BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Wednesday, August 5, 2020

Nostalgiaku di LADA ... Pedas tapi sedap

Catatan ; Mohd Asri Redha..
Tarikh : Start 22 April 2020

Terima kasih kepada pihak LADA yang memaparkan
penghargaan ini dalam website LADA dan dalam FB


Assalaamualaikum WBT dan Selamat Siang buat sahabat-sahabatku  dan tentunya anak-anak buah saya di LADA.. tapi saya tak rasa ramai anak-anak buah di LADA baca catatan-catatan saya ni.. sebab tidak ada apa yang menarik cerita-cerita dalam blog saya ni. Walau bagaimanapun saya akan tulis juga apa-apa yang saya rasa nak tulis dalam catatan kali ini kerana saya rasa ini adalah catatan saya terakhir didalam blog ini sebelum saya bertukar dari LADA. Seorang yang menulis blog macam saya ni sebenarnya menurunkan apa yang berselirat didalam minda ke atas catatan blog ini. Fikiran itu disusun semula dari segi struktur ayat , nahu dan bahasa agar mudah difahami oleh pembaca yang berminat membaca. Justru bila membaca sesuatu catatan blog , pembaca juga menjalin hubungan psikik dengan saya... ha.. ha.. haa.. betul tak ni.. entah.. Saya tiada disisi pembaca..hanya tulisan saya saja yang saudara tatap. Apa yang diteliti adalah pemikiran saya yang sudah tersusun...Jadi bila pembaca sudah selesai baca tulisan saya , sebenarnya pembaca sudah menghadham sebahagian dari minda saya.. ehh.. kemana pula hala tuju tulisan saya ni.... dah lari tajuk ni..

 semasa  saya start menulis catatan ini saya baru sahaja terima berita berkenaan rombakan besar-besaran Pegawai Tadbir Negeri Kedah yang akan berkuatkuasa pada 14 Mei 2020.. Nama saya juga tersenarai dalam surat pertukaran tersebut .. So tempoh saya berkhidmat  dengan LADA setakat itu sahaja. Menariknya sekarang ini kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula sejak pertengahan bulan Mac hingga sekarang ...  gara-gara  penyebaran virus Covid-19 sudah lebih sebulan saya tidak dapat ke Pejabat dan berjumpa dengan anak-anak buah saya di LADA.. Apakah pengakhiran saya di LADA sebegini setelah lebih tiga tahun saya berkhidmat di LADA Rasanya begitulah memandangkan sekarang sudah masuk fasa ke 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak ada kepastian lagi bila PKP ini akan ditamatkan.. Mungkin sebulan lagi atau sampai bila tertakluk kepada perkembangan kes-kes baru jangkitan Covid-19 tersebut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2574026369592153&id=100009544441481

Nak cerita apa ya dalam catatan terakhir ini dalam blog ini.. Nak cerita fasal aktiviti saya di LADA sepanjang tempoh lebih sebulan ini.. tidak ada apa yang boleh diceritakan.. Jadi lebih baik saya cerita rangkuman pengalaman saya di LADA sepanjang lebih 3 tahun di LADA.. Bagus juga untuk rekod dan kenangan-kenangan saya di LADA dan mungkin juga kalau anak-anak buah baca sekali sekala depa teringat juga pada saya yang pernah bertugas di LADA ini..

Saya telah melapur diri untuk bekerja di LADA pada 15 Mac 2017. Sehingga 14 Mei 2020 . Ini bermakna 3 tahun 2 bulan sahaja saya berkhidmat di LADA.. Pada saya tempoh ini kira lama juga berbanding sebelum ini ada yang tidak sampai setahunpun saya bertugas dibeberapa jabatan negeri di Kedah.

Sebenarnya semasa saya dapat surat pertukaran saya dari PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim ke Lembaga Pembangunan Langkawi, hati saya berbelah bahagi dan kerisauan.. Bolehkah saya bekerja di LADA sebuah Badan Berkanun di Bawah Kementerian Kewangan.. Saya tidak pernah bekerja di sebuah Jabatan Persekutuan.. Macam-macam perasaan datang dengan hati berbelah bagi. . Tapi akhirnya pergilah juga menyahut cabaran dari boss.. Entah dikalangan ramai-ramai pegawai kanan KCS yang ada,  dipilih saya untuk ke LADA.. Saya sudah selesa sebagai YDP PBT TPHK dan tak sampai 16 bulan pun saya disana.. Banyak perkara yang saya rancang nak buat disana...  tapi apakan daya.. atas kehendak kerajaan negeri saya terpaksa pergi ke Pulau Langkawi Permata Kedah... Pulau yang pernah saya bertugas 13 tahun yang lalu semasa menjawat jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)  Langkawi..

 juga secara kebetulan.. kalau siapa yang pernah ke Pulau Langkawi akan kembali semula ke Langkawi..  Ramai macam tu.. Satu lagi yang menariknya 2 orang senior saya pernah menjawat jawatan Timbalan KPE LADA telah menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan dua orang lagi sebagai Pegawai Kewangan Negeri.. Hebat juga .. cuma saya sahaja tidak kemana dari segi gred.. terpaksa balik gred asal saya semasa sebelum datang ke LADA... Rezeki saya mungkin setakat itu sahaja saya rasa.. dan saya terima seadanya dengan rasa bersyukur kerana saya masih bekerja.

Maka bermula dari 15 Mac 2017 bekerja lah saya di LADA dengan suasana persekitaran kerja yang baru dan mendapat anak-anak buah baru yang saya tidak tahu apa2 tentang mereka samada peribadi, karenah, karektar dan segalanya..  Begitu juga saya akan berhadapan dengan boss yang baru.. Sebelum ini saya adalah Ketua Jabatan kerana sebelum ini saya adalah YDP PBT Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim dan juga pernah menjawat jawatan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar. Saya perlu juga kena ubah cara kerja dari seorang ketua kepada seorang yang ada lagi ketua jabatan.. Takut terbawa-bawa pula cara pengurusan  saya.. Ada perbedaan besar antara Ketua Jabatan atau sebagai Timbalan Ketua Jabatan sahaja. LADA bukan organisasi besar  kerana mempunyai anggota lebih kurang 350 orang sahaja.. Jadi sudah tentu setiap aktiviti adalah dibawah kawalan sepenohnya Ketua Jabatan.  Takut nanti terlupa yang sebenarnya kita ada boss lebih tinggi lagi. Kalau di state , bila sudah gred Jusa C, ia adalah semestinya Ketua Jabatan.. Tapi di LADA tak begitu.. keputusan-keputusan yang dibuat perlu sokongan atau refer kepada KPE .. Hanya dalam hal-hal tertentu sahaja diberikan kebenaran untuk membuat keputusan dan kelulusan.

Dalam pemikiran saya pada ketika itu, saya hanya nak bekerja di LADA selama setahun sahaja. Sebab itu saya tandatangan kontrak kerja saya dengan LADA hanya setahun sahaja. Tapi kenapa pula dari setahun dah jadi 3 tahun 2 bulan bertugas di LADA.. Nantilah saya cerita.

Ok lah.  nak cerita apa ya sebenarnya.. ideapun tidak terlintas mai lagi ni .... Nak cerita lebih2 sangat pun tak boleh juga takut temasuk dalam Akta Rahsia Rasmi.. Kena berhati-hati bila menulis dalam media-media sosial ni.. Ada perkara yang kita boleh cerita dan ada cerita dan maklumat yang kita tak boleh paparkan atau ketengahkan... Saya berhenti kat sini dulu.. nanti bila mai syeh nak menulis saya sambung lagi...

Tarikh: 30 April 2020

Assalaamualaikum...  Baru ada kesempatan menulis balik.. inipun lepas sembahyang tarawikh ... ada masa sedikit.. PKP punya hal, kat rumah sajalah buat sembahyang tarawikh dan witir... Kalau kat rumah tu faham2 lah.. kira nak ringkas-ringkas sahaja.. 

Sebelum saya bertugas di LADA tidak banyak maklumat yang saya dapat tentang hal-hal dalaman LADA. Masa saya bertugas di Pejabat Daerah Langkawi dulupun yang saya 'tahu'  LADA ni banyak duit projek dan pegawai-pegawainya hebat-hebat belaka dan banyak aktiviti-aktiviti LADA yang dianjurkan di Pulau Langkawi.  Satu lagi orang kata LADA duit banyak.. betul atau tidak , sayapun tak pastilah waktu itu.. Tidak pernah terlintas langsungpun satu hari saya akan bertugas di LADA.. Tapi itulah takdirnya akhirnya saya bekerja juga di LADA ini..

Bila sudah masuk bekerja di LADA barulah saya fahami aktiviti-aktiviti sebenar LADA dan alhamdulillah, sebahagian besar aktiviti yang dilaksanakan oleh LADA, saya telah punya pengalaman semasa bertugas di PBT,  Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Pejabat Kewangan Negeri. Semua pengalaman-pengalaman yang ada itu , rupanya amat berguna bila bertugas di LADA ini.. Cuma  perkara baharu pada saya yang saya rasa kekurangan ialah berkenaan bidang pelancongan, pelaburan dan Geopark. Ini merupakan antara tugas-tugas yang saya rasa baharu kepada saya dan sudah tentu saya amat gembira bila dapat mempelajari hal-hal berkaitan itu di LADA ini. Walaupun sebahagian bidang-bidang tersebut bukan dibawah bidang tanggungjawab saya secara khusus tapi saya tetap melibatkan diri dalam perbincangan-perbincangan dan mengambil bahagian dalam membuat pertimbangan-pertimbangan  yang diperlukan.

Disini saya lihat banyak kemahiran diperlukan terutama dalam urusan negotiation dengan orang-orang luar... Kemahiran yang tinggi dan pengetahuan mendalam dalam sesuatu isu amat diperlukan dalam urusan-urusan berkaitan ini kerana jika tidak ia akan membawa kemudaratan dan kerugian kepada LADA. Akan ada orang yang ambil kesempatan jika kita tidak bijak dalam menilai sesuatu cadangan projek atau satu-satu cadangan pelaburan.. Isu dan masalah yang berlaku sebelum ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan pegawai-pegawai agar perlu memahirkan diri  dengan hal-hal yang sedemikian agar tidak terkena lagi..  Dalam hal-hal seperti ini saya selalu tekankan kepada anak-anak buah supaya sentiasa berhati-hati dalam memutuskan dan mempertimbangkan sesuatu perkara dari pihak awam.

Pengalaman saya di PBT sebelum ini selalu saya bawa ceritakan jadikan contoh sebenarnya  akan  perlunya kebijaksanaan dan perhatian lebih diberikan atas cadangan pelaburan harta LADA agar perkara yang merugikan LADA tidak berulang lagi.

Satu lagi perkara baharu yang saya dapat ialah hubungan saya dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan lebih luas lagi dimana, kerap berurusan dengan MOF dan JPM serta Audit Negara serta tidak kurang juga SPRM  dan bertemu dengan pegawai-pegawai tertinggi disana.

Satu pengalaman yang saya tidak boleh lupakan.. Bila duduk di LADA saya terasa dekat sangat  dengan Perdana Menteri kita, dengan Ketua Setiausaha Negara, dengan Ketua Setiausaha Perbendaharan ,  Timbalan KSP, Timbalan KSU Kanan JPM dll lagi pegawai-pegawai tertinggi kerajaan diperingkat persekutuan, kerana kerap berurusan dengan JPM dan MOF. Kebetulan pula YAB Perdana Menteri ketika itu adalah Ahli Parlimen Langkawi. Malahan saya pernah mempengerusikan mesyuarat yang dihadhiri oleh 2 orang Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia.. Salah seorangnya  baru sahaja dilantik menjadi Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Pendedahan seperti ini saya rasa amat diperlukan untuk pegawai-pegawai peringkat pertengahan kerana pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi ini boleh diguna untuk pembangunan negeri Kedah. Sebab itu saya mencadangkan supaya pegawai yang hendak dipinjamkan ke LADA ini , biarlah muda sedikit , jangan seperti saya dan pegawai sebelum ini berkhidmat sampai terus pencen . Sayapun cuma tahun depan sahaja lagi untuk sudah sampai waktunya bersara.  Jadi pengalaman yang ada ini tidak dapat digunakan sepenohnya .. diperingkat negeri. Peluang ini patut diambil kesempatan oleh Pegawai Tadbir Negeri, kerana setakat yang saya tahú pegawai-pegawai tadbir negeri kedah tidak pernah didedahkan berkhidmat dengan jabatan luar selain GLC negeri Kedah yang hanya berkisar dalam negeri Kedah sahaja. Dalam LADA walaupun dalam negeri Kedah tetapi pendedahan itu agak lebih nasional dan international. Saya juga telah mendapat peluang untuk membawa seorang lagi pengawai KCS masuk ke dalam LADA, tapi hajat tersebut tidak kesampaian sehingga kini.

Satu lagi pengalaman baru ialah saya mula berjinak dengan sektor korporat. Ini adalah kerana LADA juga mempunyai anak syarikat  yang menjana pendapatan kepada LADA.. Saya terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah  dalam salah satu anak syarikat LADA.. Namun tidak nafikan ada juga anak syarikat yang tidak memberikan pendapatan yang sewajarnya kepada  LADA  disebabkan masalah-masalah pengurusan dan sejarah lama yang sukar dirungkai dan juga kesilapan-kesilapan lalu. Ini adalah satu cabaran besar kepada Pegawai LADA untuk memikirkan jalan penyelesaian dan saya sendiri terlibat dalam usaha-usaha penyelesaian isu-isu yang ada, dan In Sya Allah dengan komitmen dan kesungguhan semua anggota pegawai kanan dan tertinggi LADA perkara ini akan dapat diselesaikan.. Saya terkilan sedikit dalam hal ini tidak dapat lagi berurusan dalam hal2 seperti ini bila tidak lagi bertugas di LADA.. Apa yang hendak nyatakan disini ialah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat tidak semudah yang disangkaa.. Tanggungjawab adalah amat berat dan boleh didakwa dan sebagainya jika berlaku apa-apa kegagalan syarikat dalam mematuhi apa yang termaktub dalam undang-undang syarikat. Saya terpaksa memikirkan  pelbagai pendekatan dalam sesuatu penyelesaian dan cadangan.

Sebagai pegawai LADA dalam ALP Syarikat saya rasa  tanggungjawab lebih besar berbanding dengan ALP yang dibawa masuk dari luar.. Rasa kebertanggungjawab pegawai itu lebih tinggi kerana dia tahu anak syarikat itu adalah milik LADA dan pastinya ia akan memberi seluruh komitmen dan perhatian kepada syarikat yang kakitangan LADA menjadi Ahli BOD syarikat. Sebab itu saya mencadangkan ALP anak syarikat LADA perlu dilantik dikalangan pegawai kanan LADA sahaja.  Apa yang penting ialah untuk memastikan operasi anak syarikat lebih menguntungkan syarikat, lantikan Pengarah Urusan itu amat penting.. kerana beliaulah yang akan menggerakkan syarikat kearah yang lebih baik.. Pada pemerhatian saya ALP tidak banyak sangat membantu dalam memastikan syarikat beroleh keuntungan berganda.. sekadar memberi pandangan dan sebagainya.. Walau bagaimanapun saya amat gembira dengan pengalaman ini yang tidak mungkin akan saya perolehi jika berada dalam pentadbiran negeri.

Tidak dapat dinafikan sepanjang saya berkhidmat dengan LADA saya terlibat dalam berpuluh-puluh acara-acara kemasyarakatan, acara-acara pameran bertaraf dunia dan tempatan dan juga acara sukan yang bertaraf dunia dan national di Pulau Langkawi. Memang banyak betul . Apatah lagi sebelum ini KPE LADA adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pelancongan dan pengurusan acara. Banyak 'event'  peringkat nasional dan antarabangsa dibawa masuk ke Pulau Langkawi. Tujuan diadakan 'event' seperti ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempromosikan Pulau Langkawi sebagai sebuah Pulau Pelancongan yang terkenal dan menarik untuk dilawati atau dikunjungi. Jika ini berlaku ia akan merancakkan lagi ekonomi di Pulau Langkawi yang memberi manfaat kepada rakyat negeri Kedah..

Saya terlibat secara langsung dan tidak langsung program-program yang diadakan itu dan banyak pengalaman-pengalaman yang saya perolehi semasa menguruskan acara-acara tersebut.. Tapi saya rasa anak-anak buah saya lebih hebat dan berpengalaman dalam menguruskan event2 yang dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna... Saya cuma sekadar menyelaraskan sahaja aktiviti tersebut , manakala yang buat kerja sebenarnya  ialah anggota kerja LADA itu sendiri... Di LADA juga baru saya tahu apa pendekatan promosi pelancongan yang dibuat dalam mengenengahkan kehebatan Pulau Langkawi ini.. Banyak pendekatan rupanya... Kalau saya nak ceritapun panjang.. Tapi sekiranya pegawai yang dipinjamkan ke LADA ini dari state dan bila balik ke state balik, pengalaman dan pengetahuan ini amat berguna dalam membangunkan sector pelancongan di negeri Kedah selain Langkawi. Yang seronoknya selain membantu menguruskan program,  saya juga suka terlibat sama dengan mengambil bahagian dimana yang sesuai dengan kemampuan.. Itu sebab hubungan saya dengan anak-anak buah di LADA ini rapat dan juga dengan komuniti setempat.

LADA mempunyai agenda yang besar terhadap pembangunan di Pulau Langkawi samada pembangunan fizikal, pelancongan dan kemasyarakatan.. Antara agenda besar LADA ialah membanyakkan lagi produk-produk pelancongan bertaraf dunia di Pulau Langkawi. Malangnya apa yang dirancang dan dilaksanakan sedikit terbantut disebabkan pemain-pemain industri yang berkolabarasi dengen LADA gagal memanafaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh LADA dalam membangunkan tanah-tanah LADA, sebaliknya menimbulkan masalah pula dengan LADA..  dan ini yang terpaksa ditanggung oleh LADA dan kenapa perancangan besar LADA tidak mencapai sasaran yang diharapkan..  Sebab itu saya selalu menekankan supaya lebih berhati-hati lagi dalam mempertimbangkan apa sahaja cadangan yang dikemukakan dalam membangunkan aset-aset LADA yang masih ada dan amat berpotensi itu.  Sekarang timbul pula penularan virus Covid-19 pula.

Malangnya sekarang ini penularan virus Covid - 19  telah merencatkan lagi segala perancangan LADA samada untuk buat acara-acara besar atau kecil dan juga program-program promosi samada dalam ataupun luar negara... Suasana sekarang begitu muram kepada sektor pelancongan dan begitu ramai yang terkesan dengan keadaan yang diluar jangkaan ini.. Saya mendoakan semoga tindakan mengatasi isu Covid-19 akan dapat memutuskan rantaian penularan virus Covid-19 ini...

Penangan Covid-19 merubah segalanya.. Norma kerja sudah berlainan.. Sudah tidak boleh mengadakan perjumpaan dan mesyuarat dengan anak-anak buah.. Maka bermulalah norma baru dalam pentadbiran jabatan. Bagi memastikan operasi LADA berjalan juga.. mesyuarat mula diadakan secara maya sahaja.. Malahan  saya juga diraikan majlis pertukaran saya hanya melalui 'video conference' sahaja menggunakan aplikasi CISCO WebexMeeting.. lebih 90 orang mengikuti pertemuan melalui webex meeting ini.. dan saya hanya berucap dari bilik saya sahaja.. warga LADA juga mengikuti pertemuan ditempat kerja masing-masing atau dirumah masing-masing.. Senangkan cara itu.. Tak gaduh nak atur apa-apa.. Belanja pun tak perlu banyak.. sekali fikir memang tak karan langsung sepertimana kebiasaan yang dibuat... ada jamuan dan ada sambutan yang dibuat.. dan salam bersalaman memohon maaf dan selamat tinggal.. tapi SOP PKP menetapkan tidak boleh berkumpul ramai, dan tidak boleh bersentuhan dan kena kekalkan penjarakkan antara satu sama lain. Walau bagaiamanapun tidak mengapalah , bukan itu yang diharapkan.. Baguslah juga kita sudah membudayakan penggunaan IT dengan sebaik mungkin.. dan selepas ini tidak ada sesiapa yang boleh cuba lari dari menggunakan it dalam segala aspek kehidupan dengan pelbagai alasan.


Oklah.. rasa panjang pula tulisan saya ini.. tapi tidak mengapa , orang nak baca atau tidak saya tidak kisah.. saya menulis untuk kepuasan diri saya sahaja sebagai satu catatan sejarah kehidupan saya semasa bertugas di LADA. Lagipun rasanya ini adalah posting saya yang terakhir dalam blog ini menceritakan fasal kehidupan saya di LADA.. Memang banyak lagi saya ingin menggodam punat2 keyboard ini, tetapi malam sudah terlalu larut benar ... Ada sikit lagi saya nak tulis yang tak selesai lagi... kalau tak cerita yang ini tidak puas rasanya.. Tapi tidak mengapa saya sambung lagi pada waktu yang sesuai.. saya mahu tidur dulu..


Tarikh : 28 Mei 2020

Assalaamualaikum WBT dan Selamat Petang.. Saya sambung apa yang telah saya janjikan beberapa hari yang lalu.... Sementara hendak menunggu berbuka puasa 6 dalam bulan Syawal ini, baik saya pagut keyboard ini menghabiskan catatan saya yang tergantung itu .. Pada masa saya menulis ini saya sudahpun bertukar jawatan dari Timbalan CEO LADA kepada Pegawai Daerah Kota Setar. Nasib baiklah ada pengalaman jadi ADO dan CADO sebelum ini, sedikit sebanyak tau lah juga akan kerja-kerja DO ini.. Cumanya keadaan norma kerja sekarang agak berbeda disebabkan ada PKP ini. Tidak lagi serancak semasa belum ada PKP ini. Aktiviti sosial dan ekonomi tidak bergerak aktif sepenuhnya lagi..  dan saya rasa tidak mungkin akan dibenarkan lagi segala aktiviti-aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai-ramai.

Sejak saya diketahui kena keluar dari LADA dan bertugas di Pejabat Daerah Kota Setar, saya telah menerima pelbagai message dan catatan dari anak-anak buah saya di LADA dan juga dari orang luar dalam Facebook, whatsapps dan juga dalam Instagram... Semua beri ucapan yang baik-baik belaka. Terima kasih yang tidak terhingga. Amat terharu sangat bila membacanya.. 

Semasa saya melaporkan diri saya di LADA saya tidak mengenali sesiapa secara rapat kakitangan LADA ini.. Cuma adalah beberapa orang lama yang saya kenali semasa  bertugas di Langkawi dulu sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Langkawi.. Setelah bertugas selama 3 tahun lebih , saya akhirnya dapat keluar dari LADA ini dengan rasa puas kerana kehadhiran saya di LADA secara keseluruhannya telah diterima dengan baik oleh wargakerja LADA. Bukan senang untuk mendapat pengikhtirafan dan sokongan baik dari mereka.. kerana saya orang luar yang dipinjamkan.. Di LADA ini selain saya,  Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan Timbalan KPE (PP) juga pegawai dari luar LADA  yang diambil samada secara pinjaman atau kontrak. Begitu juga ada  pegawai-pegawai kanan di LADA ini yang dilantik dari pegawai pinjaman persekutuan dan juga pegawai kontrak mengikut kepakaran yang diperlukan. Kenalah pandai-pandai bawa diri macam mana nak buat kerja yang boleh diterima oleh ketua saya dan pegawai-pegawai lain.

Satu perkara yang paling mencabar semasa berkhidmat di LADA ialah apabila saat Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah tamat kontrak dan pelantikan KPE yang baru tidak diputuskan  lagi .. Saya pula ketika itu sudah menanggung kerja Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  (Perancangan dan Pembangunan) yang juga belum diisi lagi. Dalam tempoh hampir 3 bulan saya terpaksa memangku jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  dan pada masa yang sama saya juga buat kerja Timbalan KPE (PP) selain kerja hakiki saya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P) .. Memang mencabar ketika itu. Ahli Lembaga Pengarah pula telah memberi kepercayaan penoh kepada saya untuk menerajui LADA dalam tempoh tersebut sementara menanti Ketua Pegawai Eksekutif Baru dilantik..

Pada masa inilah saya mendapat kerjasama terbaik dari seluruh ketua bahagian dan unit serta warga kerja LADA dalam menggerakkan operasi LADA  berjalan lancar. Dan sememangnya saya nampak anak-anak buah senang bekerja dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik kerana saya hanya mempermudahkan segala urusan mereka tanpa ada apa-apa halangan yang menyusahkan mereka buat kedja. kejayaan LADA adalah kerana kerja berpasukan. Banyak juga aktiviti dan kerja-kerja telah dapat diselesaikan sewaktu tempoh tersebut..  Fikir-fikir balik awat tak terus saja jadi CEO LADA... ha.. ha.. ha .. sapa nak bagi.. kalau bagi pun saya lari awal lagi..


Sepertimana saya katakan tadi, bukan senang untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan warga kerja LADA serta Ahli Lembaga Pengarah LADA terhadap kerjabuat kita.. Tapi saya telah berjaya mengharunginya dengan baik walaupun banyak ranjau yang perlu ditempuhi dan ada kelemahan-kelemahan saya yang tersendiri.. Sebab itu ada juga pegawai pinjaman dan pegawai kontrak yang tidak bertahan lama di LADA sebab tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara bekerja di LADA ini.. sama ada mereka gagal menyesuaikan diri atau kegagalan menunjukkan kepimpinan terbaik kepada warga LADA..

Warga LADA memerlukan pegawai pinjaman atau pegawai kontrak yang boleh membimbing mereka kearah pengurusan yang terbaik .. Sebab itu ada ruang untuk diberi kepada orang luar masuk memegang beberapa jawatan penting dalam LADA. dan seharusnya pegawai tersebut perlu menunjukkan satu tahap kualiti yang terbaik dan menjadi contoh tauladan kepada anak-anak buah di LADA. Kalau tidak boleh menjadi pemimpin dan pentadbir  yang baik dan datang seolah-olah mai makan angin sahaja, maka saya rasa  tidak perlulah datang.. Pegawai dalaman sendiri boleh melaksanakan tugas yang diamanahkan..


Saya bersyukur, dalam catatan2 yang saya dapat dan kumpulkan itu , kebanyakannya menerima dengan positif cara dan style saya.. Saya sendiri mendapat penerimaan yang terbaik dari kedua-dua orang CEO saya yang telah memberi penilaian terbaik kepada saya.. Terima kasih Dato Hj Azizan dan Doktor Hezri. Sebenarnya macam tulah kat manapun saya pergi, cara saya bekerja yang tidak pernah meletakkan sebarang halangan kepada anak buah untuk berurusan dengan saya..  Walaupun strict sikit dari segi disiplin kerja tapi hubungan tetap terjalin mesra.

Di bawah ini sengaja saya copy balik catatan-catatan anak-anak buah saya yang mana sampan samada yang bekerja 'direct' dengan saya dan ada juga secara 'indirect '  dengan saya pun teringin nak tulis juga.. Bukan itu saja, orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kerja saya pun tumpang nak beri komen juga pada saya melihat kepada kerja-kerja buat dan aktiviti saya bersama dengan LADA ini... sebab sebahagian aktiviti saya ada dipaparkan dalam blog ini dan lain-lain blog saya dan juga dalam FB dan sebagainya.. Sebab itu media sosial ini kalau kita bijak menggunakannya boleh membawa kebaikan kepada kita juga..  bukan asyik menulis kata mengata dan ulas-mengulas yang tidak membina. Mereka menulis ini bukan atas paksaan sapa-sapa.. tiba2 saja mereka tulis macam tu.. tak pernah-pernah saya dapat sebelum ni begitu banyak.. dulu ada juga tapi tak banyak, dan kebanyakannya tulis surat dan kad ucapan sahaja seperti catatan saya dalam blog terdahulu  seperti link di bawah ini :- 

Catatan kutukan dan penghargaan

Kepada bekas-bekas anak buah saya di LADA sekali lagi saya menyatakan, yang saya amat senang sekali bekerja dengan kalian semua.. kalau ada yang terkesan rasa hati, .. akibat kelakuan dan tingkah laku saya, saya mohon ampun maaf.. sebagai ketua saya perlu juga buat tegoran dimana yang sepatutnya agar kita tidak lari dari landasan yang sepatutnya.. Kalau dibiarkan pada akhirnya ia akan tergelincir dan buruk padahnya pada diri sendiri dan keluarga.  Saya keluar dari LADA tanpa ada simpan apa-apa yang terkilan dihati saya.  Saya terasa sangat kemesaraan yang terjalin antara kita dan memang terasa sedih untuk berpisah dengan kalian semua.. tapi setiap yang bermula pasti berakhir.


Saya berdoa semoga anak-anak buah saya di LADA sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.. Teruskan kerja kalian semua dengan penuh keikhlasan dan terbaik.. In Sya Allah LADA tetap cemerlang selama lamanya... Bagi saya LADA adalah sebahagian dari pentadbiran negeri Kedah juga kerana buat apa pun kebaikan dan pembangunan adalah untuk orang Langkawi dan orang Kedah juga.

Saya bersyukur diakhir-akhir perkhidmatan saya sebagai pegawai kerajaan saya dapat menyumbangkan sesuatu kepada LADA dan memberi manfaat kepada LADA dan Negeri Kedah  dan kembalinya saya ke Jawatan Pegawai Daerah Kota Setar pun tidak lama , kerana tahun hadapan sudah sampai masa bersara. Harapan naik pangkat pun sudah tertutup.. Setakat itu sahaja yang saya boleh lakukan.  Sebagai Pegawai Daerah Kota Setar pula saya akan cubalah menjadi yang terbaik sekadar kemampuan saya.. cuma kekurangan saya ialah saya tidak pandai bersyarah berapi-rapi dan tidak banyak bercakap. so tidak pandai la menonjolkan diri.. tapi biarkanlah begitu .. itu lebih baik ...  tidak ada apa yang hendak  dikejar lagi, cuma saya dikejar oleh umur yang semakin harı semakin singkat... Lebih baik kita mengejar apa yang sepatutnya sebagai seorang muslim sebelum ajal menjemput kita.

Ok lah.. sebelum mengundur diri kita dengar dulu lagu ini.. sebagai halwa telinga ..Blog ini tetap saya akan 'open' macam ini  untuk tatapan sesiapa yang berminat.. walaupun tidak ada posting lagi lepas ini... Klik saja kat bawah ini jika nak dengar:-


Broery Marantika : LAGU PAMIT


Saya juga telah buka blog baharu untuk catatan aktiviti saya di Pejabat Daerah Kota Setar seperti link di bawah ini: boleh klik saja kat situ..


https://semangatjatipdtks.blogspot.com


Rasa terharu sangat bila baca kata-kata mereka dibawah ini... Saya tak minta pun mereka tulis kata-kata macam ni... apa-apapun  terima kasih sangat-sangat... ya ... 

























































































  ://com/story.php?story_fbid=2574026369592153&id=100009544

Catatan Seorang DO

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 14 Mei 2020



Assalaamualaikum WBT .. dan selamat pagi
Apa khabar semua... saya doakan semua sahabat-sahabat yang membaca catatan saya ini sihat walafiat... tentunya bagi yang biasa mengikuti penulisan saya , masih kenal kan... tulisan cara kampongan sahaja... ayat-ayat tu kadang-kadang berterabur .. Harapan saya ianya boleh difahami ... 

Hari ini merupakan hari pertama saya bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar dengan menjawat jawatan baharu sebagai Pegawai Daerah Kota Setar.  Saya kembali balik tidaklah disambut macam saya melaporkan diri kat LADA.. Malahan penyerahan tugas secara rasmi Pegawai Daerah Kota Setar sebelum ini kepada sayapun tidak diaturkan.. Mai terus buat kerja apa yang rasa nak buat. 

Kat LADA semua Ketua Bahagian sambut saya dari jeti feri sampai ke Bangunan LADA. Naik segan pula saya. Begitu tinggi pengharapan dan penghargaan mereka terhadap kedatangan pegawai-pegawai seperti saya datang untuk berkhidmat di LADA.. walaupun orang asing bagi mereka. Ya.. setiap jabatan ada cara tersendiri dalam membudayakan amalan2 baik masing-masing. Nak keluar dari LADA pun macam tu...  Saya telah membuat penyerahan secara rasmi kepada pengganti saya dengan harapan tidak ada apa-apa arahan, tindakan saya sebelum ini yang memberi impak negatif kepada LADA.. Biar kita tinggalkan jabatan lama kita dengan bersih dan sempurna, Kelak pengganti tidak ada masalah untuk meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan.

 Alhamdulillah saya bersyukur kehadhiran saya di LADA dirasai dan diterima sebahagian besarnya oleh warga LADA.. (boleh baca catatan saya seperti link dibawah: kalau berminat klik sahaja kat situ:-

https://semangatjatilada.blogspot.com/2020/05/selamat-tinggal.html?m=1

Saya kembali balik ke Daerah Kota Setar kerana sebelum ini saya pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pentadbiran dan Pembangunan) dan juga sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar. Jadi tidak asing sangat pada saya Pejabat Daerah Kota Setar ini berbanding saya pergi ke LADA. Pada waktu itu Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah adalah berasingan.. Kali ini saya kembali balik sebagai Pegawai Daerah Kota Setar dan juga sebagai Pentadbir Tanah Kota Setar kerana pentadbiran tanah telah diletakkan sepenuhnya dibawah tanggungjawab Pegawai Daerah. Jadi agak berat juga tanggungjawab tersebut, namun begitu kawasan tanggungjawab semakin kurang kerana kerajaan telah mengujudkan daerah baru dalam Daerah Kota Setar iaitu Daerah Pokok Sena.

Selalunya bila saya bertukar jabatan maka saya biasanya akan buka satu blog baru untuk memudahkan saya menulis apa-apa sahaja aktiviti saya di Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar ini.. Sebelum inipun saya ada buat blog di Pejabat Tanah Kota Setar seperti link dibawah ini... klik saja kat situ jika berminat melayarinya:

https://semangatjatiptks.blogspot.com/

Blog itu saya buka begitu sahaja.. tidak update dah.. tapi aktiviti2 waktu itu semua saya tulis kat situ.. jadi bila-bila masa, saya  dan sesiapa sahaja boleh melayarinya.  Itu kebaikannya ada blog ini..  sejarah kita bekerja disesuatu tempat ada juga ceritanya yang kita rekodkan.. catatan aktiviti itu tahun 2012 yang lalu.. 8 tahun yang lalu.. terasa macam baru pula bila baca balik catatan-catatan dalam blog tersebut.  Ini yang selalu saya beritahu kepada anak-anak buah supaya menuliskan catatan-catatan aktiviti dalam blog supaya kita boleh imbas kembali kisah suka duka kita bekerja disesuatu tempat.. Kalau tidak kita  akan lupa dan tidak ada ingatan lagi pada jabatan-jabatan yang kita pernah bekerja.

Macam saya ni, zaman-zaman awal kerja dulu  mana ada  internet lagi... komputer pun rasanya tak ada secara meluas lagi.. handphone pun mana ada lagi..  masih pakai telefon yang bila nak 'call' kena pusing nombor lagi..  operator pun pakai sambungan cucuk  saja.  So nak rekod tu tak ada lah.. gambar pun tak ada.. Kamera kalau adapun pakai filem.. bukan boleh ambil gambar ikut suka sahaja.. tangkap gambar-gambar yang perlu sahaja..  rugi filem kalau silap atau tidak pakai..

Jadi saya buka blog baru yang bernama 'Semangat Jati DO Kota Setar'.. Setakat sekarang ini, tajuk tu la dulu , nanti bila dapat idea tajuk yang menarik saya ubah balik.

Untuk posting pertama ini, sayapun tak tahu nak cerita apa lagi.. Bila datang ke Pejabat Daerah Kota Setar, sekarang ini masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan... Anak-anak buah datang kerja bergiliran.. jadi tidak ramai yang datang.. Orang awampun datang untuk tujuan yang benar-benar perlu sahaja.. Nak datang ke opis ini perlu juga mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM dibawah PKP ini..

Jadi rasa sunyi pula duduk kat opis ni.. Saya biasa sibok segala macam, tapi datang kesini tak kalut sangat.. cuma yang saya kalut, ialah kutipan hasil di Pejabat ini agak kurang memberangsangkan.. Kalau kurang disini, maka akan kuranglah juga hasil pendapatan kerajaan negeri Kedah.. Ini yang merisaukan saya.. Sebagai pegawai kerajaan negeri  saya amat risau kerana dalam keadaan sekarang ini, segala kemungkinan boleh berlaku bila kerajaan negeri kekurangan peruntukan.. ia akan memberi kesan kepada perjalanan operasi kerajaan negeri dengan segala macam perbelanjaan yang terpaksa dibuat terutama untuk gaji dan pembangunan...

Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang telah melantik saya sebagai sebagai Pegawai Daerah Kota Setar... Sebenarnya dulu saya teringin sangat kalau boleh ditempatkan sebagai Pegawai Daerah  Yan.. Daerah kelahiran dan tempat saya membesar.. Seronok juga bila jadi Pegawai Daerah di daerah sendiri... Boleh juga membangunkan daerah sendiri, tapi sampai kesudah hasrat itu tidak kesampaian.. Sekarangpun kalau dihantarkan ke Yan saya sudi, tapi itulah nanti kalau hantar saya ke Daerah Yan orang kata saya jatuh pangkat pula. Sebenarnya semua Pegawai Daerah di Kedah ini grednya sama sahaja.. cuma secara umumnya ada yang membahagikan daerah itu , ada daerah senior dan daerah  junior... macam tulah lebih kurang... Apa-apapun saya bersyukur walaupun peluang saya kejawatan lebih tinggi terhenti setakat ini sahaja. Saya perlu menyukai apa yang saya ada. Kalau kita terlalu fokus kepada apa yang kita tiada, tanpa rasa syukur akan apa yang kita ada  , itu tandanya kita sudah membenih sifat tamak haloba dalam diri kita. Seharusnya kita bukan melihat apa yang orang lain ada , tetapi merenungkan apa yang orang lain tiada.... 

Panduan dari Junjungan Nabi Muhammad SAW menjadi pegangan saya setiap masa dan ketika  sepertimana Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , " Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu,, kerana dengan demikian itu kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah SWT kepada kamu". Dengan berpegang kepada itu, akan menjadikan kita semakin bersyukur bukannya semakin kufur akan nikmat Allah SWT... Eih.. ini lajak pi ceramah agama pula rasaya.. 


Kebetulan pula dalam minggu yang sama, pimpinan kerajaan negeri telah bertukar pula dari Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh YB. Dato Seri Mukhriz Mahathir kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YAB Tuan Haji Sanusi b. Md Noor .. TAHNIAH kepada YAB Tn. Haji Sanusi b. Mohd Noor.. dalam usia yang rasa masih muda. Dalam sekelip mata telah menjadi YAB Menteri Besar, Itulah politik namanya.. Dalam politik ni segala macam boleh berlaku... sekejap duduk diatas, sekejap duduk dibawah, dan ada ketikanya datang balik duduk diatas .. Walau bagaimanapun sebagai Pegawai Kerajaan , sudah tentu kita perlu akur dengan kerajaan yang sedang memerentah.. Segala dasar-dasar yang direncanakan perlu dilaksanakan sebaik mungkin selagi tidak melanggari perlembagaan  dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Kedah. Inilah cabaran kepada pegawai kerajaan dalam menyesuaikan diri dengan kepimpinan baru kerajaan negeri dan  juga norma baru cara bekerja dibawah PKP ini dan kemungkinan norma ini akan berterusana lebih lama lagi.

Ok.. saya rasa nak berhenti dulu  catatan saya  ini.. Sudah lewat petang rupanya.. Kat luar bilik sudah sunyi benar.. sudah balik semua rupanya.. sayapun tak mau tunggu lama sorang diri kat atas ini.. Masa dulu saya ada dengar cerita bangunan ini mengusik sikit.. tak tau la betul atau tidak... Apa-apapun baik saya belah dulu...Nanti ada berita-berita terbaharu saya akan muncul balik.

Tanggal : 25 Mac 2020
Tempat : Teratak Kasih Alor Setar

Assalaamualaikum WBT.. buat semua. Setelah kesekian lamanya terperap tak bersambung.. hari ini terasa pula nak sambung balik.. Sebenarnya saya nak bersembang panjang dalam catatan mula blog ini.. Tapi maklumlah dalam bulan Ramadhan pula saya mula 'start' maka saya terpaksa berkongsi masa yang untuk kerja-kerja ibadat.. Maklumlah bila lagi kita nak pulun buat ibadat wajib dan sunat dalam bulan puasa ni.. Pahalanya berganda-ganda.  Waktu sambung menulis ini sudah masuk hari raya ke 2. Hari Raya tahun ini memang luarbiasa, kerana tidak ada lagi kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan sahabat-sahabat.. Malahan sembahyang raya pun tidak dibenarkan lagi, terpaksalah sembahyang kat rumah saja... tidak pernah terjadi dalam sejarah sepanjang hidup saya tapi kali ini terjadi gara-gara penularan Covid - 19 yang menyebabkan kerajaan telah mengeluaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan..

So hari raya ke 2 ini masih lagi duduk kat rumah... orang pun tidak datang mengunjung..  dan saya rasa semua orang kalau boleh tak mahu dikunjungi buat masa ini, bagi memastikan rangkaian wabak virus  pandemik Covid - 19 diputuskan.. Semua orang kena bekerjasama untuk menjayakan usaha-usaha tersebut.. Kalau tidak ia akan menjadi sia-sia dan kerajaan terpaksa melanjutkan lagi PKP ini..

Amat perit sekali kalau PKP ini dilanjutkan lagi kerana ia memberi kesan kepada aktiviti ekonomi negara yang seterusnya memberi kesan kepada rakyat jelata... Marilah kita berdoa agar virus Covid-19 ini dapat diputuskan rantaiannya..

Setakat waktu saya menulis catatan ini, saya belum lagi mendapat apa-apa arahan terkini dari WDA terutamanya perjumpaan dengan kepimpinan kerajaan baharu ini.. Selalunya bila ada perubahan kerajaan ini, YAB Menteri Besar akan menjemput semua pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri untuk diberi taklimat berhubung dengan dasar-dasar baharu kerajaan negeri . Ini penting kapada jabatan-jabatan kerajaan , kerana apabila telah jelas akan dasar-dasar kerajaan yang baharu memerentah, akan memudahkan jabatan-jabatan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya supaya selari dengan kepimpinan tertinggi kerajaan. 

Saya telah melalui pengalaman beberapa kali perubahan kerajaan  negeri sebelum ini, dan selalunya begitulah.. setiap kali  berlaku perubahan kerajaan maka akan berlakulah pelbagai perubahan dari segi dasar, kepimpinan, logo, misi dan visi dan segala macam perkara-perkara baru yang hendak diperkenalkan.. Perubahan-perubahan yang berlaku ini juga bukan percuma, banyak belanja juga untuk membuat perubahan-perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri..  Kalau pemerentahan kerajaan baru bertahan lama ok juga.. ini kadang-kadang tidak sampai satu penggal , dah berlaku pertukaran kerajaan atau kadang-kadang pertukaran Menteri Besar.. Ini akan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit yang terpaksa dibelanjakan untuk melakukan pelbagai perubahan tersebut...  Kadang-kadang terasa membazir untuk menyediakan semua itu, sedangkan bila berlaku perubahan kerajaan , kerajaan baharu sudah tidak mengguna pakai apa yang telah digubal oleh kerajaan terdahulu.

Perkara yang sama juga berlaku kepada Badan Berkanun Kerajaan saperti di LADA dimana saya pernah bertugas sebelum ini.. Apabila LADA menyediakan Blueprint Pembangunan Langkawi ke 2 tapi pada akhirnya tidak digunapakai oleh Kerajaan terbaharu yang memerentah, sedangkan kos menyediakan Blueprint tersebut menelan belanja jutaan RM juga.

Sebagai pegawai kerajaan negeri yang telah melalui pengalaman-pengalaman saperti ini saya berharap kerajaan baru yang mengambil alih dari kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini agar meneliti secara mendalam perkara ini dan menilai secara wajar dan positif tentang perancangan yang akan dilaksanakan nanti.. Saya faham sangat yang bila  baru mengambil alih tampok pemerentahan   negeri, sudah tentu macam-macam yang hendak dibuat .. teliti dan timbang tiliklah dahulu dengan mengambil kira kewangan dan logistik yang ada, kerana semua itu melibatkan kewangan yang banyak, apatah lagi dalam keadaan sekarang aktiviti ekonomi  dan perniagaan amat malap sekali dan kantong kerajaan negeri saya rasa amat kekurangan pada ketika ini. Tidak semua yang dirancang laksana oleh kerajaan terdahulu tidak baik, dan ada juga yang saya rasa perkara-perkara yang tidak perlu lagi dilaksanakan pada waktu ini yang perlu diteliti balik oleh kerajaan negeri terkini.

Walau bagaimanapun satu perkara yang saya bersyukur sangat ialah sekarang ini Kerajaan Negeri Kedah adalah dibawah kepimpinan Perikatan Nasional yang sama dengan diperingkat pusat.. Ini tentunya akan memudahkan kerajaan negeri berurusan dengan kerajaan persekutuan dalam segala hal, terutama yang berkaitan pembangunan negeri Kedah dan juga kewangan negeri. Pengalaman sebelum ini saya rasa agak susah juga, dimana negeri-negeri yang dianggap pembangkaang diperingkat pusat selalunya pertimbangan projek pembangunan dan pertimbangan huluran bantuan kewangan agak kurang diberi perhatian.. semuanya hanya mengikut perlembagaan sahaja.. Lebih-lebih sikit kurang diberi layanan seewajarnya.... Jadi saya berharap dengan adanya hubungan yang baik dan dalam satu perikatan parti yang sealiran  antara Kerajaan Negeri Kedah dan Persekutuan akan membawa limpahan manafaat kepada negeri Kedah ini.

Hari ini saya bertugas sebagai Pegawai Daerah Kota Setar.. Saya rasa tentunya hubungan saya dengan kepimpinan kerajaan akan lebih kerap dan rapat. Sebab institusi Pegawai Daerah amat penting dalam pembangunan negeri... Pegawai Daerah adalah orang rapat dengan rakyat diperingkat akar umbi.. Sebab itu wakil-wakil rakyat perlu saling bekerjasama dengan Pegawai dalam membangunkan  dan menyelesaikan sesuatu masalah dalam komuniti sesuatu kawasan.Sehubungan itu saya tidak adalah masalah untuk melaksanakan apa-apa yang perlu dalam membantu membangunkan negeri Kedah yang tercinta ini. Sudah 35 tahun saya berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kedah.. dan segala macam rupa telah temui dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang pegawai kerajaan negeri Kedah.

Sebagaimana saya sebut sebelum ini apa fahaman parti yang dianuti bukan satu masalah kepada saya kerana sebagai pegawai kerajaan kena  akur dengan sistem pemerentahan yang diamalkan oleh kerajaan sekarang ini. Dengan kekuatan anggota seramai 77 orang di Pejabat Daerah dan 71 di Pejabat Tanah, In Sya Allah.. segala kerjasama akan diberikan dan segala  halangan dan masalah akan cuba diatasi dengan sebaiknya . 

Apa yang agak kurang di Pejabat Daerah ini, ia tidak diberi peruntukan khusus sepertimana Ahli-Ahli Yang Berhormat perolehi. Kalau ada peruntukan khusus disediakan kepada pegawai Daerah rasanya akan lebih memantapkan lagi usaha-usaha Pegawai Daerah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat jelata.

Itu sajalah catatan awal saya dalam blog ini.. tak mau panjang-panjang lagi dah.. Jam menunjukkan tepat 6.00 petang.. Hari ini hari Khamis pula.. dah terlajak 2 jam setengah kat bilik yang selesa ini .... Nanti ada masa terluang saya akan sambung lagi, dengan catatan lain pula..

TQ




Asri Redha.