18 jUN 2014
Catatan: Mohd Asri Redha..Teratak Kasih..
Assalaamualaikum.. Selamat Sejahtera buat saudara-saudara ku sekalian yang dimuliakan Allah SWT.. Semoga kalian semua sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT.. Sama-samalah kita berdoa..........
Rasanya lama juga saya tidak menulis diruangan ini. Entahlah sejak duduk di MBAS ini sibuk segalanya, siang malam.... entah apa yang disibukkan sangat tu... tapi itulah masa begitu mencemburi saya. Hari-hari padat dengan pelbagai aktiviti ... hinggakan kadang-kadang tidak terasa masa berlalu... Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun saya bertugas di MBAS.. Paling banyak adalah mesyuarat dalam jabatan saya sendiri selain mesyuarat-mesyuarat atau seminar luar..
Entah mengapa malam ini terasa pula nak menulis blog .. tajuk tak mai lagi ni... satu saja yang terlintas dalam fikiran saya.. kalau tak mula menulis .. otak dia tak mahu berfikir aktif... kata orang mandom.. idea tak mahu turun. Kalau biar lama2 jadi kepayahan pula untuk memulakan cerita... Sambil saya dok menaip ni.. masih mencari tajuk yang saya boleh tulis..
Sekarang ini suhu saya rasa sungguh panas... Panas kering. Saya rasa panas melebihi paras biasa. Naik gelisah dan tidak menentu kita jadinya. Mungkin juga penangan El Nino dah mula melanda diserata dunia.. Pasang kipas angin kat rumah, macam tak ada apa-apa.. Kadang-kadang lepas geram, pasang 'aircon' seharian.. baru puas... hujung bulan nanti siaplah ... jangan terbeliak tengok bil datang.. Memang tak berapa selesa nak menulis dalam keadaan panas sebegini, tapi saja nak tulis juga dengan harapan kepanasan ini akan menjana idea-idea kreatif nak tulis apa...ideanya ialah jangan jadikan alasan untuk tidak berbuat sesuatu yang bermanafaat.
Ya.. baru saya teringat... baru saja habis program ini , saya rasa elok saya buat cerita fasal Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Dan Sukan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan 2014. Tahun ini Kedah menjadi tuan rumah. Program bermula dari 12 hingga 16 Jun 2014. Ini ada kaitan juga dengan KCS. Jadi wajar benar saya cerita pi la apa yang terlintas dalam kepala otak saya ni.. untuk rekod saya dan kalau ada yang sudi membacanya , terima kasihlah... jangan komen apa-apa.. ini hanya coretan santai-santai saja.. tidak ada kata kat sapa-sapa....
Menjadi tuan rumah kepada 3 negeri yang datang bukannya semudah cakap. Apatah lagi yang datang itu adalah pegawai-pegawai kanan dari negeri Terengganu, Kelantan dan Johor. Jadi persiapan perlu dibuat dengan sebaik mungkin dan yang penting bagi memastikan segala program yang diatur berjalan lancar dan memberi kepuasan kepada tetamu-tetamu kita itu...
Dalam hal ini saya lihat kehebatan pegawai KCS mengurus aturkan program ini dan segalanya berjalan lancar... Ada juga unsur-unsur kreativiti disitu.
Sebenarnya saya tidak menyumbangkan apa-apa hanya sekadar dilantik menjadi Pengurus Pasukan Bola Tampar KCS saja. Itupun tidak menyumbangkan apa-apa yang membanggakan, hanya sekadar duduk ditempat tercorot sekali. Selain itu saya juga mengambil bahagian dalam sukan Tenpin Bowling dan sukan Lawn Bowls. Hanya sukan Lawn Bowls sahaja yang saya terlibat menjadi Johan, manakala Tenpin Bowling hanya sekadar duduk tempat ketiga. Semua game tersebut adalah sukan berpasukan.. Jadi tak ada sapa boleh kata dia hero seorang... Selain bermain saya juga akan sentiasa memberi sokongan pada rakan-rakan lain bermain sokongan dengan pergi ke tempat pertandingan tersebut. Kadang-kadang sedih juga tengok rakan-rakan bertanding, tak ada penyokong yang banyak... sedang lawan dari negeri lain bawa penyokong melebihi penyokong tempatan.. Dalam hal ini saya tak mahu menyalahkan sesiapa, kerana semua ini bergantung kepada sikap. Perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa. Kesedaran diri sendiri itu amat penting. ... Tapi pada saya kalau rakan-rakan kita main , pakat-pakatlah kita beri sokongan, apatah lagi yang tak ambil bahagian apa-apa , datang memberi sokonganpun sudah merupakan satu sumbangan bermakna dan memberi semangat kepada rakan-rakan yang bertanding..
Sebenarnya dikalangan rakan sebaya saya yang telah melebihi setengah abad ini, ramai dah yang mengundur diri untuk main sukan-sukan yang agak lasak seperti bola tampar atau bola sepak dll yang menggunakan tenaga fizikal yang banyak.. Sayapun gagah pi la main bola tampar kerana tak ramai yang mahu main sukan ini.. sayapun bukanlah sempurna sangat sangat, macam-macam problem dan kekurangan diri yang ada.. Tak taulah kenapa sukan seperti Bola Tampar ni susah sangat untuk dapat pemain... susah sangat kut... mungkin juga kerana ia kena ada skil juga dan kerja secara berpasukan. Atau Pengurus tak pandai kecek dengan pelbagai insentif sepertimana sukan lain. Banyak yang lebih berminat main bola sepak atau badminton.. Tapi Alhamdulillah... kejayaan pasukan KCS Kedah menjadi juara Bola Sepak, Lawn Bowls, Golf dan Badminton telah menobatkan KCS Kedah menjadi Johan Keseluruhan. Sejak tahun 2003 Pasukan KCS Kedah ketandusan menjadi Johan keseluruhan, tapi pada tahun ini barulah KCS Kedah menjadi Juara Keseluruhan. Seolah-olah macam terancang pula, bila menjadi tuan rumah, boleh pula menjadi juara. Tahun 2012 buat program di Terengganu, Terengganu jadi johan keseluruhan, Tahun 2010, buat di Johor, Johor menjadi Juara. Kedah sendiri tahun 2003 buat di Kedah, Pasukan KCS Kedah menjadi juara.
Walau bagaimanapun pada kesimpulannya rakan-rakan KCS saya selain bijak mengendalikan program ini, ramai juga rakan KCS yang berpotensi menjadi ahli sukan yang hebat-hebat dan bijak mengatur strategi untuk menang. (dalam kalangan pegawai2 la).. Jika dipupuk berterusan dengan latihan-lathan yang lebih sistematik, tidak mustahil kejayaan yang diperolehi ini akan dapat dikekalkan malahan lebih hebat lagi 2 tahun akan datang di Johor Baharu.
Saya bermain sukan ini atas 2 matlamat utama iaitu untuk kesihatan diri saya. dan satu lagi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama anggota KCS itu sendiri dan kalau bertanding nanti dapat mengenali lebih rapat rakan-rakan dari ke tiga-tiga negeri. Mempunyai hubungan rapat dengan ketiga-tiga negeri ini sebenarnya memberi banyak manafaat kepada kita kerana banyak pengalaman-pengalaman mereka dapat kita berkongsi sama. Atas faktor itulah selagi ada kudrat yang terdaya saya akan cuba ikuti segala aktiviti sukan yang diatur, bukan sahaja waktu program ini sahaja malahan program-program lain. Kalau tidak bermain, saya memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bermain. Sebab itu saya juga suka berbasikal bersama-sama anak buah saya di MBAS semata-mata untuk menunjukkan bahawa sebagai ketua jabatan tidak ada masalah untuk terlibat bersama-sama dengan anak buah dalam program sukan dan rekreasi ini.. sekurang-kurangnya saya dapat menjalin hubungan yang lebih baik dengan anak-anak buah saya.
Dalam keadaan umur sekarang tidak ada masa lagi untuk bekerja dalam keadaan tekanan yang berterusan kelak akan merosakkan diri.. hanya melalui sukan dan rekreasi sahaja yang boleh meredakan dan mengurangkan 'tension' bebanan kerja seharian...
Selain bersukan, ada juga program forum sebagai makanan jiwa kita sebagai insan-insan yang lemah disisi Allah SWT. Sempena Majlis Perasmian Forum dan Sukan ini oleh YTM Tunku Laksamana Kedah, Penceramah tidak asing lagi dari Kedah.. Dato' Mufti Negeri Kedah telah dijemput untuk memberikan ceramah.. Amat menarik sekali ceramah dari dari Dato' Mufti dimana antara intipati ceramahnya itu saya dapat simpulkan dibawah ini...
Pertama berkenaan NIKMAT yang Allah berikan kepada manusia iaitu nikmat kita dijadikan manusia bukan binatang, nikmat kita sebagai manusia yang boleh berfikir berbanding dengan lain-lain makhluk, nikmat kita sebagai insan yang beragama Islam... Ulasan fasal nikmat2 ini memang panjang, tak perlulah saya ulas lanjut kerana jadi terlalu panjang pula tulisan saya ini.
Keduanya berkenaan NAFSU.. macam-macam nafsu ada pada manusia iaitu nafsu amarah dan kira nak buat kejahatan sahaja, nafsu yang kadang-kadang baik kadang2 nak buat jahat dan kadang2 jadi was-was, dan seterusnya nafsu yang membawa kebaikan iaitu sentiasa mengingati Allah dan kalau nak buat apa2 perkara hukum hakam, dosa pahala tetap menjadi pertimbangannya.
Sebelum Dato' Mufti mengakhiri ceramahnya beliau telah memberi penerangan berkenaan 7 PESANAN Rasulullah SAW.. iaitu perempuan berpakaian tapi bertelanjang.. sudah berlaku sekarang ini, Ibu bapa sudah djadikan seolah-olah kuli oleh anak-anak, banyakkan menderma, bercakap benar, selalu berzikir, syukur akan nikmat yang Allah beri, sentiasa mengasihi orang-orang yang kurang berkemampuan.. Ketujuh pesanan telah diberi penjelasan panjang lebar oleh Dato' Mufti..
Semoga dengan ceramah ini akan membuka lembaran baru dikalangan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pegawai kerajaan, sebagai ketua keluarga dan sebagai orang biasa insan2 yang dimuliakan Allah SWT.
Walaupun intipati ceramah ini nampak biasa saja tapi seperti biasa gaya bahasa dan gaya persembahan Dato' Mufti memang menarik dan mendalam kesannya kepada para peserta..
Ok.. berbalik kepada sukan yang diadakan ini.. ramai dikalangan mencari apakah formula kejayaan-kejayaan itu. Bagi saya formula utama ialah Latihan berterusan lah yang memberi kesan, selain semangat berpasukan yang ada . Semangat berpasukan ini mungkin juga sebelum ini, SUK telah mengadakan Kursus Pembangunan Diri semua KCS di Royal Belum dan kursus ESQ. Kecemerlangan dan kehebatan dalam sukan sebenarnya memberi makna yang mendalam pada kalangan anggota KCS itu sendiri dan sepatutnya diterjemahkan dalam kerja-kerja harian dipejabat dan dirumah.. Itu yang sepatutnya berlaku isetiap anggota.
Bukanlah maksud saya untuk memastikan semua anggota KCS itu menunjukkan kehebatan dan kecemerlangan luar biasa di organisasi tempat bertugas. Bukan semua boleh cemerlang luarbiasa begitu, tapi ada dikalangan KCS itu sendiri. Bagi saya memadai kalau didalam hati dan perasaan pegawai itu mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap organisasinya. Sekurangnya anggota ada risau yang sederhana terhadap organisasi, mengambil berat akan jabatannya akan setiap apa yang berlaku. Ada perasaan kalau jabatan ada masalah maka itu adalah masalahnya juga.
Sebab itu jika ada perasaan seperti itu, maka sudah tentu pegawai itu adalah seorang berdisiplin dan mematuhi segala peraturan biasa yang ada. Tentunya beliau akan rasa bersalah kalau tuang kerja, rasa bersalah kalau membiarkan penyelewengan yang berlaku, rasa bersalah kalau anak-anak buah tak buat kerja dan perkara-perkara yang seumpama itu. Pengurusan sumber manusia amat diberi perhatian dan tidak ada ruang untuk kakitangan bawahannya buat kerja sambil lewa, tuang kerja, malas, dan seumpamanya. Pegawai KCS tidak akan membiarkan begitu sahaja apa masalah yang berlaku dijabatannya dan cuba sebaik mungkin mencari jalan penyelesaiannya. Jika ini diambil berat sebaik mungkin, saya rasa itupun sudah cukup memadai, kerana pemerhatian saya mendapati ramai dikalangan ketua-ketua jabatan sukar sangat untuk mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak buah yang melanggari peraturan jabatan dan tidak berdisiplin, apatah lagi untuk membuat teguran-teguran yang sesuai. Kalau semua anggota sesebuah organisasi dapat bertugas dengan sepatutnya, insya Allah , organisasi tersebut pasti akan mencapai kecemerlangan satu hari nanti... Saya sendiri berasa terkilan juga kerana sedikit sebanyak gagal untuk memastikan setiap anak buah dapat bertugas yang sepatutnya dan bekerja dengan proaktif serta kreatif. Faktor birokrasi, kekurangan bukti nyata dan rasa perasaan kasihan sedikit sebanyak menjejaskan sedikit sebanyak keputusan yang dibuat. Sampai sekarang saya masih kearah berusaha memberi perhatian kepada pengurusan sumber manusia, kerana saya tidak pandai untuk cipta perkara-perkara baru dan uruskan perkara-perkara yang lebih teknikal dalam usaha mentransformasikan segalanya dalam segenap bidang sesuai dengan kehendak Kerajaan Negeri... Yang itu ada lagi orang lebih berkemampuan dan berkelayakan kerana sebahagian besar KCS juga sudah mempunyai pendidikan yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran...

Ok la panjang pula celoteh saya ni.. nanti orang kata saya 'over' pula. Dia pun buat kerja tak tera mana, nak ajar orang pula.. ok saya terima itu.
Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan KCS yang bertungkus lumus dalam menentang musuh yang datang .. dalam sukan saja ...Ada menang ada kalah. Tapi kalah pun bukanlah sampai mati.. Itu perang betul... Masih ada ruang untuk membaiki diri... . Tahniah juga kepada pihak Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang telah berjaya menyusun program ini berjalan dengan lancar.. Saya sendiri rasanya tidak mampu untuk berfikir dan bertindak seperti yang telah berlaku itu. Hanya sekadar mengambil bahagian dalam setiap program yang disusun, kalau tidak main , memberi sokongan, dan hadir sahaja setiap aktiviti yang diatur tanpa masalah... senang kan.. Itu pun pada setengah orang susah juga. Nak suruh mai majlis perasmian forum dan sukan tu puas peringat, begitu juga nak suruh mai makan2 di majlis penutup, juga puas peringat.. Bayangkan nak susun atur majlis itu berjalan lancar dan berprotokol pula bukan senang. Bersengkang mata juga rakan-rakan yang dimuliakan Allah itu. Segala masa, tenaga dan wang ringgit terpaksa dihabiskan untuk majlis-majlis seperti itu.. Kita senang-senang dalam jawapan jemputan kata nak mai, tapi tak datang pun... adalah amat mengecewakan jika itu berlaku tanpa sebab musabab yang mewajarkannya.
Tahniah juga kepada berita-berita terkini perkembangan aktiviti sepanjang program tersebut yang dipaparkan dalam Laman Web yang khusus direka untuk tujuan tersebut. Sebab itu saya tak cerita sangat akan segala pertandingan yang ada dengan detail kerana semuanya ada didalam website tersebut. Setakat hari ini saya lihat hampir 4000 pengunjung telah melayari laman web tersebut.. Saya harap website tersebut tidak ditutup tapi di 'convert' sebagai Laman Web Berita KCS atau apa2 tajuk2 yang sesuai. Tapi tajuk BERITA KCS tak boleh pakai dah sebab dah jadi tajuk eksklusif blog saya sejak sekian lama...

sukanptn2014.kedah.gov.my
Buku cenderamata yang disediakan juga saya suka sangat kerana didalamnya ada semua nama-nama pegawai KCS (Kedah), JCS (Johor), TCS (Terengganu) dan KCS (Kelantan).. Ada gambar dan jawatan terkini lagi.. Kalau bubuh tarikh pencen lagi la bagus... bolehlah dok merangka sapa pencen, sapa bergerak naik dan boleh tahu bila boleh naik pangkat dan sebagai... he.. hee.. hee.. betui apa..
Oklah sejak terniat mahu menyambung tulisan ni, macam saya kata dulu, sebenarnya tidaklah ada idea atau ingatan tertentu apa yang hendak ditulis.. Jadi saya menggodam punat-punat laptop ni dan membentuk ayat-ayat yang memberi makna.Tapi tak sangka pula saya boleh menaip sampai panjang ni.. Rasanya cukuplah ... dah masuk hari lain pula nih.. sebentar lagi nak layan tengok bola pula... sekarang kan musim Bola Sepak Piala Dunia.. sana sini fasal bola .. saja.. Saya sokong mana-mana negara dari Benua Afrika... Lain sikit la dengan orang lain...
Ok.. Permisi dulu.. mohon maaf kalau ada ketelanjuran bahasa..... Al Fatihan.. Amiin.
Ok.. Permisi dulu.. mohon maaf kalau ada ketelanjuran bahasa..... Al Fatihan.. Amiin.
No comments:
Post a Comment