Tarikh: 31 Ogos 2015
Kadang-kadang kita lihat sebahagian besar ahli dah kawad elok sangat dah, tapi ada juga ahli dalam tu buat tak kisah saja... lenggang dan langkah ikut suka dia saja. Orang kata kiri, dia langkah kanan, orang kata kanan, dia langkah kiri.. Jadi rosaklah semuanya.. Kadang2 kawad jadi pelik sangat dan terok sangat bila kaki kiri kedepan tangan kiri pun kedepan.. jadi macam mana la nak betul kawad tu. Otak dia beri arahan lagu mana kat kaki dan tangan sampai jadi tak betul. Jadi macam jalan itik.. Orang kata langkah kaki dan lenggang tangan tu ikut kawat pergerakan orang depan sekali.. Tu pun tak larat nak ikut juga.. entah kenapa.. Susah sangatkah nak ikut langkah orang didepan kita.. Dia sedar atau tidak tak taulah saya.. Saja buat-buat tak tahu kut... Bila ada anggota seperti ini maka berteraburlah kawad itu.. maka itu lah ceritanya... Saya cerita ini tidak kena mengena dengan sesiapa. Hanya sekadar tengok lebih 100 kontinjen yang mengambil bahagian dalam Perarakan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung dihadapan Balai Besar Alor Setar Kedah pada 31 Ogos 2015 yang lalu. Macam-macam style dan cara pergerakan yang dapat kita lihat.... Itu yang saya boleh buat pemerhatian dan buat cerita ni... Jangan marah ya.. sapa-sapa yang kut-kut terasa dihati...
Ok itu saja cerita fasal kawad... tak ada apa nak cerita kali ini , jadi saya cerita fasal kawad ni.. syok-syok saja menulis , hilangkan stress dan boring kat opis malam-malam begini.. Kita jumpa lagi..
s
![]() |
No comments:
Post a Comment