimanya dalam kerja sehariannya... begitu juga tekanan yang diterima dari musuh-musuh politiknya.

Saya sendiri pernah menulis artikel bertajuk "Ustaz Azizan Yang Saya Kenali"  seperti dalam alamat dibawah ini.. setelah beberapa tahun beliau menerajui negeri Kedah ini...

http://beritakcs.blogspot.com/2012/02/ustaz-azizan-yang-saya-kenali.html

Hanya sekadar pandangan saya sahaja..... mungkin ada betul atau mungkin ada tidak betul... tapi saya lebih suka cerita yang baik-baik belaka.....  baik dan tidak baik itu kadang-kadang hanya persepsi seseorang sahaja berasaskan maklumat yang dimilikinya....  jadi belum tentu apa yang kita rasa tidak baik pada seseorang    itu adalah sama dengan pandangan orang lain......  sebab itu janganlah kita berlebihan-lebihan sangat dalam hal-hal yang berkaitan cara pentadbiran seseorang itu terutama nak cerita hak yang tak baik..... takat patut padan sudahlah.

Sebagai pegawai KCS, saya amat berterima kasih kepada aruah Ustaz kerana sepanjang dibawah pentadbiran beliau yang mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak hal-hal kebajikan KCS telah diberi perhatian oleh Ustaz. Saya rasa semua KCS tidak boleh menafikannya dalam hal ini. Isu pemberian tanah pertanian, tanah kediaman dan tanah koperasi banyak telah dapat ditangani sebaiknya dibawah pentadbiran Ustaz. Untuk mendapat kelulusan-kelulusan dasar berkenaan tanah dari pihak kerajaan negeri bukannya mudah . Banyak ranjau dan kesukarannya . Namun peranan Ustaz dalam hal ini amat penting, hingga semuanya berjalan lancar tanpa menghadapi banyak rintangan dan masalah...  Sebarang isu yang berbangkit terhadap keputusan yang dibuat tersebut, telah ditangani oleh Ustaz dengan tenang dan akhirnya senyap begitu sahaja...mungkin tindakannya ini tidak popular dikalangan pengikutnya. Tetapi ustaz sanggup terima risikonya.....  terima kasih Ustaz..Al Fatihah..

Begitu juga dengan isu-isu penentangan pengikut atau penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap KCS itu sendiri ditangani dengan sebaiknya oleh aruah Ustaz Azizan. Peringkat awal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat dulu, tahap kecurigaan terhadap KCS memang tinggi. Walaupun tunjuk perasaan dan tekanan diberikan kepada aruah Ustaz untuk menukarkan seseorang pegawai KCS disebabkan tidak suka pegawai itu dan pegawai ini  atau tindakan pegawai KCS tidak selari dengan kehendak peribadi pemimpin tempatan, namun Ustaz telah bertindak profesional. Beliau tetap mempertahankan status KCS dan tidak mengambil tindakan berasaskan emosi semata-mata dan akhirnya isu-isu tersebut senyap begitu sahaja....  Begitu juga kemudahan-kemudahan lain yang dinikmati oleh KCS sepanjang pemerentahan yang diketuai oleh beliau yang tidak perlulah saya sebutkan satu persatu . Jadi dalam hal ini marilah kita sama-sama berdoa agar Aruah Ustaz Azizan diberi perlindungan sewajarnya oleh Allah SWT.. amiiin.

Al Fatihah........ amiiin

jumpa lagi...@@@@@ oleh kerana aruah Ustaz Azizan telah meninggal dunia maka kerusi ADUN Sg Limau telah kembali kosong. Tentunya tak berapa hari lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan.. masing-masing parti BN dan Pas sudah mula pasang strategi... namun siapakah calunnya... saya ada ulasan berkenaan hal ini tapi tunggulah catatan saya seterusnya dalam tempoh terdekat ini. Saya juga adalah pengundi di ADUN Sg Limau ini.... agak-agak sapa yang menjadi pilihan saya.... UNDI ADALAH RAHSIA@@@@@@@.....  Jumpa Lagi ...Assalamualaikum WRT..

tunggu cerita selanjutnya....  calun panas... di DUN Sg Limau

Friday, June 7, 2013

Dato' Wira Hj. Mohd Puat Yang Saya Kenali.... SUK Kedah Yang Baru....


Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 06 Jun 2013

 

YB Dato' Wira
Hj .Mohd Puat Ali

Salam Sejahtera .. apa kabar semua, terutama rakan2 KCS semua. Moga semuanya beroleh ketenangan dan kesejahteraan berpanjangan... rasanya ok dah kut , Ketua baru kita Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dah kita tahu dan Pegawai Kewangan Negeri barupun kita dah tahu...   Jadi marilah kita pakat-pakat bersatu buat kerja bagi elok2 sesuai dengan kepimpinan kerajaan negeri baru yang diketuai oleh YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah DA.. 

Rasa nak tulis apa pula malam ni... 3 hari cuti ni .. syok juga tulis-tulis fasal biodata bos baru kita ni.. lagipun saya ada juga sedikit maklumat berkenaan beliau dan adalah sikit-sikit hubungan keluarga yang agak jauh juga tapi saya memang kenal rapat dengan keluarga beliau..


Keluarga Dato' Hj Mohd Puat ini bukan calang-calang juga keluarganya dimana seorang daripada bapa saudaranya pernah menjadi Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Mohd Amin. Ada seorang lagi Ketua Polis Negara yang ada hubungan keluarga dengan saya juga iaitu Datuk Abdul Rahman Hashim yang telah mati ditembak oleh anggota komunis di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Datuk Abdul Rahman Hashim ini juga adalah orang Sungai Limau Dalam yang berkawan rapat dengan Datok saya. Anak angkatnya (anak saudaranya) telah berkahwin dengan kakak mak  saya.

Saya juga ada hubungan keluarga dengan keluarga YB Dato' Hj Mohd Puat ini malahan ada adik-adiknya pernah bersekolah sekali dengan saya walaupun dilain kelas dan tingkatan di Sek Men Yan. Mungkin mereka sekarang dah tak ingat lagi saya, tapi saya masih ingat akan kisah-kisah lama masa di Sekolah Menengah Yan dulu. Dato' Hj Mohd Puat juga pernah jadi guru sementara kat Sekolah Menengah Yan dulu dan pernah mengajar saya sekejap masa tingkatan 2. Saya juga pernah bertugas sebanyak 3 kali dibawah Dato' Hj Mohd Puat tapi tak lama iaitu di UPEN , MPSPK dan di Pejabat Daerah Langkawi.

Dari segi salasilah hubungan keluarga saya, bapa saudara nenek saya ada seorang anak  bernama Tok Lang Ibrahim telah berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan (sayapun tidak pasti nama apa, tapi itulah nenek Dato Wira Hj Puat) dan anak perempuan ini telah berkahwin dengan Nyak Osman. Nyak Osman adalah orang Acheh yang tinggal sekampong dengan Tok Wan saya (Nyak Hussin) di Meunasah Blang Mee, Kampong Aree,di Kewedenaan Sigli Daerah Pidie,Acheh yang sama-sama merantau ke daerah Yan ini. Sebenarnya saya pun tidak pernah pergi lagi ketempat tu. Entahlah bila agaknya dapat peluang pergi kesitu nak tengok keturunan saya kat sana. Dengar kata ada banyak yang meninggal masa Ombak Tsunami lalu. Namun masih ada lagi saki baki keluarga saya kat sana, tapi kehidupan mereka dikatakan tidaklah semewah disini, masih lagi macam tahun 60 an dulu.

Ini bermakna Nenek saya (Aishah) adalah sepupu kepada (Nenek Dato Hj Puat) yang berkahwin dengan Nyak Osman . Nyak Osman mempunyai anak-anak yang sekadar saya ketahui namanya Tan Sri Mohd Amin yang pernah jadi Ketua Polis Negara dan Mohd Ali ( lebih mudah dikenali sebagai Ali Insuran) ayah kepada YB Dato' Hj Mohd Puat sekarang ini. Ayah beliau masih ada tetapi agak uzur juga dan sayapun lama tak pernah pergi ziarah beliau. Dulu-dulu dia memang kerap mai Sg Limau masa ayah dan ibu masih ada. Mereka memang rapat, kerana komuniti dari Acheh memang rapat apabila mereka berada diperantauan seperti di Sungai Limau Dalam dan Yan.  Apa-apa kejadian, kenduri-kendara dan sebagainya pasti sampailah Pak Ci Ali Insuran ke Sungai Limau Dalam.

Sebab itu kebanyakannya berkahwin dalam kelompok puak mereka saja.  Sebab itu bila bercakap fasal Dato Seri Ustaz Azizan ..Bekas MB Kedah, dan Tan Sri Sanusi Junid Bekas MB Kedah juga mereka semuanya ada kaitan samada persaudaraan ataupun persahabatan.

Jadi bapa saya Allahyarham Hj Abdul Rahman Nyak Hussein adalah 2 pupu dengan bapa YB Dato' Hj Mohd Puat. Kiranya saya ni 3 pupulah dengan YB Dato' Hj Mohd Puat. Orang dulu-dulu walaupun 3 pupu atau 2 pupu memang rapat, tidaklah macam sekarang ni, sepupupun dah tak berapa nak kenal lagi. Seperti saya pernah cerita dalam blog sebelum ini dalam kalangan keluarga aku sendiripun walau pangkat sepupu dah ada yang tidak pernah tengok dan bertegor sapa...tak taulah dunia sekarang ni apa nak jadi... Sekarang ini saya nak dapatkan salasilah keluarga sudah kurang sumber. Banyak kalangan oran-orang lama sudah meninggal dunia... jadi hubungan dengan anak-anak dan waris2 personaliti yang saya sebutkan diatas sudah terputus.. dan kalau terjumpapun rasanya tak ada apa2 .. tak kenal langsung... kerana tak orang2 tua yang tlong perkenalkan atau cerita salasilah keluarga .. macam mana boleh jadi adik beradik... dunia sekarang sudah jadi dunia yang tersendiri, menjadi lebih individualistik.

Apa-apapun saya tumpang seronok dan bangga kerana orang Yan dapat jadi SUK ... Semua sedia maklum banyak ranjau yang terpaksa beliau tempuhi untuk sampai ke tahap tersebut.. sampai kesaat terakhir masih ada usaha-usaha untuk menidakkan kemampuan dan kebolehan beliau untuk memegang jawatan SUK..    http://beritakcs.blogspot.com/2011/04/mangsa-keadaan.html

Namun itu adalah ketentuan ALLAH SWT ... tiada siapa yang boleh mengubahnya... Semasa beliau
memegang jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah juga banyak cabaran yang dihadapinya dan pelbagai badai datang melanda tapi pada akhirnya tak ada apa-apapun.....  Selamat bertugas dan maju jaya dalam menjalankan tanggungjawab yang amat besar itu... Harapan saya KCS akan dapat bersatu balik dengan lebih kukuh dan semangat berpasukan dan semangat kekitaan yang tinggi dikalangan KCS... Insya Allah...

YB Dato' Hj Khazali
Tahniah juga saya ucapkan kepada Dato Hj Khazali Din yang dilantik sebagai Pegawai KEwangan Negeri Kedah pada tarikh yang sama. Lagi banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Dato' T Long memandangkan Kedah memang tidak pernah cukup wang untuk berbelanja.... Moga beliau mampu berbuat sesuatu untuk meningkatkan hasil negeri Kedah... Saya doakan kedua-duanya menjadi gandingan yang kukuh kearah kebaikan kita bersama.... Saya sebagai pegawai KCS tetap bertugas seperti biasa dan membantu apa yang patut bersama-sama rakan KCS  Amiiiin.

Asri...tumpang seronok tengok orang berjaya.




asriredha
teratak kasih alor setar

Wednesday, June 5, 2013

TAHNIAH.. YB DATO' WIRA HJ MOHD PUAT ALI... SUK KEDAH YG BARU....


Tarikh : 05.06.2013: Catatan dan Olahan : Mohd Asri Redha
Istana Anak Bukit.....
Sumber: Blog Sedaka Sejahtera dan BERNAMA

Tahniah!!! Sepupu Mantan MB Kedah, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali Dilantik Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Ganti Datuk Rasli.. Jom Terjah!!!

Mohd Puat, Khazali Din SUK, pegawai kewangan negeri Kedah yang baru
Mohd Puat, Khazali Din SUK, pegawai kewangan negeri Kedah yang baruPEGAWAI Kewangan Negeri Kedah, Datuk Khazali Din (dua kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali (kiri) pada Majlis Pengurniaan Tauliah Pelantikan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman di Istana Anak Bukit







ALOR SETAR 5 Jun - Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang baharu berkuat kuasa Jumaat ini, menggantikan Datuk Rasli Basir yang bersara.

Sementara itu, Timbalan SUK (Pembangunan) Datuk Khazali Din akan mengisi jawatan Pegawai Kewangan negeri.

Majlis pengurniaan tauliah pelantikan kedua-dua jawatan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Turut menyaksikan pengurniaan tauliah itu ialah tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang lain dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Mohd. Puat, 59, yang berasal dari Yan memulakan kerjaya sebagai pegawai tadbir negeri pada 1978 sebelum dilantik memegang beberapa jawatan penting seperti Penolong SUK, Ketua Penolong SUK, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Invesment Centre (KIC).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada 1978 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (Analisis Dasar dan Kewangan) dari The American University, Amerika Syarikat pada 1984.

Sepanjang beliau menerajui Perbendaharaan negeri, jabatan itu pernah diangugerahkan Anugerah Empat Bintang Audit Indeks Akauntibiliti oleh ketua audit negara selama tiga tahun berturut-turut.

Jabatan itu juga berjaya menghantar Penyata Kewangan Negeri tahun 2012 pada 31 Januari 2013 iaitu terawal dalam sejarah kerajaan negeri.

Khazali, 58, yang berasal dari Jitra, menyertai Perkhidmatan Tadbir Negeri pada 1 Januari 1980 dan pernah menyandang beberapa jawatan seperti Penolong SUK, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Ketua Penolong Pengarah UPEN dan Datuk Bandar Alor Setar.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pertadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sementara itu, Mukhriz berkata, pelantikan Mohd Puat dan Khazali diharap dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha menjayakan pelbagai rancangan tranformasi di negeri ini.

Beliau yakin pasukan baharu yang terlibat secara langsung dalam pelbagai program kerajaan negeri akan mampu mencapai apa yang dirancangkan. - 

BERNAMA