BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Tuesday, December 19, 2017

Tahniah Saudara Ammar.. Lepas ni kena panggil Yang Berhormat Dato' Ammar

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.... 20 Disember 2017

Assalaamualaikum WBT..
Alhamdulillah..  Pagi ni saya berkesempatan menghadhiri Majlis  Pengurniaan Tauliah Pelantikan YB Pegawai Kewangan Negeri  Kedah Darul Aman.. di Istana Anak Bukit..  Tahniah saya ucapkan buat sahabat saya ni yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah.. Laluan kerjayanya memang cemerlang dan sampai akhirnya menjawat jawatan tersebut...  Jawatan kedua tertinggi dlm Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah..

YB. Dato' Ammar ni masuk KCS, 2 tahun selepas saya masuk perkhidmatan KCS..  Umurnya setahun muda dari saya.. hebatkan..  Itu namanya rezeki dan ketentuan Allah SWT...  Saya doakan beliau dipermudahkan oleh Allah SWT. dalam segala urusan... Aamiin.





No comments:

Post a Comment