08 Disember 2011
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam Sejahtera
Ingin saya menyambung kembali coretan-coretan dalam blog ini.… Pagi ni saya terima jemputan dari Istana Negara untuk hadir menyaksikan sendiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong.. Design dan mutu kad jemputannya biasa saja.. kalau dibandingkan dengan kad-kad jemputan yang dibuat oleh SUK melibatkan Tuanku Sultan memang jauh lebih hebat dan menarik…dan tentunya lebih mahal. Memang teruja sangat nak pi ke Istana Negara yang baru ini yang khabarnya kos pembinaan istana ini sahaja melebihi RM600,000.000.00. Keluasan kawasannya sahaja 96.52 hektar. Tentunya hebat.. Walaupun ada sedikit kontroversi pembinaan istana ini tapi pada saya tak apalah. Kita kena tunjukkann juga akan kehebatan kita pada negara luar.. Kita tidak boleh nampak lekeh dimata negara luar. Lagipun istana ini melambangkan kemajuan negara kita dibawah system pemerentahan demokrasi Raja berpelembagaan.. Istana ini bukan hak raja, tapi hak rakyat Malaysia. Inilah satu-satunya negara di dunia yang mengekalkan pemerintahan beraja tetapi masih mengamalkan demokrasi berperlembagaan. Satu yang amat unik kerana sistem yang kita rangka dan laksanakan inilah yang telah menyelamatkan negara ini dari ditimpa musibah pertelingkahan perkauman, musibah kejatuhan ekonomi dan telah mengekalkan kestabilan dan keamanan yang berterusan. Kita semua sudah dapat nikmat yang tidak terhingga hingga kini.. Bersyukurlah kepada Allah SWT.
Nantilah kalau ada kesempatan saya akan ambil gambar banyak-banyak peristiwa bersejarah ini dan Istana indah ini untuk dipaparkan dalam blog ini.
Baginda Sultan adalah Sultan Kedah yang ke 27 yang ditabalkan pada tanggal 9 March 1059. Pada ketika saya belum lahir lagi.. menunjukkan betapa lamanya pemerentahan baginda Tunku Sultan. Tentunya terlalu banyak pengalaman dan pengetahuan Tuanku Sultan berkenaan pemerentahan dan pentadbiran negeri dan negara.
Cuma apa yang hendak saya nyatakan disini.. ialah sebagai anak jati negeri Kedah, tinggal dan bekerja di negeri Kedah ini saya amat berbangga dengan peristiwa bersejarah ini yang tidak mungkin akan berulang kembali dalam sejarah kesultanan Kedah dan Malaysia dimana seorang Sultan memegang jawatan SPB Yang Di Pertuan Agong sebanyak 2 kali.
Saya sebagai KCS pula lagi amat terharu dan teruja untuk melihat penampilan Tuanku Sultan Kedah di peringkat nasional dan antarabangsa.. dimana baginda yang mempunyai pengalaman pemerentahan dinegeri dan negara sebelum ini tentunya ada banyak idea-idea dan saranan-saranan baginda yang memberi kebaikan kepada negara dan negeri Kedah ini. Imej Tuanku Sultan yang saya rasa terbaik dikalangan rakyat jelata tentunya akan memberi kesan positiff kepada negeri Kedah ini sendiri dan saya amat mengharapkan selepas ini tentunya lebih banyak pembangunan-pembangunan dapat diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Kedah yang saya rasa ada banyak lagi ruang-ruang pembangunan yang perlu dibuat dan dilakukan..
Walaupun saya rasa nama saya tidak mungkin ada dalam ingatan Tuanku Sultan, maklumlah mana ada aktviti yang boleh mendekatkan diri saya dengan Tunku Sultan sepertimana kawan-kawan lain, berjumpapun dari jauh-jauh saja bila ada majlis2 atau istiadat yang melibatkan Tuanku Sultan, tetapi saya tetap menjunjung titah perintah KDYMM Tunku Sultan dan kerja buat saya sebagai pegawai KCS di Kedah ini adalah atas taat setia saya kepada Tuanku Sultan dan Kerajaan Negeri Kedah ini. Malu teramat sangat rasanya untuk membuat sesuatu yang boleh merosakkan imej dan maruah pentadbiran kerajaan negeri Kedah ini dengan kelaku-kelaku diri yang tidak sepatutnya.
Teringin juga saya nak bersembang-sembang dan berbicara denganTuanku Sultan secara bertemu muka.. bersembang tentang pentadbiran negeri, bersembang tentang hobi, bersembang tentang sukan, bersembang tentang ekonomi dan apa saja… tapi bolehkah?…. Tentunya boleh kut kalau ada kesempatan.... Saya pernah duduk bersebelahan Tuanku Sultan pada satu ketika menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dulu dalam beberapa Majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah. Masa yang lama itu saya cuba ambil kesempatan untuk beranikan diri bertanyakan beberapa soalan pada Tuanku Sultan. Terkejut benar saya bila Tuanku memang ‘friendly’ apa yang ditanya dijawab balik oleh Tuanku Sultan dengan panjang lebar, sampaikan kesihatan DYMM Tuanku Sultanah Bahiyah (Al Marhumah) diceritakan satu persatu apa treatment yang dilakukan oleh pakar perubatan bagi mengubati kesihatan Al Marhumah Tuanku Sultanah ketika itu. Kadang-kadang baginda bertanya balik pada saya…jenuh dok cari jawapannya.. Baginda Tuanku memang mesra orangnya… Hanya beberapa kali sahaja yang saya dapat peluang keemasan begitu. Cuma saya tidak berkesempatan lagi untuk berjumpa dengan baginda secara dekat begitu.. Lepas ni lagi susahlah bila Tuanku sudah ditabalkan sebagai SPB Yang Di-Pertuan Agong. Kalau dok jumpa selalu tentunya baginda boleh kenai dan ingat kut nama saya yang tidak popular ni..…. Tak gitu..
Ok.. saya tak mau cerita panjang lagi… hanya itu saja coretan saya kali ini.. Semoga baginda Tuanku Sultan dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik untuk membolehkan Baginda Tuanku menjalankan tugas sebagai SPB Yang Di Pertuan Agong kali ke 14 dengan baik dan berkesan.. Sama-samalah kita doakan..Amiin..
DAULAT TUANKU…
Di dalam ruangan blog yang 'free' ini saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan kata-kata Merafak Sembah dan Menjunjung Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah di atas pelantikan Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman kepada ..
YTM Dato' Seri Utama Tunku Annuar Alhaj ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Bendahara Kedah) sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Temenggong Kedah) sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Laksamana Kedah) sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan, dan YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Di Raja Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Ahli Jemaah Pemangku Sultan. Semoga negeri Kedah Darul Aman bertambah aman makmur dan sejahtera.
DAULAT TUANKU…
13 Disember 2011
Saya berkesempatan mengambil gambar-gambar sekitar Istana Negara ini dan juga istiadat yang diadakan itu... cumanya pada saya 'standard' persiapan istiadat yang dibuat itu tidaklah begitu hebat seperti yang dibuat oleh negeri.. tidak menggambarkan kehebatan institusi kesultanan yang tertinggi di negara ini. Ini cabaran kepada pegawai-pegawai negeri Kedah dan protokol negeri Kedah yang ikut serta bersama Tunku Sultan ke Istana Negara untuk menyelitkan pengalaman mengurus istiadat di negeri untuk meningkatkan sikit tahap standard mengurus istiadat-istiadat peringkat nasional, sekurang-kurangnya sama atau lebih seperti mana istiadat-istiadat yang dibuat diperingkat negeri sesuai dengan taraf SPB Yang Di Pertuan Agong...
Mungkin kali ini baru istiadat khas sahaja kut..sebab itu nampak ringkas sahaja.. Kita tengoklah nanti bila diadakan Istiadat Pertabalan SPB Yang Di Pertuan Agong...tentunya lebih tertonjol istiadat Melayu dan Kedah khususnya.. Harap-harap dapat jemputan lagi ke Istana Negara pada majlis Istiadat Pertabalan nanti.
Saya hanya boleh cakap aje... bukan senang nak atur perkara-perkara berkaitan dengan istiadat...saya mengaku awal-awal lagi lagi tidak mampu untuk buat semua itu.. cumanya sekadar memberi pandangan saja..... Cumanya saya tabik kat Dato' Syed Danial Syed Ahmad.. Penyimpan Mohor Besar Raja Raja..yang merupakan 'master' pada istiadat tersebut kerana beliau mengadap sembah dihadapan Raja-Raja Melayu..dengan hafal saja tidak guna teks... bukan senang nak ingat nama-nama Raja atau Sultan kita kerana panjang dan ada pelbagai gelaran.. nak susun ayat lagi..memang hebat.....katalah beliau terlupa atau tersilap sebut... satu dunia tauu.... sebab disiarkan secara langsung..
Ok.. kita jumpa lagi... nanti akan ada satu lagi Istiadat yang amat penting iaitu Istiadat Pertabalan SPB Yang Di Pertuan Agong ke 14.. Kita tengok nanti macam mana pula kehebatan Istiadat ini........jumpa lagi..
Asredha
Teratak Kasih
Catatan: Mohd Asri Redha
Salam Sejahtera
Ingin saya menyambung kembali coretan-coretan dalam blog ini.… Pagi ni saya terima jemputan dari Istana Negara untuk hadir menyaksikan sendiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Yang Di-Pertuan Agong.. Design dan mutu kad jemputannya biasa saja.. kalau dibandingkan dengan kad-kad jemputan yang dibuat oleh SUK melibatkan Tuanku Sultan memang jauh lebih hebat dan menarik…dan tentunya lebih mahal. Memang teruja sangat nak pi ke Istana Negara yang baru ini yang khabarnya kos pembinaan istana ini sahaja melebihi RM600,000.000.00. Keluasan kawasannya sahaja 96.52 hektar. Tentunya hebat.. Walaupun ada sedikit kontroversi pembinaan istana ini tapi pada saya tak apalah. Kita kena tunjukkann juga akan kehebatan kita pada negara luar.. Kita tidak boleh nampak lekeh dimata negara luar. Lagipun istana ini melambangkan kemajuan negara kita dibawah system pemerentahan demokrasi Raja berpelembagaan.. Istana ini bukan hak raja, tapi hak rakyat Malaysia. Inilah satu-satunya negara di dunia yang mengekalkan pemerintahan beraja tetapi masih mengamalkan demokrasi berperlembagaan. Satu yang amat unik kerana sistem yang kita rangka dan laksanakan inilah yang telah menyelamatkan negara ini dari ditimpa musibah pertelingkahan perkauman, musibah kejatuhan ekonomi dan telah mengekalkan kestabilan dan keamanan yang berterusan. Kita semua sudah dapat nikmat yang tidak terhingga hingga kini.. Bersyukurlah kepada Allah SWT.
Nantilah kalau ada kesempatan saya akan ambil gambar banyak-banyak peristiwa bersejarah ini dan Istana indah ini untuk dipaparkan dalam blog ini.
Baginda Sultan adalah Sultan Kedah yang ke 27 yang ditabalkan pada tanggal 9 March 1059. Pada ketika saya belum lahir lagi.. menunjukkan betapa lamanya pemerentahan baginda Tunku Sultan. Tentunya terlalu banyak pengalaman dan pengetahuan Tuanku Sultan berkenaan pemerentahan dan pentadbiran negeri dan negara.
Saya sebagai KCS pula lagi amat terharu dan teruja untuk melihat penampilan Tuanku Sultan Kedah di peringkat nasional dan antarabangsa.. dimana baginda yang mempunyai pengalaman pemerentahan dinegeri dan negara sebelum ini tentunya ada banyak idea-idea dan saranan-saranan baginda yang memberi kebaikan kepada negara dan negeri Kedah ini. Imej Tuanku Sultan yang saya rasa terbaik dikalangan rakyat jelata tentunya akan memberi kesan positiff kepada negeri Kedah ini sendiri dan saya amat mengharapkan selepas ini tentunya lebih banyak pembangunan-pembangunan dapat diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Kedah yang saya rasa ada banyak lagi ruang-ruang pembangunan yang perlu dibuat dan dilakukan..
Jamuan Negeri Sempena Meraikan Pelantikan KBDYMM
Tuanku Sultan Kedah sebagai SPB Yang Di Pertuan
Agong ke 14 di Istana Anak Bukit pada tanggal
10 Disember 2011. Masing2 bergaya sakan.......
|