BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Sunday, April 3, 2011

Pegawai KCS akan jadi Menteri Besar Kedah selepas PRU akan datang ??????


Cabutan dari Blog Forum Kedah Times


SOBRI SUDIN

1. KCS adalah ringkasan dari Kedah Civil Service (Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah). Usia KCS menjangkau ratusan tahun dan rakyat Kedah perlu berbangga kerana hasil sentuhan anak Kedah, pentadbiran moden berjaya disusun semenjak zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah tanpa perlu campurtangan British.

2. Untuk rekod pada pertengahan kurun ke-19, pentadbiran moden, kemajuan pengurusan, urusan kutipan hasil, sistem percukaian, pentadbiran tanah di Kedah adalah jauh lebih maju berbanding negeri-negeri yang menerima lantikan Residen British seperti Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

3. Justeru apabila rakan-rakan pegawai KCS memberitahu bahawa , 'jangan terkejut selepas PRU akan datang, akan ada pegawai KCS yang bakal menjadi MB Kedah'. Dan pegawai itu yang lebih penting akan bertanding atas tiket UMNO..

4. Jika itu sudah suratan takdir Allah s.w.t, maka ibarat siri pulang ke gagang. KCS memang sudah diakui kecekapan pentadbiran mereka, mereka juga adalah hulubalang istana, punyai hubungan erat dengan Sultan, memahami selok belok pentadbiran, topografi dan kenal benar aspek sosio-budaya warga KEDAH. Ramai dari mereka suda punyai kelulusan ijazah Masters, pengalaman luas, jaringan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi dan pihak sama ada di peringkat kementerian , mahupun agensi pusat.

5. Jika itu yang terbaik yang boleh membawa kembali aras kemajuan Kedah kehadapan setelah tiga tahun mengundur kebelakang kesan ditadbir oleh puak pokka hijau yang hanya ghebang deras dan lebih banyak tidur, merungut, MELEPAK di Kedah Club, bersantai di padang golf, berceramah sepanjang masa diseluruh negara, perongos dan cenge berbanding usaha menyelesaikan isu rakyat termasuk janji pembohong manifesto mereka, maka seluruh rakyat Kedah wajib menerimanya..

6. Ibarat kata Dato Othman Aziz, 'Kedah di bawah PAS kembali ke zaman gelap, era dimana kita sebagai orang Kedah sendiri tidak boleh merasa bangga sebagai rakyat Kedah. Urus bola pun lembap, urus ekonomi kian meleset, urus balak depa cekap, urus janji tak boleh harap, urus GLC kian melingkup, urus kebajikan rakyat semua pakat melarat... cuma satu sahaja urusan yang mereka segerakan... MENAMBAH BINI DAN HARTA KEKAYAAN..

7. Siapa pun bakal MB, sama ada KCS, orang biasa, pemimpin parti yang penting selepas ini kita pastikan MB itu bukannya datang dari PARTI POKKA HIJAU.. Adapun serupa tiada sahaja.. Ibarat kata orang NEGERI SEMBILAN, 'EKAU BUEK MONGABISKAN BERAIH SAJA'.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/03/pegawai-kcs-bakal-mb-kedahsiapa.html#ixzz1ITHuChOS
 
Komen Saya: Baguslah .. ada juga orang yang memberi pengiktirafan sebegitu rupa .. menunjukkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah memang telah terbukti kehebatannya...  siapa agaknya yang diramalkan itu?

No comments:

Post a Comment