BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Tuesday, December 8, 2015

Redha SahajA Ya Dengan Ketentuan Allah SWT : Catatan Perjumpaan YB SUK Dengan Semua Pegawai Tadbir Negeri Kedah

Catatan : Mohd Asri Redha.
Tarikh:   01 Disember 2015


Assalaamualaikum WRT.. dan salam bahagia buat sahabat-sahabat yang sudi membuka baca catatan saya dalam blog ini.  Sekali-sekala timbullah catatan saya dalam blog ni..  tak banyak kesempatan masa untuk menulis dengan semewah-mewahnya. Saya dihambat waktu yang terhad dan tanggungjawab yang perlu diutamakan. Tanggungjawab ini sebenarnya bukan setakat dipejabat sahaja, ianya juga terlibat yang diluar pejabat.. itu yang jadi banyak tu..   Kalau setakat kerja dipejabat semata-mata rasanya tak lah berapa masalah sangat...  Saya tulis inipun bukan ada sapa-sapa suruhpun. saja tulis-tulis, apa yang saya ingat ditambah sikit sebanyak ulasan dan pandangan sesedap rasa saya.. Inipun ambil masa juga tu nak taip.. bukan ada fasal apapun.. tapi itulah.. jari ni gatal nak menaip juga ,  jadi taip pilah sikit-sikit..

Kalau orang suruh buat atau tulis bukan nak jadi... baru2 ni saya diminta tolong tulis draf ucapan SUK untuk Majlis Malam Mesra KCS, punya la puas dok memikir nak tulis apa.. tulis untuk ucapan depan raja pula tu. Saya bukan pandai tulis bab-bab yang ada nilai akademik dan bahasa berbunga-bunga..  mengaji pun tak tera mana.. dah hantar draf tu, tak tau lah nak pakai atau tidak draf yang saya coretkan itu... tak kisahlah nak guna atau tidak.  saya tidak kisah sangat... hanya itu yang dapat saya fikirkan cara-cara saya..  

Oklah, baru-baru ini saya dan semua KCS telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Semua KCS dengan YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Dato' Bakar b. Din. bertempat di Blok E, Wisma Darulaman, Alor Setar. Inilah perjumpaan pertama secara rasmi yang dibuat oleh YB. SUK dengan semua Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah DA.. Sudah tentu saya dan lain-lain rakan KCS teruja untuk hadhir dan mengetahui apakah yang hendak dikatakan oleh YB SUK baru ni. Maklumlah sebagai SUK yang baru, tentunya beliau ada perkara yang hendak disampaikan dan apa perkara yang beliau hendak semua pegawai KCS ikuti dan patuhi serta laksanakan . Setiap SUK pastinya ada pandangan tersendiri dalam isu-isu tertentu, ada perancangan tersendiri, ada harapan tersendiri, ada cadangan tersendiri, ada pemikiran tersendiri, ada misi dan visi sendiri dalam menguruskan organisasinya. Sudah tentunya semuanya itu adalah untuk kebaikan dan kecemerlangan organisasi itu sendiri..

Saya tak maulah cerita panjang , sekadar saya coretkan sedikit sebanyak apa yang saya sempat rekod, dalam ucapan YB Dato' Bakar Din SUK  untuk ingatan diri saya dan sahabat-sahabat yang ingin ambilnya sebagai satu  panduan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing di organisasi masing-masing. Saya sekadar mengambil isi-isi penting dan disertai ulasan-ulasan saya sendiri. Mungkin ulasan saya berdasarkan pandangan saya sendiri sahaja dan mungkin tidak sama dengan pandangan sahabat lain dan mungkin  tidak dapat diterima oleh orang lain.. itu terpulanglah.. Bagi saya apa yang dicakapkan  dan dinasihatkan oleh boss saya ini amat berbetulan dan itulah yang selalu saya catat tulis dalam blog saya yang terdahulu berkenaan KCS. Kalau sesiapa rajin melayarinya akan terjumpa macam-macam saya cerita fasal KCS ini. Semuanya hanya sekadar untuk kebaikan saya dan kita semua juga dan tidak ada apa-apa perkara disebaliknya... di penghujung catatan saya ini ada saya sertakan pautannya jika saudara-saudara saya  berminat membacanya...

RASIONAL DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

YB. SUK menekankan kepada pentingnya semua KCS kena rasional dalam membuat sesuatu tugas dan tanggungjawab. Apa-apa kerja yang dibuat janganlah dibuat diluar dari kebiasaan yang sepatutnya.  Kerana apa-apa yang dibuat diluar kebiasaan akan menimbulkan kejanggalan dalam pentadbiran.. dan menimbulkan persoalan-persoalan dari orang awam dan kepimpinan negeri.  Ini memberi kesan kepada kerajaan negeri sendiri dan juga kepada imej KCS keseluruhannya akan tercalar akibat perbuatan pegawai yang tidak rasional dalam melaksanakan tanggungjawab seharian. Luar kebiasaan yang membawa kesan positif ok juga tapi yang masalahnya luar kebiasaan yang membawa kesan dan imej yang negatif... susah juga nak cerita ni apa itu pekerjaan luar dari kebiasaan

JALINAN HUBUNGAN BAIK DENGAN PIHAK LUAR

Memandangkan saya dan lain rakan-rakan KCS memilih jawatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah ini, maka tidak dapat tidak semua KCS kena bijak menjalinkan hubungan dengan kepimpinan negeri dan negara. Menjalin hubungan erat dengan kepimpinan tertinggi memerlukan skill individu yang tersendiri. Semua pegawai tidak boleh lari dari hubungan ini, terutamanya dengan semua ahli-ahli politik baik pihak kerajaan dan pihak pembangkang, ADUN, YAB Menteri Besar Kedah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah DA, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dalam Negeri Kedah DA. Dengan adanya hubungan erat seperti ini , ianya akan memudahkan lagi setiap pegawai KCS menjalankan tugas seharian.  Sebagai Pegawai KCS yang pada akhirnya nanti akan memegang jawatan-jawatan kanan dalam kerajaan negeri Kedah sudah tentu memerlukan kerjasama dan pertolongan dari lain-lain organisasi baik jabatan kerajaan atau NGO. Tanpa kerjasama dari semua pihak sudah tentu agak sukar pegawai-pegawai menjalankan tugas. Untuk mendapat kerjasama inilah yang saya kata sebelum ini setiap KCS kena ada skill dalam menjalinkan hubungan.

HUBUNGAN KCS DENGAN INSTITUSI KESULTANAN KEDAH

YB SUK juga menyentuh hubungan KCS dengan Institusi Kesultanan Kedah.  Beliau menekankan bahawa semua KCS kena dan wajib  mengenali dan mengetahui berkenaan kesultanan Kedah ini, terutama dengan 'Kedah Royal Family' . Tidak kira samada pegawai KCS tersebut dari luar bandar atau bandar, semua KCS perlu menjalinkan suatu hubungan yang sesuai dengan pihak istana. Ini merupakan salah satu tugas utama seorang Pegawai KCS. Sebab itu bila apa-apa berlaku berkenaan kesultanan  Kedah, semua pegawai KCS terlibat dalam mengambil bahagian dan peranan. KCS tidak boleh lari dari tanggungjawab tersebut.  Contoh yang mudah diambil oleh SUK ialah hal-hal berkaitan dengan Sambutan Ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah, Kemangkatan, Perkahwinan DiRaja, Protokol, Perasmian2 Majlis yang melibatkan Tuanku Sultan dan Kerabat di Raja, dan perkara-perkara yang seumpama itu, Ada peranan KCS disitu, Pandai-pandailah  pegawai KCS mengambil peranan dan tanggungjawab dalam hal-hal berkaitan itu. Begitu juga jika melibatkan  isteri Pegawai KCS terlibat, maka kenalah terlibat juga bukannya tidak membenarkan isteri mengambil bahagian dalam apa-apa program yang memerlukan kehadiran isteri pegawai.. Beliau sendiri telah melihat ada kecenderongan pegawai-pegawai KCS yang langsung tidak membenarkan isteri untuk terlibat dalam aktivti-aktiviti rasmi dan tidak rasmi yang melibatkan Tuanku Sultan dan Kerabat. Penglibatan isteri ini bukan sahaja dalam aktiviti yang melibatkan istana, tapi juga dengan jabatan dan orang awam yang melibatkan kehadiran isteri pegawai KCS..

'TEAM BUILDING'

Dalam organisasi tidak boleh ada kumpulan-kumpulan yang bertentangan yang boleh mengurangkan kekuatan sesuatu organisasi itu. Dalam 'contact' Pegawai Tadbir Negeri Kedah, perkara inipun diberi perhatian oleh YB SUK. Kalau ada conflict sesama pegawai, sudah tentu ianya akan menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan sesama pegawai. Ikatan persaudaraan semakin longgar dan jauh. Keadaan ini akan menyebabkan KCS tidak ada kekuatan dalam menerajui  atau memperjuangkan sesuatu isu atau kebajikan pegawai. Semua anggota dalam Pegawai Tadbir Negeri Kedah kena bersatu dan bekerjasama baik antara satu sama lain. Jika ini ujud ianya akan mengujudkan keharmonian dan kekuatan yang terbaik dalam organisasi  itu. Barulah Pegawai Tadbir Negeri Kedah disegani dan dihormati baik mana-mana organisasi luar, kepimpinan politik, pihak istana dan rakyat.

PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN

Sebagai pegawai tadbir dan sebagai pegawai kerajaan, tanggungjawab utama adalah untuk memuaskan semua pelanggan-pelanggan dimana Pegawai KCS itu bertugas.  Ini termasuklah orang politik, para kontraktor,  pemaju perumahan, para pekilang, peniaga-peniaga baik kecil atau besar, petani, pelancong, dan segala-galannya sesiapa sahaja yang berurusan dengan Jabatan-Jabatan Negeri. Yang penting ialah kita kena mempermudahkan segala urusan mereka. Jika segalanya mengikuti peraturan, undang-undang dan prosedur, tidak ada sebab untuk Pegawai Tadbir  Negeri melengah-lengahkan  sebarang permohonan dan kelulusan atau apa-apa sahaja yang perlu. Semua KCS kena ada 'Business Friendly" membantu sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita.  Tidak boleh ada rasa cemburu akan kejayaan pelanggan-pelanggan yang berurusan malahan sepatutnya membantu lagi macam mana untuk meningkatkan lagi kejayaan pelanggan yang berurusan. Pegawai Tadbir Negeri Kedah kena lihat dari sudut yang lebih luas kerana kejayaan pelanggan-pelanggan akan memberi kesan kepada negeri Kedah itu sendiri dari segi kerancakan ekonomi negeri, meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat,  rakyat dapat hidup dengan sejahtera, pendapatan kerajaan negeri akan meningkat , meningkatkan lagi pelaburan luar dinegeri Kedah , menggalakkan lagi sektor pelancongan tempatan dan segala yang berkaitan baik-baik belaka... Pegawai KCS telah diberi ganjaran dari segi gaji dan elaun-elaun yang sudah mencukupi, jadi laksanakanlah tugas dengan sebaik mungkin.
.
KECEKAPAN MENJALANKAN TUGAS

Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada rakyat, YB SUK menyarankan supaya semua KCS meningkatkan lagi kecekapan dalam aspek kerja berkaitan. Kalau pegawai tidak cekap , ianya akan memberi kesan kepada produktiviti jabatan-jabatan itu sendiri. Sebab itu banyak juga berlaku kelambatan dalam menguruskan sesuatu urusan yang memberi imej yang tidak baik kepada KCS itu sendiri. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan semua Pegawai Tadbir Negeri meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang kerja yang berkaitan.  Meningkatkan ilmu tidak semestinya hanya berusaha mengambil Sarjana tetapi juga ilmu-lmu lain yang boleh mempertingkatkan tahap kecekapan pegawai. Tidak ada makna mempunyai ijazah sarjana atau ijazah yang lebih tinggi tapi tidak memberi manfaat kepada kerja harian pegawai dan pegawai tidak berdisiplin. Niat itu amat penting. Kalau hanya niat untuk mendapatkan ganjaran tambahan akibat mempunyai ijazah tambahan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Peningkatan kecekapan dan produktiviti perlu seiring dengan peningkatan dengan tahap ijazah yang dimiliki  seorang pegawai KCS.  Dalam hal ini program mensarjanakan semua Pegawai Tadbir Negeri ini akan diteliti semula supaya ianya memenuhi keperluan sebenar dan hasil yang lebih baik serta memberi manfaat secara langsung kepada pentadbiran negeri Kedah.

MELIHAT DENGAN MATA HATI

Kebanggaan YB SUK lebih kepada Pegawai KCS yang berkhidmat dengan lebih cemerlang, berintegriti,  menghasilkan produktiviti yang tinggi, berdisiplin dan cekap dalam menjalankan tugas. Bagi beliau orang-orang yang memiliki ciri-ciri ini akan lebih mampu melihat sesuatu isu itu dengan lebih rasional dan melihatnya dengan lebih mendalam tidak sekadar tengok dan buat keputusan/ pendirian atau pandangan . Kata beliau kena tengok dengan ' MATA HATI' .. susah juga nak cerita fasal melihat dengan 'MATA HATI'.. tapi saya ada dengar kata ini masa SWCorp buat program kat Pendang pada awal tahun ini...  ni saya  pautkan catatan tersebut :  ..http://semangatjatinewcity.blogspot.my/2015/06/tahniah-taman-sri-merbok-pendang.html

MENJADI CONTOH TERBAIK YG MENJADI IKUTAN : BERINTEGRITI, BERDISIPLIN

Sebagai Pegawai Tadbir Negeri , sepatutnya ianya menjadi 'Role Model' pada rakyat dan kakitangan bawahan.  Tahap integriti perlu tinggi dan telus dalan sebarang urusan pekerjaan harian. YB SUK tidak mahu ada dikalangan pegawai KCS ini tahap integritinya dipertikaikan. Jika rakyat dan kepimpinan atasan hilang kepercayaan kepada pegawai yang tidak berintergriti, sudah tentu ianya sukar melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Perkara yang lepas sepatutnya menjadi sejarah dan ianya tidak sepatutnya berulang lagi. YB SUK memohon supaya isu integriti ini diberi perhatian yang utama dan laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin tanpa ada apa-apa kepentingan diri.



PERTIMBANGAN YANG SAKSAMA

Sebagai Pegawai Tadbir Negeri yang berilmu, sudah tentu sebarang isu dan masalah perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Pegawai tidak boleh membuat satu 'conclusion' dengan hanya mendapat maklumat yang mudah dari internet atau media-media atau dari  sesiapa sahaja. Sebagai pegawai, ianya perlu dikaji, diteliti, dinilai dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan. Apa yang berlaku sekarang ini kadang-kadang hanya persepsi sahaja. Persepsi ini kadang-kadang tidak betul pun..  Tapi oleh kerana semua orang membuat tanggapan dan andaian yang serupa, persepsi ini lama-lama dianggap betul. Jadi sewajarnya eloklah pegawai KCS mengelakkan diri dari terbabit sama dalam isu-isu yang kita sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

KERJAYA DALAM KCS - REDHA DENGAN KETENTUAN 

Saya tertarik dengan ucapan YB. SUK berkenaan  kerjaya dalam KCS. Beliau menekankan peluang kerjaya dalam KCS memang cerah dan memang ada ruang-ruang untuk peningkatan kerjaya pegawai KCS, terutamanya peluang kenaikan pangkat. Semua pegawai KCS berpeluang untuk kenaikan pangkat. Namun begitu dalam urusan kenaikan pangkat ini semua Pegawai KCS kena redha dengan ketentuan Allah SWT. Rezeki itu ditangan Allah SWT. Banyak pertimbangan-pertimbangan yang diambil kira oleh pihak yang berkuasa dalam hal ini. Jadi biarkanlah mereka menjalankan tugas mereka dan KCS menjalankan tugas seperti biasa. Urusan rezeki dan kenaikan pangkat hanya Allah SWT yang menentukannya.

BELANJA BERHEMAH 

Menyedari keadaan kewangan kerajaan negeri yang agak terhad, YB SUK mengingatkan semua Pegawai Tadbir Negeri supaya memberi perhatian kepada hal-hal pengurusan kewangan jabatan. Apa yang penting bagi jabatan yang membelanjakan kewangan ianya perlu berhemah dalam berbelanja, tidak membazir dan tidak terlalu mewah dalam menguruskan acara-acara rasmi jabatan. Yang penting hasrat dan matlamat sesuatu program tercapai. Bagi beliau tidak perlu berbelanja dengan begitu mewah untuk sesuatu aktiviti yang diator. Semua Ketua Jabatan dan Pegawai KCS perlu meneliti semula program-program yang dilaksanakan terutama dari segi perbelanjaan yang tidak perlu. Ada banyak ruang-ruang untuk penjimatan yang boleh diamalkan yang selama ini diabaikan. Segala aset kerajaan yang ada perlu digunakan sepenuhnya berbanding asyik menyewa sahaja selama ini seperti penggunaan alat siaraya, khemah, hiasan, kenderaan, pengiklanan  dan seumpamanya. 

Bagi ketua jabatan atau KCS yang berada dijabatan yang mencari hasil, pendekatan kreatif, proaktif serta kesungguhan bekerja perlu ada pada semua anggota. Ini adalah untuk memastikan hasil dapat dikutip semaksima mungkin yang boleh meningkatkan pendapatan kerajaan negeri Kedah..

PUSPANITA

Secara automatik apabila seseorang itu menjadi Pegawai Tadbir Negeri Kedah, maka isteri sepatutnya terlibat dalam PuspanitA. Namun pesanan YB SUK, aktiviti dalam PUSPANITA jangan pula keterlaluan hingga tugas rasmi terpaksa diabaikan. Yang penting bersederhana dalam aktiviti dan aktiviti PUSPANITA tidaklah dipandang lekeh sangat . Jadi beliau mohon supaya semua isteri KCS kena terlibat dalam PUSPANITA termasuk KCS wanita. Banyak aktiviti yang boleh diatorkan. Kejayaan aktiviti PUSPANITA sebenarnya memberi imej yang amat baik juga kepada KCS dan kerajaan negeri. Oleh kerana pegawai memilih jawatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah maka perkara ini tidak boleh lari lagi. Kalau nanti ada KCS menjadi Pegawai Daerah secara automatiknya isteri beliau akan menjadi Pengerusi PUSPANITA Daerah tersebut. Mahu atau tidak mahu maka itulah yang kena dipatuhi. Tidak ada alasan untuk tidak membenarkan isteri terlibat dalam PUSPANITA. Begitu juga dengan majlis-majlis rasmi yang memerlukan isteri KCS menjadi pengawai pengiring dan sebagainya,, maka kenalah pergi dan dan tidak cuba mengelak lari dari tanggungjawab tersebut.  

Ok lah.. rasanya cukup saja setakat itu catatan-catatan saya berkenaan perjumpaan tersebut dengan ulasan dan pandangan saya.. Oh ya..  ada juga dalam sessi soal jawab dibangkitkan dengan penempatan KCS dalam GLC dan juga kenaikan pangkat pegawai ikut merit tidak ikut senioriti.. Saya berpandangan dalam soal kenaikan pangkat ini, tidak berapa nak kisah sangat. Siapa yang layak berilah tempat yang sesuai walaupun terpaksa langkau kawan-kawan yang lebih senior. Saya lihat dikalangan junior saya juga ada beberapa orang sahabat yang berpotensi besar untuk menjawat jawatan-jawatan yang lebih tinggi walaupun terpaksa melepasi rakan yang lebih senior termasuk saya.. Saya rasa dikalangan KCS yang lebih 50 Tahun keatas ni, semuanya sudah berpengalaman lebih 25 tahun dah.. nak cari pengalaman macam mana lagi.. Cumanya pegawai tersebut kenalah tunjukkan dulu kehebatanya  dan kemampuan serta kelebihannya dalam tugas-tugas yang dilaksanakan. Tidak akan ada sesiapa yang akan mempertikaikan pemilihan itu jika yang dipilih adalah terbukti layak, bukan kenaikan pangkat itu disebabkan oleh kenal orang itu ini, baik dengan orang itu ini dan sebagainya. Begitu juga penempatan KCS dalam GLC, itu kerajaan negeri yang buat keputusan. Namun begitu jika ada Pegawai KCS yang memang berkelayakan ilmu dan pengalamannya rasanya tidak ada masalah pihak kerajaan mempertimbangkannya. Sepertimana kata YB SUK, KCS yang berada dan sedang memegang jawatan di GLC kenalah tunjukkan kehebatan mereka menguruskan GLC tersebut dengan cemerlang dan tentunya lebih mencabar bertugas di situ, kerana produktivitinya dilihat atau disukat dalam bentuk ringgit dan sen. 

Ok itu saja celoteh saya..  kalau tersilap kata mohon keampunan.. tak ada  niat untuk menyinggong hati dan perasaan sesiapa, hanya sekadar sedikit sumbangan rekod untuk ingatan saya yang masih banyak kekurangan ini...... Jumpa lagi...

Link tambahan pada yang berminat nak baca fasal KCS ni....





Wednesday, November 4, 2015

Selamat Bertugas YB Dato' Hj Bakar Din & YB Dato' Hjh Sepiah Isa .. Cabaran Besar Sedia Menanti..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 04 November 2015

Assalaamualaikum WRT..  dan Selamat Malam..  kalau baca waktu malam.. Hari ini sudah masuk bulan November 2015.  Pejam celik pejam celik, sudah hampir penghujung tahun 2015. Umur kitapun semakin meningkat... Masa berlalu dengan semakin ganas... dia tidak kira siapa.. tidak ada siapa boleh menahannya...  kita pun semakin hari semakin mendekati kematian..  sesuatu yang pasti, cuma bila dan dimana hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui...Jadi kita teruskan hidup kita menghabiskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki ini untuk mencari bekalan dihari tua dan bekalan di alam selepas kematian kita.

Ok.. saya nak cerita apa hari ini. Pagi tadi saya menghadiri Istiadat Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang baru di Istana Anak Bukit. Nak lantik 2 orang pegawai tertinggi ini kena buat Istiadat Khas dan hanya Sultan Pemerentah sahaja yang boleh beri tauliah jawatan itu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah. Sebab itu saya kata hari ini menjadi sejarah...   Sudah tentu menjadi sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh yang menyandangnya..

Tahniah saya ucapkan kepada YB Dato' Hjh Sepiah bt Isa yang telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang baru. Beliau telah memecah tradisi Pegawai Tadbir Negeri Kedah wanita yang pertama memegang jawatan tersebut. Inipun satu sejarah juga kepada  Negeri Kedah. Ia akan terpahat begitu sampai bila-bila... Ini membuktikan sesiapa sahaja boleh menjawat jawatan tersebut tanpa mengira jantina asalkan berkemampuan dan layak.

YB Dato' Hjh Sepiah Isa beza umur lebih kurang  3 tahun sahaja dengan saya.. Belajar juga di Sekolah Menengah Dato Syed Omar  (SMDSO).. sekolah saya juga tu. Lepas tu masuk UKM.. Sayapun masuk  belajar kat UKM  juga.  Hebat-hebat juga pelajar-pelajar dari SMDSO ni. YB SUK baru juga dari SMDSO.. Sekadar beberapa nama yang dapat saya berikan ini seperti Menteri Pendidikan Malaysia Dato Seri Mahdzir Khalid juga dari SMDSO,. Dato' Seri Shukri Abdul, Timbalan Ketua Pengarah SPRM juga bekas pelajar SMDSO.. En. Adnan ..Pengarah Kemas Negeri Selangor, Dato Azemi Kassim Mantan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia,  Dato' Azimi Daim Setiausaha Politik YAB Menterb Besar Kedah dan banyak lagi kalau kita rajin selidik-selidik.. Cuma saya saja yang tidak terkenal lagi..  Tapi saya amat berbangga belajar di SMDSO yang banyak merubah kehidupan saya walaupun mengaji tidaklah cemerlang sangat. . Ada banyak lagi tokoh-tokoh besar yang belajar di SMDSO ni yang tak dapat saya catatkan disini.. Tentu ada sesuatu yang unik juga kat SMDSO ni.. Kena kaji ni..

Saya pernah bekerja bersama Dato' Hjh Sepiah sebanyak 2 kali. Pertama sewaktu saya dan beliau bertugas di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah sebagai Penolong Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah (Bahagian Pengambilan Tanah) . Saya masih ingat lagi bukan setakat kerja di bahagian yang sama tapi juga pernah ditempatkan dalam bilik yang sama.. Kami syer 3 orang dalam satu bilik. Dekat 2 tahun juga kami  bekerja dalam bilik yang dikongsi  begitu di Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar dan juga di Bangunan Wan Mat Saman. Mungkin bunyinya pelik, tapi itulah keadaannya. Kerusipun hanya kerusi kayu yang tak boleh berpusing-pusing  dan bergerak-gerak.  Itupun guna bekas orang punya,  Mungkin pegawai-pegawai baru sekarang ni, tak merasai macam mana yang kami rasa waktu tu.. Tak dak sapa ambil kisah. Nak minta kat CC pun takut waktu tu.. Seorang lagi pegawai yang kini telah berpencen ialah Puan Halijah Ibrahim... Masa di PTG (Bahagian Pengambilan) kami bertiga keluar bersama ke daerah-daerah menguruskan perbicaraan pengambilan balik tanah. Selalunya kereta saya yang jadi mangsa walaupun pakai kereta 'second hand' dan 'aircond' kereta pun selalu rosak.. depa naik juga.   Banyak perkara yang saya belajar dari mereka berdua kerana waktu itu saya memang junior sangat-sangat, kerana itulah jawatan pertama saya sebagai KCS.



Kali kedua saya bekerja bersama beliau ialah sewaktu bertugas di Pejabat Daerah Kota Setar. Waktu itu YB Dato' Hjh Sepiah berjawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pembangunan) dan saya pula bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pembangunan). Banyak cabaran sewaktu saya bersama beliau bertugas di Pejabat Daerah Kota Setar. Pernah satu ketka Kerajaan Persekutuan beri peruntukan  lebih dari RM21 juta untuk melaksanakan projek 'Pre-Emptive' iaitu pelaksanaan projek-projek kecil luar bandar yang melibatkan 3 kawasan parlimen. Dulu dekat2 nak pilihanraya memang banyak peruntukan turun. Dengan segala kekurangan pegawai  teknikal yang ada serta kewangan yang terhad, akhirnya berjaya juga dilaksanakan dengan sempurnya... Pada waktu itu juga YB Dato' Hjh Sepiah sedang menjalani rawatan penyakit yang agak kronik juga waktu itu.. Walau bagaimanapun segalanya berjalan lancar dan selesai menepati waktu yang ditetapkan.. Itulah antara pengalaman-pengalaman saya bersama YB Dato' Sepiah.

YB Dato' Hj. Bakar Din telah dilantik sebagai  Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baru. Tahniah saya ucapkan kepada beliau yang telah berjaya menyandang jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri Kedah. Beliau memang berpotensi besar. Sejak awal lagi saya boleh menjangkakan yang beliau pasti akan jadi SUK suatu hari nanti dengan  melihat cara beliau bekerja, sifat amanahnya, ketelitiannya, pergaulannya dan memiliki kelayakan akademik yang tinggi. Beliau juga merupakan lepasan dari Sekolah Menengah Dato Syed Omar, Alor Setar..  Jadi tahniah kepada SMDSO kerana 2 orang pegawai paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kedah adalah murid didikan SMDSO.

Saya pernah bertugas bersama YB Dato Hj Bakar Din  ketika beliau menjawat jawatan Pegawai Daerah Langkawi dan saya pula bertugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi (Pembangunan). Memang senang sekali bertugas dibawah beliau. Sayapun jarang sangat bersemuka dengannya waktu kerja kecuali bila ada keperluan.  Apa yang penting buat kerja yang dipertangungjawabkan. Beliau menanam kepercayaan yang tinggi kepada saya dan sebab itu saya mudah untuk bekerja dengannya. Prinsip saya mudah sahaja, kalau orang sudah menanam kepercayaan kepada kita, maka kita kenalah laksanakan tanggungjawab yang ada itu dengan baik. Jangan  kita  hancurkan kepercayaan itu dengan membuat perkara-perkara yang boleh merosakkan kepercayaan orang kepada kita.

Semasa di Langkawi inilah saya beersama Dato Hj Bakar terlibat dalam pilihanraya umum ke 12 (Mac 2008)  dimana keputusan keseluruhan pilihanraya tersebut menyebabkan Kerajaan Negeri yang sejak merdeka ditunjangi oleh Barisan Nasional jatuh ke tangan Kerajaan Pakatan Rakyat walaupun diperingkat Persekutuan masih kekal pada Barisan Nasional .. Jadi bayangkanlah , segala perancangan dan pembangunan yang diatur kena diselaraskan balik untuk disesuaikan dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ni..

Keduanya semasa beliau bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri, saya bertugas sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah.. Saya  dah tahu style beliau cuma kali ini jawatan beliau lebih tinggi dan lebih berkuasa.. Jadi saya kena pandai-pandai bawa diri. Tapi saya tidak lama bersama beliau di Pejabat Kewangan Negeri, hinggalah saya ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Bandar Baharu.

Dulu saya kerap mengikuti aktiviti KCS senior pi camping dalam hutan.. antara  tempat yang pernah pergi ialah di Empangan Nami, Empangan Pedu, Datai (Waktu Datai Langkawi tak ada jalan masuk lagi. Kena pi melalui laut) dll lagi. Dato Bakar ni adalah salah seorang ahli tetap dalam group camping ni.. macam saya juga.. pi ikut saja. Orang lain keluar pi memburu rusa, pelandok atau kijang. Kami dok kat khemah sahaja. Tugas yang diberi pada Dato Bakar ini ialah sebagai tukang masak. Dan memangpun dia pandai bab-bab tu..  la ni tak tau lah.. kat rumah tu dia dok masak tak..  Datin tak pernah cerita lagi la kat saya... Saya ni pi tumpang bagi ramai sahaja.. dan kadang main peranan  buat bising halau kijang/rusa pi ke suatu sudut untuk mudah ditembak oleh mereka yang ada senapang. Antara KCS pencen yang selalu join ialah Aruah Dato Abdul Rahman, Aruah Pak Lang Dato Rahman, Tuan Mihat Shaari, Dato' Hj Hashim Ahmad (Pak Long), Dato' Mat Rejab  dll lagi. La ni dah tak ada macam tu lagi.. La ni hiboran cara lain..

Kedah memang hebat hari ini kerana pasangan kepada YB Dato' Bakar Din ini juga bukan calang-calang orang. Isterinya orang kuat Kementerian Pelajaran. Beliau ialah Datin Hjh Azuyah bt Hassan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. Memang hebat kan.. Datin Hjh Azuyah ni rakan Facebook saya yang aktif dan selalu juga mengikuti catatan-catatan dalam blog saya  Saya juga kagum dengan pendekatan mesra Pengarah Pelajaran Kedah ini, dan semoga Kedah akan kembali menonjol dalam pendidikan dan pelajaran dengan memberikan keputusan-keputusan  yang lebih cemerlang lagi dalam setiap peperiksaan ... Mungkin SPM yang sedang diambil oleh pelajar-pelajar sekarang ini akan membuahkan sesuatu yang terbaik kepada negeri Kedah.. Kita tunggu dan lihat keputusannya tahun depan.

Oklah.. rasanya cukuplah catatan ringkas saya kali ini.. hari dah lewat malam ni..  matapun sudah letih.. sekarang ni tak boleh nak menaip dan merenung komputer lama-lama.. mata sudah lesu dan letih serta sakit...  Jadi biar saja saya berhenti kat sini dulu dan perlu tidor untuk merehatkan otak dan mata saya ni serta juga jari-jari yang sudah banyak bekerja menggodam punat-punat keyboard ini. Catatan panjang dgn segala sampah sarap  bualan yang terkandung didalamnya ini akan saya postkan sekarang ini.. Malas sudah nak semak balik, mungkin akan ada ayat-ayat dan bahasa yang celaru-celaru sikit.. Apa-apapun boleh faham kira ok la.

.. Terima kasih kerana membaca sampai habis catatan saya ni..... Bye

Asri Redha..............................
1.15 pagi .. Khamis 05 Nov.15
TeratakKasih...........................



Monday, October 26, 2015

'Strategic Leadership Course'.... Melahirkan Pemimpin Masa Depan Yang Lebih Cemerlang

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 25 Oktober 2015

Assalaamualaikum WRT.. buat sahabat-sahabat semua...  Magandang gabi po.. tu bahasa Phillipina.. atau dlm bahasa inggerisnya ... Good Evening. Kumusta Po Kayo? Apa khabar semua.. Mabuti Po Naman.(saya baik2 saja) ..Saya berdoa semuanya sihat sejahtera dan sentiasa beroleh kebahagiaan.. sama-sama la kita berusaha kearah itu.. kebahagiaan sebenarnya bukannya mudah utk dicapai.. kerana untuk mendapat kebahagian hakiki, kita perlu mendapat kebahagiaan dunia dan kebahagiaan dialam kubur dan alam akhirat nanti.. Nampak bahagia didunia tapi dialam akhirat nanti belum tentu... Saya sendiripun tak dapat bahagia sepenuhnya didunia ini.. 

Oklah... catatan saya kali ini adalah berkenaan kursus yang saya ikuti di Asian Institute Of Management (AI M)  Makati, Phillipina. Bermula 20 Okt 2014 hingga 25 Oktober 2015. Inilah julung-julung kali saya mengikuti kursus di luar negara.. sebelum ni asyik dok menolak sahaja, setiap tawaran yang diberi pada saya.  Saya pernah juga mengikut seminar/kongres diperingkat international seperti di Yeosu, Korea Selatan, di Mauritius, di Brussel Belgium dan juga di Paris, France.Tapi hanya sekadar mengikuti perjalanan program sahaja dan mendengar ceramah yang disampaikan.    http://semangatjati.blogspot.my/2011/12/mauritius-kenangan-lalu-mengusik-jiwa.html     http://semangatjati.blogspot.my/2013/11/triz-future-conference-2013-darts-et.html
http://semangatjati.blogspot.my/2013/11/8th-mayor-silk-road-forum-yeosu-2013.html
Tapi kursus kali ini agak berat sikit, kerana ada 'case study, yang perlu dibincangkan baik secara individu dan berkumpulan... Nasib baik ramai rakan-rakan yang turut hadir petah berbicara dan aktif ambil bahagian.. Kalau macam  ni pi kursus luar negeri, sorang-sorang rasanya tak pi dah... bagilah peluang kepada pegawai-pegawai yang muda yang lebih bersemangat dan berkemampuan.. Fasilitator pula bukan calang-calang.. semuanya Profesor yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas. 

AIM adalah  satu2nya pusat  Latihan Pengurusan Eksekutif bertaraf antarabangsa di Asia  yang terlibat dalam latihan-latihan pengurusan  bertaraf dunia. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1968 lagi yang khusus untuk membangunkan program2 latihan eksekutif bagi pengurus-pengurus diperingkat Asia ini.  Ianya satu-satunya yang mendapat pengikhtirafan dari US Based Assoc. iaitu Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) . AIM juga telah mendapat pelbagai award diperingkat Asia dan Dunia . Saya amat berbangga kerana telah dapat mengikuti kursus di AIM ini walau hanya beberapa hari sahaja.. Cukuplah dan memadailah tempoh itu untuk saya merasai sendiri berada disebuah institusi pendidikan terkenal di luar negara.

Perbincangan bengkel sblm melontarkan idea &  pandangan
Sahabat2 saya ni memang bijak dan hebat2 belaka
Tujuan utama kursus ini yang di'design' khusus oleh pihak INSPIN adalah untuk memberi kefahaman berkenaan perbedaan antara 'leadership' dan 'strategik leadership' , memberi maklumat dan ciri-ciri  yang lebih jelas  sebagai seorang pengurus atau pemimpin dan seterusnya pemimpin boleh memikirkan secara lebih analitikal dan menggunakan sepenuhnya konsep-konsep kepimpinan dengan lebih tersusun dan teratur dalam memimpin dan membuat keputusan. Untuk mencapai objektif ini maka kami sebagai peserta kursus didedahkan dengan kajian kes dan diskusi berkenaannya, belajar dari diskusi berkumpulan, ceramah dan lawatan.  Jadi tak lah 'boring' sangat kursus ini.. Semua ini adalah untuk memberi input yang terbaik kepada peserta ' how to build, lead and sustain a high performance organisation'

Prof Nieves R. Confesor sdg mengendalikan perbincangan. Ini ketika Dato 
Harun Jasin Timbalan SUK Pembangunan sedang memberi pendapat &

pandangan berkenaan ciri-ciri pemimpin yang berkesan. Tengok cara

dan gaya serta point yang dikemukakan oleh Dato' Harun ni lebih

hebat pula dari Prof .. ..
Antara tajuk-tajuk yang diberi ialah.. 'Strategic Leadership', 'Strategik Mangement' ' Leading Change', 'dan Creative Thinking'. Yang beri ceramah dan fasilitatornya adalah Prof N.R Confesor, Prof J.M Luz, Prof  Gill Stevens dan  Prof R.A Lim ...  Memang hebat-hebat tenaga pengajar dan fasilitatornya. Saya tak mahulah cerita panjang fasal  isi kandungan kursus ini.. nanti naik bosan pula membacanya. Sayapun bukan reti semua pun .. faham-faham gitu saja. Apatah lagi kemahiran  bahasa Inggeris sayapun tau-tau sajalah.. Kursus seperti ini sekurang-kurangnya mengambil masa sebulan baru lengkap kefahamannya.. ni hanya beberapa hari sahaja.. tentunya kalut sikit kerana semua kena dipendekkan silibusnya. Pensyarah hanya beri kunci sahaja. yang lain kena cari sendirilah bila balik Malaysia ni..

Hon.Nacianceno M. Pacalioga JR Municipal Mayor
Local Government Of Dumingag, Zamboanga, del Sur
sedang menyampaikan ceramah berkenaan pengalaman
nya menguruskan sebuah PBT yang pada mulanya memang
penoh dengan segala macam masalah seperti perjudian, 
kemiskinan, perundangan, tiada sumber alam dll.
Saya juga amat tertarik berkenaan ceramah yang disampaikan oleh Hon. Nacianceno Pacalioga.Jr, .. Municipal Mayor Local Government of Dumingag, Zamboanga del Sur.. nak sebut pun tergeliat lidah.. menariknya kerana Mayor ini telah berjaya menyelesaikan isu kemiskinan luarbandar dan bandar yang kronik, menyelesaikan isu kebuluran, menyelesaikan isu kesihatan, menguatkuasakan undang-undang yang rasanya amat sukar seperti larangan merokok, larangan berjudi . Beliau telah membawa municipalitinya kearah yang terbaik dan cemerlang. Bayangkan perkara2 yang dibawah ini telah berjaya dilaksanakan dengan berkesan dalam tempoh 8 tahun sahaja yang mana sebelum ini memang menjadi budaya dan amalan sejak sekian lama... sengaja saya kekalkan dalam bahasa Inggeris:

"No to illegal gambling"
"No to Smoking"
"No to Illegal Drugs"
"No to Large Scale Mining"
"No to Trans National COorporation-owned Farms"
'No to Genetically Modified Organisms"
"No to Agricultural Chemical Farming"
"No to Plastic Cellophanes"

Semua ini bukan sekadar kata-kata atau slogan, tapi memang telah dilaksanakan dan diikuti dengan penguatkuasaan yang berkesan.. Jadi rasanya teringin sangat saya nak pi melawat tengok municipality ini macamana la keadaanya daerah itu.. betul ka atau tidak betul.. Tapi wilayah ini teletak di pulau lain.. jauh sangat nak pi.. kena ator waktu lain.. Adakah kemampuan kita di Malaysia nak buat seperti ini...kena saman bela anjing tak ada lesen pun rioh satu Malaya..

Namun rasanya betul kut berdasarkan Municipality ini pernah mendapat anugerah kecemerlangan seperti TOP 10 Most Outstanding LGU'S in the Philippines 2010, Peace Weaver Awardee 2013, Seal Of Good Housekeeping 2012, Red Orchid Awardee for 100% Tobacco Free Municipality, Kabalikat National Awardee 2013, Winner 2012 : One World Award (OWA) German. Sudah tentunya semua nya dicapai melalui kepimpinan terbaik yang ditunjukkan oleh Mayor ini bersama-sama anak-anak buahnya...  

Saya amat memandang tinggi pada pentingnya kepimpinan. Sebagai pemimpin sesebuah
organisasi , cabaran adalah amat besar. Bukan semua orang boleh menjadi pemimpin yang berkesan. Awal-awal lagi saya akui, saya bukan seorang pemimpin yg menepati segala ciri-ciri.. hanya pemimpin biasa-biasa sahaja.  Pemimpin kena merasa bertanggungjawab akan kejayaan atau kegagalan  organisasi yang dipimpinnya. Mereka mempunyai pilihan bagi melaksanakan sesuatu, mereka boleh menentukan keutamaan, menumpukan perhatian kepada kekuatan serta mengarahkan masa dan tenaga hanya kepada perkara yang boleh menguntungkan organisasinya. Hebat tu.. bukan senang nak buat semua itu kalau tidak mempunyai ilmu dan pengalaman yang secukupnya..   Sebab itu setengah pemimpin sentuhannya cukup menjadi dan setengahnya pula tak menjadi.. ini bergantung kepada cara pemikirannya dan pengalamannya serta risiko yang bijak ditangani. Kursus yang saya hadhiri ini sekurang-kurangnya memberi input berguna kepada saya dan sahabat2  untuk memimpin organisasi saya...

Saya juga mula memikirkan tentang mengujudkan kepimpinan peringkat pertengahan atau bawahan, dimana saya menganggapkan semua orang disemua peringkat jawatan dalam organisasi adalah pemimpin. Tidak semestinya jadi boss besar baru boleh memimpin. Untuk ini mungkin INSPIN boleh aturkan pula kursus berkenaan 'The 360 degree Leader' . Saya rasa kursus seperti inipun penting juga dalam membangunkan organisasi kearah lebih cemerlang. Barulah staf peringkat pertengahan atau bawah tahu yang mereka juga penting dan boleh menjadi pemimpin yang lebih luas ruang lingkupnya. Macamana nak jadi pemimpin seperti ini, mungkin boleh diajarkan konsep .'Pemimpin 360 Darjah' ini dan pendekatan yang diperkenalkan oleh John Maxwell ini. INSPIN pernah buat kursus ini sebelum ini.. mungkin boleh atorkan lagi .. ini catatan saya berkenaan kursus ini.. kalau minat membaca klik saja kat situ..

 http://semangatjati.blogspot.my/2009/05/360-degree-leader.html


Pertukaran Dokumen MOU antara Presiden AIM dengan INSPIN yang diwakili oleh Datin  Paduka Dato' Hjh
Che Barni Bt Hj Md Noor.. Ahli Lembaga Pengarah INSPIN dengan disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke
Phillipina TYT Dato' Mohd Zamri Mohd Kassim.
Tahniah saya ucapkan kepada pihak Institut Pengurusan dan Integriti Kedah DA (INSPIN) yang telah berjaya mengadakan kursus ini bersama dengan AIM . Ini merupakan satu TRANSFORMASI besar yang dilakukan oleh INSPIN kearah pengurusan latihan yang bertaraf internasional. Teruskan dengan lebih agresif lagi... Susulan dengan kerjasama latihan antara INSPIN dan AIM ini, kedua-dua pihak telah menandatangani MOU sebagai satu tanda kerjasama yang lebih erat lagi antara keduanya, AiM telah mengiktiraf INSPIN ini sebagai sebuah institusi latihan yang boleh dijadikan rakan kerjasama strategik dengan AIM dalam mengendalikan latihan-latihan pengurusan eksekutif dirantau ini. Tahniah INSPIN.

Ok, untuk tajuk ini saya rasa cukup setakat ini dulu.. Ada lagi sambungan cerita ini, terutama lawatan-lawatan yang dibuat disekitar Kotaraya Metro Manila ini.. Banyak pengalaman dan idea boleh dikongsi bersama.. Tunggu ya cerita selanjutnya...

Maraming Salamat

Catatan saya berkenaan lawatan ke Manila dan Makati boleh klik saja kat sini:

http://semangatjati.blogspot.my/2016/04/manila-akhirnya-aku-datang-juga.html



Tuesday, September 1, 2015

Orang Memberi Kita Merasa.. Terima Kasih Segalanya.. Kepada Allah SWT kita Bersyukur..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tempat: PBT Tmn Perindustrian Hi-Tech Kulim
Tarikh : 02 September 2015

'SEHATI SEJIWA'

Bulan ni kan Bulan Kemerdekaan.. Anak2 buah saya di
Majlis Daerah Bandar Baharu.. Depapun masuk kawat
juga..... 'SEHATI SEJIWA'



Assalaamualaikum WRT dan Selamat Malam semua.. buat sahabat-sahabat yang memahami..

Masih mengikuti catatan dalam blog saya ini... terima kasih kerana sudi juga mengikuti kisah-kisah yang saya paparkan.. kadang-kadang tu macam nak merapu saja, kadang-kadang cerita serious sangat, kadang2 cerita-cerita santai sahaja... Tak apalah asalkan kita jangan dok mengata dan mengumpat orang sudah lah.. janji kita seronok dengan kehidupan dan kerjaya kita.

Semasa saya menulis ini saya baru sahaja memulakan tugas saya di tempat baharu. Lebih kurang 2 minggu sebelum ini saya telah surat arahan pertukaran saya dari Pejabat Daerah Bandar Baharu  ke Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim.. Tarikh pertukaran saya ini berkuatkuasa 02 Ogos 2015. Bila bertukar ni , faham-fahamlah, kita akan menemui suasana baharu ditempat baharu. segala-segalanya baru.. Kalau dulu waktu masih baru bertugas, sekali bertukar memang stress betul. Maklumlah saya masih baru waktu tu.. bukan kenal sapa. Pertama sekali nak jumpa boss baru, lepas tu nak berkenalan dengan staf2 pula.. Boss2 waktu dulu memang hebat dan nampak cenge... Bukan boleh dok pi melawak tak tentu hala.. strict sungguh.. Memang nampak kehebatan boss2 waktu dulu. Tak macam la nii... zaman dah berubah 'style boss' dulu tak sama dengan 'style' boss la ni.. Cumanya sekarang ni saya bertukar sebagai Ketua Jabatan.. Jadi tak ada sapa saya nak kena pi mengadap kat Jabatan tu.. Lagipun dah tahu sedikit sebanyak environment tempat kerja tersebut..

Namun begitu saya nak kena belajar menyesuaikan diri pula dengan suasana tempat baru dengan orang yang baru. Apabila kita beralih tempat bertugas, kita akan meninggalkan sekumpulan kawan-kawan untuk bertemu dengan sekumpulan kawan-kawan baru pula. Kawan-kawan setempat kerja pula tidak ramai kekal lama kecuali kalau selalu kekal berhubung samada ziarah-menziarahi, telefon dan berhubung melalui alam maya.. Sebab itu saya rasa sekarang ini kawan saya paling ramai ialah kawan-kawan dialam siber... Ada yang saya kenal secara nyata dan ada saya tidak kenalpun. Samada saya yang memohon untuk menjadi kawan atau sahabat siber saya yang memohon menjadi kawan.. dan akhirnya kita jadi kawan dialam siber. Kalau terjumpa dialam nyata adakah kita boleh bersembang seperti dialam siber....Bagi saya kejujuran bersahabat sesama insan amat penting walau dialam internet... sebab itu kalau hubungan melalui alam siber khususnya facebook dll berjalan dalam suasana harmoni dan jujur , kita akan menemui sahabat sejati walau dialam siber... apatah lagi setiap hari ada-ada sahaja kata-kata bermotivasi, nasihat menasihati dipaparkan dalam status fb kita... Kalau kita ditimpa musibah maka ada2 sahaja rakan FB  yang memberi semangat dan simpati kepada kita.. Kalau kita gembira memperolehi sesuatu, kawan-kawan juga tumpang bahagia dan pakat-pakat memberi tahniah. Kata-kata begitupun sudah cukup untuk kita rasa dihargai, rasa diberi perhatian, rasa kita diperlukan dan sebagainya.  Sebab itu tidak salah rasanya kita ceritakan kejayaan-kejayaan kita atau kejayaan anak kita dalam media-media sosial yang ada asalkan niat tu betul.. Kawan-kawan akan tumpang bahagia dan memberi dorongan kepada kepada mereka sama untuk sama-sama berjaya seperti yang kita capai.. Jadi bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kelebihan kita berbanding orang lain.. Sebab itu saya tak kisah langsung kalau sapa2 rakan media sosial saya yang dok cerita apa yang mereka ada, apa yang mereka makan, apa yang mereka miliki, apa yang mereka buat dan sebagainya.. cerita pi lah apapun asalkan jangan kacau orang, jangan dok mengata kat orang dan jangan dok menyusahkan orang..  senang kan kalau begitu... Tok sah kita dok fikirkan perkara-perkara negatif kelak nanti diri kita sendiri yang sakit jiwa memikirkan hal orang lain yang tidak kena mengenapun dengan kitapun.

Bahagia kan kalau begitu... Tak perlupun kita berjumpa.. kadang2 terserempak dijalan pun  saya tidak menyedari yang orang itu BFF kita.. pernah terjadi peristiwa itu... Jadi kita gunakan media-media sosial yang ada ini untuk perkara-perkara yang membawa kebaikan yang memberi faedah kepada kita dan keluarga kita serta masyarakat kita.

Pagi tadi saya mendapat sekeping lagi surat dari Boss saya di Wisma Darulaman memaklumkan saya telah dinaikkan pangkat ke Gred N00 ke Gred N00.(x perlu kut saya tulis gred apa-apa no ).  Tak perlu disembunyikan lagi, sapa yang tak seronok atau tak gembira kalau dapat anugerah tersebut. Pasti sapa pun seronok, kecualilah orang yang tidak reti nak bersyukur, yang anggap pangkat tu hak dia dan dia mesti dapat dan patut pun dapat. Bagi saya yang tidak pernah mengharapkan itu semua dan tidak berusaha untuk menggapainya dengan cara-cara yang luarbiasa, hanya sekadar bekerja-bekerja sekadar kemampuan yang ada, patuh kepada arahan-arahan pihak atasan dan berdisiplin , sudah cukup bagi saya.. Kerja saya biasa-biasa sahaja kerana saya sedar terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri saya. Saya belajar menerima hakikat kalau itu sahaja tahap saya, maka terima seadanya, dan tidak perlu mempertikaikan apa-apa . Rezeki itu ditangan Allah SWT..  Kalau dengan cara itu pihak atasan menilai kita dengan kebaikan, Alhamdulillah, saya terima seadanya.. Kalau tidak dapat pun bukan satu masalah besar sangat.. Gaji kita masih dapat dan tidak berkurangpun...  Sebab itu saya terasa amat bersyukur sangat2 bila diberi kenaikan gred tersebut..

Sejak akhir-akhir ini kita yang dewasa didedahkan pula dengan konsep tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberi seandainya itu adalah tanggungjawab sipemberi. Pemikiran seperti ini patut dijauhi sama sekali. Kalau macam tu maka tak perlulah kita ucapkan terima kasih kepada mak bapa kita yang melahirkan kita dan membesarkan kita kerana itu adalah tanggungjawab mereka membela anak, macamlah juga kalau kita tidak bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan kita atas alasan kita tidak pernah pinta dilahirkan didunia ini.

Saya tak tahu lagi macamana nak tunjukkan terima kasih saya pada yang memberi, kerana saya ni bukan jenis nak pi kedepan nak cerita itu ini... terlalu amat segan rasanya.. Maka saya rasa hantar surat pun sudah memadai.. Sememangnya sebelum inipun kalau saya dapat anugerah pergerakan gaji menegak dan naik gred yang lebih atas waktu dulu saya memang hantar surat ucap terima kasih kepada boss saya..

klik saja kat sini kalau nak tengok surat-surat tersebut..

Saya rasa tak rugi apa-apapun hantar surat kat depa... Sekurang-kurangnya saya rasa boss ni mahu juga dihargai atas keputusan yang mereka buat.. Jangan marah ya.. saja saya paparkan pi la surat tu untuk pembaca blog saya. Bukan saya nak menunjuk tapi sekurang-kurangnya mungkin boleh menjadi contoh yg boleh dibuat juga oleh sesiapa sahaja yang mendapat apa-apa anugerah dan sebagainya.. Bukan rugi apapun nak buat surat sekeping tu.. Tapi saya berani beri jaminan, boss kita pasti terkesan dengan surat-surat seperti itu dan mungkin juga dia terkejut bila terima surat kita seperti itu.. Tak caya buat tengok...

Mengucapkan terima kasih atau Jazaakallahu khairan ( Semoga Allah SWT membalas budi baik tuan) adalah suatu yang amat terpuji. Indah kan kalau kita dapat memuji sesiapa yang memberi lebih-lebih kita memohon Allah SWT memberi kebaikan kepada yang memberi ..

Oklah, waktu sudah dinihari benar, saya pun rasa mengantuk teramat sangat ni.. kalau panjang lagi tulis dia mula nak melalut sana sini.. jadi sebelum apa-apa elok saya mengundur diri dulu.. Nanti bila mai syeh dan nisyannya saya tulis lagi......

Terima Kasih


KCS BERkAWaD.... SEHATI SEJIWA

Tarikh: 31 Ogos 2015

Berkawad memang sinonim dengan pasukan-pasukan keselamatan dan juga pasukan-pasukan beruniform. Ianya banyak menggambarkan kesatuan dalam berkawat. Yakni semua anggota melakukan pergerakan badan yang sama. Kalau tidak sama bukan Kawad namanya dalam artikata sebenarnya. Bila berkawad tu biar SEHATI SEJIWA. Amboi sama benar dengan Tema Sambutan Kemerdekaan Tahun ini.... Ya kena SEHATI SEJIWA.  Kena tanam betul2 dalam hati sanubari setiap ahli kawad. Barulah bila kita berkawad boleh sama dan nampak cantik sekali lenggangnya. Kawad dengan gaya berlagak dan nampak sombong.. Satu2 nya berlagak dan menyombong yang dibenarkan ialah dalam berkawad.. Jangan salah faham pula yaa..

Untuk dapat kemahiran berkawad ini bagi sama kenalah ikut peraturan dan arahan ketua . Kalau semua buat hal sendiri, macam manalah nak boleh sama dalam kawad. Bila berkawad tu pula kenalah bersungguh-sungguh dan ambil berat akan arahan dan perintah yang diberi. Latihan yang diberi kenalah diikuti dengan teratur dan sebaik mungkin.  Saya melihat berkawad ni bukan susah sangat, hanya ikut sahaja apa yang diarahkan, Apatah lagi orang macam saya yang bukan suatu keperluan untuk berkawad seperti tentera, polis atau pasukan beruniform. Nak minta bagi sama sahaja langkah kaki dan lenggang tangan. Nak tunjuk depan pentas diraja sahaja.  Itu sahaja.. Perintah-perintah lain tu tak berapa nak dititikberatkan. Itupun masalah juga nak bagi sama..  


Kadang-kadang kita lihat sebahagian besar ahli dah kawad  elok sangat dah, tapi ada juga ahli dalam tu buat tak kisah saja... lenggang dan langkah ikut suka dia saja. Orang kata kiri, dia langkah kanan, orang kata kanan, dia langkah kiri.. Jadi rosaklah semuanya.. Kadang2 kawad jadi pelik sangat dan terok sangat bila kaki kiri kedepan tangan kiri pun kedepan..  jadi macam mana la nak betul kawad tu. Otak dia beri arahan lagu mana kat kaki  dan tangan sampai jadi tak betul. Jadi macam jalan itik.. Orang kata langkah kaki dan lenggang tangan tu ikut kawat pergerakan orang depan sekali.. Tu pun tak larat nak ikut juga.. entah kenapa.. Susah sangatkah nak ikut langkah orang didepan kita.. Dia sedar atau tidak tak taulah saya.. Saja buat-buat tak tahu kut...   Bila ada anggota seperti ini maka berteraburlah kawad itu.. maka itu lah ceritanya... Saya cerita ini tidak kena mengena dengan sesiapa. Hanya sekadar tengok lebih 100 kontinjen yang mengambil bahagian dalam Perarakan Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung dihadapan Balai Besar Alor Setar Kedah pada 31 Ogos 2015 yang lalu.  Macam-macam style dan cara pergerakan yang dapat kita lihat.... Itu yang saya boleh buat pemerhatian dan buat cerita ni... Jangan marah ya.. sapa-sapa yang kut-kut terasa dihati...
Ok itu saja cerita fasal kawad... tak ada apa nak  cerita kali ini , jadi saya cerita fasal  kawad ni.. syok-syok saja menulis , hilangkan stress dan boring kat opis malam-malam begini.. Kita jumpa lagi..

s








Friday, July 17, 2015

SebAhAGiAN KeLuARGa KcS ..

Assalaamualaikum WRT... Hari ni semua umat Islam sedang merayakan kejayaan yg dicapai dlm buLan Ramadhan.. Saya pula seronok tengok ramai sahabat2 yg mengucapkan Selamat Hari RaYa melalui fb dan whatsapps... bubuh gambar famili lagi.. seronok juga kalau saya boleh himpun gambar2 dlm blog KcS ini sbg rujukan..