BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Monday, March 28, 2011

Apa Dah Jadi...Pertandingan Perahu Panjang Keputeraan

26 Mac 2011
Mada Ampang Jajar, Alor Setar
Catatan : Mohd  Asri Redha


Pulun-Pulun Tapi Tak Jadi......sepanjang saya terlibat dengan program Sukan Sungai .. inilah kali pertama program ini dibatalkan disaat akhir.. Ini kerana hujan agak lebat dan ribut kuat dan membuatkan air sungai agak bergelombang kuat. Rasanya itu kut yang menyebabkan pertandingan perahu panjang ini ditangguhkan disebabkan faktor keselamatan. Tak apalah kawan-kawan semua.. janji niat tu ada.. badan sihat sikit.. dok saja-saja bukan nak buat senaman macam tu...perhubungan rakan-rakan lebih erat..

Yang belakang tu dok tengok kut ada
pendayung curi tulang.

Tengok depa ni sungguh pulun.....ya lah nak menang
lepas tu dengar kata nak bawa pi jalan-jalan jauh
pulak kalau menang.. sapa tak pulun..
Nampak yang depan curi tulang.. bini tanya fasal apa
tak ada kat pejabat... dok pi mana time opis ni..

No comments:

Post a Comment