14 November 2011
Hotel Heritage, Ipoh
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam Sejahtera, pembaca maya saya sekalian.
Hari ini saya berkunjung kekota raya Ipoh ini untuk menghadiri program Persidangan Pentadbiran Seluruh Malaysia Kali ke 18. Ia diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan iaitu Pusat pentadbiran utama negeri Perak Darul Ridzuan.
Apa yang menarik persidangan kali ini adalah bertemakan ‘Inovasi Dalam Pentadbiran Tanah’.. Tema ini amat menarik sekali diketengahkan kerana dalam pentadbiran tanah yang semakin kompleks dan penuh cabaran sesuatu yang baru perlu diteroka untuk menyesuaikan dengan perubahan persekitaran yang berlaku baik perubahan dari segi jumlah penduduk, perubahan teknologi maklumat, perubahan pembangunan fizikal dan pelbagai perubahan yang berlaku. Untuk membuat perubahan kearah yang lebih baik melalui inovasi bukanlah perkara mudah. Ianya memerlukan kreativiti setiap warga kerja dalam pentadbiran tanah. Persidangan kali ini peserta didedahkan dengan contoh-contoh inovasi yang dilakukan oleh beberapa pejabat tanah. Hasil dari inovasi yang dilaksanakan telah menyebabkan beberapa pejabat tanah telah dianugerahkan beberapa pengiktirafan yang membuktikan inovasi yang diperkenalkan itu amat member manfaat kepada pentadbiran tanah keseluruhannya.
Tunggu nak makan saja ni. Penulis di Majlis Perasmian Persidangan Pentadbir Tanah Seluruh Malaysia kali ke 18 di Ipoh Perak |
Bersalaman dengan YAB Menteri Besar Perak di Majlis Jamuan Makan Malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. |
Antara inovasi dan pembaharuan yang dibengkelkan ialah pembaharuan dalam LMS, OSC dan idea-idea baru dan kreatif serta inovasi yang dilaksanakan oleh beberapa Pejabat Tanah di Malaysia. Hasil rumusan bengkel ini juga akan menjadi input yang berguna untuk pihak JKPTG merangka pindaan KTN yang sedang dirangka pada waktu ini dengan mengambil kira perkembangan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Kemungkinan besar selepas ini urusan tanah menjadi lebih mudah, cepat, tepat dan mesra dengan pindaan
secara besaran KTN ini.
Ok... jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment