BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Monday, January 25, 2016

Krisis Kepimpinan Politik di Kedah



Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 20 Januari 2016

Assalaamualaikum WRT dan Selamat Siang buat saudara-saudara yang sudi membaca catatan blog saya ini..  Memang lama juga saya tidak menulis dalam blog ini, kurang bahan untuk menulis yang berkaitan KCS ini... KCS dalam keadaan tenang sahaja sekarang ini.

Sebenarnya saya malas untuk membuat komen dan ulasan berkenaan kemelut politik yang berlaku di negeri Kedah ini terutama berkaitan dengan orang-orang UMNO hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap keupayaan dan kemampuan YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir untuk memimpin negeri Kedah. Kemuncak kepada hilang kepercayaan ini ialah satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh beberapa orang Ketua Bahagian dan lain-lain yang memegang pelbagai jawatan dalam parti dan juga ADUN serta Ahli Parlimen yang diketuai oleh YB Senator Ahmad Bashah Ketua Bahagian Alor Setar telah memohon YAB Perdana Menteri membuat rombakan kepimpinan utama negeri Kedah ini... Lepas tu macam-macamlah cerita keluar dan pelbagai ulasan dalam pelbagai media utama, media elektronik, alam maya dan serata-rata...  ada yang sokong, ada yang bangkang, ada yang tak kisah langsung dan ada yang tunggu dan lihat dan macam-macam lagi...

Namun dalam banyak2 media yang saya tengok dan baca itu, saya terjumpa juga akan berita dan ulasan-ulasan yang dikaitkan akan peranan KCS dalam kemelut ini. Ini yang menarik hati saya utk menulis berkenaan kemelut ini. Apa cerita sebenarnya sampai KCS dilibatkan dalam kemelut ini... Saya sebagai KCS sudah tentu ada pandangan dan pendirian tersendiri dalam situasi2 seperti ini... mungkin pandangan saya tidak sama dengan pandangan sahabat-sahabat KCS yang lain. Tak apalah  perbedaan pandangan tidak mengapa asalkan tidak melibatkan pertelingkahan sesama KCS....










No comments:

Post a Comment