01 Oktober 2011
Catatan: Mohd Asri Redha
Gambar terbaru saya dapat dari FB: KCS yang menerima Ijazah Sarjana bergambar bersama Canselor UUM.. KBDYMM Tunku Sultan Kedah DA |
Hari ini sengaja saya paparkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 2011.. Cerita berkenaan dengan KCS yang menerima Ijazah Sarjana dari UUM... Hebat kan... Tentulah hebat... Tentunya juga kerajaan negeri menaruh harapan yang amat tinggi kepada KCS yang tinggi ilmu ini untuk memberi sesuatu yang hebat kepada perkhidmatan awam negeri Kedah . Biar berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.. Insya Allah saya rasa mereka yang dapat Sarjana ini hebat-hebat belaka dan kita tunggulah apa yang mereka boleh buat dan ubah pentadbiran awam negeri Kedah dalam mentransformasikan pentadbiran awam negeri Kedah ke arah kecemerlangan. Dengan ilmu yang mereka ada ini tentunya mereka tidak ada masalah dalam menterjemah dasar dan polisi kerajaan menjadikannya realiti.
Sekarang kerajaan sedang melaksanakan transformasi dalam pengurusan pelanggan, budaya kerja, pengurusan strategik, kepimpinan organisasi, sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat, dan pengurusan pembangunan... Semua ini memerlukan pegawai-pegawai yang mempunyai skill pengetahuan yang tinggi yang boleh menjana idea-idea kreatif dan inovatif dalam pentadbiran awam di negeri Kedah ini....
Nanti kalau saya dapat senarai nama semua KCS yang ada Ijazah Sarjana ini saya akan paparkan dalam blogi ini. Minta tolong kawan-kawan yang ada senarai tersebut untuk disenaraikan. Apa salahnya kalau kita tunjukkan. Biar semua orang tahu. Bukan nak tunjuk riak atau berlagak... Dah susah payah mengaji, kenalah bagi tahu biar semua orang tahu... Jadi tidaklah orang buat lebih kurang saja kat KCS ini... tak gitu kawan-kawan..
No comments:
Post a Comment