BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Tuesday, May 30, 2023

Legasi Ku

Catatan.. Mohd Asri Redha..
Tarikh :31 Ogos 2023

Assalaamualaikum wbt.. Selamat siang.. 

Kembali bersiaran saya kali ini setelah sekian lama menyepi .. Entah kenapa selepas pencen ni dia jadi malas nak menulis.. Patutnya bila dah bersara ada banyak masa untuk menulis tapi begitu jadinya.. macam makin sebok pula selepas bersara.. aktiviti penoh.. Ya memang sebok.. sebok bersiap utk menghadapi Allah SWT.. Ya laa, umur bukan muda lagi... Sudah kesuntukan masa ni.. Kehidupan didunia ini bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik oleh Allah SWT.. Cukupkah bekalan untuk dibawa nanti.

Walau macam manapun kali ini saya usaha juga untuk menulis kerana ada sesuatu untuk saya ceritakan berkaitan KCS. 

Alhamdulillah , sangka saya bila saya bersara ni habislah  cerita2 fasa KCS, tapi itulah kuasa Allah SWT...  rezeki  yang Allah SWT nak beri pada keluarga saya. Dalam tempoh tidak sampai 2 tahu saya bersara anak saya pula ditawarkan jawatan sebagai KCS setelah melepasi pelbagai peringkat ujian.. sekurang2nya ada la juga seorang yang mengikuti jejak saya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Selama lebih 3 tahun berkhidmat sebagai peguam bertauliah di Kota Raya Besar Kuala Lumpur, akhirnya kerjaya tersebut terpaksa ditinggalkan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri di negeri sendiri.. bagi saya tentunya saya alu2kan keputusan yang dibuat oleh Abu Hurairah.. kerjaya sebagai Peguam ada cabaran tersendiri,  dan mempunyai peluang kerjaya yang lebih hebat dimasa depan jika kena gayanya. Namun begitu kerjaya sebagai KCS juga punya cabaran tersendiri yang pelbagai dan menarik.. Semoga keputusan besar  yang dibuat oleh Abu Hurairah itu akan memberi kebahagiaan  kepadanya. Walaupun imbuhan  kewangan yang diterima lebih kurang dari apa yang diterima disektor swasta, tapi yang penting  kepuasan kita bekerja dan dapat berkhidmat secara langsung kepada rakyat.. 

Pengalaman saya sebagai KCS, saya amat puashati sepanjang kerjaya saya ini. Memang ada saat2nya kita terasa amat tidak selesa atas satu-satu isu atau masalah yang dihadapi, tapi secara umumnya semua tempat2 yang saya bertugas adalah menggembirakan dan menyeronokkan sehinggalah ke saat bersara.. Semoga Abu Hurairah  dapat mengharungi cabaran ini dengan tenang, sabar dan bergaya serta mencapai kejayaan cemerlang hingga ke akhir perkhidmatan..

Saya hanya boleh menceritakan pengalaman-pengalaman saya sebagai KCS sahaja pada beliau sebagai panduan, tapi yang pentingnya beliau sendiri pandai-pandailah bawa diri, bagaimana untuk menjadikan diri kita dihargai, dihormati, diperlui dan disayangi , bukannya sebagai seorang pegawai yang dibenci, tidak diperlui, tidak berdisiplin, tidak bermoral dan segala macam perkara-perkara negatif.. Perkara-perkara yang saya sebutkan diatas tadi, bukannya  ada tempat belajar. Ianya datang dari sikap diri  kita sendiri yang menentukan.  SELAMAT MAJU JAYA ABU HURAIRAH....

Pedoman buat Abu Hurairah dan sahabat baru KCS nya

https://beritakcs.blogspot.com/2010/12/disiplin-dalam-bekerja.html








a

No comments:

Post a Comment