BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Thursday, November 12, 2009

Komen Fasal Pertukaran KCS

Cabutan dari blog :   http://www.depa_kata.blogspot.com/

Saya dengar kawan-kawan dalam Perkhidmatan Negeri Kedah (KCS) sekarang dalam keadaan tidak selesa kerana Kerajaan Negeri melakukan pertukaran pegawai-pegawai secara besar-besaran. Agak ramai KCS yang sedih, dan dah tentu la ada yang gembira. Bermacam alasan diberikan atas pertukaran itu. Yang sedih adalah KCS yang tidak dinaikan pangkat, dan yang gembira ialah KCS junior yang naik pangkat.


Ada yang mengatakan pertukaran Mad Che Nai, yang mengetuai pasukan merobohkan pusat cucuk babi di Mergong ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah adalah kerana Kerajaan PAS Kedah terpaksa akur dengan desakan DAP Kedah supaya beliau di tukarkan. Macam Hassan Ali minta Ronnie Liu ditukarkan tu la.


Pertukaran Pegawai Daerah (DO) Pendang, Encik Ahmad Shukur Ghani ke Bandar Baru adalah di katakan kerana beliau menentang kehendak Kerajaan Kedah yang hendak membina pusat cucuk babi di daerah Pendang. Ahmad Shukur baru enam bulan saja bertugas di Pendang. Yang peliknya pertukaran ini ialah, DO Pendang di tukar ke Bandar Baru, DO Bandar Baru di tukar ke Pendang. Hai ada apa-apa ka di sebalik pertukaran ini?.

Di samping itu, dikatakan 10 orang KCS junior antara 7 hingga 10 tahun, dinaikan pangkat, melangkah 4 orang KCS yang 10 tahun lebih senior. Ada KCS yang sedang memangku jawatan, tetapi mereka tidak disahkan dalam jawatan dalam yang sedang di pangku itu. Sebaliknya pegawai baru yang 10 tahun lebih junior dilantik memegang jawatan berkaitan. Siapa yang tidak kecewa, bayangkan kalau perkara begini berlaku kepada kita.

Kegelisahan yang akan menimbulkan ketegangan pasti akan berlaku dengan kerajaan Kedah, kata KCS senior yang dinafikan kenaikan pangkat mereka, Dia berkata, “macam mana saya nak kerja, dulu dia tu (KCS junior), kerja di bawah saya, le dia jadi bos saya. Pertukaran dan kenaikan pangkat tunggang terbalik”.




Pakat-pakat la kita renungkan bersama...









Apek Pendang



Posted by jeanbara at 10:53 PM
15 comments:
Anonymous said...
Hang ni tak habis habis dok buruk sangka jer...tak tukar salah...kena tukar salah...habis tu...dok biar jawatan tu pegang dek seseorang tu sampai 22 tahun ker...baru boleh tukar.

Lan

6/8/09 11:22 PM
Srikandi said...
pe dah jadi????sapa yg patut dipersalahkan dalam hal ini???ni kerajaan sapa???bukankah ni kerajaan pilihan rakyat...

6/8/09 11:23 PM
kluangman said...
Jawatan ketua tu bukan waris mak bapak dia, siapa yang layak elok le dinaikkan pangkat..yang dok perabih beras, elok minggir tepi.

Janganlah terlalu prejudis untuk memajukan rakyat !!!

6/8/09 11:55 PM
Anonymous said...
kawan-kawan semua mari baca artikel ini, best gila siot!

Piggy whack KJ

6/8/09 11:55 PM
Pumpong said...
Inilah yg dinamakan tektik demoralization. Depa penaik yg mana depa berkenan. Yg tak berapa nak naik tu, mestilah dah ada langau yg pi cucuk atas habak kata mat ni sekian-sekian.
Depa tak buang, tapi depa bagi hang rhimas.

Dah tu depa cananglah kat tepi-tepi jalan, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil."

Orang kampung bukannya depa tau apa duk jadi. Hangpa rheja dgn depa, hangpa taulah.. Kalau depa suruh buat benda bangang, jangan duk pi tegur. Hang tegur nak bagi elok, siap lah. Jadi kena buat bodoh. Jangan duk perasan Hang Nadim. Tegur geng 'agama' ni.., payah sikit. Ego depa cukup tinggi.

-Bukannya senang woi nak masuk syurga...-

7/8/09 12:05 AM
Anonymous said...
APA MASALAHNYA ?? Pegawai yang tak perform walaupun seniour patut dibuang ke laut saja. Biar lah yg muda muda, yg bersih yang berwawasan yang kuat berfikir dan bekerja menerajui jabatan.

Tiga empat orang pegawai seniour yg memang satu negeri tahu tidak bersih ( dok main golf kt medan laa..jakarta laa) patut pun ditolak ke tepi...buat menyusahkan rakyat saja....

Senior tak semestinya baguihh..apa raa...

Awang tok nuih

7/8/09 12:32 AM
Anonymous said...
decentralization
pecah dan perintah
cam besa depa claim ikut style 'YAHUDI'
tak islamik
to hell with it
but are they realize

what the fuck they are doing right now...............

p/s: Wow....demokrasi is the way of life.Like what PR claimed right now.

Bukan apa,pasai taik pun mau gaduh ka.Sendiri mau ingat

7/8/09 2:59 AM
GPMS Cawangan Wangsa Maju said...
Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

7/8/09 3:45 AM
mat toge said...
Ini yg best jadi ahli PAS..mengata kat org mcm mkm kerang bakaq..kena kat batng hidung melompat mcm tikus tengok beruk

7/8/09 6:45 AM
Ekeng A/L Etong said...
Memang la pertukaran adalah perkara biasa. Tapi kalau pertukaran dibuat atas motif tertentu, pasai nak pernaik kroni, bagus ka? Pasai dulu kita dok hentam kat orang dok buat kerja ni. Pasai kita dok cakap nak perintah bagi adil ikut Islam.
Betul macam Apek Pendang kata.
Patut ka, DO Pendang hantar pi Bandar Baru. DO Bandar Baru tukar pi Pendang. Dok Pendang pun baru 6 bulan.Tak dan nak faham tang mana bilik air, tang mana jamban. Macam budak-budak main pondok-pondok, tiap-tiap hari tukar pondok.

7/8/09 7:25 AM
Anonymous said...
kalu mau jadi bos sampai tua, berenti dari kerajaan buka syarikat sendiri, jadi CEO beb!

7/8/09 7:30 AM
Anonymous said...
Naik pangkat ikut la merit.

kena tukak tu , ikut perintah

bila depa sain surat kan depa tulih

"saya yang menutut printah"

lagi pun depa kerja kat mana pun pun dok di aloq staq jugak, tukag pun dok dalam negeri kedah saja, bayang kan geng federal , bila kena , pi la sabah ka. tu pun depa tak komplin pun.

PS kalau senior pun, KPI task baguih dok buat apa??????


Your obedient servant sir

7/8/09 8:07 AM
Orang Tebengau said...
Kalau nak tukag atau buang KCS, buat konsep kepimpinan melalui tauladan.

Mula2 tengok prestasi exco dulu, kalau hak dok gila golf tu, boleh la diganti dengan orang lain.

Buat keputusan asyik silap saja, lepas tu maintain ego, tak ngaku silap walaupun rakyat rugi.

Kalau MB tak nampak Exco tak perform , tukar MB la. Bagi arahan macam kera dapat bunga, macam remaja dapat steering kereta. Dok ulang sebut Insyaallah saja, kerja takdak proper planning.

La ni kalau telefon exco, kalau depa kata ada mesyuarat tu maknanya tengah dok pukui bola golf. Harap faham.

7/8/09 9:23 AM
HD said...
Tuan,

Pada pendapat saya, tidak ada masalah utk. junior naik mengatasi senior dlm sebarang bentuk organisasi. lebih2 lagi pengurusan & pentadbiran yg. mana tidak semestinya seorang senior mahir mentadbir/mengurus. konsep ini terbukti dimana2 syarikat antarabangsa mahupun tempatan. tetapi ia perlu telus dan atas kredit pencapaian KPI. bukan atas dasar saudara-mara,kroni dsb. pengalaman dan senioriti tidak sama sekali membuktikan keupayaan mengurus. pengurusan/pentadbiran adalah kombinasi kemahiran, pengalaman, kredibiliti, komunikasi dsb.bdn kerajaan patut mulakan tradisi KPI, SLA, SOP yg diamalkan syarikat2 persendirian yg sudah terbukti mampan utk melicinkan pentadbiran, meningkatkan daya produktiviti dan secara tidak langsung mewujudkan persaingan sihat antara penjawat2 awam.

Pembayar Cukai.

7/8/09 10:44 AM
Dulu_umno said...
tahniah kpd yg kena tukar!!!sebenarnya anda adalah duri dalam daging. Sebelum ia merebak menjadi bisul dan kanser ada baiknya dia dibuang terlebih dahulu.Apa2 pun ini sebenarnya peringatan awal untuk kalian yg cuba nak sobataj pimpinan kerajaan.

dari depa-kata.blogspot.com

No comments:

Post a Comment