BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Friday, October 14, 2011

ISLAM AMAT MEMENTINGKAN KEBERSIHAN......

Catatan:  Mohd Asri Redha

Bangun pagi-pagi ni rasa segar sikit. Hari ini cuti umum Israk-Mikraj. Seperti biasalah macam-macam aktiviti keagamaan diadakan diseluruh pelusuk kampong, pekan dan bandar. Tiap-tiap tahun macam tulah dianjurkan. Hasil dan kesannya tidak tahulah macammana. Kisah Rasulullah SWT diperjalankan dari Mekah ke Masjid Al Aqsa dan seterusnya diperjalankan ke langit ditafsir dan diulas oleh para penceramah dan ulamak dalam pelbagai cara dan makna. Saya sendiri tidak berkemampuan untuk mengulas berkenaan Israk-Mikraj ini kerana ini bukan bidang pengetahuan saya secara mendalam. Maka biarkanlah orang yang arif berkenaannya bercakap.

Apa yang saya nak bercakap dan bersembang kali ini adalah berkenaan kebersihan. Ini ada kaitan juga dengan Israk Mikraj ini kerana Rasullullah SWT diangkat oleh Allah SWT untuk disucikan seluruh dirinya lahir dan batin.

Dalam kontek kita sebagai manusia saya cuma nak sentuh aspek-aspek kebersihan yang berada disekeliling kita sahaja.. Nampak mudah aje tapi kadang- kadang manusia tidak berapa ambil kisah akan soal-soala kebersihan, kecantikan, keindahan dan kekemasan. Semua ini ada berkaitan antara satu sama lain yang mana jika ini diberi perhatian sepenuhnya tidak akan ada lagi masalah-masalah pencemaran, masalah alam sekitar, masalah penguatkuasaan dan sebagainya.

Apa makna KEBERSIHAN pada setengah-setengah orang....

Banyak contoh-contoh yang akan saya sentuh berkenaan kebersihan berdasarkan kepada pemerhatian saya sendiri. Kemungkinan apa yang akan saya sentuh nanti akan memberi kesan negatif kepada setengah orang maklumlah terkena batang hidung sendiri. Tapi saya harap ada kesan positif hasil dari coretan saya.ini. Itulah perkara-perkara seperti ini kita kena cerita juga... Kadang-kadang orang tidak begitu faham maksud kebersihan ini dan langsung tidak dikaitkan dengan akidah dan pegangan agama. Sebab itu kadang-kadang kita tengok kat cermin belakang kereta tu terpampang tulis ' SAYA IKUT CARA ISLAM'  tetapi perbuatan dan kelakuan mereka tidak melambangkan apa yang dilaungkan... So jangan dok pelekat sebarangan kalau tak faham apa yang dok pi pelekat...  setakat nak tunjuk kita Islam lebih daripada orang lain.. tak payahlah..

Saya pernah melihat mengekori sebuah kereta yang saya rasa seorang yang beragama juga berdasarkan kepada cara pakaiannya dan pelekat slogan ' Mari Bersama Islam' dicermin belakang keretanya. Tetapi alangkah terkejutnya saya bila selamba sahaja pemandu kenderaan tersebut buka tingkap keretanya dan melemparkan sebungkus kulit rambutan dan segala macam sampah jatuh terburai plastik dan berselerakan atas jalan raya.. Terkejut berok saya....Inikah yang dikatakan mengamalkan cara kehidupan Islam.. Kalau orang bukan Islam tengok macam ni cara gayanya mereka pasti memandang serong akan Islam itu sendiri. Adakah perbuatan buang sampah merata-rata hinggakan menyusahkan orang ramai tidak dianggap sebagai dosa. Adakah Islam itu pada fahamannya melaksanakan sembahyang, mengerjakan Haji, mengucapkan 2 kalimah syahdat, menunaikan zakat dan berpuasa. Yang buang sampah merata-rata itu tidak ada kaitan dengan agama.

Bayangkanlah kalau perbuatan tersebut diperhatikan oleh anaknya, maka itulah yang akan difahami oleh anaknya bahawa buang sampah merata-rata, lempar ikut suka sahaja dan akhirnya anaknya akan anggap perbuatan tersebut tidak bersalah. Akhirnya seorang lagi akan berperangai buruk seperti bapanya juga.

Dalam hal ini saya amat mementingkan anak-anak. Merekalah yang akan mewarisi apa yang kita amalkan sekarang ini. Kecil-kecil lagi kita kena asuh dan ajar mereka agar mementingkan kebersihan. Ajar dan tegor mereka masa mereka masih kecil. Anak saya sendiri pun kadang-kadang terlupa juga dan buat perangai macam yang pemandu tadi..Tapi kita kena peringatkan dan tegur selalu sampai satu tahap mereka faham apa makna kebersihan hingga sanggup simpan sampah dalam poket atau beg dan buang bila jumpa tong sampah. Bila sampai peringkat itu, Insya Allah mereka ini bila besar tidak akan menimbulkan masalah. Orang Jepun dan orang Eropah walaupun bukan berugama Islam tetapi mereka amat mementingkan hal-hal berkaitan kebersihan ini. Hinggakan kalau buang puntung rokok pun akan dipandang serong oleh masyarakat sekitarnya. Kita yang berugama Islam ini sudah jelas dalam Al Quran dan AL Hadis yang amat mementingkan kebersihan tetapi tidaka mengamalkan sepenuhnya. Mengapakah perkara ini boleh berlaku..

Satu lagi contoh tidak elok yang saya tengok ialah kesukaan orang kita buang sampah tepi sungai. Tak tahulah fasal apa? ..Sepanjang perjalanan saya nak pergi ke tempat kerja dari Alor Setar ke Air Hitam, Jerlun waktu kerja kat situ, saya akan melalui beberapa batang sungai yang elok airnya. Begitu juga jalan Alor Sungai Petani ada terusan Wan Mat Saman .Malangya boleh dikatakan sebahagian besar rumah-rumah ditepi sungai tersebut ada melonggokkan sampah ditebing sungai. Bila air sungai naik akan dibawa hanyut sekali sampah-sampah tersebut dan dibawa ke laut dan akhirnya laut jadi mangsa dimana disitulah juga punca rezeki nelayan-nelayan kita. Bayangkanlah kalau sungai tercemar dan pergi ke laut juga tercemar dan ikan dan segala kehidupan laut dan sungai akan terjejas teruk. Adakah mereka ini sedar akan perbuatan mereka ini yang suka buang sampah ke dalam sungai. Susah sangatkah untuk melupuskan sampah-sampah tersebut. Adakah sungai dianggap sebagai tempat melonggokkan sampah..? Sepatutnya sungai dijadiikan tempat rekreasi untuk menghilangkan tekanan perasaan dengan melihat kejernihan airnya, mendengar deruan airnya dan merasai kesejukan airnya. Sungai juga menjadi tempat mencari rezeki selain laut. Bayangkan berapa banyak implikasi buruk yang ditimbulkan akibat pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Yang terlibat itu bukan orang sebarangan, ada yang tok-tok guru, pak haji, pak lebai, orang alim, orang berpendidikan tinggi dan sebagainya tetapi perangai buang sampah cara ni langsung tidak boleh pakai dan tidak menggambarkan peribadi mereka yang dipandang tinggi disisi masyarakat.

Tidak bolehkah sampah-sampah itu dibuang dalam lubang, atau dibakar sahaja dibelakang rumah atau dibungkus elok-elok dan dibawa ke tong sampah yang berdekatan yang dibawa ketapak pelupusan sampah. Bukan tidak ada tempat yang hendak dibuang, banyak tanah belakang rumah penuh dengan semak-semak sahaja tanpa terurus. Fahaman mereka biarlah bersih keliling rumah kita , yang luar kawasan rumah kita 'biaq pi' apa nak jadi, yang penting rumah kita bersih....boleh pakai ke orang seperti ini?

Ini hal-hal kebersihan yang jika tidak diamalkan dengan betul akan memberi kesan kepada orang lain. Bukan Orang lain sahaja yang akan mendapat sengsaranya tapi  lama-lama akan patah  mai balik kat kita juga.

Dalam rumah juga perlu diberi perhatiaan juga. Bilik air, dapur, sekitar dalam rumah, sekitar kawasan rumah dan luar kawasan rumah perlu diberi perhatian sepenuhnya dalam menjaga kebersihan.... Setengah-setengah orang tidak berapa ambil kisah sangat kebersihan bilik air dimana mangkuk tandas dibiarkan berdaki, tapi gamak boleh letak punggung dan berak, lantai dan dinding dibiarkan berlendir penuh dengan rambut dan sisa-sisa mandi dan sebagainya. Ini kena ada sifat ringan tulang. Biasakan diri ambil masa 2 atau 3 minit sahaja untuk cuci tempat-tempat dalam tandas tersebut. Sambil-sambil mandi boleh buat kerja tersebut. Antara mahu atau tidak mahu sahaja. Saya memang tidak boleh terima tandas-tandas yang busuk tidak terurus tersebut. Anak-anak kena dilatih selalu supaya belajar cuci bilik air sendiri dan bilik air dalam rumah, saya sendiri puas ajar juga anak-anak saya untuk membolehkan mereka memahami apa yang dimaksudkana. Itupun kadang-kadang puas bersuruh juga baru buat. Saya tidak akan berputus asa sehingga mereka memahami apa maksud kebersihan dalam konteks keagamaan. Maklumlah anak-anak ni kadang-kadang mereka berkira sesama adik beradik, biasalah. Akhirnya bapa atau maknya juga yang buat. Bagi saya tandas dan bilik air sepatutnya tempat yang elok dan biar kita tenang bila ada dalam bilik, bukan tempat untuk buang najis sahaja... Saya kalau ada duit lebih nanti, pasti akan buat lain bagi elok sikit bilik air itu, jadi kita boleh duduk lama-lama dalam bilik air rumah.

Pernah juga saya cuci sendiri bilik air pejabat yang pernah saya kerja, tapi buat waktu luar pejabat saja, nanti orang tengok kata wayar putus pula...tidak pernah-pernah orang buat, saya pi buat. Bagi saya ini tidak kisah sangat asalkan pejabat kita bersih dan kawasan persekitaran kita bersih. Tapi nak bagi orang faham maksud bersih..inilah yang susah.  Surau tempat sembahyang pun puas tegur baru vacuum bagi bersih.. Itu tak kira kain telekong dan kain pelikat yang dah naik tahi lalat yang ada kat situ.  Tempat ambil air sembahyang pun sama.. berdaki dan berlendir. Itulah nampaknya pejabat tidak dapat bagi elok dan bersih serta kemas sepenuhnya kerana ini memerlukan kerajinan sikit dan peka dengan keadaan sekeliling. Semu nak harap tukang sapu buat.. Kalau susur tak pa juga..tapi tak suruh juga...

Begitu juga di masjid-masjid. Tempat kita beribadat dan rumah Allah, tapi pergilah tinjau-tinjau tandas yang ada, memang sebahagian besar agak teruk tidak terurus. Memualkan. Bukanlah minta yang mahal-mahal nak buat bagi bersih, cukup sekadar cuci dan jaga bagi bersih. .. Itu sahaja, apa yang susah sangat. Saya pernah dapatkan peruntukan luar bandar untuk buat bilik air kat masjid di kampong saya.. sebabteruk sangat.  Alih-alih AJK Masjid putus buat bumbung awning nak bagi cantik.... Depa mau cantik, tapi tandas busuk dan kotor depa tak kisah... itulah pemikiran orang-orang kita.. nak buat lagu mana lagi..

Depan rumah kena bersih. Tidak ada tong sampah diluar
pagar rumah saya, kerana  saya tidak mengharapkan
orang   MBAS / E Idaman datang pungut. Kami anak
beranak akan bawa karong sampah dengan kereta
dan buang kat tong sampah besar yang ada
berdekatan.. mudahkan.. orang bandaran
pun tak terok, anjing puntak kacau, depan
rumahpun nampak elok sik... tak gitu Susah
 sangatkah nak buat begitu.. bagi saya sikitpun
tidak menyusahkan.. pokoknya mau
atau tidak mau buat aje..
Persekitaran rumah juga perlu diberi perhatian dari segi kebersihan. Sampah-sampah jangan dibiarkan merata-rata. Tidak kiralah samada rumah kampong yang tanahnya luas atau taman perumahan yang tanahnya agak kecil. yang pentingnya kebersihan kena jaga.

Bagi saya kebersihan tidak ada kaitan dengan kemiskinan. Ada banyak orang beranggapan rumah terok kerana ia miskin. Ini pendapat yang tidak boleh terima.

Saya pernah pergi melawat rumah-rumah orang miskin untuk dipertimbangkan diberi bantuan rumah baru atau baiki rumah.

Cubalah tengok rumah orang kurang berkemampuan. Minta bantuan rumah. Orangnya muda lagi dan isterinyapun muda juga dan mempunyai anak seorang. Tengoklah keadaan sekeliling rumahnya...macam tempat buang sampah..apa pandangan pembaca sekalian..Susah sangatkah untuk bersihkan kawasan rumah sekelilingnya dan dalam rumah juga. Kalau lihat dalam rumah lagi terok keadaannya..

Cubalah tengok rumah orang kurang berkemampuan. Minta bantuan rumah. Orangnya muda lagi dan isterinyapun muda juga dan mempunyai anak seorang. Tengoklah keadaan sekeliling rumahnya...macam tempat buang sampah..apa pandangan pembaca sekalian..Susah sangatkah untuk bersihkan kawasan rumah sekelilingnya dan dalam rumah juga. Kalau lihat dalam rumah lagi terok keadaannya..


Sedih tengok dengan keadaan rumah tersebut. Bukan sedih kerana tengok rumah yang dhaif tetapi sedih kerana mereka langsung tidak mengamalkan kebersihan. Mengamalkan kebersihan tidak memerlukan duit belanjapun. Bayangkan rumput dibiarkan tumbuh dengan bebasnya disekitar rumah yang hampir sama tinggi dengan tingkap rumah, hanya ada laluan lorong masuk kerumah sahaja tidak berumput, itupun sebab dok lalu selalu. Sampah-sampah berselerakan dalam rumah dan diluar rumah. Amat kotor dan menjijikkan. Hanya satu sahaja yang saya boleh katakan kepada tuan rumah dan isterinya iaitu memang 'penyegan' Bukanlah susah sangat nak cuci potong rumput sekitar rumah, kemas dan cuci dalam rumahpun tidak perlu pelajaran tinggi dan duit pun, tapi tidak buat. Mereka ni bukannya tua dan cacat anggota. Inilah mentaliti kebanyakan pemohon bantuan kerajaan. Boleh dikatakan semuanya begitu. Lebih 20 tahun berurusan dengan orang-orang kampong, saya boleh berani katakan begitu.

Itu tidak apa lagi, lepas kita bagi bantuan rumah baru, setahun atau dua tahun lagi kita pergi melawat semula boleh dikatakan rumah itupun sudah nampak usaang, macam rumah lama yang dulu juga, kotor dan tidak terurus, sampai anai-anai naik kesiling pun tidak terasa nak dimusnahkan.. Lepas tu minta lagi... Kita buat rumah tu punyalah comel..tapi ada rasa penghargaan langsung..sekurang-kurangnya jagalah rumah itu.


Tengoklah kertas dan dokumen-dokumen lama
yang setengah tu tidak patut simpanpun masih
 tidak dibuat keputusan hendak dibuang atau
 hendak disimpan diarkib. Akibatnya bertimbun-
timbun  jadinya dan memang sukar nak cari balik
jika  diperlukan. Sebab itu tidak hairanlah fail kat
ofis tanah selalu sangat hilang..fail
ada tapi cari tak jumpa
 Berbalik kepada kebersihan pejabat pula...Inipun nak kena cerita juga. Lebih 10 pejabat saya bekerja..Macam-macam perangai dan kelakuan dapat dilihat. Kadang-kadang tu anak buah tidak berapa faham apa itu kebersihan dan apa itu keindahan. Betullah sepertimana kata tuan DO Sik waktu saya kerja di Sik, Dato' Azmi Din, kadang-kadang fahaman seseorang itu berkenaan kebersihan adalah berlainan dengan orang lain. Kalau budaya dirumahnya tidak berapa kisah sangat berkenaan kebersihan maka tabiat ini akan terbawa-bawa ke pejabat atau ketempat kerja. Kalau dirumahnya sawang-sawang labah penuh kat dinding dan siling maka dipejabatpun macam tu juga. Dia tidak akan kisah sangat untuk cuci atau sapu sawang. Jangan hairan kalau tengok sink kat ofis ditinggalkan begitu sahaja tidak berbasuh pinggan mangkuk yang diguna untuk makan semalaman.. tikus pula yang tolong jilatkan.. sebab dirumahnya memang macam tu.. suka biar semalaman pinggan mangkuk kotor tidak dibasuh segera .. suka biar lama-lama didalam sink..esok pagi baru basuh. Untuk apa tidak tau.. penyegan kut..   Begitu juga dengan cermin-cermin tingkap pejabat , lantai pejabat, bilik-bilik setor yang berabok dan berselerak, bilik air yang berbau busuk dan sebagainya. Begitu juga kalau dirumahnya dia suka biar pinggan mangkuk dana periuk belanga  yang diguna hari ini dudukBaginya itu semua tidak beri apa-apa makna kepadanya.. Baginya biasa aje. Dia masih lagi selesa bekerja dalam keadaan tempat kerja yang semak, berabuk, kotor, berbau, kertas-kertas buruk dan lama bawah meja dan sebagainya.. Tegor pilah berapa kalipun, macam tulah. Bila buat gotong royong, tolonglah sekejap dan eloklah sekejap lepas tu balik asal.. Takkan nak tunggu gotong royong atau ketua arah baru nak buat.. Pakat-pakatlah kita buat sebagai satu pasukan dalam jabatan kita.

Dulu-dulu kalau ofis boy tu memang tau kerja mereka, tolong buat macam-macam, dahlah mai awal, sapu lantai, cuci bilik air, tengok apa yang patut dalam bilik bos nak vacuum ke, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Tetapi sejak kebelakangan ini dah tidak jadi macam itu lagi. Walaupun dalam senarai tugas ada dinyatakan, tapi tidak dibuat semua. Nak kena tegor dan nak kena suruh barulah dibuat.. Itulah yang berlaku dalam mana-mana pejabatpun.

Begitu jugalah dengan penjagaan kereta jabatan. Ada yang rajin dan ada yang tidak berapa nak kisah fasal kebersihan kenderaan jabatan. Kadang-kadang sedih tengok kereta atau lori masih baru lagi tapi kerana perangai penyegan pemandu maka nampak terok sangat kenderaan tersebut. Bukan tidak ada masa nak cuci tapi memang dah macam tu. Kadang-kadang tu seminggu berapa kali sangat keluar guna kenderaan. Hari-hari lain tu duduk berehat kat pejabat aje. Itupun kira bagus juga duduk kat pejabat. Ada setengah-setengah tu ghaib hilang begitu aje. Pernah satu ketika waktu saya kerja kat sebuah pihak berkuasa tempatan saya buat pemereksaan mengejut lori sampah. Lori tu baru lagi tapi kalau tengok tempat driver dan kalendannya tempat letak kaki dibawahnya dah dekat 3 inci tebal dengan kotoran tanah dan habuk. Mentang-mentanglah lori sampah tapi takkanlah sampai lori itu nak dijadikan sampah. Tapi itulah keadaannya mereka tidak kisah bekerja dalam suasana begitu.. Boleh jadi mereka fikir itu bukan harta mereka, jadi nak gaduh apa... Sedangkan dia tidak sedar bahawa itulah satu-satunya pekerjaannya yang memberikannya pendapatan dan untuk belanja keluarganya. Bagi saya kenderaan yang kita jaga kena selalu bersih. Petang-petang sebelum balik rumah, cuci dulu apa yang patut. tidak susah manapun, tak payahlah nak tunggu beli pam penyembur air baru nak cuci. Itupun setengah-tengah tu hebat lagi bawa pergi bengkel cuci kereta dan balik 'claim' kat ofis...cubalah anggap cuci kereta tu sebagai senaman, bukan kah ok...keluar juga peloh masin dan masam kita. Kereta jabatan yang saya guna sekali sekala pasti saya akan basuh sendiri...Tapi kalau dah dok tolong basuh selalu.. lagi relax la pemandu yang ada.

Kebersihan dan kekemasan kena ada dalam bekerja. Ianya sebenarnya kena datang dari hati sendiri, laratkah nak kena tegor dan berleter selalu minta buat itu dan ini untuk kebaikan kita. Kadang-kadang itu saya tengok kertas fail dah 'relah' atau carik, rosak terok , lusuh fasal lama sangat, itu pun duduk gagah guna juga arak sana arak sini sebab fail itu aktif. Tidak bolehkah ringankan tangan tukar kulit fail dan tulis apa yang patut bagi elok nampak macam baru.. Duduk atas meja kerja kita tidaklah semak sangat. Kadang-kadang tengok fail buruk dan lusuh atas meja naik susah hati juga kita..Meja tu herot petot, lama tidak disusun bagi elok.. pun nak kena tegor juga...

Kita kena bagi ceria setiap hari. Jangan bagi ada 'tension' dalam kehidupan harian kita...buat apa-apapun kena fikir panjang jangan bagi timbul masalah kepada diri sendiri dan orang lain... Kadang-kadang tu terfikir juga kenapa jadi begitu...rasanya kita ni dok berkira sangat kut. Berkira fasal tenaga, wang ringgit, berkira fasal orang lain tidak ada kerja banyak, berkira fasal orang lain kerja mudah, berkira fasal orang lain gaji lebih kerja kurang, berkira fasal macam-macam lagi ....Akhirnya tidak mahu buat apa-apa dan kadang-kadang dia terlupa kerja tu tersebut adalah memang tugas hakikinya.

Apa lagi nak cerita ya fasal kebersihan yang berada dipersekitaran kita.... ya baru teringat.. lama dah nak cerita dan nak celoteh fasal kebersihan kedai makan...kedai makan ada macam-macam seperti restoren, gerai tolak, gerai tepi jalan, gerai biasa, pub, cafe dan macam-macam nama lagi. Yang penting semua itu tempat kita pergi makan-makan. Jadi kalau benda makan maka ianya kenalah bersih segala-galanya baik dari segi tuan tubuh penyedia dan pelayan makanan itu sendiri peralatan makanan, kebersihan kedai dan sebagainya.

Ada setengah kedai makan begitu mengabaikan kebersihan walaupun makanannya sedap.. belanjalah sikit untuk kebersihan. Saya amat prihatin tentang fasal makan kat luar rumah ni.. Kalau tidak kerana terdesak sangat saya tidak akan masuk kedai-kedai makan yang pengotor. Antara kedai yang tidak jaga kebersihan bolehlah saya senaraikan disini iaitu:-

Pegang makanan dengan tangan.. Ini kat kedai mamak nasi kandar kerap jadi macam tu. Ada setengah tu guna juga sarung tangan plastik..kira oklah juga.. Ini tidak.. tangan itulah yang dia guna untuk ambil makanan dan lauk pauk, tangan itu jugalah kira duit, tangan itulah juga garu sana garu sini, lepas tu bersembang rioh rendah dengan pekerja-pekerja hingga tersembur air lior ke dalam lauk pauk yang ada dihadapan.. Tidak percaya pergilah tengok sendiri.. Naik 'mengkelan' tengok..Itupun orang masih beratur panjang untuk makan nasi kandar mamak tersebut. Ada juga yang jual/buat popia pakai 'sauk' dengan tangan sahaja untuk banda-benda makan yang hendak dimasuk dalam popia tersebut. ..'tersentot' selera walaupun orang kata popia itu sedap sangat. Ini semua ada kat kedai mamak, kedai melayu, kedai cina dan kedai india...

Satu lagi yang saya tengok ialah kebersihan tempat kedai itu sendiri samada diluar dan dalam kedai makan. Kalau gerai tepi jalan lagilah terok. Kadang-kadang jualan bukan tidak laku tapi tabiat orang kita tidak mahu belanja langsung untuk beli peralatan yang elok sikit. Ini kalau kata gerai tepi jalan tu, cuma pakai kerusi buruk dan mejapun berlumut dan guna seadanya sahaja. Boleh tengok meja tu hitam dan kotor. Nak letak tanganpun tidak tergamak. Mula-mula pakai kereta tolak. Pagi tolak pi tempat berniaga dan petang/malamnya tolak balik kerumah. Tapi lama-lama perangai penyegannya mula mai. Apatahlagi penguatkuasa bandaran tidak pernah mai tegor, maka dia mula tinggalkan kereta tolaknya kat situ dan lama-lama roda kereta tolak itupun tenggelam kat situ...Peniaga yang macam inilah yang menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan...Mereka inilah yang mencemarkan pemandangan ditepi jalan raya dan kadang-kadang duduk ditempat yang merbahaya.

Kadang-kadang orang bandaran bukanlah zalim sangat tidak mahu bagi orang berniaga, lebih-lebih lagi dizaman gawat ini., tapi kelakuan dan sikap pengotor setengah-setengah peniaga memang mengundang kemarahan orang ramai. Cubalah amalkan kebersihan sikit, cuci dan bersih kawasan tempat berniaga dan kawsan persekitarannya, jangan bagi ada sikitpun sampah sarap kat situ. Apa yang saya nampak kalau dia cuci bersihpun hanya dalam kedai/gerainya sahaja yang disebelah luar tu tidak ambil kisahnya...memang tabiat orang kita macam tu...berkira sangat...Cubalah dia amalkan kebersihan 100% luar dan dalan dan buat bagi nampak cantik sikit, dan duduk ditepi jalan yang agak tidak membahayakan keselamatan orang ramai saya rasa orang bandaranpun tidak tergamak nak halau begitu sahaja kalau tidak perlu sangat..Dalam bangunan restoranpun samalah juga. Cubalah pergi jenguk bilik air mereka..bau busuk hapak..letak pula didapur..Disitulah tempat cuci segala barang untuk memasak, disitulah tempat untuk memasak dan sebagainya...bayangkanlah...nak tau taukeh tidak kisah atau tidak restorannya tengoklah kepala paip air kat sink basuk tangah...Nampak berdaki hitam dan berlendir saja kepala paip air tersebut, apatah lagi sinki tersebut...berlumut dan berdaki tidak pernah dicuci... Sayang sekali kerana ada setengah restoran atau kedai makan tersebut memang sedap makanannya dan memang ada ramai pelanggan, tetapi akan lebih elok dan baik lagi kalau ditambah mengutamakan kebersihan.

Ok....ada lagi nak taip , tapi saya henti kat sini dulu, ada urusan lain yang perlu dibereskan

Sebelum berundur baca pilah keratan akhbar yang dilampirkan ini. Semoga menjadi panduan dan ingatan kita..Susah juga nak ikut kalau pemikiran tidak mahu berubah....

Cabutan komen saya dalam akhbar Berita Harian















Catatan:

Mohd Asri Redha
Teratak Kasih
Alor Setar

Saturday, October 8, 2011

DISIPLIN DALAM BEKERJA : Satu Pandangan

Catatan : Mohd Asri Redha
              Teratak Kasih Alor Setar

Tak ada angin, tak ada ributpun...tiba-tiba saya dikejutkan dengan SMS staf memaklumkan saya adalah salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2007 bagi kategori KCS gred N48...terkejut juga terima berita itu..dah 2 tahun lebih berlalu. Dan tidak pernah ambil tahupun, kerana ini tidak ada langsung dalam agenda kerja saya seharian..

Yang saya nak cerita ni bukan saya dapat APC..  Ini cerita tahun lepas. Dah basi. Tahun ini tak rasalah.. dah terlepas.. sebab SSM dah tak pakai lagi. Kursuspun tidak sempat nak pi.   Tapi nak cerita fasal lain. Walau bagaimanapun saya amat bersyukur banyak kepada ALLAH SWT yang menganugerah APC ini dan juga kepada bos-bos saya terdahulu yang telah memberi penilaian terhadap saya..tentunya nilai terbaik kut..kalau tidak takkan panel nak bagi APC...Terima kasihlah kepada bos lama saya yang dah pencen Dato' Mansor Ismail dan Dato' Abdul Mukhti, Dato' Azmi Din, Dato' Hj Mat Noh dan lain-lain ketua jabatan yang telah memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menjalankan tugas-tugas yang diarah tanpa berbelah bagi...Kepercayaan yang mereka berikan itu sebenarnya membuatkan saya menjadi lebih berkeyakinan dan berusaha sekadar kemampuan untuk kesejahteraan rakyat. Sebab itu saya  tidak lupa buat surat penghargaan terima kasih kepada sebahagian ketua-ketua saya apabila mendapat apa-apa penghargaan dari kerajaan. Sepanjang saya bekerja dengan bos2 KCS langsung tidak ada masalah dengan mereka.  Tapi kalau ada bos yang buat tidak ikut peraturan dan prosedur yang bukan dalam kuasa budibicara ketua jabatan saya tetap tegur dan cakap terus terang.  Ini adalah soal prinsip. Sebab  itu  tidak hairanlah saya pernah dinilai prestasi begitu teruk oleh seorang ketua jabatan hingga dicadangkan pergerakan gaji 'statik'. Tak apa itu saya boleh terima. Kuasa ditangan bos kita.. kerja tetap dibuat tanpa perasaan kecewa.

Untuk mendapat kepercayaan ketua jabatan sepenuhnya bukan suatu perkara yang mudah..Kalau kita membina tahap disiplin yang buruk sejak awal, menonjolkan peribadi yang kurang elok, salah laku yang terlampau, suka berbohong  dan lain-lain perkara negatif sudah tentu sukar untuk kita mendapat kepercayaan bos atau ketua jabatan..Inilah yang saya cuba elakkan sekadar boleh.. Bagi saya mudah sahaja untuk mendapat kepercayaan ketua kita dan kita tidak perlu bodek dan menonjol-nonjolkan diri bahawa ini kita buat itu kita buat, itu kita yang rancang dan sebagainya.. Setuju benar kata Ustaz   Badlishah Alaudin dari Jabatan Agama Pahang  dalam seminar Pemantapan Integriti Dan Keutuhan Pentadbiran Awam  Negeri yang saya hadiri pada  minggu lalu di Sungai Petani baru-baru ini, iaitu untuk mendapat kepercayaan ketua-ketua kita, anak-anak buah kita atau pelanggan kita sifat utama yang perlu ada dalam diri ialah jangan berbohong. Sekali kita berbohong jangan harap orang akan percayai kita lagi... cakap-cakap ' on the way' yang jadi mainan mulut kebanyakan orang tidak harus diamalkan lagi.. Cakap saja terus terang.. dok pembohong buat apa.

Saya ambil contoh  yang paling mudah ialah kalau ada sesuatu majlis, bila sahaja tau bos atas yang berkuasa seperti MB atau SUK hanya hantar wakil sahaja untuk hadir rasmi sesuatu majlis, maka secara tiba-tiba sahaja terus batalkan kehadiran ke majlis tersebut...Bagi saya tidak kiralah siapa yang hadir rasmi, kita hadir juga kalau ada kelapangan dan tidak ada keperluan mendesak tugas rasmi kita. Mengapa kita tidak hadir kalau kita tau bos kita tidak dapat hadir sedangkan niat awal hendak hadir...tepok dada tanya selera... Sebab itu banyak sangat berlaku pembaziran makanan bila jemputan tidak ramai, sebab waktu mula jawab kata nak mai, alih-alih tukar fikiran tak mau mai sebab VVIP hanyak hantar wakil saja. Kalau ada aktiviti apa-apa duduk didepan atau tonjol-tonjolkan diri untuk perhatian bos kita...Bab ni saya 'surender' awal-awal lagi, tidak reti nak tonjol diri..duduk kut jauh aje...kalau diperlukan baru mampir. ..... Tang hadir tetap hadir kalau tidak bertembong dengan aktiviti lain yang lebih penting.

Begitulah juga kalau kena hadir mesyuarat. Kalau asal tu pengerusinya adalah ketua besar.. bos kat pejabat akan hadir. Bila tau ketua besar tidak dapat  pengerusikan mesyuarat tersebut maka  hantar timbalannya aje.. dan-dan beralih keputusan lalu bos pejabat hantar penolong-penolong aje .. lebih teruk lagi hantar pegawai bawahan lagi.. ni apa cerita ..... Apakah kita nak habaq kita sentiasa hadir mesyuarat atau buat kerja bagi ketua besar nampak depan mata tapi sebenarnya kita berdrama saja... Jenis ni ada bayak juga kat mana-mana organisasi.

Begitu juga disiplin diri..kalau guna kad perakam waktu tu gunalah sepenuhnya..guna waktu kerja sepenuhnya. Jangan guna waktu kerja separuh sahaja, separuh lagi tidak guna kerana pergi main golf ka atau sebagainya yang merugikan wang rakyat. Kalau terlebih guna masa rasmi untuk personal, gantilah dengan kerja lebih masa sikit, atau hari-hari cuti yang lapang pilah buat kerja yang banyak berlambak kat opis...Setiap aktiviti kerja harian perlu dilaporkan kepada ketua jabatan secara bersuratpun tidak apa. Tidak semestinya kita jumpa selalu bos kita. Biar ketua kita tahu apa yang kita buat..Apa-apa yang ketua atur kita ikut jangan dok belaga angin dengan ketua kita..lagipun bukan teruk mana pun....hadir dalam majlis pun sudah merupakan satu penghargaan aktiviti yang dibuat.Penganjurpun  seronok kita hadir jemputan yang dibuat..sebenarnya banyak lagilah caranya bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan ketua jabatan.. Ini semua memerlukan kreativiti seseorang.

Pegawai-pegawai yang baru kerja kena belajar ini semua. Ianya tidak diajari masa kat Universiti. Ada setengah pegawai-pegawai baru angin sangat tinggi.. Cakap dengan anak-anak buah macam cakap dengan kawan. Cakap hang aku begitu sahaja dengan mereka. Sedangkan ada setengah Pembantu Tadbir sama umur dengan bapa pegawai berkenaan. Begitu juga setengah tu cakap dengan Pegawai KCS yang lebih senior cakap tidak hormat langsung, pakai rodong hang aku sahaja. Tidak heran langsung. kalau yang senior tu cakap aku atau hang dengan kita ..tak apalah biar dia cakap macam tu tapi kita yang junior ni kena berbahasa yang hormat sikit.. Saya sendiri tidak tergamak nak bercakap dengan senior banyak dengan saya dengan berbahasakan hang aku walaupun mereka bercakap begitu. Habis sangat cakap I atau You sahaja... Itupun rasanya macam nak kasar juga..

Setengah tu cakap kasar dan memedihkan kakitangan seolah-olah kita sahaja yang betul..Ingat kita ini adalah manusia, tidak ada sapa yang boleh mengaku betul semua apa yang dia buat. Belajarlah menerima pandangan anak buah asalkan baik dan berkesan apa salahnya kita terima pandangan mereka. Ada setengah-setengah staf tu sampai takut-takut dan  terketar2 nak tanya apa-apa pada ketua-ketua pertengahan terutama yang berkaitan prosedur dan berkaitan hal-hal peraturan jabatan. Takut kena sembur dengan  kata-kata yang kurang enak didengar.. sebab dah biasa kena.  Ini cerita benar dan bukan direka-reka sebab saya lebih terbuka dan staf banyak meluahkan perasaan dan isihati mereka kepada saya sepanjang 25 tahun duduk dipelbagai jabatan. Saya boleh terima dengan hati yang terbuka staf mai query fasal claim saya walaupun saya sudah bertaraf ketua jabatan,atau kita buat tidak ikut peraturan dan prosedur kewangan dan sebagainya. kalau dah tidak betul kita  terima aje.  Buat  apa dok tegak benang basah. Jangan dok kata lebih kurang aje kepada anak buah kita hingga depa takut nak jumpa atau nak beri pandangan atau teguran. Ini akan melemahkan semangat mereka. Sebab itu berlaku segala macam masalah yang berbangkit.

Kesombongan setengah pegawai itu terbawa-bawa hinggakan anak buah nak telefon pun tidak bagi kalau waktu rehat, waktu cuti rehat, cuti awam dan sebagainya walaupun tujuan untuk telefon itu ialah untuk urusan rasmi meminta pandangan, nasihat, tunjuk ajar dan seumpamanya. Apatah lagi kalau nak suruh tuan mai opis waktu cuti disebabkan urgent sangat..Silap-silap kena jerkah lagi kakitangan yang dok telefon tu....Seingat saya sejak 25 tahun bekerja, tidak pernah lagilah dok buat perangai macam itu..Orang jerkah saya ada..  Seboleh mungkin tolonglah apa yang patut, walaupun waktu rehat atau waktu cuti...bagilah rakyat rasa senang sikit hasil dari pengorbanan kita itu..

Belanjawan 2012 baru dibentangkan.. bayangkan tahun depan akan dapat pelarasan  gaji lagi.. bermakna naik gaji lagilah kita. Dapat skim yang lebih baik serta dapat bonus lagi..  Cuba kita renongkan balik kerja buat kita.. berbaloi tak dengan gaji yang kita dapat ini... rasanya kerajaan bayar terlalu banyak kepada kita berbanding kudrat tenaga , masa yang kita berikan fikiran dan usaha yang kita keluarkan.

Kadang -kadang penolong-penolong pi kemanapun ketua jabatan tidak tahu.. dia kira dia aje.. ada surat jemputan dari WDA terus hilang aje tanpa makluman kepada ketua dia. Seolah-olah ketua jabatan bukan ketuanya... Sekurang-kurangnya hormati sedikit ketua jabatan kita, kerana kita sendiri suatu hari nanti akan jadi ketua juga. Apa perasaaan kita waktu itu kalau penolong-penolong kita buat tidak heran saja kepada kita sebagai ketua.. Jabatan sendiri ada agenda dan aktiviti yang perlu diselesaikan.

Semua yang saya sebut ini adalah rentetan pengalaman yang saya kutip sepanjang lebih 26 tahun bekerja...elok sangatlah perkara-perkara tersebut jangan diamalkan lagi. Memanglah sesama pegawai itu tarafnya sama sahaja cuma gred berbeda tapi perbedaan umur juga perlu diambil kira. Tidak salahkan berbahasa abang, kak, Pak Long, Pak Ngah dan sebagainya...Ianya akan meningkatkan kemesraan lagi dalam hubungan kakitangan asalkan disiplin tetap di beri perhatian utama.

Sebagai KCS yang menjadi penolong ketua jabatan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu ketua jabatan terutamanya dalam hal-hal berkaitan  kakitangan. Tapi nampaknya inilah yang kurang diberi penekanan dan perhatian pegawai-pegawai kcs dalam sesuatu jabatan. Semua nak kena tunggu ketua jabatan yang urus. Sebab itu saya lihat tahap disiplin kakitangan dikebanyakan jabatan yang saya pimpin  agak kurang baik dan terpaksalah diperbetulkan perlahan-lahan. Itupun perlukan kerjasama penolong-penolong mengambil perhatian yang serious dalam hal disiplin kakitangan dan diri sendiripun kena berdisiplin juga. Kalau tidak anak buah gelak aje tengok kelaku kita. Setiap kesalahan salah laku dan disiplin kakitangan dibawah tanggung masing-masing perlu diambil tindakan susulan seperti rekod bukti dan  sebagainy. Jangan dibiarkan berleluasa depan mata.  Janganlah pula pegawai-pegawai dok bersekongkol dengan staf yang bermasalah disiplin ini sampai nak tegorpun tidak berani, nak buat surat amaranpun takut apatah lagi nak buat laporan lengkap masalah disiplin kakitangan yang dipimpinnya.. Nak ambil tindakan disiplin kena ada bukti sahih dan bukti rekod  yang lengkap dan terperinci. Bukan boleh ambil tindakan begitu saja...

Kebanyakan kerja saya hanya di luar daerah...buat kerja teruk manapun rasanya bukan ada orang tengok..Saja seronok seorang diri sahaja buat kerja. Asal dapat gaji macam la ni rasanya sudah lebih dari mencukupi..

Alhamdulillah..ada juga orang dok tengok apa yang saya buat...tapi nak dapat anjakan gaji  rasanya tunggu buah yang tidak gugur...maklumlah dah tua-tua 'meregon' ni otak tidak berapa nak boleh mengapai ..periksa dapat cukup makan aje.....tak apalah walau tidak dapat gaji melintang. Beri saja pada yang layak..saya tetap terus buat kerja macam biasa...tak mau bagi masalah pada ketua-ketua besar kita.

Oklah...dok bersembang kes ini panjang-panjang nanti orang kata dok sombong diri pula+.....masuk bakul angkat sendiri. Tapi itulah saya ni bukan pandai sangat buat kerja, cuma ikut arahan dan peraturan sahaja dimana boleh, itu sahaja...Kalau bijak dan pandai serta ada ilmu tinggi maka itu satu kelebihan yang amat diperlukan bila ditempatkan ditempat-tempat strategik tertentu seperti di UPENK , GLC dan lain-lain tempat kerja yang bersifat nasional dan internasional. Sekarang sudah banyak KCS yang ada Ijazah Sarjana. Gunakan kesarjanaan mereka ini untuk kecemerlangan pentadbiran negeri Kedah. Bukan hanya ambil Sarjana ini untuk dapat elaun 3 kenaikan gaji.. Kalau itu yang menjadi objektifnya... rugi besarlah kerajaan negeri yang berbelanja besar untuk KCS berkenaan.

Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk duduk ditempat-tempat sebegini..tempat sebegini lebih mencabar. Lebih baik mengaku awal-awal dan beri pada orang lain walaupun gred dan gaji yang lebih tinggi. .. Saya sedar kelemahan saya.. apatah lagi mengaji pun tak tera mana.. bahasa inggerispun tunggang langgang.  OKU lagi. Jadi kalau ada junior lagi yang mampu dan berdisiplin apa salahnya kalau mereka pegang jawatan tersebut..  Dalam hal ini saya tidak kisah sangat soal-soal kenaikan pangkat ini dan langkau kawan-kawan, asalkan jangan diturunkan pangkat dan turunkan gaji sudahlah...Takat nak duduk tempat kerja yang gred lebih tinggi tapi tak mampu nak buat apa-apa yang lebih baik dari apa yang sedia ada, lebih baik tidak payah...Dok seronok dengan jawatan hebat, gaji besar tapi orgaanisasi yang dipimpinnya itu tidak 'tera' manapun... rugi memanjang, dan masalah macam-macam yang dibikin hingga  memeningkan kerajaan negeri untuk merungkaikannya.


OK jumpa lagi
asriredha
teratak kasih
alor setar

Saturday, October 1, 2011

SaPa Kata KCS TidAK HeBaT...?

01 Oktober 2011
Catatan: Mohd Asri Redha




Gambar terbaru saya dapat dari FB: KCS yang menerima Ijazah Sarjana 
bergambar bersama Canselor UUM.. KBDYMM Tunku Sultan Kedah DA
 Hari ini sengaja saya paparkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 2011.. Cerita berkenaan dengan KCS yang menerima Ijazah Sarjana dari UUM... Hebat kan... Tentulah hebat...   Tentunya juga kerajaan negeri menaruh harapan yang amat tinggi kepada KCS yang tinggi ilmu ini untuk memberi sesuatu yang hebat kepada perkhidmatan awam negeri Kedah . Biar berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.. Insya Allah saya rasa mereka yang dapat Sarjana ini hebat-hebat belaka dan kita tunggulah apa yang mereka boleh buat dan ubah pentadbiran awam negeri Kedah dalam mentransformasikan pentadbiran awam negeri Kedah ke arah kecemerlangan. Dengan   ilmu yang mereka ada ini tentunya mereka tidak ada masalah dalam menterjemah dasar dan polisi kerajaan menjadikannya realiti.



Lebih hebat lagi KCS ialah apabila Dato' Dr. Hj Mohd Shariff
Abu Samah.. Pesara  KCS yang berjaya mendapat
Ijazah PHd dan seterusnya dilantik pula sebagai
Karyawan Tamu UUM. Bukan senang hendak dilantik
sebagai Karyawan Tamu di Universiti, hanya individu yang
yang tertentu sahaj boleh dilantik... tapi Dato' ni boleh...
Syabas Dato'....   Selamat Maju Jaya dalam bidang baru Dato'
ini.. Saya tetap mengikuti perkembangan Dato' di UUM.
 Sekarang kerajaan sedang melaksanakan transformasi dalam pengurusan pelanggan, budaya kerja, pengurusan strategik, kepimpinan organisasi, sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat,  dan pengurusan pembangunan...  Semua ini memerlukan pegawai-pegawai yang mempunyai skill pengetahuan yang tinggi yang boleh menjana idea-idea kreatif dan inovatif  dalam pentadbiran awam di negeri Kedah ini....


30 orang  KCS akan menerima
Ijazah Sarjana Pengurusan Awam:
Ucapan Tahniah dari saya. Bukan
senang nak dapat Sarjana. Mereka
memang hebat. Saya mengaku awal2
 lagi , tidak mampu untuk menggapai
nya dgn segala macam masalah....

Nanti kalau saya dapat senarai nama semua KCS yang ada Ijazah Sarjana ini saya akan paparkan dalam blogi ini. Minta tolong kawan-kawan yang ada senarai tersebut untuk disenaraikan. Apa salahnya kalau kita tunjukkan. Biar semua orang tahu. Bukan nak tunjuk riak atau berlagak...  Dah susah payah mengaji, kenalah bagi tahu biar semua orang tahu... Jadi tidaklah orang buat lebih kurang saja kat KCS ini... tak gitu kawan-kawan..





Friday, September 30, 2011

MaRi KiTa BeRuBaH.... Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam Negeri Kedah..

29 September 2011

Hotel Amanpura, Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha

Hari ini telah dua hari saya menghadiri Seminar Pemantapan Integriti & Urus Tadbir Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, yang dianjurkan oleh INSPIN bersama dengan kerajaan negeri Kedah. Amat sesuai sangat seminar ini diadakan pada waktu ini terutama kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah DA. Sudah sampai masanya isu-isu integrity dan urus tadbir jabatan-jabatan kerajaan diketengahkan dengan lebih hebat lagi dikalangan penjawat-penjawat awam negeri Kedah ini. Kali ini melibatkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Saya melihat betapa pentingnya hal-hal berkaitan ini diketengahkan bukan sekadar setakat pegawai-pegawai kanan sahaja yang perlu tahu, malahan semua warga kakitangan awam kerajaan Negeri Kedah dari semua peringkat. Tidak ada gunanya diperingkat atas prihatin tapi diperingkat bawah pula tak tau apa yang dibincangkan dan hendak dituju. Bukan semua ketua-ketua jabatan yang ada boleh sampaikan balik apa yang diperolehi kepada anak-anak buah….balik ke pejabat hanyut begitu saja...

Berdasarkan tajuk-tajuk yang diketengahkan dalam bengkel ini saya rasa ianya menepati keperluan yang saya maksudkan. Saya akan cuba mengulas beberapa isu yang berkaitan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Tokoh-tokoh yang menyampaikan pandangan dan ceramah bukan calang-calang orang dan memang mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sewajarnyalah kita dapat mengambil pandangan mereka sebagai panduan dan rangka bertindak dalam jabatan masing-masing.

Ceramah oleh Ustaz Badli Shah bin Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang bertajuk ' Jati Diri Penjawat Awam Bagi Pelaksanaan Berkesan Untuk Pencapaian Wawasan'  memang menarik perhatian saya dan terpegun dengan cara penyampaian oleh pegawai muda ini… Malangnya masa agak terhad untuk penjelasan lebih mnyeluruh. Ceramah beliau amat menarik terutama dengan membuat perbandingan dengan kajian-kajian penulis-penulis barat yang telah mengambil nilai-nilai hebat yang ada pada Nabi Muhammad SAW hinggalah mereka meletakkannya ke tahap yang begitu tinggi tanpa prasangka walaupun mereka sendiri kekal dengan pegangan agama asal mereka. Orang Barat sendiri sudah memberi penghormatan yang tinggi kepada Nabi Muhammad SAW… maka sudah sewajarnya kita sebagai orang Islam lebih-lebih hebat lagi menyanjungi Nabi teragong kita ini dengan mengambil segala nilai-nilai yang ada pada nabi untuk diimplimentasikan dalam diri , keluarga dan kerjaya kita.

Orang Barat sudah mula meneliti akan isu-isu ketuhanan dalam pengurusan. Dalam menuju kecemerlangan disegala aspek ciri-ciri utama dalam diri Nabi Muhammad SAW perlu diterapkan dalam diri masing-masing.. Sebab itu perubahan sikap amat penting. Untuk merubah manusia dari kurang baik kepada baik dan lebih baik bukan perkara mudah. Inilah cabaran besar kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Kedah untuk membuat sesuatu bagi merubah sikap anak-anak buah. Pada masa yang sama boss-boss pun kena ubah sikap juga sebab boss-boss itupun manusia juga. Kita perlu mendapat kepercayaan orang. Untuk mendapat kepercayaan orang kita jangan berbohong….Nabi Muhammad SAW amat berjaya dalam kehidupannya kerana asas kepercayaan pengikutnya beliau tidak pernah berbohong. Macam-macam cara berbohong dan tidak perlulah saya ulas panjang…..

Idea baru yang saya dapat dari penceramah…

A B C D E F G H I   J   K  L   M  N  O   P  Q  R    S   T  U  V  W  X  Y  Z

1  2  3 4 5  6  7 8 9 10  11 12 13 14 15 16  17 18 19 20 21 22  23 24 25 26

H  A  R   D   W   O   R   K

8+1+18+4 +23+15+19+11 = 98%

K      N     O     W     L     E   D   G   E

11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5+ 4+ 7+ 5 = 96%

L    U   C   K

12+21+3+11 = 47%

A    T      I     T      U     D    E (Personaliti Yang Unggul)

1 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 +  5 = 100%

Berdasarkan kiraan diatas ini , macam kebetulan pula.. kalau kerja kuat lagu manapun pencapaian tak akan sampai 100 peratus. Begitu juga kalau staf mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sukar juga untuk mencapai kecemerlangan . Apatah lagi kalau hanya berharap nasib baik sahaja , lagilah sukar untuk mencapai kecemerlangan yang diinginkan. Tapi kalau kita dapat mengubah ‘attitude’ anak-anak buah maka barulah kita boleh mencapai kecemerlangan 100 peratus…. Maknanya ‘ATTITUDE’ itu terlalu amat penting untuk diambil kira dalam mencapai kecekapan dan kecemerlangan.

Apa yang anda nampak?
Isu PERSEPSI juga banyak memberi masalah.. persepsi yang salah akan nampak benar kalau semua orang berfikiran begitu… sukar untuk kita mengatasi masalah persepsi ini.. contohnya persepsi jabatan kerajaan adalah lembab, manakala sector swasta cekap… perkara ini tidak pernah dipertikaikan walaupun sekarang ini keadaan sudah jadi sebaliknya.. Tapi persepsi begitu sudah lama terpahat dikalangan rakyat, maka kalau lambat itu adalah jabatan kerajaan. Kalau swasta lambat , tak pula dipertikaikan pula.. itulah persepsi… Kita kena lebih berhati-hati dengan persepsi sebegitu. Perlu ada sedikit penilaian sebelum menerima atau menolak persepsi itu.


Persepsi seseorang itu
bergantung kepada cara
mana ia melihat sesuatu
berasaskan fahamannya,
ilmunya, persekitarannya,
kesukaannya...
... soo..ini apa?
 Tajuk ceramah ‘ Membina Tadbir Urus Yang Baik’ oleh Dato’ Seri Abu Kassim b. Mohamad.. Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia. Kata beliau tidak ada integrity telah menghancurkan system nilai baik yang diamalkan oleh jabatan-jabatan. Kerajaan rugi berbillion RM kerana rasuah dikalangan penjawat awam disegala peringkat. Apa yang penting kepada penjawat awam ialah jangan ambil rasuah. Duit rasuah tidak halal dan jangan jadikannya itu beban yang terpaksa kita tanggung hingga akhirat nanti. Kalau kita terlepas hukuman dunia tapi hukuman Tuhan tetap ada dan Allah mengetahui segalanya. Rasuah menjadikan orang-orang yang benar-benar layak ditinggalkan, segala undang-undang yang ada diabaikan, peraturan yang ditetapkan dilonggarkan dan segala macam bentok pertolongan mudah diberikan dengan ganjaran.

Satu lagi tajuk penting yang sentiasa menjadi isu hangat ialah Laporan Ketua Audit Awam. Malangnya ceramah seperti ini orang tidak berapa nak minat. Kalau melihat kehadiran peserta dalam ceramah oleh Puan Ong Swee Leng dari Jabatan Audit Negara memang menyedihkan. Banyak yang tidak memberi perhatian. Banyak ada diluar bilik seminar sahaja berbual-berbual seolah-olah perkara yang dibangkitkan itu tidak penting. Itu sebab teguran yang sama berulangkali dibangkitkan oleh jabatan audit sebab ‘attitude’ kita yang buat tidak kisah.

Tiap-tiap tahun laporan audit berkisar perkara yang sama dimana ketidakpatuhan pada peraturan dan prosedur kewangan dan pentadbiran yang ditetapkan. Mengapakah susah sangat nak ikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.. Ikut sahajalah. Sayapun hairan juga macam-macam perkara dibangkitkan dalam teguran audit dijabatan-jabatan yang saya kerja yang pada pandangan saya tidaklah susah manapun untuk buat sepertimana peraturan dan prosedur … di mana silapnya… Adakah boss pun masih khayal dengan pangkat dan kuasa yang ada. Apakah benda-benda kechil seperti ini tidak mainlah… ini bukan kerja boss… Sebab itulah setiap tahun perkara yang sama dibangkitkan.. Apakah ketua jabatan sahaja saja yang perlu turun padang selalu untuk tengok ini semua. Pegawai kanan-kanan lain tu buat apa. Pangkatpun tinggi juga, gajipun boleh tahan juga, ada kuasa lagi.  Mereka juga berkelayakan dan kemahiran serta pangkat yang diberi kuasa juga .

Seingat saya dulu lain.. Kalau Ketua Kerani /Kerani Kanan tu memang hebat.. Opis Boy atau Kerani memang tidak berani buat tidak ketahuan. Dia jerkah saja sudah cukup menggerunkan anak buah. Apatah lagi Ketua Jabatan lagilah hebat. Jadi segala pergerakan aktiviti kakitangan dikawal dengan begitu baik oleh pegawai-pegawai kanan dibawahnya mengikut kekananan dalam jabatan. Sebab itu disiplin kakitangan dulu agak baik.

Tapi lama kelamaan keadaan mula berubah. Jawatan-jawatan kanan dalam jabatan makin banyak dan semakin tinggi pula tu, gajipun boleh tahan juga. Malangnya dari segi pengurusan sumber manusia terutama disiplin terlalu amat lemah. Nak tegorpun tidak berani. Nak arahpun tidak berani. Sepatutnya dalam jabatan penolong-penolong yang ada perlu memainkan peranan penting dalam membantu ketua jabatan untuk memastikan semua kakitangan menjalankan tugas seperti yang diarahkan, bukan sama-sama berkawan dunia akhirat sampai nak tegorpun tidak berani walaupun nampak kesalahan dan kecuaian depan mata… kenapa jadi begini. Dok nak tunggu ketua jabatan juga buat teguran dan buat surat amaran atau tunjuk sebab…. Budaya seperti inilah yang saya rasa salah satu penyebab mengapa tahap disiplin kakitangan jabatan-jabatan kerajaan begitu lemah. Kalau buat penilaian pula sikit punya bagus, sampai lebih 90% yang pada pemerhatian saya nak bagi 60 % pun tak layak. Kakitangan kalau dibuat penilaian begitu maka anggapannya kerja teruknya inipun kira baguslah… jadi apa nak kisah…pegawai atasan dengan anak buah pakat-pakat jaga periok nasi . Aku jaga hang, hang jagalah aku.... 

Antara beberapa perkara penting yang saya dapat kutip dari ceramah tersebut mengapa lah jadi terok sangat macam tu … ialah kerana sumber manusia tidak kompeten, tidak tahu buat kerja, baru kerja, tidak mahir, kurang penyeliaan – sikap tidak peduli pegawai dan bos, sambil lewa terhadap penyeliaan, ketidaktelitian dalam urusan kerja menyebabkan berlaku kesilapan, ketinggalan dan kecuaian, sikap sambil lewa ketua jabatan terhadap pegawai bawahan, tidak rajin dan malas dalam menjalankan tugas, kurang kakitangan kelayakan, kemampuan yang terhad, terlalu bergantung kepada juruperunding dan pelbagai segala macam kekurangan dan kelemahan. Itulah seperti yang saya cakap tadi.. masalah sikap atau attitude manusia itu memainkan peranan. Melihat banyak peserta yang tidak berminat untuk mendengar ceramah berkenaan audit ini jelas menunjukkan itulah nanti akan jadi pada jabatan yang diterajuinya

Syor penceramah ialah guna pendekatan S I K A P.

S  Supervision

I   Interest

K Knowledge

A  Attitude

P Procedure

Ceramah berkenaan ‘Melaksanakan Transformasi Sektor Kerajaan’ oleh en Shahrir bin Mohamad Zakey dari MAMPU juga menarik untuk diulas..Sekarang kerajaan sedang kearah Transformasi Sektor Awam … tentunya kearah yang lebih baik. Kata penceramah penentu kepada kejayaan transformasi adalah bergantung juga kepada Sumber Manusia. Terdapat 3 kategori pekerja menurut Colan L.J dlm bukunya bertajuk ‘Engaging the hearts & mind of all your employees” iaitu:

Kategori pertama: Engaged employees- buat kerja sepenuh hati…. Hidup mati fikir fasal kerja. Patuh segala peraturan dan arahan . Kreatif dan inovatif.

Kategori Kedua: Disengaged employees….kurang usaha. Mai kerja macam terpaksa, tidak begitu bersungguh –sungguh kearah kecemerlangan jabatan

Kategori Ketiga: Actively disengaged employees..dahlah penyegan dan malas… rasuk pula pekerja lain ikut macam dia… orang macam ni tak patut ada dalam organisasi dan memang tak berguna langsung.

‘DIMANAKAH DUDUK KATEGORI ANDA’ ……..

Namun begitu bercakap memang mudah... halangan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri dibawah kerajaan pembangkang dalam kes-kes tertentu memang ujud walaupun tidak tersurat,. tapi yang tersirat itu sukar dijangka apatah lagi pertimbangan yang dibuat berasaskan pertimbangan politik..

Petang ni dalam suasana mengantuk yang amat sangat yang rasanya nyaman untuk tidor.. saya gagahkan diri untuk tetap bersama dalam seminar yang belum lagi tamat. Saya ingin mendengar ceramah dari seorang pensyarah dari UUM yang dulunya adalah seorang Ketua Pengarah Kemas Malaysia iaitu Dato’ Abu Seman Awang. Tentunya beliau banyak pengalaman untuk diketengahkan bagi kebaikan saya dan para peserta. Tajuk yang diberikanpun ialah ‘Budaya Kerja Ke Arah Peningkatan Sistem Penyampaian’. Perkara berkenaan PersePsi juga diketengahkan dalam permulaan ceramahnya dengan menunjukkan slide gambar yang mamaparkan dua keadaan yang jauh berbeda walaupun gambarnya sama. Ia bergantung dengan cara seorang individu itu melihat berasaskan kepada pengetahuannya, keilmuannya, pengalamannya dan sebagainya. Budaya Inovasi adalah penting dalam pengurusan. Ketua jabatan kena ada kemahiran ini. Buat kerja berbeda dengan ketua sebelum ini, buat sesuatu kerja bagi nampak berbeda. Untuk transform jabatan kearah bertaraf dunia memerlukan daya kepimpinan yang tinggi. Kemahiran kepimpinan adalah penting. Bukan perkara mustahil untuk berubah kearah yang lebih baik dan kecemerlangan.

Ok.. rasanya panjang juga ulasan saya ini… Cuma satu perkara menarik perhatian yang tidak pernah jabatan kerajaan lain buat ialah Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Antara Pejabat Tanah Pendang, Pejabat Daerah Pendang dan Majlis Daerah Pendang Dan SPRM yang diadakan dalam seminar ini. Tahniah kepada jabatan berkenaan kerana berani dan telus dalam pentadbirannya. Tahniah kepada pegawai KCS yang menerajui orgaanisasi ini atas tindakan berani dan berinovasi ini. Adalah menjadi harapan tahap integrity jabatan bertambah baik dan member imej yang lebih kepada kerajaan dan memberi kebaikan kepada rakyat.

Ok.. jumpa lagi…







Friday, September 2, 2011

Al Fatihah.... buat aruah sahabatku Dato' Abdul Rahman Ahmad.....

Catatan:
Mohd Asri Redha..2.9.2011


Hari ini saya mendapat khabar berita sedih Dato'  Abdul Rahman Hj. Ahmad, Pegawai Daerah Kota Setar  telah kembali ke Rahmatullah.. Pagi ini saya sempat mengunjung jenazahnya di Kg Alor Belat. Ramai rakan taulan mengunjung menziarahi mayatnya .  Allah telah menjemputnya lebih awal sebelum tamat bersara. Kuasa Allah tidak  ada siapa boleh menghalangNya walau sesaatpun.. Kita kena terima hakikat bahawa kita juga akan kembali menghadap Nya..  hanya masa yang akan menentukannya. Oleh itu bersiap sedialah sentiasa, tanpa menunggu umur tua atau lepas bersara baru nak kumpul modal ke alam akhirat/baqa. 

Maka  berkuranglah lagi seorang rakan baik senior saya dalam KCS. Baru beberapa minggu yang lepas saya sempat berbual-bual dengannya. Satu perkara yang saya hairan sampai sekarang ini ialah bila bercakap dan berbual dengan saya beliau terlalu hormat, berbahasa dan formal... tak taulah fasal apa. Namun dari segi peribadi dan pergaulannya beliau adalah merupakan seorang KCS yang agak unik. Beliau berjaya mengekalkan jenama yang amat terkenal dan sinonim dengan dirinya. Pak Lang.... itu gelarannya. Kalau sebut Pak Lang dikalangan KCS.. semua orang tahu bahawa itulah Dato' Hj. Abdul Rahman Ahmad. Kadang-kadang pelakuannya agak nampak pelik dan gila-gila sikit .. tapi kepelikannya itu boleh diterima oleh kebanyakan orang disebabkan karektarnya begitu.. Itulah kehebatan Pak Lang ini. Beliau amat disenangi oleh semua rakan taulan dan kakitangan yang pernah

Agaknya apa yang direnung panjang
oleh Allahyarham Dato'Abdul Rahman
Ahmad... Merenung jauh sekali. .......
(gambar diambil 23 Ogos 2011 di Menara
Zakat semasa MajlisPerasmian
Pusat Haemodialisis Pusat
Zakat Negeri Kedah
Oleh KBDYMM Tuanku Sultan Kedah
 bekerja bersamanya...

Sebab itu  adanya Pak Lang ini menceriakan komuniti KCS ini dan di kalangan rakyat yang mengenalinya...Tidak hairanlah beribu orang turun menziarahi memberi penghormatan kepada  Allahyarham Pak Lang  dan ucapan takziah kepada keluarganya tidak mengira agama dan bangsa.

Beliau seorang yang 'sporting' termasuk keluarganya . Tidak hairanlah kalau ada apa-apa aktiviti KCS beliau tidak masalah untuk mengambil bahagian malahan keluarganya juga diheret sama mengambil bahagian.  Jangan lupa Allahyarham mempunyai 2 isteri, tapi uniknya hidup mereka harmoni dan boleh bersahabat sebagai satu keluarga. Hobi beliau ialah menembak. Sebab itu beliau aktif dalam Askar Wataniah, satu-satunya DO yang aktif dalam pasukan sukarela ini .. Sekali sekala beliau berpakaian rasmi Tentera Wataniah berpangkat Mejar Kehormat.. Segak juga nampak Pak Lang ini. Jangan terkejut   juga kalau jumpa Allahyarham sebelum ini... pistol automatik tersisip dipinggangnya kemana saja beliau pergi..  Nampak saja kecil , tapi 'cenge' juga... sapa-sapa nak buat tak ketahuan kepada Pak Lang ni, silap banyaklah..

Antara SMS Hari Raya Aidil Fitri
yang dihantar pada pada rakan-rakan
tidak mengira status/pangkat di
hari-hari terakhir sebelum
pemergiannya
Satu perkara yang saya dan kebanyakan rakan tak berapa boleh nak ikut ialah beliau pasti memelok rakan-rakan dan sahabat- sahabat yang ditemuinya (rakan lelakilah) tidak kiralah apa bangsa.... Memelok bagi beliau akan meningkatkan lagi kemesraan... Sapa yang tidak bisa kena pelok tentunya kekok...Itulah keunikan Pak Lang kita yang rasanya tidak akan ketemui lagi karektar2 seperti ini dikalangan KCS.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Pak Lang , semoga aruah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan diterima oleh Allah SWT.. Amiin.. 


Mohd Asri Redha
Teratak Kasih





Thursday, August 25, 2011

Kawan2 Yg. Banyak Kad Raya Nak Hantar .. Baca blog Ni Dulu....

Catatan:
Mohd Asri Redha..KCS

Boring pula duduk kat ofis ptg ni. Dari pagi tadi , tak keluar-keluar dok buat buat kerja.. sedar-sedar semua orang sudah balik...Petang ni lewat balik.. ada sikit masa ni.. dok belek-belek kad raya yang banyak dah saya terima...ada yang kecil, besar, ada yang wangi, ada yang mahal lagi canggih , ada yang ada lagu lagi dan macam-macam jenis kad..bila tengok banyak kad-kad yang orang hantar ni..rasanya popular pula... ada juga orang teringat kat saya yang kerdil ini...dapat banyakpun bukannya berguni-guni.. adalah sikit....Tentu nak kena belanja banyak juga nak tempah kad raya dan nak kena pos lagi. Sekarang ni duit setem sudah meningkat...maka banyak juga belanja tu.. Seingat sayapun dah lama tidak membeli kad raya. Bukan tidak mahu hantar kad raya sebagai ingatan sesama sahabat tapi dalam dunia teknologi yang semakin canggih ni.. ada banyak cara lagi kita menyuarakan atau meluahkan rasa kesyukuran kita dan memohon keampunan dari rakan taulan disamping bertanya khabar berita. Sekarang pakai hantar kad raya maya.. kad raya digital... Itu sebab semua orang kena ada akaun emeil sendiri. Kita dah tidak boleh lari lagi dgn perkembangan teknologi maklumat...

Tajuk cerita saya kali ini ialah nilai sekeping kad raya.. Terima kasih kepada semua yang menghantar kad raya kepada saya....susah-susah pula hantar...terima kasih sekali lagi..Apa yang saya nak bercakap ialah sejauh mana sekeping kad itu memberi kesan kepada penerimanya...Kalau kad itu yang personally dihantar maka akan adalah sedikit tulisan tangan yang disebutkan nama penerima dan adalah sikit-sikit ucapan yang ditulis disitu. Kad macam ini memang sahlah pengirim itu tahu dan ingat akan penerima yang akan menerima kadnya..penerimanya pasti amat menghargainya.. Kalau dia tidak balas pun dia akan telefon balik, atau sms balik kepada pengirimnya....kerana dalam banyak-banyak sahabat kat dia juga yang dingatnya.. tidak gitu saudara-saudara. Jadi kawan dan rakan yang ada fulus lebih sikit atau ada peruntukan khas jabatan elok beri perhatian tentang perkara-perkara sebegini. Kalau tidak tidak ada apa-apa makna kad itu.

Yang kurang disedari dan kurang diberi perhatian ialah kebiasaan menghantar kad raya melalui pembantu peribadi atau setiausaha. Ambil senarai nama dan alamat dari mana-mana opis kemudian pos pi. Kitapun terimalah...kita pun terfikir..betul kah dia ingat kat kita...kitapun beleklah lagi kad itu..tengok tandatanganpun cop cetak juga.. sahlah kad ini dihantar melalui setiausahanya.. kad tu pula bukan lekeh2...memang elok dan bernilai RM. Tapi nilai dari segi perasaan rasanya kurang... fasal apa jadi lagu tu... rasanya terlalu banyak kad kut yang hendak dihantar sampai tak larat untuk tandatangan dan tulis tangan... ah sesibuk manapn tulislah pi sikit seperti ini kad kad... Saudari Asri... Apa khabar? semoga sihat sejahtera... cukuplah itupun ..kemudian tandatangan ..Jadi kitapun tahu bahawa waktu dia nak bubuh dalam envelope tu .. dia ingat juga kat kita... Ini ada yang saya rasa pengirimpun tidak kenal penerima...Nanti kalau jumpa kat mana-mana penerima kenal pengirim dan ucap terima kasih.. pengirim pula hairan kenapa ucap terima kasih..Takkah haru namanya..

Awat terok sangatkah nak tulis sikit dan tandatangan.....kalau 200 ke 300 keping tu.. kalau diri ku tidak ada masalah bagi ku untuk tulis sendiri dan tandatangan sendiri. Bukannya terok sangat...dan kepada yang menerimanya nanti akan terasa nilainya sekeping kad raya. Jadi kalau pakai PA aje yang tolong urus dan kadpun kebanyakannya free aje.. syarikat atau jabatan yang tanggung lagilah tidak ada makna apa-apa kepada yang menerima....

So..tahun depan kalau ada peruntukan lebih nak buat kad raya..ubah pendekatan dan cara....jangan pakai cop standard saja...ambil sikit masa tulis dan tandatangan sendiri.. baru ada gaya dan kesan..tak gitu saudara-saudaraku...  Walau bagaimanapun terima kasih jugalah yang hantar kad raya tu.. walaupun hanya tanda tangan bercetak...

Oklah... waktu berbuka puasapun dah dekat..... elok saya berhenti dulu kat sini...nanti bila dia mai syeh dan nisannya...saya pagut lagi keyboard ni....

asriredha teratak kasih alor setar

Thursday, June 30, 2011

BERSIHKAH 'BERSIH'

Catatan:  Mohd Asri Redha


9 Julai 2011 adalah satu tarikh yang dinanti-nanti oleh semua rakyat Malaysia... Jadi atau tidak jadi perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih  Dan Adil (BERSIH) yang mana ketua penganjurnya ialah Ambiga Sreenavasan.  Kenapa hendak berhimpun ialah kerana untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang DiPertuan  Agung untuk meminta supaya pilihanraya diadakan secara adil, bersih dan nutral dan nak suruh SPR ikut 100 peratus laksana cadangan dan kehendak mereka.

Saya tidak mahu ulas sangat fasal perarakan dan perhimpunan ini.. namun kalau berlaku juga rasanya boleh huru hara jadinya kerana manusia kalau dah semangat terlalu lebih.. dia pergi kearah keganasan dan tidak heran sapa....  nak kawal sudah tidak boleh lagi... 'jenuh' lah pasukan keselamatan nak jaga.. kesan ekonomi akan lebih hebat lagi apabila berlaku kacau bilau dalam negara... kita akan rugi berbillion RM kalau pelabur takut.. pelancong tidak mahu datang melawat Malaysia, pengangguran akan meningkat, peniaga rugi besar, hasil cukai akan berkurangan, pegawai kerajaan macam saya nipun jangan harap nak dapat kenaikan gaji dan elaun-elaun yang dinikmati sekarang ini kalau ekonomi merudum.. fikir-fikirlah.

Tak  fasa-fasal.. negara kita duduk dalam aman damai.. tiba-tiba begini jadinya... apalah nak jadi kita ni semua... sengaja cari penyakit..duduk senang lenang dah jadi tidak  senang lenang lagi.. barulah waktu tu nak meratap merayu.. tapi sudah tidak guna lagi.. bila ekonomi sudah rosak terok.. nak membaikinya tidak semudah yang disangka.

Saya cuba cari dalam majalah dan akhbar .. kalau-kalau ada coretan dan pengalaman orang yang menguruskan pilihanraya secara langsung... rasanya tidak jumpapun... yang ada ialah pegawai-pegawai kanan SPR bertungkus lumus dok jawab tohmahan dan kritikan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan sudah tentulah BERSIH lagilah hebat sampaikan nak buat perhimpunan besar-besaran dijalanan. Ditambah pula dengan sokongan pelbagai parti-parti politik....   minta simpanglah jangan jadi perhimpunan  itu. Jadi saya cubalah coretkan sedikit pengalaman saya yang menguruskan pilihanraya .

Saya cuba nak 'kerosek' betulkah selama ni SPR dalam menguruskan pilihanraya ada agenda tersembunyi seperti untuk mengekalkan parti pemerentah yang sedang memerentah sekarang ini. ... khususnya Barisan Nasional. Saya cuba cerita balik berasaskan pengalaman saya sendiri yang telah bertugas sebagai pegawai kerajaan selama lebih 25 tahun.

Selama lebih 25 tahun saya bekerja sebagai pegawai KCS di negeri Kedah yang tercinta ini rasanya saya terlibat secara langsung sebagai pegawai yang menguruskan proses pilihanraya diperingkat akar umbi setiap kali pilihanraya. Saya pernah jadi Penolong Pegawai Pengurus (PPP) di Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi dan Jerlun.  Ini kerana kerja saya diperingkat daerah membolehkan saya dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya.. samada terlibat dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Inilah untungnya  jadi pegawai KCS kerana banyak pengalaman boleh kita raih sepanjang kerjaya kita bukan setakat kerja hakiki kita saja... kita boleh menguruskan bencana alam, menguruskan bancian penduduk, merancang dan melaksanakan projek pembangunan,  menguruskan tunjuk perasaan, protokol dan sebagainya..

Setiap kali diumumkan PRU maka saya macam kebetulan pula telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus bagi menguruskan proses pengundian dikawasan Parlimen atau DUN yang ditetapkan. Maka bermulalah tugas saya sebagai PPP yang mengambil masa yang banyak hingga kadang-kadang terpaksa mengabaikan tugas hakiki saya semata-mata bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur, telus, dan boleh diyakini oleh semua pihak. Pada waktu ini saya dianggap sebagai kakitangan atau petugas SPR. Apa yang saya nak ceritakan disini.. sepanjang 5 kali pilihanraya yang saya terlibat secara langsung sebagai PPP   dan 2 kali pilihanraya kecil... tidak pernah terdengar dan terbisik sikitpun dalam taklimat-taklimat yang diberikan oleh Pegawai Kanan SPR kepada PPP dan Pegawai Pengurus (PP) kata-kata yang seolah-olah minta PP dan PPP buatlah apa-apapun bagi BN menang. Mereka memang bertindak secara profesional. Saya tidak hendak komen tentang sistem dan dasar yang dilaksanakan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya. Cuma saya hanya melaksanakan proses pengundian .. itu sahaja dan rasanya sistem yang kita buat ini adalah yang terbaik dan setiap kali PRU akan ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat berasaskan komen dan pandangan pelbagai pihak termasuk parti-parti yang bergiat cergas di Malaysia ini.... Maknanya sistem yang ada bukan 'rigid' sentiasa ada pembaikan dan perubahan sesuai dengan perubahan masa dan teknologi . Sebab itu saya rasa kalau nak minta semua PP dan PPP ikut telunjuk mana-mana parti tertentu rasanya tidak betul kut... bukan senang nak buat itu  semua lagipun PPP dan PP bukan kakitangan tetap SPR.. Dan  bukan amalan SPR selama ini melantik pegawai tetap SPR sebagai PP atau PPR. Mereka hanya tengok dan pantau apa yang PP dan PPP buat sahaja.. dan mereka tidak akan campurtangan dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh PP. Ini saya perhatikan selama menjadi PPP dan tidak ada satu mesyuarat sulit atau mesyuarat khas yang dibuat antara SPR dengan PP dan PPP untuk bincang macam mana nak bagi BN menang. Semua mesyuarat dibuat adalah telus dan terbuka... semua orang boleh ambil tahu.

Kalau berlaku perkara diluar kebiasaan sistem yang ditetapkan , itu bukan sesuatu yang dirancangkan.. maklumlah dalam beratus-ratus orang PPP dan PP tentunya ada juga terlekat seorang dua yang terlalu fanatik kepada mana-mana parti tertentu dan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya... Tetapi janganlah menghentam bahawa semua sistem yang ada tidak boleh dipercayai lagi.. Ini perlu diperbetulkan dan dicari jalan penambahbaikan.

Saya sekarang bekerja di Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini tidak pernah saya terbayangpun akan berlaku. Tidak pernah terbayangpun Ustaz Azizan yang terlalu 'low profile'nya selalu datang kerumah bapa saya dan abang saya di Kg  Kabu 10, Sg Limau Dalam, setiap kali khenduri dan sakit demam,  akan jadi Menteri Besar. Semua ini adalah takdir Tuhan..  KPR  memerentah Kedah  melalui PRU. Saya juga waktu itu adalah bertugas sebagai PPP di Langkawi... mudah aje prosesnya... kalau benar ada ketidaktelusan dalam menguruskan PRU  ini tentunya KPR tidak boleh memerentah dengan elok sekarang  ini. Begitu juga di Pulau Pinang, Kelantan, serta Selangor... sudah pun jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat....tidak  ada masalahpun..  Sekarangpun saya bekerja dibawah KPR tidak ada masalahpun malahan rasanya lebih baik lagi .. berjalan macam biasa aje..... 

Jadi kalau sesiapa atau mana-mana parti  teringin hendak memerentah negeri dan negara.. ayuh.. mari kita cari  pengaruh dan masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang....  Tak usah dok kalut fasal adakah SPR itu telus atau tidak, adil atau tidak.... Yang itu biar saya dan pegawai-pegawai lain yang dilantik nanti buat kerja..Insya Allah.. amanah yang diberi itu kena dijaga dan di guna dengan sebaiknya.. Jangan dok menyeleweng dan mengelencong.... Percayalah kepada kewibawaan badan yang menguruskan pilihanraya ini. Percayalah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti saya ini untuk membuat kerja menguruskan proses  pengundian. Kalau SPR kita tidak percaya kepada siapa lagi.. adakah hendak dilantik agensi dari luar untuk mengendalikan proses pilihanraya ini....  jangan terlalu ekstrem hingga ke peringkat itu.

Salah satu tugas utama PPP Pos ialah masuk kedalam
kem tentera untuk melihat dan mengawasi proses
pengundian pos agar tidak berlaku penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa. Ia juga bagi memastikan
setiap anggota tentera/polis bebas membuat pilihan
parti yang disukai masing-masing. Gambar
saya di Kem Lapangan Terbang Sg Petani melihat
sendiri pengundian oleh pengundi pos.
Saya juga pernah terlibat secara langsung menguruskan pengundian pos untuk anggota keselamatan negara  dan petugas pilihanraya. Di Sungai Petani merupakan salah satu kawasan pilihnraya yang mempunyai jumlah undi pos yang paling banyak di Kedah .. Lebih 2,000 orang pengundi pos kalau tidak silap saya waktu itu.  Saya tidak nampak dimana boleh berlaku kecurangan dalam proses ini. Kerana saya terlibat dari awal proses pengeluaran kertas undi hinggalah tahu keputusan. Bukan seperti tohmahan orang yang mengatakan anggota pasukan keselamatan kena undi depan pegawai pemerentahnya...  tak buat dah kut kerja macam tu... Sekarang ni zaman manusia boleh bebas bersuara dan bercakap. Sikit buat silap satu dunia boleh tahu.

Jadi saya harap sangat-sangat janganlah ada yang terlalu ghairah  untuk membuat perubahan kepada sistem yang sedia ada ... selagi ianya tidak merosakkan kebebasan rakyat dalam membuat pilihan parti yang disukainya. Perubahan boleh dibuat tapi kita kena melihat dari sudut yang pelbagai dan mengambil kira semua aspek agar hasilnya memuaskan majoriti rakyat. Untuk mendapatkan 100% rakyat berpuashati tentunya tidak mungkin tercapai.....

Jadi tak payahlah dok pi buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk pergi perhimpunan haram tersebut..silap-silap haribulan boleh  masuk lokap....baik pulun ambil hati rakyat dulu (saya dah bagi tip2nya) dan bila PRU ambil bahagian. Bila dah menang.. boleh buat apa saja apa-apa sistem yang hendak dirombak atau dibaik pulih... tak gitu tuan-tuan..

teratak kasih
01/07/2011

Saturday, June 25, 2011

KCS tu SiaPA ......

edited sehinga 2009 oleh:
Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman


Friday, June 10, 2011

KETELUSAN YANG TERLAMPAU

Berita  agak hot dalam blog kali ini ialah kisah di KEDA..   kad Perakam Waktu  Pengurus Besar KEDA dipaparkan dalam blog.... lihat cerita selanjutnya dalam alamatb blog yang dipaparkan dibawah ini... klik sahaja disitu....

Walaupun ini agensi kerajaan persekutuan tapi kita disini terasa juga kesannya sebab ia beroperasi di negeri Kedah ..agensi yang melaksanakan program pembangunan fizikal dan sosial untuk rakyat Kedah.. Kadang-kadang bila baca  blog tersebut semacam ada juga kebetulannya.. logik juga..Walau bagaimanapun tentang 'punch card' rakan kita ni betul atau tidak tuduhan yang dibuat itu... kita tidak pasti lagi... tapi agaknya jenuh dok jawab la GM KEDA   ......  Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam KEDA ni... tapi  'state' tak bolehlah nak campurtangan dalam hal ini...Sedikit sebanyak imej KEDA akan tercemar juga dengan isu ini.

Saya juga difahamkan khabarnya seorang KCS akan ditempatkan di KeDA ini dalam tempoh terdekat ini sepertimana persetujuan awal yang dibuat sebagai syarat untuk pelanjutan tempoh hayat KEDA yang akan tamat tempohnya. Agaknya macam mana la  individu KCS yang akan ditempatkan ini nak buat kerja.... tentunya pening-pening lalat kut .. Nak jaga Dato' Bashah ka.... nak jaga Negeri Kedah.

Yang saya nak cerita kat sini ialah rakan.rakan KCS yang dok buat kerja la ni.. jaga-jaga sikitlah  pergerakan kita .. Dunia semakin canggih.. semua handphone ada kamera dan boleh rakam suara lagi waktu dok bercakap dengan sesiapa....  semua itu boleh jadi bahan bukti... walau ada orang tidak percaya kepada teknologi IT ini sebagai bukti tapi .. itulah sebenarnya bukti kukuh ...

Manalah tau nanti Kad Perakam Waktu kita pula terpapar kat dalam internet atau blog.. Tak ke nanya tu...Kalau kad itu digunakan dengan betul tak apa juga...  tapi takut kad perakam kita yang kosong bermakna tidak pernah guna langsung.. atau guna ikut sukahati kita sahaja.... tak ke malu... Elok ikutlah sahaja peraturan yang ditetapkan.    Kita bukan kenal musuh kita... kadang-kadang rakan-rakan dan sahabat terdekat yang jadi musuh kita.. sapa sangka.. jadi wahai sahabat-sahabat.. kalau selama ini kita teralpa dan terlajak elok patah balik sebelum tersasar dan menyusahkan diri, jabatan dan keluarga. Tentunya imej sebagai pegawai akan terjejas dan anak-anak buah tidak akan menghormati  kita lagi.

Jangan pula nanti gambar kita terpapar dalam blog / internet tengah main golf kat kelab waktu pukul 2.30 ptg.. waktu kerjalah tu..... sedangkan kita tidak bercuti...kadang-kadang orang anggap biasa aje ... dan dah jadi kebiasaan....  Banyak sangat saya dengar cerita-cerita seperti ini.  Saya sendiri pernah terima surat layang tentang kes ini.. tapi tidaklah ditunjuk gambar dalam blog..hanya surat yang ditujukan kepada Menteri Besar Kedah aje. Namun kes saya ini selamat kerana waktu itu memang saya dah ambil cuti lebih awal..  Cuma orang sangka saya bekerja kerana pagi itu saya pi kerja secara sukarela walau bercuti, jadi orang sangka saya bekerja hari itu.  Begitu juga jangan pula gambar kita ada kat internet  tengah dok melepak kat Agensi Broker Saham tengok saham kita naik atau turun .. kalau naik bolehlah jual syer yang ada.. malangnya waktu tu waktu pejabat......ni apa cerita...

Jadi sahabat-sahabat sekalian berhati-hati dalam aktiviti kerja kita seharian terutama dalam waktu kerja... Jangan jadi seperti sahabat kita kat KEDA.. Bila dah jadi lagu tu... susah semua orang.....silap-silap boleh terbang kerja kita.....

http://syburi-times.blogspot.com/2011/06/kerja-ka-makan-angin.html

Thursday, June 2, 2011

SABAR-SABAR ...... Buat panduan adik-adik KCS

Catatan: Mohd Asri Redha

Selamat malam semua...Apa khabar? sudah beberapa hari aku berhenti menulis blog ini.. sibooook, kataakan....apa yang harus aku tuliskan malam ini? tak taulah - apa2 saja yang terlintas difikiran akan kugodam turun ke dalam blog ini.......Ya teringat satu ketika yang berlaku kat opis , bagus juga kalau aku godam buat cerita ...sekurang-kurangnya jadi pengajaran dan pelajaran pada diri ku ini.

Hari ini dalam sejarah.....sepanjang duduk bertugas kat pejabat tanah..Tanpa disangka-sangka peristiwa lama yang tidak mahu diulang berlaku, berlaku juga.   Dalam dok jaga-jaga cakap, jaga tingkah laku, jaga hubungan namun tercetus juga perkara diluar jangkaan. Kat Kubang Pasu dulu dah pernah berlaku kes seperti ini...

Isunya tidaklah besar sangat tapi begitulah manusia, kita tidak boleh samakan tahap kesabaran seseorang itu dengan orang lain...kadang-kadang masalah kecil sahaja tapi cetusan kemarahan yang timbul tidak dijangka.... Inilah yang berlaku padaku hari ini..

Masuknya ke bilik ku begitu mesra sekali dengan salam dan tanya khabar berita...isu dibangkitkan dan perbincangan bermula dengan isu fakta dan penafian... perbincangan melarut-larut dan sampai satu ketika pelanggan sudah hilang kesabaran dan ....'tooom'.....satu tumbukan padu dari tangan sasa pelanggan hinggap di meja ku.. terkejut berok aku... sabar ..sabar... masih lagi boleh bersabar.. Kalau meja itu cermin, sudah pecah berderai...satu opis kedengaran dengan suara tengking yang begitu tinggi yang boleh didengari dalam lingkungan 70 meter... berterpalah anak buah ke bilik.. nak tengok apa dah jadi pada diriku yang kerdil ini.....sudah terlengtangkah bos depa ni..tengking dan jerkah makin kuat.

'tooom'...satu lagi tumbukan atas meja tapi dilapisi oleh fail-fail yang tebal atas meja...yang ni lagi kuat... nasib baik ada fail kertas.. kalau tidak boleh luka tangan pelanggan kecewa ini...tak boleh jadi ni....tergenjak aku ke belakang.. sambil dok kerling belantan kat belakangku yang memang selalu tersedia ada...mana tau kut-kut dia 'toom' pula kat muka aku kes nanya ni.. aku cuma kerja dengan kerajaan aje.. takkan sampai nak gaduh-gaduh dengan orang..cuma aku kerja lebih saja sikit....dok periksa lebih teliti sikit ..itu aje.. itupun orang marah .. Ini semua kes kuari pasir la ni.....orang lain buat kerja tak macam tu pun.. relax aje... tak apa... dok kira apa orang lain.. kira diriku sudahlah..

Nampak keadaan makin gawat... nasib baik ada anak buah mai tolong sabar... tapi tahap kemarahannya tidak dapat dibendong lagi.. walaupun dibawa keluar pelanggan masih meninggi-ninggikana suara dengan cakap yang tidak sedap didengar apatah lagi diucapkan oleh seorang berumur yang ku rasa dah lebih 50-an umurnya...Semasa keluar sempat juga aku memberi salam padanya....namun salam sudah tidak berjawab lagi.. kemarahan terlalu tinggi.. maka keluarlah ia dengan hati yang duka lara dan kecewa..

Sebenarnya isunya mudah dan memang aku dah nak buat keputusan untuk menerima rayuannya...cuma kena periksa dan soal jawab dulu..bagi jelas dan ada fakta...sebab ini melibatkan kewangan dan tanggungjawab aku sebagai ketua...Sebab itu lepas kena maki dan marahpun oleh empunya diri aku masih berbaik sangka dengan pelanggan itu.. Sedikitpun tidak ada perasaan marah aku kepada pelanggan ini.... sedikitpun aku tidak meninggikan suara kepadanya kerana aku faham mungkin beliau tertekan dengan masalah-masalah lain lagi yang tidak kita ketahui. ..

Biarlah selantang mana suaranya, kemarahannya, keradangannya, kegeramannya, diriku tetap dengan falsafah ketenteraman dan berjiwa tenang...sepertimana kata Mahatma Gandhi sudah terlalu banyak keganasan makhluk dunia ini...buat apalah kita duduk bertambah lagi dalam keganasan dalam kancah yang menggeerikan ini......ehh..aku ni dah melalut-lalut ke mana ni...bercakap-cakap fasal ganas pula ni..kena patah balik nii....sebab itu lepas kena marahpun , aku tetap arahkan anak buahku bantu selesaikan masalahnya itu dengan segera....Insya Allah dalam beberapa hari lagi selesailah masalah dia itu...... Hidup ini terlalu pendek untuk kita habiskan rasa dan waktu dengan kemarahan dan keradangan..

Begitulah ceritanya.......adik-adikku ..kerja dimana saja pasti kita akan jumpa masalah-masalah seperti ini.. biasalah.. pandai-pandailah kita menggunakan akal dan budi kita untuk tangani masalah seperti ini.. Aku tetap tidak serik untuk bertugas didaerah-daerah kerana sudah biasa atau dah 'lali' dengan situasi dan karenah orang seperti ini. Kerja kita memberi kesejahteraan kepada rakyat dan pada masa yang sama tempat aku kerja ini adalah tempat untuk mencari sumber kewangan kepada kerajaan negeri...Maka aku buatlah apa yang patut buat.. Takkanlaah aku nak buat lebih kurang aje..atau 'halai balai' aje..Kerajaan bagi kita upah....tak gitu....kat sapa aku cakap ni..aku pun tak tau..saja nak luahkan rasa hati kat blog ini... mungkin nanti tua-tua bila baca boleh teringat balik apa yang telah aku buat masa bekerja.. Ok.....Aku berhenti disini dulu...makin lama dia dia jadi merapu....la ni kat radiopun ada lagu-lagu merapu.....