BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Friday, April 26, 2013

SamBungan Siri Blog TerdahuLu : MacaM Mana Nak AmbiK Hati Rakyat.... Pandangan PeriBadi

Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

Selamat malam teman-teman halimunan hu..hu..


Malam ni rasanya 'free' sikit...lepas pekena pisang goreng panas.. bolehlah bersantai depan komputer dekat ruang tamu ....nak tulis berkenaan perkara ni sudah lama, tapi dok tunggu masa yang sesuai untuk menulis....

Ok...bolehkan kita mencari pengaruh dan sokongan dengan cara menyindir dan menyalahkan orang lain...saya melihat inilah yang berlaku di Kedah. Sebagai anak Kedah saya rasa bermacam-macam peristiwa dan berita yang berlaku di Kedah...

Dalam blog saya yang terdahulu, telah saya cerita panjang lebar bagaimana caranya untuk kita mencari pengaruh dan sokongan rakyat...Jangan sekali-kali kita ambil pendekatan mencari apa-apa saja kesalahan orang lain dan mendedahkannya secara sewenang-wenangnya seolah-olah diri sendiri tidak ada kesalahan lalu langsung. Ini gaya lama. Gaya zaman tidak ada internet.

Namun inilah yang berlaku sekarang ini...BN atau UMNO begitu hebat merancang strategi dan melaksanakan serangan-serangan psikologi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ini..... serangan demi serangan dengan mendedahkan kelemahan dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ini telah dilakukan dengan begitu agresif sekali oleh parti pembangkang di Kedah ini. Mungkin dengan pendedahan kelemahan dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat ini maka harapan mereka rakyat akan mula meluat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan akhirnya mulalah mereka beralih angin kepada Parti Pembangkang yang diterajui oleh UMNO.

Bermacam-macam isu telah dibangkitkan dalam pelbagai media yang sememangnya media yang mendokong BN. Kita boleh baca dan lihat pelbagai isu dibangkitkan dan diasak kerajaan negeri untuk menyelesaikannya... Isu bekalan air di Kedah, isu pengkoperatn SADA, isu peniaga kecil, isu kuari, isu tempat sembelihan babi, isu rumah, isu rumah rakyat atas tanah rizab, isu tanah, isu pelantikan EXCO, isu hubungan KCS dengan Politik, isu hutang kerajaan negeri, isu peluang pekerjaan di Kedah, isu kubur, isu kemudahan awam dan pelbagai isu yang kadang-kadang bukan isupun dijadikan isu disebabkan semata-mata tidak berkenan dengan kerajaan pakatan rakyat.

Sebenarnya apa yang disogokkan segala permasalahan ini sememangnya telah dalam pengetahuan rakyat jelata negeri Kedah.. Dunia sekarang bukan dunia dulu, sekarang dunia internet, kerajaan tanpa sempadan, mendapat maklumat hanya duduk dirumah saja.. .Apa yang dijadikan isu memang diakui ada kebenarannya dan ada juga lebih sudu dari kuah..rendang tu lebih.. hanya tidak ada apapun .

Rakyat sudah tengok negeri Kelantan duduk dibawah kerajaan PaS...pembangunannya memang perlahan dan tidak serancak negeri dibawah BN.. Memang Kelantan menghadapi bermacam-macam masalah dalam pelbagai aspek baik dari segi kewangannya, infrastrukturnya, kebajikan rakyatnya dan sebagainya. Namun setiap kali pilihanraya rakyat tetap pilih kerajaan PAS. walaupun rakyat tahu mereka tidak akan boleh dapat apa-apa, kerana peruntukan kerajaan pusat pasti tidak masuk melalui kerjaan negeri. Yang penting rakyat boleh cari makan, kepentingan orang melayu terjaga dan terjamin, pembangunan lambat tidak apa..kalau terlalu terbuka sangatpun rakyat tempatan masih tidak bersedia dan akhirnya orang luar yang membolot segalanya. Orang tempatan berputih mata..

Yang ini yang puak yang ghairah sangat dalam BN kena kaji kalau nak ambil balik negeri Kedah dari tangan kerajaan pakatan rakyat yang diterajui oleh PAS. Jangan asyik mengata dan mencari kesalahan kerajaan sekarang sampaikan kerja sebenar tidak dibuat....Terlalu banyak sangat kita buat serangan-serangan berbentok peribadi akhirnya akan memakan diri sendiri.... Pengalaman lalu patut dijadikan ikhtibar... sindiran dan serangan pendedahan kegagalan kerajaan sekarang secara agresif akhirnya akan menimbulkan rasa simpati rakyat terhadap kerajaan pakatan rakyat yang memerentah.

Sikit-sikit masuk akhbar..sikit-sikit masuk TV..ulasan-ulasan yang dibuat pula kadang-kadang nampak sangat sikap keangkuhan seolah-olah apa yang dibuat oleh kerajaan pembangkang tidak betul belaka. Kadang-kadang nak tergelak juga tengok sampaikan ladang hutan pokok jati yang kerajaan negeri usahakan dibiarkan semakpun dibawa masuk dalam akhbar.... sedangkan hutan memangnya semak pun.. kalau nak jagapun pokok jati tu 3 tahun pertama tu kenalah jaga..tapi lepas tu biarlah ia dalam suasana hutannya untuk hidup...Tapi itu sampai setengah muka surat akhbar berkenaan bercerita tentang kegagalan kerajaan negeri jaga ladang hutan jati ....Satu ketika dulu seorang YB BN sama-sama tunjuk perasaan minta penduduk yang duduk atas tanah rizab kerajaan untuk projek jalan TEKIH di Padang Terap jangan pindah selagi kerajaan negeri tidak membayar pampasan secukupnya.. sedangkan mereka terlupa bahawa projek tersebut adalah dibawah Kementerian Kerja Raya / Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya tidak payahlah bawa masuk dalam akhbar atau TV untuk menceritakan isu itu.. Adalah lebih baik YB guna ketokohan dan kewibawaannya bawa berbincang dengan Menteri terlibat agar boleh memperuntukkan sejumlah kewangan khas yang cukup bagi tujuan bayaran exgratia kepada mereka. Menteri boleh atasi masalah ini jika kena cara dan gayanya.

Begitu juga dengan bekalan air paip. Pernah saya tengok dalam TV sampai termengah-mengah seorang warga emas dok angkut air dari telaga yang dikorek disebuah tempat di daerah sebelah Utara Kedah ini. Ada setengah sampai tersedu-sedu sedih kerana tidak ada air. Nak tunjuk kata kerajaan sekarang ini gagal menyelesaikan isu dan masalah bekalan air...Saya rasa kalau nak tunggu kerajaan negeri belanja duit untuk buat paip yang begitu tinggi kosnya, seperti tunggu bulan jatuh ke riba. Semua menyedari akan kekurangan kewangan kerajaan negeri. Namun isu itu bukan isu sangat...Kalau nak selesai, dah selesai lama dulu semasa pemerintahan BN sejak merdeka hingga 2 tahun yang lepas.. Itu pun semasa mudah dapat duit dari Kerajaan Persekutuan pun tidak mampu selesai masalah tersebut. Apatah lagi dengan hanya baru 2 tahun kerajaan pakatan rakyat memerentah dengan pelbagai sekatan-sekatan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

Saya bercakap ini adalah sebagai seorang anak Kedah yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mana yang baik..maka ia tetap baik maka kita sokong. Mana yang tidak baik ..maka ia tetap tidak baik.. maka tidak ada sebab mengapa kita perlu menyokong.

Rakyat tidak boleh disogok dengan isu-isu murahan dengan harapan untuk mencari undi...

Oleh itu wahai pemain-pemain politik di negeri Kedah ini. Kalau nak harap sokongan rakyat , maka mailah turun ke padang. Sesiapa ada masalah, cepat-cepat terpa pi macam nak selesai. Jangan dalam dok tolong orang, sempat lagi dok kutuk kerajaan negeri.. Ini yang orang tidak suka... Kalau ada peruntukana persekutuan,m maka gunakanlah sewajarnya untuk membantu rakyat. Jangan dok isi perut sendiri sahaja. Ini yang rakyat tidak mahu.

Sudah jenuh YAB Perdana Menteri Malaysia bercakap kepada anak-anak buahnya supaya turun ke padang dengan segera dan tetap untuk menyelesaikan masalah rakyat...kena duduk dalam kawasan, mudah untuk rakyat berurusan, jangan dok tunjuk lagak sangat kata kita ni YB atau kita ni Ketua Bahagian dan sebagainya... Rakyat sudah tidak pandang itu semua. Rakyat mahu orang yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan. jangan tunjuk angkuh dengan rakyat.. Jaga tingkah laku dan perangai bersopan sikit. Ada seninya nak jadi orang yang disegani oleh rakyat....Yang ini kena belajar juga sedikit sebanyak.

Oklah...rasanya puaslah hati ini dapat luahkan apa yang nak diluahkan....Kalau sembang panjang-panjang sangat berkenaan hal ini nanti dikatakan orang sokong parti itu, parti ini..lebih-lebih lagi dituduh perkauman pula...Saya bukanlah anti sesiapa sebenarnya...pemerentah siapapun tidak mengapa. Saya cuma melihat, merenung, mendengar, dan pada akhirnya membuat analisa sendiri. Mungkin sebahagian analisa saya ini betul dan mungkin juga sebahagiannya adalah sampah.... sampahpun sampahlah.. biarkanlah begitu... saya peduli apa.. saya hanya menyatakan apa yang terbuku dihati dalam blog saya ini... itu saja..
 
Hai..hai
bye...byee
 
Teratak Kasih
Alor Setar

No comments:

Post a Comment