BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Tuesday, August 9, 2022

Menjunjung Kasih Tuanku


Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh ... 08 Julai 2022


Assalaamualaikum WBT... dan Selamat Malam...
Ketemu lagi dalam catatan2 santai saya dalam blog KCS ini.. Sejak kebelakangan ni saya jarang menulis dlm blog ini.. Saya banyak menulis dalam blog jabatan2 yg saya ujudkan sendiri mengikut jabatan yang saya kerja.. yang terkini saya telah mengujudkan Blog Semangat Jati DO Kota Setar.. seperti link dibawah ini ... :Klik saja kat situ dan anda akan dibawa ke blog tersebut . Walau bagaimanapun bacalah dulu catatan ini... santai-santai sahaja.

  Semangat Jati DO Kota Setar   . ..

Oklah.. kali ini saya mau cerita apa  ya yang ada sedikit sebanyak berkenaan KCS.. Apa kata saya cerita sedikit tentang saya dititah mengadap  KBDYMM Tuanku Sultan Kedah.. Menarik juga kalau saya nukilkan catatan berkenaan  pertemuan bersejarah tersebut dimana sepanjang saya bertugas sebagai KCS tidak pernah dititahkan mengadap secara personally.. Memang  ada juga bertemu mengadap Tunku Sultan Kedah, tapi itu melibatkan ramai-ramai, dudukpun jauh-jauh pula letak kerusinya, pegawai KCS yang senior2 sahaja yang duduk berdekatan dengan baginda Tuanku.   Jadi nak berbual apa..  kadang-kadang jumpa dalam majlis-majlis rasmi dan kadang-kadang berjumpa  mesyuarat tidak rasmi yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan dan kadang-kadang dimajlis sambutan keberangkatan Tuanku .... So nak berbual secara personally tu tidak adalah.  Memang terasa teringin untuk bertemu empat mata dengan Tuanku Sultan berbual-bual apa sahaja.. Bolehkah nak mohon temujanji berjumpa Tunku Sultan tanpa ada apa-apa agenda yang hendak dibincangkan.. Bolehkah Tuanku Sultan bersetuju menerima mengadap untuk bersembang apa sahaja tanpa ada apa-apa keperluan khusus... Rasa nya tentu sukar untuk mendapat peluang begitu.. So sudah tentu perasaan ketar dan berbelah bahagi  tu ada juga sedikit sebanyak bila dititahkan mengadap DYMM Tunku Sultan secara personal di Istana Cegar pula tu.. Tapi sudah jadi DO , takkan nak lari pula dari kenyataan.. mau tak  mau kena juga lah mengadap .... 

Jadi sesuai sangat saya berkongsi cerita sebahagian pandangan saya dan dan pandangan KDYMM Tuanku Sultan semasa pertemuan tersebut...  Lagipun  KCS dengan KDYMM Tuanku Sultan tidak dapat dipisahkan. KCS sentiasa bersama dengan Kesultanan Kedah sejak dari zaman-zaman sebelum merdeka lagi.

Bila berbual  dengan KDYMM Tuanku Sultan, banyak  anggapan saya berkenaan Tuanku Sultan sebelum ini kembali berubah.

Memang sukar untuk memulakan kata-kata bila berhadapan dengan KBDYMM Tuanku Sultan.. Apatah lagi nampak Tuanku serious seperti biasa .. Bermula dengan pertanyaan Tuanku Sultan tentang macammana suasana Daerah Kota Setar, maka dari situ bermulalah cerita saya dan cerita Tuanku. Saya sebut cerita Tunku kerana Tuanku pun ada cerita yang dicerita kepada saya.. Itu yang menariknya. Tapi saya tidaklah boleh paparkan semuanya cerita-cerita Tuanku kepada saya kerana ada yang tidak berapa sesuai... Biar hanya saya dan Tuanku sahaja yang tahu.

Sebenarnya sebelum ini saya pernah ketemu dengan Tuanku Sultan , iaitu tatkala Tuanku belum diangkat sebagai Raja Pemerentah.. Sewaktu baginda bergelar Tunku Laksamana saya kerap berjumpa Tuanku juga, walaupun saya rasa  Tunku tidak lagi ingat akan saya.. Sebab saya pernah mengadakan perbicaraan pengambilan tanah yag melibatkan tanah Tuanku untuk projek Tapak Ibu Pejabat KEDA semasa saya bertugas di Pejabat PTG semasa awal pekerjaan saya sebagai KCS. . Ketar juga untuk mengadakan bicara pengambilan tanah tersebut, dan Tuanku sendiri yang datang berangkat sendiri ke bilik saya pada ketika itu.. Sayapun tidak sangka yang Tunku Laksamana (Gelaran pada waktu itu) yang datang sendiri ke bilik saya.. Sebab yang panggil atas nama Syarikat. Sudahlah saya baharu sahaja bertugas sebagai KCS waktu itu..  Tapi baginda orang yang memahami akan situasi tersebut dan menerima akan apa yang diputuskan oleh saya terutama dari segi menetapkan harga pengambilan balik tanah tersebut dan tidak ada  bantahan atas pengambilan tanah tersebut.. Cuma ada beberapa soalan yang dikemukakan kepada saya yang saya tidak dapat menjawabnya..

Semasa saya bertugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Langkawi, sekali lagi saya kerap bertemu dengan DYMM Tuanku dimana pada ketika itu baginda masih lagi bergelar Tunku Laksamana. Baginda kerap turun berangkat ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi . Jadi sayalah yang selalu diarah oleh boss untuk menyambut keberangkatan Tuanku di Airport Langkawi..ya lah waktu itu Tuanku hanyalah  sebagai Tunku Laksamana sahaja.. tak ramai yang datang menyambut.. Sapa pun tidak menjangka Tunku Laksamana waktu itu akan menjadi seorang Raja Pemerentah Negeri Kedah hari ini.. Hanya saya sahaja bersama beberapa anak buah di Pejabat Daerah Langkawi yang datang menyambut.. Walaupun begitu  baginda ada bertitah agar tidak perlulah dibuat sambutan apa-apa kedatangan baginda ke Pulau Langkawi.. Tapi sebagai Kerabat Diraja Tertinggi takkan kita tidak sambut langsung..  Selalunya  bersama juga dengan saya waktu  sambut Tuanku di airport ialah pegawai khas Tuanku iaitu en Ismail namanya.. Bila Tuanku berangkat tiba, saya akan bawa Tuanku berehat sekejap di bilik vvip kat airport dan bolehlah sembang-sembang sikit , tapi tak berapa nak boleh sembang, saya rasa segan pula, lepas tu sebelum sampai ke kenderaan khas yang disediakan oleh Pejabat Daerah, baginda akan singgah di kedai bebas cukai yang jual cigar.. Saya masih ingat, setiap kali turun kat airport Langkawi baginda pasti singgah dikedai cigar tersebut. saya ikut saja.. dan selalu baginda pelawa supaya saya ambillah mana-mana cigar yang saya suka.. nasib baik saya tidak hisap rokok, kalau tidak pasti sambar juga  .. bukan murah cigar import ini.. mahal gila..

Saya cerita diatas ini adalah sebagai intro saya bila nak memulakan bicara dan perbualan saya dengan Tuanku, dengan mengimbas kembali bagaimana saya mula mengenali Tuanku.. Baru Tuanku mengimbas kembali kenangan-kenangan tersebut dan banyaklah juga cerita-cerita fasal itu antara saya dengan Tuanku... Apabila sudah selesa dengan suasana pertemuan dengan Tuanku barulah saya rasa yakin sedikit , kerana saya melihat Tuanku seorang yang boleh mendengar pandangan dan memberi pandangan baginda dalam hal-hal tertentu.. kerana setiap kali beberapa soalan yang saya lontarkan, Tuanku pasti akan memberi jawapan dan ulasan yang mendalam akan hal-hal yang dibangkitkan, malahan hal-hal berkaitan peribadi dan keluarga pun baginda tidak ada apa-apa masalah untuk menceritakannya.. Semuanya cerita-cerita positif belaka.. 

Sebenarnya sayapun tidak bersediapun tentang topik apa yang saya nak berbual-bual dengan Tuanku, saya hanya mengharapkan DYMMM Tuanku yang bertanya soalan-soalan.. saya akan cuba jawab..  Takkan saya nak tanya Tuanku pula... itulah persepsi awal saya bila nak mengadap Tuanku Sultan.. tapi itulah... bermula fasal cerita2 fasal pengambilan balik tanah, dan cerita2 di Langkawi, dah jadi lain pulak , saya pula yang banyak bertanya dan memberi pandangan-pandangan saya kepada KBDYMM Tuanku dan Tuanku mendengar dan menambah pandangan-pandangan baginda dalam hal-hal tertentu dan ada juga perkara-perkara baru yang Tuanku ceritakan yang saya rasa belum pernah disebutkan oleh baginda kepada sesiapa..

Sebab itu kalau ikut pihak protokol..  perbualan ini boleh jadi hanya setengah jam dan boleh jadi lebih lama lagi.. terpulang kepada DYMM Tuanku, kerana ditangan DYMM Tuanku ada suis loceng yang boleh ditekan oleh DYMM Tuanku untuk pemakluman pegawai protokol dibilik sebelah yang pertemuan ini sudah tamat dan boleh pegawai lain pula yang dijemput masuk mengadap. Yang menariknya waktu yang ditetapkan lebih kurang 45 minit telah menjangkau sampai 90 minit.. itupun ada lagi cerita-cerita yang Tuanku belum habis lagi baginda cerita hasil pertanyaan saya kalau saya tidak memberi isyarat yang ada pegawai lain sedang menunggu untuk mengadap , rasanya boleh lajak lama lagi.. Baru baginda tersedar dan menekan punat loceng yang ada pada baginda itu.  Itulah Tuanku yang saya kenali, rupanya seorang yang suka bersembang santai dan banyak ilmu saya boleh belajar dari perbualan-perbualan dengan baginda dan baginda juga seorang pendengar yang baik.

Tentunya ramai hendak tahu apa lagi yang saya bualkan itu sampai begitu sekali.. memang banyak tapi ada yang saya boleh cerita dan ada juga yang saya rasa tidak berapa sesuai dicerita kerana ada juga hal-hal keluarga dan politik disembangkan yang hanya DYMM Tuanku dan saya yang tahu.. 

Namun ada banyak juga cerita menarik yang sesuai saya ceritakan disini.. yang saya rasa boleh menjadi panduan dan pengetahuan pembaca saya sekalian....

Dalam sembang-sembang santai ini , macam-macam perkara dibual-bualkan, dan sudah tentu permulaan perbualan dan titah baginda saya mulakan dengan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada KBDYM kerana sudi memperkenan perjumpaan seperti ini.. Dari situ bermulalah cerita sana sini seperti awalnya yang saya telah catatkan diatas.. Dalam perbualan itu saya kerap bertanya dan KDYMM Tuanku pula tidak kisah untuk menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan begitu mendalam, yang tentunya menimbulkan minat saya untuk mendengar dan bertanya lebih lanjut. Itu sebab panjang cerita.

Tapi dalam pertemuan ini saya tentunya mengambil kesempatan ini untuk mempersembahkan rasa gembira  teramat sangat  dan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Kedah iaitu Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) kepada saya  pada Istiadat Khas di Istana Anak Bukit  sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan KBDYMM Tuanku Sultan yang ke 00 Tahun. Sambungan dari Penganugerahan Dato' dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Kedah, saya telah mezahirkan rasa kagum terhadap ketinggian nilai kualiti anugerah Kerajaan Negeri Kedah ini, dimana penganugerahan ini tidak diberikan sewenang-wenangnya..  Setiap penerima anugerah pasti akan merasa amat bangga bila mendapat anugerah dari Istana Anak Bukit ini. Baginda Tuanku sendiri mengakui yang anugerah-anugerah kebesaran ini perlu diberi kepada mereka yang benar-benar layak sahaja , dan baginda sendiri akan menilai semula dengan lebih terperinci setiap permohonan yang dikemukakan.. 

Banyak juga pandangan-pandangan baginda berkenaan bintang-bintang dan darjah-darjah kebesaran yang diceritakan. Saya juga memberi pandangan berkenaan pemberian anugerah-anugerah darjah kebesaran dan bintang-bintang kebesaran Negeri Kedah kepada  Pegawai  KCS. Saya memberi pandangan yang Pegawai Tadbir Negeri agak ketinggalan dari segi bilangannya walaupun ramai yang lebih dari layak terutama dari segi lama bekerja dan jasa dalam perkhidmatan ... Pandangan DYMM Tuanku mudah sahaja... bergantung kepada senarai yang dihantar kepada Baginda oleh Ketua Pentadbiran.. Tapi itulah sepanjang tempoh 2  tahun , berlaku kemangkatan DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim dan juga tahun ini pula Wabak Covid-19 pula merebak  menyebabkan istiadat penganugerahan tidak dapat dilaksanakan... Semoga tahun hadapan lebih ramai Pegawai KCS diberikan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah.. Saya hanya menyampaikan pandangan saya sahaja .. walaupun pada awalnya agak berbelah bahagi juga... sesuai atau tidak nak bertanya hal-hal seperti ini,  tapi KBDYMM Tuanku ok sahaja , malahan memberi ulasan lagi tentang perkara tersebut.

Pada awal tahun ini, KBDYMM Tuanku Sultan dan KBDYMM Tuanku Sultanah, telah melawat Pulau Langkawi . Pada masa itu saya masih di LADA sebagai Timbalan Ketua Pegawai  Eksekutif (Pengurusan).  




Salah satu program baginda berdua di Pulau Langkawi ialah mengadakan perjumpaan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan serta NGO disebuah hotel terkenal di Langkawi. Perjumpaan ini pada awalnya dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultanah.. Selang beberapa minit  KDYMM Tuanku Sultan pula datang join sama dalam perjumpaan tersebut..  Perjumpaan santai ini adalah berkaitan dengan isu-isu kebersihan pulau dan pengurusan binatang-binatang terbiar yang agak banyak di Pulau Langkawi . Rupanya baginda amat prihatin berkenaan perkara tersebut dan banyak pandangan-pandangan baginda berdua berkenaan isu tersebut. Saya terlibat sama dalam perbincangan santai2 dengan Tuanku berdua dalam keadaan yang tidak ada sempadan protokol yang ketat. Boleh bercakap apa sahaja waktu itu tanpa perlu rasa kekok...

Semasa pertemuan dengan Tuanku di Istana Cegar ini ini, saya mengimbas kembali akan pertemuan di Pulau Langkawi tersebut... kerana saya tahu Tuanku amat berminat dengan hal-hal berkaitan dengan kebersihan, alam sekitar dan juga pengurusan binatang-binatang terbiar seperti anjing dan kuching. Banyak juga bersembang fasal kebersihan dan alam sekitar yang juga merupakan topik yang saya amat minat ini.. Sebab itu panjang juga sembang-sembang fasal ini. Begitu juga baginda amat mengambil berat berkenaan dengan kes penganiayaan binatang-binatang terbiar dan banyak maklumat-maklumat yang baginda ada berkenaan isu tersebut.

Isu negeri yang baginda amat ambil  berat ialah berkenaan pembalakan dihutan simpan dan pentingnya alam sekitar dihargai... Baginda amat setuju jika Kerajaan Persekutuan dapat memberi saguhati tahunan kepada Kedah sebanyak RM100 juta setiap seperti mana yang dicadangkan oleh kerajaan negeri dalam usaha untuk mengelakkan penebangan pokok balak atau pembangunan dikawasan hutan simpan .. Kerajaan negeri amat kurang sumber hasil untuk menjana pendapatan negeri dan sudah tentu pembalakan adalah merupakan salah satu sumber hasil utama kerajaan negeri Kedah.. Kerajaan Kedah sanggup berkorban untuk tidak menebang pokok-pokok balak dengan harapan Kerajaan  Persekutuan dapat memberi pampasan tahunan sepertimana yang dipohon.  Sama-sama kita berdoa semoga hasrat DYMM Tuanku Sultan dan hasrat kita semua juga agar ianya menjadi kenyataan..

Bila saya membuka cerita fasal politik, Tuanku ok sahaja dan boleh sembang macam-macam fasal politik baik di peringkat Kedah dan Malaysia.  KDYMM memang arif tentang hal ini.. Banyak juga perkara berkaitan ini dibualkan.. Bila berbual fasal politik , memang rancak dan macam-macam boleh cerita... tapi saya tidak boleh cerita semua..  cukup saya dengan Tuanku sahaja.. cumanya baginda kurang selesa sedikit dengan kerap sangat berlaku pertukaran kerajaan.. Titah baginda, kalau kerap atau singkat sangat satu-satu kerajaan memerentah, sukar untuk membuat perancangan pembangunan negeri Kedah, kerana dasar-dasar akan  berubah juga ikut keperluan kerajaan semasa/baru  yang memerentah.  Saya kerap menegaskan, saya sebagai Pegawai Tadbir Negeri,  sentiasa bertindak secara profesional, patuh kepada kerajaan yang memerentah, selagi dasar-dasar yang dilaksanakan tidak bercanggah dengan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.. saya tidak boleh terlalu taksub terhadap mana-mana parti yang memerentah kerana bila mana-mana parti yang pegang kerajaan nanti , saya tidak ada masalah untuk bekerja bersama mereka.   Sebahagian besar Pegawai KCS adalah berpendirian begitu dan Tuanku tidak perlu rasa ragu-ragu dan khuatir tentang ketaatan semua KCS terhadap institusi beraja di Kedah ini.  Walau apa terjadi KCS tetap bersama Tuanku Sultan. Itu yang saya maklumkan sedikit sebanyak  kepada KDYMM Tuanku Sultan. Bab ni cerita panjang juga ni...

Ok.. lah saya rasa sudah panjang benar tulisan saya ini... Adalagi cerita-cerita menarik baginda terutama pengalaman-pengalaman baginda mengikuti kursus ketenteraan di India, pengalaman baginda menjalankan operasi ketenteraan dihutan dan juga bagaimana baginda  mendidik putera-putera baginda sebagai orang biasa semasa mereka bersekolah dulu.. Mereka tidak diberi kemewahan sebagaimana sepatutnya, semuanya kena buat sendiri  dan cari sendiri.. untuk membiasakan diri mereka dengan rakyat dan masyarakat yang pelbagai status ini. Saya tidak mahu ulas panjang lagi cerita-cerita ini..  kalau nak cerita lagi lama pula nak kena baca... 

Nanti kalau saya ada masa dan syeh menulis tu mai , saya akan sambong lagi cerita-cerita tu.. menarik mendengar KDYMM Tuanku cerita akan pengalaman-pengalaman baginda tersebut. 

Cumanya selepas pertemuan dengan baginda , saya langsung tidak berkesempatan untuk bertemu muka lagi sehingga saya bersara, kerana pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia telah menghalang  segala pelaksanaan aktiviti yang melibatkan istana. Tuanku pernah berpesan untuk berjumpa lagi dengan saya selepas pertemua di Istana Cegar... sedih juga saya tidak dapat berjumpa Tuanku lagi selepas itu... Saya juga tidak dijemput lagi untuk menyambut  keberangkatan tiba dan pulang di airport , dan juga apa-apa perjumpaan khusus yang ada. Hanya pegawai-pegawai tinggi sahaja yang terlibat.. DO2 tidak dilibatkan , kecuali kalau ada lawatan-lawatan Tuanku ke Daerah- Daerah.

Oklah , saya tamatkan cerita saya kat sini... semasa saya menulis ini, sebenarnya saya telahpun bersara dari perkhidmatan awam negeri Kedah .. Rasanya semakin jauhlah hamba ini dengan Raja Pemerentah, kerana tidak ada lagi ruang-ruang yang sesuai untuk mendekati Tuanku Sultan sepertimana sebelum ini sebagai Pegawai Kerajaan Negeri Kedah..  Walau bagaimanapun sebagai seorang anak Kedah  sejati,  sebarang perkembangan yang berlaku dalam negeri Kedah dan juga Istana sentiasa saya ambil perhatian dan ambil tahu juga melalui sumber-sumber maklumat-maklumat yang ada ...

Patek merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah,  Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al Marhum sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke  80 tahun. Patek mendoakan KBDYMM Tuanku beroleh kesihatan yang baik sentiasa dan dilanjutkan usia Tuanku.. aamiin.. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

ok permisi dulu.. 





















Pampasan hutan.. 100 juta
Pelantikan mb yg cuba digugat..
Kapten dlm tentera
Disiplin kakitanga