Catatan:
Mohd Asri Redha..2.9.2011
Hari ini saya mendapat khabar berita sedih Dato' Abdul Rahman Hj. Ahmad, Pegawai Daerah Kota Setar telah kembali ke Rahmatullah.. Pagi ini saya sempat mengunjung jenazahnya di Kg Alor Belat. Ramai rakan taulan mengunjung menziarahi mayatnya . Allah telah menjemputnya lebih awal sebelum tamat bersara. Kuasa Allah tidak ada siapa boleh menghalangNya walau sesaatpun.. Kita kena terima hakikat bahawa kita juga akan kembali menghadap Nya.. hanya masa yang akan menentukannya. Oleh itu bersiap sedialah sentiasa, tanpa menunggu umur tua atau lepas bersara baru nak kumpul modal ke alam akhirat/baqa.
Maka berkuranglah lagi seorang rakan baik senior saya dalam KCS. Baru beberapa minggu yang lepas saya sempat berbual-bual dengannya. Satu perkara yang saya hairan sampai sekarang ini ialah bila bercakap dan berbual dengan saya beliau terlalu hormat, berbahasa dan formal... tak taulah fasal apa. Namun dari segi peribadi dan pergaulannya beliau adalah merupakan seorang KCS yang agak unik. Beliau berjaya mengekalkan jenama yang amat terkenal dan sinonim dengan dirinya. Pak Lang.... itu gelarannya. Kalau sebut Pak Lang dikalangan KCS.. semua orang tahu bahawa itulah Dato' Hj. Abdul Rahman Ahmad. Kadang-kadang pelakuannya agak nampak pelik dan gila-gila sikit .. tapi kepelikannya itu boleh diterima oleh kebanyakan orang disebabkan karektarnya begitu.. Itulah kehebatan Pak Lang ini. Beliau amat disenangi oleh semua rakan taulan dan kakitangan yang pernah
Sebab itu adanya Pak Lang ini menceriakan komuniti KCS ini dan di kalangan rakyat yang mengenalinya...Tidak hairanlah beribu orang turun menziarahi memberi penghormatan kepada Allahyarham Pak Lang dan ucapan takziah kepada keluarganya tidak mengira agama dan bangsa.
Beliau seorang yang 'sporting' termasuk keluarganya . Tidak hairanlah kalau ada apa-apa aktiviti KCS beliau tidak masalah untuk mengambil bahagian malahan keluarganya juga diheret sama mengambil bahagian. Jangan lupa Allahyarham mempunyai 2 isteri, tapi uniknya hidup mereka harmoni dan boleh bersahabat sebagai satu keluarga. Hobi beliau ialah menembak. Sebab itu beliau aktif dalam Askar Wataniah, satu-satunya DO yang aktif dalam pasukan sukarela ini .. Sekali sekala beliau berpakaian rasmi Tentera Wataniah berpangkat Mejar Kehormat.. Segak juga nampak Pak Lang ini. Jangan terkejut juga kalau jumpa Allahyarham sebelum ini... pistol automatik tersisip dipinggangnya kemana saja beliau pergi.. Nampak saja kecil , tapi 'cenge' juga... sapa-sapa nak buat tak ketahuan kepada Pak Lang ni, silap banyaklah..
Antara SMS Hari Raya Aidil Fitri yang dihantar pada pada rakan-rakan tidak mengira status/pangkat di hari-hari terakhir sebelum pemergiannya |
Satu perkara yang saya dan kebanyakan rakan tak berapa boleh nak ikut ialah beliau pasti memelok rakan-rakan dan sahabat- sahabat yang ditemuinya (rakan lelakilah) tidak kiralah apa bangsa.... Memelok bagi beliau akan meningkatkan lagi kemesraan... Sapa yang tidak bisa kena pelok tentunya kekok...Itulah keunikan Pak Lang kita yang rasanya tidak akan ketemui lagi karektar2 seperti ini dikalangan KCS.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Pak Lang , semoga aruah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan diterima oleh Allah SWT.. Amiin..
Mohd Asri Redha
Teratak Kasih
terasa juga kehilangan seorang mentor, kawan, sahabat, pak menakan dan juga 'ayahanda'..sebab dia suka panggil saya 'anakanda'
ReplyDelete