Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 14 - 19 Disember 2012
Salam sejahtera pembaca misteri saya sekalian.. apa khabar ... harapan saya semuanya baik2 belaka...
Kotaraya Shenzhen, China adalah sebuah kota yang agak
terbesar dan paling berjaya di negara China ini. Ianya terletak di wilayah
Southern China’s Guandong Province. Wilayah ini sahaja berkeluasan 2,020 km
persegi dan mempunyai penduduk 13 juta orang. 30 tahun yang lalu, Kotaraya ini hanyalah sebuah
perkampungan terpencil dan biasa sahaja.. Walau bagaimanapun sejak pembukaan dasar luar China kepada kepada
ekonomi yang lebih terbuka ianya telah membawa pembangunan yang begitu pantas
sekali. Kepantasan pembangunannya juga meningkatkan kepantasan kelahiran anak hinggakan Kerajaan
China menetapkan polisi satu family seorang anak sahaja dalam usaha
memperlahankan kadar pertumbuhan
penduduknya. Oleh itu sesiapa yang hanya
mempunyai hanya seorang anak sahaja usahlah gundah gulana sangat kerana kat
China beranak hanya dibenar setakat
seorang sahaja walaupun subur sangat-sangat. Terlupa pula nak tanya cik Tina
pemandu pelancung kami, apa jadi kalau terberanak lebih. Mungkin ada peruntukan
undang-undang lain kut untuk kes2 seperti ini.
Bagi saya lawatan yang diatur oleh agensi hanya sekadar
memenuhi keperluan lawatan tapi saya lebih suka melihat mendapatkan ilmu dan
pengalaman negara orang melalui melalui melihat gaya hidup mereka, kehidupan social mereka, semangat mereka , disiplin mereka,
undang-undang yang diguna pakai, kegiatan ekonomi mereka, perancangan dan
pembangunan fizikal Bandar dan negara
mereka, pengurusan sisa pepejal mereka, kebersihan , lanskap, pengurusan sungai
, lalulintas, sector pelancongan mereka, cara promosi , penguatkuasaan
undang-undang dan peraturan yang ada dan pelbagai hal hal yang seumpama itu. Saya adalah pemerhati sosial secara kritikal. Jadi apa salahnya jika perkara-perkara yang
membawa kebaikan kita cuba aplikasikannya di negara kita, sekiranya kita
berkemampuan.
Disamping itu kotaraya ini memang agak bersih, susunan
jalannya amat menarik saya kerana ada
ruang lanskap yang luas sepanjang jalan, ada ruang untuk berbasikal dan pejalan
kaki. Longkangnya tertutup rapi dibawah. Keselamatan memang terjamin di kota
ini walaupun kelibat anggota keselamatannya tidak kelihatan atau jarang
kelihatan. Tapi mereka memang ada system CCTV yang canggih dan ada dimerata
tempat. Jadi system kawalan keselamatan mereka agak canggih dan terkedepan.
Disamping itu saya rasa factor utama ialah system pemerentahan secara
komunis memang berkesan untuk
mendisiplinkan warga kotanya. Penguatkuasaan undang-undang memang ketat dan
tidak mengira siapa. Campurtangan politik amat kurang sekali. Saya juga melihat amat kurang kerosakan segala kemudahan awam yang disediakan disebabkan 'vandalisme' Juga jangan harap dapat tengok poster pelekat serata tempat seperti di Malaysia ini. Contohnya poster iklan ah long. Di Malaysia habis papan-papan tanda disediakan dipelekat pelbagai iklan-iklan merapu..
Segala-galanya kena cepat. Jadi kebanyakan rakyat Hong Kong
menggunakan pengangkutan awam yang saya rasa agak cekap dan mencukupi. Saya juga
sempat mencuba menaiki keretapi dari Disneyland Hong Kong Resort balik ke
Hotel. Walaupun kena tukar 3 keretapi tapi rasanya tidak ada masalah dan cepat
pula. Nak cari motorsikal kat sini memang terlalu amat kurang. Mungkin
kerajaannya tidak benarkan kenderaan beroda dua berada diatas jalan raya
utamanya.
Tarikh: 14 - 19 Disember 2012
Salam sejahtera pembaca misteri saya sekalian.. apa khabar ... harapan saya semuanya baik2 belaka...
Sebenarnya keinginan untuk melawat negara bekas jajahan
British ini telah lama terpendam. Namun tidak kesampaian juga disebabkan segala
macam halangan dan tidak bernasib baik juga…Sebab itu setelah lebih 26 tahun bekerja barulah ianya menjadi kenyataan apabila
saya berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar jabatan ke Hong Kong dan pada
masa yang sama melawat Shenzhen juga. Sebenarnya perjalanan dari KLIA ke Hong
Kong mengambil masa 3 jam 30 minit. Jadi ianya tidaklah jauh mana. Dengan
kelajuan penerbangan lebih 900 km sejam maka pada akhirnya sampai juga ke Hong
Kong pada hampir tengah malamnya.
Saya amat teruja untuk melihat sendiri akan keadaan
sebenarnya kotaraya Hong Kong yang dikatakan sebuah wilayah Cina yang paling
maju dan dikatakan juga sebuah kotaraya yang agak tinggi kos hidupnya.. Selama
ini hanya mendengar, melihat dan mengetahui melalui media cetak dan media
elektronik sahaja disamping sekali sekala melihat cerita-cerita mandarin yang
berpangkalan di Hong Kong. Kota yang
mempunyai penduduk lebih 7 juta orang itu tentunya amat padat berbanding
keluasannya yang tidak seberapa. Tentunya saya amat teruja untuk melihat
bagaimana sebuah kota raya yang besar ini diuruskan terutama berkenaan
perkhidmatan perbandarannya. Walau bagaimanapun sebelum itu rombongan kami pergi
ke Kota Raya Shenzhen, China dulu walaupun mendarat di ‘Hong Kong International
Airport’
Ini yang saya katakan perancangan bandar dan utilitinya yang
menarik sangat. Sebahagian besar jalan rayanya seperti inilah..
|
Sebab itu sepanjang lawatan saya ini jarang saya melihat
anak-anak remaja melepak tak tentu hala
kerana memang budak-budak tak ramai. Jadi disana tak timbul isu mat rempit dan
isu gejala social remaja. Apatah lagi di Shenzen tidak ada motorsikal seperti
kita di Malaysia, sesuatu yang amat menghairankan saya. Kalau adapun hanya
basikal elektrik dan superbike yang terlalu amat kecil bilangannya. Kemungkinan
besar kerajaan mereka tidak membenarkan kenderaan beroda dua berada diatas
jalan raya utama atau mungkin cukai yang terlalu tinggi dikenakan. Berbeda pula kalau di Kota Raya Beijing..
motosikal elektrik dan basikal agak banyak hinggakan setiap jalan utama ada
jalan khas untuk kenderaan seperti itu. Saya berpendapat mungkin taraf hidup
penduduk di Shenzen ini agak tinggi dan pengangkutan awamnya mencukupi dan cekap.
Amat menakjubkan saya melihat akan perancangan bandaraya ini
dalam usaha memberikan kesejahteraan kepada warga kota raya ini. Kota ini wajar dilawati
untuk melihat sendiri bagaimana mereka
menyusun tataletak segala nya dengan begitu teratur dan selesa kepada warganya.
Bandar ini juga bagi saya cantik, menarik
dengan lanskapnya dan mungkin juga kerana kedudukan geographinya yang
menyebabkan suhunya agak nyaman, memungkinkan tumbuhan dapat hidup dengan subur
dan pokok yang berwarna warni……
Sebab itu saya suka mencoretkan hasil pengalaman dari
lawatan dalam blog untuk pengetahuan dan
ingatan saya yang mungkin berguna untuk dijadikan contoh ditempat saya bertugas
pula. Mungkin juga berguna untuk pembaca maya blog saya ini, jika ada yang sudi
membacanya… Tak kisahlah orang baca atau tidak, tapi saya tetap nak tulis juga…
Kalau tak dicoretkan seperti ini.. nanti kita akan lupa .. jadi lama-lama
macam tak ada apa-apa. Pergi melawat
merata dah, ada yang bayar sendiri, ada yang pergi lawatan rasmi, dan ada yang
pergi fasal kerja. Habis beribu-ribu RM.
Pi melawat habis begitu sahaja… .. syok sat begitu sahaja….
Ok… kemana pula lawatan di kotaraya Shenzen ini… Antara
tempat lawatan menarik di Kota Shenzen ini ialah rombongan telah dibawa melawat
taman tema yang dinamakan ‘Windows Of
The World’ yang terletak di Barat
Shenzen. Dengan keluasan 48 hektar
memang memenatkan jika hendak berjalan melihat lebih 130 replika bangunan dan
tempat popular di seluruh dunia. Jadi bolehlah naik keretapi khas yang
disediakan. Bangunan dan tempat yang dibina itu sebiji macam ditempat sebenar.
Melawat ke sini seolah-olah kita telah
melawat tempat terkenal diseluruh dunia dalam satu hari sahaja.
Bersama isteri ketika melawat
Menara Eifel di "Perancis" ????.... Tak
payah pergi ke Perancis..mai ke Windows
Of The WOrld.. dapat segalanya..
|
Seolah-olah semacam satu tradisi atau satu kemestian yang
dipaksakan kepada pelancung yang menggunakan khidmat agensi pelancungan di
China ini dimana lawatan ke Chinese Herb Factory juga diatur. Mereka yang
dikatakan ‘Profesor’ itu hanya pegang
tapak tangan dan terus tahu apa jenis penyakit yang kita hadapi… hebat
juga Lepas tu terus
bagi tahu ada ubat tradisi yang boleh menyembuhkan penyakit itu.. Laku beribu RM juga ubat-ubat yang
dijual.. Saya juga nyaris-nyaris nak beli … tapi bila tanya berapa harga…..
terkejut sangat… mahal sungguh. Habislah duit untuk ‘shopping’ nanti. (Dekat
Beijing pun macam itulah juga diaturkan) . Selain itu juga dipaksakan kita
untuk melawat kedai jade yang dikatakan kepunyaan
Kerajaan dan kena dilawati. Tak beli tak apa.. tapi pada akhirnya beribu RM juga kedai ini dapat dari ahli rombongan… Ya
lah bila dicerita fasal penyakit, fasal ketulenan, fasal bertuahnya kita dapat
lawat kilang sebenar, dan diberi diskaun lagi.. sapa tak kelam mata.
Datang ke China memang tidak sah kalau tak dibawa untuk
‘shopping’. Antara tempat membeli barang-barang berjenama terkenal bukan asli
tapi bergred 1 ialah di Luohu Commercial City ( Lo Wu Shopping Plaza)
Tempat ini bagi saya adalah yang paling baik untuk membeli pelbagai barang dari
pakaian, peralatan dapor, barangan hardware dan juga gajet , serta peralatan
elektronik pada harga yang amat berpatutan jika bijak tawar menawar. Cara
jurujualnya menarik pelanggan untuk masuk agak agresif.. mereka suka pegang
tangan kita dan tarik masuk kedalam kedai. Ini yang tak tahan .. lebih-lebih
lagi jurujual manis-manis dan boleh bercakap melayu pula…. Kita boleh tawar menawar hingga potongan
sampai 70 %. Jadi kena pandai-pandai tau caranya. Kalau tidak kita terkena.
Walau bagaimanapun kalau terkenapun jika dibandingkan barang yang sama di
Malaysia, harganya jauh lebih murah. Oleh kerana saya minat dengan gajet-gajet
dan peralatan elektronik, maka sudah tentunya saya cari benda-benda seperti ini
kat sini kerana Shenzhen adalah merupakan salah satu pusat pengeluaran pelbagai
peralatan elektronik yang diekspot ke seluruh dunia. Jadi saya mengambil
kesempatan untuk tengok . Memang banyak , Cuma pandai-pandailah pilih kerana
ada yang bergred rendah dan ada yang bergred tinggi. Silap-silap beli sekali
pakai, atau guna sekejap sahaja dah
lingkup.. Nasiblah. Tapi kata pemandu pelancung disini barang-barang yang
dijual adalah bergred A1, kiranya dari segi mutu, kualiti, ketahanan dan
kekemasan adalah boleh dipercayai.
Satu lagi tempat
tempat membeli belah yang dilawati ialah di Dong Meng Pedestrian Street
dimana disini kebanyakannya banyak
dijual pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan orang dewasa, kasut, juga peralatan elektronik, barangan kulit, gajet2 dan sebagainya.
Secara amnya saya boleh mengatakan bahawa kota raya Shenzhen
ini amat sesuai dilawati berbanding dengan lawatan ke Hong Kong yang agak
kurang menyeronokkan. Kalau hendak membeli belah elok di Shenzhen sahaja dan
atur masa lebih lama sikit, kerana setakat 3 atau 4 jam kat tempat
‘shoping’ memang tidak mencukupi…. Mana nak
tawar menawar lagi, mana nak cari tengok-tengok seluruh kedai dan warung luar
yang beratus-ratus ada kat luar tu.. memang ambil masa sikit…
Memang orang Shenzhen berdisiplin
sungguh.. Kalau kat Malaysia.. kotak
awam seperti ini pasti penuh dengan
pelbagai pelekat iklan haram kat situ...
|
Kita di Malaysia salah satu sebab utama pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang
agak kurang berkesan ialah kerana campur
tangan dalam politik, kerana kerajaan mengharapkan undi dari rakyat, jadi
sedikit sebanyak kehendak rakyat terpaksa dilayani walaupun kadang-kadang
melibatkan pelanggaran undang.undang. Sistem komunis tidak mengharapkan undi rakyat
untuk mengekalkan pemerentahan.. Langgar
peraturan dan undang-undang, dendanya memang tinggi sekali.
Oleh itu tuduhan mengatakan pegawai-pegawai kerajaan di
Malaysia ini agak kurang berkesan dalam melaksanakan penguatkuasaan
undang-undang adalah tidak wajar, kerana
saya sendiri mempunyai pengalaman menangani isu-isu pelanggaran undang-undang
ini dimana pada akhirnya tidak
dapat dilaksanakan penguatkuasaan
disebabkan campurtangan pelbagai pihak
yang berkepentingan terutama bila melibatkan undi rakyat.
Kebersihan boleh dikatakan memuaskan juga. Sungai-sungainya memang nampak bersih walaupun
berpuluh-puluh bangunan tinggi dibina ditepi sungai. Ini bermakna system rawatan air buangannya
memang berkesan dan mungkin juga factor penguatkuasaan kawalan alam sekitarnya
yang ketat memainkan peranan yang penting.
Tentunya kerana tanah terhad dan penduduk terlalu ramai maka
bangunan kediaman bertingkat banyak dibina untuk memenuhi kepeluan perumahan
penduduk . Kebanyakan tinggi-tinggi
belaka antara 40 ke 90 tingkat, dan
duduk berdekatan pula antara satu sama lain, tapi tidak pula nampak kereta banyak
diluarnya… rupanya penghuni rumah kondo mereka tidak disediakan tempat letak
kereta..Kalau disediapun terlalu amat kurang dan kos nya terlalu tinnggi. Jadi tak berupayalah mereka untuk membeli
kereta. Namun begitu kereta mewah memang banyak kat Shenzhen ini dan dikatakan
kereta Lamborghini, Ferari dan sebagainya banyak digunakan oleh orang kaya-kaya
di sini. Kereta Merc , VolVo dan BMW perkara biasa sahaja digunakan oleh
golongan pertengahan.
Oklah… cukup dulu cerita saya melawat kota metropolitan Shenzhen
ini. Pengalaman selama 3 hari di kota
ini tetap menjadi ingatan dan pengalaman yang dilalui menjadi ilmu yang
benar-benar bermanafaat. Lepas ni saya nak cerita fasal Hong Kong pula kerana
selepas lawatan di Shenzhen rombongan kami bertolak pula ke Hong Kong.
Sebenarnya ketibaan awal rombongan saya ialah di Hong Kong
International Airport (HKiA) selepas melepasi
imigresen Hong Kong, rombongan dibawa keluar balik dari Hong Kong dengan
bas untuk ke Shenzhen,Cina dan terpaksa
melalui imigresen Hong Kong sekali lagi
dan masuk pula ke imigresen dipintu
masuk ke Shenzhen. Sayapun tak pasti
kenapa diatur begitu, kerana habis masa disitu sahaja agak lama. Nampaknya
walaupun Hong Kong telah menjadi salah satu wilayah China tapi, proses
kemasukan dan keluar sempadan seolah-olah seperti sebuah negara yang
tersendiri.
HKiA memang terlalu besar dan dikatakan antara yang paling
sibuk didunia. Kos pembinaannya sahaja melebihi HK50 billion. Lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi
mendarat disini. Diubahsuai sejak tahun 1998 ianya merupakan pengkalan
penerbangan kargo udara paling sibuk didunia dengan lebih 4 juta tan setahun
diangkut. HKiA juga antara paling sibuk pengangkutan penumpang
dimana lebih 1000 penerbangan setiap hari dan lebih 54 juta penumpang setahun
menggunakan HKiA ini.
Antara tempat menarik yang tidak mungkin dilepaskan peluang
oleh pelancung luar ialah di Taman Tema Disneyland Hong Kong. Taman ini memang menjadikan
kanak-kanak teruja, kerana memang
disediakan untuk kanak-kanakpun. Kalau
pergi hanya orang dewasa sahaja mungkin tidak begitu menyeronokkan kerana
kebanyakan hiburan yang disediakan adalah untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun cuba jugalah saya masuk…
nak tengok apa ada didalamnya…. Saya dan isteri
jadi macam budak-budak juga.. masuk ke dalam.
Satu tempat yang tidak masuk dalam program ialah di Abedeen.
Sebuah pelabuhan yang indah yang mana menjadi kediaman kebanyakan
bintang-bintang terkenal Hong Kong termasuklah Jackie Chan . Sebenarnya
rombongan sudah ‘terkena’ dengan pemandu pelancung Hong Kong ini .. Dipaksa
juga ahli rombongan pergi ke situ dan naik sampan pelancung untuk bersiar-siar
sekitar telok tersebut dan perkampungan nelayan. Tentunya kena bayar tambahan untuk tambang sampan
tersebut….. Rasanya Ricky ni dapat komisen kot… Oleh kerana pergi ke sini.. maka lawatan ke tempat
shopping ‘Ladies Market’ hanya sempat 1 jam sahaja. Bayangkan dengan
beratus-ratus kedai dan gerai yang ada disepanjang jalan-jalan di situ.. sempat
ka untuk membeli-belah dengan selesa. Jadi kelam kabut dibuatnya… di Ladies
Market ini memang segala macam barangan ada samada pakaian, gajet elektronik,
jam, barangan kulit, ‘souvenirs’ dan sebagainya.
Kena pandai-pandai tawar menawar. Kebanyakannya dibawa dari Cina juga. Satu perkara
yang saya rasa tidak berapa berkenan berurusniaga dengan peniaga Hong Kong,
mereka ini agak kasar, berlagak dan sombong. Kalau kita tawar lebih-lebih
sangat dia halau kita keluar begitu sahaja.
Satu tempat yang menarik untuk melihat keindahan Kota Raya Hong Kong
ialah di The Victoria Peak. Di puncak bukit ini
kita boleh melihat keseluruhan Kota Raya Hong yang bergemerlapan dan melihat
bangunan-bangunan yang lebih tinggi berbanding di Shenzen. Tempat ini memang amat sejuk hingga mencecah
10 C.
Di atas bukit ini terdapat kompleks perniagaan ‘The Peak
Tower’.. Bolehlah beli cenderamata kat sini… Disini juga kita boleh jumpa tokoh-tokoh selebriti politik, sukan, sastera, sejarah terkenal dan juga artis-artis pujaan hati. Bukan
tokoh reality tapi hanya patung lilin yang sebiji tidak tumpah seperti tokoh
tersebut. Di dalam kompleks The Peak Tower ini terdapat Galeri Madam Tussauds
Hong Kong. Madam Tussauds ini adalah
orang Perancis yang create idea ini, dan selepas beliau meninggal dunia pada
tahun 1850 pada usia 85 tahun, keluarga
beliau meneruskan idea ini hingga banyak galeri Madam Tussauds dibuat diseluruh
dunia seperti China, USA, German, Hollywood, Thailand dll lagi. Termasuk Hong
Kong. Saya sempatlah juga bergambar dengan Jackie Chan, Ratu Elizabeth, Tiger Wood,
Presiden Barrack Obama dan banyak lagilah tokoh terkenal dunia.
Tanah di Hong Kong terlalu amat terhad dan tentunya amat
tinggi nilainya. Seperti Shenzhen, Hong Kong juga menyediakan kediaman
penduduknya hanya melalui bangunan yang berpuluh tingkat. Memang menakjubkan…
Beribu-ribu bangunan tinggi dapat dilihat di Kota Hong Kong ini. Bayangkan
kalau berlaku gempa bumi, walau sedikit…. Rasanya ratusan ribu nyawa akan
terkorban. Tapi saya difahamkan di Hong Kong tidak ada gempa bumi. Tentunya memiliki
kereta disini amat tinggi kosnya disamping kos untuk ‘parking’ kenderaan. Di Hong Kong business
Tempat Letak Kereta memang memberi keuntungan lumayan. Hanya orang yang
benar-benar kaya sahaja mampu memiliki kenderaan tersebut. Difahamkan oleh
Ricky Pemandu Pemandu Pelancung kami kos untuk sebuah kenderaan sebulan sahaja
mencecah HK1000.00
Cuaca semasa lawatan saya ke Hong Kong ini adalah agak
lembab dan sejuk. Makanan halal sukar juga diperolehi disini tapi ada
restoran-restoran yang menyediakan makanan halal yang diusahakan oleh komuniti
China Islam di sini. Cumanya bagi saya cita rasa makanan orang Hong Kong dan
Shenzhen tak berapa nak sesuai dengan tekak. Pertama kali makan memang sedap dan
ok saja. Tapi bila hari-hari diberikan menu yang agak sama sahaja.. tekak sudah
tidak boleh terima lagi, apatah lagi kalau sayur dan lauk pauknya kena bagi
nampak kuah pekat guna tepong jagung…
Oklah rasanya itu saja kut cerita saya fasal Hong Kong ini. Terlalu
panjang rasanya saya menulis cerita lawatan kali ini. Dari segi perancangan
bandarnya memang kita di Malaysia tak boleh tiru mereka, kerana bangunan mereka
rapat-rapat dan tinggi pula. Lanskapnya tidak lah begitu menarik. Jalanrayanya
kecil-kecil sahaja, termasuklah kerusi baspun kecik sangat dimana satu baris
boleh disediakan untuk 5 orang. Bas yang
saya naiki boleh diisi sampai 59 orang, walaupun hanya satu tingkat. Pemandu
bas mereka memang mementingkan masa dan masalah parking yang terlalu susah di
Kota ini dengan penguatkuasaan undang-undang yang terlalu ketat memang
menyulitkan sekali. Kalau kena saman sekurang-kurangnya HK700 ke HK1000 pasti
terbang melayang begitu sahaja.
Kita di Malaysia , Ya Allah.. betapa nikmatnya kita.. walaupun negara kita tidak sekaya Hong Kong.. tapi apa guna duit ringgit kalau segala-galanya menyulitkan kita. Kehidupan orang Hong Kong .. ialah cari duit, kerja, kerja, kerja siang malam. Kehidupan sosial berkeluarga terlalu amat kurang. Anak tidak lagi menjadi keutamaan.... apatah lagi dengan pelbagai insentif diberikan kepada rakyatnya jika berjaya mengurangkan kelahiran anak.
Mencuba pengangkutan keretapi di
Hong Kong... memang cekap dan mudah
sebahagiannya melalui terowong bawah
tanah...........................
|
Keselamatan memang terjamin di Hong Kong, walaupun kelibat anggota keselamatan mereka
kurang kelihatan, tapi segala sudut memang diawasi melalui CCTV yang canggih.
Ok.. jumpa lagi dalam cerita-cerita journey saya yang lain pula..... Waktu menulis ni saya duduk kat Hotel Puteri Pacific, Johor Baharu.. Baru sahaja habis kursus pro.. bertajuk 'Management Transformation And Innovation Towards Organizational Excellence'.. Inipun banyak saya nak cerita nanti... Tengoklah nanti bila ada kelapangan dan mata pun tak kacau.. saya tulis lagi... bye..
(gambar-gambar lawatan saya ke Shenzhen dan Hong Kong sebenarnya banyak lagi.. ada saya paparkan dalam Facebook saya... bolehlah layarinya disitu... Tapi sahaja Mohd Asri Redha kat search dalam FB... anda akan sampailah kat situ.. dan boleh jadi rakan FB saya )
Ok.. jumpa lagi dalam cerita-cerita journey saya yang lain pula..... Waktu menulis ni saya duduk kat Hotel Puteri Pacific, Johor Baharu.. Baru sahaja habis kursus pro.. bertajuk 'Management Transformation And Innovation Towards Organizational Excellence'.. Inipun banyak saya nak cerita nanti... Tengoklah nanti bila ada kelapangan dan mata pun tak kacau.. saya tulis lagi... bye..
(gambar-gambar lawatan saya ke Shenzhen dan Hong Kong sebenarnya banyak lagi.. ada saya paparkan dalam Facebook saya... bolehlah layarinya disitu... Tapi sahaja Mohd Asri Redha kat search dalam FB... anda akan sampailah kat situ.. dan boleh jadi rakan FB saya )