BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Friday, January 23, 2015

Kerajaan Persekutuan Wajib Bantu Kerajaan Negeri... Gantirugi Kerana Tidak Boleh Tebang Pokok Balak..

catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 15.01.2015

Assalaamualaikum WRT.. buat sahabat2 ku yg mulia .. catatan saya kali ini sikit sahaja.. Sesuai sangat lah dengan apa yang dikatakan oleh YB Dato Seri Shahidan Kassim.. Saya amat setuju sangat-sangat akan cadangan itu. Apatah lagi ianya dibangkitkan oleh seorang Menteri Kabinet.... Apa ditunggu lagi, layan sajalah tuntutan Kerajaan Negeri Kedah yang  telah dibuat sejak tahun 2009 lagi untuk bayar ganti rugi tidak boleh tebang balak setahun RM100 Juta sahaja.  Kedah sebenarnya jadi mangsa dalam isu alam sekitar ini.. Kejadian-kejadian banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timor dan Sarawak baru-baru ini belum lagi berakhir dan kesannya amat besar sekali kepada alam sekitar dan kehidupan rakyat yang mengalami sendiri kemusnahan harta benda mereka.


Sejak tahun 2009 lagi isu penebangan balak ini sentiasa menjadi perhatian semua pihak samada pihak pejuang alam sekitar  dalam dan luar negara.  Sebab itulah Kerajaan Negeri Kedah berjanji akan mewartakan 121,905 hektar kawasan hutan sebagai hutan simpan. Jika apa yang dituntut oleh Kerajaan Negeri sebelum ini diterima oleh Pusat.

Dalam tempoh terdekat itu juga Kerajaan Negeri telah meluluskan lagi kawasan seluas 76,205 hektar untuk diwartakan sebagai tambahan kepada hampir 45,700 hektar yang diluluskan sebelum ini.  YAB Menteri Besar Kedah pada waktu telah berkata selepas diwartakan, kerajaan negeri akan membuat tuntutan kepada kerajaan pusat supaya menggantikan kerugian itu kerana kehilangan hasil dengan geran tahunan. Pewartaan itu bermakna kawasan tersebut tidak boleh diceroboh atau diambil balak menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil kira-kira RM3.2 bilion,"

Kerajaan Negeri Kedah hanya  menuntut Kerajaan Pusat membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta sahaja setahun sebagai ganti rugi kerana tidak menebang balak di kawasan hutan simpannya.. Malangnya tuntutan itu tidak diambil peduli oleh Kerajaan Persekutuan  malahan ada yang anggap lawak saja permohonan itu.

Isu banjir amat berkait rapat dengan alam sekitar dan kestabilan hutan-hutan amat penting dikekalkan. Sebab itu hutan tidak boleh sewenang-wenangnya diteroka dan dipugar atau diambil balak secara rakus.

Namun begitu kerajaan persekutuan perlu prihatin dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri seperti Kedah dan Kelantan. Sumber pendapatan sememangnya amat terhad dan ruang untuk mendapatkan sumber baru menggantikan kehilangan hasil hutan jika tidak boleh diteroka. Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan beberapa sumber sahaja yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri seperti hasil hutan, hasil tanah, cukai hiburan dan lain-lain yang tidak banyak manapun kutipannya. 

Kalaulah pokok balakpun tidak boleh ditebang, maka makin parahlah sumber kewangan negeri. Keperluan rakyat semakin bertambah dan perbelanjaan semakin bertambah. Jadi sewajarnyalah Kerajaan Persekutuan memberi bantuan lebih sedikit kepada Kerajaan Negeri seperti Kedah. Sebagai ganti semua hutan-hutan yang ada tidak boleh ditebang. Jadi senang sedikit urusan pengurusan hutan. Tidak akan ada lesen membalak dikeluarkan lagi. Kalau ada orang masuk bawa keluar balak, sah operasi itu tidak ada kelulusan dan penguatkuasaan boleh dilaksanakan. Penebangan boleh dibuat hanya atas faktor-faktor khas dan amat perlu sahaja dengan kawalan ketat agar tidak menjejaskan alam sekitar.

Kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini sepatutnya telah membuka mata semua pihak agar, melihat isu ini secara lebih fokus dan menyeluruh. Jangan hanya menyuruh kerajaan negeri tidak boleh menebang balak tapi kenalah dilihat juga akan kesan kepada kerajaan negeri jika arahan ini dilaksanakan. 

Begitu isu tebatan banjir, perlu diberi perhatian besar oleh Kerajaan Pusat. Tidak boleh buat secara kecil-kecil. Ianya tidak memberi kesan. Kajian secara menyeluruh perlu dibuat dan peruntukan besar memang diperlukan untuk melaksanakan projek tebatan banjir. Saya percaya jika isu banjir ini dapat ditangani dengan baik dan boleh mengurangkan kerosakan, ianya akan memberikan keyakinan rakyat yang amat tinggi kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat sendiri. Bayangkan berapa banyak wang dapat dijimatkan jika banjir dapat dikawal dengan baik. Anggaran awal pembaikan semula kerosakan infrastruktur di negeri-negeri Pantai Timor hampir RM1 Billion. Ini terpaksa dilaksanakan pembaikan  untuk memastikan aktiviti harian rakyat tidak terjejas dan kegiatan ekonomi berjalan rancak seperti sediakala. Itu tidak kira lagi kerosakan harta individu yang kerajaan terpaksa juga bantu menggantikannnya.. Takkan nak dibiarkan mereka yang hilang rumah tinggal dalam khemah.. Kerajaan yang prihatin kena buat sesuatu juga. Ini juga dikatakan menghampiri berbillion RM juga yang terpaksa dibelanjakan. Bayangkan kalau berlaku setiap tahun... terok dibuatnya. 

Apalah sangat dengan nilai RM2 billion untuk kerja-kerja tebatan banjir dan setahun RM100 Juta yang dituntut oleh kerajaan negeri Kedah. Kesannya amat baik. Kalau kerajaan pusat beri RM100 juta setahun pun duit itu akan berlegar dalam negara juga, kerana Kerajaan Negeri akan gunakan wang itu untuk rakyat juga dalam bentuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan pembangunan insan. Pelaburan kerajaan dalam hal ini tidak merugikan apa-apa malahan kita dapat kekalkan hutan kita dengan baik, banjir berkurangan dengan tebatan yang dilaksanakan, peniaga dan kontraktor dapat faedah, rakyat dapat faedah dan aduan-aduan serta ketidapercayaan rakyat kepada kerajaan semakin berkurangan. Imej kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti meningkat. Itu yang kita mahu kan... Dari segi politikpun amat menguntungkan juga memandangkan rakyat tidak terasa mereka diabaikan. 

Saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada permohonan kerajaan negeri, dan permohonan yang telah lama dipohon itu dapat diungkit balik dan diberi pertimbangan sebaik dan secepat mungkin.. Kedah juga sebagai negeri Jelapang Padi, membekalkan sumber beras negara yang terbesar. Kedah diminta tidak meluaskan kawasan pembangunan dikawasan MADA. Ini juga satu lagi pengorbanan besar Negeri Kedah untuk memastikan sumber makanan yang mencukupi untuk negara.

Kita perlu bersatu dalam menuntut hak tersebut... semua orang akan beroleh faedahnya. Marilah kita sama-sama berdoa agar apa yang dimohon ini dimakbulkan oleh Allah SWT...

Al Fatihah.. aamiin

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment