Assalamualaikum WRT.. Al Fatihah
Saudara-saudara ku insan-insan mulia di sisi Allah
Hari ini saya nak bercerita fasal kursus yang saya hadiri bermula dari 12 - 14 Disember 2013. bertempat di Mentaloon , Alor Setar. Sebenarnya kursus ini agak berat utk diikuti.. apatah lagi buat sambung pada hari Jumaat dan Sabtu pula tu. .. penoh dengan jadual khenduri.. Terlepaslah sudah khenduri sahabat2 hari ni... satu cabaran besar kepada peserta kursus yang terpaksa berkorban 2 hari cuti hujung minggu. Sebab itu dari 180 orang yang mendaftr pada hari pertama pada akhirnya lebih kurang 130 orang sahaja yang layak diberi Sijil Alumni ESQ. Ini juga menguji ketabahan dan ketahanan diri kita bila berada dalam situasi seperti ini.. keputusan perlu dibuat.. mana lebih penting... Rugilah kepada sesiapa yang melepaskan peluang yang ada ini dan beruntunglah kepada sesiapa yang mensucikannya..
Sebenarnya sayapun banyak juga komitmen yang terpaksa dibuat , tapi atas dasar untuk meningkatkan kefahaman diri yang terlalu amat kurang ilmu ini apatah lagi ilmu-ilmu yang boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.. Saya baru sahaja tamat menghadiri satu konferens di Marriot Hotel dan balik terus sahaja mendaftar untuk kursus ini pula.. tak gamak rasanya nak tolak tawaran kursus yang diberi kepada saya oleh kerajaan negeri. Tiga hari lagi saya dikehendaki pula untuk mengikuti satu Program Pengukuhan Pasukan Kerja Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah yang akan diadakan di Belum Rainforest, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Inipun kena pergi juga. Orang dah atur , pi sahajalah.. apa yang susahnya. Kerja pejabat pun berlambak-lambak . semua kena segera sebab dah masuk hujung tahun... waktu inilah segala macam kerja dia datang .. Jadi kenalah pandai mengatur masa nak bagi kerja tidak tergendala.. Mau tidak mahu waktu malam terpaksa lah pergi ke pejabat juga... Tak ada masalah sangat nak ke ofis.. Hanya 08 minit perjalanan sahaja dari rumah saya...
Seperti yg saya kata tadi.. kursus ini bukan setakat kursus biasa tp ia amat bermakna kearah peningkatan kefahaman yg lbh tinggi lagi terhadap Islam yang syumul ini... Saya amat tertarik dengan kaedah persembahan kursus ini... memang menarik dan tidak membosankan hingga terasa tidak mahu ketinggalanpun satu modiul yang di ajarkan. Ini adalah kerana setiap susunan set modiul dibuat sebegitu rupa dan saling ada berkaitan. Sebab itu sesiapa yang tidak hadhir kursus hari sebelumnya maka tidak dibenarkan masuk kerana, ianya dikhuatiri akan memberi kefahaman yang tidak betul..
Semasa dpt jemputan mengikuti kursus ni saya tak pasti apa kandungan isi kursus itu. Nama kursus tersebut "Personal Transformation Program For Leaders" Bila daftar saya dapat sebuah buku 'ESQ..Emotional Spiritual Quatient, The ESQ Way 165' Karya Ary Ginanjar Agustian... edisi Bahasa Malaysia... Jadi saya rasa mungkin ini akan menjadi asas kepada kursus saya sepanjang 3 hari ini. Saya rasa bertuah kerana hari ini saya berpeluang mengikuti kursus berkenaan ESQ apatah lagi dapat dengar sendiri dari orang pakar dalam bidang ESQ. Selama ini hanya dengar dan baca berkenaan ESQ secara umum sahaja, terutama sewaktu isu dan polemik program ini yg dikatakan bercanggah dengan Islam dan macam-macam persepsi yang saya dapat dari perbincangan-perbincangan tersebut. Tak sangka pula sepanjang 3 hari ini saya mengikuti kursus ESO ini
Yang terkejutnya semasa tiba kat dewan kursus ini., MB Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, sambut peserta kursus dan beliau juga mengikuti kursus ini tanpa ketinggalan satu modiulpun.. malahan pada malam Sabtu beliau ada program di Kuala Lumpur, tapi pada besok pagi tepat jam 8.30 pagi beliau sudah ada terpacak kat Dewan Mentaloon. Setahu saya pagi-pagi yang ada cuma flight Air Asia sahaja ke Alor Setar.. Rasanya mungkin beliau naik Air Asia kut.. sayapun tak tanya habis bab ni.. tapi begitulah kira-kiranya. Bayangkanlah kalau naik Air Asia kat LCCT... seorang MB berjalan kaki dari terminal ke flight.. hilang segala protocol dan terpaksa bertolak awal -awal pagi untuk pulang. Sedangkan beliau boleh naik flight tengahari balik... Siapa boleh kata apa. Jadi dalam bab ini saya amat menghargai komitmen beliau terhadap kursus ini dan menunjukkan komitmen kerajaan negeri amat tinggi terhadap program ini. Nanti ada banyak benda lagi saya boleh cerita sepanjang 3 hari kursus padat dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 petang.
Dimulakan dgn tazkirah oleh Ybhg. Dato' Mufti Negeri Kedah..Sahibul Samahah Dato' Paduka Sheikh Badaruddin berkenaan "hati" dan hal2 berkaitan tanggungjawab seorang Muslim dan pemimpin. Manusia kena sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan sehingga mati..
Sebenarnya dalam buku yang diberikan itu, maka itulah yang diajarkan dalam ESQ.. saya telah baca sepintas lalu dan bandingkan apa yang diajarkan sepanjang 3 hari memang ada persamaan. Namun membaca tidak semudah itu untuk difahami jika tidak diberi petua dan tunjuk ajar melalui latihan. Saya dan para peserta amat beruntung kerana pengasasnya sendiri Dr Ari GinanjarAgustian. (Penulis buku ESQ ini) yang turun memberi ceramah dan panduan yang amat berguna. Anak didiknya juga memang berwibawa untuk memberi latihan yang hebat sebegini walaupun masih muda, tapi saya rasa ilmu ugama mereka memang tinggi dan tahap kefahaman mereka terhadap isi kandungan Al Quran dan Hadith memang tidak dapat dinafikan.
Kalau Dato' Wira Hj Mohd Puat Ali SUK Kedah amat terharu kerana kasut beliau yang tidak berapa bersih tu dicuci kilat sebersihnya oleh YAB Dato' Paduka Mukhriz, saya lagilah lebih teruja. Fasalnya kerana saya boleh urut kepala, tengkok dan belakang beliau dan ketuk-ketuk lagi. Dia pula urut kepala saya yang yang dah beruban dan botak juga sepertinya.... Kalaulah Dato' Paduka baca blog saya ni saya harap beliau tidak marah .. Ada makna disebalik apa yang saya cerita ini.. nanti saya cerita kalau ada kesempatan. Sebenarnya latihamal atau permainan yang di buat itu ada banyak pengajaran-pengajaran disebaliknya.
Saya amat hargai akan komitmen YAB Dato' Paduka Mukhriz kerana mengikuti setiap modul sepanjang 3 hari tanpa ketinggalan satupun, timbul kemesraan yang jelas antara beliau dengan lain-lain peserta kursus ini. Kesanggupan beliau itu bersama-sama kami sambil makan bersama, sembahyang jemaah bersama dan ada ketika beliau menjadi imam sembahyang waktu benar-benar mencabar kami peserta yang setia menunggu hingga tamat kursus ini. Tahniah Dato' Paduka.. .
..Saya tidaklah mahu menceritakan dan mengajarkan apa yang diperolehi sepanjang 3 hari berkursus ini , cukuplah sedikit penjelasan berkenaan modiul kursus ini. Di atas ini adalah model ESQ yang menjadi asas kepada latihan ini.
Saudara-saudara ku insan-insan mulia di sisi Allah
Hari ini saya nak bercerita fasal kursus yang saya hadiri bermula dari 12 - 14 Disember 2013. bertempat di Mentaloon , Alor Setar. Sebenarnya kursus ini agak berat utk diikuti.. apatah lagi buat sambung pada hari Jumaat dan Sabtu pula tu. .. penoh dengan jadual khenduri.. Terlepaslah sudah khenduri sahabat2 hari ni... satu cabaran besar kepada peserta kursus yang terpaksa berkorban 2 hari cuti hujung minggu. Sebab itu dari 180 orang yang mendaftr pada hari pertama pada akhirnya lebih kurang 130 orang sahaja yang layak diberi Sijil Alumni ESQ. Ini juga menguji ketabahan dan ketahanan diri kita bila berada dalam situasi seperti ini.. keputusan perlu dibuat.. mana lebih penting... Rugilah kepada sesiapa yang melepaskan peluang yang ada ini dan beruntunglah kepada sesiapa yang mensucikannya..
Sebenarnya sayapun banyak juga komitmen yang terpaksa dibuat , tapi atas dasar untuk meningkatkan kefahaman diri yang terlalu amat kurang ilmu ini apatah lagi ilmu-ilmu yang boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.. Saya baru sahaja tamat menghadiri satu konferens di Marriot Hotel dan balik terus sahaja mendaftar untuk kursus ini pula.. tak gamak rasanya nak tolak tawaran kursus yang diberi kepada saya oleh kerajaan negeri. Tiga hari lagi saya dikehendaki pula untuk mengikuti satu Program Pengukuhan Pasukan Kerja Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah yang akan diadakan di Belum Rainforest, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Inipun kena pergi juga. Orang dah atur , pi sahajalah.. apa yang susahnya. Kerja pejabat pun berlambak-lambak . semua kena segera sebab dah masuk hujung tahun... waktu inilah segala macam kerja dia datang .. Jadi kenalah pandai mengatur masa nak bagi kerja tidak tergendala.. Mau tidak mahu waktu malam terpaksa lah pergi ke pejabat juga... Tak ada masalah sangat nak ke ofis.. Hanya 08 minit perjalanan sahaja dari rumah saya...
Seperti yg saya kata tadi.. kursus ini bukan setakat kursus biasa tp ia amat bermakna kearah peningkatan kefahaman yg lbh tinggi lagi terhadap Islam yang syumul ini... Saya amat tertarik dengan kaedah persembahan kursus ini... memang menarik dan tidak membosankan hingga terasa tidak mahu ketinggalanpun satu modiul yang di ajarkan. Ini adalah kerana setiap susunan set modiul dibuat sebegitu rupa dan saling ada berkaitan. Sebab itu sesiapa yang tidak hadhir kursus hari sebelumnya maka tidak dibenarkan masuk kerana, ianya dikhuatiri akan memberi kefahaman yang tidak betul..
Dr Ari Ginanjar Agustian......
Inilah pengasas ESQ yg
datang sendiri memberi
ceramah yang menarik ini.
Bukan senang dapat ber
gambar dengannya....
|
Semasa dpt jemputan mengikuti kursus ni saya tak pasti apa kandungan isi kursus itu. Nama kursus tersebut "Personal Transformation Program For Leaders" Bila daftar saya dapat sebuah buku 'ESQ..Emotional Spiritual Quatient, The ESQ Way 165' Karya Ary Ginanjar Agustian... edisi Bahasa Malaysia... Jadi saya rasa mungkin ini akan menjadi asas kepada kursus saya sepanjang 3 hari ini. Saya rasa bertuah kerana hari ini saya berpeluang mengikuti kursus berkenaan ESQ apatah lagi dapat dengar sendiri dari orang pakar dalam bidang ESQ. Selama ini hanya dengar dan baca berkenaan ESQ secara umum sahaja, terutama sewaktu isu dan polemik program ini yg dikatakan bercanggah dengan Islam dan macam-macam persepsi yang saya dapat dari perbincangan-perbincangan tersebut. Tak sangka pula sepanjang 3 hari ini saya mengikuti kursus ESO ini
Yang terkejutnya semasa tiba kat dewan kursus ini., MB Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, sambut peserta kursus dan beliau juga mengikuti kursus ini tanpa ketinggalan satu modiulpun.. malahan pada malam Sabtu beliau ada program di Kuala Lumpur, tapi pada besok pagi tepat jam 8.30 pagi beliau sudah ada terpacak kat Dewan Mentaloon. Setahu saya pagi-pagi yang ada cuma flight Air Asia sahaja ke Alor Setar.. Rasanya mungkin beliau naik Air Asia kut.. sayapun tak tanya habis bab ni.. tapi begitulah kira-kiranya. Bayangkanlah kalau naik Air Asia kat LCCT... seorang MB berjalan kaki dari terminal ke flight.. hilang segala protocol dan terpaksa bertolak awal -awal pagi untuk pulang. Sedangkan beliau boleh naik flight tengahari balik... Siapa boleh kata apa. Jadi dalam bab ini saya amat menghargai komitmen beliau terhadap kursus ini dan menunjukkan komitmen kerajaan negeri amat tinggi terhadap program ini. Nanti ada banyak benda lagi saya boleh cerita sepanjang 3 hari kursus padat dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 petang.
Cuba tengok tu...... kursus kali ini depa pekena sungguh
MB kita ni... yang syoknya MB kita ni memang sporting
habis.. habaq pi la apa pun.. dia tak ada masalah
untuk ambil bahagian..
|
Saya tidaklah mahu mengambil tahu sangat akan kata-kata sinis berkenaan program ini terutama yang kata program ini terlalu memuja Dr Ari, ada unsur-unsur menari yang bercanggah dan pelbagai lagi hal yang kurang enak didengar. Sebagai seorang yang kurang ilmu saya ambil peluang untuk belajar program ini kerana telah ada panel syariah yang mengawasi akan modiul ini agar tidak terkeluar dari landasan Islam. Kalaulah pakar-pakar agama yang pernah menjadi mufti pun kita tidak percaya.. pada siapa lagi... tidak perlulah berlebih-lebihan dalam hal ini...
Ilmu mereka memang tinggi , sebab itulah mereka boleh mengaitkan setiap patah ayat Al Quran dengan tanda-tanda dan bukti-bukti kebesaran Allah SWT . Selama ini kita hanya mendengar ceramah agama secara biasa sahaja.... namun sejauh mana ianya memberi kesedaran mendalam kepada diri kita. Kursus ini menggunakan sepenuhnya multimedia moden dan elektronik, dengan teknik audio visual dan audio video yang luar biasa dengan diiringi muzik-muzik yang disesuaikan dengan setiap patah perkataan para fasilitatornya. Kadang-kadang bunyi lembut, kadang-kadang bunyi kuat dan terlalu kuat. Kadang dengar ceramah dalam gelap, ditunjukkan video dan sebagainya. Ada pula ketika duduk dikerusi dan ada ketikanya duduk atas lantai sepanjang hari. Diikuti pula dengan latihamal yang menarik , mencuit hati , tapi penuh makna dan pengajaran.
Kadang-kadang tengah dok ceramah... diberhentikan baca Bismillah. dan kadang- kadang baca Al Fatihah. Rasanya 3 hari kursus ini ratusan juga baca Al fatihah dan Basmallah.. lama-lama dah jadi kebiasaan dan jadi syok pula. Ada pula kena senaman. Lagu Hijau Kuning sentiasa dimainkan .. menimbulkan semangat dan macam-macam pendekatan dibuat. Tak ada masa nak terlena..
Tengah-tengah ceramah disuruh Salam Semut.. Salam Semut ini kalau yang tidak biasa .. dia pasti rasa kekok... kalau nak kena buat selalu.. tu yang hari kedua dah cerah sikit. Kerana Salam Semut nilah .. seingat saya lebih 9 kali boleh pelok YAB MB kita ni, selain lain-lain sahabat insan mulia disisi Allah SWT. Pakat-pakat pelok .. lama-lama dah jadi kebiasaan. Syok juga. Tak taulah lepas habis kursus ini boleh Salam Semut lagi tak tau la.. Tapi bila kita tengok orang-orang Arab buat nampak macam biasa saja.. Harap-harap lepas ni kalau kita bagitau nak Salam Semut.. faham-faham lah... Cuma persepsi orang pula pelbagai anggapan akan timbul .. kalau tiba-tiba pi pelok dalam majlis yang ramai orang.. Apatah lagi pi pelok MB atau SUK. Bila dah dok buat selalu dah jadi tak kekok lagi...
Model ESQ Way 165 yang menjadi frame pembelajaran ESQ sepanjang 3 hari penuh. |
Saya amat hargai akan komitmen YAB Dato' Paduka Mukhriz kerana mengikuti setiap modul sepanjang 3 hari tanpa ketinggalan satupun, timbul kemesraan yang jelas antara beliau dengan lain-lain peserta kursus ini. Kesanggupan beliau itu bersama-sama kami sambil makan bersama, sembahyang jemaah bersama dan ada ketika beliau menjadi imam sembahyang waktu benar-benar mencabar kami peserta yang setia menunggu hingga tamat kursus ini. Tahniah Dato' Paduka.. .
..Saya tidaklah mahu menceritakan dan mengajarkan apa yang diperolehi sepanjang 3 hari berkursus ini , cukuplah sedikit penjelasan berkenaan modiul kursus ini. Di atas ini adalah model ESQ yang menjadi asas kepada latihan ini.
Untuk memahami model ini tentunya kena pergi kursus ESQ dari mereka yang bertauliah untuk menyampaikannya.. Model inilah yang menjadi rahsia kejayaan membangunkan kecerdasan emosi dan spiritual berdasarkan ESQ Way 165.. Satu (1) itu bermaksud HATI atau nilai berdasarkan konsep Ihsan pada KESEDARAN FITRAH. Enam (6) pula PRINSIP MORAL berdasarkan RUKUN IMAN. Lima (5) pula LANGKAH MENUJU KEJAYAAN.. berdasarkan RUKUN ISLAM. Semua bahagian-bahagian ini diberikan contoh-contoh sebenar, pengalaman, teori-teori ilmiah. Disampaikan Namun begitu Al Quran dan Sunnah Rasullullah tetap menjadi sumber dasar yang sebenarnya. Matlamat akhir kursus ini adalah untuk melahirkan manusia yang unggul melalui kecerdasan emosi dan spiritual..
Bagi saya kalau tak boleh banyak, dapat sedikitpun amat besar manafaatnya. Yang menghalang pemahaman yang mendalam dalam latihan ini adalah faktor BELENGGU yang melingkari hidup seseorang. Walaupun seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi, pengalaman yang luas, dan pangkat yang besar, tetapi apabila seseorang itu telah melalui latihan 'Zero Mind (menacle)Process' maka barulah dapat menjawab segala persoalan yang selama ini tidak mampu menjawabnya.
Harapan saya ianya akan membina karakter diri saya yang lebih baik.. Mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan menebalkan kecintaan diri saya terhadap Rasulullah SAW.. Insya Allah.
Ok.. rasanya terlalu berat juga cerita kali ini..nanti yang membacanya kui meluat pula.. .. Jadi cukuplah sekadar ini sahaja apa yang saya mampu cerita.. Saya pada akhirnya diberikan Sijil Kehadiran Kursus.. Ikut penceramah ESQ Pak Andy, kursus 3 hari penuh ini akan melayakkan menjadi Alumni ESQ . Ini bermakna jika ahli alumni ESQ ingin mengulangi lagi kursus seperti ini ditempat lain seluruh dunia dimana dianjurkan kursus basic ini maka boleh masuk kursus itu dengan percuma... Kalau 'advance' kena lah bayar...
Saya amat menghargai akan usaha-usaha kerajaan negeri mengadakan kursus seperti ini walaupun saya tahu memang tinggi kos untuk membawa program ini, namun dari segi pembinaan insan penjawat awam seperti saya ianya amat berguna.... Insan yang telah lama melaksanakan segala ibadat-ibadat yang disuruh tapi tidak terasa apa-apa... Hanya sekadar mengerjakan ibadat wajib dan sunat dan berulang-ulang tanpa jemu tapi tapi kurang panduan yang betul dan jelas akan tujuan hidup didunia yang hanya sementara ini.
Alhamdulillah, ini yang saya dapat dalam kursus ini, walaupun tidak sepenuhnya tapi cara dan kaedah yang dibuat dalam kursus ini ternyata amat berkesan. Kefahaman yang lebih lanjut boleh dirujuk lagi kepada buku ESQ yang dibekalkan itu. Selama ini belajar agama hanya dengar dan lihat penceramah.. tapi kali ini belajar agama secara lebih saintifik.
Untuk menjadi Kedah sebuah negeri 'Aman Makmur' ianya perlu bermula dari individu itu sendiri. Inilah pendekatan kreatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri hasil cetusan idea YAB Menteri BEsar Kedah DA... Kejayaan Kedah Aman Makmur hanya boleh tercapai jika semua penjawat awam, para pemimpin, dan rakyat secara sepadu bergerak melakukan transformasi secara besar besaran.. Kursus ini di 'design' khusus oleh Dr Ari untuk disesuaikan dengan Program Transformasi Kedah Aman Makmur. Ok .. jumpa lagi..
Bacalah dengan nama Tuhan Mu.. Al Fatihah.. Amiin.

No comments:
Post a Comment