BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Thursday, November 12, 2009

Betui Ka KCS Dah Mula Sokong PAS?

02 February 2009
Betui Ka KCS Dah Mula Sokong PAS?

Menarik tulisan Nobisha pasai MB Kedah yang cenge. Orang kampung baca dah dan baca pulak untuk menghayati tulisan beliau. Hebat tulisannya. Bila dah baca tulisan beliau, orang kampung nak tambah skit pasai hal KCS yang dulunya kata wujud pelbagai masalah dengan sistem pentadbiran kerajaan PAS sekarang.

Sumber yang orang kampung dapat ini dari orang KCS yang dulunya merupakan penyokong kuat UMNO dan naik ke peringkat pentadbiran tinggi pada zaman UMNO memerintah Kedah. Tapi disebabkan beliau masih manjadi bos dan perintahan bertukar, beliau menwar-warkan beliau adalah ahli seumur hidup PAS. Memang betui beliau telah mejadi ahli seumur hidup PAS selepas PAS memang PRU12 di Kedah.

Menarik ceritanya, beliau telah mengatakan, hampir 80% kakitangan KCS telah menyokong penuh kerajaan PAS dibawah pimpinan MB yang cenge (meminjam kata-kata Nobisha). Orang kampung hairan bila beliau mengeluarkan kata-kata itu. Tapi memandangkan beliau adalah bos yang juga KCS, orang kampung hampir pasti percaya sepenuhnya.

Katanya, KCS sekarang telah menyokong sepenuhnya kerajaan memerintah sekarang kerana, lebih telus, amanah dan menjaga rakyat. BN khususnya UMNO jika memerintah berlaku banyak kebocuran dan tidak amanah. Yang amat menarik sekali, beliau menambah KCS terutama DO (Pegawai Daerah) sudah tidak memperolehi peruntukan dari kerajaan persekutuan untuk pembangunan daerah masing-masing. Ini membuatkan DO telah bersuara dikalangan mereka dan terus sampai kesemua kakitangan KCS yang lain. Mereka geram sebab peruntukan dah tak dapat melalui Pejabat Daerah masing-masing. Katanya lagi, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) dimana 3 daerah dibawah satu JPP. Contohnya, JPP Alor Setar mengawal 3 daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.

Beliau juga berkata, BN pastinya tidak akan dapat balik Kedah pada PRU13 nanti kerana, apa yang dibuat oleh pentadbiran sekarang disenangi oleh rakyat. KCS juga rakyat Kedah.

Bila bab peruntukan ini, barulah orang kampung paham kenapa KCS menyokong penuh kerajaan PAS Kedah sekarang. Tapi orang kampung tertanya-tanya, adakah KCS ini menyokong sepenuh hati PAS atau kerana duit Persekutuan dah tidak melalui kakitangan KCS khususnya DO di tiap-tiap daerah. Tapi jika Persekutuan ubah balik polisi peruntukan melalui DO, adakah KCS-KCS ini akan berpaling tadah?

Cabutan Blog
Di tulis oleh OrAnG KaMpUnG at 5:42 PM

No comments:

Post a Comment