Catatan: Mohd Asri Redha
9 Julai 2011 adalah satu tarikh yang dinanti-nanti oleh semua rakyat Malaysia... Jadi atau tidak jadi perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (BERSIH) yang mana ketua penganjurnya ialah Ambiga Sreenavasan. Kenapa hendak berhimpun ialah kerana untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang DiPertuan Agung untuk meminta supaya pilihanraya diadakan secara adil, bersih dan nutral dan nak suruh SPR ikut 100 peratus laksana cadangan dan kehendak mereka.
Saya tidak mahu ulas sangat fasal perarakan dan perhimpunan ini.. namun kalau berlaku juga rasanya boleh huru hara jadinya kerana manusia kalau dah semangat terlalu lebih.. dia pergi kearah keganasan dan tidak heran sapa.... nak kawal sudah tidak boleh lagi... 'jenuh' lah pasukan keselamatan nak jaga.. kesan ekonomi akan lebih hebat lagi apabila berlaku kacau bilau dalam negara... kita akan rugi berbillion RM kalau pelabur takut.. pelancong tidak mahu datang melawat Malaysia, pengangguran akan meningkat, peniaga rugi besar, hasil cukai akan berkurangan, pegawai kerajaan macam saya nipun jangan harap nak dapat kenaikan gaji dan elaun-elaun yang dinikmati sekarang ini kalau ekonomi merudum.. fikir-fikirlah.
Tak fasa-fasal.. negara kita duduk dalam aman damai.. tiba-tiba begini jadinya... apalah nak jadi kita ni semua... sengaja cari penyakit..duduk senang lenang dah jadi tidak senang lenang lagi.. barulah waktu tu nak meratap merayu.. tapi sudah tidak guna lagi.. bila ekonomi sudah rosak terok.. nak membaikinya tidak semudah yang disangka.
Saya cuba cari dalam majalah dan akhbar .. kalau-kalau ada coretan dan pengalaman orang yang menguruskan pilihanraya secara langsung... rasanya tidak jumpapun... yang ada ialah pegawai-pegawai kanan SPR bertungkus lumus dok jawab tohmahan dan kritikan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan sudah tentulah BERSIH lagilah hebat sampaikan nak buat perhimpunan besar-besaran dijalanan. Ditambah pula dengan sokongan pelbagai parti-parti politik.... minta simpanglah jangan jadi perhimpunan itu. Jadi saya cubalah coretkan sedikit pengalaman saya yang menguruskan pilihanraya .
Saya cuba nak 'kerosek' betulkah selama ni SPR dalam menguruskan pilihanraya ada agenda tersembunyi seperti untuk mengekalkan parti pemerentah yang sedang memerentah sekarang ini. ... khususnya Barisan Nasional. Saya cuba cerita balik berasaskan pengalaman saya sendiri yang telah bertugas sebagai pegawai kerajaan selama lebih 25 tahun.
Selama lebih 25 tahun saya bekerja sebagai pegawai KCS di negeri Kedah yang tercinta ini rasanya saya terlibat secara langsung sebagai pegawai yang menguruskan proses pilihanraya diperingkat akar umbi setiap kali pilihanraya. Saya pernah jadi Penolong Pegawai Pengurus (PPP) di Kuala Muda, Kubang Pasu, Kota Setar, Langkawi dan Jerlun. Ini kerana kerja saya diperingkat daerah membolehkan saya dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya.. samada terlibat dalam pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Inilah untungnya jadi pegawai KCS kerana banyak pengalaman boleh kita raih sepanjang kerjaya kita bukan setakat kerja hakiki kita saja... kita boleh menguruskan bencana alam, menguruskan bancian penduduk, merancang dan melaksanakan projek pembangunan, menguruskan tunjuk perasaan, protokol dan sebagainya..
Setiap kali diumumkan PRU maka saya macam kebetulan pula telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus bagi menguruskan proses pengundian dikawasan Parlimen atau DUN yang ditetapkan. Maka bermulalah tugas saya sebagai PPP yang mengambil masa yang banyak hingga kadang-kadang terpaksa mengabaikan tugas hakiki saya semata-mata bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur, telus, dan boleh diyakini oleh semua pihak. Pada waktu ini saya dianggap sebagai kakitangan atau petugas SPR. Apa yang saya nak ceritakan disini.. sepanjang 5 kali pilihanraya yang saya terlibat secara langsung sebagai PPP dan 2 kali pilihanraya kecil... tidak pernah terdengar dan terbisik sikitpun dalam taklimat-taklimat yang diberikan oleh Pegawai Kanan SPR kepada PPP dan Pegawai Pengurus (PP) kata-kata yang seolah-olah minta PP dan PPP buatlah apa-apapun bagi BN menang. Mereka memang bertindak secara profesional. Saya tidak hendak komen tentang sistem dan dasar yang dilaksanakan kerana itu diluar bidang pengetahuan saya. Cuma saya hanya melaksanakan proses pengundian .. itu sahaja dan rasanya sistem yang kita buat ini adalah yang terbaik dan setiap kali PRU akan ada perubahan dan pembaharuan yang dibuat berasaskan komen dan pandangan pelbagai pihak termasuk parti-parti yang bergiat cergas di Malaysia ini.... Maknanya sistem yang ada bukan 'rigid' sentiasa ada pembaikan dan perubahan sesuai dengan perubahan masa dan teknologi . Sebab itu saya rasa kalau nak minta semua PP dan PPP ikut telunjuk mana-mana parti tertentu rasanya tidak betul kut... bukan senang nak buat itu semua lagipun PPP dan PP bukan kakitangan tetap SPR.. Dan bukan amalan SPR selama ini melantik pegawai tetap SPR sebagai PP atau PPR. Mereka hanya tengok dan pantau apa yang PP dan PPP buat sahaja.. dan mereka tidak akan campurtangan dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh PP. Ini saya perhatikan selama menjadi PPP dan tidak ada satu mesyuarat sulit atau mesyuarat khas yang dibuat antara SPR dengan PP dan PPP untuk bincang macam mana nak bagi BN menang. Semua mesyuarat dibuat adalah telus dan terbuka... semua orang boleh ambil tahu.
Kalau berlaku perkara diluar kebiasaan sistem yang ditetapkan , itu bukan sesuatu yang dirancangkan.. maklumlah dalam beratus-ratus orang PPP dan PP tentunya ada juga terlekat seorang dua yang terlalu fanatik kepada mana-mana parti tertentu dan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya... Tetapi janganlah menghentam bahawa semua sistem yang ada tidak boleh dipercayai lagi.. Ini perlu diperbetulkan dan dicari jalan penambahbaikan.
Saya sekarang bekerja di Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini tidak pernah saya terbayangpun akan berlaku. Tidak pernah terbayangpun Ustaz Azizan yang terlalu 'low profile'nya selalu datang kerumah bapa saya dan abang saya di Kg Kabu 10, Sg Limau Dalam, setiap kali khenduri dan sakit demam, akan jadi Menteri Besar. Semua ini adalah takdir Tuhan.. KPR memerentah Kedah melalui PRU. Saya juga waktu itu adalah bertugas sebagai PPP di Langkawi... mudah aje prosesnya... kalau benar ada ketidaktelusan dalam menguruskan PRU ini tentunya KPR tidak boleh memerentah dengan elok sekarang ini. Begitu juga di Pulau Pinang, Kelantan, serta Selangor... sudah pun jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat....tidak ada masalahpun.. Sekarangpun saya bekerja dibawah KPR tidak ada masalahpun malahan rasanya lebih baik lagi .. berjalan macam biasa aje.....
Jadi kalau sesiapa atau mana-mana parti teringin hendak memerentah negeri dan negara.. ayuh.. mari kita cari pengaruh dan masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.... Tak usah dok kalut fasal adakah SPR itu telus atau tidak, adil atau tidak.... Yang itu biar saya dan pegawai-pegawai lain yang dilantik nanti buat kerja..Insya Allah.. amanah yang diberi itu kena dijaga dan di guna dengan sebaiknya.. Jangan dok menyeleweng dan mengelencong.... Percayalah kepada kewibawaan badan yang menguruskan pilihanraya ini. Percayalah kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti saya ini untuk membuat kerja menguruskan proses pengundian. Kalau SPR kita tidak percaya kepada siapa lagi.. adakah hendak dilantik agensi dari luar untuk mengendalikan proses pilihanraya ini.... jangan terlalu ekstrem hingga ke peringkat itu.
Jadi saya harap sangat-sangat janganlah ada yang terlalu ghairah untuk membuat perubahan kepada sistem yang sedia ada ... selagi ianya tidak merosakkan kebebasan rakyat dalam membuat pilihan parti yang disukainya. Perubahan boleh dibuat tapi kita kena melihat dari sudut yang pelbagai dan mengambil kira semua aspek agar hasilnya memuaskan majoriti rakyat. Untuk mendapatkan 100% rakyat berpuashati tentunya tidak mungkin tercapai.....
Jadi tak payahlah dok pi buang masa, tenaga dan wang ringgit untuk pergi perhimpunan haram tersebut..silap-silap haribulan boleh masuk lokap....baik pulun ambil hati rakyat dulu (saya dah bagi tip2nya) dan bila PRU ambil bahagian. Bila dah menang.. boleh buat apa saja apa-apa sistem yang hendak dirombak atau dibaik pulih... tak gitu tuan-tuan..
teratak kasih
01/07/2011