BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Thursday, June 28, 2018

Mesyuarat Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah dan Koperasi Pegawai Tadbir Negeri Kedah DA Berhad...

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 28 Jun 2018
Tempat.. Wisma DA

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Pagi ... Pagi ini Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah....mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan PTN 2018.. Saya hadhir juga mesyuarat ni walaupun terpaksa bercuti dan naik feri dr Pulau Langkawi semata mata untuk menyatakan sokongan terhadap usaha2 aktiviti Persatuan yg saya menjadi ahlinya... Banyak aktiviti yg dianjurkan oleh Persatuan yg memerlukan penglibatan semua ahli2 dikalangan 166 orang Pegawai Tadbir Negeri Kedah.

Saya tidak memegang apa2 jawatan dalam Persatuan..  entah kenapa sejak awal kerja saya tak pernah memegang apa2 jawatan dalam NGO dan organisasi sukarela... kalau ada pun atas kapasiti saya sebagai penjawat awam yg bertaraf kenamaan yg membolehkan saya dilantik sebagai penasihat, jawatan2 kehormat dalan NGO dan seumpama itu.. jadi rasanya tak  popular la tu kalau hanya berbekalkan aset diri semata mata.. .. tapi  saya lebih senang dengan cara begitu... tapi kebiasaannya orang yang aktif dalam pertubuhan2 sukarela akan lebih dikenali dan lebih popular dan kebiasaannya juga ianya memberi kesan baik dari segi perkembangan kerjaya seseorang.. saya faham itu, tapi saya tidak memburu semua itu.. hanya cukup sekadar seronok dalam bekerja  dan rezeki  itu biarlah Allah SWT sahaja yang menentukan.. kalau ada terima sahaja apa yang Allah SWT kurniakan pada saya.. kadang kadang rezeki datang dgn begitu mudah tapi saya perlu melihat dan menilai kemampuan diri sendiri .. boleh terima atau tidak..

Sebenarnya saya kagum dengan hamba2 Allah yg berminat aktif dalam kerja2 kesukarelaan ini kerana ianya memerlukan minat yang mendalam disamping terpaksa berkorban masa, tenaga dan ada kalanya wang ringgit serta membahayakan diri.. itulah hebatnya para sukarelawan ini... saya tak mampu untuk jadi seperti itu..

Walau bagaimanapun saya tetap mengikuti dan mengambil bahagian setiap aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan...

Ok.. itu saja coretan saya kali ini.. petang ni saya nak pergi mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah DA Berhad pula.. Dengar kata ada elaun hadhir mesyuarat.... adakah kerana ada elaun hadhir mesyuarat baru nak hadhir atau sebaliknya.. Pada saya ada atau tidak ada saya tetap hadhir kalau tidak apa2 aral melintang.. yg penting kita kena mempastikan perjalanan Koperasi berjalan dgn memuaskan dan dpt memberikan dividen terbaik pada 243 orang Ahli Koperasi.

Bye..



















No comments:

Post a Comment