BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Tuesday, September 6, 2016

Selamat Bersara Sahabat

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh... 09 September 2016

Assalaamualaikum WRT.. dan Selamat Malam.. Sihat semuanya sahabat2 yg baca blog ni. .. Malam ni sejok saja udara sekitar.. hujan diluar sana...

Petang tadi saya menghadhiri Majlis Perpisahan YB Dato Hjh Sepiah Isa. . Pegawai Kewangan Negeri Kedah (PKN). . Hari ini  merupakan hari terakhir beliau bertugas sebagai Pegawai Kerajaan Negeri Kedah dgn Jawatan terakhirnya Pegawai Kewangan Negeri Kedah..

Kalau ikut ranking dlm skim Perjawatan saya. . Jawatan PKN duduk no 2 tertinggi. No 1 tentunya Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.. Dalam perkhidmatan KCS ni.. takat tu lah sahaja jawatan tertinggi yang boleh dicapai oleh pegawai KCS seperti saya ni... tapi jawatan itu hanya satu saja.. Jadi tentunya ramai KCS yang tidak dapat memegang jawatan2 itu.. samada pencen dulu.. pencen awal atau ada pegawai junior yg langkau pegawai yg lebih senior.. Sebab tu nak dapat duduk utk 2 jawatan tersebut bukan mudah kerana.. pegawai KCS yang layak bukan sekadar kekananan sahaja diambilkira tapi ia perlu boleh diterima oleh kepimpinan tertinggi negeri Kedah dan sudah semestinya perlu mendapat perkenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah.. Jadi pegawai KCS tak usah dok harap sangat utk menduduki kedua-dua jawatan tersebut... lebih2 lagi pegawai mcm saya ni yang serba kekurangan itu ini.   Biar orang atasan yang melihat dan menilai dari segala aspek calun yang sesuai dikalangan KCS. Dalam perkidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ada beratus jawatan yang bergred Jusa C dan ke atas. Dalam KCS hanya ada satu sahaja Gred Jusa A untuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan satu Gred Jusa B untuk Pegawai Kewangan Negeri.

Dato' Hjh Sepiah adalah antara KCS yang amat bertuah kerana dapat memegang jawatan tersebut walaupun tempoh perkhidmatannya sebagai PKN tak sampai setahun.. Tapi beliau telah memecah rekod KCS sebagai wanita pertama memegang jawatan tersebut.. Kalaulah beliau ambil pencen pada umur 60 tahun besar kemungkinan beliau akan memegang jawatan number satu dlm perkhidmatan KCS. . Beliau hanya ambil  pencen setakat 58 tahun saja.. Jadi bila beliau pencen awal.. rezekilah pada pegawai KCS yg lainnya.


Saya tak mau cerita panjang berkenaan hubungan kerja saya dengan beliau kerana telahpun saya ceritakan dalam catatan dalam posting sebelum ini..

http://beritakcs.blogspot.my/2015/11/selamat-bertugas-yb-dato-hj-bakar-din.html

Saya mengucapkan Selamat Bersara pada Dato' Hajjah Sepiah Isa... Banyak kenangan dan pengalaman pahit manis saya bersama beliau semasa bertugas dulu, terutama sewaktu di PTG Bahagian Pengambilan Balik Tanah dan di Pejabat Daerah Kota Setar..

Semoga Allah SWT. . memberikan kesihatan terbaik buat beliau dan dipermudahkan segala macam urusan selepas pencen ini terutama dalam menghabiskan sisa kehidupan yang masih ada ini....

Sekarang ni tengah dok suspen.. pertukaran ke mana pula selepas ini...  post senior  ada 4 kekosongan...  harap2 x kena.. Apa2pun saya yang menjalankan tugas..

ok.. jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment