BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Sunday, January 25, 2015

MISI KCS PRIHATIN...

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 25 Januari 2015


Assalaamualaikum WrT.. Buat sahabat-sahabat semua dan selamat sejahtera.. Saya mendoakan semuanya sentiasa dalam peliharaan Allah SWT..

Malam ada masa sikit.. fasal dok kat wad .. nak pi check sakit kulit kepala saja tp akhirnya Doktor suruh masuk wad utk pemerhatian mereka dan periksa lanjut dgn ujian darah dan buat CT scan.. Bagus juga dR suruh masuk wad .. boleh juga saya claim insurance. Kalu tidak dekat2 RM1K juga tu... Hospital Swasta la ni charge gila2 juga... tp dah perlu juga..terima saja berapa yg ditetapkan..  Jd mlm ni boring juga x dak apa nak buat... baik saya menulis... nak lena pun tak boleh pesakit sebelah dok bunyi pelik sgt.. lelah kut.. dgn saya2 naik penat dengar..


Rasanya saya nak cerita fasal banjir di negeri2 Pantai Timor baru2 ni dan pengalaman saya menyertai misi bantuan berssma Persatuan KCS.

Jadi tak lupa juga simpati yang tidak  terhingga kepada semua mangsa banjir yang terjejas terok kehidupan mereka  diseluruh negara.. Semoga mereka diberi kekuatan tenaga dan mental dalam menghadapi dugaan Allah SWT yang tidak terduga ini.. Kejadian banjir kali ini amat luar biasa sekali.. Banjir bukan sekadar banjir   tapi ia membawa kebinasaan yang memeritkan pada yang menerimanya...

Selama ini saya biasa saja bila mendengar perkataan banjir ini.. mungkin sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim tengkujuh Kelantan pasti dilanda banjar. Rakyat Kelantan pun seperti sudah bersedia untuk menunggu banjir datang.. Begitu juga bila kedengaran banjir ditempat lain... Di Kedah pun biasa juga berlaku banjir besar. Pengalaman menguruskan operasi bantuan banjir pernah saya hadapi sewaktu saya bertugas di Pejabat Daerah Kubang Pasu. Berlaku banjir yang amat besar dan luar biasa pada waktu itu.. sesuatu yang amat tidak terjangka menyebabkan jutaan RM juga segala peralatan dan infrastruktur musnah disebabkan kita tidak bersedia menghadapi situasi banjir yang diluar kebiasaan.

Kalau hendak menyertai misi seperti 
ini keselesaan kenalah diketepikan..

Kali ini sebahagian besar negeri Pantai Timor telah dilanda banjir besar dan banjir lumpur lagi. Kenaikan paras airnya bukan paras biasa lagi tapi kenaikan airnya sampai tingkat 2 bangunan sekolah dan ada sampai apus bumbung rumah.. Bayangkanlah kalau jadi macam tu .. kemana lagi nak lari menyelamatkan diri.. ada yang menyelamatkan diri ke bukit yang berdekatan seperti kata seorang penduduk kampong disitu.. Sebab itu banjir kali ini membawa kerosakan yang amat besar... Pada awal banjir , saya tak terasa sangat .. tapi bila banjir surut dan hujan sudah kurang, berdasarkan pemaparan kejadian dalam akhbar dan media elektronik dan dalam internet lagi ternampak suasana amat kelam kabut dan menggerunkan sekali. Namun itu tidak beri kesan besar lagi kalau tidak pergi tengok sendiri.

Sebab itu bila Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah membuat perancangan Misi KCS Prihatin Pasca Banjir .. Saya tidak ragu- ragu untuk menawarkan diri untuk sama-sama pergi menyumbangkan tenaga dan apa yang patut untuk membantu mangsa-mangsa banjir disana. Saya menyedari pergi ke sana dalam waktu sebegini, semestinya keadaan akan menjadi amat tidak selesa. Saya menyedari hal ini .. tidor belum tentu dimana, nak mandi belum tentu boleh atau tidak. Nak makan pun jangan harap nak makan kat restoran enak2.  Ini bukan nak pergi makan angin, relaks2 dan hibur-hibur. Tapi saya adalah anak kampong.. masih lagi dengan gaya orang kampong yang hidup seadanya, walaupun sekarang sudah bekerja dan mempunyai sekadar yang ada untuk meneruskan kehidupan. Jadi tidak ada masalah untuk semua itu. Yang penting saya kena pi dan mesti pergi tengok dan merasai sendiri suasana dan keperitan penduduk disana menghadapi situasi-situasi genting seperti ini. Niat ikhlas adalah untuk membantu sekadar keupayaan yang ada .

Misi Prihatin Pasca Banjir PTN telah memilih sebuah daerah yang agak terpencil untuk dilaksanakan misi ini. Tempat tersebut ialah di Dabong. Sebuah daerah yang boleh dikatakan  kawasan luar bandar tapi ia ada semua kemudahan seperti jabatan-jabatan kerajaan, ada Majlis Daerahnya sendiri iaitu Majlis Daerah Dabong, ada sekolah menengah dan rendah , ada stesen keretapi lagi , Pusat Kesihatan ,  kawasan perumahan yang sederhana, ada masjid yang cantik , ada pekan kecil dan sebagainya. Pendek kata segalanya lengkap. Dari Pekan Jeli ke Pekan Dabong ini agak jauh juga lebih kurang 60 km. Dari maklumat awal yang diperolehi Pekan ini telah menghadapi kemusnahan yang agak terok juga.. Begitu lah yang saya dengar... Tak boleh nak bayang lagi yang kata terok tu lagu mana...  Pekan ini pun tak pernah saya sampai lagi.. Maklumat yang saya dapat Dabong ialah pekan kecil di Daerah Kuala Krai. Letak lebih kurang 155 km dari Kota Baharu. Sekeliling pekan ini dikeliling oleh Bukit. Dan ada sebuah Gunung yang menjadi tarikan pelancong juga iaitu Gunung Stong.  Sungai yang melalui Dabong ialah Sg Galas.

Dengan kekuatan anggota lebih kurang 50 orang anggota sukarelawan (terdiri 10 KCS, kakitangan dari E Idaman, Pejabat Tanah Kota Setar, Pejabat Tanah Baling, Pejabat Daerah Kubang Pasu, Majlis Daerah Kulim, MBAS, MPSPK , Wisma DA dan  orang perseorangan)  dan beberapa buah kenderaan pacuan 4 roda serta lori tangki air dan lori membawa peralatan mencuci  dan barang2 keperluan harian untuk diedarkan pada mangsa yang terlibat maka bertolaklah kami ke Dabong. Pelepasan disempurnakan oleh YB Dato Suraya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.

Sebenarnya untuk sampai ke Dabong inipun team misi bantuan  ini sudah mengharungi cabaran-cabaran yang agak getir juga. Ini semua merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi bagi kerja-kerja sukarela seperti ini. Tapi kegigihan semua anggota telah memungkinkan misi KCS Prihatin Pasca Banjir ini mencapai tujuannya.

Sejak awal lagi team saya ini diduga dengan kenderaan membawa peralatan dan barangan bantuan tersekat di jalan raya.. Lori berkenaan terlajak masuk ke tepi jalan yang tanahnya agak lembut. Tersilap jalan pula jauh lebih kurang 60 km.. Kena patah balik... macam-macam jadi.. tapi ianya berjaya diselesaikan. Bila niat kita baik, Allah permudahkan masalah yang kita hadapi. Ada hamba Allah yang sudi membantu secara sukarela untuk menarik lori yang terbenam dalam tanah lembut itu. Kalau tidak ada lori treler tersebut, tak tau la macam mana nak buat. Lori yang terbenam penuh dengan muatan makanan dan peralatan mencuci. Memang berat... Saya amat terharu dengan pemandu lori treler tersebut yang bersusah payah dalam hujan lebat pula untuk menarik lori kami yang tersangkut tanpa apa-apa balasan...

Sepanjang perjalanan dari Gerik ke Jeli dan terus ke Dabong memang amat mencabar kerana terdapat lebih kurang 10 runtuhan tanah ditebing jalan dan dari atas bukit.. Ada setengah tempat baru sahaja diperbaiki dan strukturnya pun rasanya tidak begitu kuat... Bila-bila masa sahaja tanah tersebut boleh runtuh kebawah gaung atau tanah runtuh dari bukit ditepi jalan... memang amat merbahaya terpaksa berhati-hati dan berserahlah kepada Allah SWT agar janganlah berlaku sesuatu yang tidak baik kepada rombongan kami ini... Akhirnya sampai juga ke Dabong. 

Sepanjang perjalanan berpuluh-puluh kenderaan pacuan 4 roda dan lori-lori dari pelbagai organisasi dan orang orang persendirian yang silih datang dan pergi dengan membawa bendera negeri-negeri dan organisasi.. Menunjuk kata memang ramai orang yang pergi silih berganti untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timor itu. Keprihatinan orang-orang kita memang benar-benar tinggi sekali. Walaupun bencana berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Perak, dan Pahang tapi negeri yang tidak kena bencana pun terasa kesannya.. Saya perhatikan pelbagai organisasi awam dan sukarela   dari Kedah datang dan pergi ke Pantai Timor melaksanakan misi bantuan ini. Saya dapat melihat sendiri didepan mata begitu ramai sukarelawan terdiri pelajar2 sekolah, mahasiswa, pelajar kolej dan staf universiti, badan NGO sert pelbagai agensi kerajaan dan swasta begitu bersemangat turun padang membantu mangsa banjir ini.Kerjasama dan penglibatan mereka begitu terserlah. Datang dari segenap cerok rantau tanpa mengharapkan apa2 elaun, habuan dan pujian. Keikhlasan mereka membantu amat terserlah. Ada yang sanggup mengeluarkan duit poket sendiri dengan membelikan pelbagai barang keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir. Begitu juga kegigihan mereka termasuk anak buah yang ikut sertai misi ini membersihkan sekolah, rumah mangsa, masjid dan sebagainya tanpa apa-apa habuan. Belemoih habis depa ni. Bersama group kami ini ada juga orang perseorangan yang menggunakan beberapa kereta pacuan 4 roda sendiri dengan membawa penuh barang keperluan untuk mangsa banjir tanpa disuruh oleh sesiapa.   Sudah tentu mereka berusaha cari sumbangan dan juga sumbangan sendiri. Amat jelas sekali masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sanggup dan sudi mengorbankan masa, tenaga dan harta benda untuk membantu mangsa yang memerlukan.  Syabas saya ucapkan pada para sukarelawan yang bersusah payah tampil tanpa dipaksa untuk sama-sama membantu apa yang perlu di negeri-negeri yang dilanda banjir kuning itu. Betapa pemurahnya rakyat Malaysia bila menghadapi saat-saat seperti ini...

Sampai di Dabong.. kemana hendak hendak menginap pula sepanjang 2 malam disini.. Perancangan awal adalah menginap di Sek. Men Dabong.. Rupanya kami mendapat maklumat yang tidak tepat kerana bila sampai ke Sekolah itu , sekolah tersebut juga terkena banjir . Ketinggian aras air waktu kemuncak ialah 2 tingkat bangunan sekolah itu.. Jadi segalanya disini tinggal bergelimpangan dengan lumpur sedalam satu atau 2 kaki. Nak masuk pun tidak boleh.. kerosakan pun terok sekali. Terkejut kami melihatnya. Jadi jangan harap la nak dapat tandas yang elok dan ada air. Elektrik pun tidak ada lagi...  Terpa pula ke sebuah sekolah lagi yang agak jauh juga duduknya, tapi yang ini comfirm tidak kena banjir kerana tinggi sikit letaknya.. Bila sampai ada berpuluh-puluh kenderaan dan bas serta lori dari negeri Terengganu berkumpul kat situ.. Saya difahamkan lebihkurang 900 orang dari Terengganu yang berkampong di sekolah ini untuk melaksanakan misi bantuan sepertimana kami juga... rombongan kami tiada pilihan melainkan ambil keputusan duduk juga selit-selit kat bilik mana yang ada. Yang lelaki, terpulanglah nak duduk dimana. Ada yang pasang khemah terbuka kat luar dan tidur disitu ditemani nyamuk-nyamuk yang sentiasa laparkan darah manusia... Harap-harap depa tu ada ketahanan fizikal.

Saya dan beberapa orang sukarelawan ambil keputusan pergi tidor di Masjid yang berdekatan nama Masjid Jelawar. Masjid ini juga ditenggelami air sebelum ini, tapi sudah dibersihkan awal oleh penduduk tempatan dan sukarelwan yang datang. Jadi tidurlah kami di Masjid ini ... Bukan senang tau nak tidur dalam masjid dan niat berikhtikaf lagi..  boleh bersembahyang jemaah lagi serta dengar tazkirah subuh.. Jadi ada kebaikan amat besar bila saya bersama para sukarelawan lain datang ke sini. Kalau biasa-biasa kita tidak akan tidor atau berada dalam masjid sepanjang malam. Jadi segala kesukaran yang dihadapi dilupakan begitu sahaja. Terima seadanya...
kenderaan akan lalui  diatas tu.. 
nampak tak tanah merah tu bekas
runtuhan .. tak stabil lagi.. memang
bahaya. Di bawah itu gaung yang 
amat dalam....


Memang ramai para sukarelawan yang datang dari segenap pelusuk tempat dan pelbagai pertubuhan yang datang menginap disini . Sempat juga saya berkenalan dengan mereka. Jadi kesusahan dan kesukaran yang para sukarelawan hadapi disini , dilihat dan diterima secara positif.. Memang sukar menginap  disini kerana bekalan  air paip yang sekejap ada sekejap tidak ada, nak guna tandas pun kena bergilir-gilir tunggu, tidor berlantaikan kain sejadah saja, bantal pun tidak ada.. nyamok pun bermaharajalela, nak makan lagi.. ikut apa yang ada saja. Telan roti planta dengan air mineral pun kira ok la tu.. Jadi bagi yang tidak biasa dengan suasana seperti ini tentunya terasa amat sangat ketidakselesaannya. Mungkin ada yang serik dah untuk datang lagi.. Selepas itu nak kena bergelumang dengan lumpur atau kelebor bila buat kerja-kerja pembersihan dan  pemindahan/ pemunggahan.  Kalau setakat nak mai tengok-tengok dan ronda-ronda sahaja tak payah datang. Sebab itu bukan semua orang mampu untuk melakukan kerja-kerja sukarela seperti ini.

Pasukan Misi Bantuan KCS Prihatin telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan kesan-kesan banjir di Kompleks Majlis Daerah Dabong (MDD) dan juga mengagihkan bantuan-bantuan yang dibawa kepada penduduk yang terjejas banjir di kampung-kampung sekitar Dabong. Banyak juga barang-barang keperluan harian yang dibawa oleh kumpulan KCS ini hasil dari sumbangan pelbagai pihak yang prihatin di Kedah ini selain sumbangan dari Persatuan Pegawai Tadbir Negeri sendiri. Saya hanya mengetuai group untuk mencuci dan membersihkan kompleks Majlis Daerah Dabong dan satu group lagi melaksanakan pengagihan barang-barang keperluan harian untuk mangsa-mangsa banjir  disekitar kampong-kampong yang berdekatan Dabong ini.

segala fail dan dokumen yang basah dan 
berlumpur pula.. rasanya tak boleh baca
dan basah habis.....
Apabila saja kami sampai ke kompleks bangunan Majlis Daerah Dabong, terpaku saya melihatnya.. Betulkah ini pejabat Majlis Daerah Dabong..Hanya tinggal bangunan sahaja. Segala isi kandungannya hancur musnah semuanya dan  dalam bangunannya pula penuh dengan lumpur tebal.  Banjir dikatakan sampai ke dinding lebih kurang 8 kaki tingginya hampir sampai siling. Tak ada apa yang boleh diselamatkan..
Mewakili Persatuan KCS
menyerahkan mesin  peralatan

mencuci Majlis Daerah Dabong..

Tak ada apa yang tinggal pada

MDD.. Mesin jengkaut belakang

tupun tenggelam.....
Segala peralatan kerja seperti komputer, mesin photostat, mesin taip, printer, server, lori, kenderaan penumpang, kerusi meja, almari dan lain-lain lagi telah musnah semuanya. Kalau boleh pakai balik pun tak banyak mana. Kenderaan pula sudah tentu kena dioverhaul sepenuhnya dan tentu kosnya tinggi.  Saya lihat segala dokumen dan fail-fail semuanya basah dan penuh dengan lumpur. Tak boleh nak dibaca lagi. Apatah lagi rekod-rekod cukai pintu itu juga musnah bersama dengan server komputernya sekali.. Tak tahu la saya samada ada dibuat backup ditempat lain atau tidak.. Begitu juga buku-buku servis mereka itu macam mana agaknya.. bila banjir menenggelamkan bangunannya sampai ke bumbung.

Nampak elok banyak tu setelah dibersih
kan oleh team KCS .... Suasana bhg dalam 
bangunan Majlis Daerah Dabong..
Saya tak dapat nak bayangkan macam mana nanti anggota kerja MDD yang jumlahnya lebih kurang 55 orang itu hendak memulakan operasi balik... tak mampu nak fikir lagi macam mana nak buat.... terasa 4 atau 5 bulan lagi nak datang balik nak tengok perjalanan operasi mereka jadi macam mana...

Peralatan komputer dan lain2
rosak semuanya..
Misi kami adalah untuk membersihkan bangunan MDD.. maka dengan kekuatan yang ada kami hanya sekadar memunggah keluar barang-barang yang rosak dalam bangunan ke luar dan membersihkan bahagian dalaman bangunan ini. Itu sahaja yang mampu kami lakukan. Tidak dapat membersihkan sepenuhnya.. Sebab itu tidak tergamak rasanya hendak dibawa balik jentera pam penyembur air bertekanan tinggi apabila misi kami berakhir. Akhirnya persetujuan dicapai kedua-dua mesin tersebut Persatuan KCS wakafkan kepada MDD untuk diteruskan kerja-kerja pembersihan dokumen dan peralatan yang boleh digunakan lagi oleh kakitangan MDD itu sendiri. Mereka sendiri tidak ada apa lagi..

sukarelawan dari Johor sedang
membersihkan klinik kesihatan
di Dabong... Saya lihat sama 
macam Majlis Daerah Dabong
Segala peralatan klinik musnah
semuanya..... Hanya bersihkan
rumah sahaja dari lumpur yg
begitu banyak.
Disekeliling Kompleks Majlis Daerah Dabong ada perumahan biasa lebih kurang 400 rumah, ada masjid, ada Sekolah Menengah dan Rendah, ada Kelinik Kesihatan, ada stesen keretapi Dabong  dan lain-lain kemudahan awam. Kalau tengok pada gambar-gambar sebelum banjir,  persekitaran kawasan ini memang menarik, cantik dan tersusun elok.. Tapi banjir besar ini telah menenggelamkan lebih kurang 90 peratus kawasan yang ada. Habis musnah sebahagian besar bangunan, dan peralatan-peralatan rumah yang ada.. Kawasan ini nampak seperti padang jarak padang terkukur. Walaupun  bangunan masih ada tapi keseluruhannya telah dimasuki oleh lumpur-lumpur yang tebal-tebal belaka dan mengambil masa untuk membersihkannya. Bekalan air paip pula belum betul-betul berjalan elok lagi.

Saya sempat juga meronda-ronda disekitar pekan kecil ini dengan berjalan kaki melalui kawasan perumahan, kawasan sekolah, kawasan stesen keretapi dan pekan
bila la nak boleh berniaga balik.......
kecilnya... semuanya kena bahana banjir kuning ini... kelihatan anggota isi rumah sibok membersihkan peralatan-peralatan rumah yang boleh digunakan.. tapi saya lihat dalam rumah lumpur tebal masih lagi ada.. memang mengambil masa untuk membuang lumpur tersebut kerana tebal. Kelihatan ramai para sukarelawan dari serata tempat sedang membersihkan beberapa kompleks awam seperti klinik , sekolah menengah dan sekolah rendah.. Tapi saya rasa dengan kudrat yang ada itu, untuk membuang lumpur yang ada itupun satu kerja yang amat berat.. mungkin mengambil masa untuk membuangnya.. Malahan stesen keretapi Dabong seperti sudah lama ditinggalkan sedangkan sebelum ini cantik tempat. berpuluh gerabak keretapi dan 3 enjin keretapi rosak ditenggelami air berlumpur.. Memang menyedihkan bila meninjau sekitar kawasan ini..

Suasana dalam gerabak penumpang keretapi
yang tersadai di stesen keretapi Dabong
Sikit punya mewah tempat tidor ini dulunya
Sekarang hancur lebor .. kena buat baru....
Sebab itu KTM dah umum kerugiannya Ratusan 
Juta RM juga termasuk jambatan dan infrs
landasan dan stesen yang rosak terok..
Itulah yang saya dapat gambarkan suasana disitu. Pelbagai perasaan datang melanda
lihatlah stesen KTM Dabong sblm banjir
(sblh kanan) .. cantik kan.. banding dgn
selepas banjir tempohari...
bila melihat suasana disitu apatah lagi bila melihat penduduknya tenang sahaja menerima nasib yang menimpa mereka. Sayu, sedih, kasihan, pilu dan sebagainya.. itu yang dirasakan.. Tak boleh nak bayangkan jika saya sendiri berada disitu... bagaimana rasanya.. Bagaimana hendak memulakan hidup baru.. bagaimana hendak beroperasi semula jabatan-jabatan yang ada disitu terutama Majlis Daerah Dabong yang musnah segala peralatan pejabat dan dokumen yang ada.. Bangunan yang indah dan cantik landskapnya jadi sebaliknya.. Adakah mampu kerajaan negeri membantunya.. tak taulah.. sebab Kerajaan Negeri melihat keseluruhannya. Bukan pejabat ini sahaja yang rosak , pejabat-pejabat negeri ditempat lainpun banyak yang rosak disamping infrastruktur awam yang rosak terok dan memerlukan pembaikan segera seperti jalan, jambatan, bekalan air.

Banjir kali ini dikatakan paling dahsyat dalam sejarah negara kita. Begitulah hebatnyaa ujian Allah SWT kepada hambanya yang mungkin rakus memusuhi alam sekitar dan juga mungkin tidak mengambil berat ajaran-ajaran Allah SWT.. Isu alam sekitar mungkin dilihat secara nyata, tapi isu kemanusiaan isu 
hukum hakam Allah SWT yang tidak diambil berat juga kena diambil kira ..... tidak semestinya berlaku di Kelantan atau Terengganu sahaja.. Mana-mana tempat boleh terjadi banjir besar ini.... Jadi kita kena beringat-ingatlah perkara tersebut agar kita tidak lagi mengengkari akan suruhan-suruhan Allah SWT dan menjauhi larangannya.

Antara tempat diagihkan barang-barang
keperluan harian untuk mangsa-mangsa
banjir di Dabong seperti pakaian, beras
minyak masak, tepong, gula, dapor gas
susu, barangan bayi dan sebagainya.
Bila melihat mereka ini, teringat saya kita di Kedah ini.. Sesusah-susah kita disini, seratus kali lebih susah mereka.. itulah perbandingannya. Sebab itu kalau kita tidak cukup kenderaan pun, kita masih lagi boleh beroperasi, tidak cukup kakitanganpun kita masih lagi boleh beroperasi jika diuruskan sumber manusia semaksima mungkin. Kalau nak 'complain' fasal jalan berlopak sikit-sikit, longkang tersumbat sikit-sikit, air tak cukup laju , dan sebagainya patut padanlah 'complain' kita itu. Jangan anggap sampai orang lain atau jabatan lain tak ambil kisah  langsung fasal masalah kita. Kalau di tempat banjir ini, tak taulah sapa yang nak ambil tahu pada mereka. masing-masing sibuk dengan masalah masing-masing. Peruntukan pun tidak banyak.. Kalau di Kelantan saya yakin kerajaan negeri tidak mampu untuk membantu 100 peratus dengan sumber kewangan yang terhad , negeri pembangkang pula. Nak minta kerajaan persekutuan bantu prinsip kena dilonggarkan juga.. jadi macam-macam masalah yang dihadapi..

Pintu masuk Sek Men Keb Dabong ...
tengoklah keadaannya.. jln tar pun
dah hilang oleh timbunan kelebor 
asrama disebelahnya tu sudah rosak 
sepenohnya
Memang tidak dapat dinafikan keprihatinan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan amat tinggi.. Saya kira dalam tempoh beberapa hari sahaja isu banjir ini melanda negeri Pantai Timor sudah berjuta RM dapat dikutip oleh pelbagai agensi, pertubuhan dan orang perseorangan. Persoalannya bagaimanakah agihan bantuan itu dibuat. Apabila sendiri-sendiri yang menguruskan bantuan maka akan terjadilah ada tempat yang kurang
Suasana dikawasan Taman Perumahan yg ada
berdekatan ... dah jadi haru biru.. 

semua rumah disitu macam tu lah situasinya

berlonggok-longgok barang yang rosak 

diletakkan diluar rumah.. 
mendapat bantuan dan ada tempat terlebih banyak bantuan. Dabong adalah salah satu tempat yang agak ketinggalan dari segi bantuan yang diterima pada peringkat awal. Ini adalah kerana ia terletak agak ke pendalaman sikit berbanding lain-lain tempat yang sentiasa difokuskan oleh media-media.

Memang sudah ada cadangan supaya operasi memberi bantuan kemanusiaan ini diselaraskan diperingkat negeri supaya agihan bantuan lebih saksama dan rekod mangsa-mangsa banjir lebih lengkap dan benar. Dalam waktu-waktu banjir seperti ini akan ada orang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri seperti kutipan bantuan yang tidak sampai kepada mangsa.. Yang bukan mangsa banjir pun ada mengaku mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh Kerajaaan dan NGO. Jadi  wajar sangatlah diselaraskan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri dengan segera.

Oklah.. saya rasa panjang juga cerita fasal Misi KCS Prihatin Pasca Banjir di Negeri Kelantan. Hanya itu sedikit sahaja sumbangan yang Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah boleh berikan kepada mangsa. Kalau semua pakat sumbang seorang sikit , ianya akan jadi banyak juga. Begitulah hidup kita didunia, kena berpakat dan bersatu hati, susah sama dideritai, senang sama dinikmati.. barulah hidup didunia aman sejahtera....

Kalau ada lagi misi spt ini nak buat lagi. .. terasa nak pi lagi... mereka disana masih perlukan bantuan kita semua untuk memulakan hidup baru mereka ....

Wassalam





No comments:

Post a Comment