BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Friday, December 28, 2012

Shenzhen Cina , Hong Kong... Kenangan yang tidak dapat dilupakan

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 14 - 19 Disember 2012

Salam sejahtera pembaca misteri saya sekalian.. apa khabar ... harapan saya semuanya baik2  belaka...

Sebenarnya keinginan untuk melawat negara bekas jajahan British ini telah lama terpendam. Namun tidak kesampaian juga disebabkan segala macam halangan dan tidak bernasib baik juga…Sebab itu setelah lebih 26 tahun bekerja barulah  ianya menjadi kenyataan apabila saya berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar jabatan ke Hong Kong dan pada masa yang sama melawat Shenzhen juga. Sebenarnya perjalanan dari KLIA ke Hong Kong mengambil masa 3 jam 30 minit. Jadi ianya tidaklah jauh mana. Dengan kelajuan penerbangan lebih 900 km sejam maka pada akhirnya sampai juga ke Hong Kong pada hampir tengah malamnya.

Saya amat teruja untuk melihat sendiri akan keadaan sebenarnya kotaraya Hong Kong yang dikatakan sebuah wilayah Cina yang paling maju dan dikatakan juga sebuah kotaraya yang agak tinggi kos hidupnya.. Selama ini hanya mendengar, melihat dan mengetahui melalui media cetak dan media elektronik sahaja disamping sekali sekala melihat cerita-cerita mandarin yang berpangkalan di Hong Kong.  Kota yang mempunyai penduduk lebih 7 juta orang itu tentunya amat padat berbanding keluasannya yang tidak seberapa. Tentunya saya amat teruja untuk melihat bagaimana sebuah kota raya yang besar ini diuruskan terutama berkenaan perkhidmatan perbandarannya. Walau bagaimanapun sebelum itu rombongan kami pergi ke Kota Raya Shenzhen, China dulu walaupun mendarat di ‘Hong Kong International Airport’

Ini yang saya katakan perancangan bandar dan utilitinya yang
menarik sangat. Sebahagian besar jalan rayanya seperti inilah..

Kotaraya Shenzhen, China adalah sebuah kota yang agak terbesar dan paling berjaya di negara China ini. Ianya terletak di wilayah Southern China’s Guandong Province. Wilayah ini sahaja berkeluasan 2,020 km persegi dan  mempunyai penduduk    13 juta orang. 30 tahun  yang lalu, Kotaraya ini hanyalah sebuah perkampungan terpencil dan biasa sahaja.. Walau bagaimanapun  sejak pembukaan dasar luar China kepada kepada ekonomi yang lebih terbuka ianya telah membawa pembangunan yang begitu pantas sekali. Kepantasan pembangunannya juga meningkatkan  kepantasan kelahiran anak hinggakan Kerajaan China menetapkan polisi satu family seorang anak sahaja dalam usaha memperlahankan  kadar pertumbuhan penduduknya.  Oleh itu sesiapa yang hanya mempunyai hanya seorang anak sahaja usahlah gundah gulana sangat kerana kat China beranak hanya dibenar  setakat seorang sahaja walaupun subur sangat-sangat. Terlupa pula nak tanya cik Tina pemandu pelancung kami, apa jadi kalau terberanak lebih. Mungkin ada peruntukan undang-undang lain kut untuk kes2 seperti ini.

Sebab itu sepanjang lawatan saya ini jarang saya melihat anak-anak remaja melepak  tak tentu hala kerana memang budak-budak tak ramai. Jadi disana tak timbul isu mat rempit dan isu gejala social remaja. Apatah lagi di Shenzen tidak ada motorsikal seperti kita di Malaysia, sesuatu yang amat menghairankan saya. Kalau adapun hanya basikal elektrik dan superbike yang terlalu amat kecil bilangannya. Kemungkinan besar kerajaan mereka tidak membenarkan kenderaan beroda dua berada diatas jalan raya utama atau mungkin cukai yang terlalu tinggi dikenakan.  Berbeda pula kalau di Kota Raya Beijing.. motosikal elektrik dan basikal agak banyak hinggakan setiap jalan utama ada jalan khas untuk kenderaan seperti itu. Saya berpendapat mungkin taraf hidup penduduk di Shenzen ini agak tinggi dan pengangkutan awamnya  mencukupi dan cekap.

Amat menakjubkan saya melihat akan perancangan bandaraya ini dalam usaha memberikan kesejahteraan kepada warga  kota raya ini. Kota ini wajar dilawati untuk  melihat sendiri bagaimana mereka menyusun tataletak segala nya dengan begitu teratur dan selesa kepada warganya. Bandar ini juga bagi saya cantik, menarik  dengan lanskapnya dan mungkin juga kerana kedudukan geographinya yang menyebabkan suhunya agak nyaman, memungkinkan tumbuhan dapat hidup dengan subur dan pokok yang berwarna warni……

Bagi saya lawatan yang diatur oleh agensi hanya sekadar memenuhi keperluan lawatan tapi saya lebih suka melihat mendapatkan ilmu dan pengalaman  negara orang melalui melalui melihat gaya hidup mereka, kehidupan social mereka, semangat mereka , disiplin mereka, undang-undang yang diguna pakai, kegiatan ekonomi mereka, perancangan dan pembangunan fizikal  Bandar dan negara mereka, pengurusan sisa pepejal mereka, kebersihan , lanskap, pengurusan sungai , lalulintas, sector pelancongan mereka, cara promosi , penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang ada dan pelbagai hal hal yang seumpama itu. Saya adalah pemerhati sosial secara kritikal.  Jadi apa salahnya jika perkara-perkara yang membawa kebaikan kita cuba aplikasikannya di negara kita, sekiranya kita berkemampuan.

Sebab itu saya suka mencoretkan hasil pengalaman dari lawatan dalam blog untuk pengetahuan  dan ingatan saya yang mungkin berguna untuk dijadikan contoh ditempat saya bertugas pula. Mungkin juga berguna untuk pembaca maya blog saya ini, jika ada yang sudi membacanya… Tak kisahlah orang baca atau tidak, tapi saya tetap nak tulis juga… Kalau tak dicoretkan seperti ini.. nanti kita akan lupa .. jadi lama-lama macam  tak ada apa-apa. Pergi melawat merata dah, ada yang bayar sendiri, ada yang pergi lawatan rasmi, dan ada yang pergi fasal kerja.  Habis beribu-ribu RM. Pi melawat habis begitu sahaja… .. syok sat begitu sahaja….


Bersama isteri ketika melawat 
Menara Eifel di "Perancis" ????.... Tak 
payah pergi ke Perancis..mai ke Windows
Of The WOrld.. dapat segalanya..

Ok… kemana pula lawatan di kotaraya Shenzen ini… Antara tempat lawatan menarik di Kota Shenzen ini ialah rombongan telah dibawa melawat  taman tema yang dinamakan ‘Windows Of The World’  yang terletak di Barat Shenzen.  Dengan keluasan 48 hektar memang memenatkan jika hendak berjalan melihat lebih 130 replika bangunan dan tempat popular di seluruh dunia. Jadi bolehlah naik keretapi khas yang disediakan. Bangunan dan tempat yang dibina itu sebiji macam ditempat sebenar. Melawat ke sini seolah-olah  kita telah melawat tempat terkenal diseluruh dunia dalam satu hari sahaja.

Seolah-olah semacam satu tradisi atau satu kemestian yang dipaksakan kepada pelancung yang menggunakan khidmat agensi pelancungan di China ini dimana lawatan ke Chinese Herb Factory juga diatur. Mereka yang dikatakan ‘Profesor’  itu hanya pegang tapak tangan dan terus tahu apa jenis penyakit yang kita hadapi… hebat juga  Lepas tu  terus  bagi tahu ada ubat tradisi yang boleh menyembuhkan penyakit  itu.. Laku beribu RM juga ubat-ubat yang dijual.. Saya juga nyaris-nyaris nak beli … tapi bila tanya berapa harga….. terkejut sangat… mahal sungguh. Habislah duit untuk ‘shopping’ nanti. (Dekat Beijing pun macam itulah juga diaturkan) . Selain itu juga dipaksakan kita untuk melawat  kedai jade yang dikatakan kepunyaan Kerajaan dan kena dilawati. Tak beli tak apa.. tapi pada akhirnya beribu RM  juga kedai ini dapat dari ahli rombongan… Ya lah bila dicerita fasal penyakit, fasal ketulenan, fasal bertuahnya kita dapat lawat kilang sebenar, dan diberi diskaun lagi.. sapa tak kelam mata.

Datang ke China memang tidak sah kalau tak dibawa untuk ‘shopping’. Antara tempat membeli barang-barang berjenama terkenal  bukan asli  tapi bergred 1 ialah di Luohu Commercial City ( Lo Wu Shopping Plaza) Tempat ini bagi saya adalah yang paling baik untuk membeli pelbagai barang dari pakaian, peralatan dapor, barangan hardware dan juga gajet , serta peralatan elektronik pada harga yang amat berpatutan jika bijak tawar menawar. Cara jurujualnya menarik pelanggan untuk masuk agak agresif.. mereka suka pegang tangan kita dan tarik masuk kedalam kedai. Ini yang tak tahan .. lebih-lebih lagi jurujual manis-manis dan boleh bercakap melayu pula….  Kita boleh tawar menawar hingga potongan sampai 70 %. Jadi kena pandai-pandai tau caranya. Kalau tidak kita terkena. Walau bagaimanapun kalau terkenapun jika dibandingkan barang yang sama di Malaysia, harganya jauh lebih murah. Oleh kerana saya minat dengan gajet-gajet dan peralatan elektronik, maka sudah tentunya saya cari benda-benda seperti ini kat sini kerana Shenzhen adalah merupakan salah satu pusat pengeluaran pelbagai peralatan elektronik yang diekspot ke seluruh dunia. Jadi saya mengambil kesempatan untuk tengok . Memang banyak , Cuma pandai-pandailah pilih kerana ada yang bergred rendah dan ada yang bergred tinggi. Silap-silap beli sekali pakai, atau guna sekejap sahaja  dah lingkup.. Nasiblah. Tapi kata pemandu pelancung disini barang-barang yang dijual adalah bergred A1, kiranya dari segi mutu, kualiti, ketahanan dan kekemasan adalah boleh dipercayai.

Satu lagi tempat  tempat membeli belah yang dilawati ialah di Dong Meng Pedestrian Street dimana disini kebanyakannya  banyak dijual pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan orang dewasa,   kasut, juga peralatan elektronik, barangan kulit, gajet2  dan sebagainya.

Secara amnya saya boleh mengatakan bahawa kota raya Shenzhen ini amat sesuai dilawati berbanding dengan lawatan ke Hong Kong yang agak kurang menyeronokkan. Kalau hendak membeli belah elok di Shenzhen sahaja dan atur masa lebih lama sikit, kerana setakat 3 atau 4 jam kat tempat ‘shoping’  memang tidak mencukupi…. Mana nak tawar menawar lagi, mana nak cari tengok-tengok seluruh kedai dan warung luar yang beratus-ratus ada kat luar tu.. memang ambil masa sikit…

Memang orang Shenzhen berdisiplin 
sungguh.. Kalau kat Malaysia.. kotak
awam seperti ini pasti penuh dengan 
pelbagai pelekat iklan haram kat situ...
Disamping itu kotaraya ini memang agak bersih, susunan jalannya amat menarik  saya kerana ada ruang lanskap yang luas sepanjang jalan, ada ruang untuk berbasikal dan pejalan kaki. Longkangnya tertutup rapi dibawah. Keselamatan memang terjamin di kota ini walaupun kelibat anggota keselamatannya tidak kelihatan atau jarang kelihatan. Tapi mereka memang ada system CCTV yang canggih dan ada dimerata tempat. Jadi system kawalan keselamatan mereka agak canggih dan terkedepan. Disamping itu saya rasa factor utama ialah system pemerentahan secara komunis  memang berkesan untuk mendisiplinkan warga kotanya. Penguatkuasaan undang-undang memang ketat dan tidak mengira siapa. Campurtangan politik amat kurang sekali. Saya juga melihat amat kurang kerosakan segala kemudahan awam yang disediakan disebabkan 'vandalisme' Juga jangan harap dapat tengok poster pelekat serata tempat seperti di Malaysia ini. Contohnya poster iklan ah long. Di Malaysia habis papan-papan tanda disediakan dipelekat pelbagai iklan-iklan merapu..

Kita di Malaysia salah satu sebab  utama pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang agak kurang berkesan ialah  kerana campur tangan dalam politik, kerana kerajaan mengharapkan undi dari rakyat, jadi sedikit sebanyak kehendak rakyat terpaksa dilayani walaupun kadang-kadang melibatkan pelanggaran undang.undang.  Sistem komunis tidak mengharapkan undi rakyat untuk mengekalkan pemerentahan..  Langgar peraturan dan undang-undang, dendanya memang tinggi sekali.

Oleh itu tuduhan mengatakan pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia ini agak kurang berkesan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang  adalah tidak wajar, kerana saya sendiri mempunyai pengalaman menangani isu-isu pelanggaran undang-undang ini  dimana pada akhirnya tidak dapat  dilaksanakan penguatkuasaan disebabkan  campurtangan pelbagai pihak yang berkepentingan terutama bila melibatkan undi rakyat.

Kebersihan boleh dikatakan memuaskan juga.  Sungai-sungainya memang nampak bersih walaupun berpuluh-puluh bangunan tinggi dibina ditepi sungai.  Ini bermakna system rawatan air buangannya memang berkesan dan mungkin juga factor penguatkuasaan kawalan alam sekitarnya yang ketat memainkan peranan yang penting.

Tentunya kerana tanah terhad dan penduduk terlalu ramai maka bangunan kediaman bertingkat banyak dibina untuk memenuhi kepeluan perumahan penduduk .   Kebanyakan tinggi-tinggi belaka antara 40 ke 90 tingkat,  dan duduk berdekatan pula antara satu sama lain, tapi tidak pula nampak kereta banyak diluarnya… rupanya penghuni rumah kondo mereka tidak disediakan tempat letak kereta..Kalau disediapun terlalu amat kurang dan kos nya terlalu tinnggi.  Jadi tak berupayalah mereka untuk membeli kereta. Namun begitu kereta mewah memang banyak kat Shenzhen ini dan dikatakan kereta Lamborghini, Ferari dan sebagainya banyak digunakan oleh orang kaya-kaya di sini. Kereta Merc , VolVo dan BMW perkara biasa sahaja digunakan oleh golongan pertengahan.

Oklah… cukup dulu cerita saya melawat kota metropolitan Shenzhen ini. Pengalaman selama  3 hari di kota ini tetap menjadi ingatan dan pengalaman yang dilalui menjadi ilmu yang benar-benar bermanafaat. Lepas ni saya nak cerita fasal Hong Kong pula kerana selepas lawatan di Shenzhen rombongan kami bertolak pula ke Hong Kong.

Sebenarnya ketibaan awal rombongan saya ialah di Hong Kong International Airport (HKiA) selepas melepasi  imigresen Hong Kong, rombongan dibawa keluar balik dari Hong Kong dengan bas  untuk ke Shenzhen,Cina dan terpaksa melalui imigresen  Hong Kong sekali lagi dan masuk pula ke imigresen  dipintu masuk ke Shenzhen.  Sayapun tak pasti kenapa diatur begitu, kerana habis masa disitu sahaja agak lama. Nampaknya walaupun Hong Kong telah menjadi salah satu wilayah China tapi, proses kemasukan dan keluar sempadan seolah-olah seperti sebuah negara yang tersendiri.

HKiA memang terlalu besar dan dikatakan antara yang paling sibuk didunia. Kos pembinaannya sahaja melebihi HK50 billion.  Lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi mendarat disini. Diubahsuai sejak tahun 1998 ianya merupakan pengkalan penerbangan kargo udara paling sibuk didunia dengan lebih 4 juta tan setahun diangkut. HKiA juga   antara paling sibuk pengangkutan penumpang dimana lebih 1000 penerbangan setiap hari dan lebih 54 juta penumpang setahun menggunakan HKiA ini.

Antara tempat menarik yang tidak mungkin dilepaskan peluang oleh pelancung luar ialah di Taman Tema Disneyland Hong Kong. Taman ini memang menjadikan  kanak-kanak teruja, kerana memang disediakan untuk kanak-kanakpun.  Kalau pergi hanya orang dewasa sahaja mungkin tidak begitu menyeronokkan kerana kebanyakan hiburan yang disediakan adalah untuk kanak-kanak.  Walau bagaimanapun cuba jugalah saya masuk… nak tengok apa ada didalamnya…. Saya dan isteri jadi macam budak-budak juga.. masuk ke dalam.

Satu tempat yang tidak masuk dalam program ialah di Abedeen. Sebuah pelabuhan yang indah yang mana menjadi kediaman kebanyakan bintang-bintang terkenal Hong Kong termasuklah Jackie Chan . Sebenarnya rombongan sudah ‘terkena’ dengan pemandu pelancung Hong Kong ini .. Dipaksa juga ahli rombongan pergi ke situ dan naik sampan pelancung untuk bersiar-siar sekitar telok tersebut dan perkampungan nelayan. Tentunya kena bayar tambahan untuk tambang sampan tersebut….. Rasanya Ricky ni dapat komisen kot… Oleh kerana  pergi ke sini.. maka lawatan ke tempat shopping ‘Ladies Market’ hanya sempat 1 jam sahaja. Bayangkan dengan beratus-ratus kedai dan gerai yang ada disepanjang jalan-jalan di situ.. sempat ka untuk membeli-belah dengan selesa. Jadi kelam kabut dibuatnya… di Ladies Market ini memang segala macam barangan ada samada pakaian, gajet elektronik, jam, barangan kulit, ‘souvenirs’  dan sebagainya. Kena pandai-pandai tawar menawar.  Kebanyakannya dibawa dari Cina juga. Satu perkara yang saya rasa tidak berapa berkenan berurusniaga dengan peniaga Hong Kong, mereka ini agak kasar, berlagak dan sombong. Kalau kita tawar lebih-lebih sangat dia halau kita keluar begitu sahaja.  

Satu tempat yang menarik  untuk melihat keindahan Kota Raya Hong Kong ialah di The  Victoria Peak. Di puncak bukit ini kita boleh melihat keseluruhan Kota Raya Hong yang bergemerlapan dan melihat bangunan-bangunan yang lebih tinggi berbanding di Shenzen.  Tempat ini memang amat sejuk hingga mencecah 10 C.


Hanya tinggal kenangan & ingatan, hanya  patung lilinnya
 sahaja...... Allahyarham Saddam Hussein  
tetap menjadi tokoh pemimpin Islam yang
yang disegani walau diserang habis-habisan 
oleh Amerika Syarikat.....
Di atas bukit ini terdapat kompleks perniagaan ‘The Peak Tower’.. Bolehlah beli cenderamata kat sini… Disini juga kita boleh jumpa tokoh-tokoh selebriti politik, sukan, sastera, sejarah   terkenal dan juga artis-artis pujaan hati. Bukan tokoh reality tapi hanya patung lilin yang sebiji tidak tumpah seperti tokoh tersebut. Di dalam kompleks The Peak Tower ini terdapat Galeri Madam Tussauds Hong Kong.  Madam Tussauds ini adalah orang Perancis yang create idea ini, dan selepas beliau meninggal dunia pada tahun  1850 pada usia 85 tahun, keluarga beliau meneruskan idea ini hingga banyak galeri Madam Tussauds dibuat diseluruh dunia seperti China, USA, German, Hollywood, Thailand dll lagi. Termasuk Hong Kong.  Saya sempatlah juga bergambar  dengan Jackie Chan, Ratu Elizabeth, Tiger Wood, Presiden Barrack Obama dan banyak lagilah tokoh terkenal dunia.

Di Hong Kong dan Shenzhen .. jangan haraplah untuk memiliki 
rumah banglo macam kita di Malaysia. kalau adapun memang 
terlalu amat kaya orang itu... semuanya kena tinggal dalam 
rumah spt inilah... ada yang sampai 80 tingkat.. Pemandangan 
dari Abedeen, Hong Kong.
Tanah di Hong Kong terlalu amat terhad dan tentunya amat tinggi nilainya. Seperti Shenzhen, Hong Kong juga menyediakan kediaman penduduknya hanya melalui bangunan yang berpuluh tingkat. Memang menakjubkan… Beribu-ribu bangunan tinggi dapat dilihat di Kota Hong Kong ini. Bayangkan kalau berlaku gempa bumi, walau sedikit…. Rasanya ratusan ribu nyawa akan terkorban. Tapi saya difahamkan di Hong Kong tidak ada gempa bumi. Tentunya memiliki kereta disini amat tinggi kosnya disamping kos untuk  ‘parking’ kenderaan. Di Hong Kong business Tempat Letak Kereta memang memberi keuntungan lumayan. Hanya orang yang benar-benar kaya sahaja mampu memiliki kenderaan tersebut. Difahamkan oleh Ricky Pemandu Pemandu Pelancung kami kos untuk sebuah kenderaan sebulan sahaja mencecah HK1000.00

Cuaca semasa lawatan saya ke Hong Kong ini adalah agak lembab dan sejuk. Makanan halal sukar juga diperolehi disini tapi ada restoran-restoran yang menyediakan makanan halal yang diusahakan oleh komuniti China Islam di sini. Cumanya bagi saya cita rasa makanan orang Hong Kong dan Shenzhen tak berapa nak sesuai dengan tekak. Pertama kali makan memang sedap dan ok saja. Tapi bila hari-hari diberikan menu yang agak sama sahaja.. tekak sudah tidak boleh terima lagi, apatah lagi kalau sayur dan lauk pauknya kena bagi nampak kuah pekat guna tepong jagung…

Oklah rasanya itu saja kut cerita saya fasal Hong Kong ini. Terlalu panjang rasanya saya menulis cerita lawatan kali ini. Dari segi perancangan bandarnya memang kita di Malaysia tak boleh tiru mereka, kerana bangunan mereka rapat-rapat dan tinggi pula. Lanskapnya tidak lah begitu menarik. Jalanrayanya kecil-kecil sahaja, termasuklah kerusi baspun kecik sangat dimana satu baris boleh disediakan untuk 5 orang.  Bas yang saya naiki boleh diisi sampai 59 orang, walaupun hanya satu tingkat. Pemandu bas mereka memang mementingkan masa dan masalah parking yang terlalu susah di Kota ini dengan penguatkuasaan undang-undang yang terlalu ketat memang menyulitkan sekali. Kalau kena saman sekurang-kurangnya HK700 ke HK1000 pasti terbang melayang begitu sahaja.
Kita di Malaysia , Ya Allah.. betapa nikmatnya kita.. walaupun negara kita tidak sekaya Hong Kong.. tapi apa guna duit ringgit kalau segala-galanya menyulitkan kita. Kehidupan orang Hong Kong .. ialah cari duit, kerja, kerja, kerja siang malam. Kehidupan sosial berkeluarga terlalu amat kurang. Anak tidak lagi menjadi keutamaan.... apatah lagi dengan pelbagai insentif diberikan kepada rakyatnya jika berjaya mengurangkan kelahiran anak.

Mencuba pengangkutan keretapi di 
Hong Kong... memang cekap dan mudah
sebahagiannya melalui terowong bawah
tanah...........................
Segala-galanya kena cepat. Jadi kebanyakan rakyat Hong Kong menggunakan pengangkutan awam yang saya rasa agak cekap dan mencukupi. Saya juga sempat mencuba menaiki keretapi dari Disneyland Hong Kong Resort balik ke Hotel. Walaupun kena tukar 3 keretapi tapi rasanya tidak ada masalah dan cepat pula. Nak cari motorsikal kat sini memang terlalu amat kurang. Mungkin kerajaannya tidak benarkan kenderaan beroda dua berada diatas jalan raya utamanya.

Keselamatan memang terjamin di Hong Kong,  walaupun kelibat anggota keselamatan mereka kurang kelihatan, tapi segala sudut memang diawasi melalui CCTV yang canggih. 


Ok.. jumpa lagi  dalam cerita-cerita journey saya yang lain pula..... Waktu menulis ni saya duduk kat Hotel Puteri Pacific,  Johor Baharu.. Baru sahaja habis kursus pro.. bertajuk 'Management Transformation And Innovation Towards Organizational Excellence'.. Inipun banyak saya nak cerita nanti... Tengoklah nanti bila ada kelapangan dan mata pun tak kacau.. saya tulis lagi... bye..

(gambar-gambar lawatan saya ke Shenzhen dan Hong Kong sebenarnya banyak lagi.. ada saya paparkan dalam Facebook saya... bolehlah layarinya disitu... Tapi sahaja Mohd Asri Redha kat search dalam FB... anda akan sampailah kat situ.. dan boleh jadi rakan FB saya )

Thursday, December 27, 2012

Segala Kekurangan Diri Jangan Di Jadikan Penyebab Untuk Gundah Gulana...Dan Mencari Alasan



Salam sejahtera semua pembaca maya sekalian...

Sebenarnya lama juga saya tidak menulis dalam blog.. sebenarnya tak lama mana pun. tapi bagi saya kalau seminggu tak tulis, rasa lama juga.. sebab selalu saya tulis blog... macam-macam nak sembang dan cerita.. Tapi itulah.. hujung-hujung tahun begini kalut segalanya.. Macam-macam program diatur nak diperhabiskan pada tahun ini juga. Heran ya.... masa awal-awal tahun dan pertengahan tahun tak begitu diatur bersungguh-sungguh... dok tunggu hujung tahun juga. Begitu juga masa saya buat projek-projek pembangunan dulu, peruntukan pun mai waktu-waktu hujung macam nilah.. depa simpan duit tu lama-lama sepanjang tahun.. kita pun tak faham fasal apa.. Bila dah sampai penghujung tahun tu baru tersedar banyak lagi tak dibelanja.. lalu ditaburlah ke merata jabatan diminta kita laksana. Lepas tu bagi syarat pula kena bagi siap tahun ini juga... Mampus kalau macam ni. bila kita tak sempat akan dikatakan, kita tidak pandai belanja.... jabatan pula disalahkan.  Tahun depannya dikurangkan peruntukan kerana dikata jabatan tidak pandai belanja. Begitulah keadaannya berulang perkara yang sama setiap tahun.





Satu lagi sebab saya kurang sikit menulis melalui media eletronik ini ialah saya juga menghadapi masalah mata yang agak membebankan sikit sejak kebelakangan ini. Itu sebab tak boleh nak 'latu' sangat mata ni... sebab nak guna lama lagi... Itupun kalau diizinkan oleh Allah SWT. Sekarangpun dah mula rasa pelik sikit mata ini, otot disekeliling mata kiri asyik berdenyut dan bergerak tanpa sebab hingga menganggui pemandangan mata dan keletihan terlampau . .  Mungkin kerana terlalu banyak membaca atau menulis komputer atau mungkin juga telah berumur rupanya saya ini. Dan ada yang mula terperasan akan perbedaan antara mata kiri dan mata kanan saya dan mengatakaan saya ada masalah lain.

Hari ini saya menulis kerana dalam minggu ini saya kurang membaca dan menulis.. kerana asyik melawat dan memerhati sahaja.. jadi itu sebab rasa selesa sikit kut..

Saya pernah cerita dalam blog sebelum ini,  masa saya berumur 12 tahun oleh kerana kebuasan  saya waktu itu tak kira tempat dan masa.. main sungguh-sungguh cara kampong yang serba kekurangan, saya telah terlibat dengan permainan 'perang-perang' .. dan salah satu peluru musuh telah hinggap disebelah mata kanan saya.. Akibat peluru yang dibuat dari batang bemban sebesar ibujari itu yang hinggap dimata saya maka sejak itulah saya tidak lagi boleh menggunakan mata kanan saya . Saya menjadi seorang yang cacat sebelah mata.. dengan berbekalkan mata kiri saya yang masih berfungsi itulah saya mengharungi kehidupan saya hingga ke hari ini... Mungkin ada hikmahnya bala yang menimpa saya itu...ada hikmahnya bala yang diturunkan oleh Allah terhadap diri saya ini. Mungkin jika tidak terima bala itu saya tidak akan berada pada kedudukan sekarang ini. memang memeritkan sekali berada dalam menjalani kehidupan menggunakan sebelah mata... Pening, sakit kepala dan keletihan mata terlampau adalah antara ketidakselesaan yang seringkali terjadi.  Kalau ditanya orang yang menghadapi situasi yang serupa saya, mungkin mereka lebih perit lagi penderitaan mereka. Mungkin diluar nampak elok sahaja tapi didalam hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui...

Namun itu semua tidak menghalang saya untuk menjalani kehidupan seharian seperti orang biasa. Saya masih boleh bersukan dan terlibat aktiviti lasak, boleh memandu seperti biasa.. pendekkata seperti orang biasa lain. Sebab itu ramai rakan-taulan dan keluarga sendiri tidak sedar dan perasan akan kecacatan yang saya hadapi ini.  Hari ini saya buka tembelang saya bukan nak minta belas ihsan sesiapa  tapi nak 'habaq' kata kelemahan dan kecacatan yang ada itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang terbaik apatah lagi dalam konteks pekerjaan seharian. Bagi saya orang yang normal patut tunjuk lebih hebat lagi... sebab itu saya amat tidak boleh terima kalau ada anak-anak buah mai bagi tau tak sempat nak buat, tak cukup orang, tak cukup masa, masalah kesihatan dan pelbagai alasan yang remeh-remeh sedangkan diri sendiri tidak berusaha kearah penambahbaikan dalam menggerakkan organisasi lebih cemerlang. Pelbagai alternatif dan cara boleh kita laksanakan dalam menyelesaikan apa-apa masalah yang kita hadapi... samada  kita mahu cuba buat atau tidak buat sahaja..

Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri baru-baru ini telah mengklasifikasikan orang yang buta sebelah mata itu sebagai golongan OKU dan boleh mendapat pelbagai pengecualian dan pelbagai kemudahan termasuk tidak perlu membayar cukai pendapatan. Namun saya masih kekal dengan pendirian sekarang selagi belum terdesak saya tidak akan dapatkan sijil OKU itu.. tak apalah bayar cukai pendapatanpun saya puas dan rela hati kerana saya tahu cukai itu diguna untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia juga. Lagipun apa salahnya saya bayar cukai pendapatan pada ketika saya mampu. Untuk lebih barakah maka kita tukarkan bayar cukai pendapatan kepada bayar Zakat Pendapatan malahan kalau bayar zakat kena bagi lebih lagi sebab ada pendapatan yang tidak wajib cukai pendapatan tapi dalam zakat tiada pengecualiannya dan tak boleh tipu-tipu dan sorok-sorok. Diri sendiri dan ALLAH SWT tahu segalanya.

Ok... kita jumpa lagi dalam tajuk baru yang telah pun saya siapkan pada masa yang sama iaitu.. Lawatan saya ke Hong Kong dan Shenzen bermula dari 14 - 19 Disember 2012... TUNGGU TERBITANNYA... ehh.. macam buat majallah pula...

Teratak Kasih..
Alor Setar..

Tuesday, November 20, 2012

KECEMERLANGAN KCS.. satu ulasan menarik dalam Utusan Malaysia..

Kutipan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 20 November 2012

Suatu perkara yang menarik sejak kebelakangan ini.. ada saja cerita fasal KCS dalam media-media arus perdana... Kelmarin satu lagi berita berkenaan KCS dipaparkan... lebih 1/2 muka surat dalam akhbar tu.. hebat tu.... kenapa yaa....

Sekadar bacaan rakan-rakan dan pembaca blog saya...... renung-renungkanlah......


Friday, November 16, 2012

BENARKAH APA YANG DIKATA.....

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh:            16.11.2012

Bukan menidakkan apa yang dikata, tapi dalam penilaian pelaksanaan projek, perkara-perkara yang paling mudah untuk mengelakkan jabatan dari dituduh gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan ialah dengan mengatakan 'disebabkan peralihan atau pertukaran kerajaan negeri kepada pembangkang'.  Bolehkan dikata begitu... inilah yang dikata. Sepatutnya kita kena profesional dalam menilai sesuatu perkara, dan jangan terbawa-bawa dengan cara penyelesaian orang politik. Biar orang politik dengan  cara mereka dan kita sebagai penjawat awam dengan cara kita yang lebih berasaskan fakta dan realti.

Thursday, October 18, 2012

PAS VS KCS... Betulkah......

17 Oktober 2012
Primula Beach Hotel.. Kuala Terengganu
Catatan: Mohd Asri Redha



Pagi tadi semasa saya dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Program Peningkatan Kerjaya & Sukan Pegawai Tadbir Negeri, saya sempat membelek-belek akhbar Utusan Malaysia…. Dalam dok belek-belek saya terjumpa satu artikel khas yang mana penulisnya tak asing lagi dalam menulis isu-isu sensasi seperti tajuk yang saya baca ini.. Tajuknya ‘Pas lwn KCS: Kedah dilanda krisis pentadbiran kronik’… Menarik tajuk ini… bagi orang politik ini tentunya perlu dibaca sampai habis nak dengar apa kata penulis ini dan apa konklusinya..Bagi yang tak berminat politikpun dah mula jenguk-jenguk tengok apa dah jadi pada pentadbiran negeri Kedah ini. Selepas inipun saya rasa para blogger juga pastinya ada ulasannya…

Sebelum inipun ada dikeluarkan artikel berkenaan KCS, juga oleh pengarang yang sama tapi taklah sensasi sangat, tapi yang ini agak keterlaluan yang mana saya rasa sumber dapatan maklumatnya entah dari mana-mana… adakah betul atau tidak. Rasanya ada juga maklumat yang diterbitkan itu masih lagi dalam kategori rahsia, tapi dikeluarkan satu-satu dalam rencana. Pada saya tentunya ada dikalangan orang dalam yang menjadi pemberi maklumat tetap kepada penulis ini. Atas apa tujuan dan atas apa sebab hanya individu itu sahaja yang mengetahuinya. Walau bagaimanapun perkara ini akan berterusan selagi hasrat dan tujuan tidak tercapai. Sebagai contoh mesyuarat EXCO pada 2.10.2012 telah diceritakan oleh penulis satu persatu apa yang dibincangkan…. Hebat juga penulis ini mendapat maklumat-maklumat perbincangan EXCO. Saya sendiri walaupun mempunyai akses melalui rakan2 yang ada pun tidak mungkin dapat maklumat tersebut, kerana segala yang dibincangkan adalah rahsia, rahsia tetap rahsia walaupun kawan. Hanya keputusan-keputusan rasmi tertentu sahaja yang akan dikeluarkan secara rasmi melalui pejabat MMK.

antara keratan-keratan akhbar berhubung kemelut
pertukaran Pegawai Daerah Kubang Pasu/ YDP MDKP
yang menjadi tajuk rencana penulis tersebut...................
Sebab itu saya terasa juga nak sembang-sembang juga berkenaan isu yang dibangkitkan itu. Bila terbitnya artikel seperti ini rasanya satu Malaysia sudah tahu… Ianya bukan dimasukkan dalam ruangan wilayah… Jadi tentunya rakan PTN dari Johor, Kelantan dan Terengganu tahu isu ini dan tentunya juga rakan-rakan dari kalangan pegawai Persekutuan juga tahu pergolakan yang dikatakan berlaku didalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah, walaupun sebenarnya tidak ada apa pun. Kalau tak diulas balik tentunya pada pandangan umum atau persepsi orang ramai sudah pasti perkara yang ditulisnya itu betul 100%.... Saya tidak pastilah samada ada respons dari 'sapa-sapa' berhubung artikel itu dan isu-isu asal yang berkaitan dengan penolakan seluruh ahli-ahli majlis PBT kalangan politik terhadap YB SUK sekarang ini… namun saya nak beri juga sedikit pandangan saya berhubung artikel itu.

Apakah sebenarnya hasrat yang tersirat oleh penulis ini berkaitan rencana yang ditulisnya.. Ini yang menjadi tandatanya. Adakah benar ia menulis atas tanggungjawabnya sebagai seorang penulis yang ingin menyatakan kebenaran atau beliau menulis atas dorongan seseorang. Ini yang menjadi tandatanya. Walau bagaimanapun saya rasa beliau bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya dan tentunya apa yang ditulisnya itu adalah benar dan shahih. Sebagai penulis yang bertanggungjawab fakta yang dinyatakan itu kenalah benar. Makanya kalau hanya sekadar dengar cakap dan dengar-dengar sahaja belum tentu ianya benar. Kalau tidak benar maka itulah yang dinamakan fitnah dan sebagai seorang Islam kita tahu akan hukum hakamnya memfitnah seseorang. Fitnah yang dibuat tidak akan dirasai sakitnya sekarang.. sebab itu orang tidak heran buat fitnah sana sini,   tapi tunggulah hukum Tuhan nanti.

Oklah… panjang pula intro saya ni…… tak pa biar ia panjang sikit.. barulah dia lancar sikit perjalanannya. Nii terus nak ‘pederas’ saja enjin baru pun boleh lingkup….

Apakah isu sebenarnya yang dikatakan punca kepada pergolakan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah ini… Sebenarnya ia hanya bermula akibat dari pertukaran Pegawai Daerah Kubang Pasu/Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu Tuan Haji Mohd Fisol ke Daerah Kuala Muda sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda. Tempat beliau digantikan pula oleh Pegawai Daerah Kuala Muda iaitu Dato’ Abdul Aziz Abdul Ghani.. Bagi saya pertukaran-pertukaran sebegitu biasalah .. sebagai pegawai kerajaan sememangnya kita tidak dapat lari dari menerima hakikat ditukarkan tak kira sesingkat manapun kita bertugas disesuatu tempat. Saya sendiri pernah bertugas hanya 3 bulan sahaja di UPENk dan di daerah Bandar Baharu, 6 bulan sahaja di Daerah Yan dan tidak sampai setahunpun bertugas di Pejabat Tanah Kuala Muda dan Kota Setar. Jadi apa sangat nak heran tukar sana tukar sini. Itu kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau tukarkan seseorang KCS tentunya ada pertimbangan, perhitungan dan kriteria-kriteria yang diperlukan, selain dari kelayakan, pengalaman, keserasian, dan hal-hal lain yang mungkin hanya SUK sahaja mengetahuinya. .. Jadi biarlah dia membuat keputusan … Nanti kalau pegawai-pegawai bawahan yang bila sudah duduk ditempat teratas tersebut , maka mereka juga akan buat perkara yang sama. Kalau nak tukar pun nak kena tanya pegawai dulu… susahlah…..

Yang berlaku di Kubang Pasu ni agak pelik sikit. Apa masalahnya sayapun tak tau. Tiba-tiba sahaja ada bantahan tak mahu Tn Hj Ahmad Fisol ditukarkan. Malangnya bantahan itu tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dan SUK. Maka bermula dari situlah berlakunya siri-siri episode penentangan samada ditunjukkan melalui pemasangan sepanduk-sepanduk, kain rentang, berdemonstrasi didepan pasaraya, depan Wisma Darul Aman yang menuntut supaya YB SUK meletakkan jawatan dan kenyataan akhbar. Tidak cukup dengan itu yang pada mulanya hanya melibatkan Ahli Majlis MDKP sekarang telah merebak kepada semua Ahli Majlis Politik disemua PBT Negeri Kedah DA. Mungkin juga siri-siri aktiviti-aktiviti seumpama itu akan berterusan dan akan lebih hebat sekiranya apa yang dituntut itu tidak mendapat perhatian pentadbiran kerajaan Negeri Kedah… Dalam akhbar dan blog-blog politik yang bersepah ada tu, cerita sakanlah fasal isu ini dan macam-macam pandangan dan kata-mengata dikeluarkan. Pembangkang (BN) pula tunggu apa lagi.. tumpang sekaki ulas dan beri pandangan mereka.. Bagi mereka ini peluang terbaik dalam politik apatah lagi dah dekat sangat dengan PRU

Kita tunggu dan lihatlah sahaja apa yang akan berlaku seterusnya. Saya yang hanya seorang pegawai KCS yang kerdil ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa hanya sekadar berdoa agar segala kemelut yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan segera disamping sikit-sikit tulis dan beri pandangan meneutralkan keadaan. Sedikit sebanyak isu yang berlaku ini telah menjejaskan imej KCS sendiri dimana saya adalah seorang ahlinya.

Ingatkan isu ini hanya berkisar antara Ahli Majlis PBT dengan Dato’ Hj Rasli sahaja. Bila terbit artikel oleh penulis  ini, ada cerita lain pula yang dikaitkan dengan isu ini dalam Kerajaan Negeri yang melibatkan YAB Menteri Besar Kedah, Ahli-Ahli EXCO dan Pegawai-Pegawai Kanan KCS sendiri. Ini mai kot mana pula. Sudah lah isu tunjuk perasaan ahli majlis PBT telah memalitkan imej yang tidak baik pada pentadbiran negeri , ini ditambah pula dengan rencana tersebut yang menunjukkan seolah-olah pentadbiran kerajaan negeri Kedah berada didalam keadaan kucar kacir dan berlaku krisis yang teruk antara MB dengan Ahli EXCO nya dan antara Kerajaan Negeri dengan KCS serta pergolakan antara Pegawai-Pegawai KCS itu sendiri.

Saya amat terkilan akan rencana yang ditulis oleh saudara kita ini. Cukuplah apa yang berlaku itu. Janganlah dipanaskan lagi dengan isu-isu yang rasa tiada kaitan dengan isu sebenar. Rencana itu sebenarnya telah melaga-lagakan hubungan baik antara pegawai KCS sendiri dan melaga-lagakan MB dan Ahli-AHli EXCOnya. Kalau tidak tahu hujung pangkalnya tidak perlulah membuat tafsiran tersendiri dan kemudian meluahkannya melalui media perdana. Apabila kita merosakkan kesatuan organisasi tertentu dan menimbulkan kebencian antara satu sama lain ianya lebih membawa kepada keburukan bukan kebaikan. Bagi penulis mungkin itu adalah kepuasan baginya kerana berjaya menimbulkan porak poranda dikalangan pemimpin dan ahli yang ada.. tapi seronokkah berbuat begitu . Adalah lebih baik bagi penulis menerbitkan artikel yang menunjukkan kebaikan apa yang dibuat oleh pemimpin dan tentunya keadaan akan lebih harmoni. Ataupun beliau memberi idea dan pandangan bernas bagaimana untuk mengatasi kemelut yang berlaku untuk kebaikan semua rakyat. Ini tidak .. beliau menambahkan lagi minyak terhadap bara yang membara. Maka akan semakin terbakarlah bara itu. Mengapakah kita suka sangat bagi orang susah, bagi porak peranda, bagi berkelahi, bagi fitnah, bagi susah hati dan segala macam susah-susah segalanya… Selepas bagi semua orang susah.. mereka akan tinggalkan tergantung begitu sahaja….. maka bertambah susah lagi keadaaanya… Rasa nya itulah yang dimahukan oleh penulis-penulis seperti itu.

Saya berharap agar penulis tersebut tidaklah berbuat sesuatu cerita yang belum tentu benar yang membawa kepada berlakunya kelonggaran kesatuan sesebuah institusi seperti KCS ini. Sebab semua orang akan susah segalanya bila persepsi pengarang itu diterima 100 %.

Dari satu segi saya berterima kasih pada penulis ini kerana ia ada juga menyatakan 'KCS adalah unik dan ia sepatutnya dipelihara selama-lamanya' yang ni saya sokong sangat-sangat. Sekurang-kurangnya orang tau siapa itu KCS. Yang tak syoknya isi kandungan artikelnya itu. Betulkah Dato Puat idam2kan sangat jawatan SUK itu, betulkah  disebalik tunjuk perasaan itu  Dato' Puat memainkan peranannya,  betulkah Dato’ Amiruddin juga bercita-cita tinggi nak jadi Menteri Besar hingga sanggup untuk mencantas Dato' Ir Pakhrulrazi, betulkah ada unsur nepotisme dalam hal hubungan Ustaz Azizan dengan Dato Puat dan juga Isteri Tn Hj Mohd Fisol, siapakah pula puak yang mahu menjatuhkan SUK, siapakah pula puak yang mahu menaikkan SUK, apa kaitannya pula penulis suruh UMNO sokong segera KCS sekarang ini…Adakah penulis ini orang kuat UMNO.. atau apa-apaan lagi. Semua persoalan-persoalan ini sebenarnya hanyalah pandangan dan persepsi sahaja berasaskan kepada maklumat dan pemerhatian seseorang. Ianya bukan pandangan umum. Kemungkinan ini ianya akan jadi pandangan dan persepsi umum yang orang akan kata itu ada kebenarannya jika selalu diulang-ulangkan berterusan. Jawab menjawab sudah tidak berguna lagi dan kita lebih banyak menghabiskan masa dengan konflik yang diada-adakan ini dan tidak berkesudahan. Polemik ini dan jawab menjawab sudah tidak bermakna lagi.

Sebenarnya banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh semua Pegawai Tadbir Negeri Kedah ini dan begitu juga MB dan pasukan EXCOnya itu. Daripada memikirkan perkara yang tidak memberi apa-apa faedah pada rakyat lebih baik ditumpukan perhatian pada kerja harian memberi perkhidmatan kepada rakyat yang berlambak-lambak kat pejabat. Setiap KCS sudah ada jawatan masing-masing dan tanggungjawab masing-masing. Marilah setakat yang termampu kita buat apa yang patut buat untuk memberi perkhidmatan kita kepada rakyat , agama kita , bangsa kita, negeri kita dan negara kita.

Pegawai Tadbir Negeri sepatutnya tidak wajar menyebelahi mana-mana parti politik dalam urusan pentadbiran harian. PTN kena patuh kepada arahan dan dasar kerajaan yang memerentah selagi ianya tidak bertentangan dengan agama dan perlembagaan persekutuan dan negeri. Uniknya ialah KCS adalah dibawah naungan KBDYM Tuanku Sultan Kedah. Jadi KCS tidak perlu berpaut pada orang politik untuk tujuan pekerjaan harian kita. Ataupun tidak perlu berpaut pada orang politik untuk menjaga kepentingan personal mereka. Orang politik datang dan pergi, tapi KCS tetap disitu.

Sebab itu sebelum inipun saya pernah menyatakan bahawa PTN tidak boleh keterlaluan sangat dalam menyatakan sokongan pada parti-parti tertentu kerana nanti pegawai akan susah buat kerja bila parti yang berkuasa , sudah tidak lagi berkuasa. Jadi janganlah hairan sangat akan ada kalangan pegawai tidak mahu patuh kepada kerajaan yang baru memerentah kerana masih dibawah pengaruh parti yang sudah tidak lagi berkuasa. Maka akan berlakulah konflik antara pegawai dengan kerajaan yang memerentah dan juga akan berlaku sabotaj sekali-sekala dalam program anjuran kerajaan yang memerentah secara tidak langsung. Harus diingat parti pembangkang yang gagal memerentah kerajaan negeri sudah semestinya berusaha pelbagai cara dan pendekatan untuk mengambil alih tampuk pemerentahan dalam PRU nanti. Kalau Pakatan Rakyat sebagai pembangkangpun akan buat pelbagai usaha yang serupa untuk mendapatkan kembali kuasa memerentah. Bagi orang berpolitik itu adalah biasa dan merupakan antara strategi yang digunapakai. Pandangan dan pemikiran mereka kadang-kadang hanya untuk kegunaan semasa sahaja. Mungkin baik pada orang ini tapi pada pemimpin seterusnya. dan tak mahu pakai pulak. Dulu kawan tidur sebantal sekarang sudah jadi musuh ketat,  dulu bangkang sekarang sokong dan sebaliknya. Semuanya hanya ikut citarasa seseorang pemimpin itu.. Sebab itu dasar sentiasa berubah-ubah bila berlaku perubahan pucuk pimpinan seperti di Kedah, walaupun hanya berubah Menteri Besar dalam kelompok parti yang sama. Sebab itu saya kata jangan taksub sangat pada pimpinan politik yang ada.

Begitu juga kadangkala kuasa dan pengaruh parti tertentu diperlukan untuk tujuan kepentingan diri semasa bertugas dan demi melaksanakan kerja-kerja yang melangkaui batas-batas tata-susila moral dan juga memastikan supaya tindakan-tindakan memperelokkan disiplin tidak diambil terhadap individu-individu tertentu dalam pentadbiran awam. Saya berharap perkara ini tidak ada dalam KCS dan saya masih berbaik sangka terhadap semua anggota KCS. Saya sentiasa memperingatkan pada diri saya dan rakan2 bahawasanya kita niat bekerja adalah kerana ibadat. Buatlah apa kerjapun dan niatkan nya sebagai ibadat kita kepada Allah SWT dan apa yang kita lakukan didunia ini akan diambil kira oleh Allah SWT, dosa dan pahalanya… Sudah tentu kalau kita niatkannya sebagai ibadat, takkanlah kita sanggup melakukan sesuatu yang diluar batasan agama dan moral. Kalau ingat yang itu, tak akan adalah fitnah menfitnah, kata mengata, tuduh menuduh, caci mencaci dan segala macam perkara yang negative.

Jadi kenapalah kita gundah gulana dengan segala hal dunia yang tidak berkaitan dan hanya sementara sahaja itu…. Mari kita bekerja sepenuh jiwa raga kita untuk kebaikan dunia dan akhirat… senangkan begitu… jumpa lagi...

OK...kita lupa dululah cerita tadi.. Saya mau pergi training ni ... sebab saya masuk tanding sukan boling padang, pingpong dan bola tampar. Pertandingan sukan antara PTN Kelantan, PTN Terengganu, PTN Johor dan PTN Kedah tanpa mengambilkira pembangkang atau penyokong.. PTN 2 negeri dibawah Pakatan Rakyat  dan 2 negeri dibawah BN. Namun ke empat2 PTN ini masih mampu berkerjasama dan berpakat tanpa masalah.   Waduuh banyak juga tu kena main.. umurpun sudah lewat ni.... masih mahu main juga..  tak apalah kalah menang bukan tujuan.. hanya sekadar aktiviti sukan yang menyihatkan badan dan juga menjalinkan hubungan mesra sesama rakan-rakan KCS terutama adik-adik KCS yang saya sayangi semuanya itu.. tapi bila lawan tu nak menang juga noo.. tolong doakan..

Sebenarnya blog ini sengaja saya tidak benarkan dikomen.. kerana pernah saya buka boleh dikomen tapi apa yang saya terima komen itu tidak berkaitan yang baik-baik tapi banyak yang buruk2 belaka, menunjukkan sudah ramai orang awam yang mengikuti perkembangan KCS ini.. Apa- apa perkara tidak elok berkenaan KCS yang mereka dapat maklumatdari akhbar, blog, sumber dalaman, rakan-rakan kcs sendiri dan sebagainya.. maka blog sahajalah menjadi tempat melepaskan geram dengan kata-kata yang tidak enak didengar.. kerana tiada siapa yang boleh menahan diri dari menulis apa yang terbuku dihati… maka sebagai KCS saya sentiasa memperingatkan diri saya, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu, agar tidak menjadi tohmahan anak buah kita atau oleh orang awam apatah lagi bagi kalangan yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan imej KCS itu sendiri.

Friday, October 12, 2012

KEMURUNGAN ........

Catatan Aktiviti Dan Ulasan Saya : Klik saja kat situ...

http://semangatjatimbas.blogspot.com/2012/10/stress-jangan-ambil-mudah.html

Friday, September 14, 2012

Ingat ka dah selesai.. report polis pula.....

Sunday, September 2, 2012

Kontroversi Pertukaran KCS

Catatan/Susunan: Mohd Asri Redha
02 September 2012..

Tak habis-habis.. satu demi satu isu berkenaan pertukaran pegawai KCS di pertikaikan.. Kiranya sekarang setiap pergerakan Pegawai KCS ini sentiasa diteropong oleh segala orang.

Ada setengah tempat buat memorandum kat YAB MB minta tukar pegawai KCS tertentu.. ada setengah tempat buat memorandum pd YAB MB mempertahankan pula pegawai KCS yang ditukarkan... ..  Siapa yag betul agaknya. Adakah kerana prestasi pegawai, atau adakah kerana pegawai tidak dapat bekerjasama dengan pemimpin tempatan, atau pegawai KCS   sudah serasi dengan pemimpin tempatan atau isu peribadi atau apa-apa sahaja.

Semuanya ini adalah berdasarkan penilaian dan persepsi masing-masing. Penilaian dan persepsi terhadap seseorang itu tidak sama antara satu sama lain. Mungkin baik bagi si A tapi tidak baik bagi si B... Mungkin baik bagi ketua pentadbiran tapi tidak baik bagi pemimpin tempatan....  Jadi susah mau cakap dan nak buat kerja kalau nak layan segalanya... Kita tengoklah apa yang akan berlaku seterusnya isu ini .........


Tunggu dan lihat siapa yang akan berjaya.........
 Pada saya tukar pilah kemanapun selagi saya boleh dan mampu buat kerja ditempat tersebut.. Kalau saya sendiri tidak mampu dan tidak layak buat kerja itu.. saya sendiri akan minta ditukarkan.... supaya semua orang senang hati dan saya tidak menjadi beban yang menimbulkan masalah kepada jabatan, pemimpin  dan masyarakat tempatan dan ketua jabatan saya...... okk...

Keadaan semakin panas.. 



Asredha
Teratak Kasih...

Wednesday, July 18, 2012

Pandangan Utusan Malaysia Berkenaan KCS




































18 Julai 2012
Catatan: Mohd Asri Redha...

Di atas ini saya paparkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Julai 2012... panas lagi.. cerita fasal KCS.. Hebat juga noo..... baca dan fikir-fikirkanlah sendiri dan buat penilaian sendiri secara saksama dan adil akan pandangan penulis ini....  

Saya masih lagi berpandangan KCS kena nutral...tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak...  jangan kita sama-sama terlibat dalam usaha-usaha menjatuhkan kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Rakyat yang ada melalui tindakan-tindakan sabotaj yang tidak wajar dan tidak berhemah. ... Biarlah rakyat majoriti yang menentukannya..

Jawatan yang kita pegang adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat jelata sekalian.  Kitapun ada kuasa juga iaitu 2 undi  kita amat berharga. Satu untuk wakil kita di DUN satu lagi untuk wakil kita  di Parlimen. Pangkahlah ikut selera kita bila pilihanraya nanti.. tapi 2 undi itu sahajalah.. itulah saja cara kita nak menjatuhkan kerajaan yang memerentah atau memilih kerajaan yang kita suka.. bukan buat melalui saluran yang tidak mengikut undang-undang.


Teratak Kasih

Sunday, May 27, 2012

Blue Ocean Strategy.... Satu Pendekatan Baru Dalam Perkhidmatan Awam

Hotel Wira..
25 Mei 2012
Catatan... Mohd Asri Redha

Selamat Sejahtera Satu Kedah Sejahtera

Tiba-tiba saja saya teringat mahu sambung perbualan maya dengan pembaca maya sekalian dalam blog ini... Dah lama juga saya tidak menulis dalam blog ini.. Tak ada apa-apa perkara menarik dan sensasi yang berlaku dalam KCS.. tak taulah kat luar sana.... yang saya mungkin ketinggalan maklumat.... Tak apalah ... yang saya dok dengar dan berlegar-legar sekitar KCS ialah YB Dato' Paduka Hj Rasli Basir sambung ka atau tak sambung perkhidmatan kontraknya itu.... sebab dengar khabarnya bulan Jun 2012 akan tamat tempoh kontrak beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri...


Tak kisahlah... sambung ka tak sambung ka... itu bukan urusan saya. Saya tetap meneruskan kerja seperti biasa. Cumanya kalau tak sambung... rasa-rasa adalah kut tambah setakah lagi itupun kalau  tak ada orang potong barisan. Kawan-kawan seangkatan lainnya dahpun tengah merasa  gred baru.. cuma saya saja dengan seorang rakan lagi yang tersangkut ..... Kalau YB.  Dato' Paduka Hj Rasli Basir.. sambung lagi.. pun tak kisah juga .. Mungkin khidmat beliau masih diperlukan oleh pihak atasan. Beliau tetap akan jadi boss saya dan tugas saya melaksanakan segala kerja yang diamanahkan setakat kemampuan yang ada.


Perbincangan dalam bengkel.............
Rezeki saya hanya setakat itu saja.. jadi tak usah gundah gulana dengan hal-hal remeh temeh tersebut. Kedudukan saya sekarang inipun saya rasa sudah terlalu amat bersyukur sangat-sangat ke hadrat Allah SWT.  Pangkat, rezeki, jodoh dan segala sesuatu itu semuanya kerja Allah SWT. Kita kena ingat itu sampai bila-bila... Jangan kita menyalahkan takdir.. barulah hidup kita ceria selalu.... tak 'tension'.........


Hebatkan penulis buku BOS ini..
Ahhh.. memadailah berbual-bual fasal tadi.. sebenarnya saya nak bercerita berkenaan satu kursus yang baru saja saya hadiri yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur dari 24-25 Mei 2012 ..iaitu 'Bengkel Pengenalan Blue Ocean Strategy'..Lama dah dok cari kat mana boleh dapat kursus ini kerana sebelum ini saya pernah mendengar satu ceramah berkenaan Strategi Laut Biru ini di Darulaman Golf, Jitra beberapa tahun lalu. tapi hanya sepintas lalu sahaja dan kurang mendalam. Jadi peluang yang saya perolehi ini saya tidak akan lepaskan peluang untuk menghadirinya. Terima kasih INSPIN yang menganjurkan bengkel ini. Penceramahnya pula bukan calang-calang orang.. ianya perlu mempunyai lesen dari UCSI Blue Ocean Strategy Regional Centre. Salah seorangnya en David dari USA. selain dari pensyarah berpengalaman dari INTAN Bukit Kiara yang mempunyai kepakaran dan lesen dari UCSI ini iaitu Pn Sivanesvery dan en Letchy Manan.

Begitu serious Dato' Abdul Aziz
Ghani DO Daerah Kuala Muda
menyampaikan rumusan bengkel
kumpulannya.
Buku Blue Oceon Strategy (BOS) dikarang oleh W.Chan Kim dan Renee Mauborgne - kedua-duanya adalah Profesor Strategi dan Pengurusan Antarabangsa di INSEAD. Mereka berdua ini adalah antara 'top thinker'  yang menjadi semakin terkenal dan dikagumiBuku ini yang diterbitkan pada tahun 2005 menjadi terkenal dikalangan korporat kerana ia memberi dimensi baru dalam amalan perniagaan. Telah terjual lebih 2 juta unit dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Buku ini dihasilkan setelah mereka mengkaji operasi  lebih 30 industri yang beroperasi lebih 100 tahun dan  hasil kajian mereka mendapati terdapat satu 'patent' dalam keputusan-keputusan operasi dibuat yang telah melonjakkan kecemerlangan syarikat-syarikat tersebut.  Secara keseluruhannya buku ini memberikan beberapa ' tool' ke arah kejayaan sesebuah syarikat perniagaan. Ia berpaksikan kepada berani mencipta sebuah ruang yang tiada tandingannya agar persaingan tidak lagi penting atau releven. Selama ini amalan biasa mana-mana syarikat untuk berjaya ia perlu bersaing dalam pasaran yang terhad.. dan pada akhirnya keuntungan yang diperolehi tidak sebanyak mana. BOS ini mengalakkan setiap orang berfikiran kreatif dan inovasi .

En Letchy Manan ..Timb Pengarah Intan sedang memberi
penjelasan  apa itu 'Strategi Kanvas' dalam BOS
Ada 2 'tool' yang diperkenalkan dalam bengkel pengenalan iaitu 'Strategi Kanvas' dan 'Utility Map'. BOS memberikan satu kaedah logik yang bersistem, alat serta kaedah yang diperlukan untuk mencipta ruang pasaran baru, mencipta permintaan baru serta peluang-peluang baru tanpa kacau pasaran yang sedia ada. Dalam konteks Perkhidmatan Awam.. sebenarnya ada juga relevannya. yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh menambahkan kualiti dan kuantiti produktiviti kita tanpa memberi kesan kepada peningkatan kos dan sumber manusia.... Ini memerlukan pemikiran kreatif dan inovasi dengan menggunakan beberapa tool yang disediakan dalam BOS. Sebenarnya kalau nak cerita apa itu 'Strategi Kanvas' , 'Utility Map' dan 'Prinsip-Prinsip Lautan Biru' memerlukan latihan bengkel yang lebih khusus dan mengikut kata penceramah mengambil masa sehingga 6 minggu barulah boleh mahir betul-betul berkenaan BOS. Apa yang saya dan rakan-rakan KCS yang lain yang turut hadir dalam kursus ini hanyalah pengenalan sahaja, jadi tidaklah setinggi mana pengetahuan yang diperolehi.. Kena baca buku BOS bagi habis dan kena berbengkel lagi  baru layak untuk dapat sijil dari UCSI.  Walau bagaimanapun sekurang-kurang saya tahu sebenarnya dalam dunia yang semakin mencabar dan penuh persaingan ini ada cara lain yang boleh diguna tanpa bersaing dengan pencabar kita.   Atau dalam kontek jabatan kerajaan ada cara kita boleh menyelesaikan masalah walaupun kekurangan peruntukan dan sumber manusia.. 

Sebab itu dalam BOS 'Inovasi Nilai' memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan strategi yang dijalankan. Setiap kakitangan kena keluar dari kotak pemikiran sedia ada. Jangan terikat dengan kaedah tradisional dimana kalau nak tingkatkan hasil, kualiti dan kuantiti maka kena tambah pekerja atau tambah peruntukan.

Inilah yang digunakan oleh beberapa syarikat tempatan yang telah berjaya menunjukkan hasil yang menakjubkan sepertimana yang dilaksanakan oleh AIR ASIA dan syarikat-syarikat multinasional Jepun.

Oklah.. rasanya cukuplah kut sembang-sembang fasal BOS ni.... Nanti ada kelapangan waktu saya akan tulis lagi.. tak kisah ada orang baca atau tidak tapi saya tetap menulis syok-syok... selamat malam dan selamat tidur........ salam

Oh ya.. saya tulis ni selepas hari terakhir bengkel. Petang dan malamnya ada masa sikit.. itu yang saya tulis sambil lepak kat Hotel 2 bintang berdekatan PWTC ni.. Saja saya ambil bilik kat Hotel ni.. beralih angin... dan sekurang-kurangnya kurang sikit belanja jabatan yang memang dah tinggi juga untuk bayar yuran mengikuti Bengkel BOS ini.. Lagipun dok kat hotel untuk tidor dan membersihkan diri saja. 'Time' lain asyik berbengkel saja... kita tak gunapun segala kemudahan hotel yang ada..... Boleh pakai ka cara saya nii....

Friday, May 11, 2012

KCS & GolF ......

05 Mei 2012
Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha

'Selamat Sejahtera'

Teringat masa main golf dulu.. tu yang cari balik
gambar-gambar lama masa tengah dok aktif main.
Hari ini saya menghadiri majls 'Santapan Tengahari' di Cinta Sayang Golf Club & Resort, Sungai Petani. Urusetia jemput maka saya tentunya datang kalau tidak ada urusan lain yang lebih penting. Ia sempena 'Pertandingan Golf Piala Keputeraan' yang diadakan setiap tahun sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan KBDYMM Tunku Sultan Kedah. Kebawah DYMM Tunku Sultan Kedah dan Tunku Sultanah turut berangkat mencemar dulu bermain golf di pertandingan ini. Pendek kata memang hebat sungguh dengan orang-orang kenamaan ramai yang terlibat. Apatah lagi DYMM Tunku Sultan Kedah sekarang ini telah menjadi SPB Yang DiPertuan Agong.

Seronok tengok rakan-rakan dapat pelbagai hadiah dan boleh dikatakan semua yang ambil bahagian dapat hadiah. Hadiah-hadiahnya boleh tahan juga hebatnya... pendekata seronoklah sapa yang main golf..

Yang peliknya saya ni.. bukan tak main.. dulu memang main sungguh-sungguh. Sewaktu jadi Setiausaha MPSPK. .tapi lama-lama kui 'slow'..tukar ke Yan main balik sebab ramai orang Yan juga yang main dan DO waktu itu Dato' Hj Bashiruddin rajin dok atur pertandingan golf.. jadi sayapun tumpang sekaki juga.. takkan nak biar anak buah aje main. Lepas tukar dari Yan dah mula 'slow' dan akhirnya dah bertahun tak pegang batang golf tersebut.... tak tau fasal apa... mungkin tak karan 'kut'... atau tak ada geng setaraf 'pandai' saya kut....

Nampaknya nak kena main balik ni... takkan nak biar depa saja yang dok kutip hadiah.. ada setengah tu tiap-tiap kali pertandingan .. muka tu aje yang terima hadiah... Hadiah besar pula tu... TV LCD 32 inci, handphone, rantai emas, wang tunai, penginapan pelancungan, baucar tunai, set golf, dan segala macam lagilah.....

Jadi Golf sekarang sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan KCS... Dulu lain... Banyak yang main tenis.. Kiranya tenis tu memang mainan elit juga ketika itu. Boleh kata setiap pejabat daerah ada gelanggang tenis, kat Wisma Darul Aman pun ada gelanggang tenis, Wisma Negeri pun ada gelanggang tenis.. Tapi sekarang ini, banyak sudah gelanggang tenis tinggal nama dan tapak sahaja.. habis sudah jadi projek lain... Itulah permainan tenis.. Saya pun main tenis juga masa kat Pejabat Tanah dan Daerah Kubang Pasu dulu.. Selalu dok lawan dengan DO waktu tu iaitu Dato' Syed Zain Syed Abdullah, dan juga dengan Dato' Hj. Ismail Hj. Shafie.. Namun saya tak pernah menangpun main dengan depa.. memang cekap depa main.. Dato' Hj Syed Zain dalam penat-penat diapun memang hebat juga main tenis ni... sekarang ni sudah tinggal nostalgia... sayapun tak taulah dah jadi pada gelanggang tenis itu.

Ok.. selamat maju jaya dan main sungguh-sungguh dalam permainan golf ini.. biar bila bertindak bermain sebagai satu pasukan KCS Kedah boleh tunjuk hebat lagi ..terutama bila pertandingan antara Pegawai PTN Terengganu, PTN Kelantan, PTN Johor dan PTN Kedah. Bila hebat dalam golf tentunya hebat juga dalam kerja seharian..tak gitu... jangan pula nanti orang dok perli pula .. 'time' kerja bos dok kat padang golf ......ini tentunya akan menjejaskan imej KCS itu sendiri....... Ok.. jumpa lagi...... Nanti kita jumpa kat Padang Golf... tapi tak jadi ahli mana-mana kelab lagi...


asredha
teratak kasih
alor setar

Thursday, March 8, 2012

Direktori Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS 2011) : Biodata

07 Mac 2012
Catatan: Mohd Asri Redha...

Pejabat SUK Kedah telah menerbitkan Direktori Pegawai Tadbir Negeri 2011 (KCS 2011) yang mengabadikan dokumentari lengkap biodata kesemua 160 orang pegawai KCS... Ini merupakan satu sejarah dan julung-julung kali diterbitkan biodata seperti ini. Dengan adanya dokumentari ini.. maka semua latarbelakang pegawai KCS dapat diketahui dan dikenali dengan lebih mesra lagi..  Memang diakui saya sendiri tidak begitu mengenali pegawai-pegawai baru KCS ini kalau mereka sendiri tidak memperkenalkan diri pada abang-abang KCS..  Begitu juga orang-orang awam dapat sama maklumat mengenai Pegawai-Pegawai KCS yang menjadi tenaga penggerak utama pembangunan dan kesejahteraan dinegeri Kedah tercinta ini.....

Sebab itu saya cuba juga masukkan gambar-gambar KCS yang sempat saya kutip dimerata tempat untuk dipaparkan dalam blog ini. Dengan ada Buku Direktori KCS 2011 ini akan lebih memudahkan lagi kerja saya untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat berkenaan KCS ini....  Sayapun tidak pasti sama ada dicetak banyak atau tidak. Kalau banyak boleh di edar ke jabatan-jabatan negeri untuk informasi dan juga boleh dijual jika ada yang berminat..

cuma terkilan sikit.. gambar-gambar kawan-kawan lain masuk gambar keluarga , tapi yang saya entah macam mana, gambar-gambar saya saja  yang ada... tang mana silapnya tak taulah.. gambar famili hantar juga untuk dimasukkan....tapi tak termasuk.. walau bagaimanapun tak apalah.. hanya itu sahaja rezeki yang ada.


Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah dan khususnya YB. Dato' Paduka Hj. Rasli Basir.. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang berusaha merealisasikan direktori ini.....



Teratak Kasih
Alor Setar

Tuesday, February 28, 2012

USTAZ AZIZAN YANG SAYA KENALI.......

28 Februari 2012
Putera Medical Centre..Alor Setar
Catatan: Mohd Asri Redha

Antara keratan akhbar yang sempat saya kerat dan scan
menunjukkan betapa banyaknya ulasan-ulasan berkaitan
dengan isu dan krisis dengan YAB Ustaz Azizan...............

Kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.... itu adalah pepatah melayu yang memang tepat sekali kalau dikaitkan dengan penglibatan dengan orang politik.. Kalau tidak mahu dilanda gosip, kata mengata, tuduh menuduh, fitnah dan pelbagai perkara negatif.. janganlah cuba-cuba terjun masuk dalam bidang politik... buat dosapun banyak, buat pahalapun banyak. Tapi kalau tengok cara orang Malaysia berpolitik.. rasanya buat dosa lebih banyak dari buat pahala?...

Macam saya yang tahap stress agak tinggi... memang saya tidak mampu terlibat percaturan politik sebegini dan juga lain-lain isu yang melibatkan masalah-masalah yang agak berat......  Jadi sebab itulah bila membuat sesuatu menjadi kebiasaan saya  memikirkan segala implikasi yang mungkin berlaku atas tindakan yang dibuat itu... ini terbawa-bawa hingga kepada urusan kerja seharian...  Bagus juga kerana saya perlu memastikan apa yang saya buat itu tidak menimbulkan masalah dikemudian hari... tak memberi masalah kepada jabatan, tidak meninggalkan masalah kepada rakan pengganti dan tidak memberi implikasi buruk kepada kerajaan. ... Jadi kalau tak 'perfect' pun sekurang-kurangnya hampir sempurna... Sebab itu kata pakar psikologi .. stress perlu ada juga pada  seseorang insan yang bernama manusia.... stress yang sederhana.. jangan stress yang terlampau kerana ianya akan memudaratkan pula... saya pernah menulis dalam blog berkenaan 'stress'.. berasaskan pengalaman yang pernah saya alami sendiri...  Sebab itu saya tidak kuasa memikirkan hal-hal yang diluarkebiasaan  dan mengambil tindakan tidak beretika seperti memikirkan cara mendapatkan wang tambahan melalui pendekatan tidak bermoral, membuat kerja sambil lewa.. dan sebagainya...  Kerana saya tidak kuasa untuk menghadapi stress yang 'terlampau'  bila berdepan dengan isu-isu seperti itu.... cukuplah dengan  apa yang saya ada dan miliki.... syukur sangat-sangat... 

Kalau berminat untuk mengetahui cara mengatasi stress cara saya .. boleh ikuti catatan saya dalam blog saya dengan klik sahaja alamat dibawah ini:

Sebenarnya pada hari ini saya nak cerita hal yang baik-baik belaka...  Kita cerita fasal kebaikan orang...cerita fasal kebaikan orang kita boleh dapat pahala.... 

Seminggu dua ini.. isu berkenaan Menteri Besar Kedah begitu menonjol sekali dalam banyak situasi. Malahan dimuka hadapan akhbar arus perdana kerap kali muncul menjadi tajuk utama dalam akhbar tersebut.. begitu juga di media TV.  Hebat sungguh MB Kedah ini...  Komen pula pelbagai macam...  ikut fahaman dan pegangan seseorang... segalanya berpunca tentang isu kepimpinan YAB Menteri Besar Kedah DA iaitu YAB Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan b. Abdul Razak.  Bagaimana hebatnya tekanan yang diberikan kepada Ustaz Azizan ini supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah... Ada yang menyokong dan ada yang menentang... Ada yang mengatakan Ustaz Azizan berlawan arus dengan kehendak kepimpinan pusat dan tidak selari tindakan dengan pendirian Pakatan Rakyat.. manakala ada pula yang mengatakan Ustaz Azizan perlu diganti dengan  tokoh Pas yang pro Anwar. Manakala pihak BN pula seolah-olah memberi kredit pula kepada Ustaz Azizan ini sehinggakan kalau dibaca komen-komen dan ulasan dalam akhbar Utusan Malaysia banyak menceritakan tentang perkara positif yang dibuat oleh Ustaz. Jarang sekali Utusan Malaysia memberi ulasan-ulasan yang baik-baik kepada pemimpin pembangkang.. tapi yang Ustaz Azizan ini lain sikit walaupun ada juga komen-komen negatif yang dibuat terutama berkenaan apa projek pembangunan yang dibawa oleh Ustaz Azizan ini..  Komen-komen positif yang diberikan ini membuatkan ada kalangan pembangkang mencadangkan  Ustaz Azizan masuk UMNO sahaja....

Waktu saya menulis blog ini, sepatutnya saya berada di Istana Anak Bukit menyaksikan Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah... tapi saya berada di Putra Medical Centre kerana urusan pembedahan anak yang terlibat kemalangan di sekolah hingga patah tulang bahu... Tak  taulah apa yang berlaku di Istana Anak Bukit.. dengar katanya ramai orang berkumpul kat luar Istana... isu pelantikan EXCO inipun menimbulkan pelbagai spekulasi hingga menganggui kelancaran pentadbiran negeri Kedah ini...

Sepertimana yang saya pernah tulis sebelum ini sebagai pegawai kerajaan.. saya perlu bersikap nutral dalam hal-hal politik ini. Siapa yang memerentah negeri akan diputuskan oleh rakyat melalui pilihanraya. Siapa yang rakyat pilih maka kita kenalah terima dan akur. Segala dasar dan arahan dikeluarkan kenalah dipatuhi oleh pegawai-pegawai kerajaan asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Apa yang berlaku dalam pergolakan parti politik yang memerentah biarlah mereka selesaikan sendiri.. pegawai kerajaan tetap meneruskan tanggungjawab tanpa terganggu. Jangan kita dok  'joint' dengan isu mereka hinggakan urusan kerja harian terganggu...

Pada pandangan saya sepanjang masa pentadbiran Ustaz Azizan menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah ini lebih kurang 4 tahun yang.. secara peribadinya adalah terbaik kalau dibandingkan dengan lain-lain Menteri Besar sebelum ini. Saya pernah bertugas dibawah pentadbiran 5 orang Menteri Besar termasuk Ustaz Azizan dan saya boleh membuat penilaian peribadi sekadar pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang 26 tahun saya bertugas sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Saya tak taulah, dimanalah yang terok sangat fasal Ustaz Azizan ini..sampaikan orang PAS sendiri tidak suka akan kepimpinan ustaz ini. Kalau parti lain tu tak apalah juga... Seingat  dan setahu saya.. beliaulah satu-satunya MB Kedah yang amat mesra dengan semua Pegawai Tadbir Negeri hinggakan menimbulkan cemburu dikalangan tokoh-tokoh dalam Pakatan Rakyat sendiri. Namun kerana hubungan baik dengan KCS inilah yang menyebabkan segala perancangan dan pembangunan yang diatur berjalan lancar tanpa ada masalah samada disabotaj oleh KCS sendiri.. Tidak dapat dinafikan pada awal-awal pengambilalihan kerajaan  dari BN memang ada sedikit masalah kerana kecurigaan yang terlampau.. Biasalah,  sudah berpuluh tahun berada dalam pemerentahan BN tentunya ada kalangan KCS sendiri yang terlalu taksub dengan kerajaan dahulu sukar untuk menerima kenyataan bahawasanya Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini tidak lagi selari dengan Kerajaan Persekutuan...  malahan ada yang bergiat secara aktif  dalam UMNO dan telah adapun KCS yang menjadi ahli politik sebelum ini. Namun kebijaksanaan Ustaz dalam menangani isu dengan KCS ini telah membawa kebaikan kepada semua pihak. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa pembangkang ka , pemerintah ka sebenarnya mereka semua itu adalah rakyat Malaysia.. 

Cubalah imbas kembali sewaktu Kerajaan PAS mengambil alih pemerentahan dari BN di Terengganu dulu... Oleh kerana terlalu agresif MB baru telah mengambil pendekatan yang terlalu drastik hingga menjejaskan hubungan baik pegawai kerajaan dengan kerajaan yang memerentah.. PTN Terengganu dicap dengan pelbagai kata-kata sinis dan sindiran...  akhirnya membawa kecundang pada pilihanraya berikutnya. Perkara ini perlu diambil ikhtibar bagi mengelak situasi yang sama berlaku di Kedah. Penyokong Pakatan Rakyat perlu meelihat perkara ini secara serious jika inginkan kerajaan yang ada sekarang ini terus memerentah dalam pilihanraya akan datang.

Sebab itu saya dapati pendekatan yang diambil oleh  Ustaz Azizan amat tepat sesuai dengan suasana semasa. Ustaz Azizan ada kelebihan tersendiri dalam kepimpinannya. Setahu saya beliau adalah seorang amat sederhana. Mudah mesra dengan kakitangan kerajaan walaupun pada setengah orang dalam politik kata beliau 'cenge'..Ya dalam keadaan-keadaan tertentu beliau perlu 'cenge'.. kalau tidak orang naik tocang dan minta pelbagai macam tuntutan-tuntutan  yang tidak munasabah yang memang tidak boleh ditunaikan...

Beliau tidak mudah mengutuk Kerajaan Persekutuan dan menteri-menterinya .. malahan dalam ucapan-ucapannya saya selalu dengar beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah banyak membantu memberi sumbangan kewangan dan lain kemudahan infrstruktur yang diberikan oleh Kerajaan Persektuan. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Persekutuan bukannya semua ditolak .. ada yang diterima dengan baik oleh Ustaz seperti Pengurusan Sisa Pepejal, Pengurusan Air dan sebagainya. Negeri Perak walaupun sealiran dengan Kerajaan Persekutuan masih lagi gagal mencapai persetujuan berkenaan Pengurusan Sisa  Pepejalnya. Kalau perkara baik dan elok maka kata baik dan elok. Kalau tak baik maka kata tak baik... jangan rangkum semua sekali sampaikan apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan  adalah tidak baik. Jadi pendekatan Ustaz dalam hal ini amat profesional. Ini yang buat puak BN mati akal untuk serang balik.. tak ada ruang untuk serangan peribadi.

Bagi saya secara peribadi dengan ustaz.. amat senang sekali berurusan dengan beliau. Saya tidak ada apa-apa  kepentingan peribadi dengan beliau. Beliau mudah mesra dengan semua pegawai-pegawai kerajaan termasuk KCS seperti saya ini. Bersembang dengan beliau sahaja sudah boleh menimbulkan rasa kemesraan .. mungkin itu kelebihan beliau... Saya sebenarnya tidak begitu mengenali Ustaz ini walaupun beliau mempunyai hubungan mesra dan rapat dengan keluarga saya iaitu bapa dan abang saya di Sungai Limau Dalam. Walaupun mereka berlainan fahaman politik. Kakak saya sendiri adalah satu kelas dengan Toh Puan Faekah di Sek Men Sultanah Asma, Alor Setar. Bapa saudara Ustaz iaitu Allahyarham Pak Teh Ahmad adalah orang kuat UMNO dan pernah 2 penggal  jadi wakil rakyat dikawasan yang sama dengan Ustaz  Azizan. Saya mengenali rapat dengan Pak Teh Ahmad ini kerana anak-anaknya pernah belajar satu kelas dengan saya di Sek Rendah Kebangsaan Sungai Limau Dalam. . Namun hubungan keluarga dan sahabat tetap kekal abadi tanpa ada apa-apa masalah.. Jangan jadi pada setengah orang yang sanggup putus hubungan keluarga dan rakan semata-mata fahaman politik yang berbeda... Ustaz  tidak begitu orangnya.. Ustaz mengenali sayapun hanyalah ketika saya bertugas di Langkawi . Bila saya perkenalkan siapa saya dan keluarga saya , terus hingga kini beliau ingat saya dan memanggil saya dengan nama 'Redzo' sahaja.. Satu panggilan yang jarang saya dengar lagi setelah kematian ibu dan bapa saya.  Sebab itu saya rasa macam bersembang antara bapa dengan anak pula..

Saya melihat YAB Ustaz telah menunjukkan kepimpinan yang terbaik dalam pentadbiran negeri Kedah. Beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan kakitangan Kerajaan Negeri. Majoriti rakyat sudah boleh menerima akan gaya kepimpinan beliau. Beliau juga tidak ada isu peribadi yang dikaitkan dengan kemewahan terlampau, penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan penyelewengan. Ini yang menyebabkan puak-puak BN mati akal dan tenggelam punca untuk mencari tang mana kesalahan dan kesilapan Ustaz ini. Kalau dah macam tu kenapalah pula ahli-ahli dalam pakatan sendiri dok kalut nak perjatuh Ustaz ini. Adalah lebih baik bersatu hati dikalangan ahli untuk menghadapi serangan-serangan dari parti lawan.  Jadi isu-isu dan masalah dalam pakatan perlu diselesaikan segera sebelum pilihanraya umum akan datang yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh terdekat ini. Kekalahan BN  dalam pilihanraya yang lalu salah satu puncanya ialah masalah dalaman parti itu sendiri...  Sabotaj sesama sendiri merupakan malapetaka besar  yang membawa kehancuran sesebuah organisasi...  Inilah yang perlu dijaga dan diperhatikan dengan sebaik mungkin oleh pemimpin-pemimpin mana-mana organisasi agar ianya tidak melarat menjadi kudis yang sukar diubati lagi..

Sewaktu nak mengakhiri catatan ini saya dengar khabar berita di TV bahawa hanya 8 orang sahaja Ahli MMK yang lama dilantik semula... 2 orang lagi tidak ada kepastian lagi samada dilantik semula dan diganti.. kita tunggu  dan lihat akan perkembangannya. Yang dilantik semula tahniah saya ucapkan.. jangan dok leka lagi.. cepat bertindak turun kepadang memberi perkhidmatan kepada rakyat... tak ada masa lagi nak khayal dengan kuasa yang ada... gunakanlah segala apa yang ada untuk bersama rakyat  jelata.. bekerjalah dengan penuh kreativiti, proaktif dan inovasi..   Jangan dok tunggu arahan sahaja baru nak buat....Kesian kepada Ustaz yang terpaksa menangkis segala tuduhan dah tohmahan kepada beliau.. Cukuplah parti lawan yang menyerang beliau.. jangan pula dalam kalangan parti sendiri timbulkan masalah pula...

Macam yang saya kata tadi.. kalau sapa tak dilantik  semula janganlah pula kecewa yang tak terhingga sehingga hilang segala pertimbangan dan kewarasan.. Terimalah seadanya ketentuan Allah SWT... perjuangan perlu diteruskan tanpa ada apa-apa kepentingan diri...dalam perjuangan ada masanya turun dan ada masanya naik... kita kena terima hakikat itu.. Apatah lagi dalam memperjuangkan keunggulan Islam... jangan cakap tidak serupa bikin .. bila melibatkan kepentingan diri hilang segala prinsip perjuangan... inilah yang banyak berlaku dalam dunia dunia politik diMalaysia.. Bila dah tak suka, tak dilantik semula, tak dicalun, habis segala yang baik-baik dulu jadi tidak baik.. segala-galanya  dibongkar dan didedahkan.. dulu kawan rapat  sekarang musuh ketat.  Dosa pahala dah tidak diambil kira lagi.. yang penting hati puas... Musuh politik sentiasa menanti-nanti kesilapan dibuat untuk diambil kesempatan bagi kepentingan masing-masing.

Bagi  Barisan Nasional / UMNO yang masih teringin untuk ke Wisma Darul Aman... sebenarnya tidak susah sangat untuk nak menarik perhatian rakyat atau mendapat sokongan rakyat supaya mengundi BN.. Saya sendiri sebelum ini pernah menulis dalam blog berkenaan faktor-faktor kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu. Apa yang penting dilakukan ialah semua pemimpin dan ahli BN/UMNO  kena turun ke padang buat kerja bersungguh-sungguh .. bukan dekat-dekat pilihanraya sahaja baru nak pulun.. sepatutnya habis sahaja pilihanraya yang lalu dah mula dah buat kerja sungguh-sungguh memahami keperluan rakyat dan mencari jalan penyelesaiannya... Tak ada masa lagi nak tonjol kehebatan dan kekuasaan serta kemewahan yang ada.. rakyat tak nak tengok benda-benda tu lagi..  tak payahlah lagi dok kalut nak cari kelemahan kerajaan negeri sekarang ni... semua orang tahu .. memang kerajaan negeri tak boleh  dan tak mampu nak buat projek pembangunan fizikal besar-besar.. nak cari duit tang mana.. sumber terhad... tak payah dok kutuk, dok perli2 dan mengaibkan parti lawan .... kerana kalau dah selalu sangat dok kutuk akhirnya akan timbul simpati pula oleh rakyat kepada orang yang dikutuk.. Pengalaman lalu patut menjadi pengajaran. jadi kena berhati-hati...

(boleh refer balik catatan terdahulu dengan klik saja kat bawah sini)
http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/catatan-mohd-asri-redha-diedit-balik-14.html?utm_source=BP_recent
http://beritakcs.blogspot.com/2011/06/sambungan-siri-blog-terdahulu-macam.html?utm_source=BP_recent

Jadi ketua-ketua bahagian UMNO/BN yang ada hubungan baik dengan pemimpin pusat ..carilah sebanyak mungkin peruntukan  dan bawa mari ke Kedah.. buat projek pembangunan fizikal pdan embangunan sosial sebanyak mungkin untuk rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik.. Jangan dok kira kelompok sendiri.. kalau dok kira kelompok sendiri sahaja macam mana nak tambah pengundi yang menyokong UMNO..  Biar rakyat tahu keikhlasan dalam membantu kesejahteraan mereka...Mana tahu dengan cara itu rakyat yang dok tengah2 orat beralih sokong BN... Ini tidak .. kalau dah tahu tempat itu banyak orang PAS.. langsung tak buat apa-apa.. fasal kata depa.. orang yang membangkang... kalau macam tu.. macam manalah nak tambah penyokong..

Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat pun sebenarnya ada juga cuba buat beberapa projek besar yang melibatkan swasta.. seperti projek  Sulih di Yan, Projek Aman Sentral di Alor Setar dan lain-lain lagi.. tapi macam2 halangan dihadapi.. saya adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dalam menjayakan  Projek Aman  Sentral tersebut...  dah banyak saman saya terima untuk hadir ke Mahkamah Tinggi dalam  pelbagai kes yang dituntut... nasib badanlah...sehingga sekarang belum selesai...  pihak musuh politik sentiasa mencari peluang untuk ganggu pembangunan yang dirancang.. semuanya dirancang seolah-olah cuba menggagalkan pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, sedangkan BN sebelum ini gagal menyelesaikan  kemelut ini sejak lebih 20 tahun yang  lalu.. Itu baru satu.. ada banyak lagi sabotaj yang cuba dibuat yang tidak perlulah saya cerita kat sini...

Kolej Universiti Insaniah telah mula dilaksanakan di Kuala Ketil dengan pinjaman bank melebihi RM300 juta. Satu angka yang besar dan amat menggerunkan saya.. Nak harap bantuan kerajaan pusat agak sukar .. Dah kata kerajaan negeri tak buat projek.. itulah dibuat projek seperti ini. Saya harap Ustaz ada cara dan pendekatan tersendiri dalam mengatasi pembiayaan pinjaman bank ini kerana setiap bulan rasanya berjuta RM juga kena dikeluarkan. Nak harap peruntukan negeri rasanya tidak kecukupan lagi. Mungkin GLC negeri yang ada perlu ditingkatkan lagi prestasinya agar ianya mendapat untung yang banyak. Keuntungan ini bolehlah disumbangkan bagi membiayai bayaran balik pinjaman bank.. Isu pinjaman ini perlu ditangani dengan penuh strategik agar ianya tidak menjadi beban yang tidak mampu ditanggung jika silap percaturan. Musuh politik akan melihat perkara ini dan akan menjadi modal besar dalam menjatuhkan kerajaan jika hutang-hutang seperti ini gagal disempurnakan bayaran balik.... Saya berdoa agar Allah SWT perturunkan rezeki yang masih ada di muka bumi Kedah kepada rakyat dan  kerajaan negeri Kedah. 3 hari lagi saya akan pergi menyaksikan perasmian pengeluaran lombong besi di Gurun oleh YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan yang dilaksanakan oleh Permodalan Kedah Berhad... ini satu lagi bukti bahawa rezeki yang ada dibumi Kedah telah mula timbul.. Harap-harap akan banyak lagi sumber-sumber kekayaan akan dijumpai untuk rakyat Kedah ini.


Gambar terbaru pada 1.3.2012.. saya meng
.........hadiri Majlis Perasmian Pelancaran . 
..............Pengeluaran Bijih Besi Oleh YAB 
....................Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan
.........................b. Abdul Razak....di Gurun..
.......Gambar saya membelakangkan Mesin
....Memproses Batu Bijih Hingga Menjadi
Bijih Besi........................................................

Oklah.... saya mohon permisi dulu.. anakpun dah mula sedar dari bius pembedahan tadi... merengek-rengek kesakitan akibat pembedahan dan jahitan..  nak kena tumpu kat dia sat....

Sebelum mengakhiri coretan ini saya mohon ampun dan maaf jika ada apa-apa kata-kata yang kurang enak didengar dan menyinggong sesiapa yang membacanya.. .. seperti saya kata sebelum ini.. saya  hanyalah insan kerdil yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubah suasana.. hanya sekadar menyuarakan pandangan.. boleh pakai atau tidak pandangan saya ni tak taulah saya. Terpulanglah kepada penilaian pembaca maya sekalian .. Namun segalanya apa yang saya celotehkan ini rasanya untuk kebaikan semua pihak....... wassalam

Teratak Kasih
Alor Setar