Tarikh : 05.06.2013: Catatan dan Olahan : Mohd Asri Redha
Istana Anak Bukit.....Sumber: Blog Sedaka Sejahtera dan BERNAMA
Tahniah!!! Sepupu Mantan MB Kedah, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali Dilantik Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Ganti Datuk Rasli.. Jom Terjah!!!
ALOR SETAR 5 Jun - Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah yang baharu berkuat kuasa Jumaat ini, menggantikan Datuk Rasli Basir yang bersara.
Sementara itu, Timbalan SUK (Pembangunan) Datuk Khazali Din akan mengisi jawatan Pegawai Kewangan negeri.
Majlis pengurniaan tauliah pelantikan kedua-dua jawatan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Turut menyaksikan pengurniaan tauliah itu ialah tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang lain dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Mohd. Puat, 59, yang berasal dari Yan memulakan kerjaya sebagai pegawai tadbir negeri pada 1978 sebelum dilantik memegang beberapa jawatan penting seperti Penolong SUK, Ketua Penolong SUK, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Invesment Centre (KIC).
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada 1978 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (Analisis Dasar dan Kewangan) dari The American University, Amerika Syarikat pada 1984.
Sepanjang beliau menerajui Perbendaharaan negeri, jabatan itu pernah diangugerahkan Anugerah Empat Bintang Audit Indeks Akauntibiliti oleh ketua audit negara selama tiga tahun berturut-turut.
Jabatan itu juga berjaya menghantar Penyata Kewangan Negeri tahun 2012 pada 31 Januari 2013 iaitu terawal dalam sejarah kerajaan negeri.
Khazali, 58, yang berasal dari Jitra, menyertai Perkhidmatan Tadbir Negeri pada 1 Januari 1980 dan pernah menyandang beberapa jawatan seperti Penolong SUK, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Ketua Penolong Pengarah UPEN dan Datuk Bandar Alor Setar.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pertadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sementara itu, Mukhriz berkata, pelantikan Mohd Puat dan Khazali diharap dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha menjayakan pelbagai rancangan tranformasi di negeri ini.
Beliau yakin pasukan baharu yang terlibat secara langsung dalam pelbagai program kerajaan negeri akan mampu mencapai apa yang dirancangkan. -
Sementara itu, Mukhriz berkata, pelantikan Mohd Puat dan Khazali diharap dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha menjayakan pelbagai rancangan tranformasi di negeri ini.
Beliau yakin pasukan baharu yang terlibat secara langsung dalam pelbagai program kerajaan negeri akan mampu mencapai apa yang dirancangkan. -
BERNAMA
Saya tumpang post dalam blog ini untuk ucap tahniah kepada rakan-rakan yang dinaikkan pangkat. Tolong jaga keharmunian dan keharuman KCS. Keep it up. Jangan bagi ada masalah. Kota diteropong dan dinilai. Jernih-jernihkanlah yang keroh biar wajah kita dapat dikenali walaupun kekadang airnya sedikit berkocak.Tahniah lagi sekali YB Dato' Fuad dan YB Dato' Khazali.
ReplyDeleteTQ.. Pak Long.. itu yg saya dok buat la ni... ada macam2 cara nak buat. Saya buat melalui tulisan2 saya dlm blog... yg sudah sudahlah.. elok sgt cadangan Dato tu.. KCS kena bersatu dan bersaudara... kalau masing2 bawa haluan masing2 macm mana nak dapat keharmonian dan keharumannya...
ReplyDelete