Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 31 Ogos 2023
catatan terdahulu👇
perjalanan-ku-sebagai-pegawai kcs: bahagian 1
Assalaamualaikum WRT.. Ketemu lagi untuk catatan seterusnya.. Lama juga terhenti sejak balik dari Umrah tempoh hari. Sambil pekena kopi O dan cicah dengan roti 4 segi .. baru syok .. baru idea mai balik untuk menulis sambungan dari Bahagian 1 sebelum ini. Tadi saya baru saja balik dari melihat Perarakan/Perbarisan Hari Kebangsaan Pkt Negeri Kedah di depan Masjid Zahir. Ramai sungguh manusia. Saya ambil peluang pi bergambar dengan team2 yang mengambil bahagian termasuk jabatan yang saya pernah bekerja.
Pemeriksaan Kesihatan
gambar saya berbasikal tu dalam tkt 2,. Saya sudah mengalami kebutaan mata sebelah.. muka agak tembam, Dr bagi ubat apa sayapun tak tau, semasa lepas operate mata.. vitamin kut. |
Seperti biasa apabila menerima tawaran kerja, perkara pertama kena buat ialah membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh oleh Doktor Kerajaan.. Maka sayapun pergilah ke Hospital Alor Setar untuk membuat pemeriksaan perubatan.. Saya cerita ni ada sebab, kerana ada satu perkara yang menyebabkan saya terkapa seketika dan saya tidak terfikir langsung yang perkara ini akan berlaku.. Kira-kira sehari juga lah dok pi sana pi sini ... ya la.. nak check darah unit lain, buat x ray unit lain, check mata unit lain dan sebagainya...Setelah selesai membuat semua pemereksaan fizikal termasuk pemereksaan darah dan x ray, sayapun bawalah semua laporan-laporan yang saya dapat dari pelbagai unit di hospital Alor Setar.. berjumpa Doktor bertugas untuk kelulusan yang saya ni sihat untuk bekerja. Kalau tidak silap saya nama Dr tersebut ialah Dr Ahmad..
Agak lama juga Doktor Ahmad meneliti laporan perubatan yang diberi itu, pada akhirnya dia kata dia tak boleh tandatangan pengesahan saya layak bekerja, kerana dia terpaksa rujuk dulu pada pihak-pihak tertentu.. Terkejut besar juga saya bila dia berkata begitu, apa masalahnya.. Kalau lihat laporan itu ok sahaja. kesihatan saya semua ok saja.. Setelah beberapa kali saya bertanya .. baru saya tahu rupanya dalam satu laporan itu ada catatan dibahagian penglihatan disebutkan : ' Penglihatan calun sebelah mata sahaja. Mata kanan rosak dan tidak berfungsi'. Baru saya tahu itu puncanya ... Saya pun merayu agar diberi kelulusan kelayakan kesihatan untuk bekerja.. Doktor bertanya bermacam-macam fasal kerja yang saya dapat., bidang tugas macam mana. Saya nak cerita lebih-lebih pun tak tahu apa tugas Pegawai Tadbir Negeri sebenarnya Mana saya tahu kerja PTN itu, seperti ADO, Setiausaha Majlis , Penolong Setiausaha Kerajaan, Penolong Pengarah UPEN / PTG dan seumpama itu..Yang saya bagi tahu kerja tu lebih bersifat pentadbiran dan pengurusan sahaja. Betullah juga apa yang Doktor Ahmad itu fikirkan, Dia kena tahu betul-betul jenis kerja macam mana, sesuai atau tidak dengan orang yang hanya bermata satu untuk bekerja.. Tentunya kalau kerja Pilot, Tentera , Polis., Penguatkuasa, Pemandu, Kastam, Pemandu Keretapi dan seumpamanya yang banyak menggunakan mata dalam tugas harian memang tidak boleh jika cacat penglihatan. Punyala lama juga dok rayu dan saya beri pelbagai alasan yang munasabah , dekat-dekat nak menangis pun ada
Akhirnya Doktor tersebut memberi kelulusan, itupun setelah dia berbincang dengan beberapa rakan Doktor yang lain. Al hamdulillah.. akhirnya terlepas satu dugaan awal yang terpaksa saya hadapi yang tidak pernah saya ceritakan pada sesiapapun.
Saya rasa ramai sahabat-sahabat malahan ada audara mara saya tidak mengetahui pun yang saya ini sebenarnya buta sebelah mata. Kalau saya habaq pun pada mulanya ramai tidak percaya. Masa tu cacat sebelah mata tidak diiktiraf sebagai OKU lagi.. Tapi sekarang saya difahamkan dah diiktiraf sebagai OKU dan boleh mendapat apa-apa kemudahan sebagai OKU.. Tapi sehingga sekarang saya tidak pernah memohon kad OKU pun..
Sebenarnya melihat dunia dengan sebelah mata memang menyiksakan, terutama semasa awal saya terlibat kecederaan mata tersebut. Cuba saudara tutup sebelah mata dalam masa sejam, buat lah apa yang patut dalam tempoh tersebut. Apa rasa.. tak selesa kan, .yang tidak tahu nak bagitau macam mana rasa.. Dia mai perasaan murung dan kegawatan hati.. tapi mungkin waktu itu saya baru berumur 12 tahun, budak-budak lagi, bukan dia fikir apa sangat tentang masa depan... tapi bila masuk tkt 3 Sekolah Menengah, mulalah terfikir macam-macam tentang masa depan saya.. peluang kerja pasti terhad.. Waktu itu teringat nak jadi Askar dan Polis.. comfirm tidak boleh..so nak kerja apa... macam-macam difikirkan..
Sebenarnya yang menyebabkan saya buta ini ialah kerana masa sekolah rendah hingga tingkatan 1 tu, saya memang 'buas' sungguh. Buas cara kampong la.. macam-macam buat yang budak-budak sekarang tidak akan buat dalam umur-umur sebaya tu.. seperti terjun sungai, kerabat pokok keriang, main kuit kandang, lastik burung, main panah, tangkap ruak-ruak, tahan taut, main wau, buru burung puyuh, timba parit cari ikan dan belut, naik belakang kerbau, kayoh gerek besar, main gasing, main getah, main cakplong dan segala macam permainan kampong saya ceburi.. kreatif juga budak budak kampong waktu tu. mereka pelbagai permainan untuk bermain bersama rakan-rakan setelah balik mengaji Quran.
Lebih kurang macam la senapang tu.. Buat sendiri sahaja. |
Tapi satu permainan yang benar-benar mengubah hidup nasib saya ialah bermain 'perang'.. Nama Kampong ialah Kg Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan.. waktu tu bukan macam sekarang ni, jalanpun, jalan tanah lagi, letrikpun tidak ada lagi, belukar banyak.. jadi main perang salah satu permainan yang popular masa tu.. melibatkan ramai kawan sebaya waktu tu.. semua ada senapang kayu .. panjang-panjang pula tu.. pakai peluru yang dibuat dari batang pokok bemban yang dikuasakan dengan getah. Lagi panjang laras senapang tu lagi panjang dan cekang getah dan lagi power senapang. tu. Sekali dia tembak kena badan memang pedih.. Nasib tidak menyebelahi saya , tengah dok lawan perang, merangkak rangkak kat semak, satu tembakan terkena mata kanan saya.. terus kelam ..
Bila saya jerit kesakitan dan maklum pada kawan-kawan yang saya tak nampak sebelah, berselerak semua lari balik kerumah.. ketakutan.. dan saya terus lari balik kerumah dengan kesakitan yang amat sangat.. Merah menyala mata saya dengan urat mata pecah darah.. apa lagi kena beleter sakanlah dengan mak...
Bapa saya bawa pergi hospital Alor Setar keesokan harinya dengan naik motor honda cup 50 CC .. Jauh juga tu tera nak sampai Seingat saya sebahagian jalan tanah merah lagi dari Sungai Limau ke Batas Paip Kuala Kedah. Malam tu memang siksa yang amat..sakit dan pedih amat sangat.. mata jadi pecah darah, merah menyala.. selepas buat pemeriksaan , doktor bagi ubat mata sahaja dan rawatan-rawatan seterusnya tidak berjaya memulihkan mata saya tersebut.
Pernah saya buat pembedahan mata di klinik mata Swasta di Pulau Pinang iaitu Lim Eye Clinic.. Pergi ke Penang naik bas UTC dengan kakak saya Balakiah. , dan sambong naik feri ke Pulau. Masa tu mana ada pakar mata di Alor Setar.. Tapi pembedahan tersebut tidak juga berjaya memulihkan mata saya.. Bapa saya menghabiskan banyak RM juga untuk rawatan saya kat Penang tersebut , walaupun saya tahu dia bukan ada simpanan banyak pun. Selepas satu kampong tahu saya cedera mata, terus senyap sunyi permainan perang tersebut.. Bagusnya mak bapa saya , tidak menyalahkan sesiapa dalam dalam kejadian malang yang berlaku kat saya ini. , kerana masing-masing pakat main. Tanggong sendiri. risiko mana fikir langsung waktu tu. . Orang yang tembak saya pun saya tahu juga.. anak tiri tok guru Quran saya ..
Maka terimalah saya akan takdir Allah SWT.. sebagai seorang insan yang cacat penglihatan.. Meratap menangis air mata darah sekali pun sudah tidak berguna lagi.. Menyesal amat sangat.. tapi itulah akibat bantah cakap ibu bapa. Allah SWT tunjuk waktu itu juga.. Larangan emak tak mau nak dengar.. Kerana buta sebelah mata ini juga kadang-kadang orang sapa saya dari sebelah kanan , sua salam dari sebelah kanan saya tidak jawab atau tak pandang atau tak sambut, kerana memang saya tak perasan.. sebab itu ada yang kata saya sombong dan sebagainya.. terima sajalah..Peluang yang saya ada untuk mengubah hidup saya hanyalah mengajilah bagi pandai.. tapi mengajipun taklah pandai manapun.. cukup-cukup makan saja.. Tapi bila difikir2kan balik, ada hikmah disebalik kejadian ini..
Dalam tempoh 10 tahun sebelum pencen, mata saya mula buat hal, kena kerap pi check kat pakar mata .. maklumlah tinggal sebelah mata sahaja.. Sebab tu saya mula memakai cermin mata agak gelap , atas nasihat Dr , tidak kira dimana saja, siang atau malam kerana bersebab.. Bukan nak berlagak dan sebagainya.. Sebelum ni ok saja.. Mungkin penggunaan yang berterusan, terutama banyak sangat membaca , memandu, memberi kesan pada mata saya tersebut.. Nasib baiklah juga saya berjaya bekerja sebagai Pegawai Tadbir Negeri sampai bersara .. Alhamdulillah
Walaupun saya buta sebelah mata, dalam KCS saya aktif bersukan dan sentiasa mengambil bahagian dalam sukan-sukan yang dianjurkan oleh persatuan ataupun jabatan Seperti SUKAN Pegawai Tadbir Negeri 4 Negeri yang diadakan 2 tahun sekali.. Sukan PETANDA, SUKANUN, Sukan MOF dll lagi. Antara sukan yang saya terlibat ialah Bola Tampar, Pingpong, boling padang, dan boling. Permainan badmintan dan sepaktakraw pada awal nya main juga, tapi saya rasa agak merbahaya pada mata saya .. jadi saya tinggalkan.. Saya juga aktif bermain golf.. sukar juga nak main golf dengan mata sebelah.. selalu tersasar pukulan bola . Bola sepak saya tak berapa suka , sebab penat sangat. Sebab itu kawan-kawan tak perasan yang saya ni buta sebelah , sebab aktif main macam orang biasa-biasa.. .. Malahan beberapa bulan selepas kahwin baru isteri saya tahu yang saya buta sebelah mata.
Oklah panjang pula cerita fasal mata ni... Jadi sahabat yang belum tahu sebelum ni, taulah saya ni macam mana.. Apa-apapun saya sudah bersara.. Bulan September ni dah masuk umur 62 tahun. Sejauh mana saya mampu bertahan dengan mata yang sebelah ini tak taulah. Duduk taip cerita ini pun bukan boleh lama-lama sangat... terus kelopak mata bergerak-gerak dengan kerap, jadi kelabu ... kena rehat selalu.. jadi tidak puas rasanya. .. Ok kita berhenti setakat ini dahulu..
Nanti kita sambung fasal 'lapor diri' pula di bahagian 3
https://beritakcs.blogspot.com/2023/10/perjalanan-ku-sebagai-kcs-bahagian-3.html
No comments:
Post a Comment