BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Monday, May 30, 2011

WajarKah Seorang Penjawat Awam di Perlakukan Sebegini .......

31.05.2011
Catatan: Mohd Asri Redha


saja copy bagi herot... 

Tukar kerana isu moral, isu integriti, isu disiplin dan isu salahguna kuasa tak apa ...  tapi kalau suruh tukar kerana pegawai nak buat kerja seperti mana yang diarahkan oleh kerajaan dalam ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin atasan maka ini suatu perkara yang benar-benar amat mendukacitakan..Sikit-sikit kelemahan diri yang ada itu biasalah ... kita sebagai manusia bukan perfect 100 %.....Ianya boleh diperbetulkan dan dibaiki... Apa  yang berlaku mungkin ada sedikit salah faham dari segi komunikasi   dan perbedaan pendekatan. Saya rasa tidak ada tangan atas/tangan ghaib yang dok arah buat itu buat ini... apatah lagi nak sabotaj  kerajaan negeri..   takkan lekeh sangat kut pegawai2 kanan yang ada, buat kerja ikut telunjuk orang yang tidak sepatutnya... tapi persepsi orang memang banyak kata macam tu.. tak caya bacalah komen-komen yang berjela-jela dalam blog malaysiakini.com...

Di akhbar Sinar Harian 31.05.2011 terpampang tajuk utama dimuka depan akhbar tersebut .. minta YDP MPSPK disiasat..... yang saya paparkan diatas ini adalah dari Akhbar STAR... saja nak belajar orang putih sikit .. ambil dari paper tersebut. Di akhbar-akhbar Cina lagilah banyak isu ini dibangkitkan dengan lebih sensasi...

..
Begitulah nasib kita pegawai-pegawai yang malang...  Pada akhirnya akan melemahkan usaha-usaha pegawai untuk menguatkuasakan undang-undang.  Kalau  tidak mula sekarang, bila lagi.. .. bila lagi, bila lagi .. 12 tahun yang lalupun semasa bertugas di MPSPK, inilah juga yang dikata.. fasal apa tidak ambil tindakan sebelum ini....... La baru baru nak ambil...  Saya pernah bertugas di beberapa PBT... masalah dan ucapan yang sama ditimbulkan... fasal apa La baru nak ambil, fasal apa kat kami saja nak ambil, fasal apa waktu dok pacak tiang tidak diambil tindakan, fasal apa orang melayu nak berniaga dok kacau, fasal apa dah berniaga 13 tahu baru nak ambil, fasal apa kacau periok nasi kami, fasal apa tak bagi notis dulu, fasal apa bagi notis singkat sangat dan segala macam fasal apa..  susah mau jawab dong ... kalau jawabpun tidak betul juga....

Orang awam pula akan tanya jabatan fasal apa biar dok berniaga tepi jalan, fasal apa bagi mereka berniaga lama disitu sedangkan kami terpaksa sewa/beli kedai untuk berniaga, fasal apa biar berniaga sampai membahayakan keselamatan lalulintas, fasal  apa biar dok berniaga sampai ganggu ketenangan rumah kami, fasal apa biar mereka mencacatkan taman kami dengan pondok-pondok kayu tepi jalan untuk berniaga, fasal apa biar berrniaga tepi jalan atau atas rizab sampai longkang taman kami tersumbat habis dengan lemak dan buangan makanan, fasal apa bagi mereka berniaga sampai bersepah sampah-sampah dikawasan kejiranan kami dan segala macam fasal apa....

Jadi yang mana satu nak pakai ni.. 

Pokoknya.. siapa yang mau pertahankan rakan-rakan seperjuangan kita ni...... penyelesaian yang paling mudah ialah tukar pegawai habis cerita.. tapi isu dan masalah tempatan sampai bila tiada kesudahannya .....

Jadi kelemahan menguatkuasakan undang-undang akan memberi masalah yang lebih besar lagi kepada kerajaan.. tunggu dan lihatlah selepas ini apa nak jadi.......Saya rasa majoriti rakyat tidak suka dibiarkan peniaga bina struktur kekal dirizab2kerajaan yang strategik seperti dalam taman perumahan, jalan-jalan utama, jalan-jalan yang sibuk.   Kalau setakat gerai bergerak, saya rasa tak ada masalah sangat. Saya harap lepas ni janganlah lagi ada yang menuding jari kepada pegawai-pegawai kerajaan kerana membiarkan segelintir orang yang sewenang-wenangnya berniaga dan duduk ikut suka hati mereka dimana sahaja mereka suka..

Ok... jumpa lagi kawan2... bacalah dan renungilah ....

Jangan lupa baca komen2 diblog ni... makin meriah jadinya isu ini......

http://semangatjatiptkm.blogspot.com/2011/05/salah-siapa.html

http://merboktimes.blogspot.com/2011/05/rashid-din-ahli-parlimen-merbok-tak.html

http://mummyrokiah.blogspot.com/2011/05/kerajaan-pimpinan-ustaz-azizan-di-kedah.html

http://www.kedahlanie.info/2011/05/siapa-dalang-di-sebalik-peristiwa-roboh.html

http://cenangau.blogspot.com/2011/05/ydp-majlis-perbandaran-sungai-petani-si.html

http://www.malaysiakini.com/news/165489
http://greenblacks.blogspot.com/2011/05/apa-tindakan-mb-azizan-17-ahli-majlis.html




  

1 comment:

  1. sy sgt2 bersetuju 1000% atas tulisan en asri. Kita penjawat awam kuatkuasa udg2 atas amanah & tgjwb, jgn nak dipolitikkan oleh mana2 pihak. Bacaan polotik oleh mana2 pihak pun x akan tunjukkan kita penjawat awam ni betul. DEPA ahli politik saja yg betui. Pikir jgn sekerat saja, sebab dekat dh ngan pilihanraya baru nk tunjuk champion sana sini. Kalau betui ambik berat hal rakyat, jgn duk p berjalan melancong obesi sana sini, duk mintak nak p lagi ada...

    Pada YDP MPSP, dan semua agensi yg terlibat dalm isu roboh ni, tetapkan istiqamah, teruskan demi kesejahteraan kumpulan masyarakat yg lebih besaq, bukan tertumpu pada peniaga2 tu saja....

    Good posting en asri...!

    ReplyDelete