BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Tuesday, December 7, 2010

KCS : SuKaN DaN MaRuAH

Hotel Riverview
Kota Bharu

Ada sedikit ruang waktu dalam aktiviti yang begitu padat...yalah saya berada di sini untuk mengambil bahagian dalam Program Peningkatan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri dan Sukan Antara Pegawai Tadbir Negeri Kedah, PTN Kelantan, PTN Terengganu dan PTN Johor. Program ini berlangsung selama 6 hari yang dipenuhi dengan aktiviti perasmian program oleh YAB Menteri Besar Kedah, aktiviti pertandingan sukan golf, pingpong, tenpin boling, bolasepak dan badminton serta bola tampar. Saya sendiri dalam umur yang setahun lagi mencecah 50 tahun ini, bermain tiga jenis sukan iaitu, bola tampar, pingpong dan tenpin boling..

Bersama anak-anak di Majlis Penutup Program
meningkatan Kerjaya PTN dan Penyampaian Hadiah

Nantilah saya cerita fasal apa terpaksa ambil main sampai 3 'game'..Banyak saya nak cerita dan memberi sedikit komen dan pandangan berkenaan Sukan KCS ini...ada sesuatu yang tidak kena rasanya. Antara 4 negeri yang terlibat...KCS Kedah duduk tempat tercorot sekali....nak letak muka kat mana....

Sudah lebih 25 tahun saya kerja sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah.....Setiap kali ada Sukan Pegawai Tadbir Negeri 4 Negeri, saya mesti ambil bahagian tidak pernah ketinggalan...Sekurangnya saya akan ambil bahagian secara aktif dan serious paling banyak 4 jenis sukan iaitu Bola Tampar, Pingpong, Boling Padang dan Tenpin Boling. Tahun ini saya hanya main 3 jenis sukan aje kerana boling padang tidak disenaraikan.Satu lagu sukan tradisi yang saya tidak pernah miss ialah Kayuh Perahu Panjang yang diadakan setiap tahun sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah...


Sukan Pingpong adalah antara sukan kegemaran saya..
payah nak dapat partner untuk main bersama bila
kelapangan


Saya memang amat minat bersukan dan beriadah... Selain menyihatkan badan ianya dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik sesama rakan dan sahabat taulan, disamping membantu menjayakan setiap acara dan program yang disediakan oleh penganjur..Sebab itu dimana ada masa dan kesempatan saya pasti akan mengikuti program-program riadah dan sukan yang dianjurkan oleh sesiapa sahaja.... Kalau nak dilihat dari kesihatan diri...bukan berapa boleh sangat dah la ni ..kerana maklumlah semakin berumur dan macam-macam cacat cela yang ada pada diri ini. Oleh itu kalau nak mendapatkan penglibatan saya dalam aktiviti seperti ini , tak ada masalah...habaq sahaja.. kalau tidak terganggu dengan program penting lain, saya pasti ambil bahagian... Bukannya ada masalah apapun.....ni kadang-kadang setengah-tengah itu berat sungguh nak ambil bahagian...macam alasan dan segala macam masalah dibangkitkan....Banyak yang suka jadi penonton saja...lepas itu kutuk pula....


Sukan Bola Tampar adalah sukan yang paling saya minati...
Tapi masalahnya nak main permainan ini kena ada 12 orang.
Itu sebab sukar untuk boleh bermain selalu. Kena semua ada
baru jadi


Masalahnya sekarang saya lihat agak kurang KCS yang berminat dengan sukan, terutama sukan-sukan yang tidak sebegitu elit dikatakan seperti sukan pingpong, bola tampar , boling padang, tenis, sepak takraw dan seumpanya.Nampak banyak yang beri tumpuan kepada golf dan bola sepak. Tidak apalah kalau dah ramai sangat yang nak pergi tumpu kepada 2 sukan tersebut asalkan terlibat bersungguh-sungguh dan berlatih bersungguh hingga boleh membawa kemenangan. Malangnya 2 jenis sukan elit inipun tak 'tera' manapun....masih dapat keputusan yang tercorot dibawah.


Untung juga main Tenpin Boling..Dapat juga
hadiah besar ni...yang lain tu habok pun tak ada

Memang ada kesan pada imej KCS...susah sangatkah untuk mendapat johan keseluruhan...kalau dilihat dari prestasi dan kekuatan pasukan TCS, KelCS dan JCS rasanya lebih kurang aje dengan KCS....Cumanya saya rasa komitmen dan kesungguhan ahli itu sendiri yang boleh membedakan siapa yang benar-benar layak menjadi juara. Kalau dah tahu diri tidak cekap dan mahir dalam sesuatu 'game' giatkanlah berusaha berlatih dengan bersungguh-sungguh. Tidak ada guna juga kalau hanya seorang atau dua orang sahaja yang benar-benar boleh bermain, tapi yang lain tu bagi cukup syarat aje...kerana kebanyakan permainan sukan adalah secara berkumpulan... Kekuatan bergantung kepada semua ahli....

Berhubung dengan program ini , mungkin satu peraturan baru perlu ditetapkan oleh Persatuan iaitu..hanya yang mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti program sahaja diberi kebenaran untuk mengikuti program t tersebut terutama yang melibatkan program diluar negeri Kedah seperti di Kota Bharu, Kuala Terengganu atau Johor Baharu. Pada saya kekuatan sesuatu pasukan juga bergantung juga kepada semangat. Semangat akan datang jika ada penyokong kuat diluar gelanggang yang tidak letih-letih memberi sokongan. Tapi ini tidak berlaku pada team KCS. Merekalah pemain dan merekalah penyokong. Yang tidak mengambil bahagian dalam apa-apa sukan, hilang ghaib entah kemana...mungkin ambil kesempatan bersama keluarga bercuti dalam rasmi...boleh juga dapat tidor kat hotel 4 atu 5 bintang.. 4 atau 5 malam. Untuk kedepan ni janganlah lagi dok buat macam tu....kalau nak pi juga ke program itu , maka itulah sepenuhnya program dan aktiviti yang diatur..kalau tidak tok sah pi..tidak ada sapa yang nak paksa...Begitu juga penggunaan kenderaan jabatan terlalu banyak rasanya digunakan.. elok rasanya disusun atur betul agar tidak nampak membazir sangat...

Begitu juga waktu Majlis Penutup Program Peningkatan Kerjaya PTN dan Penyampaian Hadiah, hanya berapa kerat sahaja yang ada...Rasanya yang ada adalah pemain-pemain dan AJK juga.. Yang lain tu tidak tahulah pergi kemana...balik dah kot. Kalau balik awal baguslah bolehlah ke pejabat, tapi takut kat opis pun tidak pergi , kat KB pun ghaib...rugilah kalau macam tu.. Tentunya pihak penganjur akan terasa terkilan kerana majlis yang diatur dengan begitu eksklusif tapi tidak ramai yang hadir. Bayangkan nanti kalau kita pula yang jadi 'host'nya, jadi seperti itu juga....

ok...berhenti dulu...saya pun tidak mahu memanjang-manjangkan cerita lagi...nanti ramai kawan-kawan yang mula meluat kat saya. Terutama yang makan cili... kalau tidak makan maka tidak terasalah pedasnya..tak gitu kawan-kawan semua...

asriredha teratak kasih alor setar

Wednesday, August 4, 2010

TAHNIAH PASUKAN PERAHU PANJANG KCS.....KCS TETAP UNGGUL...

04 Ogos 2010
Tg Chali, Alor Setar

Sukan Sungai 2010 mencatat sejarah manis apabila
Pasukan Perahu Panjang KCS berjaya menewaskan Pasukan Perahu Panjang Pegawai Persekutuan. Kejayaan meninggalkan jauh pasukan

Turun ke garisan permulaan dengan penoh bergaya dan yakin

Pegawai Persekutuan memang tidak dijangkakan sama sekali...namun itulah jika ada kerjasama dan latihan yang berkesan pada akhirnya akan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Catatan masa dibawah 5 minit membuktikan KCS tidaklah selekeh yang disangkakan..Kebetulan hari ini ada satu artikel di Utusan Malaysia yang bercerita tentang keunggulan KCS dan ada kalangan-kalangan tertentu yang gemar mempelekehkan institusi KCS sekaligus memperlekehkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Cuma saya terkilan sikit kerana tidak sama-sama turun kayuh kerana ada sedikit masalah kesihatan menghalang saya dari terlibat terlalu aktif. Aktiviti kayuh perahu panjang memang terlalu keras dan boleh memberi kesan kepada kesakitan tulang belakang, Namun saya turun juga mengikuti latihan-latihan yang diadakan semata-mata nak sama-sama merasai aktiviti2 kecergasan yang diadakan. Sekurang-kurang berpeluang senaman yang baik untuk kesihatan. Perkara penting ialah pergaulan saya dengan pegawai-pegawai tadbir negeri terutama yang junior lebih erat dan mesra... Itu yang pentingnya..Saya tidak mahu ketinggalan dari Pasukan Perahu Panjang KCS ini kerana sejak awal masuk kerja KCS ini setiap tahun saya tidak pernah ketinggalan mengambil bahagian dalam Pasukan Perahu Panjang KCS.

Asri Redha
Teratak Kasih Alor Setar,

EXCO KEDAH TIDAK HARUS PERLEKEH KCS

Petikan dari Rencana di Utusan Malaysia 04 Ogos 2010

Oleh SOBRI SUDIN

APABILA timbul rungutan segelintir exco pimpinan kerajaan pakatan pembangkang di Kedah berhubung kuasa Perkhidmatan Tadbir Negeri atau singkatan bahasa Inggeris, KCS melebihi kuasa mereka, maka timbul pelbagai persepsi menarik untuk dianalisis.

Kedah dari sudut sejarahnya mempunyai KCS tersendiri dengan pemodenannya telah dimulakan sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1907). Undang-undang pentadbiran tanah, sistem pentadbiran daerah dan institusi seperti Penghulu dan Ketua Daerah juga telah lama berlangsung seawal kurun ke-19.

Modenisasi yang berlaku itu tanpa perlu campur tangan British. Atas sifatnya sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, struktur pentadbiran tadbir negeri yang lebih moden dan tersusun dikenal pasti dimulakan penubuhannya mulai 23 Julai 1905 menerusi penubuhan Majlis Negeri Kedah.

Pengwujudan Majlis Negeri yang berperanan untuk membantu Sultan mentadbir, selain memaktubkan jawatan Pegawai Daerah dengan geografi pentadbiran negeri dibahagikan kepada tujuh daerah meliputi Changlon, Yan, Kuala Muda, Kulim, Krian, Langkawi dan Kota Setar.

Minit Mesyuarat Majlis Negeri Kedah bertarikh 2 Disember 1909 pula jelas memaktubkan suatu peruntukan undang-undang yang dikenali Peraturan Pekerjaan Pegawai-Pegawai Daerah.

Peraturan ini jelas menggariskan bidang tugas dan fungsi Pegawai Daerah secara terperinci termasuk skim perjawatan dan gaji. Ironinya, kesiapsiagaan KCS telah diupayakan melalui inisiatif tempatan tanpa perlu kuasa atau campur tangan luar khususnya British ketika itu.

Keduanya, KCS Negeri Kedah mempunyai satu sejarah dan proses pengalaman yang cukup panjang. Natijahnya integriti, wibawa, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan selama ini tidak boleh diragukan.

Namun begitu, sejak pakatan pembangkang mengambilalih pemerintahan kerajaan Kedah, sudah kerap kali isu melibatkan kerangka hubungan kerajaan baru dan KCS ini dibangkitkan.

Pada tahap awal dibangkitkan isu, kononnya ramai pegawai KCS masih berwaladkan (berketuakan) pemimpin dari UMNO sungguhpun kerajaan negeri sudah bertukar ganti. Jika istilah masih berketuakan pemimpin UMNO membawa implikasi bahawa KCS tidak boleh berhubung, berkawan, berinteraksi ataupun mengikuti majlis rasmi yang dihadiri pemimpin UMNO, tampak jelas bahawa pimpinan pakatan pembangkang kurang profesional dalam hal ini.

Ia jelas menampakkan sikap prasangka menebal pimpinan pakatan pembangkang yang jelas bersifat kebudak-budakan. Demikian juga halnya tuduhan liar kononnya masih ramai pegawai KCS melakukan kerja-kerja sabotaj untuk melemahkan kerajaan negeri pimpinan Pas.

Ini juga adalah satu manifestasi tuduhan yang jelas gagal dibuktikan kebenarannya. Penulis dan rakyat Kedah berasa khuatir jika elemen sabotaj ini dikaitkan dengan keengganan pegawai KCS meluluskan permohonan yang di dalamnya terkandung kepentingan individu tertentu yang memegang jawatan dalam tampuk kerajaan negeri.

Jika demikian sifatnya, maka KCS wajar dipuji kerana terus mempertahankan nilai profesionalisme, menjulang undang-undang, mengamalkan integriti yang tinggi dan kekal dengan sikap berkecuali mereka.

Jika mahu dibangkitkan elemen sabotaj terhadap kerajaan negeri, dapat diteliti bahawa sepanjang lebih lima dekad BN memerintah Kedah, begitu banyak sabotaj dilakukan penjawat awam yang condong kiblat mereka kepada parti pembangkang.

Namun golongan seperti ini tetap mendapat kenaikan pangkat, malah perlu dibuat satu kajian empirikal bagi mengenal pasti kiblat politik golongan yang berkedudukan tinggi dalam jawatan kerajaan baik di peringkat pusat mahupun negeri.

Adakah lebih ramai penyokong Pas, PKR, DAP berbanding dengan penyokong atau ahli UMNO?

Namun begitu, ideologi dan fahaman serta sokongan politik tidak pula pernah dijadikan alasan utama oleh kerajaan BN dalam membuka ruang lantikan, kenaikan pangkat selain pelbagai keistimewaan yang terus diraih oleh golongan ini.

Ia berkait rapat dengan dasar kepercayaan pihak kerajaan bahawa meskipun penjawat awam condong kiblat mereka kepada parti tertentu, namun dalam melaksanakan tugas dan implementasi dasar, golongan tersebut tetap kekal dengan sifat berkecuali dan menjalankan tanggungjawab dengan cukup amanah.

Persepsi dan tanggapan inilah yang sepatutnya dimiliki oleh exco Kerajaan Negeri Kedah dalam kerangka hubungan mereka dengan KCS.

Amatlah malang jika KCS dimusuhi. Pemimpin politik dan penjawat awam sepatutnya bergerak seiring, saling melengkapi bukannya saling menyaingi. Kesepaduan inilah yang membolehkan apa jua dasar yang dirangka dilaksana sehingga impaknya mampu dirasai rakyat di bawah.

Hubungan erat dan murni akan membolehkan KCS mudah melaksanakan dasar-dasar yang digubal. Justeru, dalam konteks peranan exco sebagai penggubal dasar, mereka seharusnya faham bidang kuasa, aturan, proses dan prosedur yang perlu dilalui. Cadangan atau kertas kerja berdasarkan elemen 'syok sendiri' atau sekadar menguntungkan ahli parti wajar diketepikan.

KCS adalah pemimpin pendapat, mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan rakyat. Mereka juga adalah front liner yang sering berurusan menyelesaikan masalah dan keperluan masyarakat setempat.

Lantas sebagai pelaksana dasar selain merupakan 'hulu balang istana' dengan mempunyai track record yang cukup gah, maka jika KCS terus diperlekehkan dan dilontarkan dengan pelbagai tuduhan oleh segelintir exco pakatan pembangkang, ia bermakna dua tafsiran boleh dibuat.

Pertama sama ada exco sedia ada tidak faham bidang kuasa KCS dan bidang kuasa diri mereka sendiri. Kedua, kemungkinan usaha untuk mempengaruhi KCS dengan kiblat politik pakatan pembangkang gagal dilaksanakan.

Maka natijahnya menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan segelintir exco terbabit. Jika ini maksudnya maka sekalung tahniah buat KCS kerana berjaya mempertahankan dasar berkecuali.

Selain itu keutuhan, kecekapan khidmat KCS yang telah lama menabur bakti dan mampu mencorakkan dinamisme pentadbiran negeri dengan acuan, gaya dan pendekatan mereka sendiri juga wajar menerima pujian.

Penulis ialah penulis bebas dan pemerhati politik

Wednesday, July 28, 2010

YB Manikumar dan KCS: Punca YAB Ustaz Tidak Cenge.....Petikan dari Blog Kedah La Nie

Salam dan Selamat Sejahtera,

Saya berpengalaman berurusan dengan para Exco di zaman BN dan para Exco terkini. Kesimpulannya, para Exco terkini lebih mudah didekati, lebih mudah dibawa berbincang, tidak sombong dan bongkak, dan tidak begitu mementingkan protokol. Mungkin mereka sedar bahawasanya mereka di kedudukan itu kerana rakyat yang memilih mereka.

Saya juga sering berurusan dengan para KCS. Kesimpulannya, para KCS acuan BN (tidak kesemuanya) sememangnya golongan yang sombong, bongkak, mengamalkan rasuah dan sebagainya. Saya boleh namakan mereka ini jika diminta. Dari Perbadanan Stadium, Wisma Darul Aman, Majlis Sukan Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah serta Majlis-Majlis Daerah / Perbandaran…saya tahu siapa yang menyusahkan pucuk pimpinan sediada, mengambil “komisyen” dari kontraktor, supplier dan sebagainya. Saya juga mempunyai pengetahuan KCS mana yang mendalangi usaha mencelarukan Kerajaan Negeri. Mereka berani untuk tidak mematuhi para Exco kerana mereka ini dipayungi oleh Dato’ SUK dan bukan para pucuk pimpinan negeri.

Saya juga mengenali YB Manikumar kerana pernah berurusan dengan beliau beberapa kali. Pada pendapat saya, beliau seorang yang mempunyai prinsip, percaya dengan perjuangan beliau, berani menyuarakan sesuatu yang benar dan salah seorang pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan YAB MB sebenarnya tahu tentang keperibadian beliau.

Apabila YB Manikumar “menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang dilihat seolah-olah lebih memberikan kepercayaan kepada pentadbiran (perkhidmatan awam negeri atau KCS) dan bukannya kepada barisan Exco selaku barisan Kabinet Negeri” .. percayalah sememangnya ia berlaku dan semua orang yang terlibat dengan “Kerajaan Negeri” tahu tentang perkara ini.

Pada pendapt saya juga, MB memberikan kepercayaan kepada para KCS supaya kepakaran dan pengalaman luas para KCS dapat digembelengkan dengan kepakaran para Exco dan seterusnya akan dapat menjadikan negeri Kedah yang sejahtera. Tetapi apa yang berlaku ialah para KCS terbabit menjadi sombong, bongkak dan sering tidak memperdulikan apa yang cuba dilaksanakan oleh para Exco. Kebanyakkan mereka tidak memperdulikan dan menyokong apa yang cuba dilaksanakan oleh para Exco walaupun ianya akan memberikan faedah kepada negeri.

Berbeza dengan keadaan dahulu (zaman BN) yang mana, para Pengarah dan Pegawai akan terhegeh-hegeh melaksanakan arahan dan langsung tidak berani mengangkat muka ketika berhadapan dengan para Exco. Tetapi keadaannya sangat berbeza sekarang. Mereka berani memperlekehkan pucuk pimpinan.

Pada hemat saya ini berlaku kerana….Ketika PR mula mengambil alih, para KCS berada di dalam keadaan berwaspada. Mereka bertindak mematuhi segla peraturan hatta para pengarah juga tidak berani membawa pulang kenderaan jabatan ke rumah. Tetapi, setelah mereka mendapati Ustaz tidak begitu “garang” mereka kembali memperlihatkan belang mereka. Kalau tidak percaya, tinjaulah rumah para pengarah malam ini. Sebahagiannya menggunakan kenderaan milik jabatan sebagai kenderaan peribadi.

Saya harap MB akan melakukan sesuatu tentang perkara ini. Tahu di mana, dengan siapa, dan bila hendak “bertegas” dan waktu bila dengan “berlembut”.

Para pucuk pimpinan negeri mampu untuk merencanakan yang terbaik buat Negeri Kedah dan para KCS seharusnya menyokong membantu melaksanakan..dan bukan sabotaj!!!.

Saya sayangkan Negeri Kedah dan saya sayangkan pucuk pimpinan sediada. Jangan biarkan para KCS acuan BN ini merosakkan kredibiliti kerajaan sediada. Bertegaslah dengan mereka yang gagal menjalankan tugas, tukarkan mereka jika perlu. Jangan biarkan mereka mencacatkan kelancaran pentadbiran.

Sekalung tahniah kepada YB Manikumar kerana berani menyuarakan kebenaran walaupun selepas ini beliau akan ditekan kanan dan kiri. Saya harap beliau akan terus berada di dalam barisan Exco dan terus menyumbang kepada Negeri Kedah Darul Aman.

PRU sudah tidak lama. Lakukan sesuatu mulai sekarang……

Wassallam…
[http://kedahlanie.blogspot.com]

Friday, May 14, 2010

ORANG DOK TENGOK KCS BEKERJA

Ini lagi dok kata kat KCS..saya petik dari Blog...http://syburi-times.blogspot.com..rupanya banyak blog yang dok ambil kisah fasal KCS yang menariknya baca tang komen2 dibawahnya....faham-fahamlah...

Dalam banyak-banyak kegagalan PAS, ada juga kejayaan dan kebaikan PAS yang perlu diakui oleh rakyat Kedah. Kejayaan ini walaupun tidak kelihatan pada awalnya, tetapi semakin menampakkan tanda-tanda positif.

Semasa awal pentadbiran PAS, hubungan diantara KCS (Kedah Civil Service) dengan PAS agak tegang kerana KCS memandang rendah kemampuan PAS dalam memahami isu-isu dalam pentadbiran, sehinggakan perkara-perkara asas pun PAS tidak faham. Banyaklah tindakan-tindakan tidak cerdik oleh PAS yang menjadi bahan kemarahan KCS, namun setelah beberapa ketika, sebahagian pegawai KCS mula menghargai kebaikan PAS.

Kini barulah mereka menyedari bahawa pentadbiran baru ini (PAS) telah banyak memudahkan kerja-kerja sebahagian pegawai-pegawai KCS dengan kegagalan memahami isu dan program-program untuk rakyat. Ini menjadikan sebahagian KCS merasa selesa kerana beban tugas memajukan negeri sudah sangat berkurangan kerana tiada ada apa perancangan yang perlu dilaksanakan melainkan serba sedikit program politik yang mudah seperti majlis keraian dan seumpamanya sahaja. Selain dari itu, segala-galanya adalah mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat..hasilnya tiada.

Walaupun bagi sesetengah KCS yang prihatin terhadap pembangunan negeri dan kebajikan rakyat merasakan kenaifan pentadbiran PAS ini sangat merugikan rakyat, namun bagi kelompok KCS yang lain, inilah masanya mereka bersantai memandangkan mereka tidak diberikan tugasan.

Lagipun kesalahan bukan dibahu mereka kerana ini adalah keputusan pentadbiran PAS yang tidak menggunakan kepakaran mereka untuk rakyat.

Pendek kata, Pentadbiran PAS senang kerana tak perlu merancang apa-apa, KCS pula senang kerana tidak perlu melaksanakan apa-apa, dan rakyat Kedah pula melihat semuanya adalah harmoni.

Cuma segelintir sahaja yang tahu bahawa ekonomi Kedah tidak bergerak kemana, perancangan kearah pembangunan tiada, pelaburan baru tiada, persaingan dan produktivi Kedah secara relatifnya akan merudum.

Seumpama kapal yang besar, walaupun sedang tenggelam, hanya beberapa kerat sahaja yang tahu sehinggalah sudah terlalu lewat. Begitulah juga kedudukan ekonomi Kedah, kesannya akan dapat dirasa dalam masa tiga hingga lima tahun lagi, yang mana pada masa itu, kedudukan ekonomi Kedah akan menjadi kritikal.

Jadi, pemimpin PAS memang berjaya dalam mengekalkan ketenangan dan keharmonian pentadbiran kerajaan Kedah, dengan cara paling unik, iaitu tak berbuat apa-apa.

Tahniah kerana penyelesaian bijak PAS yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa sebelum ini.
Posted by Syburi Times at 15:15

4 comments:
Tanpa Nama berkata...
Kedah sejahtera, nikmat utk semua. Pemimpin tidur belaka

Selasa, April 20, 2010 3:35:00 PM
Tanpa Nama berkata...
Berilah peluang sepenggal lagi...atau penggal terus pemimpin PAS.

Selasa, April 20, 2010 3:46:00 PM
SS berkata...
Kan saya dah kata..'saya tak tau, depa tak bagitau saya pun'

Selasa, April 20, 2010 4:03:00 PM
1Melayu berkata...
Pegawai pegawai KCS sekarang ini sedang Raya Hindu,datang kepejabat tak buat apa apa,jam 10 pi minum kopi,jam 12 pi makan tengah hari,jam 3.30 minum lagi ,jam 4 petang pi main golf.

Yang paling hebat ada Pegawai pegawai kanan KCS yang rumah mereka di ALOR Star tapi kerja diSungai Petani,Kulim,Bandar Baru,Baling,Sik Padang Terap,dan Yan,bila mai mesyuarat di WISMA DARULAMAN,AlOR STAR di sebelah pagi MEREKA TERUS BALIK KERUMAH MASING MASING.

Maka kerja dipejabat akan terbengkalai malah ada seorang Pegawai Kanan yang tinggal di ALOR STAR akan panggil Pegawai pegawainya untuk bermesyuarat di ALOR STAR,lepas mesyuarat dia balik kerumahnya dan pegawai pegawainya akan pulang ke Sungai Petani.Al Ustz Azizan tak berani tegur takut kena sabotaj dalam PRU nanti.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/04/pas-kcs-dan-rakyat-satu-kejayaan.html#ixzz0ntEv7OOX

Friday, March 19, 2010

EXCO VS KCS

Saya terbaca satu entry dari bllogger DariYan.blogspot.com. Satu blog yang sering menghimpunkan beberapa entry dari blog-blog diutara. Walaupun blogger tersebut tidak menyiarkan sebarang komen diblognya, dan tidak memberi kredit dari entry-entry yang dicedoknya (termasuk dari blog saya ini), saya tidaklah berkecil hati. Saya terpanggil memberi komen tentang salah satu entrynya yang bertajuk "HUBUNGAN KERAJAAN PAS DAN KCS - RETAK MENANTI BELAH".

Benarkah sebagaimana yang didakwa Blogger DariYan itu? Jika benar, maka benarlah katanya bahawa rakyatlah menjadi mangsa. Dan dari mana sumbernya, tidaklah saya ketahui. Namun mungkin ada benarnya. Saya tertarik dengan katanya yang mengatakan bahawa...

"kata-kata seperti "apa yang hairan sangat dengan KCS" "KCS bukan tau apa" dan "Tindakan segera perlu terhadap anggota KCS kerana ia boleh menghalang kemajuan islam di Kedah" sebenarnya menjadi titik tolak kepada hubungan yang sedia dingin"

Tahukah Exco-Exco Kerajaan PAS bahawa KCS telah menabur bakti di Kedah tanpa mengenal erti penat dan lelah selama ini? Tahukah para Exco bahawa KCS lebih banyak buat kerja untuk rakyat berbanding mereka? Tahukah para Exco Kedah ini bahawa rakyat lebih menggemari KCS berbanding YB-YB DUN/Parlimen atau Exco-Exco Kedah kini? Tahukan Exco-Exco lantikan PAS Kedah itu bahawa rakyat lebih rapat dengan KCS kerana KCS lebih memahami rakyat berbanding mereka? Sedarlah diri para Exco Kerajaan PAS...
KCS itulah yang menjana dan memacu segala keputusan kerajaan negeri selama ini. KCS yang Exco-Exco tuduh penghalang kemajuan Islam itulah yang banyak menyelesaikan masalah-masalah umat Islam di Kedah ini. Baru tak sampai setahun diberi mandat oleh rakyat, sudah mula menghina jasa-jasa KCS? Begitukah sikap "arrogant" Exco-Exco Kerajaan PAS Kedah yang baru setahun jagung? Begitu biadap, sombong dan takbur sekali! Inikah yang dicerminkan sebagai "pilihan tepat rakyat Kedah"? Sungguh menyedihkan...

Sayang. Seribu kali sayang. Harapkan pagar, pagar pulak yang melebih-lebih. Tak tahulah kenapa Exco-Exco Kedah yang berkenaan ni meluat sangat pada KCS? Syak yang bukan-bukan dan buruk. Tak sesuai untuk sebuah kerajaan yang kononnya berteraskan Islam...memalukan nama Islam jaaaa...

Wallahua'alam...

Petikan dari:
http://dukeofumno.blogspot.com/2009/02/exco-kedah-vs-kcs.html