BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Monday, April 15, 2013

Selamat Datang Adik-Adik KCS baru dalam Keluarga KCS Dan PRU ke 13

Catatan: Mohd Asri Redha...
Tarikh: 14 April 2013



Dari kiri:Pn Nor Hafizah bt. Md Rejab, Mohd Afiq b. Azizi, Mohd Afiq b. Md Saad, Mohd Fitri b. Che Jamil, 
Azwan Azri b Akashah John, Abdullah Sanie b Adnan, Mohd Akmal b Azimi dan Mohd Zainul Fikri b Mat Noh..

Pagi ini saya dikunjungi oleh 8 orang Pegawai KCS yang baru saja dilantik awal bulan ini. Kedatangan mereka ke MBAS ini adalah untuk belajar dan mendapatkan sedikit sebanyak akan apa itu PBT dan peranan PBT...

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai muda ini yang lebih kurang sebaya dengan anak-anak saya saja... tapi elok saya bahasakan diri saya sebagai abang saja dan mereka sebagai adik. Kalau panggil anak nampak sangat akan ketuaan saya. Tak gitu walaupun dah masuk setengah abad.

Dari ramah mesra saya dengan mereka, saya kagum dengan mereka semua kerana sebahagian besar memang mempunyai kelayakan yang tinggi dan bersesuaian dengan keperluan pentadbiran negeri Kedah. Ada yang berkelulusan dalam sains komputer, perakaunan, perancang bandar dan desa, sains sosial, ekonomi dan sebagainya. Ada juga mempunyai sarjana dan sedang pada peringkat akhir memperolehi ijazah sarjana. Sebahagian besar mereka juga pernah bekerja dalam sektor swasta. Baguslah kalau begitu. Harapan saya ialah walau setinggi manapun kelulusan yang diperolehi kalau tidak digunakan dengan sebaik mungkin dan bersikap tidak peduli akan pekerjaan seharian, maka pada akhirnya tidak memberi makna apa-apa. Hanya sekadar ada sarjana tapi tidak menunjukkan kesarjanaan itu dalam pekerjaan harian.

Saya terpaksa bercakap hal-hal ini kepada adik-adik baru dalam KCS kerana mereka masih baru dan selepas ini mereka akan bertemu dengan pelbagai ragam dan situasi dalam dunia baru pekerjaan mereka di negeri Kedah. Saya bimbang nanti kalau tidak diterangkan, mereka akan menghadapi kejutan budaya dimana apabila berada dalam kedudukan jawatan ang dianggap 'premier servis' dinegeri Kedah ini  di mana pegawai dihormati, disanjungi, diberi kedudukan yang agak tinggi dalam masyarakat membuatkan anak-anak muda ini akan lupa diri. Sedangkan sebenarnya jawatan yang disandang itu ukanlah untuk bermegah tapi adalah untuk kita memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang amat memerlukan sentuhan kita untuk mereka memajukan diri dalam segala bidang. Bukannya dengan memegang jawatan penting itu , membuatkan seseorang pegawai itu 'merak' tak tentu hala, bersikap angkuh, sombong tak bertempat, dan lupa diri dan asal usul. Ini yang saya amat-amat takut jika berlaku dalam kalangan pegawai-pegawai baru KCS ini.


Sebab itu kesempatan yang ada ini saya gunakan secukupnya walaupun tidak disuruhpun oleh pegawai atasan untuk bercakap, tapi demi kepentingan KCS itu sendiri, agar institusi KCS ini disanjung tinggi oleh masyarakat dan dihormati oleh insitutusi lain. Imej KCS akan merudum jika terlalu banyak salahlaku anggota KCS, perbuatan-perbuatan tidak bermoral, tidak berdisiplin  dan lain perkara-perkara negatif ada dalam kalangan anggota KCS itu sendiri. 


Saya nasihatkan mereka agar dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada  kerajaan dan kerana Allah Taala. Jadikan kerja sebagai ibadat dan kena sentiasa seronok dalam bekerja.  Kalau ini diamalkan Insya Allah setiap pekerjaan tidak akan menyimpang dari landasan yang ditetapkan. Bekerja perlu berdisiplin, kreatif, berinovasi, proaktif, aktif, ada sikap kepedulian terhadap persekitaran kita tanpa perlu menunggu arahan pegawai atasan dan berintegriti. Samada bos ada atau tidak ada kat opis atau sama ada bos ambil berat atau tidak apa kerja yang dibuat, kerja tetap dibuat dengan sebaik mungkin. jangan pula kalau bos tak ambil tahu atau tegor apa yang kita buat atau bos pun kurang disiplin maka diri sendiripun hanyut juga. 


Jadikan diri sebagai pegawai yang terbaik sehinggakan jika diletakkan dimana sahaja , ianya menjadi aset yang berguna dan dapat diharapkan oleh bos. Jadikan kehadiran pegawai dijabatan tersebut dinanti-nantikan oleh ketua jabatan atau semua anggota organisasi tersebut. Untuk itu setiap pegawai perlu membina karektor diri yang terbaik. Cara untuk membina karektor diri yang terbaik.. itu pandai-pandailah mereka membina karektor tersebut dan membawa diri kerana masing-masing ada ilmu yang tinggi. Ok .. dah panjang pula syarah saya ni. Untuk adik-adik baru KCS ini.. selamat maju jaya dalam kerjaya baru anda ini. Anda pasti jadi KCS yang terbaik.. saya sentiasa doakan ini.  Insya Allah.


Oklah saya rasa letih pula hari ini...  nak tengok fasal pilihanraya pula ni. Banyak nak kena study sebab 5 tahun  sekali baru diadakan balik. Jadi dah lupa banyak disamping itu pilihanraya kali ini ada banyak kelainan prosedur berbanding pilihanraya sebelum ini.


Sekarang ini saya kena pakai 2 topi, topi pertama saya sebagai Setiausaha MBAS dan topi kedua saya sebagai Pen Pengurus Pilihanraya atau Pegawai SPR. Susah juga bila pakai 2 topi ni, kerana dari satu segi kena melaksanakan kerja-kerja harian MBAS dan dari satu segi kena terlibat dalam pengurusan pilihanraya umum ke 13.


Kelmarin saya baru saja menghadiri Majlis Penyerahan OC Projek Perumahan Terbengkalai di Taman Seri Abadi oleh YB Menteri KPKT. Oleh kerana projek terbengkalai ini dibiayai dari tabung khas di KPKT ,  itulah sebabnya Menteri sendiri datang buat penyerahan walaupun urusan pengeluaran OC sebenarnya diuruskan oleh MBAS. Bila buat majlis waktu-waktu ini, faham-faham sajalah. Mesti ada kempen-kempen diselitkan dalam ucapan-ucapan . Rasanya selepas majlis ini akan ada lagi majlis-majlis rasmi seumpama ini yang saya terpaksa terlibat dan hadiri.


Ini yang saya terpaksa berhati-hati sangat, tak boleh lebih-lebih sangat nanti dicop sebagai mirip penyokong kepada parti-parti tertentu dan tentunya akan menimbulkan prasangka dan  hilang kepercayaan oleh parti yang satu lagi. Sebagai seorang Pegawai SPR saya dan beberapa rakan anak buah yang terlibat , kena perlu berhati-hati bimbang disalahertikan. 


Walau bagaimanapun majlis-majlis seperti diatas sebenarnya adalah majlis rasmi kerana melibatkan MBAS dan KPKT. Jadi takkan saya tidak datang majlis ini kerana pada masa yang sama kita kena menghormati pegawai-pegawai kanan KPKT yang juga datang ke Bandaraya ini untuk menjayakan majlis tersebut dan pada masa yang sama MBAS memang sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan pegawai-pegawai kanan di KPKT kerana memudahkan urusan dengan mereka terutama dalam mendapatkan peruntukan dan pelaksanaan projek.

Ok.. jumpa lagi

Teratak Kasih..

No comments:

Post a Comment