BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Wednesday, November 4, 2015

Selamat Bertugas YB Dato' Hj Bakar Din & YB Dato' Hjh Sepiah Isa .. Cabaran Besar Sedia Menanti..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 04 November 2015

Assalaamualaikum WRT..  dan Selamat Malam..  kalau baca waktu malam.. Hari ini sudah masuk bulan November 2015.  Pejam celik pejam celik, sudah hampir penghujung tahun 2015. Umur kitapun semakin meningkat... Masa berlalu dengan semakin ganas... dia tidak kira siapa.. tidak ada siapa boleh menahannya...  kita pun semakin hari semakin mendekati kematian..  sesuatu yang pasti, cuma bila dan dimana hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui...Jadi kita teruskan hidup kita menghabiskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki ini untuk mencari bekalan dihari tua dan bekalan di alam selepas kematian kita.

Ok.. saya nak cerita apa hari ini. Pagi tadi saya menghadiri Istiadat Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang baru di Istana Anak Bukit. Nak lantik 2 orang pegawai tertinggi ini kena buat Istiadat Khas dan hanya Sultan Pemerentah sahaja yang boleh beri tauliah jawatan itu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Sebab itu saya kata hari ini menjadi sejarah...   Sudah tentu menjadi sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh yang menyandangnya..

Tahniah saya ucapkan kepada YB Dato' Hjh Sepiah bt Isa yang telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang baru. Beliau telah memecah tradisi Pegawai Tadbir Negeri Kedah wanita yang pertama memegang jawatan tersebut. Inipun satu sejarah juga kepada  Negeri Kedah. Ia akan terpahat begitu sampai bila-bila... Ini membuktikan sesiapa sahaja boleh menjawat jawatan tersebut tanpa mengira jantina asalkan berkemampuan dan layak.

YB Dato' Hjh Sepiah Isa beza umur lebih kurang  3 tahun sahaja dengan saya.. Belajar juga di Sekolah Menengah Dato Syed Omar  (SMDSO).. sekolah saya juga tu. Lepas tu masuk UKM.. Sayapun masuk  belajar kat UKM  juga.  Hebat-hebat juga pelajar-pelajar dari SMDSO ni. YB SUK baru juga dari SMDSO.. Sekadar beberapa nama yang dapat saya berikan ini seperti Menteri Pendidikan Malaysia Dato Seri Mahdzir Khalid juga dari SMDSO,. Dato' Seri Shukri Abdul, Timbalan Ketua Pengarah SPRM juga bekas pelajar SMDSO.. En. Adnan ..Pengarah Kemas Negeri Selangor, Dato Azemi Kassim Mantan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia,  Dato' Azimi Daim Setiausaha Politik YAB Menterb Besar Kedah dan banyak lagi kalau kita rajin selidik-selidik.. Cuma saya saja yang tidak terkenal lagi..  Tapi saya amat berbangga belajar di SMDSO yang banyak merubah kehidupan saya walaupun mengaji tidaklah cemerlang sangat. . Ada banyak lagi tokoh-tokoh besar yang belajar di SMDSO ni yang tak dapat saya catatkan disini.. Tentu ada sesuatu yang unik juga kat SMDSO ni.. Kena kaji ni..

Saya pernah bekerja bersama Dato' Hjh Sepiah sebanyak 2 kali. Pertama sewaktu saya dan beliau bertugas di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah sebagai Penolong Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah (Bahagian Pengambilan Tanah) . Saya masih ingat lagi bukan setakat kerja di bahagian yang sama tapi juga pernah ditempatkan dalam bilik yang sama.. Kami syer 3 orang dalam satu bilik. Dekat 2 tahun juga kami  bekerja dalam bilik yang dikongsi  begitu di Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar dan juga di Bangunan Wan Mat Saman. Mungkin bunyinya pelik, tapi itulah keadaannya. Kerusipun hanya kerusi kayu yang tak boleh berpusing-pusing  dan bergerak-gerak.  Itupun guna bekas orang punya,  Mungkin pegawai-pegawai baru sekarang ni, tak merasai macam mana yang kami rasa waktu tu.. Tak dak sapa ambil kisah. Nak minta kat CC pun takut waktu tu.. Seorang lagi pegawai yang kini telah berpencen ialah Puan Halijah Ibrahim... Masa di PTG (Bahagian Pengambilan) kami bertiga keluar bersama ke daerah-daerah menguruskan perbicaraan pengambilan balik tanah. Selalunya kereta saya yang jadi mangsa walaupun pakai kereta 'second hand' dan 'aircond' kereta pun selalu rosak.. depa naik juga.   Banyak perkara yang saya belajar dari mereka berdua kerana waktu itu saya memang junior sangat-sangat, kerana itulah jawatan pertama saya sebagai KCS.



Kali kedua saya bekerja bersama beliau ialah sewaktu bertugas di Pejabat Daerah Kota Setar. Waktu itu YB Dato' Hjh Sepiah berjawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pembangunan) dan saya pula bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pembangunan). Banyak cabaran sewaktu saya bersama beliau bertugas di Pejabat Daerah Kota Setar. Pernah satu ketka Kerajaan Persekutuan beri peruntukan  lebih dari RM21 juta untuk melaksanakan projek 'Pre-Emptive' iaitu pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar yang melibatkan 3 kawasan parlimen. Dulu dekat2 nak pilihanraya memang banyak peruntukan turun. Dengan segala kekurangan pegawai  teknikal yang ada serta kewangan yang terhad, akhirnya berjaya juga dilaksanakan dengan sempurnya... Pada waktu itu juga YB Dato' Hjh Sepiah sedang menjalani rawatan penyakit yang agak kronik juga waktu itu.. Walau bagaimanapun segalanya berjalan lancar dan selesai menepati waktu yang ditetapkan.. Itulah antara pengalaman-pengalaman saya bersama YB Dato' Sepiah.

YB Dato' Hj. Bakar Din telah dilantik sebagai  Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baru. Tahniah saya ucapkan kepada beliau yang telah berjaya menyandang jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri Kedah. Beliau memang berpotensi besar. Sejak awal lagi saya boleh menjangkakan yang beliau pasti akan jadi SUK suatu hari nanti dengan  melihat cara beliau bekerja, sifat amanahnya, ketelitiannya, pergaulannya dan memiliki kelayakan akademik yang tinggi. Beliau juga merupakan lepasan dari Sekolah Menengah Dato Syed Omar, Alor Setar..  Jadi tahniah kepada SMDSO kerana 2 orang pegawai paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kedah adalah murid didikan SMDSO.

Saya pernah bertugas bersama YB Dato Hj Bakar Din  ketika beliau menjawat jawatan Pegawai Daerah Langkawi dan saya pula bertugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi (Pembangunan). Memang senang sekali bertugas dibawah beliau. Sayapun jarang sangat bersemuka dengannya waktu kerja kecuali bila ada keperluan.  Apa yang penting buat kerja yang dipertangungjawabkan. Beliau menanam kepercayaan yang tinggi kepada saya dan sebab itu saya mudah untuk bekerja dengannya. Prinsip saya mudah sahaja, kalau orang sudah menanam kepercayaan kepada kita, maka kita kenalah laksanakan tanggungjawab yang ada itu dengan baik. Jangan  kita  hancurkan kepercayaan itu dengan membuat perkara-perkara yang boleh merosakkan kepercayaan orang kepada kita.

Semasa di Langkawi inilah saya beersama Dato Hj Bakar terlibat dalam pilihanraya umum ke 12 (Mac 2008)  dimana keputusan keseluruhan pilihanraya tersebut menyebabkan Kerajaan Negeri yang sejak merdeka ditunjangi oleh Barisan Nasional jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat walaupun diperingkat Persekutuan masih kekal pada Barisan Nasional .. Jadi bayangkanlah , segala perancangan dan pembangunan yang diatur kena diselaraskan balik untuk disesuaikan dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ni..

Keduanya semasa beliau bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri, saya bertugas sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah.. Saya  dah tahu style beliau cuma kali ini jawatan beliau lebih tinggi dan lebih berkuasa.. Jadi saya kena pandai-pandai bawa diri. Tapi saya tidak lama bersama beliau di Pejabat Kewangan Negeri, hinggalah saya ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Dulu saya kerap mengikuti aktiviti KCS senior pi camping dalam hutan.. antara  tempat yang pernah pergi ialah di Empangan Nami, Empangan Pedu, Datai (Waktu Datai Langkawi tak ada jalan masuk lagi. Kena pi melalui laut) dll lagi. Dato Bakar ni adalah salah seorang ahli tetap dalam group camping ni.. macam saya juga.. pi ikut saja. Orang lain keluar pi memburu rusa, pelandok atau kijang. Kami dok kat khemah sahaja. Tugas yang diberi pada Dato Bakar ini ialah sebagai tukang masak. Dan memangpun dia pandai bab-bab tu..  la ni tak tau lah.. kat rumah tu dia dok masak tak..  Datin tak pernah cerita lagi la kat saya... Saya ni pi tumpang bagi ramai sahaja.. dan kadang main peranan  buat bising halau kijang/rusa pi ke suatu sudut untuk mudah ditembak oleh mereka yang ada senapang. Antara KCS pencen yang selalu join ialah Aruah Dato Abdul Rahman, Aruah Pak Lang Dato Rahman, Tuan Mihat Shaari, Dato' Hj Hashim Ahmad (Pak Long), Dato' Mat Rejab  dll lagi. La ni dah tak ada macam tu lagi.. La ni hiboran cara lain..

Kedah memang hebat hari ini kerana pasangan kepada YB Dato' Bakar Din ini juga bukan calang-calang orang. Isterinya orang kuat Kementerian Pelajaran. Beliau ialah Datin Hjh Azuyah bt Hassan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Memang hebat kan.. Datin Hjh Azuyah ni rakan Facebook saya yang aktif dan selalu juga mengikuti catatan-catatan dalam blog saya  Saya juga kagum dengan pendekatan mesra Pengarah Pelajaran Kedah ini, dan semoga Kedah akan kembali menonjol dalam pendidikan dan pelajaran dengan memberikan keputusan-keputusan  yang lebih cemerlang lagi dalam setiap peperiksaan ... Mungkin SPM yang sedang diambil oleh pelajar-pelajar sekarang ini akan membuahkan sesuatu yang terbaik kepada negeri Kedah.. Kita tunggu dan lihat keputusannya tahun depan.

Oklah.. rasanya cukuplah catatan ringkas saya kali ini.. hari dah lewat malam ni..  matapun sudah letih.. sekarang ni tak boleh nak menaip dan merenung komputer lama-lama.. mata sudah lesu dan letih serta sakit...  Jadi biar saja saya berhenti kat sini dulu dan perlu tidor untuk merehatkan otak dan mata saya ni serta juga jari-jari yang sudah banyak bekerja menggodam punat-punat keyboard ini. Catatan panjang dgn segala sampah sarap  bualan yang terkandung didalamnya ini akan saya postkan sekarang ini.. Malas sudah nak semak balik, mungkin akan ada ayat-ayat dan bahasa yang celaru-celaru sikit.. Apa-apapun boleh faham kira ok la.

.. Terima kasih kerana membaca sampai habis catatan saya ni..... Bye

Asri Redha..............................
1.15 pagi .. Khamis 05 Nov.15
TeratakKasih...........................



7 comments:

  1. Tahniah atas perlantikan YB Dato sebagai SUK Kedah yg batu.

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas perlantikan YB Dato sebagai SUK Kedah yg batu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada kedua-dua YB Dato.
    Juga tahniah atas nukilan Tn Hj Asri.

    ReplyDelete
  4. "tentu ada sesuatu yang unik juga kat SMDSO ni......kena kaji ni." saya tertarik hati dgn ungkapan Tn Haji ni.Kaji jgn tak kaji...saya setuju sangat sebab banyak sekolah ternama di kedah seperti Sek.Sultanah Asma, Kolej Sultan Abd.Hamid, concent, sek. Sultan Badlishah, Sek.Sultan Abdul Halim, Sek. Sultan Muhamad Jiwa dan lain-lain.Kita tunggu saja la..sabaq nooo...mungkin tuan Haji akan dapat jawapannya nanti.

    ReplyDelete