Catatan: Mohd Asri Redha
Tujuan utama kursus ini yang di'design' khusus oleh pihak INSPIN adalah untuk memberi kefahaman berkenaan perbedaan antara 'leadership' dan 'strategik leadership' , memberi maklumat dan ciri-ciri yang lebih jelas sebagai seorang pengurus atau pemimpin dan seterusnya pemimpin boleh memikirkan secara lebih analitikal dan menggunakan sepenuhnya konsep-konsep kepimpinan dengan lebih tersusun dan teratur dalam memimpin dan membuat keputusan. Untuk mencapai objektif ini maka kami sebagai peserta kursus didedahkan dengan kajian kes dan diskusi berkenaannya, belajar dari diskusi berkumpulan, ceramah dan lawatan. Jadi tak lah 'boring' sangat kursus ini.. Semua ini adalah untuk memberi input yang terbaik kepada peserta ' how to build, lead and sustain a high performance organisation'
Saya amat memandang tinggi pada pentingnya kepimpinan. Sebagai pemimpin sesebuah
Catatan saya berkenaan lawatan ke Manila dan Makati boleh klik saja kat sini:
http://semangatjati.blogspot.my/2016/04/manila-akhirnya-aku-datang-juga.html
Tarikh: 25 Oktober 2015
Assalaamualaikum WRT.. buat sahabat-sahabat semua... Magandang gabi po.. tu bahasa Phillipina.. atau dlm bahasa inggerisnya ... Good Evening. Kumusta Po Kayo? Apa khabar semua.. Mabuti Po Naman.(saya baik2 saja) ..Saya berdoa semuanya sihat sejahtera dan sentiasa beroleh kebahagiaan.. sama-sama la kita berusaha kearah itu.. kebahagiaan sebenarnya bukannya mudah utk dicapai.. kerana untuk mendapat kebahagian hakiki, kita perlu mendapat kebahagiaan dunia dan kebahagiaan dialam kubur dan alam akhirat nanti.. Nampak bahagia didunia tapi dialam akhirat nanti belum tentu... Saya sendiripun tak dapat bahagia sepenuhnya didunia ini..
Oklah... catatan saya kali ini adalah berkenaan kursus yang saya ikuti di Asian Institute Of Management (AI M) Makati, Phillipina. Bermula 20 Okt 2014 hingga 25 Oktober 2015. Inilah julung-julung kali saya mengikuti kursus di luar negara.. sebelum ni asyik dok menolak sahaja, setiap tawaran yang diberi pada saya. Saya pernah juga mengikut seminar/kongres diperingkat international seperti di Yeosu, Korea Selatan, di Mauritius, di Brussel Belgium dan juga di Paris, France.Tapi hanya sekadar mengikuti perjalanan program sahaja dan mendengar ceramah yang disampaikan. http://semangatjati.blogspot.my/2011/12/mauritius-kenangan-lalu-mengusik-jiwa.html http://semangatjati.blogspot.my/2013/11/triz-future-conference-2013-darts-et.html
http://semangatjati.blogspot.my/2013/11/8th-mayor-silk-road-forum-yeosu-2013.html
Tapi kursus kali ini agak berat sikit, kerana ada 'case study, yang perlu dibincangkan baik secara individu dan berkumpulan... Nasib baik ramai rakan-rakan yang turut hadir petah berbicara dan aktif ambil bahagian.. Kalau macam ni pi kursus luar negeri, sorang-sorang rasanya tak pi dah... bagilah peluang kepada pegawai-pegawai yang muda yang lebih bersemangat dan berkemampuan.. Fasilitator pula bukan calang-calang.. semuanya Profesor yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas.
http://semangatjati.blogspot.my/2013/11/8th-mayor-silk-road-forum-yeosu-2013.html
Tapi kursus kali ini agak berat sikit, kerana ada 'case study, yang perlu dibincangkan baik secara individu dan berkumpulan... Nasib baik ramai rakan-rakan yang turut hadir petah berbicara dan aktif ambil bahagian.. Kalau macam ni pi kursus luar negeri, sorang-sorang rasanya tak pi dah... bagilah peluang kepada pegawai-pegawai yang muda yang lebih bersemangat dan berkemampuan.. Fasilitator pula bukan calang-calang.. semuanya Profesor yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas.
AIM adalah satu2nya pusat Latihan Pengurusan Eksekutif bertaraf antarabangsa di Asia yang terlibat dalam latihan-latihan pengurusan bertaraf dunia. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1968 lagi yang khusus untuk membangunkan program2 latihan eksekutif bagi pengurus-pengurus diperingkat Asia ini. Ianya satu-satunya yang mendapat pengikhtirafan dari US Based Assoc. iaitu Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) . AIM juga telah mendapat pelbagai award diperingkat Asia dan Dunia . Saya amat berbangga kerana telah dapat mengikuti kursus di AIM ini walau hanya beberapa hari sahaja.. Cukuplah dan memadailah tempoh itu untuk saya merasai sendiri berada disebuah institusi pendidikan terkenal di luar negara.
Perbincangan bengkel sblm melontarkan idea & pandangan
Sahabat2 saya ni memang bijak dan hebat2 belaka |
Antara tajuk-tajuk yang diberi ialah.. 'Strategic Leadership', 'Strategik Mangement' ' Leading Change', 'dan Creative Thinking'. Yang beri ceramah dan fasilitatornya adalah Prof N.R Confesor, Prof J.M Luz, Prof Gill Stevens dan Prof R.A Lim ... Memang hebat-hebat tenaga pengajar dan fasilitatornya. Saya tak mahulah cerita panjang fasal isi kandungan kursus ini.. nanti naik bosan pula membacanya. Sayapun bukan reti semua pun .. faham-faham gitu saja. Apatah lagi kemahiran bahasa Inggeris sayapun tau-tau sajalah.. Kursus seperti ini sekurang-kurangnya mengambil masa sebulan baru lengkap kefahamannya.. ni hanya beberapa hari sahaja.. tentunya kalut sikit kerana semua kena dipendekkan silibusnya. Pensyarah hanya beri kunci sahaja. yang lain kena cari sendirilah bila balik Malaysia ni..
"No to illegal gambling"
"No to Smoking"
"No to Smoking"
"No to Illegal Drugs"
"No to Large Scale Mining"
"No to Trans National COorporation-owned Farms"
'No to Genetically Modified Organisms"
"No to Agricultural Chemical Farming"
"No to Plastic Cellophanes"
Semua ini bukan sekadar kata-kata atau slogan, tapi memang telah dilaksanakan dan diikuti dengan penguatkuasaan yang berkesan.. Jadi rasanya teringin sangat saya nak pi melawat tengok municipality ini macamana la keadaanya daerah itu.. betul ka atau tidak betul.. Tapi wilayah ini teletak di pulau lain.. jauh sangat nak pi.. kena ator waktu lain.. Adakah kemampuan kita di Malaysia nak buat seperti ini...kena saman bela anjing tak ada lesen pun rioh satu Malaya..
Namun rasanya betul kut berdasarkan Municipality ini pernah mendapat anugerah kecemerlangan seperti TOP 10 Most Outstanding LGU'S in the Philippines 2010, Peace Weaver Awardee 2013, Seal Of Good Housekeeping 2012, Red Orchid Awardee for 100% Tobacco Free Municipality, Kabalikat National Awardee 2013, Winner 2012 : One World Award (OWA) German. Sudah tentunya semua nya dicapai melalui kepimpinan terbaik yang ditunjukkan oleh Mayor ini bersama-sama anak-anak buahnya...
Saya amat memandang tinggi pada pentingnya kepimpinan. Sebagai pemimpin sesebuah
organisasi , cabaran adalah amat besar. Bukan semua orang boleh menjadi pemimpin yang berkesan. Awal-awal lagi saya akui, saya bukan seorang pemimpin yg menepati segala ciri-ciri.. hanya pemimpin biasa-biasa sahaja. Pemimpin kena merasa bertanggungjawab akan kejayaan atau kegagalan organisasi yang dipimpinnya. Mereka mempunyai pilihan bagi melaksanakan sesuatu, mereka boleh menentukan keutamaan, menumpukan perhatian kepada kekuatan serta mengarahkan masa dan tenaga hanya kepada perkara yang boleh menguntungkan organisasinya. Hebat tu.. bukan senang nak buat semua itu kalau tidak mempunyai ilmu dan pengalaman yang secukupnya.. Sebab itu setengah pemimpin sentuhannya cukup menjadi dan setengahnya pula tak menjadi.. ini bergantung kepada cara pemikirannya dan pengalamannya serta risiko yang bijak ditangani. Kursus yang saya hadhiri ini sekurang-kurangnya memberi input berguna kepada saya dan sahabat2 untuk memimpin organisasi saya...
Saya juga mula memikirkan tentang mengujudkan kepimpinan peringkat pertengahan atau bawahan, dimana saya menganggapkan semua orang disemua peringkat jawatan dalam organisasi adalah pemimpin. Tidak semestinya jadi boss besar baru boleh memimpin. Untuk ini mungkin INSPIN boleh aturkan pula kursus berkenaan 'The 360 degree Leader' . Saya rasa kursus seperti inipun penting juga dalam membangunkan organisasi kearah lebih cemerlang. Barulah staf peringkat pertengahan atau bawah tahu yang mereka juga penting dan boleh menjadi pemimpin yang lebih luas ruang lingkupnya. Macamana nak jadi pemimpin seperti ini, mungkin boleh diajarkan konsep .'Pemimpin 360 Darjah' ini dan pendekatan yang diperkenalkan oleh John Maxwell ini. INSPIN pernah buat kursus ini sebelum ini.. mungkin boleh atorkan lagi .. ini catatan saya berkenaan kursus ini.. kalau minat membaca klik saja kat situ..
http://semangatjati.blogspot.my/2009/05/360-degree-leader.html
http://semangatjati.blogspot.my/2009/05/360-degree-leader.html
Ok, untuk tajuk ini saya rasa cukup setakat ini dulu.. Ada lagi sambungan cerita ini, terutama lawatan-lawatan yang dibuat disekitar Kotaraya Metro Manila ini.. Banyak pengalaman dan idea boleh dikongsi bersama.. Tunggu ya cerita selanjutnya...
Maraming Salamat
Maraming Salamat
Catatan saya berkenaan lawatan ke Manila dan Makati boleh klik saja kat sini:
http://semangatjati.blogspot.my/2016/04/manila-akhirnya-aku-datang-juga.html