06 Mei 2013
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam sejahtera... pagi ni saya lewat sikit bangun.. Bukan lewat bangun tapi sudah bangun jam 6.00 pagi tadi, lepas tu tidur balik... terlalu keletihan mengantuk. Semalam saya terlibat dengan pengurusan perjalanan proses pengundian PRU ke 13 bagi kawasan Parlimen P009 Alor Setar. Alhamdulillah setelah beberapa minggu asyik kalut dok kendalikan persiapan untuk PRU ini.. maka semalam adalah kemuncaknya dan keputusanpun sudah diketahui.... Rasanya apa yang disusun atur dlm PRU ke 13 bagi Parlimen P009 tidak menimbulkan apa-apa masalah dan tidak kedengaran akan ada bantahan-bantahan untuk bawa kes ke mahkamah. Rasanya semua berpuas hati dengan perjalanan pengurusan pengundian kelmarin.... Walaupun terlalu amat letih dan tidur lewat pagi namun hati merasa puas kerana berjaya mengendalikan suatu proses demokrasi yang diamalkan oleh negara dan berjalan lancar. Keletihan saya tidaklah seberapa berbanding anak-anak buah saya tersayang yang bertungkus lumus sejak beberapa minggu yang lalu, saya amat menghargainya kerana tanpa pengorbanan mereka tentunya pengurusan pengundian ini tidak berjalan lancar. Bagi saya elaun yang diterima oleh mereka tidaklah sebeberapa berbanding dengan kerja buat mereka....
Tahniah saya ucapkan kepada calun dan parti yang berjaya, manakala yang tidak berjaya boleh masuk bertanding lagi 5 tahun lagi, itupun kalau parti calunkan lagi, kalau nak bertanding juga dan rasa diri sendiri adalah calun boleh menang, lompat parti atau masuk bertanding sebagai calun bebas. Jadi semua orang ada hak nak buat apa-apa keputusan yang dirasakan menguntungkan diri sendiri dan tak ada siapa yang hendak menghalang. Pokoknya pandai-pandailah membuat penilaian dan timbang tilik mana yang terbaik. Nak masuk bertanding bukan pakai air lior sahaja..kena ada RM banyak juga tu... Baru sebentar tadi SPR umum lebih RM 1.00 juta dikumpulkan deposit calun untuk PRU 13 ini akibat hilang wang pertaruhan... Itu tidak kira lagi belanja kempen dan pebagai upahan kepada pekerja-pekerja kempen yang bertungkus lumus untuk menaikkan nama2 calun.
Angin perubahan juga telah berlaku di Kedah ini. Hasil usaha BN sejak 5 tahun yang lalu di Kedah ini maka pada akhirnya BN mendapat majoriti mudah di Kedah yang membolehkan BN membentuk kerajaan baru di Kedah. Nampaknya hayat kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah hanya bertahan setakat satu penggal sahaja, sama sepertimana kerajaan PAS di Terengganu yang pernah memerintah Negeri Terengganu selama satu penggal pada satu ketika dulu, tapi akhirnya diambil balik oleh Kerajaan BN hingga sekarang..
Bagi saya kekalahan kerajaan PR di Kedah sudah boleh dijangka berikutan isu-isu berkaitan parti-parti yang bekerjasama dengannya disamping faktor dalaman PAS itu sendiri yang menyebabkan gagal memperolehi undi yang sepatutnya dari rakyat. Prinsip perjuangan Islam PAS sendiri sudah tersasar jauh dari landasan asalnya apabila ia berpakat dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Pakatan ini akhirnya memakan diri sendiri dimana PAS telah kehilangan banyak kerusinya sedangkan pada masa yang sama DAP telah menambahkan kerusi di peringkat nasional. Perjuangan menegakkan negara Islamnya sudah tidak selari dengan pendirian pihak rakan-rakan yang lain dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Ini yang menyebabkan kadang-kadang timbul polemik yang agak terlampau dan keterlaluan sesama parti dalam pakatan. Ahli-ahli mula berbelah bahagi yang mana satu betul...
Faktor dalaman sendiri boleh menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan PR di Kedah dalam PRU 13. Terlalu ingin jawatan dan jawatan diperingkat negeri telah menyebabkan ada yang hilang kewarasan dan pertimbangan yang strategik menyebabkan timbul pelbagai spekulasi dan pelbagai andaian dan tuduhan sesama ahli hingga menyebabkan timbul perpecahan dikalangan ahli... Pada akhirnya timbulnya sabotaj dan ini ditunjukkan di dalam PRU ke 13 ini.
Saya tak mahu ulas panjang faktor-faktor kekalahan PAS atau Pakatan Rakyat di Kedah kerana didada-dada akhbar pelbagai teori dan pelbagai faktor telah dikemukakan mengikut acuan persepsi masing2 yang berbeda dan pelbagai.. Cuma yang saya hendak ceritakan ialah bagaimana untuk memastikan supaya kerajaan yang dipimpin sekarang ini kekal mendapat sokongan rakyat jelata. Untuk BN mendapat kembali penguasaan dalam kerajaan di Kedah bukan semudah yang dicakap.
Sepertimana yang saya tulis sebelum ini selepas kekalahan BN dalam PRU ke 12 dulu, banyak faktor-faktor yang saya telah bangkitkan selain faktor-faktor yang tidak saya sebutkan. Ini boleh dirujuk dalam blog saya terdahulu sepertimana di alamat berikut: http://beritakcs.blogspot.com/2013/03/macam-mana-nak-ambil-hati-rakyat.html dan http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/sambungan-siri-blog-terdahulu-macam.html Klik sahaja di 'address' tersebut dan saudara akan dibawah ke tajuk blog tersebut. Memang panjang saya ulas. Jadi saya tidak mahu ulas panjang lah fasal faktor kekalahan tersebut yang mana itu juga yang maksudkan bagaimana hendak mengambil hati rakyat diperingkat bawahan ini dan mengekalkan sokongan rakyat kepada kerajaan yang memerentah.
Janganlah pisang berbuah dua kali... sekali kesilapan yang dilakukan sudah cukup untuk memberi derita yang sukar diterima. Jangan sekali-kali melakukan kesilapan yang sama hingga rakyat Kedah membenci parti yang memerentah. Ini satu amaran oleh rakyat Kedah supaya jangan sekali-kali mengambil mudah akan teguran rakyat terutama dalam hal-hal berkaitan mementingkan kroni, pemberian projek yang tidak adil, berlagak sombong, tidak menampakkan ciri-ciri akhlak seorang muslim sejati dan sentiasa menyalahkan orang serta cantas mencantas. Bagi saya soal pembangunan fizikal bukan isu besar sangat yang menyebabkan rakyat benci kepada pemerentah. Kalau tidak tentunya Kelantan dah lama diambil balik oleh BN. Rakyat tahu kedudukan kewangan Kedah. Mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan.
Saya berkeyakinan penuh YAB Dato' Mukhriz mampu melihat perkara-perkara tersebut dan memastikan ianya tidak menjadi kudis yang akan merebak setiap hari dan pada akhirnya akan memusnahkan parti itu sendiri apabila rakyat hilang kepercayaan. Dengan asuhan dari Mantan Perdana Menteri Malaysia YBhg Tun Mahathir dan dengan pengalamannya yang luas dalam bidang korporat dan antarabangsa saya amat yakin dan mengharapkan YAB Dato' Mukhriz dapat membuat sesuatu perubahan yang drastik dapat dilakukannya di Kedah. Kedah sebagai sebuah negeri yang begitu kekurangan sumber asli untuk menjana kewangan bagi membangunkan negeri ini amat memerlukan sentuhan dari seorang pemimpin tertinggi bagi membawa Kedah Cemerlang dalam segala bidang. Sebarang arahan dan keputusan diperingkat negeri perlu dikaji dulu baik dan buruknya dan perlu mendapatkan fakta yang jelas dan sahih dari sumbernya, tidak sekadar mendapat maklumat2 dari rakan2 politik sahaja.
Banyak cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh kerajaan baru ini di Kedah. Sepertimana yang saya telah sebutkan tadi, kewangan memang merupakan halangan utama untuk membolehkan Kedah bergerak lebih pantas. Untuk menaikkan cukai tanah dan lain-lain cukai dan royalti yang dikenakan rasanya agak kurang sesuai pada waktu terdekat ini, kerana akan pasti diserang habis-habisan oleh pembangkang dan menjadi rekod lalu iaitu selepas BN menang tidak berapa lama lepas itu harga minyak naik, barang keperluan dapur naik, tarif letrik naik... dan macam-macam lagilah.... Jadi macam manakah caranya nak tambahkan hasil kerajaan negeri. Sebagai pegawai kerajaan negeri Kedah, saya dan semua kakitangan juga tidak boleh lari untuk memikirkan apakah pendekatan yang boleh dibuat... Kita tengoklah nanti.. apa pula perancangan yang akan dibuat oleh YAB Menteri Besar baru kita ini dalam usaha meningkatkan hasil kerajaan negeri.
Satu lagi cabaran besar yang pasti dihadapi oleh kerajaan baru ini ialah berkenaan survival Kolej Universiti Insaniah. Banyak sangat dah kita dengar segala macam isu yang dibongkarkan berkaitan pengurusan dan pentadbiran kolej universiti.. Mengurus sebuah universiti tidak semudah menguruskan sekolah. Perbelanjaannya hampir sama menguruskan sebuah negeri Kedah.Lihat sahajalah bajet untuk UUM. Memang besar sekali. Sebab itu saya pernah menyuarakan agar kolej yang sedia ada dikekalkan sahaja di Mergong, tidak perlulah dibina sebuah kompleks yang besar dan canggih seperti mana yang sedia tersergam indah di Kuala Ketil. Saya melihat kepada kemampuan kerajaan negeri untuk membiayai kos operasi universiti ini. Dalam keadaan kewangan semasa yang tidak begitu menggembirakan,, tidak sewajarnya cadangan membina sebuah kompleks universiti dilaksanakan. Namun siapalah saya untuk menghalang cadangan membina sebuah universiti, hanya tulis dan cakap gitu-gitu sahajalah. Kata orang dalam hal-hal kearah menyediakan ilmu kepada rakyat, duit ringgit toksah dok kira sangat...duit boleh dicari... Soalnya saya melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan dan kita ada pilihan memilih universiti yang telahpun banyak ada di Kedah samada universiti swasta ataupun universiti awam. Nak ambil bidang agama atau lain bidang semuanya ada. Kecualilah kalau tak ada langsung universiti di Kedah ini, memang wajar kerajaan negeri tengok balik.
Oleh kerana tidak mendapat bantuan kerajaan persekutuan maka pembiayaan membina universiti baru ini dibuat dengan pinjaman bank dengan jaminan Kerajaan Negeri.. Saya difahamkan lebih RM600 juta perlu dibayar balik mengambilkira kos dan keuntungan bank. Dalam satu tahun sahaja difahamkan sekurang-kurangnya RM48.00 juta perlu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membayar hutang bank. RM48.00 seetahun juta adalah satu angka yang amat besar. Mahu tidak mahu kerajaan yang baru ini terpaksalah melihat isu ini dengan penuh perhatian dan tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja atas alasan ini projek kerajaan dahulu. Perjanjian yang ditandatangani adalah antara kerajaan dengan bank.. jadi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikannya. Lambat menjelaskannya denda yang dikenakan bukan kepalang tingginya, apatah lagi dalam jumlah pinjaman yang besar... memang menggerunkan. Saya mencadangkan setiap GLC negeri yang ada diberi tanggungjawab untuk menyumbangkan sebahagian peratus tertentu bagi membayar hutang tersebut. Walau bagaimanapun adakah GLC Negeri yang ada mampu untuk tolong bayar hutang tersebut. Bukan semua GLC mampu dan ada keuntungan dalam operasinya. Satu lagi cara ialah dengan minta kerajaan persekutuan ambil alih universiti dengan syarat-syarat yang boleh memberi keuntungan kepada kerajaan negeri Kedah juga.
Sekarang masanya rakyat yang menyokong kerajaan BN akan menuntut akujanji masa pilihanraya dulu agar dapat dilaksanakan. Saya sedang mencari senarai akujanji dalam manifesto BN dalam PRU lalu, tak jumpa-jumpa lagi. Tapi ada terbaca sepintas lalu waktu diterbitkan dalam akhbar tempatan. Sebahagiannya tidak ada masalah untuk dilaksanakan tapi saya juga nampak ada juga akujanji yang dibuat itu agak sukar untuk dilaksanakan terutama bila melibatkan kewangan yang banyak. Di sinilah
terletaknya kebijaksanaan pemerentah untuk melihat perkara tersebut dan merangka langkah-langkah yang strategik untuk mencari jalan mendapatkan sumber kewangan yang lebih banyak untuk negeri dan sudah tentunya banyak akujanji yang dibuat dulu boleh dilaksanakan. Jika tidak janji hanya tinggal janji, kerana berjanji waktu tidak pegang apa-apa tanggungjawab memang mudah.. Bila sudah berkuasa dan pegang tanggungjawab tersebut barulah tau langit tu tinggi ka atau rendah....
Cuma harapan saya janganlah membuat apa-apa keputusan yang mendadak tanpa mendapat maklumat terperinci secara secara keseluruhan kedudukan semasa kewangan dan lain-lainnya. Pengalaman lalu patut menjadi ikhtibar dimana kerana terlalu ghairah untuk nak tunjuk rakyat diutamakan selepas pilihanraya umum ke 12, maka arahan dikeluarkan supaya cukai tanah diturunkan tanpa mengkaji kesannya. Maka pada akhirnya setahun lebih kurang RM40 juta hilang begitu sahaja akibat penurunan cukai tanah. Bagi sebuah kerajaan seperti Kedah ini, nilai RM40.00 juta adalah amat besar. Banyak projek pembangunan boleh dilaksanakan...
Ok... saya berhenti disini dulu.. nanti kalau mai syehnya saya akan sambung tulis lagi.. baca pilah yang ni dulu.... Salaaamm

No comments:
Post a Comment