BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Tuesday, November 29, 2011

MalaM MesrA KcS 2011

28 November 2011
Dewan Seri Negeri
Catatan: Mohd Asri Redha

Majlis gilang gemilang ini telah berjalan dengan baik pada malam tersebut. Majlis diatas adalah majlis yang saban tahun diadakan dengan mengambil tarikh kelahiran sebenar KDYMM Tuanku Sultan Kedah untuk mengadakan majlis ini... Pelbagai persembahan menarik dari kalangan ahli KCS telah diatur dan pada saya apa yang disusun atur majlis ini oleh KCS sendiri telah berjalan dengan lancar, menarik, canggih, berteknologi tinggi, kemas, meriangkan, pelbagai tema dan rencah persembahannya.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini..baik menguruskan acara ini ataupun  yang mengambil bahagian dalam persembahan itu.. Bukan senang tau nak naik atas pentas untuk menyanyi dan bercakap apatah lagi dihadapan VVIP. Kejayaan mengadakan program seperti ini amat bermakna sekali apatah lagi KDYMM Tuanku Sultan Kedah akan berangkat ke Istana Negara di Kuala Lumpur untuk menerima tanggungjawab sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Ke XIV....

Saya bangga dan seronok tengok kawan-kawan yang bertungkus lumus menjayakan program ini.. Semangat itu yang kita mahu. Sekali lagi syabas dan tahniah saya ucapkan. Saya hanya datang makan dan menyaksikan persembahan sahaja.. tak buat apapun.... Cuma saya amat terkilan bila melihat sambutan dari kalangan jemputan agak kurang.. banyak meja-meja kosong. Nak sediakan persiapan dan makanan tersebut bukan murah .. sayang seribu kali sayang.... Itulah sepertimana yang saya cakapkan sebelum ini... jenis jawab nak mai tapi tak mai , jawab nak bawa isteri/suami  tapi tak bawa juga... simpan buat apa kat rumah tak taulah saya.. masih dok ada lagi perangai-perangai  macam tu dalam sebahagian kecil KCS.. Jadi nampak membazir juga makanan-makanan yang disediakan.....Tentunya penganjur letih dan kecewa bila majlis yang disusun atur tapi tidak ada atau kurang sambutan .. cuba kalau kita sendiri buat majlis tapi orang tidak datang.. apa perasaan kita...??? 

Catatan: Mohd Asri Redha..Teratak Kasih..

No comments:

Post a Comment