Tarikh.. 22 April 2020
Assalaamualaikum WBT...
dan Selamat Siang buat sahabat dan pembaca-pembaca blog saya ini. Apakhabar semua.. kalau sampai disini sudah tentu saudara sedang membaca tulisan saya ini.. so biar saya terus saja menggodam punat-punat keyboard laptop ini untuk menyusun huruf dan number menjadi perkataan yang boleh difahami. Sejak berhenti lama menulis dalam blog ini , inilah rasa teringin pula untuk menulis kembali hal-hal berkaitan KCS ini.. Sekarang ini saya banyal menulis dalam blog 'Semangat Jati DO Kota Setar spt di link dibawah ini..
https://semangatjatipdtks.blogspot.com/?m=1
Apatah lagi hari ini tidak banyak yang dapat dibuat dirumah.. Dah banyak buat apa-apa yang tertangguh sebelum ini bila ada PKP dan tidak boleh keluar ke mana-mana. Tapi gara-gara PKP akibat dari Penyebaran Covid 19, banyak masa ada untuk buat apa sahaja dirumah.. Malangnya untuk menulis dia tak mai syeh lagi untuk menulis.. Hari ini baru mai syeh nak menulis. Inipun kerana disebabkan ada cerita nak tulis ni ..
---------------
Ada sesuatu yang saya ingin ceritakan.. Apakah ceritanya.. biar saya fikirkan dulu .. Ya cerita terbaru ialah saya baru sahaja menerima berita pertukaran jawatan saya dari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA ke Pegawai Daerah Kota Setar yang akan berkuatkuasa 14 Mei 2020 nanti.. Surat bertarikh 20 April 2020 oleh SUK menyenaraikan sejumlah 87 Pegawai Tadbir Negeri Kedah telah terlibat dengan rombakan besar-besaran dari peringkat atas hingga diperingkat bawah sekali.. Maka terselitlah juga nama saya disitu.. Maka start 14 hb nanti akan berselerakan semuanya ke jabatan-jabatan yang ditentukan dengan penoh semangat baru untuk bekerja.. harap begitulah ya..
Maka sayapun kembalilah ke Pejabat Daerah Kota Setar sebagai Pegawai Daerah Kota Setar. Sebenarnya saya pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar sebagai Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pentadbiran). Pejabat Daerah Kota Setar waktu itu bertempat di Wisma Negeri, Alor Setar. Saya juga pernah bertugas sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar pada tahin 2011 dimana pejabatnya waktu itu ialah di Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Cumanya waktu itu Pentadbir Tanah Kota Setar diasingkan dari Pegawai Daerah Kota Setar. Tetapi dengan penstrukturan baru Pejabat Tanah Kota Setar diletakkan dibawah tanggungjawab Pegawai Daerah Kota Setar dan Pegawai Daerah Kota Setar juga adalah Pentadbir Tanah Kota Setar. Jadi tanggungjawab akan bertambah untuk Pegawai Daerah Kota Setar. Walau bagaimanapun kawasan tanggungjawab semakin berkurang kerana Daerah Pokok Sena telah diujudkan dan beroperasi secara sendiri dimana ada Pegawai Daerah sendiri berserta Pentadbir Tanah sendiri.
-------------------
Saya rasa ini mungkin jawatan saya yang terakhir sebelum saya berpencen.. Nak pi kemanapun tak boleh dah.. Yang duduk diatas-atas tu semuanya junior2 saya dulu dan muda lagi dari saya. sekarang mereka sudah jadi lebih senior dari saya dari segi pangkat dan jadi boss saya lagi. Jawatan Pegawai Daerah Kota Setar ini merupakan jawatan saya yang ke 20 sepanjang perkhidmatan saya sebagai Pegawai Tadbir Negeri atau KCS... Berikut ialah jawatan-jawatan saya sebelum ini :
Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Pengambilan Tanah)
Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah
Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu II
Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu I
Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu (Pembangunan)
Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani
Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pentadbiran)
Ketua Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu (Pembangunan) Setiausaha Majlis Daerah B.Baharu
Ketua Penolong Pegawai Daerah Yan (Pembangunan)/Setiausaha Majlis Daerah Yan
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Pembangunan Jerlun
Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi (Pembangunan)
Ketua Penolong Pegawai Daerah Sik (Pengurusan Tanah)
Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda
Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar
Setiausaha Majlis Bandaraya Kota Setar
Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah
Pegawai Daerah Bandar Baharu
Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan ) Lembaga Pembangunan Langkawi
Pegawai Daerah Kota Setar.
-------
Tu dia punya banyak jawatan.. rasanya antara yang terbanyak pegang jawatan dalam kerajaan.. tak taulah kenapa kerap sangat saya kena tukar .. ada dua keadaan sahaja.. satu orang tak suka atau satu lagi atas permintaan khas atau boss yang tukar saja yang tahu.. Ada jawatan yang saya pegang tak sampai 3 bulan dah kena tukar.. Setakat 15 Mei 2020 ini saya sudah bekerja selama 35 tahun.. Ada lagi setahun 4 bulan sahaja sebelum bersara.. Setiap jawatan yang saya pegang ada banyak cerita menarik yang boleh ditulis...
-------
Saya terima dengan berlapang dada akan pertukaran saya ini.. Walaupun saya ada mohon sambung lagi berkhidmat dengan LADA beberapa bulan lagi dengan harapan lebih lama saya memangku gred JUSA disana akan memberi sokongan yang kukuh untuk disahkan gred saperti yang saya pangku sekarang ini. 3 tahun 2 bulan di LADA saya mendapat penilaian prestasi yang cemerlang oleh 2 orang Ketua Pegawai Eksekutif LADA bergred Turus 3.
Saya juga pernah memangku Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif LADA selama lebih 4 bulan tanpa ada apa-apa masalah , malah perjalanan operasi LADA lebih lancar semasa itu. Tidak ada cacat celanya. Semua Ahli Lembaga Pengarah LADA tidak ada apa masalah dengan saya. Tapi state dah tidak benarkan lagi. Masa saya ditukarkan ke LADA dulu beria-ia mohon balik ke perkhidmatan state , tapi entah bila dah pi kerja kat LADA rasa seronok pula.. Itulah manusia.. tak cuba lagi dah fikir yang bukan-bukan dan pandang secara negatif... Sekarang bila dah pergi baru tau macam mana.. So asal kontrak saya setahun dengan LADA dah jadi 3 tahun 2 bulan.. Kira lama juga ni dalam satu-satu jawatan diperingkat atas yang saya pegang. Cepatnya masa berlalu.
Cumanya masa saya diminta juga duduk bekerja dengan LADA, boss ada cakap "Asri ada banyak lagi masa dalam service dan percayalah pengalaman ini akan menjadi asset yang amat berharga" dan bantu jaga kepentingan state.. Boss kata lagi "pertukaran ini adalah untuk memberi pendedahan pengalaman baru, faktor seniority, build up networking dengan federal dan juga masa depan kerjaya saya".
Dalam hal bantu menjaga kepentingan state saya rasa saya telah berjaya menjalinkan hubungan yang lebih baik antara LADA dan State. Begitu juga dengan usaha menambahkan pendapatan kerajaan negeri. Saya telah berusaha memastikan cukai hiburan perkhidmatan kereta kabel Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd diketengahkan untuk pertimbangan BOD dan akhirnya Syarikat telah mula membayar cukai hiburan kepada state sejak tahun 2019. Sudah berjuta Syarikat bayar cukai hiburan ini sejak tahun lepas.. Isu kegagalan membayar cukai hiburan ini sebenarnya sudah berlarutan lama sejak operasi kereta kabel ini bermula.. Macam-macam isu dan alasan diketengahkan untuk tidak membayar cukai hiburan ini . Pihak pengurusan tertinggi sebelum ini juga dan tidak ada kesungguhan untuk menyelesaikan isu cukai hiburan ini.
Tapi saya mengambil kesempatan sewaktu memangku Ketua Pegawai Ekskutif LADA, untuk diangkat terus kepengetahuan BOD LADA dan buat perakuan supaya Cukai Hiburan dibayar kepada State. Alhamdulillah saya telah dapat menyakinkan pihak Ahli Lembaga Pengarah LADA untuk menerima cadangan tanpa ada apa2 masalah.. Begitu juga dengan isu pembayaran premium tanah yang tertangguh lama , semuanya telah diproses segera dan dibayar segera dan saya minta lagi supaya State percepatkan proses permohonan tanah tersebut yang mana masih tergantung dan sebagainya.. Bangunan-bangunan LADA yang belum ada sijil layak menduduki telah diminta diproses balik dari awal untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan dalam hal ini, Majlis Perbandaran Langkawi telah mendapat banyak manfaatnya dari segi denda yang kena dibayar dan juga lain-lain bayaran yang ditetapkan. Sebenarnya apa yang saya buat ini adalah kerja-kerja disebalik tabir yang orang luar tidak perasan dan nampak, Orang hanya nampaknya hasilnya sahaja yang dinikmati oleh semua. tapi hari ini saya cerita pi la... sebab saya pun dah keluar dari LADA dan sekarang ini pula dah jadi DO Kota Setar.. Jadi takat itulah sahaja kerjaya dan gred saya rasanya sehingga pencen tahun 2021. Kalau ada rezeki kerajaan negeri boleh pertimbangkan sebelum pencen dapat rasa Jusa C, Kalau tidak ada rezeki dan kerajaan negeri tidak rasa nak beri, terima seadanya.. Yang penting kita kerja kerana Allah SWT dan anggap sebagai ibadat.. Itu ganjaran yang akan kita dapat lebih besar dari segala ganjaran didunia.
-------
Tadi ada saya ceritakan yang semua jawatan tertinggi negeri Kedah di sandang oleh Pegawai KCS yang lebih junior dari saya .. Ya memangnya begitu. Sayapun memang menjangkakan begitu kerana saya rasalah mereka adalah berkelayakan dan diterima oleh semua pihak samada Istana, dan kepimpinan kerajaan yang memerentah dan sudah tentu cadangan penempatan dan kenaikan pangkat itu datang dari YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Kenapa saya tidak terpilih.. itu adalah atas pilihan saya sendiri. Saya juga diberi pilihan untuk menjawat salah satu jawatan bertaraf Jusa dan saya juga ada pilihan tersendiri yang saya rasa saya mampu berdasarkan pengalaman saya dan pengetahuan saya .. tetapi semuanya itu ketentuan Allah SWT.. Bukan semua yang kita inginkan dan cita-cita akan menjadi kenyataan.
Dalam kehidupan seharian kita kerap berada dalam persimpangan pilihan.. Pertama memilih antara yang baik dan buruk, yang kedua memilih yang terbaik antara yang baik dan yang ketiga memilih antara yang kita tidak mahu pilih. Pilihan ke tiga ini amat sukar kerana itulah pilihan yang diberi kepada saya.. Akhirnya pilihan itu saya abaikan.. maka dapatlah jawatan yang yang saya pegang sekarang ini, sebab antara 2 pilihan saya yang saya beri, maka saya diberi jawatan Pegawai Daerah Kota Setar. Jawatan satu lagi yang lebih tinggi grednya kerajaan negeri telah ada orang yang dirasakan lebih layak memegangnya. Walau bagaimanapun saya mesti menyukai akan apa yang diberi kepada saya dan bukan membencinya,, Ini kerana ianya akan mempengaruhi minda dan emosi kita. Kalau membenci apa yang diberi kita terpaksa mengharungi hari demi hari dalam situasi pemikiran yang pasif dan negatif. Emosi akan terganggu malah menjejaskan pandangan kita terhadap kehidupan itu sendiri. So sukailah apa yang kita buat bukan apa yang kita suka..
.......
Sebab itu saya terima ketentuan itu dengan rasa bersyukur dan setakat itu sahaja rezeki saya.. Itupun pada saya sudah terlalu amat tinggi kedudukannya yang tidak pernah saya bayangkan untuk sampai ketahap itu. Saya sedar saya sendiri punya banyak kelemahan-kelemahan yang tersendiri . Apa yang penting saya mahu bekerja dengan rasa seronok dan tidak terlalu stress hingga menghilangkan keseronokan bekerja . Bekerja dipenghujung kerjaya ini, saya tidak mahu terlalu memikirkan hal-hal yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan.. Sebab itu saya rasa ada kebaikannya jawatan yang saya akan pegang ini kerana saya masih lagi dapat melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat jelata kerana ia melibatkan rakyat diperingkat grass root yang masih perlu dibantu dan dibimbing.. Saya seronok bekerja membantu rakyat dibawah sana... dan sepanjang kerjaya saya lebih 70% perkhidmatan saya adalah bersama rakyat diperingkat akar umbi...
.......
Itu yang saya suka sangat dan jawatan Pegawai Daerah adalah amat berkait rapat dengan rakyat diperingkat akar umbi.. Tidak sangka pula saya boleh jadi Pegawai Daerah kerana sewaktu saya belajar di Sekolah Menengah Yan dulu, saya selalu berulang alik dari rumah sewa di jalan Kg Acheh ke Sekolah Menengah Yan dan akan melalui rumah Pegawai Daerah Yan yang tersergam besar dan indah.. (sekarang sudah jadi rumah anak yatim rumah BUDI ). Bila lalu depan rumah tu, dalam hati terfikir, seronoknya kalau dapat jadi Pegawai Daerah...Memang hebat sungguh DO kalau waktu itu.. Mungkin juga apa yang terlintas waktu itu ia masih ada dan akhirya Allah SWT menunaikan juga hajat itu, cuma terkilan juga kerana teringin nak jadi DO Yan, Daerah kelahiran saya.... tapi diberi Daerah Kota Setar ... Daerah yang paling senior kata orang.. Oklah terima seadanya..
-------
Dalam menentukan penempatan pegawai-pegawai kanan ini saya rasa bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi melibatkan jawatan-jawatan kenaikan pangkat atau jawatan2 yang lebih senior kekanannya dan satu lagi ialah jawatan yang walaupun tidak kanan tapi imbohannya pula adalah besar.. .. sudah tentu jawatan2 yang saya sebutkan tadi akan menjadi idaman mana-mana pegawai... Dalam meletakkan pegawai-pegawai mana yang sesuai maka disinilah letaknya kebijaksanaan boss untuk memilih yang terbaik berdasarkan penilaian dan pemerhatian boss.. Kalau KCS ini ialah YB SUK lah. Sudah tentu akan ada yang terlalu suka hati dan akan ada juga yang kurang senang hati dan juga akan ada juga yang tidak puas hati... dan ada juga yang tidak rasa apa.. tidak akan ada yang memuaskan hati 100% kerana itulah manusia... Kalau manusia macam saya ni senang lah.. terima seadanya, Saya tidak kisah sapa yang potong barisan, sapa yang duduk tempat hebat-hebat, sapa yang dapat cemerlang , sapa dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , sapa dapat anugerah Dato' dulu dan sebagainya. Kerana saya sedar itu diluar kawalan saya.. Mungkin kita rasa hebat sangat tapi orang tak pilih pun kita atau mungkin sebaliknya.. itu yang menimbulkan ketidakpuasan hati atas apa yang diatur kerana kita terlalu mengharap. Penilaian itu terletak pada orang lain atau boss2 atas kita. Siapa kita untuk menilai kerja buat kita. Kalaupun kita buat kerja yang terbaik dan telah terbukti tapi masih tidak diendahkan juga oleh pengurusan atasan, apa yang boleh kita buat.. Adakah nak meluat pada boss2 atas kita.. minta simpang jangan terfikir perkara2 begitu.. Kita kena anggap pekerjaan kita adalah ibadat dan Allah SWT yang berhak menilai kita.. Ganjaran pahala lebih bererti dari segala-gala didunia ini. prinsip itulah yang saya pegang dari dulu sampai sekarang... Tak ada masa untuk nak melobi untuk kepentingan diri sendiri.. terima seadanya.
-------
Oklah panjang pula cerita saya kali ini... cerita fasal memo pertukaran sahaja... ni sampai melalut-lalut segala macam ini... Sebenarnya banyak lagi saya nak tulis fasal KCS... tapi saya rasa bila dekat bersara nanti sesuai saya celoteh panjang kerana , terasa teringin nak cerita pengalaman-pengalaman sepanjang lebih 35 tahun dalam KCS dengan segala macam pengalaman suka duka berada dalam pentadbiran negeri Kedah. Cumanya pada zaman-zaman 10 tahun pertama sebagai KCS tidak banyak gambar-gambar yang dapat dipaparkan , kerana zaman itu mana ada HP berkamera macam sekarang. Kamera waktu itu pakai filem.. kena basuh dulu baru cetak.. renyah sikit. Hanya perkara-perkara perlu sahaja diambil gambar... Kalau ada gambar lagi seronok cerita sebagai bahan cerita.... Sekarang ni sikit-sikit bergambar, dan selfie lagi.. canggih sungguh..
-------
Saya doakan semua sahabat-sahabat saya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan terbaik.. apatah lagi kita sekarang sedang menghadapi saat-saat getir melawan penyebaran Virus Covid-19 yang amat memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Kedah terutama dari segi kewangan negeri yang semakin meruncing. Segala aktiviti ekonomi dan perniagaan telah terjejas dengan terok sekali... Cara kita bekerja dan norma kita bekerja sudah berubah dan tidak seperti dulu lagi. Sudah tentu langkah-langkah penjimatan dan mengurangkan pembaziran dan aktiviti-aktiviti rasmi yang tidak perlu dilihat semula dari segi perbelanjaannya. Seluruh aktiviti ekonomi telah terjejas , bukan setakat dalam negara sahaja malahan luar negarapun sama juga.. Tadi terbaca satu berita berkenaan banyak syarikat penerbangan seluruh dunia sudah menghentikan ramai pekerjanya termasuk pilot yang dulunya bergaji mahal.. kita juga kena bersedia dengan suasana yang tidak menentu..
-------
Ok.. saya mahu tidor dulu... Dah letih menaip ni.. Nanti bila-bila masa terluang atau bila datang syehnya saya akan menyambung lagi dalam tajuk lain pula, dan tentunya berkaitan KCS juga..
Selamat Malam .. Selamat Bersahur
-------
Ok, hari ini saya sambung kembali setelah sekian lama terhenti. Saya menulis dari bilik saya di Pejabat Daerah Kota Setar.. Diluar sana sunyi saja.. walaupun pejabat dibuka pada public . Staf pun bertugas ikut giliran.. Baru hari ini saya melapor diri di Pejabat Daerah Kota Setar.. Nak atur mesyuarat tak boleh lagi, SOP tidak membenarkan perkumpulan ramai-ramai.. PKPB belum lagi berakhir. Kena patuh betul-betul..
Tadi saya baru sahaja dapat berita tentang pengumuman Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah kerana tidak mendapat sokongan majoriti.. Sedih juga dengar berita kerana saya kerap juga berurusan dengan Dato' Seri apatah lagi beliau adalah Pengerusi Bersama LADA, selalu bermesyuarat dengan beliau dan membentangkan kertas-kertas kelulusan ... Adakala beliau whatsapps terus kepada saya tanya itu ini berkaitan LADA dan Langkawi. Beliau seorang yang ambil berat tentang negeri Kedah ini. Tapi itulah dalam dunia politik ni macam-macam boleh berlaku, kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan ada ketika duduk diatas dan ada ketika duduk dibawah.. Tak boleh nak dijangka dah sekarang ini. sapa yang betul tak tau dah.. so sebagai pegawai kerajaan saya kena terima seadanya dan kena akur dengan kerajaan yang memerentah semasa.. Kita tidak boleh terlalu taksub sangat dengan satu-satu parti yang memerentah kelak akan menyusahkan kita pula untuk berkhidmat.. Saya pernah bertugas dengan Kerajaan Barisan Nasional lepas itu kerajaan Pakatan Rakyat, diganti pula dengan Barisan Nasional balik dan sekarang Perikatan Nasional pula.. macam-macam style dan gaya pemerentahan.. Tapi saya tetap berkawan dengan semua mereka. Pertukaran pegawai KCS ini berlaku tidak sampai seminggu sebelum pertukaran kerajaan.. Ini cabaran kepada KCS dalam usaha menyesuaikan diri pula dengan corak kepimpinan yang kita tidak tahu macam mana gayanya..
Permisi dulu ya.. saya berundur diri dulu.. sudah terlalu lewat benar ni.. sudah dekat maghrib saya berada kat bilik di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, pada hari pertama saya mula bertugas disini... Tapi bagi saya sudah menjadi rutin harian saya kat opis, selalu balik lewat-lewat dan kadang-kadang jadi tukang tutup opis.. Kita perlu jadikan opis kita sebagai rumah kedua yang kita suka, bukan tempat yang kita benci dan meluat.. duduk dan buat kerja dengan terpaksa kerana memerlukan pendapatan...
Tarikh: 05 Jun 2020
Tempat: rumahku syurgaku
Assalaamualaikum wbt.. Hari ini kita sambung lagi.. Cuti pagi Jumaat yang mulia ini, selepas sarapan pagi pekena pulut durian, berasa segar mata ni.. tak taulah sat lagi.. mesti mengantuk luar biasa pula.. biasa macam tu la.. bila lepas makan durian.. Durian musang king pula.. Sementara mata masih segar ini, lebih baik saya sambong balik catatan saya dalam blog ini yang tidak habis lagi ni...
Sewaktu saya menulis ini, negeri Kedah sudah dipimpin oleh seorang Menteri Besar yang baru dari Parti PAS . Beliau ialah YAB Tn. Hj Sanusi. Hasil dari perikatan parti-parti PAS, Bersatu, UMNO, MCA dan Bebas yang diberi nama Perikatan Nasional maka terbentuklah sebuah kerajaan baharu di Kedah setelah mereka memperolehi kelebihan majoriti dalam DUN Kedah. Mantan Menteri Besar YB Dato' Serri Mukhriz Mahathir setelah menyedari beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti telah menyerahkan kembali jawatan tersebut kepada kehadapan DYMM Tuanku Sultan Kedah dan baginda KDYMM Tuanku Sultan telah membuat keputusan yang betul setelah baginda berpuashati dengan majoriti yang diterima oleh Perikatan Nasional tersebut.
Satu perkara yang menarik di Malaysia ini, penyerahan tampok kepimpinan ini berjalan lancar.. tidak ada masalah dari segi, tidak mahu serah jawatan dan sebagai dan tidak ada yang bawa ke Mahkamah untuk mempertikaikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Raja Pemerentah.. Inilah kebaikannya kita yang mengamalkan Sistem Pemerentahan Raja berperlembagaan. Semua rakyat patuh akan institusi yang ada sejak zaman sebelum merdeka lagi.
Sehingga saat saya menulis sekarang ini, kepimpinan baru belum lagi mengeluarkan arahan-arahan secara lebih spesifik akan dasar-dasar baharu kerajaan perikatan nasional ini.. dan untuk ketika ini pentadbiran negeri berjalan seperti biasa tanpa ada apa-apa masalah .. Mungkin juga pada ketika ini PKPB masih lagi berkuatkuasa dan tidak dibenarkan adakan apa-apa perkumpulan orang ramai dalam satu-satu tempat, maka peralihan kuasa ini berlaku dalama suasana yang amat harmoni.. Majlis pelantikan menteri besar baharu pun dibuat simple sahaja di Kamar KBDYM Tuanku Sultan Kedah.. Jadi tidak ada-apa peristiwa besar yang berlaku bila dilantik Menteri Besar Baharu dalam tempoh PKPB.. Malahan pelantikan Datok Bandar MBAS juga dibuat biasa-biasa sahaja. Biasanya pelantikan Datok Bandar dibuat sacara Istiadat penoh meriah dan diadakan di Istana pula. Segala-galanya mengajar kita erti kesederhanaan yang dulunya kita rasa payah sungguh nak buat..
Ok.. saya rasa pun terputus idea dah ni.. mata pun makin lama makin bakup.. kui kecik, itu tanda-tanda kesan makan pulut durian rasanya.. nak suruh pergi tidor.. Hari ini Hari Jumaat, rindu teramat sangat nak pergi Sembahyang Jumaat yang sehingga kini tidak boleh-boleh lagi.. sampai bila tak tahu lah..
Sebelum menutup tirai ini, saya mendoakan semua sahabat KCS yang terlibat dengan pertukaran ini dan tidak terlibat dengan pertukaran ini sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berasa seronok untuk datang bekerja. Marilah kita berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan penuh integriti dalam membangunkan negeri Kedah tercinta ini.. Soal kenaikan pangkat dan apa-apa 'reward' itu hanyalah sampingan sahaja kepada kerja-kerja cemerlang yang dilaksanakan, tapi kita tidak boleh mengharap atau terlalu mengharap akan ganjaran-ganjaran seperti itu, kerana kita telah diberi gaji dan elaun serta segala kemudahan yang mencukupi .. Jangan menjadikan kegagalan kita mendapat apa-apa pangkat yang kita idamkan atau gagal mendapat penilaian terbaik dari boss kita , atau gagal mendapat gred yang lebih baik, atau gagal mendapat jawatan tertentu yang amat diidamkan itu akan membuatkan kita kecewa hingga menyebabkan kita mula menunjukkan prestasi yang tidak baik ... Kerjalah seperti biasa dan sebenarnya ada ganjaran lebih baik yang kita dapat dari Allah SWT sekiranya setiap kerja kita itu kita niatkan sebagai ibadat.
Terima kasih, sekarang barulah saya boleh tidor lena....
--------------------

No comments:
Post a Comment