BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Monday, December 16, 2013

KESEDARAN EMOSI DAN SPRITIUAL MELALUI MODEL 'THE ESQ WAY 165' - KE ARAH KEDAH AMAN MAKMUR

Assalamualaikum WRT..  Al Fatihah
Saudara-saudara ku  insan-insan mulia di sisi Allah



Hari ini saya nak bercerita fasal kursus yang saya hadiri bermula dari 12 - 14 Disember 2013. bertempat di Mentaloon , Alor Setar. Sebenarnya kursus ini agak berat utk diikuti.. apatah lagi buat sambung pada hari Jumaat dan Sabtu pula tu. .. penoh dengan jadual khenduri.. Terlepaslah sudah khenduri sahabat2 hari ni... satu cabaran besar kepada peserta kursus yang terpaksa berkorban 2 hari cuti hujung minggu. Sebab itu dari 180 orang yang mendaftr pada hari pertama pada akhirnya lebih kurang 130 orang sahaja yang layak diberi Sijil Alumni ESQ. Ini juga menguji ketabahan dan ketahanan diri kita bila berada dalam situasi seperti ini..  keputusan perlu dibuat.. mana lebih penting... Rugilah kepada sesiapa yang melepaskan peluang yang ada ini dan beruntunglah kepada sesiapa yang mensucikannya..

Sebenarnya sayapun banyak juga komitmen yang terpaksa dibuat , tapi atas dasar untuk meningkatkan kefahaman diri yang terlalu amat kurang ilmu ini apatah lagi ilmu-ilmu yang boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa..  Saya baru sahaja tamat menghadiri satu konferens di Marriot Hotel dan balik terus sahaja mendaftar untuk kursus ini pula.. tak gamak rasanya nak tolak tawaran kursus yang diberi kepada saya oleh kerajaan negeri. Tiga hari lagi saya dikehendaki pula untuk mengikuti satu Program Pengukuhan Pasukan Kerja Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah yang akan diadakan di Belum Rainforest, Gerik, Perak Darul Ridzuan.  Inipun kena pergi juga. Orang dah atur , pi sahajalah.. apa yang susahnya. Kerja pejabat pun berlambak-lambak . semua kena segera sebab dah masuk hujung tahun...  waktu inilah segala macam kerja dia datang .. Jadi kenalah pandai mengatur masa nak bagi kerja tidak tergendala.. Mau tidak mahu waktu malam terpaksa lah pergi ke pejabat juga... Tak ada masalah sangat nak ke ofis.. Hanya 08 minit perjalanan sahaja dari rumah saya...

Seperti yg saya kata tadi.. kursus ini bukan setakat kursus biasa tp ia amat bermakna kearah peningkatan kefahaman yg lbh tinggi lagi terhadap Islam yang syumul ini...  Saya amat tertarik dengan kaedah persembahan kursus ini... memang menarik dan tidak membosankan hingga terasa tidak mahu ketinggalanpun satu modiul yang di ajarkan. Ini adalah kerana setiap susunan set modiul dibuat sebegitu rupa dan saling ada berkaitan. Sebab itu sesiapa yang tidak  hadhir kursus  hari sebelumnya maka tidak dibenarkan masuk kerana, ianya dikhuatiri akan memberi kefahaman yang tidak betul..


Dr Ari Ginanjar Agustian......

Inilah pengasas ESQ yg

datang sendiri memberi 

ceramah yang menarik ini.
Bukan senang dapat ber
gambar dengannya....

Semasa dpt jemputan mengikuti kursus ni saya tak pasti apa kandungan isi kursus itu. Nama kursus tersebut  "Personal Transformation Program For Leaders" Bila daftar saya dapat sebuah buku 'ESQ..Emotional Spiritual Quatient, The ESQ Way 165'  Karya Ary Ginanjar Agustian... edisi Bahasa Malaysia...  Jadi saya rasa mungkin ini akan menjadi asas kepada kursus saya sepanjang 3 hari ini.  Saya rasa bertuah kerana hari ini saya berpeluang  mengikuti kursus berkenaan ESQ apatah lagi dapat dengar sendiri dari orang pakar dalam bidang ESQ. Selama ini hanya dengar dan baca berkenaan ESQ secara umum sahaja, terutama sewaktu isu dan polemik program ini yg dikatakan bercanggah dengan Islam dan macam-macam persepsi yang saya dapat dari perbincangan-perbincangan tersebut. Tak sangka pula sepanjang 3 hari ini saya mengikuti kursus ESO ini


Ini adalah latih amal yg dibuat dalam kursus ini. MB dan
SUK begitu semangat mengambil bahagian. nampak ni..
depa dok bertukar kasut untuk dicuci.. YAB Mukhriz
saya lihat cuci kasut Dato' Puat sampai berkilat...... 
waduh itu yang buat Dato' SUK rasa terharu tu...... 
Yang terkejutnya semasa tiba kat dewan kursus ini., MB Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, sambut peserta kursus dan beliau juga mengikuti kursus ini tanpa ketinggalan satu modiulpun.. malahan pada malam Sabtu beliau ada program di Kuala Lumpur, tapi pada besok pagi tepat jam 8.30 pagi beliau sudah ada terpacak kat Dewan Mentaloon.  Setahu saya pagi-pagi yang ada cuma flight Air Asia sahaja ke Alor Setar.. Rasanya mungkin beliau naik Air Asia kut.. sayapun tak tanya habis bab ni.. tapi begitulah kira-kiranya. Bayangkanlah kalau naik Air Asia kat LCCT... seorang MB berjalan kaki dari terminal ke flight.. hilang segala protocol dan terpaksa bertolak awal -awal pagi untuk pulang. Sedangkan beliau boleh naik flight tengahari balik... Siapa boleh kata apa. Jadi dalam bab ini saya amat menghargai komitmen beliau terhadap kursus ini dan  menunjukkan komitmen kerajaan negeri amat tinggi terhadap program  ini.  Nanti  ada banyak benda lagi saya boleh cerita sepanjang 3 hari kursus padat dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 petang.


Dimulakan dgn tazkirah oleh Ybhg. Dato' Mufti Negeri Kedah..Sahibul Samahah Dato' Paduka Sheikh Badaruddin  berkenaan "hati" dan hal2 berkaitan tanggungjawab seorang Muslim dan pemimpin. Manusia kena sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan sehingga mati.. 
Cuba tengok tu...... kursus kali ini depa pekena sungguh 
MB kita ni... yang syoknya MB kita ni memang sporting
habis.. habaq pi la apa pun.. dia tak ada masalah 
untuk ambil bahagian..
Sebenarnya dalam buku yang diberikan itu, maka itulah yang diajarkan dalam ESQ.. saya telah baca sepintas lalu dan bandingkan apa yang diajarkan sepanjang 3 hari memang ada persamaan. Namun membaca tidak semudah itu untuk difahami jika tidak diberi petua dan tunjuk ajar melalui latihan. Saya dan para peserta amat beruntung kerana  pengasasnya sendiri Dr Ari GinanjarAgustian. (Penulis buku ESQ ini) yang turun memberi ceramah dan panduan yang amat berguna. Anak didiknya juga memang berwibawa untuk memberi latihan yang hebat sebegini walaupun  masih muda, tapi saya rasa ilmu ugama mereka memang tinggi dan tahap kefahaman mereka terhadap isi kandungan Al Quran dan Hadith memang tidak dapat dinafikan.


Saya tidaklah mahu mengambil tahu sangat akan kata-kata sinis berkenaan program ini terutama yang kata program ini terlalu memuja Dr Ari, ada unsur-unsur menari yang bercanggah dan pelbagai lagi hal yang kurang enak didengar. Sebagai seorang yang kurang ilmu  saya ambil peluang untuk belajar program ini kerana telah ada panel syariah yang mengawasi akan modiul ini agar tidak terkeluar dari landasan Islam. Kalaulah pakar-pakar agama yang pernah menjadi mufti pun kita tidak percaya.. pada siapa lagi...   tidak perlulah berlebih-lebihan dalam hal ini...  

Salam Semut mesti kena pelok .....  
 
Ilmu mereka memang tinggi , sebab itulah mereka boleh mengaitkan setiap patah ayat Al Quran  dengan tanda-tanda dan bukti-bukti kebesaran Allah SWT . Selama ini kita hanya mendengar ceramah agama secara biasa sahaja.... namun sejauh mana ianya memberi kesedaran mendalam kepada diri kita.  Kursus ini menggunakan sepenuhnya multimedia moden dan elektronik, dengan teknik audio visual dan audio video  yang luar biasa dengan diiringi muzik-muzik yang disesuaikan dengan setiap patah perkataan para fasilitatornya. Kadang-kadang bunyi lembut, kadang-kadang bunyi kuat dan terlalu kuat. Kadang dengar ceramah dalam gelap, ditunjukkan video dan sebagainya. Ada pula ketika duduk dikerusi dan ada ketikanya duduk atas lantai sepanjang hari. Diikuti pula dengan latihamal yang menarik , mencuit hati , tapi penuh makna dan pengajaran.

Kadang-kadang tengah dok ceramah...  diberhentikan baca Bismillah. dan kadang- kadang baca Al Fatihah. Rasanya 3 hari kursus ini ratusan juga baca Al fatihah dan Basmallah.. lama-lama dah jadi kebiasaan dan jadi syok pula. Ada pula kena senaman. Lagu Hijau Kuning sentiasa dimainkan .. menimbulkan semangat dan macam-macam pendekatan dibuat. Tak ada masa nak terlena..

Tengah-tengah ceramah disuruh Salam Semut.. Salam Semut ini kalau yang tidak biasa .. dia pasti rasa kekok... kalau nak kena buat selalu.. tu yang hari kedua  dah cerah sikit. Kerana Salam Semut nilah .. seingat saya lebih 9 kali boleh pelok YAB MB kita ni, selain lain-lain sahabat insan mulia disisi Allah SWT. Pakat-pakat pelok .. lama-lama dah jadi kebiasaan. Syok juga. Tak taulah lepas habis kursus ini boleh Salam Semut lagi tak tau la.. Tapi bila kita tengok orang-orang Arab buat nampak macam biasa saja..  Harap-harap lepas ni kalau kita bagitau nak Salam Semut.. faham-faham lah... Cuma persepsi orang pula pelbagai anggapan akan timbul .. kalau tiba-tiba pi pelok dalam majlis yang ramai orang.. Apatah lagi pi pelok MB atau SUK.  Bila dah dok buat selalu dah jadi tak kekok lagi...  

Model ESQ Way 165 yang menjadi frame
pembelajaran ESQ sepanjang 3 hari penuh.
Kalau Dato' Wira Hj Mohd Puat Ali SUK Kedah amat terharu kerana kasut beliau yang tidak berapa bersih tu dicuci kilat sebersihnya oleh YAB Dato' Paduka Mukhriz, saya lagilah lebih teruja. Fasalnya kerana saya boleh urut kepala, tengkok dan belakang beliau dan ketuk-ketuk lagi. Dia pula urut kepala saya yang yang dah beruban dan botak juga sepertinya.... Kalaulah Dato' Paduka baca blog saya ni saya harap beliau tidak marah .. Ada makna disebalik apa yang saya cerita ini..  nanti saya cerita kalau ada kesempatan. Sebenarnya latihamal atau permainan yang di buat itu ada banyak pengajaran-pengajaran disebaliknya. 

Saya amat hargai akan komitmen YAB Dato' Paduka Mukhriz kerana mengikuti setiap modul sepanjang 3 hari tanpa ketinggalan satupun, timbul kemesraan yang jelas antara beliau dengan lain-lain peserta kursus ini. Kesanggupan beliau itu bersama-sama kami sambil makan bersama, sembahyang jemaah bersama dan ada ketika beliau menjadi imam sembahyang waktu benar-benar mencabar kami peserta yang setia menunggu hingga tamat kursus ini.  Tahniah Dato' Paduka..  . 

..Saya tidaklah mahu menceritakan dan mengajarkan apa yang diperolehi sepanjang 3 hari berkursus ini , cukuplah sedikit penjelasan berkenaan modiul kursus ini. Di atas ini adalah model ESQ yang menjadi asas kepada latihan ini.



Untuk memahami model ini tentunya kena pergi kursus ESQ dari mereka yang bertauliah untuk menyampaikannya.. Model inilah yang menjadi rahsia kejayaan membangunkan kecerdasan emosi dan spiritual berdasarkan ESQ Way 165.. Satu (1) itu bermaksud HATI atau nilai berdasarkan konsep Ihsan pada KESEDARAN FITRAH. Enam (6) pula PRINSIP MORAL berdasarkan RUKUN IMAN. Lima (5) pula LANGKAH MENUJU KEJAYAAN.. berdasarkan RUKUN ISLAM. Semua bahagian-bahagian ini diberikan contoh-contoh sebenar, pengalaman, teori-teori ilmiah. Disampaikan  Namun begitu Al Quran dan Sunnah Rasullullah tetap menjadi sumber dasar yang sebenarnya.  Matlamat akhir kursus ini adalah untuk melahirkan manusia yang unggul melalui kecerdasan emosi dan spiritual.. 

Bagi saya kalau tak boleh banyak, dapat sedikitpun amat besar manafaatnya.  Yang menghalang pemahaman yang mendalam dalam latihan ini  adalah faktor BELENGGU yang melingkari hidup seseorang. Walaupun seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi, pengalaman yang luas, dan pangkat yang besar, tetapi apabila seseorang itu telah melalui latihan  'Zero Mind (menacle)Process' maka barulah dapat menjawab segala persoalan yang selama ini tidak mampu menjawabnya.

Harapan saya ianya akan membina karakter diri saya yang lebih baik.. Mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan menebalkan kecintaan diri saya terhadap Rasulullah SAW.. Insya Allah.

 Ok.. rasanya terlalu berat juga cerita kali ini..nanti yang membacanya kui meluat pula.. .. Jadi cukuplah sekadar ini sahaja apa yang saya mampu cerita.. Saya pada akhirnya diberikan Sijil Kehadiran Kursus.. Ikut penceramah ESQ Pak Andy,  kursus 3 hari penuh ini akan melayakkan menjadi Alumni ESQ . Ini bermakna jika ahli alumni ESQ ingin mengulangi lagi kursus seperti ini ditempat lain seluruh dunia dimana dianjurkan kursus basic ini maka boleh masuk kursus itu dengan percuma...  Kalau 'advance' kena lah bayar...

Saya amat menghargai akan usaha-usaha kerajaan negeri mengadakan kursus seperti ini walaupun saya tahu memang tinggi kos untuk membawa program ini, namun dari segi pembinaan insan penjawat awam seperti saya ianya amat berguna.... Insan yang telah lama melaksanakan segala ibadat-ibadat yang disuruh tapi tidak terasa apa-apa... Hanya sekadar mengerjakan ibadat wajib dan sunat dan berulang-ulang tanpa jemu tapi tapi kurang panduan yang betul dan jelas akan tujuan hidup didunia yang hanya sementara ini. 


Alhamdulillah,  ini yang saya dapat dalam kursus ini, walaupun tidak sepenuhnya tapi cara dan kaedah yang dibuat dalam kursus ini ternyata amat berkesan. Kefahaman yang lebih lanjut boleh dirujuk lagi kepada buku ESQ yang dibekalkan itu. Selama ini belajar agama hanya dengar dan lihat penceramah.. tapi kali ini belajar agama secara lebih saintifik.  

Untuk menjadi Kedah sebuah negeri 'Aman Makmur' ianya perlu bermula dari individu itu sendiri. Inilah pendekatan kreatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri hasil cetusan idea YAB Menteri BEsar Kedah DA...  Kejayaan Kedah Aman Makmur hanya boleh tercapai jika semua penjawat awam, para pemimpin, dan rakyat secara sepadu bergerak melakukan transformasi secara besar besaran..   Kursus ini di 'design' khusus oleh Dr Ari untuk disesuaikan  dengan Program Transformasi Kedah Aman Makmur.      Ok .. jumpa lagi..

Bacalah dengan nama Tuhan Mu.. Al Fatihah.. Amiin.


Sunday, October 6, 2013

Percaturan Penuh Strategik di PRK DUN Sg Limau.. Masa Depan Datuk Shuhaimi dan Muzaini..

Catatan : Mohd Asri Redha
06 Oktober 2013...

Assalaamualaikum WRT.... Ketemu lagi sahabat-sahabat maya sekalian. Sudah seminggu saya tidak menulis... banyak juga bahan-bahan berita  itu ini, rencana sana sini dan segala macam maklumat saya baca dan dapat. Caca merba jadinya. Malangnya saya bukannya yang insan penghafal dan pengingat yang mahir seperti setengah-setengah tokoh hebat berpidato dan tokoh seni. Jadi baca, tengok, ingat sat dan lepas tu hilang begitu sahaja maklumat itu. Alangkah bagusnya kalau ada kemahiran mengingat apa yang dibaca itu.. tentu hebat saya sekarang... 

Ok,  saya tidak akan membosankan saudara pembaca blog saya dengan cerita-cerita dan berita-berita serta maklumat sana sini yang saya ada  ini. Saya tidak akan menceritakannya kerana ada sebahagiannya saya dah lupa.. Otak lama kut... Kadang-kadang tu pelik pula rasanya.. baru tak sat tanya nama... dapat tahu nama... tak sampai 5 minit bila orang itu berlalu terus terlupa balik nama tu... sampailah ada ketika ia timbul balik tanpa disedari.... Begitu juga kadang-kadang sembahyang waktu.... dah mula rasa-rasa kelupaan itu semakin menghampiri kita..  Tengah dok sembahyanag dan memang bagi tahu pada hati ini, jangan lupa bilangan rakaat... bangkit sahaja selepas rakaat ke 3 ..... mulalah timbul was-was... 3 ka 4 rakaat ni..... akhirnya ambil keputusan buat Sujud Shahwi juga... sekali sekali tak apalah juga , tapi kalau selalu nak kata lagu mana... kadang-kadang dalam dok niat nak buat sujud shahwi tu pun, .. lepas baca Tahiyat Akhir.. terus bagi salam terlupa juga nak buat Sujud Shahwi.....  apalah nak jadi diriku ini....

Ya Allah Ya Tuhan Ku.... bantulah hambamu ini untuk terus mengingati MU....  Janganlah diberi kelupaan untuk mengingati MU Ya Allah walau seketika.... Petua yang diberi oleh para orang agama ialah kena selalu baca Al Quran walaupun sepotong ayat.. Jadi saya kena amalkan ini berterusan setiap hari..... sepotong ayat sikit sangat kut.. elok baca satu muka surat setiap hari.. bila saya menulis  macam ni maka orang tulis tu kenalah buat dulu... ok  

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini  saya menyajikan pandangan saya berkenaan dengan PRK DUN Sg Limau yang akan berlangsung pada 4 November 2013 nanti. Yang menarik minat semua ialah pada 23 Oktober 2013 ini dimana Penamaan Calon akan bermula... Siapa calonnya...  ini yang menjadi perhatian sekarang ini. Di kawasan DUN Sg Limau ini, faktor calon itu penting kerana tersilap memilih calon akan memberi keputusan yang mungkin berbeda dari apa yang diharapkan.

Saya bercakap begitu kerana faktor kekeluargaan memainkan peranan penting juga dalam menentukan calun. Sebab itu walapun Parlimen Jerai dikuasai oleh BN tapi di DUN Sg Limau ia tetap milik PAS sebab calunnya adalah Ustaz Azizan.. orang tempatan yang mempunyai kaum keluarganya di DUN Sungai Limau ini. Begitu juga sebelum ini BN pernah miliki kawasan ini dengan ketokohan Allahyarham Pak Teh Mat Penghulu sebagai calunnya. Pak Teh Mat Penghulu ini adalah bapa saudara kepada Allahyarham Ustaz Azizan, tapi dia orang UMNO, Ustaz Azizan orang PAS... Untuk pilihanraya berikutnya Pak Teh Mat tidak dicalunkan semula sebagai calun YB di situ. KEsannya BN kehilangan kerusi disitu. Walau bagaimanapun 5 tahun kemudian , Pak Teh Mat dicalunkan semula  sebagai calun BN disitu walaupun beliau agak berumur beliau pada waktu itu, tapi kerusi DUN Sg Limau kembali kepada BN... Begitulah keadaannya... jadi pengundi DUN Sg Limau pilih calun yang lagu mana ... sat PAS dan sat UMNO... mungkin sifat kepenghuluan Pak Teh Mat membuat beliau amat disengani dan senangi oleh orang Sg Limau disamping berkhidmat untuk rakyat tanpa ada apa-apa kepentingan diri. Sampai ke sudah Pak Teh Mat hanya menggunakan kenderaan biasa sahaja kalau tak silap Toyota Corona... tanpa nampak kemewahan berlebihan seperti mana yang ditonjol-tonjolkan oleh YB-YB  baru sekarang ini... Sebab itu bila PAS meletakkan Ustaz untuk menentang calun UMNO waktu itu, ianya memihak kepada PAS. Kemungkinan kalau Pak Teh Mat dicalonkan selepas tu, kemungkinan besar Ustaz Azizan tidak masuk untuk melawan bapa saudaranya. Ustaz Azizan juga mempunyai watak-watak yang lebih kurang sama dengan bapa saudaranya , cuma kelebihan lagi Ustaz mempunyai kelayakan ugama yang tinggi.

Ok lah sekarang kerusi DUN Sg Limau sudah kosong, tarikh penamaan calon pun dah diketahui, tarikh mengundipun sudah diberitahu. Pas atau UMNO pastinya mahu mengenengahkan calon yang terbaik masing-masing bagi menarik minat pengundi DUN Sg Limau mengundi calun muda tersebut. Siapa calon popular tersebut... Yang saya tahu  popular sekarang ini ialah Pengerusi SPR dan kawan saya Tn Hj Abdul Rashid Othman.. DO Yan yang dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya ADUN Sg Limau. Lepas ni keraplah gambar depa ada kat TV dan kat Akhbar. Tahniah Tn Hj Abdul Rashid.. satu cabaran besar pada beliau, kerana dalam PRK seperti ini  ianya menjadi tumpuan nasional dan international.. Setiap kerja beliau akan diteliti, dan dinilai... beliau membawa misi yang besar sebagai Pegawai KCS.

Satu pertembongan yang hebat antara PAS dan UMNO.. Walaupun keputusan pilihanraya ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pentadbiran negeri dan kerajaan persekutuan, tapi ianya berkaitan tentang soal maruah, imej parti itu sendiri. Setengah orang sanggup membunuh diri jika maruahnya dicemari... tapi kita sebagai umat Nabi Muhd  tak kan nak buat macam tu kut... ini soal politik sahaja, janganlah kita berlebih-lebihan sangat sehingga lupa kepada qada dan qadar Allah.

Saya tidak mengenali sangat akan calun-calun PAS sebelah Yan ini, kerana memang pun jarang berurusan dengan mereka, walaupun hampir 5 tahun  duduk bertugas dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Namun begitu selama 5 tahun tersebut saya telah bekerja di 4 tempat yang berbeda, iaitu di Pejabat Daerah Langkawi sebagai KPPD(P)  , Pejabat Tanah Kuala Muda sebagai Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Kota Setar sebagai Pentadbir Tanah dan di Majlis Bandaraya Alor Setar sebagai Setiausaha. Di kesemua tempat ini saya banyak bergaul dengan ramai orang PAS tempatan tersebut. Antaranya semasa jadi Ahli Majlis MPSPK Sg Petani saya berkenalan dan mengenali ramai Ahli Majlis bawah Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Ada seorang calon PAS yang disebut-sebut untuk mengisi calon PAS di Sg Limau  iaitu en Muzaini Azizan... bukan anak Ustaz Azizan. Bila sebut nama ini, saya baru teringat yang beliau ini adalah bekas Ahli Majlis MPSPK bertugas bersama sama saya sebagai Ahli Majlis di MPSPK juga... Jadi memang saya kenal sangatlah en Muzaini kerana beliau memang sentiasa berurusan dengan saya di MPSPK dan di jabatan saya di Pejabat Tanah Kuala Muda... Memang sesuai sangatlah beliau dicalonkan di Sg Limau kerana beliau seorang yang rajin turun naik ke jabatan-jabatan membawa isu dan masalah rakyat untuk diselesaikan... atas kapasiti sebagai Ahli Majlis. Beliau juga adalah Setiausaha PAS Bahagian Jerai dan pernah menjadi Pegawai Khas YAB Menteri Kedah waktu itu. Jadi sesuai sangatlah. Di samping itu semasa Aruah Ustaz Azizan sakit dulu, Muzaini inilah yang sering menggantikannya dan menjadi tempat rakyat tempatan mendapatkan apa-apa perkhidmatan dan bantuan. Pendek kata dia dah pun menjalankan tanggungjawabnya sebagai seolah-olah wakil rakyat.

Yang lain-lain timbul juga nama seperti en Musoddak ... juga orang kuat PAS Jerai, dan saya kenalipun ketika beliau menjadi Pegawai Khas Pejabat YAB Menteri Besar Kedah .. Taklah kenai sangat... 

Di pihak UMNO, saya tak nampak orang lain lagi yang lebih layak menjadi calon ADUN Sg Limau, selain Ketua Bahagian Jerai itu sendiri, iaitu Datuk Shuhaimi Abdullah. Calun sebelum ini iaitu Mohd Fadzillah Mohd Ali yang pernah menentang Ustaz Azizan dalam PRU yang lalu, rasanya tak sesuai lagi untuk diberi peluang kali kedua.. Sayapun hairan juga sebagai seorang Ketua Bahagian kenapa tidak diberi peluang untuk menjadi calun dalam PRU yang lepas. Mungkin ada apa-apa persetujuan bersama yang dibuat diantara calon atau dikalangan pemimpin tertinggi UMNO... tak taulah saya.

Sejak beliau menjadi Ketua Bahagian pada tahun 2008, saya telah mengikuti akan perkembangan aktiviti politik dan kemasyarakatan beliau di kawasan Parlimen Jerai ini, dan memang beliau seorang yang merendah diri dan sentiasa turun ke padang membantu rakyat yang memerlukan walaupun tidak memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat. Saya boleh mengikuti perkembangan aktiviti beliau setiap hari melalui Facebooknya dimana saya menjadi rakannya.. cumanya selepas habis PRU yang baru lalu, berita-berita aktiviti beliau dalam kawasan Parlimen Jerai ini tidak lagi ada... terhenti begitu sahaja... Tak taulah kenapa.

Walaupun saya kenali rapat beliau tapi saya jarang sekali bersembang-sembang dengannya. Tapi saya ketahui semua adik beradik beliau kerana beliau adalah adik ipar kepada abang sulung saya yang tinggal di Kg Kabu 10, Sg Limau Dalam, iaitu tempat kelahiran saya juga.  

Sapa tidak kenal Tok Imam Lah Sg Daun bapa Datuk Shuhaimi.. orang kuat di Sungai Daun... dan boleh dikatakan orang berada juga. Datuk Shuhaimi belajar di Australia dengan perbelanjaan sendiri, balik dari AUstralia beliau bekerja sendiri dan berniaga dalam pelbagai sektor perniagaan dari restoran, stesen minyak, kontrak malahan barangan kosmetik 'Syurah' pun beliau ada syer terbesar.. Saya tak tahu sangat akan perniagaanya tapi saya yakin beliau memang berjaya dalam perniagaanya. Sebab itu dalam melaksanakan program-program politik dan kemasyarakatannya di Parlimen Jerai beliau banyak menggunakan duitnya sendiri. Keadaan ini amat berbeda dengan sebahagian besar wakil rakyat yang masih lagi mengharapkan kepada kuasa  politik untuk menaikkan taraf sosial dan kehidupan mereka. Jadi pada saya kalau beliau jadi seorang wakil rakyat pun rasanya tidak memberi kesan kewangan yang besar kepadanya kerana selama inipun beliau sudah berjaya dalam bidang perniagaannya dan duit bukan lagi matlamatnya... 

Cumanya dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku.. dalam politik seseorang itu boleh dibunuh berkali-kali... sampai hilang segala pengaruh yang ada... itulah politik. Kalau tak mahu dibunuh berkali-kali dalam politik jangan bermain  dengan politik. Elok jadi macam saya saja, buat kerja juga boleh bantu rakyat juga cara saya tanpa kacau sesiapa.

Secara kebetulan sekarang ini tengah hangat pemilihan barisan pemimpin UMNO baik peringkat nasional maupun diperingkat bahagian. Datuk Shuhaimi juga tidak terkecuali dicabar dalam  pemilihan di peringkat bahagian sebagai Ketua Bahagian. Pencabarnya ialah orang yang telah diberi peluang oleh kepimpinan tertinggi sebagai Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan telah berjayapun sampai dilantik sebagai Menteri. Satu pencapaian yang amat membanggakan saya sebagai orang Sungai Limau. Ada anak Yan menjadi Menteri .. Kalau tanya  saya apa lagi yang saya hendak.. saya kata saya tak hendak apa-apa dah... dah jadi Menteri .. nak apa lagi . atas daripada Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sahaja lah.. Rupanya menjadi menjadi Menteri dengan gaji berpuluh ribu Ringgit Malaysia ianya masih tidak dapat memuaskan hati manusia. Dalam politik jasa tidak boleh dijadikan ukuran yang pasti untuk dibantu. Kata orang memegang jawatan pentadbiran samada menteri dan timbalan menteri  tidak lagi benar-benar berkuasa, tapi memegang jawatan politik itu lebih berkuasa. Sebab itu tidak hairanlah ada setengah calun berbelanja begitu besar dan berusaha begitu hebat untuk berkempen samada sebagai Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden, malahan diperingkat Bahagianpun tidak kurang hebatnya mereka pulun. 

Datuk Shuhaimi telah diketepikan begitu sahaja sebagai calun wakil rakyat untuk memberi laluan kepada calon-calon lain yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi... Siapa membuat keputusan tidaklah diketahui. Mungkin ada apa2 perjanjian antara mereka tidak tahulah saya. Semuanya itu memang tertanya-tanya kepada saya. ..  Jawatan Ketua Bahagian memang kuat untuk menyerahkan begitu sahaja kerusi yang ada kepada orang lain. Sedikit sabotaj yang dibuat oleh Ketua Bahagian boleh menjahanamkan pengaruh yang ada dan tidak mungkin Parlimen Jerai akan jatuh ke tangan BN... Tapi ini tidak berlaku. Datuk Shuhaimi tetap dengan lagak dan kepimpinannya seolah-olah tidak ada apa berlaku dan tetap turun berkempen bagi kemenangan BN walaupun sebahagian besar penyokongnya sudah mula rasa tawar hati untuk meneruskan kempen-kempen secara lebih hebat... Namun begitu atas dasar persaudaraan dan demi kepentingan UMNO, maka segalanya diketepikan dan akhirnya ia membuahkan kejayaan BN.. Tahniah....

Namun sepertimana yang saya cakapkan tadi, dalam politik macam-macam boleh berlaku ....  apa sudah jadi sekarang ini..  Ketua Bahagian yang dipimpin oleh Datuk Shuhaimi dicabar oleh rakan yang pernah dibantunya... Kita tunggu dan lihatlah nanti..   Saya cerita isu ini adalah kerana ia ada kaitan dengan PRK yang akan diadakan pada awal bulan November nanti. Pertembungan antara kedua-duanya itu boleh memberi kesan kepada keputusan dalam PRK DUN Sungai Limau itu. Kalau kedua-dua belah pihak iaitu penyokong kuat YB Ahli Parlimen Jerai dan penyokong Datuk Shuhaimi tidak bersatu dalam kempen-kempen pilihanraya nanti... macam mana.. Katalah Datuk Shuhaimi dipilih sebagai calon DUN Sg Limau nanti , adakah pihak penyokong Dato Seri Jamil Khir akan pulun sungguh-sungguh berkempen bagi pihak BN/UMNO. Kalau faktor itu diketepikan, Insya Allah rasanya DUN Sg Limau akan dapat dirampas balik. Kepimpinan tertinggi perlu turun padang untuk melihat perkara sebegini dan perlu diselesaikan secepat mungkin agar ianya tidak menjadi semakin parah.. Bagi saya Datuk Shuhaimi adalah calon yang sesuai untuk PRK ADUN Sg Limau ini. Sekurang-kurangnya ianya meredakan ketidakpuasan hati para penyokong Datuk Shuhaimi yang mahu melihat peningkatan kerjaya politik Datuk Shuhaimi ini . Tapi dalam konteks PRK ini, kalau Datuk Shuhaimi menang pun ianya tidak membawa ke mana.. nak lantik timbalan menteri atau menteri, dah jadi calun ADUN sahaja, nak lantik EXCO dan cukup quota... tapi tak apalah seperti yang saya katakan tadi.. duit bukan ukurannya.. Datuk Shuhaimi sudah ada segala-galanya..

Ok.. itu sahaja ulasan saya .. nanti kita sembang-sembang lagi... 4 November 2013 saya akan balik mengundi.... undi tetap rahsia..... 











Saturday, October 5, 2013

Takziah... Buat Keluarga Aruah Ustaz Azizan... Kehilangan Yang Sukar Di Cari Ganti...

Catatan: Mohd Asri Redha
05 Oktober 2013

Salam Sejahtera Semua...

pagi ni redup saja... sat hujan sat tak hujan... cadang utk mesin rumput kat halaman rumah, tak jadilah pagi ni... mengemas-ngemas dlm rumah saja... Lama tak beri perhatian kat bilik studi saya ni....

Entah kenapa pagi-pagi  ni teringat pula pada orang2 yg telah meninggal dunia...  Kadang terfikir   bagus juga kalau selalu teringat akan kematian, teringat juga pada kita semua bila saatnya kita akan meninggal dunia, dimana, macammana , kena apa dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan mengingati mati akan memberi kesedaran yang mendalam kepada saya dan kita semua tentang hakikat kematian itu. Semua orang akan mati.. sebab itu kita disuruh iring jenazah sampai ke liang lahad.   Tetapi cukupkah bekalan yang ada untuk dibawa mengadap Allah SWT nanti... Ini yang menggerunkan saya. Rasanya macam dosa banyak daripada pahala..... Sebab itu  kelmarin semasa saya beri ucapan aluan kepada anak-anak buah dalam program forum anjuran MBAS bersama YPEIM, bertajuk .'Profesion, Integriti dan Rezeki Yang Baraqah'  saya ada menyentuh fasal kematian. Kalau kita melihat kematian orang atau kalau kita melihat mayat diturunkan ke liang lahad dan dan ditimbus tanah dan selepas itu  imam membacakan talqin lagi, sekiranya masih tidak ada apa-apa kesedaran lagi atau kata orang tak rasa apa-apa , tak taulah lagi macam mana nak bagi kesedaran untuk kembali kepada melaksanakan apa yang diperintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang ditegah Allah SWT.

Beberapa minggu  yang lalu, rakyat negeri Kedah dikejutkan dengan kematian  aruah Ustaz Azizan.. Bekas Menteri Besar Kedah DA..... dah lebih seminggu aruah Ustaz telah pergi meninggalkan kita di dunia yang hanya sementara ini. Semoga Allah SWT memberi perlindungan kepada aruah dihindari dari siksaan dialam kubur serta diberi kerahmatan Nya.

Saya amat terasa terkilan kerana sepanjang aruah Ustaz ditempatkan di hospital d Alor Setar ini , dua kali saya pergi untuk melawat tetapi tidak kesampaian juga kerana waris aruah tidak ada kat hospital untuk membenarkan pelawat masuk.. Tak apalah niat dah ada...

Melalui ruang yang saya ada ini.. saya melahirkan UCAPAN TAKZIAH KEPADA PUAN SRI DAN SEMUA KAUM KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ diatas perginya Ustaz meninggalkan kita semua untuk mengadap Allah SWT ... sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Itu adalah kepastian yang sesiapapun tidak boleh lari dari menghadapinya.. cuma bila dan dimana kita tidak pasti. Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Lima tahun dibawah pentadbiran Ustaz , saya rasa tidak banyak masalah yang berbangkit berhubung pentadbiran negeri. Saya tidak pastilah bagi kawan-kawan yang lain yang mungkin berlainan pula dengan pandangan saya. Saya hanya sekadar sekali sekala sahaja berurusan dengan aruah Ustaz, diperingkat bawahan sahaja. Mungkin diperingkat atasan ada banyak isu dan masalah dibawah pentadbiran Ustaz.. Itu saya tak tahulah pula. Namun dalam sekali sekali berurusan itu banyak juga kenangan manis saya bersama aruah ustaz, terutama semasa saya di Pulau Langkawi.. tapi entah macam mana dok cari gambar saya bersama aruah Ustaz kat Langkawi.. tak ada.. hilang entah ke mana..

Cuma apa yang saya terlihat ialah sifat peribadi beliau itu yang membuatkan saya amat menghormati dan kagum kepada beliau .. Seorang yang  mesra, cepat kenal orang yang berurusan dengan beliau, boleh memberi kuliah-kuliah agama, tidak mengutuk sebarangan kepada musuh politiknya, sederhana sahaja kehidupannya .. berbual dengan beliau seolah-olah seperti berbual dengan seorang sahabat atau seorang bapa... Itulah kelebihan Ustaz walaupun ada orang kata beliau 'cenge'.  Biasalah tu , sekali sekala kena 'cenge' juga. Mungkin dah tak tahan sangat kut serangan demi serangan yang diterimanya dalam kerja sehariannya... begitu juga tekanan yang diterima dari musuh-musuh politiknya.

Saya sendiri pernah menulis artikel bertajuk "Ustaz Azizan Yang Saya Kenali"  seperti dalam alamat dibawah ini.. setelah beberapa tahun beliau menerajui negeri Kedah ini...

http://beritakcs.blogspot.com/2012/02/ustaz-azizan-yang-saya-kenali.html

Hanya sekadar pandangan saya sahaja..... mungkin ada betul atau mungkin ada tidak betul... tapi saya lebih suka cerita yang baik-baik belaka.....  baik dan tidak baik itu kadang-kadang hanya persepsi seseorang sahaja berasaskan maklumat yang dimilikinya....  jadi belum tentu apa yang kita rasa tidak baik pada seseorang    itu adalah sama dengan pandangan orang lain......  sebab itu janganlah kita berlebihan-lebihan sangat dalam hal-hal yang berkaitan cara pentadbiran seseorang itu terutama nak cerita hak yang tak baik..... takat patut padan sudahlah.

Sebagai pegawai KCS, saya amat berterima kasih kepada aruah Ustaz kerana sepanjang dibawah pentadbiran beliau yang mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak hal-hal kebajikan KCS telah diberi perhatian oleh Ustaz. Saya rasa semua KCS tidak boleh menafikannya dalam hal ini. Isu pemberian tanah pertanian, tanah kediaman dan tanah koperasi banyak telah dapat ditangani sebaiknya dibawah pentadbiran Ustaz. Untuk mendapat kelulusan-kelulusan dasar berkenaan tanah dari pihak kerajaan negeri bukannya mudah . Banyak ranjau dan kesukarannya . Namun peranan Ustaz dalam hal ini amat penting, hingga semuanya berjalan lancar tanpa menghadapi banyak rintangan dan masalah...  Sebarang isu yang berbangkit terhadap keputusan yang dibuat tersebut, telah ditangani oleh Ustaz dengan tenang dan akhirnya senyap begitu sahaja...mungkin tindakannya ini tidak popular dikalangan pengikutnya. Tetapi ustaz sanggup terima risikonya.....  terima kasih Ustaz..Al Fatihah..

Begitu juga dengan isu-isu penentangan pengikut atau penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap KCS itu sendiri ditangani dengan sebaiknya oleh aruah Ustaz Azizan. Peringkat awal pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat dulu, tahap kecurigaan terhadap KCS memang tinggi. Walaupun tunjuk perasaan dan tekanan diberikan kepada aruah Ustaz untuk menukarkan seseorang pegawai KCS disebabkan tidak suka pegawai itu dan pegawai ini  atau tindakan pegawai KCS tidak selari dengan kehendak peribadi pemimpin tempatan, namun Ustaz telah bertindak profesional. Beliau tetap mempertahankan status KCS dan tidak mengambil tindakan berasaskan emosi semata-mata dan akhirnya isu-isu tersebut senyap begitu sahaja....  Begitu juga kemudahan-kemudahan lain yang dinikmati oleh KCS sepanjang pemerentahan yang diketuai oleh beliau yang tidak perlulah saya sebutkan satu persatu . Jadi dalam hal ini marilah kita sama-sama berdoa agar Aruah Ustaz Azizan diberi perlindungan sewajarnya oleh Allah SWT.. amiiin.

Al Fatihah........ amiiin

jumpa lagi...@@@@@ oleh kerana aruah Ustaz Azizan telah meninggal dunia maka kerusi ADUN Sg Limau telah kembali kosong. Tentunya tak berapa hari lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan.. masing-masing parti BN dan Pas sudah mula pasang strategi... namun siapakah calunnya... saya ada ulasan berkenaan hal ini tapi tunggulah catatan saya seterusnya dalam tempoh terdekat ini. Saya juga adalah pengundi di ADUN Sg Limau ini.... agak-agak sapa yang menjadi pilihan saya.... UNDI ADALAH RAHSIA@@@@@@@.....  Jumpa Lagi ...Assalamualaikum WRT..

tunggu cerita selanjutnya....  calun panas... di DUN Sg Limau

Friday, June 7, 2013

Dato' Wira Hj. Mohd Puat Yang Saya Kenali.... SUK Kedah Yang Baru....


Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 06 Jun 2013

 

YB Dato' Wira
Hj .Mohd Puat Ali

Salam Sejahtera .. apa kabar semua, terutama rakan2 KCS semua. Moga semuanya beroleh ketenangan dan kesejahteraan berpanjangan... rasanya ok dah kut , Ketua baru kita Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dah kita tahu dan Pegawai Kewangan Negeri barupun kita dah tahu...   Jadi marilah kita pakat-pakat bersatu buat kerja bagi elok2 sesuai dengan kepimpinan kerajaan negeri baru yang diketuai oleh YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah DA.. 

Rasa nak tulis apa pula malam ni... 3 hari cuti ni .. syok juga tulis-tulis fasal biodata bos baru kita ni.. lagipun saya ada juga sedikit maklumat berkenaan beliau dan adalah sikit-sikit hubungan keluarga yang agak jauh juga tapi saya memang kenal rapat dengan keluarga beliau..


Keluarga Dato' Hj Mohd Puat ini bukan calang-calang juga keluarganya dimana seorang daripada bapa saudaranya pernah menjadi Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Mohd Amin. Ada seorang lagi Ketua Polis Negara yang ada hubungan keluarga dengan saya juga iaitu Datuk Abdul Rahman Hashim yang telah mati ditembak oleh anggota komunis di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Datuk Abdul Rahman Hashim ini juga adalah orang Sungai Limau Dalam yang berkawan rapat dengan Datok saya. Anak angkatnya (anak saudaranya) telah berkahwin dengan kakak mak  saya.

Saya juga ada hubungan keluarga dengan keluarga YB Dato' Hj Mohd Puat ini malahan ada adik-adiknya pernah bersekolah sekali dengan saya walaupun dilain kelas dan tingkatan di Sek Men Yan. Mungkin mereka sekarang dah tak ingat lagi saya, tapi saya masih ingat akan kisah-kisah lama masa di Sekolah Menengah Yan dulu. Dato' Hj Mohd Puat juga pernah jadi guru sementara kat Sekolah Menengah Yan dulu dan pernah mengajar saya sekejap masa tingkatan 2. Saya juga pernah bertugas sebanyak 3 kali dibawah Dato' Hj Mohd Puat tapi tak lama iaitu di UPEN , MPSPK dan di Pejabat Daerah Langkawi.

Dari segi salasilah hubungan keluarga saya, bapa saudara nenek saya ada seorang anak  bernama Tok Lang Ibrahim telah berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan (sayapun tidak pasti nama apa, tapi itulah nenek Dato Wira Hj Puat) dan anak perempuan ini telah berkahwin dengan Nyak Osman. Nyak Osman adalah orang Acheh yang tinggal sekampong dengan Tok Wan saya (Nyak Hussin) di Meunasah Blang Mee, Kampong Aree,di Kewedenaan Sigli Daerah Pidie,Acheh yang sama-sama merantau ke daerah Yan ini. Sebenarnya saya pun tidak pernah pergi lagi ketempat tu. Entahlah bila agaknya dapat peluang pergi kesitu nak tengok keturunan saya kat sana. Dengar kata ada banyak yang meninggal masa Ombak Tsunami lalu. Namun masih ada lagi saki baki keluarga saya kat sana, tapi kehidupan mereka dikatakan tidaklah semewah disini, masih lagi macam tahun 60 an dulu.

Ini bermakna Nenek saya (Aishah) adalah sepupu kepada (Nenek Dato Hj Puat) yang berkahwin dengan Nyak Osman . Nyak Osman mempunyai anak-anak yang sekadar saya ketahui namanya Tan Sri Mohd Amin yang pernah jadi Ketua Polis Negara dan Mohd Ali ( lebih mudah dikenali sebagai Ali Insuran) ayah kepada YB Dato' Hj Mohd Puat sekarang ini. Ayah beliau masih ada tetapi agak uzur juga dan sayapun lama tak pernah pergi ziarah beliau. Dulu-dulu dia memang kerap mai Sg Limau masa ayah dan ibu masih ada. Mereka memang rapat, kerana komuniti dari Acheh memang rapat apabila mereka berada diperantauan seperti di Sungai Limau Dalam dan Yan.  Apa-apa kejadian, kenduri-kendara dan sebagainya pasti sampailah Pak Ci Ali Insuran ke Sungai Limau Dalam.

Sebab itu kebanyakannya berkahwin dalam kelompok puak mereka saja.  Sebab itu bila bercakap fasal Dato Seri Ustaz Azizan ..Bekas MB Kedah, dan Tan Sri Sanusi Junid Bekas MB Kedah juga mereka semuanya ada kaitan samada persaudaraan ataupun persahabatan.

Jadi bapa saya Allahyarham Hj Abdul Rahman Nyak Hussein adalah 2 pupu dengan bapa YB Dato' Hj Mohd Puat. Kiranya saya ni 3 pupulah dengan YB Dato' Hj Mohd Puat. Orang dulu-dulu walaupun 3 pupu atau 2 pupu memang rapat, tidaklah macam sekarang ni, sepupupun dah tak berapa nak kenal lagi. Seperti saya pernah cerita dalam blog sebelum ini dalam kalangan keluarga aku sendiripun walau pangkat sepupu dah ada yang tidak pernah tengok dan bertegor sapa...tak taulah dunia sekarang ni apa nak jadi... Sekarang ini saya nak dapatkan salasilah keluarga sudah kurang sumber. Banyak kalangan oran-orang lama sudah meninggal dunia... jadi hubungan dengan anak-anak dan waris2 personaliti yang saya sebutkan diatas sudah terputus.. dan kalau terjumpapun rasanya tak ada apa2 .. tak kenal langsung... kerana tak orang2 tua yang tlong perkenalkan atau cerita salasilah keluarga .. macam mana boleh jadi adik beradik... dunia sekarang sudah jadi dunia yang tersendiri, menjadi lebih individualistik.

Apa-apapun saya tumpang seronok dan bangga kerana orang Yan dapat jadi SUK ... Semua sedia maklum banyak ranjau yang terpaksa beliau tempuhi untuk sampai ke tahap tersebut.. sampai kesaat terakhir masih ada usaha-usaha untuk menidakkan kemampuan dan kebolehan beliau untuk memegang jawatan SUK..    http://beritakcs.blogspot.com/2011/04/mangsa-keadaan.html

Namun itu adalah ketentuan ALLAH SWT ... tiada siapa yang boleh mengubahnya... Semasa beliau
memegang jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah juga banyak cabaran yang dihadapinya dan pelbagai badai datang melanda tapi pada akhirnya tak ada apa-apapun.....  Selamat bertugas dan maju jaya dalam menjalankan tanggungjawab yang amat besar itu... Harapan saya KCS akan dapat bersatu balik dengan lebih kukuh dan semangat berpasukan dan semangat kekitaan yang tinggi dikalangan KCS... Insya Allah...

YB Dato' Hj Khazali
Tahniah juga saya ucapkan kepada Dato Hj Khazali Din yang dilantik sebagai Pegawai KEwangan Negeri Kedah pada tarikh yang sama. Lagi banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Dato' T Long memandangkan Kedah memang tidak pernah cukup wang untuk berbelanja.... Moga beliau mampu berbuat sesuatu untuk meningkatkan hasil negeri Kedah... Saya doakan kedua-duanya menjadi gandingan yang kukuh kearah kebaikan kita bersama.... Saya sebagai pegawai KCS tetap bertugas seperti biasa dan membantu apa yang patut bersama-sama rakan KCS  Amiiiin.

Asri...tumpang seronok tengok orang berjaya.




asriredha
teratak kasih alor setar

Wednesday, June 5, 2013

TAHNIAH.. YB DATO' WIRA HJ MOHD PUAT ALI... SUK KEDAH YG BARU....


Tarikh : 05.06.2013: Catatan dan Olahan : Mohd Asri Redha
Istana Anak Bukit.....
Sumber: Blog Sedaka Sejahtera dan BERNAMA

Tahniah!!! Sepupu Mantan MB Kedah, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali Dilantik Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Ganti Datuk Rasli.. Jom Terjah!!!

Mohd Puat, Khazali Din SUK, pegawai kewangan negeri Kedah yang baru
Mohd Puat, Khazali Din SUK, pegawai kewangan negeri Kedah yang baruPEGAWAI Kewangan Negeri Kedah, Datuk Khazali Din (dua kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali (kiri) pada Majlis Pengurniaan Tauliah Pelantikan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman di Istana Anak Bukit







ALOR SETAR 5 Jun - Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang baharu berkuat kuasa Jumaat ini, menggantikan Datuk Rasli Basir yang bersara.

Sementara itu, Timbalan SUK (Pembangunan) Datuk Khazali Din akan mengisi jawatan Pegawai Kewangan negeri.

Majlis pengurniaan tauliah pelantikan kedua-dua jawatan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Turut menyaksikan pengurniaan tauliah itu ialah tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang lain dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Mohd. Puat, 59, yang berasal dari Yan memulakan kerjaya sebagai pegawai tadbir negeri pada 1978 sebelum dilantik memegang beberapa jawatan penting seperti Penolong SUK, Ketua Penolong SUK, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Invesment Centre (KIC).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada 1978 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (Analisis Dasar dan Kewangan) dari The American University, Amerika Syarikat pada 1984.

Sepanjang beliau menerajui Perbendaharaan negeri, jabatan itu pernah diangugerahkan Anugerah Empat Bintang Audit Indeks Akauntibiliti oleh ketua audit negara selama tiga tahun berturut-turut.

Jabatan itu juga berjaya menghantar Penyata Kewangan Negeri tahun 2012 pada 31 Januari 2013 iaitu terawal dalam sejarah kerajaan negeri.

Khazali, 58, yang berasal dari Jitra, menyertai Perkhidmatan Tadbir Negeri pada 1 Januari 1980 dan pernah menyandang beberapa jawatan seperti Penolong SUK, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Ketua Penolong Pengarah UPEN dan Datuk Bandar Alor Setar.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pertadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sementara itu, Mukhriz berkata, pelantikan Mohd Puat dan Khazali diharap dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha menjayakan pelbagai rancangan tranformasi di negeri ini.

Beliau yakin pasukan baharu yang terlibat secara langsung dalam pelbagai program kerajaan negeri akan mampu mencapai apa yang dirancangkan. - 

BERNAMA



Tahniah.... BN kembali berkuasa di Kedah.. dan Tahniah YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir..

06 Mei 2013
Catatan: Mohd Asri Redha

Salam sejahtera... pagi ni saya lewat sikit bangun.. Bukan lewat bangun tapi sudah bangun jam 6.00 pagi tadi, lepas tu tidur balik... terlalu keletihan mengantuk. Semalam saya terlibat dengan pengurusan perjalanan proses pengundian PRU ke 13 bagi kawasan Parlimen P009 Alor Setar. Alhamdulillah setelah beberapa minggu asyik kalut dok kendalikan persiapan untuk PRU ini.. maka semalam adalah kemuncaknya dan keputusanpun sudah diketahui.... Rasanya apa yang disusun atur dlm PRU ke 13 bagi Parlimen P009 tidak menimbulkan apa-apa masalah dan tidak kedengaran akan ada bantahan-bantahan untuk bawa kes ke mahkamah. Rasanya semua berpuas hati dengan perjalanan pengurusan pengundian kelmarin.... Walaupun terlalu amat letih dan tidur lewat pagi namun hati merasa puas kerana berjaya mengendalikan suatu proses demokrasi yang diamalkan oleh negara dan berjalan lancar. Keletihan saya tidaklah seberapa berbanding anak-anak buah saya tersayang yang bertungkus lumus sejak beberapa minggu yang lalu, saya amat menghargainya kerana tanpa pengorbanan mereka tentunya pengurusan pengundian ini tidak berjalan lancar. Bagi saya elaun yang diterima oleh mereka tidaklah sebeberapa berbanding dengan kerja buat mereka....

Tahniah saya ucapkan kepada calun dan parti yang berjaya, manakala yang tidak berjaya boleh masuk bertanding lagi 5 tahun lagi, itupun kalau parti calunkan lagi, kalau nak bertanding juga dan rasa diri sendiri adalah calun boleh menang, lompat parti atau masuk bertanding sebagai calun bebas. Jadi semua orang ada hak nak buat apa-apa keputusan yang dirasakan menguntungkan diri sendiri dan tak ada siapa yang hendak menghalang. Pokoknya pandai-pandailah membuat penilaian dan timbang tilik mana yang terbaik. Nak masuk bertanding bukan pakai air lior sahaja..kena ada RM banyak juga tu... Baru sebentar tadi SPR umum lebih RM 1.00 juta dikumpulkan deposit calun untuk PRU 13 ini akibat hilang wang pertaruhan... Itu tidak kira lagi belanja kempen dan pebagai upahan kepada pekerja-pekerja kempen yang bertungkus lumus untuk menaikkan nama2 calun.

Angin perubahan juga telah berlaku di Kedah ini. Hasil usaha BN sejak 5 tahun yang lalu di Kedah ini maka pada akhirnya BN mendapat majoriti mudah di Kedah yang membolehkan BN membentuk kerajaan baru di Kedah. Nampaknya hayat kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah hanya bertahan setakat satu penggal sahaja, sama sepertimana kerajaan PAS di Terengganu yang pernah memerintah Negeri Terengganu selama satu penggal pada satu ketika dulu, tapi akhirnya diambil balik oleh Kerajaan BN hingga sekarang..

Bagi saya kekalahan kerajaan PR di Kedah sudah boleh dijangka berikutan isu-isu berkaitan parti-parti yang bekerjasama dengannya disamping faktor dalaman PAS itu sendiri yang menyebabkan gagal memperolehi undi yang sepatutnya dari rakyat. Prinsip perjuangan Islam PAS sendiri sudah tersasar jauh dari landasan asalnya apabila ia berpakat dengan DAP dan Pakatan Rakyat.  Pakatan ini akhirnya memakan diri sendiri dimana PAS telah kehilangan banyak kerusinya sedangkan pada masa yang sama DAP telah menambahkan kerusi di peringkat nasional. Perjuangan menegakkan negara Islamnya sudah tidak selari dengan pendirian pihak rakan-rakan yang lain dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Ini yang menyebabkan kadang-kadang timbul polemik yang agak terlampau dan keterlaluan sesama parti dalam pakatan. Ahli-ahli mula berbelah bahagi yang mana satu betul...

Faktor dalaman sendiri boleh menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan PR di Kedah dalam PRU 13. Terlalu ingin jawatan dan jawatan diperingkat negeri telah menyebabkan ada yang hilang kewarasan dan pertimbangan yang strategik menyebabkan timbul pelbagai spekulasi dan pelbagai andaian dan tuduhan sesama ahli hingga menyebabkan timbul perpecahan dikalangan ahli... Pada akhirnya timbulnya sabotaj dan ini ditunjukkan di dalam PRU ke 13 ini.

Saya tak mahu ulas panjang faktor-faktor kekalahan PAS atau Pakatan Rakyat di Kedah kerana didada-dada akhbar pelbagai teori dan pelbagai faktor telah dikemukakan mengikut acuan persepsi masing2 yang berbeda dan pelbagai.. Cuma yang saya hendak ceritakan ialah bagaimana untuk memastikan supaya kerajaan yang dipimpin sekarang ini kekal mendapat sokongan rakyat jelata. Untuk BN mendapat kembali penguasaan dalam kerajaan di Kedah bukan semudah yang dicakap.

Sepertimana yang saya tulis sebelum ini selepas kekalahan BN dalam PRU ke 12 dulu, banyak faktor-faktor yang saya telah bangkitkan selain faktor-faktor yang tidak saya sebutkan. Ini boleh dirujuk dalam blog saya terdahulu sepertimana di alamat berikut:  http://beritakcs.blogspot.com/2013/03/macam-mana-nak-ambil-hati-rakyat.html  dan     http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/sambungan-siri-blog-terdahulu-macam.html               Klik sahaja di 'address' tersebut dan saudara akan dibawah ke tajuk blog tersebut. Memang panjang saya ulas. Jadi saya tidak mahu ulas panjang lah fasal faktor kekalahan tersebut yang mana itu juga yang maksudkan bagaimana hendak mengambil hati rakyat diperingkat bawahan ini dan mengekalkan sokongan rakyat kepada kerajaan yang memerentah.

Janganlah pisang berbuah dua kali... sekali kesilapan yang dilakukan sudah cukup untuk memberi derita yang sukar diterima. Jangan sekali-kali melakukan kesilapan yang sama hingga rakyat Kedah membenci parti yang memerentah. Ini satu amaran oleh rakyat Kedah supaya jangan sekali-kali mengambil mudah akan teguran rakyat terutama dalam hal-hal berkaitan mementingkan kroni, pemberian projek yang tidak adil, berlagak sombong, tidak menampakkan ciri-ciri akhlak seorang muslim sejati dan sentiasa menyalahkan orang serta cantas mencantas. Bagi saya soal pembangunan fizikal bukan isu besar sangat yang menyebabkan rakyat benci kepada pemerentah. Kalau tidak tentunya Kelantan dah lama diambil balik oleh BN. Rakyat tahu kedudukan kewangan Kedah. Mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan.

Saya berkeyakinan penuh YAB Dato' Mukhriz mampu melihat perkara-perkara tersebut dan memastikan ianya tidak menjadi kudis yang akan merebak setiap hari dan pada akhirnya akan memusnahkan parti itu sendiri apabila rakyat hilang kepercayaan. Dengan asuhan dari Mantan Perdana Menteri Malaysia YBhg Tun Mahathir dan dengan pengalamannya yang luas dalam bidang korporat dan antarabangsa saya amat yakin dan mengharapkan YAB Dato' Mukhriz dapat membuat sesuatu perubahan yang drastik dapat dilakukannya di Kedah. Kedah sebagai sebuah negeri yang begitu kekurangan sumber asli untuk menjana kewangan bagi membangunkan negeri ini amat memerlukan sentuhan dari seorang pemimpin tertinggi bagi membawa Kedah Cemerlang dalam segala bidang. Sebarang arahan dan keputusan diperingkat negeri perlu dikaji dulu baik dan buruknya dan perlu mendapatkan fakta yang jelas dan sahih dari sumbernya, tidak sekadar mendapat maklumat2 dari rakan2 politik sahaja.

Banyak cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh kerajaan baru ini di Kedah. Sepertimana yang saya telah sebutkan tadi, kewangan memang merupakan halangan utama untuk membolehkan Kedah bergerak lebih pantas. Untuk menaikkan cukai tanah dan lain-lain cukai dan royalti yang dikenakan rasanya agak kurang sesuai pada waktu terdekat ini, kerana akan pasti diserang habis-habisan oleh pembangkang dan menjadi rekod lalu iaitu selepas BN menang tidak berapa lama lepas itu harga minyak naik, barang keperluan dapur naik, tarif letrik naik... dan macam-macam lagilah....  Jadi macam manakah caranya nak tambahkan hasil kerajaan negeri. Sebagai pegawai kerajaan negeri Kedah, saya dan semua kakitangan juga tidak boleh lari untuk memikirkan apakah pendekatan yang boleh dibuat... Kita tengoklah nanti.. apa pula perancangan yang akan dibuat oleh YAB Menteri Besar baru kita ini dalam usaha meningkatkan hasil kerajaan negeri.

Satu lagi cabaran besar yang pasti dihadapi oleh kerajaan baru ini ialah berkenaan survival Kolej Universiti Insaniah. Banyak sangat dah kita dengar segala macam isu yang dibongkarkan berkaitan pengurusan dan pentadbiran kolej universiti.. Mengurus sebuah universiti tidak semudah menguruskan sekolah. Perbelanjaannya hampir sama menguruskan sebuah negeri Kedah.Lihat sahajalah bajet untuk UUM. Memang besar sekali. Sebab itu saya pernah menyuarakan agar kolej yang sedia ada dikekalkan sahaja di Mergong, tidak perlulah dibina sebuah kompleks yang besar dan canggih seperti mana yang sedia tersergam indah di Kuala Ketil. Saya melihat kepada kemampuan kerajaan negeri untuk membiayai kos operasi universiti ini. Dalam keadaan kewangan semasa yang tidak begitu menggembirakan,, tidak sewajarnya cadangan membina sebuah kompleks universiti dilaksanakan. Namun siapalah saya untuk menghalang cadangan membina sebuah universiti, hanya tulis dan cakap gitu-gitu sahajalah. Kata orang dalam hal-hal kearah menyediakan ilmu kepada rakyat, duit ringgit toksah dok kira sangat...duit boleh dicari...  Soalnya saya melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan dan kita ada pilihan memilih universiti yang telahpun banyak  ada di Kedah samada universiti swasta ataupun universiti awam. Nak ambil bidang agama atau lain bidang semuanya ada. Kecualilah kalau tak ada langsung universiti di Kedah ini, memang wajar kerajaan negeri tengok balik.

Oleh kerana tidak mendapat bantuan kerajaan persekutuan maka pembiayaan membina universiti baru ini dibuat dengan pinjaman bank dengan jaminan Kerajaan Negeri.. Saya difahamkan lebih RM600 juta perlu dibayar balik mengambilkira kos dan keuntungan bank. Dalam satu tahun sahaja difahamkan sekurang-kurangnya RM48.00 juta perlu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membayar hutang bank. RM48.00 seetahun  juta adalah satu angka yang amat besar. Mahu tidak mahu kerajaan yang baru ini terpaksalah melihat isu ini dengan penuh perhatian dan tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja atas alasan ini projek kerajaan dahulu. Perjanjian yang ditandatangani adalah antara kerajaan dengan bank.. jadi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelesaikannya. Lambat menjelaskannya denda yang dikenakan bukan kepalang tingginya, apatah lagi dalam jumlah pinjaman yang besar... memang menggerunkan. Saya mencadangkan setiap GLC negeri yang ada diberi tanggungjawab untuk menyumbangkan sebahagian peratus tertentu bagi membayar hutang tersebut. Walau bagaimanapun adakah GLC Negeri yang ada mampu untuk tolong bayar hutang tersebut. Bukan semua GLC mampu dan ada keuntungan dalam operasinya. Satu lagi cara ialah dengan minta kerajaan persekutuan ambil alih universiti dengan syarat-syarat yang boleh memberi keuntungan kepada kerajaan negeri Kedah  juga.

Sekarang masanya rakyat yang menyokong kerajaan BN akan menuntut akujanji masa pilihanraya dulu agar dapat dilaksanakan. Saya sedang mencari senarai akujanji dalam manifesto BN dalam PRU lalu, tak jumpa-jumpa lagi. Tapi ada terbaca sepintas lalu waktu diterbitkan dalam akhbar tempatan. Sebahagiannya tidak ada masalah untuk dilaksanakan tapi saya juga nampak ada juga akujanji yang dibuat itu agak sukar untuk dilaksanakan terutama bila melibatkan kewangan yang banyak. Di sinilah
terletaknya kebijaksanaan pemerentah untuk melihat perkara tersebut  dan merangka langkah-langkah yang strategik untuk mencari jalan mendapatkan sumber kewangan yang lebih banyak untuk negeri dan sudah tentunya banyak akujanji yang dibuat dulu boleh dilaksanakan. Jika tidak janji hanya tinggal janji, kerana berjanji waktu tidak pegang apa-apa tanggungjawab memang mudah.. Bila sudah berkuasa dan pegang tanggungjawab tersebut barulah tau langit  tu tinggi ka atau rendah....

Cuma harapan saya janganlah membuat apa-apa keputusan yang mendadak tanpa mendapat maklumat terperinci secara secara keseluruhan kedudukan semasa kewangan dan lain-lainnya. Pengalaman lalu patut menjadi ikhtibar dimana kerana terlalu ghairah untuk nak tunjuk rakyat diutamakan selepas pilihanraya umum ke 12,  maka arahan dikeluarkan supaya cukai tanah diturunkan tanpa mengkaji kesannya. Maka pada akhirnya setahun lebih kurang RM40 juta hilang begitu sahaja akibat penurunan cukai tanah. Bagi sebuah kerajaan seperti Kedah ini, nilai RM40.00 juta adalah amat besar. Banyak projek pembangunan boleh dilaksanakan...

Ok... saya berhenti disini dulu.. nanti kalau mai syehnya saya akan sambung tulis lagi.. baca pilah yang  ni dulu.... Salaaamm








Friday, April 26, 2013

SamBungan Siri Blog TerdahuLu : MacaM Mana Nak AmbiK Hati Rakyat.... Pandangan PeriBadi

Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman

Selamat malam teman-teman halimunan hu..hu..


Malam ni rasanya 'free' sikit...lepas pekena pisang goreng panas.. bolehlah bersantai depan komputer dekat ruang tamu ....nak tulis berkenaan perkara ni sudah lama, tapi dok tunggu masa yang sesuai untuk menulis....

Ok...bolehkan kita mencari pengaruh dan sokongan dengan cara menyindir dan menyalahkan orang lain...saya melihat inilah yang berlaku di Kedah. Sebagai anak Kedah saya rasa bermacam-macam peristiwa dan berita yang berlaku di Kedah...

Dalam blog saya yang terdahulu, telah saya cerita panjang lebar bagaimana caranya untuk kita mencari pengaruh dan sokongan rakyat...Jangan sekali-kali kita ambil pendekatan mencari apa-apa saja kesalahan orang lain dan mendedahkannya secara sewenang-wenangnya seolah-olah diri sendiri tidak ada kesalahan lalu langsung. Ini gaya lama. Gaya zaman tidak ada internet.

Namun inilah yang berlaku sekarang ini...BN atau UMNO begitu hebat merancang strategi dan melaksanakan serangan-serangan psikologi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ini..... serangan demi serangan dengan mendedahkan kelemahan dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ini telah dilakukan dengan begitu agresif sekali oleh parti pembangkang di Kedah ini. Mungkin dengan pendedahan kelemahan dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat ini maka harapan mereka rakyat akan mula meluat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan akhirnya mulalah mereka beralih angin kepada Parti Pembangkang yang diterajui oleh UMNO.

Bermacam-macam isu telah dibangkitkan dalam pelbagai media yang sememangnya media yang mendokong BN. Kita boleh baca dan lihat pelbagai isu dibangkitkan dan diasak kerajaan negeri untuk menyelesaikannya... Isu bekalan air di Kedah, isu pengkoperatn SADA, isu peniaga kecil, isu kuari, isu tempat sembelihan babi, isu rumah, isu rumah rakyat atas tanah rizab, isu tanah, isu pelantikan EXCO, isu hubungan KCS dengan Politik, isu hutang kerajaan negeri, isu peluang pekerjaan di Kedah, isu kubur, isu kemudahan awam dan pelbagai isu yang kadang-kadang bukan isupun dijadikan isu disebabkan semata-mata tidak berkenan dengan kerajaan pakatan rakyat.

Sebenarnya apa yang disogokkan segala permasalahan ini sememangnya telah dalam pengetahuan rakyat jelata negeri Kedah.. Dunia sekarang bukan dunia dulu, sekarang dunia internet, kerajaan tanpa sempadan, mendapat maklumat hanya duduk dirumah saja.. .Apa yang dijadikan isu memang diakui ada kebenarannya dan ada juga lebih sudu dari kuah..rendang tu lebih.. hanya tidak ada apapun .

Rakyat sudah tengok negeri Kelantan duduk dibawah kerajaan PaS...pembangunannya memang perlahan dan tidak serancak negeri dibawah BN.. Memang Kelantan menghadapi bermacam-macam masalah dalam pelbagai aspek baik dari segi kewangannya, infrastrukturnya, kebajikan rakyatnya dan sebagainya. Namun setiap kali pilihanraya rakyat tetap pilih kerajaan PAS. walaupun rakyat tahu mereka tidak akan boleh dapat apa-apa, kerana peruntukan kerajaan pusat pasti tidak masuk melalui kerjaan negeri. Yang penting rakyat boleh cari makan, kepentingan orang melayu terjaga dan terjamin, pembangunan lambat tidak apa..kalau terlalu terbuka sangatpun rakyat tempatan masih tidak bersedia dan akhirnya orang luar yang membolot segalanya. Orang tempatan berputih mata..

Yang ini yang puak yang ghairah sangat dalam BN kena kaji kalau nak ambil balik negeri Kedah dari tangan kerajaan pakatan rakyat yang diterajui oleh PAS. Jangan asyik mengata dan mencari kesalahan kerajaan sekarang sampaikan kerja sebenar tidak dibuat....Terlalu banyak sangat kita buat serangan-serangan berbentok peribadi akhirnya akan memakan diri sendiri.... Pengalaman lalu patut dijadikan ikhtibar... sindiran dan serangan pendedahan kegagalan kerajaan sekarang secara agresif akhirnya akan menimbulkan rasa simpati rakyat terhadap kerajaan pakatan rakyat yang memerentah.

Sikit-sikit masuk akhbar..sikit-sikit masuk TV..ulasan-ulasan yang dibuat pula kadang-kadang nampak sangat sikap keangkuhan seolah-olah apa yang dibuat oleh kerajaan pembangkang tidak betul belaka. Kadang-kadang nak tergelak juga tengok sampaikan ladang hutan pokok jati yang kerajaan negeri usahakan dibiarkan semakpun dibawa masuk dalam akhbar.... sedangkan hutan memangnya semak pun.. kalau nak jagapun pokok jati tu 3 tahun pertama tu kenalah jaga..tapi lepas tu biarlah ia dalam suasana hutannya untuk hidup...Tapi itu sampai setengah muka surat akhbar berkenaan bercerita tentang kegagalan kerajaan negeri jaga ladang hutan jati ....Satu ketika dulu seorang YB BN sama-sama tunjuk perasaan minta penduduk yang duduk atas tanah rizab kerajaan untuk projek jalan TEKIH di Padang Terap jangan pindah selagi kerajaan negeri tidak membayar pampasan secukupnya.. sedangkan mereka terlupa bahawa projek tersebut adalah dibawah Kementerian Kerja Raya / Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya tidak payahlah bawa masuk dalam akhbar atau TV untuk menceritakan isu itu.. Adalah lebih baik YB guna ketokohan dan kewibawaannya bawa berbincang dengan Menteri terlibat agar boleh memperuntukkan sejumlah kewangan khas yang cukup bagi tujuan bayaran exgratia kepada mereka. Menteri boleh atasi masalah ini jika kena cara dan gayanya.

Begitu juga dengan bekalan air paip. Pernah saya tengok dalam TV sampai termengah-mengah seorang warga emas dok angkut air dari telaga yang dikorek disebuah tempat di daerah sebelah Utara Kedah ini. Ada setengah sampai tersedu-sedu sedih kerana tidak ada air. Nak tunjuk kata kerajaan sekarang ini gagal menyelesaikan isu dan masalah bekalan air...Saya rasa kalau nak tunggu kerajaan negeri belanja duit untuk buat paip yang begitu tinggi kosnya, seperti tunggu bulan jatuh ke riba. Semua menyedari akan kekurangan kewangan kerajaan negeri. Namun isu itu bukan isu sangat...Kalau nak selesai, dah selesai lama dulu semasa pemerintahan BN sejak merdeka hingga 2 tahun yang lepas.. Itu pun semasa mudah dapat duit dari Kerajaan Persekutuan pun tidak mampu selesai masalah tersebut. Apatah lagi dengan hanya baru 2 tahun kerajaan pakatan rakyat memerentah dengan pelbagai sekatan-sekatan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

Saya bercakap ini adalah sebagai seorang anak Kedah yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mana yang baik..maka ia tetap baik maka kita sokong. Mana yang tidak baik ..maka ia tetap tidak baik.. maka tidak ada sebab mengapa kita perlu menyokong.

Rakyat tidak boleh disogok dengan isu-isu murahan dengan harapan untuk mencari undi...

Oleh itu wahai pemain-pemain politik di negeri Kedah ini. Kalau nak harap sokongan rakyat , maka mailah turun ke padang. Sesiapa ada masalah, cepat-cepat terpa pi macam nak selesai. Jangan dalam dok tolong orang, sempat lagi dok kutuk kerajaan negeri.. Ini yang orang tidak suka... Kalau ada peruntukana persekutuan,m maka gunakanlah sewajarnya untuk membantu rakyat. Jangan dok isi perut sendiri sahaja. Ini yang rakyat tidak mahu.

Sudah jenuh YAB Perdana Menteri Malaysia bercakap kepada anak-anak buahnya supaya turun ke padang dengan segera dan tetap untuk menyelesaikan masalah rakyat...kena duduk dalam kawasan, mudah untuk rakyat berurusan, jangan dok tunjuk lagak sangat kata kita ni YB atau kita ni Ketua Bahagian dan sebagainya... Rakyat sudah tidak pandang itu semua. Rakyat mahu orang yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan. jangan tunjuk angkuh dengan rakyat.. Jaga tingkah laku dan perangai bersopan sikit. Ada seninya nak jadi orang yang disegani oleh rakyat....Yang ini kena belajar juga sedikit sebanyak.

Oklah...rasanya puaslah hati ini dapat luahkan apa yang nak diluahkan....Kalau sembang panjang-panjang sangat berkenaan hal ini nanti dikatakan orang sokong parti itu, parti ini..lebih-lebih lagi dituduh perkauman pula...Saya bukanlah anti sesiapa sebenarnya...pemerentah siapapun tidak mengapa. Saya cuma melihat, merenung, mendengar, dan pada akhirnya membuat analisa sendiri. Mungkin sebahagian analisa saya ini betul dan mungkin juga sebahagiannya adalah sampah.... sampahpun sampahlah.. biarkanlah begitu... saya peduli apa.. saya hanya menyatakan apa yang terbuku dihati dalam blog saya ini... itu saja..
 
Hai..hai
bye...byee
 
Teratak Kasih
Alor Setar