BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Monday, April 8, 2013

Walau Curiga Dan Berprasangka Tapi Akhirnya Kerajaan Negeri Tetap Menghargai Peranan KCS

Catatan: Mohd Asri Redha
Sebenarnya isu serangan terhadap KCS memang berlaku selalu. Ada-ada sahaja isu dan bahan untuk dijadikan cerita untuk disensasikan kepada public supaya menimbulkan satu gerakan menyeluruh kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri agar menolak pemerentah semasa. Inilah yang berlaku kepada isu terkini yang hebat diperkatakan....

Pemberian tanah secara tersusun yang diaturkan oleh
kerajaan negeri juga dijadikan bahan sensasi oleh kalangan orang politik. Semua rakyat negeri Kedah mempunyai hak untuk memiliki tanah, dan sudah beratus ribu hektar tanah telah dianugerahkan kepada rakyat negeri dan bukan rakyat negeri Kedah. Tidak ada apa isu pun yang timbul...   malahan kalangan politikpun banyak memberi sokongan kepada penerokaan haram yang berleluasa dihutan-hutan simpan yang ada hingga menimbulkan masalah untuk menguatkuasaannya.

Samalah sepertimana kerajaan persekutuan membuka beratus ribu hektar tanah untuk program FELDA, FELCRA dan RISDA. Tapi ianya tidak menimbulkan masalah apapun.. Kerana apa.. kerana ianya dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Tapi bila ianya dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah perkara ini diheboh-hebohkan seolah-olah satu kesalahan besar. Isu pembalakan yang begitu menjadi isu paling sensasi di Kedah pada masa ini dikaitkan berterusan dengan apa sahaja yang berkaitan dengan penerokaan tanah.... Seolah-olah hanya di Kedah sahaja yang ada penerokaan tanah  sedangkan negeri-negeri lain lebih banyak lagi pembukaan tanah-tanah hutan, tetapi sengaja tidak disensasikan kerana kalau disensasikan akan kena batang hidung sendiri.

Tujuan dibersihkan hutan itu adalah untuk ditanam dengan Kelapa Sawit.. Salahkah kalau dibuat begitu. Tiba-tiba seorang ahli politik yang agak popular dan bercita-cita tinggi serta terlibat secara langsung dalam memajukan sektor pertanian tidak berminat dengan apa yang dibuat untuk memajukan sektor pertanian, atas alasan memberi kesan buruk kepada alam sekitar.. Bolehkah beliau bertindak begitu. Sebab itu saya kata bila pertimbangan politik mengambil peranan maka kadang-kadang apa yang kita suarakan itu bertentangan dengan apa yang kita sedang galak rakyat usahakan.. Tanah diteroka bukan untuk buat bina  bangunan-bangunan  dan  struktur bukan pertanian. Jadi bila telah ditanam kembali kelapa sawit atau getah, maka tanah itu akan kembali seperti sediakala dan tanah akan ditutupi oleh tumbuhan semula.. Sudah berjuta hektar tanah hutan telah dibersihkan dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Tidak timbulpun isu pencemaran, kalau adapun waktu permulaannya sahaja. Takkan nak tanam kelapa sawit dicelah pokok-pokok balak yang sedia ada. Jadi kenalah tebang dan pada masa yang sama kerajaan juga mendapat hasilnya. Isu ini tak ada apapun.. kerana bila dah tanam dan tumbuh pokok balik maka selesailah... kalau isu pencemaran alam yang menjadi persoalannyaa... Tapi kalau hendak disensasikan sampai bilapun tidak akan selesai. Baru-baru ini isu tanah kerajaan yang diteroka oleh agensi negeri di Pedu telah diberikan liputan yang begitu meluas hinggakan ada NGO tumpang sekaki dengan membuat rombongan ratusan buah bas ke kawasan tersebut. Isu tanah banyak mempopularkan individu2 tertentu. Bila dijelaskan bahawa kawasan yang diteroka untuk ditanam balik dengan pokok buah-buahan itu lebih rendah dari kawasan empangan Pedu, berhentilah sat isu itu.. Lepas itu ditumpukan pada isu lain pula.... Selesai di Pedu mereka tumpu pula kat Kubang Pasu.... Jadi sungguh bagai dikata.. memang tak ada kerja lain mereka ini semua. Sentiasa mencari kesalahan dan isu .di Kedah... Jadi saya berpandangan .. isu-isu seumpama ini seperti tidak ada kesudahan... Isu pencemaran, alam sekitar, isu tanah dan seumpama itu memang popular dikalangan orang politik dalam meraih sokongan atau dalam membuatkan orang benci akan sesuatu organisasi.... dalam KCS ini orang kuat UMNO pun banyak, kuat PAS pun banyak juga, tentunya kuat PKR juga ada...   Kuat DAP tak perasan pula ada ka tak ada..  .... Parlimen sudah dibubarkan, Dewan Undangan Negeri juga sudah bubar..... maka nanti pilihlah parti mana yang diminati....... Undi terletak ditangan anda.... fikirlah sendiri....

Jumpa lagi....

TeRaTaK KaSiH.




No comments:

Post a Comment