Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: PBT Tmn Perindustrian Hi-Tech Kulim
Tarikh : 02 September 2015
'SEHATI SEJIWA'
Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam semua.. buat sahabat-sahabat yang memahami..
Masih mengikuti catatan dalam blog saya ini... terima kasih kerana sudi juga mengikuti kisah-kisah yang saya paparkan.. kadang-kadang tu macam nak merapu saja, kadang-kadang cerita serious sangat, kadang2 cerita-cerita santai sahaja... Tak apalah asalkan kita jangan dok mengata dan mengumpat orang sudah lah.. janji kita seronok dengan kehidupan dan kerjaya kita.
Semasa saya menulis ini saya baru sahaja memulakan tugas saya di tempat baharu. Lebih kurang 2 minggu sebelum ini saya telah surat arahan pertukaran saya dari Pejabat Daerah Bandar Baharu ke Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.. Tarikh pertukaran saya ini berkuatkuasa 02 Ogos 2015. Bila bertukar ni , faham-fahamlah, kita akan menemui suasana baharu ditempat baharu. segala-segalanya baru.. Kalau dulu waktu masih baru bertugas, sekali bertukar memang stress betul. Maklumlah saya masih baru waktu tu.. bukan kenal sapa. Pertama sekali nak jumpa boss baru, lepas tu nak berkenalan dengan staf2 pula.. Boss2 waktu dulu memang hebat dan nampak cenge... Bukan boleh dok pi melawak tak tentu hala.. strict sungguh.. Memang nampak kehebatan boss2 waktu dulu. Tak macam la nii... zaman dah berubah 'style boss' dulu tak sama dengan 'style' boss la ni.. Cumanya sekarang ni saya bertukar sebagai Ketua Jabatan.. Jadi tak ada sapa saya nak kena pi mengadap kat Jabatan tu.. Lagipun dah tahu sedikit sebanyak environment tempat kerja tersebut..
Namun begitu saya nak kena belajar menyesuaikan diri pula dengan suasana tempat baru dengan orang yang baru. Apabila kita beralih tempat bertugas, kita akan meninggalkan sekumpulan kawan-kawan untuk bertemu dengan sekumpulan kawan-kawan baru pula. Kawan-kawan setempat kerja pula tidak ramai kekal lama kecuali kalau selalu kekal berhubung samada ziarah-menziarahi, telefon dan berhubung melalui alam maya.. Sebab itu saya rasa sekarang ini kawan saya paling ramai ialah kawan-kawan dialam siber... Ada yang saya kenal secara nyata dan ada saya tidak kenalpun. Samada saya yang memohon untuk menjadi kawan atau sahabat siber saya yang memohon menjadi kawan.. dan akhirnya kita jadi kawan dialam siber. Kalau terjumpa dialam nyata adakah kita boleh bersembang seperti dialam siber....Bagi saya kejujuran bersahabat sesama insan amat penting walau dialam internet... sebab itu kalau hubungan melalui alam siber khususnya facebook dll berjalan dalam suasana harmoni dan jujur , kita akan menemui sahabat sejati walau dialam siber... apatah lagi setiap hari ada-ada sahaja kata-kata bermotivasi, nasihat menasihati dipaparkan dalam status fb kita... Kalau kita ditimpa musibah maka ada2 sahaja rakan FB yang memberi semangat dan simpati kepada kita.. Kalau kita gembira memperolehi sesuatu, kawan-kawan juga tumpang bahagia dan pakat-pakat memberi tahniah. Kata-kata begitupun sudah cukup untuk kita rasa dihargai, rasa diberi perhatian, rasa kita diperlukan dan sebagainya. Sebab itu tidak salah rasanya kita ceritakan kejayaan-kejayaan kita atau kejayaan anak kita dalam media-media sosial yang ada asalkan niat tu betul.. Kawan-kawan akan tumpang bahagia dan memberi dorongan kepada kepada mereka sama untuk sama-sama berjaya seperti yang kita capai.. Jadi bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kelebihan kita berbanding orang lain.. Sebab itu saya tak kisah langsung kalau sapa2 rakan media sosial saya yang dok cerita apa yang mereka ada, apa yang mereka makan, apa yang mereka miliki, apa yang mereka buat dan sebagainya.. cerita pi lah apapun asalkan jangan kacau orang, jangan dok mengata kat orang dan jangan dok menyusahkan orang.. senang kan kalau begitu... Tok sah kita dok fikirkan perkara-perkara negatif kelak nanti diri kita sendiri yang sakit jiwa memikirkan hal orang lain yang tidak kena mengenapun dengan kitapun.
Bahagia kan kalau begitu... Tak perlupun kita berjumpa.. kadang2 terserempak dijalan pun saya tidak menyedari yang orang itu BFF kita.. pernah terjadi peristiwa itu... Jadi kita gunakan media-media sosial yang ada ini untuk perkara-perkara yang membawa kebaikan yang memberi faedah kepada kita dan keluarga kita serta masyarakat kita.
Pagi tadi saya mendapat sekeping lagi surat dari Boss saya di Wisma Darulaman memaklumkan saya telah dinaikkan pangkat ke Gred N00 ke Gred N00.(x perlu kut saya tulis gred apa-apa no ). Tak perlu disembunyikan lagi, sapa yang tak seronok atau tak gembira kalau dapat anugerah tersebut. Pasti sapa pun seronok, kecualilah orang yang tidak reti nak bersyukur, yang anggap pangkat tu hak dia dan dia mesti dapat dan patut pun dapat. Bagi saya yang tidak pernah mengharapkan itu semua dan tidak berusaha untuk menggapainya dengan cara-cara yang luarbiasa, hanya sekadar bekerja-bekerja sekadar kemampuan yang ada, patuh kepada arahan-arahan pihak atasan dan berdisiplin , sudah cukup bagi saya.. Kerja saya biasa-biasa sahaja kerana saya sedar terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri saya. Saya belajar menerima hakikat kalau itu sahaja tahap saya, maka terima seadanya, dan tidak perlu mempertikaikan apa-apa . Rezeki itu ditangan Allah SWT.. Kalau dengan cara itu pihak atasan menilai kita dengan kebaikan, Alhamdulillah, saya terima seadanya.. Kalau tidak dapat pun bukan satu masalah besar sangat.. Gaji kita masih dapat dan tidak berkurangpun... Sebab itu saya terasa amat bersyukur sangat2 bila diberi kenaikan gred tersebut..
Sejak akhir-akhir ini kita yang dewasa didedahkan pula dengan konsep tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberi seandainya itu adalah tanggungjawab sipemberi. Pemikiran seperti ini patut dijauhi sama sekali. Kalau macam tu maka tak perlulah kita ucapkan terima kasih kepada mak bapa kita yang melahirkan kita dan membesarkan kita kerana itu adalah tanggungjawab mereka membela anak, macamlah juga kalau kita tidak bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan kita atas alasan kita tidak pernah pinta dilahirkan didunia ini.
Saya tak tahu lagi macamana nak tunjukkan terima kasih saya pada yang memberi, kerana saya ni bukan jenis nak pi kedepan nak cerita itu ini... terlalu amat segan rasanya.. Maka saya rasa hantar surat pun sudah memadai.. Sememangnya sebelum inipun kalau saya dapat anugerah pergerakan gaji menegak dan naik gred yang lebih atas waktu dulu saya memang hantar surat ucap terima kasih kepada boss saya..
klik saja kat sini kalau nak tengok surat-surat tersebut..
Saya rasa tak rugi apa-apapun hantar surat kat depa... Sekurang-kurangnya saya rasa boss ni mahu juga dihargai atas keputusan yang mereka buat.. Jangan marah ya.. saja saya paparkan pi la surat tu untuk pembaca blog saya. Bukan saya nak menunjuk tapi sekurang-kurangnya mungkin boleh menjadi contoh yg boleh dibuat juga oleh sesiapa sahaja yang mendapat apa-apa anugerah dan sebagainya.. Bukan rugi apapun nak buat surat sekeping tu.. Tapi saya berani beri jaminan, boss kita pasti terkesan dengan surat-surat seperti itu dan mungkin juga dia terkejut bila terima surat kita seperti itu.. Tak caya buat tengok...
Mengucapkan terima kasih atau Jazaakallahu khairan ( Semoga Allah SWT membalas budi baik tuan) adalah suatu yang amat terpuji. Indah kan kalau kita dapat memuji sesiapa yang memberi lebih-lebih kita memohon Allah SWT memberi kebaikan kepada yang memberi ..
Oklah, waktu sudah dinihari benar, saya pun rasa mengantuk teramat sangat ni.. kalau panjang lagi tulis dia mula nak melalut sana sini.. jadi sebelum apa-apa elok saya mengundur diri dulu.. Nanti bila mai syeh dan nisyannya saya tulis lagi......
Terima Kasih
Tempat: PBT Tmn Perindustrian Hi-Tech Kulim
Tarikh : 02 September 2015
'SEHATI SEJIWA'
Bulan ni kan Bulan Kemerdekaan.. Anak2 buah saya di Majlis Daerah Bandar Baharu.. Depapun masuk kawat juga..... 'SEHATI SEJIWA' |

No comments:
Post a Comment