BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Friday, September 30, 2011

MaRi KiTa BeRuBaH.... Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam Negeri Kedah..

29 September 2011

Hotel Amanpura, Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha

Hari ini telah dua hari saya menghadiri Seminar Pemantapan Integriti & Urus Tadbir Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, yang dianjurkan oleh INSPIN bersama dengan kerajaan negeri Kedah. Amat sesuai sangat seminar ini diadakan pada waktu ini terutama kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah DA. Sudah sampai masanya isu-isu integrity dan urus tadbir jabatan-jabatan kerajaan diketengahkan dengan lebih hebat lagi dikalangan penjawat-penjawat awam negeri Kedah ini. Kali ini melibatkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Saya melihat betapa pentingnya hal-hal berkaitan ini diketengahkan bukan sekadar setakat pegawai-pegawai kanan sahaja yang perlu tahu, malahan semua warga kakitangan awam kerajaan Negeri Kedah dari semua peringkat. Tidak ada gunanya diperingkat atas prihatin tapi diperingkat bawah pula tak tau apa yang dibincangkan dan hendak dituju. Bukan semua ketua-ketua jabatan yang ada boleh sampaikan balik apa yang diperolehi kepada anak-anak buah….balik ke pejabat hanyut begitu saja...

Berdasarkan tajuk-tajuk yang diketengahkan dalam bengkel ini saya rasa ianya menepati keperluan yang saya maksudkan. Saya akan cuba mengulas beberapa isu yang berkaitan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Tokoh-tokoh yang menyampaikan pandangan dan ceramah bukan calang-calang orang dan memang mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sewajarnyalah kita dapat mengambil pandangan mereka sebagai panduan dan rangka bertindak dalam jabatan masing-masing.

Ceramah oleh Ustaz Badli Shah bin Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang bertajuk ' Jati Diri Penjawat Awam Bagi Pelaksanaan Berkesan Untuk Pencapaian Wawasan'  memang menarik perhatian saya dan terpegun dengan cara penyampaian oleh pegawai muda ini… Malangnya masa agak terhad untuk penjelasan lebih mnyeluruh. Ceramah beliau amat menarik terutama dengan membuat perbandingan dengan kajian-kajian penulis-penulis barat yang telah mengambil nilai-nilai hebat yang ada pada Nabi Muhammad SAW hinggalah mereka meletakkannya ke tahap yang begitu tinggi tanpa prasangka walaupun mereka sendiri kekal dengan pegangan agama asal mereka. Orang Barat sendiri sudah memberi penghormatan yang tinggi kepada Nabi Muhammad SAW… maka sudah sewajarnya kita sebagai orang Islam lebih-lebih hebat lagi menyanjungi Nabi teragong kita ini dengan mengambil segala nilai-nilai yang ada pada nabi untuk diimplimentasikan dalam diri , keluarga dan kerjaya kita.

Orang Barat sudah mula meneliti akan isu-isu ketuhanan dalam pengurusan. Dalam menuju kecemerlangan disegala aspek ciri-ciri utama dalam diri Nabi Muhammad SAW perlu diterapkan dalam diri masing-masing.. Sebab itu perubahan sikap amat penting. Untuk merubah manusia dari kurang baik kepada baik dan lebih baik bukan perkara mudah. Inilah cabaran besar kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Kedah untuk membuat sesuatu bagi merubah sikap anak-anak buah. Pada masa yang sama boss-boss pun kena ubah sikap juga sebab boss-boss itupun manusia juga. Kita perlu mendapat kepercayaan orang. Untuk mendapat kepercayaan orang kita jangan berbohong….Nabi Muhammad SAW amat berjaya dalam kehidupannya kerana asas kepercayaan pengikutnya beliau tidak pernah berbohong. Macam-macam cara berbohong dan tidak perlulah saya ulas panjang…..

Idea baru yang saya dapat dari penceramah…

A B C D E F G H I   J   K  L   M  N  O   P  Q  R    S   T  U  V  W  X  Y  Z

1  2  3 4 5  6  7 8 9 10  11 12 13 14 15 16  17 18 19 20 21 22  23 24 25 26

H  A  R   D   W   O   R   K

8+1+18+4 +23+15+19+11 = 98%

K      N     O     W     L     E   D   G   E

11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5+ 4+ 7+ 5 = 96%

L    U   C   K

12+21+3+11 = 47%

A    T      I     T      U     D    E (Personaliti Yang Unggul)

1 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 +  5 = 100%

Berdasarkan kiraan diatas ini , macam kebetulan pula.. kalau kerja kuat lagu manapun pencapaian tak akan sampai 100 peratus. Begitu juga kalau staf mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sukar juga untuk mencapai kecemerlangan . Apatah lagi kalau hanya berharap nasib baik sahaja , lagilah sukar untuk mencapai kecemerlangan yang diinginkan. Tapi kalau kita dapat mengubah ‘attitude’ anak-anak buah maka barulah kita boleh mencapai kecemerlangan 100 peratus…. Maknanya ‘ATTITUDE’ itu terlalu amat penting untuk diambil kira dalam mencapai kecekapan dan kecemerlangan.

Apa yang anda nampak?
Isu PERSEPSI juga banyak memberi masalah.. persepsi yang salah akan nampak benar kalau semua orang berfikiran begitu… sukar untuk kita mengatasi masalah persepsi ini.. contohnya persepsi jabatan kerajaan adalah lembab, manakala sector swasta cekap… perkara ini tidak pernah dipertikaikan walaupun sekarang ini keadaan sudah jadi sebaliknya.. Tapi persepsi begitu sudah lama terpahat dikalangan rakyat, maka kalau lambat itu adalah jabatan kerajaan. Kalau swasta lambat , tak pula dipertikaikan pula.. itulah persepsi… Kita kena lebih berhati-hati dengan persepsi sebegitu. Perlu ada sedikit penilaian sebelum menerima atau menolak persepsi itu.


Persepsi seseorang itu
bergantung kepada cara
mana ia melihat sesuatu
berasaskan fahamannya,
ilmunya, persekitarannya,
kesukaannya...
... soo..ini apa?
 Tajuk ceramah ‘ Membina Tadbir Urus Yang Baik’ oleh Dato’ Seri Abu Kassim b. Mohamad.. Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia. Kata beliau tidak ada integrity telah menghancurkan system nilai baik yang diamalkan oleh jabatan-jabatan. Kerajaan rugi berbillion RM kerana rasuah dikalangan penjawat awam disegala peringkat. Apa yang penting kepada penjawat awam ialah jangan ambil rasuah. Duit rasuah tidak halal dan jangan jadikannya itu beban yang terpaksa kita tanggung hingga akhirat nanti. Kalau kita terlepas hukuman dunia tapi hukuman Tuhan tetap ada dan Allah mengetahui segalanya. Rasuah menjadikan orang-orang yang benar-benar layak ditinggalkan, segala undang-undang yang ada diabaikan, peraturan yang ditetapkan dilonggarkan dan segala macam bentok pertolongan mudah diberikan dengan ganjaran.

Satu lagi tajuk penting yang sentiasa menjadi isu hangat ialah Laporan Ketua Audit Awam. Malangnya ceramah seperti ini orang tidak berapa nak minat. Kalau melihat kehadiran peserta dalam ceramah oleh Puan Ong Swee Leng dari Jabatan Audit Negara memang menyedihkan. Banyak yang tidak memberi perhatian. Banyak ada diluar bilik seminar sahaja berbual-berbual seolah-olah perkara yang dibangkitkan itu tidak penting. Itu sebab teguran yang sama berulangkali dibangkitkan oleh jabatan audit sebab ‘attitude’ kita yang buat tidak kisah.

Tiap-tiap tahun laporan audit berkisar perkara yang sama dimana ketidakpatuhan pada peraturan dan prosedur kewangan dan pentadbiran yang ditetapkan. Mengapakah susah sangat nak ikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.. Ikut sahajalah. Sayapun hairan juga macam-macam perkara dibangkitkan dalam teguran audit dijabatan-jabatan yang saya kerja yang pada pandangan saya tidaklah susah manapun untuk buat sepertimana peraturan dan prosedur … di mana silapnya… Adakah boss pun masih khayal dengan pangkat dan kuasa yang ada. Apakah benda-benda kechil seperti ini tidak mainlah… ini bukan kerja boss… Sebab itulah setiap tahun perkara yang sama dibangkitkan.. Apakah ketua jabatan sahaja saja yang perlu turun padang selalu untuk tengok ini semua. Pegawai kanan-kanan lain tu buat apa. Pangkatpun tinggi juga, gajipun boleh tahan juga, ada kuasa lagi.  Mereka juga berkelayakan dan kemahiran serta pangkat yang diberi kuasa juga .

Seingat saya dulu lain.. Kalau Ketua Kerani /Kerani Kanan tu memang hebat.. Opis Boy atau Kerani memang tidak berani buat tidak ketahuan. Dia jerkah saja sudah cukup menggerunkan anak buah. Apatah lagi Ketua Jabatan lagilah hebat. Jadi segala pergerakan aktiviti kakitangan dikawal dengan begitu baik oleh pegawai-pegawai kanan dibawahnya mengikut kekananan dalam jabatan. Sebab itu disiplin kakitangan dulu agak baik.

Tapi lama kelamaan keadaan mula berubah. Jawatan-jawatan kanan dalam jabatan makin banyak dan semakin tinggi pula tu, gajipun boleh tahan juga. Malangnya dari segi pengurusan sumber manusia terutama disiplin terlalu amat lemah. Nak tegorpun tidak berani. Nak arahpun tidak berani. Sepatutnya dalam jabatan penolong-penolong yang ada perlu memainkan peranan penting dalam membantu ketua jabatan untuk memastikan semua kakitangan menjalankan tugas seperti yang diarahkan, bukan sama-sama berkawan dunia akhirat sampai nak tegorpun tidak berani walaupun nampak kesalahan dan kecuaian depan mata… kenapa jadi begini. Dok nak tunggu ketua jabatan juga buat teguran dan buat surat amaran atau tunjuk sebab…. Budaya seperti inilah yang saya rasa salah satu penyebab mengapa tahap disiplin kakitangan jabatan-jabatan kerajaan begitu lemah. Kalau buat penilaian pula sikit punya bagus, sampai lebih 90% yang pada pemerhatian saya nak bagi 60 % pun tak layak. Kakitangan kalau dibuat penilaian begitu maka anggapannya kerja teruknya inipun kira baguslah… jadi apa nak kisah…pegawai atasan dengan anak buah pakat-pakat jaga periok nasi . Aku jaga hang, hang jagalah aku.... 

Antara beberapa perkara penting yang saya dapat kutip dari ceramah tersebut mengapa lah jadi terok sangat macam tu … ialah kerana sumber manusia tidak kompeten, tidak tahu buat kerja, baru kerja, tidak mahir, kurang penyeliaan – sikap tidak peduli pegawai dan bos, sambil lewa terhadap penyeliaan, ketidaktelitian dalam urusan kerja menyebabkan berlaku kesilapan, ketinggalan dan kecuaian, sikap sambil lewa ketua jabatan terhadap pegawai bawahan, tidak rajin dan malas dalam menjalankan tugas, kurang kakitangan kelayakan, kemampuan yang terhad, terlalu bergantung kepada juruperunding dan pelbagai segala macam kekurangan dan kelemahan. Itulah seperti yang saya cakap tadi.. masalah sikap atau attitude manusia itu memainkan peranan. Melihat banyak peserta yang tidak berminat untuk mendengar ceramah berkenaan audit ini jelas menunjukkan itulah nanti akan jadi pada jabatan yang diterajuinya

Syor penceramah ialah guna pendekatan S I K A P.

S  Supervision

I   Interest

K Knowledge

A  Attitude

P Procedure

Ceramah berkenaan ‘Melaksanakan Transformasi Sektor Kerajaan’ oleh en Shahrir bin Mohamad Zakey dari MAMPU juga menarik untuk diulas..Sekarang kerajaan sedang kearah Transformasi Sektor Awam … tentunya kearah yang lebih baik. Kata penceramah penentu kepada kejayaan transformasi adalah bergantung juga kepada Sumber Manusia. Terdapat 3 kategori pekerja menurut Colan L.J dlm bukunya bertajuk ‘Engaging the hearts & mind of all your employees” iaitu:

Kategori pertama: Engaged employees- buat kerja sepenuh hati…. Hidup mati fikir fasal kerja. Patuh segala peraturan dan arahan . Kreatif dan inovatif.

Kategori Kedua: Disengaged employees….kurang usaha. Mai kerja macam terpaksa, tidak begitu bersungguh –sungguh kearah kecemerlangan jabatan

Kategori Ketiga: Actively disengaged employees..dahlah penyegan dan malas… rasuk pula pekerja lain ikut macam dia… orang macam ni tak patut ada dalam organisasi dan memang tak berguna langsung.

‘DIMANAKAH DUDUK KATEGORI ANDA’ ……..

Namun begitu bercakap memang mudah... halangan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri dibawah kerajaan pembangkang dalam kes-kes tertentu memang ujud walaupun tidak tersurat,. tapi yang tersirat itu sukar dijangka apatah lagi pertimbangan yang dibuat berasaskan pertimbangan politik..

Petang ni dalam suasana mengantuk yang amat sangat yang rasanya nyaman untuk tidor.. saya gagahkan diri untuk tetap bersama dalam seminar yang belum lagi tamat. Saya ingin mendengar ceramah dari seorang pensyarah dari UUM yang dulunya adalah seorang Ketua Pengarah Kemas Malaysia iaitu Dato’ Abu Seman Awang. Tentunya beliau banyak pengalaman untuk diketengahkan bagi kebaikan saya dan para peserta. Tajuk yang diberikanpun ialah ‘Budaya Kerja Ke Arah Peningkatan Sistem Penyampaian’. Perkara berkenaan PersePsi juga diketengahkan dalam permulaan ceramahnya dengan menunjukkan slide gambar yang mamaparkan dua keadaan yang jauh berbeda walaupun gambarnya sama. Ia bergantung dengan cara seorang individu itu melihat berasaskan kepada pengetahuannya, keilmuannya, pengalamannya dan sebagainya. Budaya Inovasi adalah penting dalam pengurusan. Ketua jabatan kena ada kemahiran ini. Buat kerja berbeda dengan ketua sebelum ini, buat sesuatu kerja bagi nampak berbeda. Untuk transform jabatan kearah bertaraf dunia memerlukan daya kepimpinan yang tinggi. Kemahiran kepimpinan adalah penting. Bukan perkara mustahil untuk berubah kearah yang lebih baik dan kecemerlangan.

Ok.. rasanya panjang juga ulasan saya ini… Cuma satu perkara menarik perhatian yang tidak pernah jabatan kerajaan lain buat ialah Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Antara Pejabat Tanah Pendang, Pejabat Daerah Pendang dan Majlis Daerah Pendang Dan SPRM yang diadakan dalam seminar ini. Tahniah kepada jabatan berkenaan kerana berani dan telus dalam pentadbirannya. Tahniah kepada pegawai KCS yang menerajui orgaanisasi ini atas tindakan berani dan berinovasi ini. Adalah menjadi harapan tahap integrity jabatan bertambah baik dan member imej yang lebih kepada kerajaan dan memberi kebaikan kepada rakyat.

Ok.. jumpa lagi…







Friday, September 2, 2011

Al Fatihah.... buat aruah sahabatku Dato' Abdul Rahman Ahmad.....

Catatan:
Mohd Asri Redha..2.9.2011


Hari ini saya mendapat khabar berita sedih Dato'  Abdul Rahman Hj. Ahmad, Pegawai Daerah Kota Setar  telah kembali ke Rahmatullah.. Pagi ini saya sempat mengunjung jenazahnya di Kg Alor Belat. Ramai rakan taulan mengunjung menziarahi mayatnya .  Allah telah menjemputnya lebih awal sebelum tamat bersara. Kuasa Allah tidak  ada siapa boleh menghalangNya walau sesaatpun.. Kita kena terima hakikat bahawa kita juga akan kembali menghadap Nya..  hanya masa yang akan menentukannya. Oleh itu bersiap sedialah sentiasa, tanpa menunggu umur tua atau lepas bersara baru nak kumpul modal ke alam akhirat/baqa. 

Maka  berkuranglah lagi seorang rakan baik senior saya dalam KCS. Baru beberapa minggu yang lepas saya sempat berbual-bual dengannya. Satu perkara yang saya hairan sampai sekarang ini ialah bila bercakap dan berbual dengan saya beliau terlalu hormat, berbahasa dan formal... tak taulah fasal apa. Namun dari segi peribadi dan pergaulannya beliau adalah merupakan seorang KCS yang agak unik. Beliau berjaya mengekalkan jenama yang amat terkenal dan sinonim dengan dirinya. Pak Lang.... itu gelarannya. Kalau sebut Pak Lang dikalangan KCS.. semua orang tahu bahawa itulah Dato' Hj. Abdul Rahman Ahmad. Kadang-kadang pelakuannya agak nampak pelik dan gila-gila sikit .. tapi kepelikannya itu boleh diterima oleh kebanyakan orang disebabkan karektarnya begitu.. Itulah kehebatan Pak Lang ini. Beliau amat disenangi oleh semua rakan taulan dan kakitangan yang pernah

Agaknya apa yang direnung panjang
oleh Allahyarham Dato'Abdul Rahman
Ahmad... Merenung jauh sekali. .......
(gambar diambil 23 Ogos 2011 di Menara
Zakat semasa MajlisPerasmian
Pusat Haemodialisis Pusat
Zakat Negeri Kedah
Oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah
 bekerja bersamanya...

Sebab itu  adanya Pak Lang ini menceriakan komuniti KCS ini dan di kalangan rakyat yang mengenalinya...Tidak hairanlah beribu orang turun menziarahi memberi penghormatan kepada  Allahyarham Pak Lang  dan ucapan takziah kepada keluarganya tidak mengira agama dan bangsa.

Beliau seorang yang 'sporting' termasuk keluarganya . Tidak hairanlah kalau ada apa-apa aktiviti KCS beliau tidak masalah untuk mengambil bahagian malahan keluarganya juga diheret sama mengambil bahagian.  Jangan lupa Allahyarham mempunyai 2 isteri, tapi uniknya hidup mereka harmoni dan boleh bersahabat sebagai satu keluarga. Hobi beliau ialah menembak. Sebab itu beliau aktif dalam Askar Wataniah, satu-satunya DO yang aktif dalam pasukan sukarela ini .. Sekali sekala beliau berpakaian rasmi Tentera Wataniah berpangkat Mejar Kehormat.. Segak juga nampak Pak Lang ini. Jangan terkejut   juga kalau jumpa Allahyarham sebelum ini... pistol automatik tersisip dipinggangnya kemana saja beliau pergi..  Nampak saja kecil , tapi 'cenge' juga... sapa-sapa nak buat tak ketahuan kepada Pak Lang ni, silap banyaklah..

Antara SMS Hari Raya Aidil Fitri
yang dihantar pada pada rakan-rakan
tidak mengira status/pangkat di
hari-hari terakhir sebelum
pemergiannya
Satu perkara yang saya dan kebanyakan rakan tak berapa boleh nak ikut ialah beliau pasti memelok rakan-rakan dan sahabat- sahabat yang ditemuinya (rakan lelakilah) tidak kiralah apa bangsa.... Memelok bagi beliau akan meningkatkan lagi kemesraan... Sapa yang tidak bisa kena pelok tentunya kekok...Itulah keunikan Pak Lang kita yang rasanya tidak akan ketemui lagi karektar2 seperti ini dikalangan KCS.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Pak Lang , semoga aruah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan diterima oleh Allah SWT.. Amiin.. 


Mohd Asri Redha
Teratak Kasih





Thursday, August 25, 2011

Kawan2 Yg. Banyak Kad Raya Nak Hantar .. Baca blog Ni Dulu....

Catatan:
Mohd Asri Redha..KCS

Boring pula duduk kat ofis ptg ni. Dari pagi tadi , tak keluar-keluar dok buat buat kerja.. sedar-sedar semua orang sudah balik...Petang ni lewat balik.. ada sikit masa ni.. dok belek-belek kad raya yang banyak dah saya terima...ada yang kecil, besar, ada yang wangi, ada yang mahal lagi canggih , ada yang ada lagu lagi dan macam-macam jenis kad..bila tengok banyak kad-kad yang orang hantar ni..rasanya popular pula... ada juga orang teringat kat saya yang kerdil ini...dapat banyakpun bukannya berguni-guni.. adalah sikit....Tentu nak kena belanja banyak juga nak tempah kad raya dan nak kena pos lagi. Sekarang ni duit setem sudah meningkat...maka banyak juga belanja tu.. Seingat sayapun dah lama tidak membeli kad raya. Bukan tidak mahu hantar kad raya sebagai ingatan sesama sahabat tapi dalam dunia teknologi yang semakin canggih ni.. ada banyak cara lagi kita menyuarakan atau meluahkan rasa kesyukuran kita dan memohon keampunan dari rakan taulan disamping bertanya khabar berita. Sekarang pakai hantar kad raya maya.. kad raya digital... Itu sebab semua orang kena ada akaun emeil sendiri. Kita dah tidak boleh lari lagi dgn perkembangan teknologi maklumat...

Tajuk cerita saya kali ini ialah nilai sekeping kad raya.. Terima kasih kepada semua yang menghantar kad raya kepada saya....susah-susah pula hantar...terima kasih sekali lagi..Apa yang saya nak bercakap ialah sejauh mana sekeping kad itu memberi kesan kepada penerimanya...Kalau kad itu yang personally dihantar maka akan adalah sedikit tulisan tangan yang disebutkan nama penerima dan adalah sikit-sikit ucapan yang ditulis disitu. Kad macam ini memang sahlah pengirim itu tahu dan ingat akan penerima yang akan menerima kadnya..penerimanya pasti amat menghargainya.. Kalau dia tidak balas pun dia akan telefon balik, atau sms balik kepada pengirimnya....kerana dalam banyak-banyak sahabat kat dia juga yang dingatnya.. tidak gitu saudara-saudara. Jadi kawan dan rakan yang ada fulus lebih sikit atau ada peruntukan khas jabatan elok beri perhatian tentang perkara-perkara sebegini. Kalau tidak tidak ada apa-apa makna kad itu.

Yang kurang disedari dan kurang diberi perhatian ialah kebiasaan menghantar kad raya melalui pembantu peribadi atau setiausaha. Ambil senarai nama dan alamat dari mana-mana opis kemudian pos pi. Kitapun terimalah...kita pun terfikir..betul kah dia ingat kat kita...kitapun beleklah lagi kad itu..tengok tandatanganpun cop cetak juga.. sahlah kad ini dihantar melalui setiausahanya.. kad tu pula bukan lekeh2...memang elok dan bernilai RM. Tapi nilai dari segi perasaan rasanya kurang... fasal apa jadi lagu tu... rasanya terlalu banyak kad kut yang hendak dihantar sampai tak larat untuk tandatangan dan tulis tangan... ah sesibuk manapn tulislah pi sikit seperti ini kad kad... Saudari Asri... Apa khabar? semoga sihat sejahtera... cukuplah itupun ..kemudian tandatangan ..Jadi kitapun tahu bahawa waktu dia nak bubuh dalam envelope tu .. dia ingat juga kat kita... Ini ada yang saya rasa pengirimpun tidak kenal penerima...Nanti kalau jumpa kat mana-mana penerima kenal pengirim dan ucap terima kasih.. pengirim pula hairan kenapa ucap terima kasih..Takkah haru namanya..

Awat terok sangatkah nak tulis sikit dan tandatangan.....kalau 200 ke 300 keping tu.. kalau diri ku tidak ada masalah bagi ku untuk tulis sendiri dan tandatangan sendiri. Bukannya terok sangat...dan kepada yang menerimanya nanti akan terasa nilainya sekeping kad raya. Jadi kalau pakai PA aje yang tolong urus dan kadpun kebanyakannya free aje.. syarikat atau jabatan yang tanggung lagilah tidak ada makna apa-apa kepada yang menerima....

So..tahun depan kalau ada peruntukan lebih nak buat kad raya..ubah pendekatan dan cara....jangan pakai cop standard saja...ambil sikit masa tulis dan tandatangan sendiri.. baru ada gaya dan kesan..tak gitu saudara-saudaraku...  Walau bagaimanapun terima kasih jugalah yang hantar kad raya tu.. walaupun hanya tanda tangan bercetak...

Oklah... waktu berbuka puasapun dah dekat..... elok saya berhenti dulu kat sini...nanti bila dia mai syeh dan nisannya...saya pagut lagi keyboard ni....

asriredha teratak kasih alor setar

Thursday, June 30, 2011

BERSIHKAH 'BERSIH'

Catatan:  Mohd Asri Redha


9 Julai 2011 adalah satu tarikh yang dinanti-nanti oleh semua rakyat Malaysia... Jadi atau tidak jadi perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih  Dan Adil (BERSIH) yang mana ketua penganjurnya ialah Ambiga Sreenavasan.  Kenapa hendak berhimpun ialah kerana untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang DiPertuan  Agung untuk meminta supaya pilihanraya diadakan secara adil, bersih dan nutral dan nak suruh SPR ikut 100 peratus laksana cadangan dan kehendak mereka.

Saya tidak mahu ulas sangat fasal perarakan dan perhimpunan ini.. namun kalau berlaku juga rasanya boleh huru hara jadinya kerana manusia kalau dah semangat terlalu lebih.. dia pergi kearah keganasan dan tidak heran sapa....  nak kawal sudah tidak boleh lagi... 'jenuh' lah pasukan keselamatan nak jaga.. kesan ekonomi akan lebih hebat lagi apabila berlaku kacau bilau dalam negara... kita akan rugi berbillion RM kalau pelabur takut.. pelancong tidak mahu datang melawat Malaysia, pengangguran akan meningkat, peniaga rugi besar, hasil cukai akan berkurangan, pegawai kerajaan macam saya nipun jangan harap nak dapat kenaikan gaji dan elaun-elaun yang dinikmati sekarang ini kalau ekonomi merudum.. fikir-fikirlah.

Tak  fasa-fasal.. negara kita duduk dalam aman damai.. tiba-tiba begini jadinya... apalah nak jadi kita ni semua... sengaja cari penyakit..duduk senang lenang dah jadi tidak  senang lenang lagi.. barulah waktu tu nak meratap merayu.. tapi sudah tidak guna lagi.. bila ekonomi sudah rosak terok.. nak membaikinya tidak semudah yang disangka.

Saya cuba cari dalam majalah dan akhbar .. kalau-kalau ada coretan dan pengalaman orang yang menguruskan pilihanraya secara langsung... rasanya tidak jumpapun... yang ada ialah pegawai-pegawai kanan SPR bertungkus lumus dok jawab tohmahan dan kritikan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan sudah tentulah BERSIH lagilah hebat sampaikan nak buat perhimpunan besar-besaran dijalanan. Ditambah pula dengan sokongan pelbagai parti-parti politik....   minta simpanglah jangan jadi perhimpunan  itu. Jadi saya cubalah coretkan sedikit pengalaman saya yang menguruskan pilihanraya .

Saya cuba nak 'kerosek' betulkah selama ni SPR dalam menguruskan pilihanraya ada agenda tersembunyi seperti untuk mengekalkan parti pemerentah yang sedang memerentah sekarang ini. ... khususnya Barisan Nasional. Saya cuba cerita balik berasaskan pengalaman saya sendiri yang telah bertugas sebagai pegawai kerajaan selama lebih 25 tahun.

Selama lebih 25 tahun saya bekerja sebagai pegawai KCS di negeri Kedah yang tercinta ini rasanya saya terlibat secara langsung sebagai pegawai yang menguruskan proses pilihanraya diperingkat akar umbi setiap kali pilihanraya. Saya pernah jadi Penolong Pegawai Pengurus (PPP) di Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi dan Jerlun.  Ini kerana kerja saya diperingkat daerah membolehkan saya dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya.. samada terlibat dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Inilah untungnya  jadi pegawai KCS kerana banyak pengalaman boleh kita raih sepanjang kerjaya kita bukan setakat kerja hakiki kita saja... kita boleh menguruskan bencana alam, menguruskan bancian penduduk, merancang dan melaksanakan projek pembangunan,  menguruskan tunjuk perasaan, protokol dan sebagainya..

Setiap kali diumumkan PRU maka saya macam kebetulan pula telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus bagi menguruskan proses pengundian dikawasan Parlimen atau DUN yang ditetapkan. Maka bermulalah tugas saya sebagai PPP yang mengambil masa yang banyak hingga kadang-kadang terpaksa mengabaikan tugas hakiki saya semata-mata bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur, telus, dan boleh diyakini oleh semua pihak. Pada waktu ini saya dianggap sebagai kakitangan atau petugas SPR. Apa yang saya nak ceritakan disini.. sepanjang 5 kali pilihanraya yang saya terlibat secara langsung sebagai PPP   dan 2 kali pilihanraya kecil... tidak pernah terdengar dan terbisik sikitpun dalam taklimat-taklimat yang diberikan oleh Pegawai Kanan SPR kepada PPP dan Pegawai Pengurus (PP) kata-kata yang seolah-olah minta PP dan PPP buatlah apa-apapun bagi BN menang. Mereka memang bertindak secara profesional. Saya tidak hendak komen tentang sistem dan dasar yang dilaksanakan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya. Cuma saya hanya melaksanakan proses pengundian .. itu sahaja dan rasanya sistem yang kita buat ini adalah yang terbaik dan setiap kali PRU akan ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat berasaskan komen dan pandangan pelbagai pihak termasuk parti-parti yang bergiat cergas di Malaysia ini.... Maknanya sistem yang ada bukan 'rigid' sentiasa ada pembaikan dan perubahan sesuai dengan perubahan masa dan teknologi . Sebab itu saya rasa kalau nak minta semua PP dan PPP ikut telunjuk mana-mana parti tertentu rasanya tidak betul kut... bukan senang nak buat itu  semua lagipun PPP dan PP bukan kakitangan tetap SPR.. Dan  bukan amalan SPR selama ini melantik pegawai tetap SPR sebagai PP atau PPR. Mereka hanya tengok dan pantau apa yang PP dan PPP buat sahaja.. dan mereka tidak akan campurtangan dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh PP. Ini saya perhatikan selama menjadi PPP dan tidak ada satu mesyuarat sulit atau mesyuarat khas yang dibuat antara SPR dengan PP dan PPP untuk bincang macam mana nak bagi BN menang. Semua mesyuarat dibuat adalah telus dan terbuka... semua orang boleh ambil tahu.

Kalau berlaku perkara diluar kebiasaan sistem yang ditetapkan , itu bukan sesuatu yang dirancangkan.. maklumlah dalam beratus-ratus orang PPP dan PP tentunya ada juga terlekat seorang dua yang terlalu fanatik kepada mana-mana parti tertentu dan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya... Tetapi janganlah menghentam bahawa semua sistem yang ada tidak boleh dipercayai lagi.. Ini perlu diperbetulkan dan dicari jalan penambahbaikan.

Saya sekarang bekerja di Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini tidak pernah saya terbayangpun akan berlaku. Tidak pernah terbayangpun Ustaz Azizan yang terlalu 'low profile'nya selalu datang kerumah bapa saya dan abang saya di Kg  Kabu 10, Sg Limau Dalam, setiap kali khenduri dan sakit demam,  akan jadi Menteri Besar. Semua ini adalah takdir Tuhan..  KPR  memerentah Kedah  melalui PRU. Saya juga waktu itu adalah bertugas sebagai PPP di Langkawi... mudah aje prosesnya... kalau benar ada ketidaktelusan dalam menguruskan PRU  ini tentunya KPR tidak boleh memerentah dengan elok sekarang  ini. Begitu juga di Pulau Pinang, Kelantan, serta Selangor... sudah pun jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat....tidak  ada masalahpun..  Sekarangpun saya bekerja dibawah KPR tidak ada masalahpun malahan rasanya lebih baik lagi .. berjalan macam biasa aje..... 

Jadi kalau sesiapa atau mana-mana parti  teringin hendak memerentah negeri dan negara.. ayuh.. mari kita cari  pengaruh dan masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang....  Tak usah dok kalut fasal adakah SPR itu telus atau tidak, adil atau tidak.... Yang itu biar saya dan pegawai-pegawai lain yang dilantik nanti buat kerja..Insya Allah.. amanah yang diberi itu kena dijaga dan di guna dengan sebaiknya.. Jangan dok menyeleweng dan mengelencong.... Percayalah kepada kewibawaan badan yang menguruskan pilihanraya ini. Percayalah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti saya ini untuk membuat kerja menguruskan proses  pengundian. Kalau SPR kita tidak percaya kepada siapa lagi.. adakah hendak dilantik agensi dari luar untuk mengendalikan proses pilihanraya ini....  jangan terlalu ekstrem hingga ke peringkat itu.

Salah satu tugas utama PPP Pos ialah masuk kedalam
kem tentera untuk melihat dan mengawasi proses
pengundian pos agar tidak berlaku penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa. Ia juga bagi memastikan
setiap anggota tentera/polis bebas membuat pilihan
parti yang disukai masing-masing. Gambar
saya di Kem Lapangan Terbang Sg Petani melihat
sendiri pengundian oleh pengundi pos.
Saya juga pernah terlibat secara langsung menguruskan pengundian pos untuk anggota keselamatan negara  dan petugas pilihanraya. Di Sungai Petani merupakan salah satu kawasan pilihnraya yang mempunyai jumlah undi pos yang paling banyak di Kedah .. Lebih 2,000 orang pengundi pos kalau tidak silap saya waktu itu.  Saya tidak nampak dimana boleh berlaku kecurangan dalam proses ini. Kerana saya terlibat dari awal proses pengeluaran kertas undi hinggalah tahu keputusan. Bukan seperti tohmahan orang yang mengatakan anggota pasukan keselamatan kena undi depan pegawai pemerentahnya...  tak buat dah kut kerja macam tu... Sekarang ni zaman manusia boleh bebas bersuara dan bercakap. Sikit buat silap satu dunia boleh tahu.

Jadi saya harap sangat-sangat janganlah ada yang terlalu ghairah  untuk membuat perubahan kepada sistem yang sedia ada ... selagi ianya tidak merosakkan kebebasan rakyat dalam membuat pilihan parti yang disukainya. Perubahan boleh dibuat tapi kita kena melihat dari sudut yang pelbagai dan mengambil kira semua aspek agar hasilnya memuaskan majoriti rakyat. Untuk mendapatkan 100% rakyat berpuashati tentunya tidak mungkin tercapai.....

Jadi tak payahlah dok pi buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk pergi perhimpunan haram tersebut..silap-silap haribulan boleh  masuk lokap....baik pulun ambil hati rakyat dulu (saya dah bagi tip2nya) dan bila PRU ambil bahagian. Bila dah menang.. boleh buat apa saja apa-apa sistem yang hendak dirombak atau dibaik pulih... tak gitu tuan-tuan..

teratak kasih
01/07/2011

Saturday, June 25, 2011

KCS tu SiaPA ......

edited sehinga 2009 oleh:
Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman


Friday, June 10, 2011

KETELUSAN YANG TERLAMPAU

Berita  agak hot dalam blog kali ini ialah kisah di KEDA..   kad Perakam Waktu  Pengurus Besar KEDA dipaparkan dalam blog.... lihat cerita selanjutnya dalam alamatb blog yang dipaparkan dibawah ini... klik sahaja disitu....

Walaupun ini agensi kerajaan persekutuan tapi kita disini terasa juga kesannya sebab ia beroperasi di negeri Kedah ..agensi yang melaksanakan program pembangunan fizikal dan sosial untuk rakyat Kedah.. Kadang-kadang bila baca  blog tersebut semacam ada juga kebetulannya.. logik juga..Walau bagaimanapun tentang 'punch card' rakan kita ni betul atau tidak tuduhan yang dibuat itu... kita tidak pasti lagi... tapi agaknya jenuh dok jawab la GM KEDA   ......  Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam KEDA ni... tapi  'state' tak bolehlah nak campurtangan dalam hal ini...Sedikit sebanyak imej KEDA akan tercemar juga dengan isu ini.

Saya juga difahamkan khabarnya seorang KCS akan ditempatkan di KeDA ini dalam tempoh terdekat ini sepertimana persetujuan awal yang dibuat sebagai syarat untuk pelanjutan tempoh hayat KEDA yang akan tamat tempohnya. Agaknya macam mana la  individu KCS yang akan ditempatkan ini nak buat kerja.... tentunya pening-pening lalat kut .. Nak jaga Dato' Bashah ka.... nak jaga Negeri Kedah.

Yang saya nak cerita kat sini ialah rakan.rakan KCS yang dok buat kerja la ni.. jaga-jaga sikitlah  pergerakan kita .. Dunia semakin canggih.. semua handphone ada kamera dan boleh rakam suara lagi waktu dok bercakap dengan sesiapa....  semua itu boleh jadi bahan bukti... walau ada orang tidak percaya kepada teknologi IT ini sebagai bukti tapi .. itulah sebenarnya bukti kukuh ...

Manalah tau nanti Kad Perakam Waktu kita pula terpapar kat dalam internet atau blog.. Tak ke nanya tu...Kalau kad itu digunakan dengan betul tak apa juga...  tapi takut kad perakam kita yang kosong bermakna tidak pernah guna langsung.. atau guna ikut sukahati kita sahaja.... tak ke malu... Elok ikutlah sahaja peraturan yang ditetapkan.    Kita bukan kenal musuh kita... kadang-kadang rakan-rakan dan sahabat terdekat yang jadi musuh kita.. sapa sangka.. jadi wahai sahabat-sahabat.. kalau selama ini kita teralpa dan terlajak elok patah balik sebelum tersasar dan menyusahkan diri, jabatan dan keluarga. Tentunya imej sebagai pegawai akan terjejas dan anak-anak buah tidak akan menghormati  kita lagi.

Jangan pula nanti gambar kita terpapar dalam blog / internet tengah main golf kat kelab waktu pukul 2.30 ptg.. waktu kerjalah tu..... sedangkan kita tidak bercuti...kadang-kadang orang anggap biasa aje ... dan dah jadi kebiasaan....  Banyak sangat saya dengar cerita-cerita seperti ini.  Saya sendiri pernah terima surat layang tentang kes ini.. tapi tidaklah ditunjuk gambar dalam blog..hanya surat yang ditujukan kepada Menteri Besar Kedah aje. Namun kes saya ini selamat kerana waktu itu memang saya dah ambil cuti lebih awal..  Cuma orang sangka saya bekerja kerana pagi itu saya pi kerja secara sukarela walau bercuti, jadi orang sangka saya bekerja hari itu.  Begitu juga jangan pula gambar kita ada kat internet  tengah dok melepak kat Agensi Broker Saham tengok saham kita naik atau turun .. kalau naik bolehlah jual syer yang ada.. malangnya waktu tu waktu pejabat......ni apa cerita...

Jadi sahabat-sahabat sekalian berhati-hati dalam aktiviti kerja kita seharian terutama dalam waktu kerja... Jangan jadi seperti sahabat kita kat KEDA.. Bila dah jadi lagu tu... susah semua orang.....silap-silap boleh terbang kerja kita.....

http://syburi-times.blogspot.com/2011/06/kerja-ka-makan-angin.html

Thursday, June 2, 2011

SABAR-SABAR ...... Buat panduan adik-adik KCS

Catatan: Mohd Asri Redha

Selamat malam semua...Apa khabar? sudah beberapa hari aku berhenti menulis blog ini.. sibooook, kataakan....apa yang harus aku tuliskan malam ini? tak taulah - apa2 saja yang terlintas difikiran akan kugodam turun ke dalam blog ini.......Ya teringat satu ketika yang berlaku kat opis , bagus juga kalau aku godam buat cerita ...sekurang-kurangnya jadi pengajaran dan pelajaran pada diri ku ini.

Hari ini dalam sejarah.....sepanjang duduk bertugas kat pejabat tanah..Tanpa disangka-sangka peristiwa lama yang tidak mahu diulang berlaku, berlaku juga.   Dalam dok jaga-jaga cakap, jaga tingkah laku, jaga hubungan namun tercetus juga perkara diluar jangkaan. Kat Kubang Pasu dulu dah pernah berlaku kes seperti ini...

Isunya tidaklah besar sangat tapi begitulah manusia, kita tidak boleh samakan tahap kesabaran seseorang itu dengan orang lain...kadang-kadang masalah kecil sahaja tapi cetusan kemarahan yang timbul tidak dijangka.... Inilah yang berlaku padaku hari ini..

Masuknya ke bilik ku begitu mesra sekali dengan salam dan tanya khabar berita...isu dibangkitkan dan perbincangan bermula dengan isu fakta dan penafian... perbincangan melarut-larut dan sampai satu ketika pelanggan sudah hilang kesabaran dan ....'tooom'.....satu tumbukan padu dari tangan sasa pelanggan hinggap di meja ku.. terkejut berok aku... sabar ..sabar... masih lagi boleh bersabar.. Kalau meja itu cermin, sudah pecah berderai...satu opis kedengaran dengan suara tengking yang begitu tinggi yang boleh didengari dalam lingkungan 70 meter... berterpalah anak buah ke bilik.. nak tengok apa dah jadi pada diriku yang kerdil ini.....sudah terlengtangkah bos depa ni..tengking dan jerkah makin kuat.

'tooom'...satu lagi tumbukan atas meja tapi dilapisi oleh fail-fail yang tebal atas meja...yang ni lagi kuat... nasib baik ada fail kertas.. kalau tidak boleh luka tangan pelanggan kecewa ini...tak boleh jadi ni....tergenjak aku ke belakang.. sambil dok kerling belantan kat belakangku yang memang selalu tersedia ada...mana tau kut-kut dia 'toom' pula kat muka aku kes nanya ni.. aku cuma kerja dengan kerajaan aje.. takkan sampai nak gaduh-gaduh dengan orang..cuma aku kerja lebih saja sikit....dok periksa lebih teliti sikit ..itu aje.. itupun orang marah .. Ini semua kes kuari pasir la ni.....orang lain buat kerja tak macam tu pun.. relax aje... tak apa... dok kira apa orang lain.. kira diriku sudahlah..

Nampak keadaan makin gawat... nasib baik ada anak buah mai tolong sabar... tapi tahap kemarahannya tidak dapat dibendong lagi.. walaupun dibawa keluar pelanggan masih meninggi-ninggikana suara dengan cakap yang tidak sedap didengar apatah lagi diucapkan oleh seorang berumur yang ku rasa dah lebih 50-an umurnya...Semasa keluar sempat juga aku memberi salam padanya....namun salam sudah tidak berjawab lagi.. kemarahan terlalu tinggi.. maka keluarlah ia dengan hati yang duka lara dan kecewa..

Sebenarnya isunya mudah dan memang aku dah nak buat keputusan untuk menerima rayuannya...cuma kena periksa dan soal jawab dulu..bagi jelas dan ada fakta...sebab ini melibatkan kewangan dan tanggungjawab aku sebagai ketua...Sebab itu lepas kena maki dan marahpun oleh empunya diri aku masih berbaik sangka dengan pelanggan itu.. Sedikitpun tidak ada perasaan marah aku kepada pelanggan ini.... sedikitpun aku tidak meninggikan suara kepadanya kerana aku faham mungkin beliau tertekan dengan masalah-masalah lain lagi yang tidak kita ketahui. ..

Biarlah selantang mana suaranya, kemarahannya, keradangannya, kegeramannya, diriku tetap dengan falsafah ketenteraman dan berjiwa tenang...sepertimana kata Mahatma Gandhi sudah terlalu banyak keganasan makhluk dunia ini...buat apalah kita duduk bertambah lagi dalam keganasan dalam kancah yang menggeerikan ini......ehh..aku ni dah melalut-lalut ke mana ni...bercakap-cakap fasal ganas pula ni..kena patah balik nii....sebab itu lepas kena marahpun , aku tetap arahkan anak buahku bantu selesaikan masalahnya itu dengan segera....Insya Allah dalam beberapa hari lagi selesailah masalah dia itu...... Hidup ini terlalu pendek untuk kita habiskan rasa dan waktu dengan kemarahan dan keradangan..

Begitulah ceritanya.......adik-adikku ..kerja dimana saja pasti kita akan jumpa masalah-masalah seperti ini.. biasalah.. pandai-pandailah kita menggunakan akal dan budi kita untuk tangani masalah seperti ini.. Aku tetap tidak serik untuk bertugas didaerah-daerah kerana sudah biasa atau dah 'lali' dengan situasi dan karenah orang seperti ini. Kerja kita memberi kesejahteraan kepada rakyat dan pada masa yang sama tempat aku kerja ini adalah tempat untuk mencari sumber kewangan kepada kerajaan negeri...Maka aku buatlah apa yang patut buat.. Takkanlaah aku nak buat lebih kurang aje..atau 'halai balai' aje..Kerajaan bagi kita upah....tak gitu....kat sapa aku cakap ni..aku pun tak tau..saja nak luahkan rasa hati kat blog ini... mungkin nanti tua-tua bila baca boleh teringat balik apa yang telah aku buat masa bekerja.. Ok.....Aku berhenti disini dulu...makin lama dia dia jadi merapu....la ni kat radiopun ada lagu-lagu merapu.....

Monday, May 30, 2011

WajarKah Seorang Penjawat Awam di Perlakukan Sebegini .......

31.05.2011
Catatan: Mohd Asri Redha


saja copy bagi herot... 

Tukar kerana isu moral, isu integriti, isu disiplin dan isu salahguna kuasa tak apa ...  tapi kalau suruh tukar kerana pegawai nak buat kerja seperti mana yang diarahkan oleh kerajaan dalam ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin atasan maka ini suatu perkara yang benar-benar amat mendukacitakan..Sikit-sikit kelemahan diri yang ada itu biasalah ... kita sebagai manusia bukan perfect 100 %.....Ianya boleh diperbetulkan dan dibaiki... Apa  yang berlaku mungkin ada sedikit salah faham dari segi komunikasi   dan perbedaan pendekatan. Saya rasa tidak ada tangan atas/tangan ghaib yang dok arah buat itu buat ini... apatah lagi nak sabotaj  kerajaan negeri..   takkan lekeh sangat kut pegawai2 kanan yang ada, buat kerja ikut telunjuk orang yang tidak sepatutnya... tapi persepsi orang memang banyak kata macam tu.. tak caya bacalah komen-komen yang berjela-jela dalam blog malaysiakini.com...

Di akhbar Sinar Harian 31.05.2011 terpampang tajuk utama dimuka depan akhbar tersebut .. minta YDP MPSPK disiasat..... yang saya paparkan diatas ini adalah dari Akhbar STAR... saja nak belajar orang putih sikit .. ambil dari paper tersebut. Di akhbar-akhbar Cina lagilah banyak isu ini dibangkitkan dengan lebih sensasi...

..
Begitulah nasib kita pegawai-pegawai yang malang...  Pada akhirnya akan melemahkan usaha-usaha pegawai untuk menguatkuasakan undang-undang.  Kalau  tidak mula sekarang, bila lagi.. .. bila lagi, bila lagi .. 12 tahun yang lalupun semasa bertugas di MPSPK, inilah juga yang dikata.. fasal apa tidak ambil tindakan sebelum ini....... La baru baru nak ambil...  Saya pernah bertugas di beberapa PBT... masalah dan ucapan yang sama ditimbulkan... fasal apa La baru nak ambil, fasal apa kat kami saja nak ambil, fasal apa waktu dok pacak tiang tidak diambil tindakan, fasal apa orang melayu nak berniaga dok kacau, fasal apa dah berniaga 13 tahu baru nak ambil, fasal apa kacau periok nasi kami, fasal apa tak bagi notis dulu, fasal apa bagi notis singkat sangat dan segala macam fasal apa..  susah mau jawab dong ... kalau jawabpun tidak betul juga....

Orang awam pula akan tanya jabatan fasal apa biar dok berniaga tepi jalan, fasal apa bagi mereka berniaga lama disitu sedangkan kami terpaksa sewa/beli kedai untuk berniaga, fasal apa biar berniaga sampai membahayakan keselamatan lalulintas, fasal  apa biar dok berniaga sampai ganggu ketenangan rumah kami, fasal apa biar mereka mencacatkan taman kami dengan pondok-pondok kayu tepi jalan untuk berniaga, fasal apa biar berrniaga tepi jalan atau atas rizab sampai longkang taman kami tersumbat habis dengan lemak dan buangan makanan, fasal apa bagi mereka berniaga sampai bersepah sampah-sampah dikawasan kejiranan kami dan segala macam fasal apa....

Jadi yang mana satu nak pakai ni.. 

Pokoknya.. siapa yang mau pertahankan rakan-rakan seperjuangan kita ni...... penyelesaian yang paling mudah ialah tukar pegawai habis cerita.. tapi isu dan masalah tempatan sampai bila tiada kesudahannya .....

Jadi kelemahan menguatkuasakan undang-undang akan memberi masalah yang lebih besar lagi kepada kerajaan.. tunggu dan lihatlah selepas ini apa nak jadi.......Saya rasa majoriti rakyat tidak suka dibiarkan peniaga bina struktur kekal dirizab2kerajaan yang strategik seperti dalam taman perumahan, jalan-jalan utama, jalan-jalan yang sibuk.   Kalau setakat gerai bergerak, saya rasa tak ada masalah sangat. Saya harap lepas ni janganlah lagi ada yang menuding jari kepada pegawai-pegawai kerajaan kerana membiarkan segelintir orang yang sewenang-wenangnya berniaga dan duduk ikut suka hati mereka dimana sahaja mereka suka..

Ok... jumpa lagi kawan2... bacalah dan renungilah ....

Jangan lupa baca komen2 diblog ni... makin meriah jadinya isu ini......

http://semangatjatiptkm.blogspot.com/2011/05/salah-siapa.html

http://merboktimes.blogspot.com/2011/05/rashid-din-ahli-parlimen-merbok-tak.html

http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/05/kerajaan-pimpinan-ustaz-azizan-di-kedah.html

http://www.kedahlanie.info/2011/05/siapa-dalang-di-sebalik-peristiwa-roboh.html

http://cenangau.blogspot.com/2011/05/ydp-majlis-perbandaran-sungai-petani-si.html

http://www.malaysiakini.com/news/165489
http://greenblacks.blogspot.com/2011/05/apa-tindakan-mb-azizan-17-ahli-majlis.html




  

Saturday, May 28, 2011

PANDUAN PENULISAN SURAT RASMI .. Panduan Untuk Adik2 KCS


Disediakan: Mohd Asri Redha

Kali ni nak sembang fasal lain pula... cemuih dah dok dengar cerita fasal politik  dalam KCS ni...  elok kita pi cerita yang boleh bawa kebaikan kepada semua KCS...   Itupun saya dapat maklumat tidak rasmi lepas ni akan ada isu besar yang akan meletup lagi fasal KCS ni..  ISU apa saya tak taulah .. kita tunggulah dan lihatlah dalam blog-blog yang bersepah-sepah dalam talian ni.... 

Bulan lepas saya telah di saman untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani. Kes ini melibatkan pertikaian pemilikan tanah di Sik...Saya ada buat satu surat rasmi kepada sebuah syarikat guaman berhubung penerangan kepada tafsiran pemilikan tanah orang bukan melayu di kawasan Tanah Sismpanan Melayu. Surat ini dibuat semasa saya sebagai Pentadbir Tanah Sik dulu...Sebenarnya ianya tidaklah besar sangat dan tidak memberi apa-apa kesan kepada saya dan jabatan.

Namun apa yang saya nak cerita di sini ialah tentang memastikan penulisan surat-surat seperti itu ( penerangan tentang tafsiran sesuatu undang-undang) wajar atau tidak dibuat jika diminta oleh pelanggan kita seperti peguam, orang orang awam dan sebagainya. Setelah saya merenung kembali kes ini dan selepas kembali dari menghadiri memberi keterangan di Mahkamah Sesyen ini rasanya saya telah membuat sedikit kesilapan. Saya tidak sepatutnya menjawab surat-surat atau pertanyaan yang berbentuk penjelasan kepada sesuatu pentafsiran undang-undang terutama yang berkaitan tanah. Sepatutnya persoalan seperti ini saya kena rujuk Pegawai Undang-Undang Jabatan atau Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menjawab persoalan undang-undang yang dibangkitkan.. kerana mereka ada kelayakan dan pemahaman yang lebih jelas tentang sesuatu persoalan undang-undang. Nasib baiklah isi kandungan surat yang saya sediakan itu tidak memakan diri ..apa yang tulis itu rasanya betul..kalau tidak ..nanya saya...apatah lagi kalau dengan sekeping surat saya itu ada yang mengalami kerugian wang ringgit dan harta benda.

Ini adalah kerana kalau sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah maka mudah bagi mereka untuk menjawab segala perkara yang dibangkitkan. Inilah yang berlaku pada saya semasa memberi keterangan di Mahkamah Seksyen Sungai Petani tempoh hari..Surat yang saya buat itu mudah dan simple sahaja. Tapi bila ke Mahkamah banyak tafsiran undang-undang diminta dari saya untuk dijelaskan yang tidak saya jangka sama sekali....Dari surat saya itu di'rendangkan' lagi kepada persoalan undang-undang yang berkaitan. Nasib baik saya mula tersedar kalau saya terus cuba menjawab soalan-soalan ..saya rasa saya boleh terperangkap dan jawaban saya sendiri kerana saya bukan orang yang arif dengan undang-undang walaupun ada sedikit pengalaman dalam pentadbiran tanah...Hakim juga menyedari hal ini dan akhirnya soalan-soalan yang berbentok pentafsiran undang-undang tidak lagi ditanya.

Pengajaran kes ini ialah berhati-hatilah dalam menyediakan surat-surat rasmi jabatan kerana ia memberi banyak implikasi undang-undang dan tuntutan ganti rugi. Pertanyaan berbentuk tafsiran undang-undang perlu dirujuk kepada yang lebih arif dan ada authoriti untuk menjawabnya. Bagi kita di Pentadbiran Tanah hanya Pegawai Undang-Undang PTG dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri saja yang layak menjawabnya...

Terlanjur berbicara tentang penulisan surat rasmi ini saya ingin juga menceritakan tentang hal-hal lain yang berkaitan menulis surat rasmi jabatan ini berdasarkan kepada pengalaman saya bertugas dipelbagai jabatan sepanjang lebih 25 tahun .

Sedar atau tidak sedar sebenarnya banyak kelemahan dan kesilapan yang dikenalpasti semasa menyediakan surat... Saya sendiri mengakui tidak arif sangat tentang hal-hal berkaitan persuratan. Saya saya nak cerita pilah apa yang saya rasa ada kebaikan untuk kita semua mungkin anak-anak buah dapat ambil ini sebagai panduan.

Saya sentiasa mengingatkan anak buah supaya dalam menyediakan surat-surat...ejaan dan ayat kena tengok betul-betul. Kadang-kadang perkataan yang dieja boleh jadi maksud lain disebabkan kesilapan taip... Saya pernah terjumpa surat dari sebuah jabatan yang tersilap menulis ejaan perkataan ' butir-butir'. yang tersilap taip terjadi 'bu*** ' dan pegawai yang tandatangan pula tidak baca betul betul maka jadi makna yang lucah...bayangkan orang yang menerimanya...Jadi tengoklah betul-betul sahabat-sahabat ku sekalian.

Kadang-kadang bos draf surat bagi taip..pegawai yang taip pula betul bendul...kalau dah tidak faham apa yang ditulis..pergilah tanya penulisnya..mungkin boleh ubah dan cadang ayat lain..bagi betul balik..Ini tidak..terus taip saja sampaikan dia sendiri tidak faham apa dia...katalah bos tu percaya 100% terus 'tenyeh'

maka jadilah surat itu macam2..

Sekarang zaman IT..semua guna komputer untuk menaip surat..baguslah kerana cepat sikit sedia surat... Masalahnya ialah kerana terlalu leka ada yang hanya 'copy and paste' saja , lepas tu tidak semak betul-betul pula maka jadilah tajuk surat lain isi kandngan lain. Kes ini banyak sangat saya jumpa...harap-harap tidak terjadi pada saya. Begitu juga dengan surat tuju pada orang yang tidak berkenaan langsung..gara-gara 'copy and paste' . Jadi berhati-hatilah dalam menyediakan surat-surat standard seperti ini...

Kadang-kadang ada ayat yang tergantung...baca tak sedap.. macam ada yang tidak haabis.. Orang bernafas tidak habis..jadi tidak puas. Nak tandatangan pun tidak gamak. Yang ini kenalah ada sedikit kemahiran dalam menyusun ayat..bagi lah ada sedikit seni dalam menulis... bagi lentik elok sikit. Bagi bahasa berbunga elok sikit agar yang menerima dan bacanya tersenyum puas membaca dan menggembirakan orang yang membacanya dan membuat keputusan yang positif yang pada akhirnya penghantar surat itu nanti yang akan dapat faedah dan manfaatnya. Tak salahkan kalau kita buat lagu tu. Janganlah buat ikut lazim ... ikut orang dulu-dulu buat... ada borang-borang yang kalau bacapun dan tengok kita sendiri keliru... kenalah ubah suai sikit kalau dibolehkan.

Format surat yang disediakan perlulah menarik... nanti kalau saya ada kelapangan saya akan scan contoh surat yang dikatakan format yang tidak menarik... Jangan buat mudah tentang format surat.. kalau seorang yang nak terima surat kita tahu ada gelaran, bintang/pingat dan sebagainya kena tulis.. Alamat bagi lengkap.

Kalau lebih sekeping beri no muka surat. ..Setiapa muka surat bagi ada no fail..supaya kita ketahui ianya adalah berkaitan dengan muka surat pertama...Jangan biarkan muka surat 2 hanya ada untuk tandatangan dan nama penghantar sahaja. tanpa dicatatkan no fail atau berkaitan apa. Kalau dibiarkan kosong begitu kemungkinan besar boleh disalah guna orang orang tertentu yang menggunakan tandatangan sah pegawai dan menggantikan muka surat pertama dengan perkara-perkara lain yang orang tertentu ada kepentingan... Ini pernah saya tegor dan cakap kepada anak-anak buah.. namun masih berlaku juga buat surat seperti itu.

Ada yang guna huruf yang kecil..nak baca pun jenuh 'belek'

Saya amat ambil berat akan format surat-surat ini bagi nampak menarik, susunan yang seimbang termasuk format untuk minit-minit mesyuarat yang disediakan... Sebab itu kebanyakan surat-surat yang agak teknikal saya sediakan sendiri dan taip sendiri dan harapan saya nanti anak-anak buah buatlah surat seperti mana yang dibuat sebagai panduan... ada yang ikut dan ada yang masih macam dulu-dulu juga.... susah nak berubah .. Perkara yang penting perlu diberi perhatian ialah dalam menyediakan surat2 kena fikirkan implikasi dari surat yang disediakan..

Ada kes pernah berlaku jabatan terpaksa membayar kos mengadakan sesuatu majlis rasmi yang diatorkan oleh NGO dimana kelulusan perbelanjaan tidak nyatakan jumlah RMnya. Akhirnya bil datang... terbeliak biji mata tengok tuntutan hingga melebihi 1/2 juta RM... Kerana surat rasmi sekeping yang dikeluarkan oleh ketua jabatan yang tidak difikirkana betul-betul implikasinya maka terpaksalah kerajaan tanggung.

Mungkin agak bertentangan dengan ketua jabatan lain..saya lebih suka surat yang disediakan isi kandungannya bagi jelas. Biar panjang sikit tidak apa asalkan penerima memahami sepenuhnya akan surat itu dan tidak terbiar penerimanya tertanya-tanya apa yang perlu dibuat dari surat kita tersebut... Kalau ini berlaku kitapun tertunggu-tunggulah buah yang tidak gugur-gugur. Kadang-kadang kita perlu 'guide' penerima apa yang perlu dibuat.

Ok lah....saya stop kat sini dulu... ada banyak lagi yang nak dicerita fasal isu dan kes surat menyurat ini...nanti bila datang syeh dan nisannya saya akan sambung lagi..cerita saya nipun rasanya ada kesilapan tatabahasa dan maksud... nanti kalau terjumpa saya akan edit lagi. Sebab saya tulis ini terus saja di'netbook' dan terus masuk blog..

Itu tidak cerita lagi fasal surat jemputan yang macam macam... Hantar surat jemputan tapi tidak sebut majlis apa. Tak bagi tau tarikh majlis dan tempat...ada tarikh mesyuarat lain, hari pula lain. ada surat tidak ada tandatangan..kadang-kadang terima surat yang bos dia draf saja..pernah berlaku.. -macam-macam .. puncanya ialah kecuaian, tidak teliti dan tidak ambil berat, tidak pernah ada orang tegor, buat tidak kisah, harap orang lain dan sebagainya.

Jumpa lagi...

Mungkin boleh refer blog dibawah ini untuk mendapatkan ayat-ayat yang menarik dan lentiknya lembut dan bersopan...  bagus juga sekali-sekali kita guna ayat-ayat dari negara jiran rapat kita ... 
http://contoh-contoh-surat.blogspot.com/























Friday, May 20, 2011

Helang Kedah: Krisis dalaman KCS ( Tajuk ni bukan asri redha kata tapi blog berkenaan kata)

Tajuk ini saya terjumpa dalam satu blog helangkedah.....  saya sendiri tidak terima sms tersebut,  hanya orang2 tertentu saja kut.  Namun ianya telah disebarkan hingga masuk dalam blog Helang Kedah.  bermakna satu dunia dah tau....Eloklah saya kutip balik dan masuk dalam blog ni untuk semua
 baca.  Sekurang-kurangnya menjelaskan Dato' Puat telah menyatakan prinsipnya dalam hal2 berkaitan isu kenaikan pangkat jawatan ke SUK... dan lagi sms ini dah lama dah sebelum isu pelanjutan kontrak SUK ini yang sedang hangat diperkatakan ketika ini...     Asri Redha...

Helang Kedah: Krisis dalaman KCS: "Berikut adalah sms yang berlegar inbox kakitangan kerajaan dan orang2 politik di Kedah. Tuan empunya SMS ini ialah Dato' Fuad Md Ali. SFO Ke..."


Krisis dalaman KCSyang berlegar inbox kakitangan kerajaan dan orang2 politik di Kedah. Tuan empunya SMS ini ialah Dato' Fuad Md Ali. SFO Kedah. Tersesat ke inbox Billy la plak..walau tak tau apa tujuan nya sampai boleh tersesat mai, tapi Billy rasa ada baik juga kalau diketahui oleh semua rakyat Kedah yang perihatin.

"Asmkm AJK Pers PTN Kedah, Senior KCS dan mreka yg berkenaan.Memndgkn terdpt usaha bertrusn utk mengaibkan saya dan isteri, saya dgn ini mmbri aku janji tdk akn sekali2 melobi atau berusaha utk menjadi YB SS.Saya berstju persatuan memilih dan memprakukn utk menymbung atau melantik SS baru yg berkelayakan.Cuma saya minta diberi pluang utk terus brkhdmat sebgi SFO hingga umur bersara.Semoga akujanji ini meredakan konflik semasa dan kita boleh meneruskan bidangtugas masing2 demi kemjuan Kedah.Amin yaRobilalamin."

Seperti kandungan asal sms tersebut tanpa di edit walau satu huruf pun hatta titik dan spacing pun tidak dubahsuai.

Billy akan mengulas dan menghuraikan krisis ini dalam posting yang seterusnya sekiranya diberi keizinan oleh Allah s.w.t. InshAllah.

Posted by BILLYtheKID at 3:50:00 AM

Thursday, May 19, 2011

Dinner KCS

Catatan: Mohd Asri Redha
Kedah Royal Club
16.05.2011

Dah lama tidak buat majlis-majlis keluarga seperti ini. Tahniahlah kepada Persatuan KCS yang mengendalikan majlis pada malam tu.  Melalui majlis-majlis seperti ini hubungan sesama keluarga KCS akan bertambah erat.. Fahaman saya begitulah. Tidak taulah orang lain.. Walau macam manapun anak-anak yang raya sakan, fasal urusetia ada sediakan hadiah kecemerlangan pelajaran anak-anak KCS..  3 orang anak saya jumlah2 dapatlah lebih RM1,000.00....  mak pak tidak boleh nak tumpang langsung...tak apalah rezeki depa.  Tahniahlah kepada Pegawai-Pegawai KCS yang anak-anak telah mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Semua ini membanggakan kita semua...

klik digambar untuk lebih jelas lagi...
Tahniahlah juga saya ucapkan kepada rakan-rakan KCS yang mendapat SARJANA dalam pelbagai disiplin ilmu. Semoga pentadbiran negeri Kedah bertambah hebat dengan adanya pegawai-pegawai yang berilmu tinggi. Saya tumpang gembira dengan kejayaan rakan-rakan.. tunjukkan kehebatan ilmu yang kita ada untuk kepentingan negeri dan keluarga kita. Saya tak peraya pilah bab mengaji-mengaji ni..  Cukup dan syukur dengan apa yang ada..   Bagi anak-anaklah mengaji pandai-pandai .. itupun macam dapat sarjana juga...  tapi maknya yang ambil berat sangat fasal pelajaran anak-anak ni.... 

Ok.. dong .... mau pergi  syolat dulu... nanti abis pula waktu maghrib...  bila2 kelapangan saya ketuk2 huruf ni jadi ayat yang boleh difahami... dan diingati... 

MANGSA KEADAAN ... PERSEPSI

 KOMEN ASRI REDHA

Saya tahu Dato' Puat agak tertekan sekarang ni. kerana isu pelantikan SS sekarang ni.. bila ada orang dok mengutuk Dato Rasli sambung kontraknya , tak fasal-fasal macam-macam kata-nista ditujukan kepada beliau. Ada orang yang tak suka dan  tak sokong SS la ni sambung kontrak, ada pula yang beria-ia sokong lanjut kontrak perkhidmatan, ada pula yang tak kisah langsong sambung kontrak ka atau tak sambung kontrak. 
Masalahnya bila ada orang tak sokong Dato Rasli sambung kontrak, maka Dato' Puat lah jadi mangsanya.bukan takat dia saja sampai isterinya pun kena tempiasnya. . tengok dan bacalah blog yang saya petik dari blog padijantan.blogspot.com seperti dibawah.  Macam2 depa kata. kerana umum berpendapat Dato' Puat akan terlepas jadi SS. dan beliau sedang buat sesuatu agar Dato' Rasli tidak disambung kontraknya. Betuikah?.. Kalau rasa terjejas saya rasa saya sendiripun terjejas juga kenaikan pangkat. ..dok kira dah... hujung tahun ni dapatlah rasa  gred 54......So kalau SS sambung kontrak maka lambat lagilah nak merasa kenaikan gred yang lebih atas, juga pegawai kanan KCS lainnya. Tapi takkanlah dengan kerana tu kita nak marah dan  protes sampai macam-macam dalil keluar... ....    kenalah kita beradap sikit jangan dok kutuk ikut sedap mulut aje. Ingat sama balasan dosa dan pahala
Jadi ..janganlah  kita dok gundah gulana dengan semua itu. sambung ka tak sambung ka.. itu bukan kerja kita. Kita ReDza saja dengan ketentuan yang Allah berikan kepada kita. Allah dan tetapkan rezeki kita setakat itu sahaja...
Nasiblah Dato' Puat ....dah duduk tempat tu.. Tak buat pun orang kata kita buat. . itu persepsi orang saja.. Kena banyak bersabar sahajalah...   Kalau Allah SWT kata ada rezeki,  maka adalah.. kalau Tuhan tentukan takat tu.. maka takat itulah saja.... Saya harap kawan2 KCS jangan adalah dok terbabit dalam perkara-perkara maki hamun sesama  kawan-kawan kita....   Nak bercakap dan nak tulis dalam blog .. tulislah elok2 dan beradab sesuai dengan tatasusila kita sebagai orang Islam. Ingat sama dosa dan pahala..
Asri Redha
Teratak Kasih.

Cabutan dari BloG

http://padijantan.blogspot.com/2011/04/sembah-derhaka-tuanku.html    

Jumaat, 22 April 2011

SEMBAH DERHAKA PADA TITAH TUANKU !!!



Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,
Sembah Patik Mohon DiAmpun.


YB DATO' WIRA HJ MOHD PUAT BIN HJ MOHD ALI. (kanan)
DGMK., DSDK., AMK., AMN., BCK., BPL.
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KEDAH, DARUL AMAN

Duhai Dato Puat Jangan Menyanggah..
Titah TUANKU Terlaksana Sudah
Ikut sahaja jangan membantah
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Terlepas lah Sudah
Terima sahaja ketentuan Allah..

Dato' Hjh. Che Barni
(Bini Kepada Dato' Wira Puat Ali)

depa ni sepupu ngan MB Kedah
kalau hangpa nak tau,
pasai tu la sultan tak syok !

SEMBAH DERHAKA POLITIK PENDERHAKA 
Episod 1, Bahagian 1

Doa & Solat Hajat Berjemaah Untuk Puat & Barni Sempena Karnival 3 Tahun Kedah Sejahtera.

* Rakyat kebanyakkan mungkin taktau sebenarnya duit tu bukan duit negeri...
* Banyak lagi duit-duit deposit yang kerajaan dok pegang lani, KTPC bercelaru habis.
* Deposit ni kalau tuan punya dia minta balik kerajaan negeri kena la bagi balik.
* Puat Ali telah menghantar satu SMS kepada kebanyakkan Pegawai Tadbir Negeri atau KCS.
* Hakikatnya KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah tak perkenan pada Puat Ali menyandang jawatan SS.
* Apakah KDYMM Tuanku Sultan & MB begitu mudah terpengaruh dengan BOMOH-BOMOH Malaysia dan Indonesia.

* Sikap takbur dan bongkak suami isteri, 'beraja dimata, bersultan dihati'.
* Puat Ali dan Barni, membuat onar dalam perkhidmatan awam negeri.

* Dato' Puat dan Dato' Barni...!!! Janganlah DERHAKA dengan TITAH Tuanku Sultan
Jangan buat fitnah pada pegawai KCS di Kedah ni.dan macam yang dibuat oleh dua ekor manusia di Selangor dan Perak tu yang telah cuba menderhaka pada Titah Tuanku Sultan yang lebih arif lagi bijaksana dalam soal Pentadbiran Negeri ini.BERTOBATLAH...!!!! Dato' Puat baru saja mendapat anugerah gelaran DATO' WIRA.Bersyukurlah wahai Dato' Wira Puat dan Dato' Barni.Dato' Barni baru saja di BOM di KUIN selepas di BOM di Kubang Pasu dulu.Jangan jadi PENDERHAKA kepada KDYMM Tuanku Sultan pula.Belajarlah bersyukur dengan nikmat Allah yang diberi berlimpah ruah kepada Dato' berdua.... Wassalam.

Salam Menjunjung 1 Titah,
Titah KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Abang pupu & Adik pupu Mengganas Sudah,
Tibalah Masanya Rakyat Melaksanakan Titah Perentah Sultan Kedah.
DATO WIRA PUAT & BARNI
HARUS MENGADAP SEGERA !!!

DAULAT TUANKU !!!

Wednesday, May 18, 2011

KURANGKAN MENGATA, BANYAKKAN BEKERJA........ BUKANKAH ITU YANG SEPATUTNYA...

Catatan oleh: Mohd Asri Redha.

Sedih sangat bila baca blog2 yang ditulis dan komen-komen yg dibuat dalam pelbagai blog yang siapa empunya diri sayapun tidak tahu. Tak kuasa nak selidik sampai begitu sekali.....

Mungkin ada yang betul dan mungkin banyak yang tidak betul. kadang2 persepsi kita saja.Perkara pokoknya ialah kita terimalah apa yang berlaku tu sebagai ketentuan Allah SWT.Redha dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.Mungkin ada hikmat disebalik kejadian itu semua.. Walaupun kita bebas menulis, tapi biarlah beradap dan bertatasusila sikit. Jangan pakai hentam keromo dan maki hamun macam kita ni saja yang betul.. orang lain semua tidak betul...muhasabah diri. Kadang-kadang orang yang tidak kena mengenapun menjadi sasaran..  Gamaknya dalam hati depa-depa yang seperti ini agaknya apa yang ada... rasanya orang seperti ini hidupnya tidak tenang kut....  sentiasa dalam ketegangan, kerja nak marah, kerja nak bebai, meluat orang itu meluat orang ini dan segala macam perkara negatif ada dalam diri mereka.

Memang dihati kecil saya ada terdetik juga kalaulah sesuatu yang dibuat itu akan menyebabkan diri yang malangnya ini tersekat kenaikan pangkat dan sebagainya..sesiapa pun akan merungut dan kecewa.. biasalah. Kalau SS disambung kontrak , tentunya semua KCS terjejas dari segi kenaikan pangkat, apatah lagi yang dok tengah2 orat... nak kena tunggu setahun lagilah..kalau nak pencen setahun lagi .... berputih mata sajalah...

Tapi kekecewaan itu tidaklah sampai kita jadi gundah gulana yang tidak berkesudahan hingga habis semua orang dibantai secukup rasa.. Pada pemerhatian saya sebenarnya kalau letak sapapun di post no 1 dalam KCS itu memang boleh buat.... tidak ada seorang pun SUK sebelum ini yang benar2 cemerlang dalam tugas mereka. Hanya mentadbir seperti biasa aje... tapi kalaulah seseorang itu benar-benar cemerlang sayalah orang pertama yang sokong sepenuhnya.Cemerlang bermakna letaknya dimana saja pegawai itu mesti akan muncul jabatan itu yang terbaik, hadiah kecemerlangan, menepati KPI, dapat ISO, dapat kecemerlangan dalam segala aspek, berdisiplin tinggi, anak buahnya cemerlang, jabatannya cemerlang, perkhidmatan jabatan yang diberikan amat cemerlang, kalau kutip hasil jabatannya meningkat dengan mendadak, berintegriti tinggi, mementingkan prestasi bukan mementingkan kroni dan keluarga dalam segala bidang, segala arahan kerajaan dipatuhi sepenuhnya.. hutang dengan kerajaan dibayar segera, kalau kerajaan bagi tanah bayarlah cukai dan premium bagi sempurna, jangan tinggal masalah kepada penggantinya bila bertukar jabatan dan sebagainya  maka amat wajar sangat KCS seperti itu dikekalkan kerana duduk dimanapun hamba Allah seperti ini pasti jabatannya cemerlang.. Kita sebagai KCS pun tumpang bangga kalau  ada hamba Allah seperti itu. Kita mahu orang seperti ini.. tapi adakah ada KCS seperti... ?"

Jadi apa yang berlaku sekarang ini anggaplah ketentuan Allah SWT.. terimalah seadanya.Kita bukan orang berkuasa dalam menentukan kelayakan seseorang. Marah lagu mana, kata lagu mana, kalau orang nak sambung, orang sambung juga..itu  bukan kuasa kita. Mungkin mereka ada kriteria-kriteria lain yang tidak kita ketahui.... Kita buat kerja seperti biasa.. patuhlah kepada ketua kita selagi ianya tidak berlawanan dengan peraturan dan undang-undang.......

Ok.. permisi dulu ya... jangan marah yaa....

asredha
teratak kasih

Thursday, April 21, 2011

Baca Dulu Nanti Kita Sembang....

Cabutan dari  blog dibawah: Seminggu dua ni riuh rendah juga cerita-cerita fasal KCS ni... Apa masalahnya saya pun tidak tahu.....  

http://www.tukartiub.org/apa-dah-jadi-dalam-kcs-dengar-kata-kerajaan-negeri-kedah-boleh-di-saman-jika-sambung-khidmat-ss/
APA DAH JADI DALAM KCS? DENGAR KATA KERAJAAN NEGERI KEDAH BOLEH DI SAMAN JIKA SAMBUNG KHIDMAT SS

 Apa yang kecoh sangat di Kedah sekarang ni?
Dengar kata awal bulan Jun 2011 ini Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah akan bersara.Dengar kata ada pihak yang sedang berusaha lobi untuk Setiausaha Kerajaan sekarang sambung tetapi ada juga yang membantah. Apa pun kata penentu adalah ditangan DYMM Tuanku Sultan atas nasihat YAB MB. Dengar kata YAB MB telah beri nasihat tetapi DYMM Tuanku sudah buat keputusan. Khabarnya YAB MB tak setuju untuk disambung Setiausaha Kerajaan sekarang kerana beliau orang kuat UMNO tetapi YAB MB tidak berani membantah.
DYMM Tuanku Sultan pula menyangka Setiausaha Kerajaan sekarang ini sangat рοрυƖаr sebab itu khabarnya beliau akan disambung untuk dua tahun lagi. Tuanku tidak tahu yang banyak kakitangan kerajaan terutama sekali KCS sudah tidak tahan lagi dengan sikap sombong, bongkak, pendendam, penganiaya dan hasad suami isteri ini.
Sebagai pemerhati luar saya nak ingatkan Kerajaan Negeri Kedah supaya berhati-hati dalam membuat keputusan, jangan jadi macam apa yang sudah jadi di Selangor.

YAB MB tahu atau tidak bahawa menyambung Setiausaha Kerajaan Kedah secara kontrak adalah ultra vires kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah? Sebagai seorang peguam, saya berpendapat Kerajaan Negeri telah membuat kesilapan besar apabila membenarkan Dato’ Ahmad Basri menjadi Setiausaha Kerajaan secara kontrak. Kesilapan itu berlaku sekali lagi apabila disambung Dato’ Ku Nahar dan Dato’ Syed Unan secara kontrak. Lantikan-lantikan mereka sebenarnya adalah tidak sah dan dengan itu terbatal kerana tidak ada peruntukan sedemikian dalam Undang-Undang Tubuh Negeri. Ada pun segala keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka juga dengan sendirinya terbatal. Begitu juga dengan keputusan-keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang mana Setiausaha Kerajaan menjadi ahli dan bertindak sebagai setiausaha kepada mesyuarat berkenaan.
Selagi pindaan tidak dibuat untuk memasukkan klausa yang membolehkan di lantik pegawai kontrak sebagai Setiausaha Kerajaan, sesiapa sahaja boleh mencabar keputusan-keputusan Kerajaan Negeri sebelum ini, malah membawa Kerajaan Negeri ke muka pengadilan.
Fikir-fikirlah segera. Jangan sampai ada orang mempertikaikan kesahihannya di mahkamah kelak

Wednesday, April 20, 2011

10 dalil Pasaipaa MB Azizan patut sambung SUK sekarang ini..!!

CABUTAN DARI BLOG  http://www.kedahlanie.info/20/11/04/10-dalil-pasaipaa-mb-azizan-patut.html

Tuesday, April 19, 2011


Umum tau Dato Rasli akan pencen sebagai setiausaha kerajaan negeri Kedah pada 6.6.2011. Dia tanpa melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah telah menulis terus kepada Istana memohon disambung kerana belum puas jadi SUK. Dia minta enam bulan saja tapi khabar angin kencang berkata Istana atas nasihat BN khususnya Dato Det Khalid akan bagi terus sambung setahun. Ostat Azizan binau tak tau nak kata apa-apa dah, suara dia di istana dah tak laku. Khabarnya istana setuju sambung setahun kerana Dato Rasli ni popular dikalangan orang politik BN dan KCS. Aku pun pikiaq keputusan istana tu amat tepat dan 10 dalil dia wajib sambung adalah kerana seperti berikut:

1. Hanya dia boleh pastikan kerajaan PAS Kedah tumbang dalam PRU13 tidak lama lagi. Ostat Azizan hanya takut kepada dia dan apa dia kata semua Ostat ikut. Apa-apa yang Ostat umumkan utk laksana dia buat bebal dan beban. Dah 3 tahun Ostat memerintah, berapa kerat saja Manesfeto PAS yang berjaya dilaksanakan. Bila Ostat buat apa-apa keputusan Dato Rasli peram dan tangguh. Geng2 dia pun ikut sabotaj Ostat.

2. Dia Berjaya letak kroni KCS pro UMNO dalam semua jawatan strategik kerajaan negeri dan Ostat takut dan tak mampu nak ubah. Dato Rasli letak Dato Mee Din jaga SADA, nadi kerajaan negeri. Mee Din buat ribut di SADA tapi Ostat yg kena jawab kpd rakyat. Satu demi satu Mee Din buat celaru, contoh, bil air tak boleh bayar dipejabat pos,tapi yang kena hentam Ostat. Ibarat main takraw. Mee terima arahan utk lambong dari Dato Det Khalid,org ramai sepak,Ostat tersungkur.... tapi Ostat kata Mee bagus...” Ana cayang Mee Din..cium,cium”. Dulu Mee yg hentam PAS habis-habisan tapi la Mee anak mas Ostat. Gaji Mee di SADA sapa pun tak tau berapa sebab Ostat serah bulat-bulat kpd Dato Rasli utk tentukan. Khabarnya dapat lebih RM40,000 sebulan, kalah gaji exco dan Ostat sendiri. Man Saad jadi samseng depa jaga perumahan,sekali sekala buat kecoh Ostat juga kena jawab kat rakyat. Man jadi LAM kpd Mee yg juga seorg bomoh. Mee bomoh, adik dia Rosli pun bomoh. Nordin BSM juga org kuat BN,org kuat Dato Det Khalid.Bila buat pertukaran, Ostat pun tak dapat ubah dah,kata Nordin kpd Ostat keputusan dia(Nordin) adalah muktamat,Ostat kena patoh. Mee Din dah berkrisis dgn Mat Che Nai,juga org kuat BN dan Dato Rasli. Mee Din dlm proses tendang keluar Ir Ismail dari SADA kerana dakwanya perasuah ( walaupun yg perasuah sebenar tu Mee Din dan proksi Mee adiknya si Rosli). Dato Bashiruddin tak patut dok di kerusi UPEN kerana lembab tapi dikekalkan situ kerana boleh bantu Dato Rasli sabotaj Ostat Azizan. Ostat nak hentam Bashiruddin kena pikiaq dua kali sebab dia budak Madhad. Jadi pahit pun Ostat kena telan. Tapi yg paling top sekali Dato Rasli bersama Dato Det Khalid, dengan perancangan Mee Din sudah berjaya beli orang paling kanan dalam team Ostat masuk geng depa. Siapa? Siasatlah sendiri sebab malam-malam dia pi jumpa Dato Det dan dah terima bonus besar! Hanya Dato Rasli yg pandai bela Ghani Zainuddin, Fuzi Janggut,Amrishah,Bari, Amar, Ishak Morat, Norizan, Suhaimi Kulim dan beberapa konco dan balaci KCS lain untuk sabotaj Ostat. Dulu Amar, Amrishah dan Ishak Morat setia kepada Syed Unan tapi depa la ni kutok Syed Unan rapat. Para pemikir Dato Rasli ni dok plan macam mana nak kalahkan PAS dalam PRU13. Sebagai org UMNO aku sokong Dato Rasli sambong.

3. Hanya Dato Rasli dalam sinarai KCS yg pakar dlm mengamalkan nepotisme dan kronisme. Dia belajar banyak dari abang dia arwah Radzi Basir. Dia juga pakar dalam hal dendam mendendam. Dia atur orang-orang dia untuk naik pangkat, potong org lain walaupun org lain lebih layak. Sebagai Bapa Saudara kpd YDP MPSPK dia dok atur supaya Rozaina boleh naik pangkat cepat walaupun Rozaina penyegan tuli. Anak dia Rizal baru setahun jagung dok dlm KCS sudah disahkan dlm N44,dgn bantuan Nordin. Noh Ahmad dia bagi potong Hj Fisol dan Hj Aziz sebab Noh bantu sponsor beli kereta Mercedes KCS77 dia. Noh juga dgn Man Saad bawa dia jumpa bomoh di Indonesia untuk pekena Ostat , Dato Fuad dan puak lain. Bomoh depa juga yg bagi pihak Istana kelam mata dan jatuh sayang kpd Dato Rasli. Hj Aziz dan Rohaizat kena tendang keluar dari MPSPK kerana dok siasat penyelewengan Mee Din di MPSPK.Untuk selamat dia letak anak penakan dia jadi YDP. Fail penyelewengan Mee Din pun lesap. Pasai apa Dato Rasli tak sokong Hj Fisol dan Hj Aziz Ghani dpt gelaran Dato? Sebab depa buat salah besar pi dok krosek hal-ehwal penyelewengan Dato Rasli dan kuncu-kuncunya.Pasai apa ada KCS kena buang dari Pendang? Sebab tak bagi projek kpd adik Mee Din. Pendek kata sapa kacau depa semua kena tukar. Dgn bantuan Dato Det Khalid depa sdg atur strategi untuk pastikan lepas Dato Rasli pencen setahun lagi, Mee Din akan jadi SUK. Perancangan asal Mee Din akan jadi MB, tapi bila tgk Dato Det Khalid dipinggirkan oleh Dato Najib dan diikuti Dato Bashah atau Datuk Mukhriz control UMNO Kedah, maka terpaksa puas hati setakat Mee Din jadi SUK. Dato Fuad depa dah chop sebagai org PAS, jadi tak layak jadi SUK. Ostat tak berani bersuara takut pihak Istana marah. Oleh itu wajib Dato Rasli sambung agar lebih ramai KCS dpt dilatih utk mengamalkan sikap nepotisme dan kronisme.

4. Dato Rasli bijak dalam main jarum halus. Kerabat2 pihak Istana dia dah kawai, dah sokong dia untuk terus jadi SUK. Baguslah sebab kerana budi digadai body. Dato Phahrol pun depa dah beli di padang golf,berpelok2 dgn Man Saad. Sekarang depa minta Dato Phahrol perjatuh Ostat supaya Dato Phahrol jadi MB, jadi boneka UMNO. Ostat sekarang ni dah pening kepala, cepat naik angin, sergah sana sini. Keluar masuk hospital pun tak habis-habis. Orang-orang kanan Ostat pun banyak dah lari kerana tak boleh buat fulus atau kena tendang keluaq. Ostat dok percaya kepada orang-orang kanan dia yg sebenarnya di belakang Ostat depa dok cantas dia. Dato Rasli dok perapi Dato Phahrol supaya cantas boss dia. Tak ada KCS yg pandai dalam selok belok ni kecuali Dato Rasli. Sebab itu dia kena sambung yang ooii.

5. Dato Rasli saja yang ada pasangan yg boleh atur percaturan dirumah dan dipejabat,seorang yg bernama Norma. Sebut saja nama Norma semua bini-bini KCS naik seram dan kecut perut,macam nampak hantu pontianak. Tidak, bukan setakat bini, laki depa yg KCS pun tak berani hampiaq. Dia ni cukup percaya dan amal cara2 kebomohan. Dia yg dok atur strategi kebomohan dengan Mee Din dan Rosli.Dia mengaji tinggi, sampai SPM cik oi! Dia yg membakar semangat Dato Rasli untuk terus jadi SUK. Maklumlah, pi mana ada dayang-dayang dok rai, ada KCS yg dok ampu. Bila dok ditempat istemewa macam tu mana mau tinggal dah. Bongkak dan sombong adalah ciri utama dia. Norma main golf hanya nak pastikan pihak Istana sambung kontrak Dato Rasli. Norma ni masih muda dara, sihat dan badan semangat,eloklah terus jadi bini SUK...sesuai sangat. Tak lama elok Datin Paduka pi ambil master lepas tu PHD ( pakar hasat dengki),Nak belajar pasai nasi tangaih pi jumpa dia.Tengok macam mana dia cucuk hidong laki dia.

6. Dato Rasli bijak bersyarah atau bentang kertas kerja. Mempunyai kenalan di BN, UMNO dan diseluruh negara. Aura dan kelebihannya luar biasa. Dok bagi ceramah sana sini luar dan dalam negeri dan bijak dalam bidang IT. Tapi tak pernah tengok dia pegang komputer ye? Yalah, hampa tak ingat kot, dia pernah jadi pensyarah INTAN. Cakap org puteh macam ayaq,lebih pandai dari Ostat.

7. Dato Rasli bebas rasuah. Cuma orang-orang tertentu tau peribadi sebenar dia. Masa kerja di IADP Ah Ee pun bela dia juga, tapi tidaklah semewah macam Ah Ee bela Ku Nahar, satu-satunya KCS yg bila pencen jadi jutawan.Masa jadi Ketua pengambilan di PTG pun sakan juga.Masa kerja di Langkawi pun aku dengar sakan juga. Hampa tak tau yang kes penyelewagan RM10 juta MPSPK yg diterajui Mee Din dan Man Saad tu sebenarnya melibatkan Dato Rasli juga. Dia juga ada hunnnnn. Aku kesian kat hampa sebab hampa selalu jaja bahawa Dato Rasli bersih macam kain putih. Dia guna adik beradik dia tangkap kontrak kerajaan dan tangkap tanah kerajaan. Biasalah, byk ban pasir dan tanah tu di Langkawilah,tempat tumpah darah.Macam nilah, jika laki saja kerja tapi hidup senang lenang, rumah berbuah-buah, kereta banyak, bini tak kerja...duit mai mana?. Tapi org macam nilah yang hampa patut sambung jadi SUK, baru Kedah Sejahtera,Nikmat untuk Depa. Bolehlah dia latih KCS muda-muda selok belok untuk putarbelit tapi dilihat BERSIH.

8. Dato Rasli seorang strategis, baling taik sembunyi tangan. Dia pakar dalam hal ehwal pekena orang. Dulu ingat tak depa mati-mati tak bagi dato Syed Unan sambung?. Deraf surat yg persatuan KCS buat terhadap Dato Syed Unan, Tunku Intan, Halim Aima dan lain-lain tu sebenarnya disediakan oleh Man Saad, Mee Din dan Dato Rasli sendiri. Lepas di ubahsuai beberapa kali akhirnya si kaldai Bari yang kena tandatangan bersama-sama beberapa orang balachi AJK Persatuan KCS.Sebaik saja buat surat tu terus lari pi buat Umrah. Berkat doa Dato Rasli minta bersih diri dia dari dosa,rumah Dato Rasli terbakar kerana dalam rumah tu banyak benda2 haram kot. Masyallah. Dengar kata tabloid yang hentam Dato Fuad dan bini dia dan Ostat yang bertajuk Kita Sejahtera tu diluluskan sendiri oleh Dato Rasli sebelum dia pi Mekah naik haji dan di biayai oleh Dato Det Khalid dan Armishah. Dato Rasli takut Dato Fuad jadi ancaman kpd dia utk sambung jadi SUK. (Dulu depa kawan baik sungguh, kehulu kehilir bersama). Aku hairan dan takjub,hanya beberapa hari nak pi ke tanah suci masih boleh buat dosa. Oh ya, bila pi Mekah boleh basuh dosa kan? Macam Samy Vellu mandi di Sungai Gangis? Sekarang ni pun ada beberapa bloggers KCS yg menerima arahan Dato Rasli, Mee Din, Man Saad dan Armishah untuk hentam Ostat, dato Fuad, Dato Amiruddin dan PAS. Aku dapat tau bila dia sambung jadi SUK, Mee Din akan dapat potong Dato Khazali, Dato Rahman, Dato Khairudin, Dato Barni untuk pi jadi Pegawai Kewangan Negeri dan seterusnya SUK. Dato Fuad aku rasa bila kena tekan dgn puak ni dia pencen awal. Pikiaq2 baguih juga, ada peluang org lain naik pangkat. Aku harap Dato Fuad taklah sepengecut itu.

9. Aku sokong Dato Rasli sambung sebab bini dia belum dapat anugerah Dato. Bini dia selalu kutuk bini Dato Syed Unan yang menurutnya perempuan yang lembab macam tu pun dapat Dato, pasai apa dia yang aktif dan cergas tak dapat. Dia kata berbanding dengan bini-bini SUK sebelum ini, Normalah yang top sekali. Aktif sangat dalam badan-badan amal kononnya.Eh, bila aku bilang2 tak berapa NGO pun dia masuk. Kalau dia masuk pun ahli-ahli meluat.Tapi mana orang nak berani komplen,bini SUK katakan. Tahniah Dato Rasli kerana bagi BCK kepada menantu yg baru setahun dua kerja. Tahun depan aku sokong Dato Rasli bagi AMK pulak ya. Anak jantan dan anak-anak dirumah pun elok bagi juga tahun depan Tok. Pulon dalam setahun ni,tapi taka pa, adik Mee ada lepas tu. Kepada Rizal tahun depan kita bagi Bintang Gunung Raya pulak.

10. Akhirnya, dalil ke 10 Dato Rasli patut sambung jadi SUK adalah kerana dia hansom dan berketrampilan tapi mandom. Rambutnya sentiasa hitam macam kiwi kasut. Pakaiaan kemas dan cantik sebab Norma dok jaga abang dia.Hampa tau dak Norma tu ada kedai mendandan di Pekan Rabu, tu yang muka Dato Rasli sentiasa berseri-seri, penuh NUR. Aku tengok dia ni slow nak buat apa-apa keputusan tapi mungkin hampa anggap itu sebagai pemimpin yang mempunyai aura.Jadi buat sementara ni tak adalah KCS yang boleh ganti dia. Lepas tu orang yang canggih dan berkertampilan seterusnya lepas dia adalah Mee Din.Mee Din hansom kan? Aku tengok Man Saad pun hansom juga, jadi Man pun ada peluang jadi SUK kot?


Friday, April 15, 2011

SeJaraH KCS

Thursday, April 14, 2011

Gambar KCS masa muda-MUDA

Sapa yang anda kenal?

Sunday, April 3, 2011

Apa yang dok kalut kat KCS La Ni..!!! Isu Sambung Kontrak SS.....

Cabutan dari: http://www.kedahlanie.info/

Khabarnya seminggu dua ini Dato' Rasli dan sekutunya dalam Persatuan KCS sibuk melobi sana sini untuk sambung perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kedah. Tak payah pergi jauh-jauh, pasang telinga di Cafe Wisma Darul Aman, kalau Man Lengkong, Armishah atau Ghani Hassan ada, itulah tajuk yang dibualkan. Atau pasang telinga di padang-padang golf. Apa lagi boleh dibuat untuk memastikan khidmat SS disambung lagi.
Bukan rahsia lagi kumpulan Dato' Rasli juga sedang memburukkan Dato' Fuad yang disebut-sebut juga akan bergerak ke posisi SS setelah kini menjawat jawatan Pegawai kewangan Negeri. Fuad dikatakan sepupu atau dua pupu dengan Ustaz Azizan dan terpalit kes-kes lama di Sungai Petani.

Dato' Rasli didakwa oleh sesetengah pihak masih setia kepada kerajaan lama Barisan Nasional, khususnya Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid. Bagi pegawai KCS berpangkat rendah yang lebih junior, Dato' Rasli diketahui mengamalkan kronisme. Pasukan Dato' Rasli terdiri daripada Dato' Azmi Din (SADA), Man Lengkong, Hj Nordin (Sumber manusia), Arminshah (Kerajaan tempatan), Ghani Hassan (PBT KHTP), Aziz Hasan, Hj Ishak UPEN, Dato' Basharudin, dan Rozaina MPSPk.

Masa Syed Unan jadi SS, kumpulan ini juga membuat macam-macam gerakan untuk menamatkan khidmat Syed Unan yang waktu itu disambung sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Sekarang lain pula jadinya, mereka pula minta Dato' rasli disambung khidmatnya. Tentu ada sebab-sebab tertentu hingga mereka bersungguh-sungguh mahu Dato' Rasli menjadi nombor satu. Antara sebab yang utama ialah kes pembinaan dewan dan pejabat MPSPk di Sungai Petani yang melibatkan skandal kewangan berjuta ringgit.

Dato' Rasli juga ingin pastikan anak saudaranya Rozaina (YDP MPSPk) dan anaknya yang masih junior dalam KCS terjamin kedudukan dan kenaikan pangkat. Baru-baru ini anak menantunya menerima pingat BCK (walaupun batu setahun agung berkhidmat) yang menimbulkan rasa tak puas hati pegawai sebaya anaknya. menantunya juga menerima pingat itu.

Kalau ada sesiapa yang tahu maklumat lanjut tentang berita ini, bolehlah panjang-panjangkan..... (Dato' Rasli tak dapat dihubungi untuk mengesahkan cerita yang tak perlu pengesahan ini...)

http://sauhdilabuh.blogspot.com/

Pegawai KCS akan jadi Menteri Besar Kedah selepas PRU akan datang ??????


Cabutan dari Blog Forum Kedah Times


SOBRI SUDIN

1. KCS adalah ringkasan dari Kedah Civil Service (Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah). Usia KCS menjangkau ratusan tahun dan rakyat Kedah perlu berbangga kerana hasil sentuhan anak Kedah, pentadbiran moden berjaya disusun semenjak zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah tanpa perlu campurtangan British.

2. Untuk rekod pada pertengahan kurun ke-19, pentadbiran moden, kemajuan pengurusan, urusan kutipan hasil, sistem percukaian, pentadbiran tanah di Kedah adalah jauh lebih maju berbanding negeri-negeri yang menerima lantikan Residen British seperti Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

3. Justeru apabila rakan-rakan pegawai KCS memberitahu bahawa , 'jangan terkejut selepas PRU akan datang, akan ada pegawai KCS yang bakal menjadi MB Kedah'. Dan pegawai itu yang lebih penting akan bertanding atas tiket UMNO..

4. Jika itu sudah suratan takdir Allah s.w.t, maka ibarat siri pulang ke gagang. KCS memang sudah diakui kecekapan pentadbiran mereka, mereka juga adalah hulubalang istana, punyai hubungan erat dengan Sultan, memahami selok belok pentadbiran, topografi dan kenal benar aspek sosio-budaya warga KEDAH. Ramai dari mereka suda punyai kelulusan ijazah Masters, pengalaman luas, jaringan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi dan pihak sama ada di peringkat kementerian , mahupun agensi pusat.

5. Jika itu yang terbaik yang boleh membawa kembali aras kemajuan Kedah kehadapan setelah tiga tahun mengundur kebelakang kesan ditadbir oleh puak pokka hijau yang hanya ghebang deras dan lebih banyak tidur, merungut, MELEPAK di Kedah Club, bersantai di padang golf, berceramah sepanjang masa diseluruh negara, perongos dan cenge berbanding usaha menyelesaikan isu rakyat termasuk janji pembohong manifesto mereka, maka seluruh rakyat Kedah wajib menerimanya..

6. Ibarat kata Dato Othman Aziz, 'Kedah di bawah PAS kembali ke zaman gelap, era dimana kita sebagai orang Kedah sendiri tidak boleh merasa bangga sebagai rakyat Kedah. Urus bola pun lembap, urus ekonomi kian meleset, urus balak depa cekap, urus janji tak boleh harap, urus GLC kian melingkup, urus kebajikan rakyat semua pakat melarat... cuma satu sahaja urusan yang mereka segerakan... MENAMBAH BINI DAN HARTA KEKAYAAN..

7. Siapa pun bakal MB, sama ada KCS, orang biasa, pemimpin parti yang penting selepas ini kita pastikan MB itu bukannya datang dari PARTI POKKA HIJAU.. Adapun serupa tiada sahaja.. Ibarat kata orang NEGERI SEMBILAN, 'EKAU BUEK MONGABISKAN BERAIH SAJA'.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/03/pegawai-kcs-bakal-mb-kedahsiapa.html#ixzz1ITHuChOS
 
Komen Saya: Baguslah .. ada juga orang yang memberi pengiktirafan sebegitu rupa .. menunjukkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah memang telah terbukti kehebatannya...  siapa agaknya yang diramalkan itu?